innity

pages

Thursday, October 31, 2013

Pengawal keselamatan Bersenjata Api ROMPAK Kedai Emas Yang Dijaganya, Nak Tunggu Berapa Kes lagi, Baru Nak Semak Semua Guard Bersenjata


KUALA LUMPUR - "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". Itulah yang terjadi kepada pemilik sebuah kedai emas di pusat beli-belah KL Festival, Setapak di sini apabila pengawal keselamatan yang diupah menyamun kedai itu hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisoner Khairy Ahrasa berkata dalam kejadian 9 pagi itu, suspek yang lengkap beruniform bertindak mengacukan senjata api kepada empat pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher.

Beliau berkata kejadian yang mengambil masa kira-kira lima minit itu terjadi semasa pekerja premis berkenaan sedang melakukan kerja menyusun atur barang kemas sebelum suspek datang dan mengarahkan pekerja tersebut menyerahkan dulang berisi barang kemas.

"Polis sedang menyiasat sama ada pengawal keselamatan tersebut melarikan diri dengan motosikal ataupun ada rakannya yang sudah menunggu di luar pusat membeli-belah itu.

"Kita akan teliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terlebih dahulu," katanya kepada pemberita.

Khairy berkata polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan suspek yang berusia 26 tahun dan dipercayai berasal dari Sabah.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati suspek baru bertugas sebagai pengawal keselamatan di premis itu selama sebulan.

Pihak polis sedang menyiasat latar belakang suspek serta rekodnya sebagai pengawal keselamatan dan sama ada dia mempunyai rekod jenayah lampau, katanya.

"Kita akan semak dengan syarikat keselamatan yang mengupah suspek bekerja dan kita akan siasat senjata api yang digunakan suspek sama ada milik dia ataupun dibekalkan oleh syarikat keselamatan," katanya.

Kes itu berlaku susulan kejadian seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang pegawai wanita sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu dan melarikan wang RM450,000.

[ISU GST, PAS Lawan PKR] PAS Tolak GST, PKR Kata GST Sistem Cukai Efisyen, PENYOKONG Jadi BODOH


YAN: Pembangkang gagal mencapai persefahaman berhubung perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) apabila PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing menyataan pendirian berbeza.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata pakatan pembangkang kekal dengan pendirian mereka sebelum ini iaitu menolak perlaksanaan GST.

Kenyataan Mahfuz itu bertentangan dengan pendirian terbaru yang dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali apabila mengakui GST merupakan sistem cukai yang efisyen.

"Saya tak ada waktu mereka cakap begitu. Tapi pendirian dalam Pakatan Rakyat kita membantah.

"Kita bantah kerana kerana kerajaan tak buat sesuatu yang lain terlebih dahulu untuk mengatasi masalah kebocoran dan ketirisan," katanya pada sidang media harian jentera pilihan raya PAS di markas induk PRK Sungai Limau di sini, Khamis.

Mohamed Azmin ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada Rabu menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah menolak perlaksanaan GST yang mahu dilaksanakan kerajaan.

Menurut Mohamed Azmin, pendirian pembangkang adalah GST merupakan satu sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara.

Sementara itu Anwar ketika berucap pada taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Bilik Taklimat Parlimen turut GST yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen.

Bagaimanapun beliau menggesa kerajaan mengambil kira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.

Menerusi perbentangan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan GST bermula 1 April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Menurut Najib GST bukan cukai tambahan baru, sebaliknya satu sistem percukaian menyeluruh dan saksama yang perlu dilaksanakan bagi manfaat seluruh rakyat.

GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas seperti beras, gula garam, tepung, minyak masak serta bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

GST juga katanya tidak akan dikenakan ke atas perkhidmatan disediakan kerajaan seperti pengeluaran passport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah serta perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya di samping perkhidmatan pendidikan.

Pembohongan Pas yang memalukan




[30/10/2013] VIDEO BERJAYA DIRAKAM Kes Treler Terbalik Berdekatan Hospital SERDANG Semalam


 Kejadian berlaku petang semalam di SKVE menghala ke Hospital serdang.. sedang sahabat ini buat rakaman utk dilaporkan kepada SPAD.. Tentang pemandu lori ini yg memandu laju...sekali terbabas ke seberang jalan bertentangan...




Antara kenderaan lain yang turut rosak, dipercayai pemandunya patah tangan


Wednesday, October 30, 2013

[LIDAH BIAWAK] Azmin Kata Pembangkang SOKONG GST pula, Akui Baik Untuk Ekonomi


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Rabu menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mahu dilaksanakan kerajaan.

Berbeza nada dengan rakan seperjuangannya yang lain termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin berkata pendirian pembangkang adalah GST merupakan satu sistem percukaian yang cukup telus, efisien dan dalam jangka masa panjang mampu memberi kebaikan kepada sistem ekonomi negara.

Azmin turut menyarankan satu reformasi sistem percukaian yang bersifat meluas dan komprehensif digubal segera bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menyumbang tujuh peratus kepada pendapatan negara.

