innity

pages

Saturday, August 31, 2013

[VIDEO] Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya


Seorang lelaki Yang Tidak Dikenali Merampas Bendera 'Sang Saka' Di Dataran Merdeka Ketika Sambutan Malam Merdeka Malam Tadi.

Perkara Itu Berlaku Ketika Sasterawan,A Samad Said Berucap.

Sang Saka Adalah Bendera Yang Pernah Direkabentuk Khas Menerusi Tuntutan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Sebelum Mencapai Kemerdekaan.

Turut Hadir Dalam Majlis Tersebut ialah Aktivis Politik,Hishamudin Rais,Aktivis Mahasiswa,Adam Adli Dan Safwan Anang

Friday, August 30, 2013

[HINA BENDERA] Cina Malaysia Gantung Seluar Dalam Merah Ganti Bendera Indonesia di DAKWA


Seorang warga Malaysia berketurunan Cina ditahan Polis Indonesia Kerana Hina Bendera!!

Baru kau tahu!!! Di Malaysia korang boleh permainkan pihak keselamatan, perundangan dan pemimpin negara atas nama "KEBEBASAN" tahi kucing korang.

Tapi di negara orang, silap la kalau nak bawa perangai tak bertamadun dan BIADAP korang tu.


Seorang rakyat Malaysia mungkin berhadapan dengan hukuman penjara lima tahun kerana didakwa mempersendakan bendera Indonesia.

Broderik Chin, membuat ‘gurauan’ itu selepas pekerjanya gagal mencari bendera untuk dikibarkan sempena hari kemerdekaan Indonesia.

Dia telah didakwa berkata bahawa bendera tersebut “boleh digantikan dengan seluar dalamnya yang berwarna merah”.

Menurut Jakarta Post, Chin telah berbuat demikian pada 16 Ogos, iaitu sehari sebelum hari kemerdekaan negara itu.

Chin merupakan pengurus besar kilang kelapa sawit PT Kreasi Jaya, sebuah anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK).

Pesuruhjaya Kanan Polis Indonesia, Agus Rianto berkata ada kemungkinan Chin bergurau atau marah dengan pekerjanya.

Katanya tindakan Chin telah menaikkan kemarahan penduduk tempatan di Dumai yang selepas itu telah melakukan bantahan di luar kilang.

Berikutan bantahan itu, polis Dumai telah menahan Chin pada 21 Ogos lalu.

Menurut Agus lagi, Chin akan di dakwa di bawah Artikel 66 Akta 2009 berkaitan bendera, bahasa, simbol dan lagu negara.

Berdasarkan laporan Jakarta Post, Chin bakal berdepan dengan hukuman penjara lima tahun atau denda Rp 500 juta (RM 150,762).

Laporan dari The Jakarta Post

[MAK NYAH SERTAI PERBARISAN KEMERDEKAAN] LGBT Diangkat DARJAT Oleh Kerajaan PAHANG?

Paula

KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 org mak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya.

Oleh itu kata Abd Rahim, pembabitan dalam perbarisan sempena kemerdekaan itu nanti sebagai platform untuk golongan mak nyah bergaul dengan masyarakat dan bukan berhubung antara mereka sahaja.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika majlis raptai penuh perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-56 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, dekat sini, semalam.

Katanya, dengan kerjasama yang diberikan terbukti mereka masih boleh dibimbing.

“DIC yakin mereka masih lagi boleh diselamatkan dan diajak untuk kembali ke pangkal jalan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sempena sambutan ini dapatlah mereka mengenal erti kemerdekaan dan rata-rata kelihatan bersemangat dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Sebelum ini mereka dikenali dengan orang yang hanya keluar pada waktu malam dan berpelesiran di sana sini, tetapi ternyata setelah menyertai aktiviti ini mereka ada perasaan cintakan tanah air, ingin mendekati masyarakat dan hidup seperti orang lain," katanya.

Sementara itu, bagi Paula, 29, dia begitu teruja dapat bercampur dengan masyarakat pada majlis raptai tersebut memandangkan ada sebahagiannya boleh menerima secara terbuka kehadiran insan sepertinya.

“Ini kali pertama saya diberi peluang dan saya gembira kerana berjaya membuktikan golongan mak nyah bukanlah hanya memiliki cerita negatif sahaja.

