innity

pages

Monday, September 30, 2013

[YAN, KEDAH] TIGA ORANG MAUT keracunan makan kenduri

Mangsa, Rozita Sharif, sedang menerima rawatan di Hospital Yan.

YAN - Gara-gara menjamu selera di satu majlis kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sabtu lalu, tiga maut manakala lebih 60 orang mengalami keracunan makanan.

Hidangan jamuan berlauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku dikatakan menjadi menu utama yang dihidangkan kepada hadirin di majlis kenduri berkenaan.

Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau.

Manakala mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan seorang lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, hari ini.

Difahamkan kesemua mangsa menghadiri majlis kenduri yang sama dan mendapat simptom keracunan yang sama berpunca daripada makanan yang dimakan.

Seorang tetamu  hadir ke kenduri berkenaan, Rozita Sharif, 38, berkata, selepas pulang daripada kenduri itu, dia berasa tidak sedap badan serta pening dan sakit perut.

“Awalnya saya hanya anggap sakit perut biasa dan cirit-birit biasa sahaja, tetapi dikejutkan dengan berita kematian anak jiran saya yang dikatakan meninggal selepas mengalami sakit perut.

“Sejurus itu saya terus datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, pihaknya mendapati kesemua mangsa mempunyai tanda-tanda mengalami keracunan dan meminta semua yang hadir ke kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan di hospital atau klinik berhampiran.

“Pihak hospital sedang menyiasat punca kejadian dan setakat ini kita menerima laporan tiga orang yang telah meninggal dunia.

“Mangsa mungkin mengalami dehidrasi yang teruk yang menyebabkan kehilangan air yang serius. Pihak hospital akan mengambil sampel najis mangsa untuk sahkan jenis kuman yang dijangkiti mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

[BERITA AARON AZIZ MENINGGAL DUNIA DI SWITZERLAND TIDAK BENAR]


SELEPAS digemparkan dengan berita Aaron Aziz  tidak sihat dan mengalami sakit sendi tengkuk minggu lepas, hari ini timbul pula berita mengejutkan yang mengatakan pelakon itu maut akibat kemalangan selepas bermain ski di Switzerland.

Berita itu telah tersebar di laman blog luar negara dan Facebook sekaligus menimbulkan rasa tidak percaya dan terkejut di kalangan peminat-peminatnya.

Terkejut dengan berita tersebut, Aaron yang sedang dalam perjalanan ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor Malaysia 2 akhirnya telah memuat naik satu video status dirinya yang terkini bagi memastikan peminat beliau tidak panik dengan berita yang tersebar meluas itu.

"Kepada semua peminat saya OK, jangan risau. Walaupun masih lagi ada denyutan di tengkuk, tapi semuanya semakin baik InsyaAllah.

"Jadi jangan risau, semuanya OK. Jaga diri semua," katanya.

Beliau berkata demikian setelah ramai yang bertanyakan tentang kematian dirinya itu.

Sementara itu, isteri Aaron sendiri, Diyana Halik turut menafikan berita itu menerusi laman Twitternya dan memberi amaran kepada individu yang bertanggungjawab ke atas berita palsu ini.

Penafian Diyana dikukuhkan lagi dengan gambar-gambar terbaru Aaron yang sedang dalam perjalanan ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor Malaysia 2 dan bukannya ke Switzerland seperti dilaporkan.

"Aaron Aziz sekarang di Capetown untuk penggambaran. Walaupun leher masih sakit tapi alhamdulillah akan sihat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

"Kepada pihak yang menyebarkan dakwaan palsu ini, jangan main-main dengan isu hidup dan mati. Insya-Allah, Aaron akan diberikan usia yang panjang," katanya.

Sunday, September 29, 2013

Imam amal Syiah diberkas

AHMAD RAFFLI (kiri) bersama pegawainya menunjukkan batu Karbala dan barangan lain yang mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah yang dirampas dalam serbuan di kuarters kakitangan di ladang RISDA Pekoti Timur di Rompin, Pahang kelmarin

MUADZAM SHAH: Seorang imam sebuah masjid di Ladang RISDA Pekoti Timur, Ulu Keratong, di sini, ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana disyaki mengamalkan ajaran Syiah, kira-kira 2 petang semalam.