Azmin dalam hujahnya berkata dalam pelaksanaan GST, kerajaan perlu memperbetul falsafah dan matlamatnya agar menjurus kepada menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros berbelanja.

"Pendek kata, GST bertujuan untuk mengagihkan semula atau mempelbagai, dan bukan meningkatkan bebanan cukai...bukannya berobjektifkan memperoleh pendapatan RM27 bilion," katanya.


Anwar Tolak Cadangan Laksana GST 

Mstar online pada 26 Oktober 2013, sebelum ini melaporkan Pembangkang menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem percukaian tersebut dilihat akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.

"Anda tidak fokus kepada isu asas pentadbiran yang baik jadi anda menghukum rakyat dengan memperkenalkan sistem percukaian baharu kerana anda tiada pilihan lain.

"Oleh kerana anda bertanggungjawab menggunakan wang rakyat anda perlu memperkenalkan sistem cukai itu dan kami menentang sekeras-kerasnya cadangan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pada Jumaat.

Beliau berkata, kerajaan menurunkan kadar cukai kepada golongan kaya dan pelabur tetapi pada masa sama akan melaksanakan sistem cukai baharu yang akan memberi kesan kepada rakyat.

"Jika anda ingin mengurangkannya, perlu ada polisi yang rasional yang meliputi semua peringkat tetapi apa yang berlaku sekarang, anda bercakap mengenai insentif, cukai untuk golongan kaya, pelabur dan memperkenalkan GST serta menarik balik subsidi atas nama rasionalisasi," katanya.

Anwar berkata, intipati keseluruhan pembentangan Belanjawan 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai membebankan rakyat dengan memperkenalkan cukai baru.

"Saya berharap agar kerajaan akan menarik balik cadangan GST dan memperkenalkan sistem cukai yang berbeza. Jangan bandingkan pelaksanaannya dengan negara lain.


Lebih banyak 'rompakan' jika laksana GST- Mahfuz

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, pelaksanaan GST akan menyumbang kepada kenaikan pendapatan negara sekali gus akan menggalakkan berlakunya ketirisan dan pemborosan oleh kementerian dan jabatan kerajaan seperti mana didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, baru-baru ini.

"Tidak wajar kerajaan mengenakan GST dalam bajet tahun depan kerana ia bukan sahaja menaikkan pendapatan negara bahkan menggalakkan ketirisan dan pemborosan.

"... lagi besar pendapatan lagi, lebih banyak penyelewengan dan rompak dana negara akan berlaku," katanya ketika berucap dalam Himpunan Bantah GST di Jalan Parlimen, di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan, pengenalan GST dalam sistem percukaian negara akan meningkatkan jurang kemiskinan rakyat sekali gus melonjakkan kadar inflasi yang tinggi di negara ini.

"Rakyat akan menjadi mangsa pelaksanaan GST akibat inflasi yang tinggi khususnya mereka berpendapatan rendah," dakwanya.

ABBY ABADI TENGKING SUAMI DEPAN ORANG RAMAI? Video Nasihat Ustaz Idrus


TIDAK hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.


Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai.

Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran Pas, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini. 


Berdasarkan blog Hambali Abdullah dikhabarkan si Ostazah Pas, Abby Abadi berkata 'U BUAT APA KAT SITU? MASUK DALAM KERETA LAH" sergah beliau kepada suami barunya.

Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya.

“Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,”
tegasnya.

Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga.

“Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja," ujarnya.

[HAIRIE OTHMAN SUDAH SEDAR & INSAF?] Enggan Terlibat Dalam Aktiviti Pembangkang lagi

Hairie Othman tidak mahu terlibat dengan aktiviti Pakatan Rakyat.
PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.

Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.

“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya.

[ANAK DATUK NAZRI, NADEEM, 'KEKASIH' NORA DANISH] Sindir Peminat, Suruh Kerja Keras Untuk Hidup Senang


Tuesday, October 29, 2013

Tan Sri Muhyiddin MOHON MAAF Kepada Keluarga Azizan


YAN: Tan Sri Muhyiddin Yasin pada Selasa memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berhubung kontroversi dakwaan kononnya beliau mempersenda kematian bekas Menteri Besar Kedah itu dengan penyakit kencing manis.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebagai umat Islam beliau memohon maaf sekiranya kenyataannya menyinggung perasaan keluarga Azizan.

"Sebagai manusia, kalau kenyataan itu disalah tafsir atau dirasakan menyinggung perasaan keluarga...saya mohon maaf.

"Sebagai seorang Islam, kadang-kadang dalam ucapan pun kalau ada ketelanjuran...awal-awal lagi kita minta maaf.

"Yang penting bermaaf-maafan sesama sendiri. Tujuannya ialah untuk kebaikkan, bukan niat apa-apa yang jahat atau nak ambil kesempatan dalam pilihan raya ini," katanya pada sidang media selepas mengunjungi Madrasah Mazahirul Ulum di Kampung Bukit Choras Dalam di sini.