“Malah kami juga ada hati dan perasaan seperti orang lain untuk hidup bermasyarakat menyambut hari bersejarah sekali gus berpeluang menjadi contoh untuk diikuti golongan kami yang seangkatan tapi masih belum sedar,” katanya.

Shima, 26, pula mengakui kini dia lebih yakin setelah melihat sendiri bahawa tidak semua anggota masyarakat yang memandang hina padanya.

“Sekiranya berpeluang, saya ingin terus terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan dan membantu kerajaan menjalankan program yang bermanfaat," katanya.

[DIKRITIK PAKAI TUDUNG BAJU KETAT] Artis Fida Ibrahim Kata TAKKAN NAK PAKAI BAJU KELAWAR PULA

 
Beberapa keping foto Fida Ibrahim yang dilihat sedang memakai pakaian ketat yang dimuat naik dilaman sosialnya telah mengundang kritikan serta makian daripada segelintir pengikutnya.


Berikutan isu itu, Fida akhirnya tampil memberi penjelasan dan menerangkan kepada umum mengapa dia memuat naik foto sebegitu di laman sosialnya dua hari lepas.

Bercakap kepada sebuah portal berita hari ini, Fida telah menegaskan bahawa foto tersebut diambil ketika dia sedang menjalankan sesi fotografi bagi mempromosikan sebuah produk pelangsingan badan dan secara kebetulan dia turut dilantik sebagai duta produk tersebut.
Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjuk hasilnya.
Lagipun saya duta produk pelangsingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?


Sumber: Oh Bulan

[ANWAR TAK SETUJU TANDA PUTERA DISEKAT DI P.PINANG] Hebat Permainan Anwar


PKR tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang menasihatkan pengusaha pawagam di Pulau Pinang supaya jangan menayangkan filem kotroversi, Tanda Putera, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu berkata, Malaysia adalah negara merdeka dan sesiapa sahaja berhak menyampaikan pandangan masing-masing.

"Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu.

"Apa yang dikesalkan ialah filem itu mempromosikan propaganda Barisan Nasional (BN) malah pengarahnya sendiri Datin Paduka Shuhaimi Baba mengakui filem berkenaan bergenrekan fiksyen.

"Filem itu dilihat memainkan sentimen kaum dan tidak perlu filem berkenaan dipaparkan kepada generasi muda terutama mereka yang mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) bagi menggambarkan kisah sebenar peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969," katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Merdeka kali ke-56 di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai perlu faham filem berkenaan adalah agenda BN dan ia digunakan semata-mata bagi menyampaikan agenda politik sempit pemimpin BN.

Terdahulu, agensi berita nasional, Bernama melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menghalang tayangan filem Tanda Putera di pawagam di negeri itu membuktikan sikap hipokrit parti itu yang kononnya memperjuangkan kebebasan media dan bersuara.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan tindakan DAP kerana parti itu sememangnya hanya akan memperjuangkan sesuatu perkara apabila ia berkaitan dengan kepentingan mereka.

Katanya, apabila DAP menganggap filem itu berunsur perkauman, parti itulah yang sebenarnya bersikap demikian sambil menyifatkan tindakan DAP lebih bermotifkan politik dan cuba menutup sejarah sebenar negara.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut berhubung keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan penayangan filem 'Tanda Putera'.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pertemuan akan diadakan antara kementerian dan Pejabat Peguam Negara bagi melihat peruntukan undang-undang berkaitan dengannya.

Menyifatkan tindakan kerajaan Pulau Pinang itu tidak rasional, Ahmad Shabery percaya pihak berkenaan berfikiran sempit dan autoritarian kerana membuat keputusan drastik tanpa menonton dahulu filem itu. – 30 Ogos, 2013.

[PEMILIHAN UMNO] Ku Li umum TIDAK pertahan jawatan Ketua Umno Bahagian Gua Musang


GUA MUSANG: Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan mempertahankan jawatannya selaku Ketua Bahagian pada mesyuarat bahagian berkenaan 28 September depan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga akan membuat keputusan dan mengumumkan samada untuk bertanding lain-lain jawatan di peringkat pusat pada tarikh yang sama.

Katanya, mengikut peraturan baru parti, semua ahli Umno layak menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan dan beliau akan mengumumkannya pada tarikh tersebut.

“Saya rasa sudah sampai masa saya berundur untuk beri peluang kepada pihak yang lain pula menyampaikan khidmat mereka,” kata Tengku Razaleigh.