Serbuan itu turut merampas beberapa buku berkaitan Syiah termasuk batu turbah serta sehelai kain kapan yang tertulis doa dan ayat suci al-Quran.

Ketua Penguatkuasa JAIP Mohd Raffli Abdul Malik berkata, serbuan berkenaan dilakukan selepas hasil risikan mendapati lelaki yang berusia 64 tahun itu mengamalkan ajaran Syiah sejak enam tahun lalu.

"Ketika serbuan dilakukan di kuarters RISDA itu mendapati lelaki berada di rumah berkenaan bersama seorang anak lelakinya berusia 33 tahun manakala isterinya tinggal di rumah di FELDA Selancar 1, di sini.

"Siasatan kita mendapati lelaki berkenaan mengamalkan ajaran Syiah secara sembunyi dan pernah mengikuti rombongan ke Iran bersama pengikut Syiah lain kira-kira empat tahun lalu dan kita percaya dia membeli beberapa barangan seberti batu karbala di sana," katanya dalam sidang media di Pejabat Agama Islam Daerah, di sini, pagi tadi.

Sehubungan itu lelaki berkenaan ditahan sementara bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 165/170 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Mohd Raffli berkata, anak lelaki suspek dibebaskan kerana hasil siasatan JAIP tidak menjurus kepada pembabitannya dalam ajaran Syiah namun pihaknya akan mengambil keterangannya untuk membantu siasatan.

Saturday, September 28, 2013

['KEKASIH' PENYANYI BERTUDUNG,YUNA BERBOGEL] Bikin Panas!!

Kami cuba juga mencari kenyataan atau tulisan Yuna di Tumblr beliau yang mengatakan hubungan dengan jurugambar beliau, Julian Schratter kini sudah mencapai tahap yang lebih serius.

Laporan dari Beautiful Nara (klik) menyebut yang Yuna menulis yang beliau dan Julian Schratter kini sudah masuk ke fasa percintaan dan ingin menjaga hubungan ini supaya tidak seperti yang lalu.

“Sometime around tonight, last year, a special person walked into my life and I can’t imagine my life for the past year if we had never crossed paths — oh how life would be monotonous.

“Love, colors, paintings, skateboards, roti canai, laughters and smiles all the way and the only way. I learned a lot from my past relationships to not screw this one up. I can feel it. InshaAllah” kata Yuna.          - Rotikaya

Namun, yang tidak sedap didengar dan bikin panas ialah 'kekasih' Yuna ini dikatakan seorang yang kurang akhlaknya (walaupun bagi seorang mat salleh) kerana mempunyai gambar-gambar bogel yang dipamerkan di khalayak umum.

Ada yang berkata, tiada lagikah orang yang baik untuk Yuna yang terkenal dengan penyanyi yang sentiasa bertudung.




[VIDEO & GAMBAR] PakCik Guard VS Bini Mat Yo CETUS FENOMENA, Super Spontan TURUT Melakonkan Watak Mereka

Seorang individu telah menghadihkan jam kepada PakCik Guard

Individu tersebut juga mempelawa Pak Cik Guard merasai kereta sport beliau

Pemain bola sepak ATM tidak melepaskan peluang bergambar bersama Pak Cik Guard

YB Nurul Izzah juga mengambil peluang bergambar bersama Pak Cik Guard


Friday, September 27, 2013

[PLAYBOY] Nedim Nazri RM7.2 Juta Kekasih Nora Danish


Pertamanya, Nora Danish sendiri tidak pernah mengaku yang Nedim Nazri adalah kekasihnya namun ingatkah anda akan kenyataan yang beliau tidak kisah dengan kesimpulan para peminat tentang hubungan mereka. Ini kesimpulan kami, you two are couple damn it.

Peminat dunia hiburan kini sedia maklum yang Nora Danish sedang berkawan rapat dengan Nadeem Nazri & hubungan mereka yang dipaparkan secara terang terangan melalui laman sosial ini pastinya mengundang pelbagai spekulasi & persepsi.

Selepas bersama sama bercuti ke Bali, Indonesia tidak lama dahulu Nadeem Nazri sekali lagi mengikut perjalanan keluarga Nora Danish ke luar negara dan kali ini untuk melawat saudara aktres itu yang berada di Myanmar.