Muhyiddin mengulas mengenai modal kempen pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mendakwa kononnya beliau sengaja mempersenda Azizan apabila mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula.

Mengulas lanjut mengenai kekeliruan mengenai ucapannya ketika hadir pada satu majlis di Bukit Besar Sabtu lalu, Muhyiddin berkata beliau tidak berniat untuk mencemarkan nama baik Azizan.

"Saya sebutkan tentang bajet, jelaskan tentang subsidi dan sebutkan kita nak jaga kesihatan.
"Tapi bukan tujuan saya untuk cemarkan nama baik Allahyarham atau merendahkan serta memperkecilkan arwah. Kita hormati arwah sebagai pemimpin berjasa. Bukan tujuan begitu (mempersenda)," katanya.

Tambah Muhyiddin, kenyataannya itu sekadar mahu mengambil iktibar mengenai pentingnya menjaga kesihatan.

"Saya tak ada niat jahat, sekadar untuk ambil iktibar dan dijadikan ingatan. Saya harap isu ini tidak dipanjangkan, kalau panjangkan juga mereka akan dilihat tidak memahami soal adab, tertib dan amalan Islam.

"Kita harap mereka tumpu beri penjelasan yang betul tentang apa-apa isu sekalipun kepada pengundi supaya mereka tidak dipesongkan," katanya.

['AMARAN' TUN M KEPADA NAJIB] Jangan layan kumpulan eksterimis dalam negara


PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak harus melayan tuntutan oleh kumpulan ekstremis di dalam negara ini.
  
Sebaliknya, katanya, kerajaan harus memahami pemikiran kumpulan sederhana dan menyakinkan mereka untuk bekerja bersama-sama bagi mengalakkan kestabilan dalam negara.
  
Melayan permintaan esktremis akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan membahayakan pertumbuhan negara, katanya ketika berucap pada Siri 17 Wacana Perdana bertajuk 'Trend Politik Semasa dan Kesan terhadap Hala Tuju Ekonomi dan Sosial di Malaysia' di sini hari ini.
  
Wacana itu dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  
Dr Mahathir berkata persepsi bahawa kerajaan adalah 'lemah' kerana gagal mendapatkan mandat besar dalamPRU13, Mei lepas, telah menyebabkan unsur-unsur ekstremis daripada pembangkang membuat pelbagai tuntutan.
  
"Jika anda fikir kumpulan ekstremis akan mengucapkan 'terima kasih' kepada kerajaan dan memberi sokongan mereka selepas tuntutan mereka dipenuhi...maka anda silap," kata perdana menteri keempat negara selama 22 tahun itu.   

"Saya berharap kumpulan sederhana akan kekal dalam negara dan berani membuat pilihan...bukan demi kepentingan sendiri tetapi untuk kebaikan negara, politik dan masyarakat," katanya.
  
Oleh itu, beliau menggesa majoriti sederhana supaya mempunyai keberanian untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai situasi politik semasa sambil menjelaskan bahawa kerajaan perlu memberi lebih tumpuan kepada majoriti senyap.
  
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana,   Tan Sri Azman Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Tan Sri Dr Michael Yeo dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah

Monday, October 28, 2013

Fizo Omar & Mawar Nikah 10 November Depan, LAMAR DALAM PANGGUNG WAYANG

Fizo dan Mawar akan bertunang sehari sebelum mereka dinikahkan pada 10 November depan.

PETALING JAYA: Teka teki mengenai tarikh pernikahan pelakon Fizo Omar dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim, 24, terjawab apabila pasangan itu mengesahkan untuk melangsungkannya pada 10 November depan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, majlis akad nikah akan diadakan pada tarikh berkenaan di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang dekat sini.

“Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9. Majlis bertunang pula akan diadakan sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 9 November,” ujarnya yang juga pengacara rancangan itu.

Terdahulu Fizo melakukan gimik dengan melamar Mawar, 24, di panggung wayang Cathay @e-curve, Damansara di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari Isnin sambil disaksikan oleh pihak media.

Kejutan itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan itu.

Dalam perkembangan sama, Fizo berkata, mereka mengambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu atas permintaan keluarga yang ingin mengikut adat Melayu.

Jelas Fizo, majlis khatam Al-Quran dan berinai juga turut diadakan selepas selesai majlis pertunangan yang hanya akan dihadiri oleh keluarga pihak perempuan.

Fizo melakukan gimik dengan melamar Mawar di panggung wayang dan menghadiahkannya dengan sebentuk cincin.

"Saya dan Mawar sebenarnya tidak mahu bertunang dan terus bernikah tetapi atas menghormati permintaan keluarga kami bersetuju tambahan pula ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga bakal isteri saya," katanya.

Bercakap mengenai kejutan yang dibuat kepada Mawar, Fizo berkata, idea berkenaan dirancang dalam masa tiga hari dan dia sempat mengarahkan sebuah video pendek untuk kekasih hatinya itu yang diberi judul Paranormal.