Nora Danish menjelaskan yang asalnya merancang untuk pergi tiga orang & semua perempuan — Nadeem Nazri menawarkan diri untuk pergi sebagai teman memandangkan keadaan di Myanmar yang tidak tenteram ketika ini.

“Dia (Nadeem Nazri) bersama sepupu dia temankan kami sebagai menjaga keselamatan kami. Sekurang kurangnya kalau ada orang lelaki dengan kami, rasa selamat lah sikit,” jelasnya.

Menyentuh tentang gambar mesra mereka yang sering di’kongsi di Instagram, Nora Danish berkata beliau tidak akan salahkan peminat jika membuat kesimpulan sendiri mengatakan dirinya & Nadeem Nazri kini sedang bercinta.

“Saya tak salahkan peminat kalau nak kata saya bercinta dengan Needim. Lagipun, gambar-gambar kami banyak di Instagram. Saya yang gatal tangan nak upload gambar gambar itu”, jelas Nora Danish sambil berseloroh.

Anak Nazri beli banglo RM7j, Nazri kata Bukan masalah saya(klik)

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebelum ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.









sumber:rotikaya

Tiada Kenaikan Harga Minyak RON95 - Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi tersebut masih kekal RM2.10.

"Saya ingin nafi ada penurunan subsidi RON95 sebanyak 10 sen pada malam ini. Oleh itu RON95 bersubsidi masih rm2.10 seliter.

"Harga sebenar 2.73," katanya di laman twitter miliknya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam ini.

Sementara itu, pakar ekonomi seorang pakar ekonomi dengan Alliance Research, Manokaran Mottain turut menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat ini kerana pelarasannya baru sahaja dibuat.

"Rakyat masih lagi tengah dalam usaha menerimanya (kenaikan harga bahan api)," kata Manokaran, yang juga Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)kepada Bernama semasa ditanya tentang lebih banyak lagi pengurangan subsidi dalam tempoh terdekat ini.

Beliau juga berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya akan bermesyuarat setiap enam bulan. "Sebarang rasionalisasi subsidi hanya akan diputuskan apabila ia benar-benar perlu," katanya.

Spekulasi mengenai kenaikan lagi harga bahan api tersebar luas dalam media sosial sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengurangkan lebih banyak subsidi terutamanya bagi bahan api yang akan membawa kepada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel.

Rakaman skrin laman web Bernama 'seolah-olah' pengumuman tentang kenaikan harga itu disebarkan menerusi media sosial hari ini.

Ia sebenarnya pengumuman rasionalisasi subsidi pada 2 Sept lepas yang menyaksikan harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada tengah malam Selasa (3 Sept).

Rakaman skrin itu malahan telah mengubah tarikh kepada 'tengah malam Isnin' dan disebarkan kepada orang ramai.

Susulan rasionalisasi baru-baru ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.

Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini.

Thursday, September 26, 2013

Anak Nazri beli banglo RM7j, Nazri kata Bukan masalah saya


Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif.

Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta."Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?

"Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.





Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan".

Badrul Hisham mendakwa, pihaknya menerima dokumen pembelian banglo tiga tingkat itu dibuat atas nama anak lelaki Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nedim Mohamed Nazri.

“Bagi anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, adalah amat meragukan dari sudut kemampuan.

“Bagaimana anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglo dengan harga yang sedemikian tinggi,” katanya

Melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam Negeri, Badrul berkata, wujud keraguan bagaimana Mohamed Nedim mampu memiliki kediaman mewah itu  berbanding pendapatan yang diisytiharkannya.

“Dalam proses membeli rumah mewah ini, pembeli menikmati diskaun RM500,9444.08 (-7%) selaku Bumiputera.

“Orang biasa termasuk pimpinan Umno di peringkat cawangan yang gila–gila pertahankan Umno ada yang menikmati diskaun tak sampai RM10,000 atas nama Bumiputera ketika membeli rumah kerana itulah sahaja kemampuan orang biasa,” katanya.


RON95 naik lagi?


KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke
negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
  
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah
di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.
  
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.
  
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.
  
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.
  
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
  
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
  
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- Bernama

[UGUT BUNUH] Ketua Polis P.Pinang Kata KALAU BERANI SANGAT, TELEFON MANA MAHU JUMPA, TAK PAYAH UGUT HANTAR SMS


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mencabar individu yang menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepadanya pada Isnin lepas untuk bersemuka.

Abdul Rahim berkata beliau tidak gentar dengan SMS yang diterima dan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah di negeri ini sekali gus menjalankan tugas dengan lebih tegas.

“Saya nasihatkan kepada penghantar mesej (ugutan) itu, jangan ingat dia terlepas daripada tindakan pihak polis.

“Tak payahlah ugut-ugut hantar SMS, beritahu saja… telefon mana mahu jumpa, saya akan pergi. Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya… saya akan pergi,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2013 di sini Rabu malam.


Beliau menerima lebih tiga SMS ugutan pada Isnin dan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pukul 9 malam semalam.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah “Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best”. Selain itu, pengirim SMS turut mengugut untuk “mengambil” Abdul Rahim atau rakannya, jika tidak berjaya “mengambil” Abdul Rahim.

Kesemua SMS diterima daripada nombor yang sama bermula pukul 9 pagi ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya.

Abdul Rahim berkata sebagai pegawai polis, beliau sudah biasa dengan SMS berbaur ugutan dan tidak kisah dengan perkara itu kerana apa yang penting ialah menjalankan tugasnya dalam memastikan keamanan serta keselamatan masyarakat.

“Saya langsung tak berasa takut, bimbang dan sebagainya. Kalau saya sebagai Ketua Polis Negeri takut, bagaimana masyarakat? Kalau tunjuk muka takut, masam, bagaimana saya nak kekalkan keamanan. Apa yang saya nak takut. Saya akan lebih tegas lagi dalam perkara ini,” katanya.

Abdul Rahim berkata beliau mengarahkan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah negeri menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Beliau turut mengesahkan timbalannya, Datuk A. Thaiveegan yang baharu bertugas minggu lepas, juga menerima SMS berbaur ugutan dan siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan.

[PIYA TINGGALKAN TRW KE TERENGGANU?] KAFA harap tonggak tidak tinggalkan TRW TAPI TIDAK AKAN HALANG


Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berharap pemain tonggak The Red Warriors (TRW) tidak akan meninggalkan mereka selepas persatuan itu mengeluarkan surat rasmi berhubung kontrak baru termasuk kenaikan gaji bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Naib Presiden KAFA Datuk Rosmadi Ismail berkata, pihak pengurusan sudah mengemukakan surat tawaran berhubung kontrak baru kepada pemain, termasuk tonggak utama yang disebut-sebut akan berhijrah ke pasukan lain iaitu ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi, Muhammad Norfarhan Mohamad dan Indra putra Mahayuddin.

Bagaimanapun katanya, ketiga-tiga pemain itu belum memberi jawapan sama ada akan terus kekal bersama mereka atau sebaliknya, namun KAFA tetap berharap tonggak penting itu akan terus kekal dengan pasukan gergasi Pantai Timur.

“Kita memang sudah menawarkan kontrak baru termasuk kadar kenaikan gaji yang KAFA mampu tawarkan. Bagaimanapun pemain belum memberi jawapan menerusi surat rasmi.

“Kita harap dengan kadar kenaikan gaji baru, mereka tidak akan meninggalkan kami malah terus bersama mengharungi cabaran musim depan,” katanya semalam.

Selain tonggak tempatan yang dikhabarkan bakal berhijrah, nasib pemain import Obinna Nwaneri, beraksi di bahagian pertahanan dan penyerang, Dickson Nwakaeme bagaimanapun belum pasti walaupun kontrak mereka akan tamat musim ini.

Rosmadi berkata, KAFA sedang berunding untuk terus mengikat kedua-dua pemain berasal dari Nigeria itu yang turut menjadi tonggak penting pasukan musim ini.

“Namun kedua-dua mereka belum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui kenyataannya di laman Facebook miliknya berkata, mereka tidak akan menghalang pemain yang berhasrat menukar pasukan namun perlu membuat keputusan selewat-lewatnya hujung minggu ini.