Fizo berkata, ia adalah sebagai salah satu hadiah kepada Mawar sebelum mereka melangkah ke alam perkahwinan sebelum ini.

"Saya juga pilih untuk membuat kejutan di panggung wayang kerana saya adalah seorang pelakon dan ini adalah kehidupan saya yang ingin saya kongsi bersama Mawar.

"Lega rasanya apabila pelan melamarnya menjadi kerana bimbang juga jika 'terkantoi'," katanya.

Mawar ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka Fizo akan melakukan kejutan itu kerana pada awalnya teman lelakinya mengajaknya menghadiri sebuah sidang media sebelum mengambil keputusan untuk menonton wayang.

Jelas Mawar, dia mula merasakan sesuatu bakal berlaku apabila muncul sebuah video lakonan Fizo bersama pelakon cilik Mia Sara di skrin panggung yang berkisar mengenai hubungan mereka.

"Memandangkan sidang media itu berlangsung pada sebelah petang Fizo mengajak saya menonton wayang terlebih dahulu dan saya langsung tidak mengesyaki apa-apa.

"Tiba-tiba video itu keluar dan Fizo yang kononnya keluar untuk ke tandas telah muncul daripada hadapan panggung membawa sejambak bunga dan melamar saya," katanya.

Tambah Mawar, dia sangat terharu dengan kesungguhan lelaki itu walaupun perbincangan tentang perkahwinan mereka telah dibuat lebih awal.

"sudah tentu saya kata 'ya' kepada lamarannya kerana persiapan telah pun bermula tetapi kesungguhannya amat menyentuh hati saya," jelasnya lagi.

Sementara itu, Fizo berkata, persiapan perkahwinan mereka sedang berjalan walaupun masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen.

"Walaupun kami jarang berjumpa tetapi kami sering berhubung antara satu sama lain dan urusan mengenai majlis pertunangan dan perkahwinan tetap berjalan walaupun kami tidak bertemu,"
jelasnya.

Keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu telah menghantar rombongan merisik Mawar selepas hampir setahun berkenalan.

[AUTA PAS GUNA SUPERIMPOSE] Sinar Harian Anggap PAS Guna Taktik DESPERADO Pakai Foto Wartawan Mereka

Mohd Idros menunjukkan risalah yang disebarkan pada kempen PRK Dun Sungai Limau.

PENEMUAN risalah sebuah parti politik menggunakan foto wartawan Sinar Harian yang telah diubah suai dianggap sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi.

Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.


Fakta

FAKTA

Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.

Auta
AUTA

Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.

Abby Abadi Diselar Tuduh Umno Punca Artis Abaikan Islam, Kalau Nak Solat, Pihak Produksi Tidak Halang


PETALING JAYA: Presiden Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi menyelar kenyataan pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang menuduh Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, Abby tidak sepatutnya mengaitkan dan menyalahkan parti politik sebagai penyebab gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.

"Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain.

"Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Dalam ceramah di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah pada malam Sabtu lalu, Abby menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air.
 
Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Dalam pada itu, Zed Zaidi turut mempertikaikan perjuangan Abby dalam parti Pas yang dilihat tidak ikhlas dan hanya bersuara apabila berceramah untuk membantu parti tersebut ketika pilihan raya.

Jelas Zed, ceramah yang disampaikan oleh Abby hanya mencari kesalahan orang lain selain menabur fitnah sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.

"Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?

"Abby hanya muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam," jelasnya.

Sementara itu, pelakon Naszriah Ngasri memberitahu sepanjang terlibat sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dia tidak melihat parti komponen BN itu menyesatkan dunia hiburan sebaliknya parti itu sentiasa menegakkan syiar Islam dikalangan ahli-ahlinya.

Kata Naszriah atau lebih mesra dengan sapaan Anne, Umno juga sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.

"Sebagai rakan artis saya menghormati kenyataan Abby dan menganggap itu kenyataan peribadinya sendiri. Pada saya dosa dan pahala tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti dan ia mengenai diri masing-masing dan bukan ditentukan oleh orang lain.

"Amal ibadah, pahala dan dosa adalah tanggungjawab semua umat Islam dan bukan tanggungjawab parti secara khususnya," katanya.

Tambah Anne sepanjang bergelar artis, dia belum pernah melihat pihak produksi melarang atau tidak membenarkan artis atau pun krew untuk bersolat.

"Pada waktu penggambaran kita memang ada waktu rehat sebelah tengah hari, petang dan malam cuma terpulanglah kepada artis itu mahu atau tidak untuk melakukan solat.

"Bagi saya hendak solat atau pun tidak solat itu bergantung kepada individu tersebut," katanya.

Sunday, October 27, 2013

[KHALID vs AZMIN] Desas-Desus MB Selangor BAKAL DIGANTI Azman Ali


SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak desas-desus bahawa jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor bakal diambil alih oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

Malah beliau menyifatkan desas-desus itu sebagai 'asam garam dalam dunia politik'.

"Tidak mengapa... saya tidak terganggu dengan segala khabar angin ini. I sangat realistik kerana saya dari sektor korporat dan apa yang penting ialah berkhidmat untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Our Environment Our Health' di sini Ahad.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada Ahad melaporkan wujudnya desas-desus bahawa Mohamed Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid selepas beberapa pihak dalam PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Menteri Besar itu.

Abdul Khalid turut dikritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik.

Mengulas kritikan itu, Abdul Khalid berkata sebagai pemimpin, beliau harus berhati-hati dan berdisiplin dalam menggunakan segala sumber yang ada bagi memastikan pentadbiran di Selangor berjalan lancar.

"Sebab itu saya ingin berkongsi pengalaman saya yang terhad dalam bidang korporat untuk diterjemah ke dalam operasi negeri.

"Apapun saya berpendapat orang ramai harus mengkritik dan kita harus benarkan kritikan kerana dari kritikan itu, kita akan belajar untuk jadi lebih baik," katanya.

Menyentuh tindakan beberapa pihak dalam PKR yang dikatakan membuka akaun khas di laman sosial bagi mengkritik kepimpinan dan 'membunuh' karakter beliau, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak boleh dihalang kerana dalam kemajuan teknologi masa kini, masyarakat bebas mengutarakan pendapat masing-masing.

"Tidak mengapalah... baik dan buruknya perkara ini ialah kita sekarang lebih terbuka memandangkan kita ada Facebook dan Twitter, dan perkara ini sama di negara lain juga. Kita tidak boleh halang tetapi akhirnya nanti masyarakat yang akan putuskan mana baik dan buruk," katanya

[TAKTIK JAHAT TMI BERTERUSAN] The Malaysian Insider MINTA MAAF kepada KHAZANAH Pula


Sebelum ini portal propembangkan itu telah menfitnah Mukhriz dan Tun Mahathir dan telah memohon maaf kemudiannya.

Taktik jahat (FITNAH, DAMAGE DONE, KEMUDIAN MINTA MAAF) itu bagi mengelak protal jahat itu daripada di saman oleh mereka yang difitnah. Ulasan sebelum ini (Sila Klik)

Hari ini, portal jahat itu sekali lagi meminta maaf kepada Khazanah pula setelah fitnah disebarkan.

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Portal berita propembangkang, The Malaysian Insider hari ini memohon maaf kepada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atas penyiaran berita tidak benar mengenai syarikat milik kerajaan (GLC) itu pada Khamis lalu.

Dalam permohonan maaf yang disiarkan menerusi portal itu,The Malaysian Insider berkata:
"The Malaysian Insider ingin meminta maaf kepada Khazanah Nasional Berhad berhubung artikel Parliament's bipartisan oversight panel probes Khazanah's costly ventures dan PAC siasat perbelanjaan melampau Khazanah yang disiarkan tanpa verifikasi Khazanah Nasional Berhad pada 24 Oktober 2013, dalam portal berita itu.

"Ia melaporkan bahawa Ketua Audit Negara telah menghantar surat kepada Khazanah Nasional Berhad berkaitan operasi dan pelaburannya.

"Ini adalah tidak benar dan The Malaysian Insider memohon maaf atas kesilapan itu."

Pada 19 Oktober lalu, The Malaysian Insider menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berikutan artikel yang tidak benar, mendakwa calon Naib Presiden UMNO itu terlibat politik wang.

Abby Abadi Dakwa Umno Punca Dunia Hiburan Sesat, DULU DIA BUAT SUAMI ORANG MACAM SUAMI DIA


YAN: Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang kini menyertai pembangkang mendakwa Umno bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Abby dengan lantang menyalahkan Umno kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanahair.

"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.

"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, Sabtu malam.

Abby yang kini menjadi ahli PAS seumur hidup tampil membantu kempen calon parti itu, Mohd Azam Abdul Samat yang berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalah berdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno.

"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat.

"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya.

[27/20/2013] Lelaki ditikam di hadapan perhentian bas di KM28.9 Lebuh Raya Persekutuan


Petaling Jaya: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai ditikam di hadapan perhentian bas di Kilometer 28.9 Lebuh Raya Persekutuan menghala Shah Alam di sini malam tadi.

Mangsa dipercayai warga asing ditemui orang awam dalam keadaan cedera parah sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam kejadian jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi BH di sini mengesahkan kejadian terbabit.

[PELAKSANAAN GST] Impak Menang-Menang Kepada Kerajaan dan Rakyat - Prof. Dr. Mansor & Dr. Mohd Azizuddin




SHAH ALAM - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada 2015 akan memberi impak menang-menang kepada kerajaan dan rakyat.

Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, pelaksanaan GST secara asasnya untuk menyenangkan rakyat, di samping melebarkan cukai kepada semua kelompok rakyat.

Cukai yang dipungut itu katanya dapat membantu kerajaan menjana ekonomi negara yang kemudiannya dikembalikan dalam bentuk pembangunan kepada rakyat sebagai timbal balik dalam usaha  menuju negara berpendapatan tinggi.