“Kami sudah mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada semua pemain utama dan pemain bebas membuat keputusan selewat-lewatnya akhir minggu ini,” katanya.

Wednesday, September 25, 2013

[MELAMPAU BATAS] Ketua Polis P.Pinang DIUGUT BUNUH

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi

GEORGETOWN - Bimbang keselamatan dirinya, keluarga dan anggota lain, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi membuat laporan selepas menerima ugutan bunuh dua hari lalu.

Abdul Rahim dilaporkan menerima ugutan itu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar melalui telefon bimbitnya ketika berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi Isnin lalu.

Difahamkan, kiriman SMS oleh individu yang tidak dikenali itu mengandungi ayat ugutan kerana tidak berpuas hati apabila lima rakannya ditembak polis bulan lalu.

Kandungan SMS yang diterima Abdul Rahim adalah ‘Hello kepala penang, mau kasi ingat, u sudah ambil saya punya kawan lima orang, u jangan ingat u the best, u jaga u punya body, tak dapat u, u punya kawan saya ambil. Jaga-jaga’.

Abdul Rahim membuat laporan sehari selepas menerima ugutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 8.50 malam semalam.

[DUA LELAKI DITAHAN POLIS BAWA MASUK MEMORABILIA CHIN PENG] Taktik MISI BAWA BALIK ABU MAYAT Menguji Tahap Kawalan di Lapangan Terbang Pulau Pinang

Polis menahan salah seorang daripada dua lelaki yang mempunyai beberapa dokumen berkaitan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di George Towen, Selasa. Pemeriksaan menemui 11 cenderahati, lapan DVD dan gambar mendiang Chin Peng dan 13 buku berkaitan komunis

Dua Lelaki Tiba Dari Bangkok Ditahan Selepas Disyaki Bawa Masuk Memorabilia Chin Peng 

PULAU PINANG: Polis telah menahan dua lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pada malam Selasa.

Mereka dipercayai membawa masuk barang-barang milik bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini dari Bangkok.

Polis turut memeriksa dua bagasi yang dipercayai mengandungi memorabilia Chin Peng.

Dua lelaki itu yang dipercayai berusia sekitar 40-an itu, ditahan kira-kira pukul 10.30 malam.

Pesawat Thai Airways yang dinaiki mereka tiba pada pukul 9.55 malam.

Mereka pada mulanya disyaki membawa masuk abu mayat mendiang.



VIDEO EKSKLUSIF: Pengakuan Pak Guard di MAKI ISTERI MAT YO

Wanita ini dikatakan tuan punya suara yang memaki Pegawai Keselamatan
SUBANG: Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.

Monday, September 23, 2013

[VIDEO] [ISTERI PEMAIN BOLA TERKENAL MAKI PAK GUARD]

Sumber:

TERKINI: Polis MAUT DIHENTAK BATU oleh Ahli GENG KONGSI GELAP dalam OPS LEJANG [KEMASKINI]

Gambar Rekod Ops Cantas

MELAKA - Seorang koperal polis maut ketika bergelut untuk menahan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng di sini, hari ini.

Dalam pergelutan itu, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata Zal-Azri menyertai operasi itu bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian itu untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng awal pagi ini.

Polis berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun dan kira-kira pukul 8.30 pagi, seorang daripada suspek itu cuba melarikan diri.

"Zal-Azri cuba menahan suspek berusia 17 tahun itu dan berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan anggota kami cedera di kepala," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Shahrom berkata suspek yang dapat melarikan diri selepas pergelutan itu, berjaya ditahan di Krubong pada pukul 10.50 pagi ini.

Beliau berkata serbuan ke kawasan kilang itu dibuat setelah polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Agaknya ini yang diingini oleh puak yang menyokong penjenayah yang membantah pihak Polis menembak penjenayah sebelum ini.

Mereka membuat fitnah menyatakan pihak Polis tidak mengikut SOP yang ditetapkan semasa menembak penjenayah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Hindraf, Waytha Moorthy sebelum ini pernah mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang dalam insiden tembak menembak dengan polis.

Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Tindakan Waytha itu telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang lebih berupa cabaran terhadap pemimpin Hindraf yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy berikutan pendiriannya yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.