"Asasnya, kedua-dua rakyat dan negara pasti akan untung.

"Rakyat akan menyumbang kepada pendapatan cukai negara.

"Kerajaan pula akan memikirkan bagaimana cukai itu perlu digunakan, namun dalam pada itu, kerajaan perlu memikirkan keuntungan rakyat juga untuk membentuk kestabilan negara," katanya kepada Sinar Harian.

Namun, beliau berkata bagi memastikan GST tidak membebankan rakyat dan memberi masalah, kerajaan perlu memastikan penguatkuasaan atau penyeliaan dilakukan secara berterusan.

"Kerajaan perlu ada pengurusan, kajian berterusan dalam projek perintis di mana impak kepada golongan berpendapat rendah.

"Jika tiada campurtangan kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah, akhirnya melahirkan keresahan dalam masyarakat sehingga merugikan negara apabila berlaku ketidakstabilan ekonomi.

"Pelaksananaan dan penguatkuasaannya mesti ada pemantauan, impak kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar," jelasnya lagi.

Sementera itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, UUM, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut mengakui pelaksanaan GST meletakkan situasi "win-win" kepada negara dan rakyat.

Bagaimanapun, Azizuddin berkata pelaksanaan GST tidak perlu dibimbangkan sebaliknya cara pengendalian cukai tersebutlah yang perlu diberi tumpuan.

"... apa yang kita perlu bimbang pelaksanaannya untuk memastikan GST benar-benar memberi pulangan kepada pendapatan negara," katanya.

Tambahnya, kerajaan perlu memberi maklumat dan penjelasan mengenai GST kepada rakyat untuk mengimbangi kuasa beli.

"Memang perlu persediaan ke arah itu, jarak masa untuk melaksanakannya mungkin mencukupi untuk memberi kesedaran kepada rakyat supaya timbul keseimbangan dalam negara," katanya.

[FITNAH DULU, KEMUDIAN MINTA MAAF] Strategi JAHAT The Malaysian Insider

Sejak akhir-akhir ini, the Malaysian Insider yang merupakan sebuah portal berita yang menyebelahi pihak pembangkang nampaknya semakin galak menyiarkan fitnah.

Sebelum ini portal propembangkang itu membuat fitnah kononnya calon Naib Presiden UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mengamalkan politik wang menjelang saat-saat akhir kempen pemilihan parti.

Serentak dengan itu, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah telah mendesak The Malaysian Insider supaya menarik balik artikel fitnah tersebut dan memohon maaf kepadanya secara terbuka sebelum pukul 10 pagi (Sabtu) atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

"Ini satu perbuatan berniat jahat yang bertujuan mencemar reputasi saya. Saya tidak pernah mengamalkan politik wang dalam karier politik saya. Sebaliknya saya penentang keras amalan politik wang. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan The Malaysian Insider.

Setelah the damage has been done portal berita propembangkang itu meminta maaf kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berhubung laporan mereka bertajuk Jentera kempen Mukhriz agresif, 'hujan emas' dijangka turun bermula lewat malam.

Portal berita itu memberitahu, artikel berkenaan telah ditarik balik dan mengakui bahawa laporan tersebut adalah tidak tepat.

Sungguh senang dan tidak bertanggung jawab, "SERANG, FITNAH dan KEMUDIAN MINTA MAAF". Tidak di saman atau di dakwa di mahkamah. Duit tidak keluar, tetapi reputasi Muhriz telah hancur.

Sebelum itu juga The Malaysia Insider telah melancarkan fitnah terhadap Tun Mahathir.

Setelah seluruh blog dan fb  memanjangkan fitnah yang diterbitkan oleh The Malaysian Insider bahawa Dr. Mahathir pernah salur RM200 untuk menang di pemilihan UMNO peringkat bahagian dan setelah reputasi Tun Mahathir dan Mukhriz hancur, semalam, portal pro pembangkang meminta maaf kepada Tun M.

Permohonan maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad – The Malaysian Insider

The Malaysian Insider memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung laporan bertajuk “Dr Mahathir akui “salur” RM200 untuk menang di peringkat bahagian.”

Kami dimaklumlan laporan tersebut tidak tepat dan ia sudah pun dikeluarkan.
Segala kesulitan amat dikesali. - 26 Oktober, 2013.

Sepatutnya saman sahaja portal propembangkang ini dengan jutaan ringgi. Kenapa pemimpin UMNO sangat berlembut dengan mereka.

Jika mereka berterusan begini dengan strategi jahat ini, maka jelas kepada kita, pihak pembangkang mempunyai strategi dari segi taktikal yang lebih ampuh berbanding pakar strategi UMNO (mungkin ada mungkin tidak pakar dalam UMNO).

Menjelang PRK Sungai Limau ini, dijangka lebih banyak fitnah yang akan dsiarkan.

Kemudian mereka akan minta maaf.

Saturday, October 26, 2013

[MENTERI KESIHATAN Vs. PM, NAJIB?] Menteri Kesihatan akui peningkatan diabetis dan obesiti BUKAN KERANA GULA


Kadang-kadang terasa pelik dengan gelagat ahli kabinet Najib. Selalu saja ada percanggahan di antara Menteri dengan PM.

Semalam perdana menteri mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuat kuasa hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes,"
katanya.        

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

Berdasarkan hujah PM Najib itu, jelas kepada kita terdapat hubungan langsung di antara pengambilan gula berlebihan dengan penyakit diabetis.

Namun, hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (gambar) hari ini mengakui peningkatan penyakit diabetis atau kencing manis serta obesiti di kalangan rakyat di negara ini bukan semata-mata berpunca daripada pengambilan gula.

Namun jelas beliau, pengambilan gula boleh menyebabkan penghidap penyakit berkenaan bertambah teruk atau kronik.

Subramaniam mengulas laporan The Malaysian Insider berhubung dakwaan seorang doktor pakar yang menyangkal alasan kerajaan menaikkan harga gula demi menangani peningkatan penyakit tersebut di negara ini.

Menurut Dr P Ramesh,  langkah tersebut tidak akan mengurangkan rakyat Malaysia mengidap diabetik, memandangkan  penyakit tersebut juga berpunca daripada pengambilan karbohidrat yang tinggi, seperti yang terkandung dalam nasi dan bahan berasaskan gandum.

"Ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti bukan kerana mereka mengambil gula, tetapi berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman.
 
"Masalah sebenar adalah ramai tidak mengamalkan senaman secara konsisten. Justeru, ia adalah satu alasan yang sangat menjengkelkan," kata Dr Ramesh.

Menurut Subramaniam, dari segi sains dan nutrisi, gula bukanlah sejenis makanan yang wajib dalam kehidupan harian.

Oleh itu, keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula adalah satu perkara wajar dimana ia memperbetulkan kesalahan kerajaan.

"Sepatutnya kerajaan sejak dahulu tidak memberikan subsidi gula kepada rakyat.  Saya rasa inilah kesilapan kerajaan yang kini telah diperbetulkan.

"Ini adalah masa terbaik untuk tidak lagi memberikan subsidi gula kepada rakyat tambahan pula umum sedia maklum mengetahui pengambilan gula secara kerap tidak baik untuk kesihatan malah ia memudaratkan," katanya.

"Pengambilan gula adalah satu budaya di negara ini. Namun kita perlu tahu ia tidak diperlukan kerana bukan bahan keperluan penting seperti beras atau petrol.

"Sekiranya pesakit diabetik  pergi berjumpa doktor termasuk yang memberi pandangan ini, pastinya mereka menyarankan pengurangan pengambilan gula," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri forum Simposion Klinikal Immunology Kebangsaan di Kuala Lumpur. – 26 Oktober, 2013. TMI

[PEMBUNUH PEGAWAI AMBANK] Mana SYAITAN Ini BERSEMBUNYI, Sila Bantu Polis





KUALA LUMPUR 26 Okt. - Polis percaya suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini Rabu lalu masih berada dalam negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pihaknya juga yakin pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan dapat menyelesaikan perkara itu dengan segera.

"Kita percaya suspek masih berada dalam negara, namun saya tidak akan mendedahkan tempat dia berada bagi mengelakkan ada pihak cuba memperdayakan kita," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri upacara perbarisan tamat latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 1/2013 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini hari ini.

MOHD. Shukri Dahlan menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki polis selepas terbabit dalam kes rompak dan menembak mati pegawai bank di USJ Subang Jaya dalam sidang akhbar di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam

Kelmarin Polis telah menahan dua pengawal keselamatan dan seorang wanita yang mempunyai kaitan dan dipercayai bersubahat dengan suspek lelaki yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya.

Dua pengawal keselamatan terbabit merupakan saudara kepada suspek manakala wanita itu pula merupakan isterinya. Kesemua mereka berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Ketiga-tiga suspek itu merupakan rakyat negara jiran tetapi dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Kemuning, Klang pada malam kejadian.

Susulan penahanan ketiga-tiga mereka, polis menemui wang tunai RM20,000, dipercayai sebahagian daripada RM450,000 hasil rompakan suspek dari peti besi bank berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, penahanan itu hasil siasatan pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyelesaikan kes rompakan dan menembak mati pegawai operasi bank tersebut.

Beliau berkata, polis percaya selepas melarikan diri dari bank berkenaan, pengawal keselamatan itu telah mengagih-agihkan sebahagian kecil hasil rompakan kepada ketiga-tiga suspek.

Menurut beliau, wang tunai RM20,000 itu disembunyikan di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya yang merupakan tempat kerja dua pengawal keselamatan yang ditahan.

"Polis sedang memburu suspek yang dipercayai masih berada di negara ini bersama hasil rompakan dan selaras pump gun yang digunakan untuk menembak mati mangsa.