Kata Zahid, Waytha bukan saja tidak harus mempertikaikan kerja polis, bahkan juga tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat beliau masih pemimpin NGO, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi dan jangan campur kerja polis,"tegas Zahid.


Jika mereka (puak penyokong penjenayah) diam membisu terhadap kematian anggota Polis ini, jelas kepada kita mereka itu adalah petualang negara yang bertopengkan pangkat dan badan tertentu.

Kita memohon agar pihak Polis tidak menyerah kalah dan teruskan perjuang menentang penjenayah ini kerana ia telah membuatkan hasil yang memuaskan.


Sunday, September 22, 2013

Usaha HARAMKAN Al-Quran Boleh Cetuskan KETEGANGAN


MOSCOW 21 Sept. - Majlis Mufti Rusia memberi amaran kepada Presiden Vladimir Putin, ketegangan boleh tercetus di negara ini dan di seluruh dunia, jika keputusan mahkamah yang mengarahkan pemusnahan sebuah tafsir al-Quran tidak ditarik balik.

Timbalan Ketuanya, Rushan Abbyasov mengeluarkan amaran tersebut menerusi sepucuk surat semalam, berhubung keputusan sebuah mahkamah di bandar Novorossiysk, selatan Rusia pada Selasa lalu yang memutuskan bahawa tafsir al-Quran ke bahasa Rusia yang diterjemahkan oleh pakar teologi dari Azerbaijan, Elmir Kuliyev menyalahi undang-undang antifahaman pelampau dan perlu dimusnahkan.

Aktivis hak asasi manusia menyifatkan, jika tiada rayuan dibuat, keputusan yang akan dikuatkuasakan di seluruh negara itu boleh mengundang bahaya dan merupakan langkah awal untuk menghapuskan al-Quran itu sendiri.

Dalam surat itu, Rushan dengan kuat menyuarakan tentangan dan memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya ketegangan bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di seluruh dunia.

Beliau turut memberi contoh kepada insiden seorang paderi di Amerika Syarikat (AS), Terry Jones yang mahu membakar al-Quran pada 11 September 2010, tindakan yang mencetuskan bantahan ganas di Asia Barat dan Afghanistan.

Seorang peguam kepada Kuliyev, Murat Musayev berkata, beliau akan mengemukakan rayuan ke atas keputusan mahkamah yang mengharamkan dan mengarahkan pemusnahan salinan terjemahan tersebut.

Menurut pakar, terjemahan yang dibuat oleh Kuliyev yang berusia lebih sedekad, adalah hasil ilmiah yang sangat dihormati dan merupakan satu daripada empat terjemahan al-Quran ke bahasa Rusia yang ada.

"Keputusan ini adalah selangkah daripada tindakan pengharaman al-Quran dan sesuatu yang tidak profesional.

"Terjemahan Kuliyev sangat berkualiti," kata seorang pakar Islam di Akademi Sains Rusia, Akhmed Yarlikapov. - REUTERS

[PEJUANG PR, HISHAMUDDIN RAIS HINA HJ HADI KATA MEROYAN] Marah Kerana Pas ingin Berdialog Dengan UMNO


SHAH ALAM - Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa Pas terbuka untuk bekerjasama dengan Umno, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang nampaknya terus mendapat perhatian blogger terkenal, tukartiub.blogspot.com.
 

Pemilik blog berkenaan yang juga aktivis politik, Hishamuddin Rais dilihat seolah-olah mempersendakan kenyataan Hadi dan menganggap pemimpin itu "meroyan".
 

"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib.
 

"Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter seperti mengajuk Pas kerana berulang kali mengutarakan perkara ini tanpa sebarang hasil.
 

Abdul Hadi semalam dipetik sebagai berkata, Pas sedia untuk  bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.
  
Petikan daripada blog tukar tiub milik Hishamuddin Rais
Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.
  
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
  
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya.

 

Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.
 
"Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.
 
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.

 

Paparan berita mengenai kesediaan Pas bekerjasama dengan Umno ini juga menjadi berita pilihan pembaca di Sinar Harian Online hari ini apabila ia berada di kedudukan teratas segmen '5 paling hot'.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com