"Kita juga percaya suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, bukan berasal dari Sabah, sebaliknya dari negara jiran dan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

"Polis sedang menyiasat bagaimana suspek memperolehi kad pengenalan dan mempunyai permit senjata api," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Difahamkan, suspek yang diburu berasal dari Sulawesi, Indonesia.

[BAJET 2014] Apa Yang Kita DAPAT?





Friday, October 25, 2013

[TAHNIAH] Piala Malaysia: Kelantan Mara Ke Final

Pemain Kelantan, Mohd Norfarhan (dua dari kiri) cuba melepaskan diri daripada kekangan pemain Angkatan Tentera Malaysia Hairuddin Omar (dua dari kanan) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada Jumaat.

KOTA BARU: Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agregat 4-3 selepas seri 2-2 pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, pada Jumaat.

Penjaring:
Kelantan-Fakri Shaarani (m-82), Badri Radzi (m-85)
ATM - Marlon Alex James (m-17,34)

*Kelantan mara ke final dengan agregat 4-3

Thursday, October 24, 2013

[VIDEO][AMUK] LRT GOMBAK & MELATI, Dua Orang Awam Maut, Dua Cedera Ditikam Lelaki Mungkin Ikut Ajaran Sesat

Anggota polis mengangkat mayat pelajar lelaki yang terbunuh setelah ditikam sebanyak tiga kali oleh suspek di Jalan Tumbuhan, Wangsa Maju.
KUALA LUMPUR - Dalam tempoh 40 minit,  seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan dua mangsa termasuk seorang pelajar kolej swasta, meninggal dua di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.

Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran  ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak.

Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan kemudiannya bertindak melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama.

Ketika mangsa turun dari van untuk melihat keadaan, suspek yang bagaikan dirasuk, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga tusukan menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sejurus selepas itu, suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melakukan modus operandi sama apabila bertindak melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun.

Dalam kejadian di Jalan Tumbuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia.

Saksi kejadian, seorang peniaga dikenali sebagai Farid, 30, berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali.

"Ketika itu dia dalam keadaan bergari dan berlumuran darah setelah dibelasah orang ramai,"katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian hanya berakhir kira-kira jam 12 tengah hari setelah suspek berjaya ditahan oleh anggota polis peronda Dang Wangi.

Katanya, terdapat tiga kesan tikaman di bahagian badan dan tangan pada mangsa terakhir sementara suspek cedera di bahagian kepala.

"Kita dapati suspek yang berasal dari Segamat Johor ini, berada dalam keadaan tidak normal dan mengalami masalah 'kejiwaan' berkemungkinan  berkaitan dengan ajaran yang dituntut.

"Siasatan awal mendapati, suspek bebas daripada rekod jenayah, bagaimanapun ujian akan dilakukan sekiranya suspek berada di bawah pengaruh dadah.

"Kita juga akan libatkan jabatan agama, dan kaunseling bagi menentukan tahap kesedaran suspek ketika kejadian, sama ada normal atau tidak,"katanya.

Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Kejadian ini tiada kena mengena dengan isu perkauman, tetapi lebih kepada masalah individu yang mengalami masalah jiwa dan bertindak di uar kawalan,"katanya.

Mangsa yang cedera dan suspek dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan.

GAMBAR Pembunuh Pegawai Bank TELAH DIKENALPASTI, Sila Bantu Polis Cari Hingga Ke Lubang Cacing

Dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu

SUBANG JAYA: Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.

Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu.

"Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya kepada media di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah.

Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama suspek serta tiga lagi pekerja wanita bank itu berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi.

Dipercayai apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan dan mengenai dahi mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Suspek sempat mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Abdul Rahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama si mati dan tiga lagi wanita yang bekerja di bank berkenaan.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di bank ini, kita dapati suspek berusia 37 tahun tidak gementar atau ragu-ragu ketika melakukan perbuatan berkenaan.

"Lelaki terbabit dilapor melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan duit ke dalam beg hitam yang dibawanya selepas si mati membuka pintu kebal berkenaan.

"Akibat tembakan itu, wanita terbabit yang bekerja sejak 16 tahun di bank ini maut di tempat kejadian," katanya yang turut mengedarkan gambar suspek kepada media di lokasi kejadian.

Ditanya wartawan mengenai status suspek, Abdul Rahim berkata, lelaki terbabit adalah pekerja (pengawal keselamatan) yang menggantikan orang lain ketika kejadian.

"Suspek bergerak sendirian dalam kejadian itu. Dia ganti orang lain pada hari ini dan pernah menggantikan empat ke lima kali mengawal bank ini sepanjang setahun dia bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan," katanya.

Katanya, keraguan dalam kad pengenalan milik suspek yang disyaki palsu itu akan dipastikan selepas ini dengan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, pihaknya juga akan memeriksa cctv di kawasan berhampiran.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang yang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

Katanya, mangsa sudah bekerja di bank berkenaan sejak 16 tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com