“Barangkali generasi muda, generasi baru, hendakkan perubahan, kalau bukan perubahan angin pun, perubahan orang yang boleh menyampaikan khidmat mereka walaupun orang di sini sudah biasa dengan saya.”

Beliau yang tidak mahu mengulas panjang mengenai kedudukannya meminta semua pihak menunggu 28 September depan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bermesra dengan penduduk orang asli, di Kampung Lambok, di sini pada Khamis.

Beliau turut membayangkan akan bersara dari arena politik dan memaklumkan Pilihan Raya Umum ke-13 merupakan pilihan raya terakhir baginya.

Katanya beliau sudah 50 tahun menawarkan diri berkhidmat kepada rakyat di kawasan Gua Musang sebagai wakil rakyat dan ketua parti dalam politik.

Terdahulu beliau mengadakan majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen Gua Musang bersama pemimpin tempatan dan masyarakat orang asli.

Hadir sama ADUN Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani, ADUN Galas, Ab Aziz Yusof, Bendahari Umno Bahagian, Zamzani Harun dan naib presiden Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan, Mohd Syahbuddin Hashim.

[PEMILIHAN UMNO] 146,500 Ahli UMNO Akan PILIH Siapa? WANG atau AGAMA & BANGSA

Zahid, Hishammuddin dan Shafie akan mempertahankan kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu Oktober ini

Musa, Ali dan Mukhriz turut disebut-sebut bakal memberi saingan kepada bagi merebut kerusi Naib Presiden Umno

SEMAKIN dekat dengan tarikh-tarikh penting menjelang pemilihan Umno 2013 pada September dan Oktober depan, semakin ramai pemimpin parti itu mula menyatakan pendirian masing-masing.

Menariknya, selain ramai menyuarakan minat untuk turut sama memasuki persaingan merebut jawatan tertentu, tidak kurang juga yang mengambil keputusan memberi laluan kepada muka-muka baru untuk berada dalam kelompok pembuat dasar parti.

Tidak Bertanding Majlis Tertinggi UMNO

Adat berorganisasi, pemimpin datang dan pergi. Sikap yang ditunjukkan beberapa 'otai' Umno untuk berundur atau tidak mahu bertanding mempertahankan kerusi Majlis Tertinggi (MT).

Sehingga kini, seramai enam ahli MT mengumumkan tidak akan bertanding. Mereka termasuklah ahli paling lama berkhidmat dalam MT iaitu sejak 1975 yang juga bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz; Bendahari Umno, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman serta Ketua Umno Bahagian Jelebu, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Turut sama mahu melepas jawatan dalam MT Umno ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir.

Di samping itu ada juga di kalangan Menteri Besar yang enggan bertanding misalnya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dari Johor.

Sebenarnya ramai di kalangan menteri besar yang merasakan mereka tidak perlu bersusah payah menawarkan diri untuk bertanding kerana pada akhirnya mereka akan sama ada dilantik atau dijemput untuk 'turut serta' dalam mesyuarat-mesyuarat MT.

Tawar Diri Bertanding Majlis Tertinggi UMNO

Buat masa ini seramai 14 muka lama dalam senarai MT Umno sudah menyatakan kesediaan menawarkan diri semula.

Mustapa Mohamed
Mereka ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Ketua Umno Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob; Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman; bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Turut menawarkan diri untuk terus kekal dalam senarai MT ialah, Ketua Umno Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; bekas Senator, Datuk Dr Norraesah Mohamad; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Pada dasarnya, pendirian awal pemimpin-pemimpin ini menzahirkan formulasi yang digambarkan Najib mengenai kombinasi muka baharu dan lama dalam senarai kepimpinan tertinggi Umno untuk penggal akan datang.

Selain senarai muka lama yang akan mempertahankan jawatan mereka, empat muka baharu yang sehingga kini turut menawarkan diri untuk membarisi senarai MT Umno ialah Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar; Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dan Ketua Umno Bahagian Puchong, Datuk Satim Diman.

Pemilihan Umno kali ini yang dijadualkan berlangsung 19 Oktober akan datang, akan mencatat satu sejarah baru kerana buat pertama kalinya pemilihan kepimpinan pusat akan dilakukan oleh para perwakilan ke persidangan agung tahunan bahagian dan bukannya oleh sekadar 2,000 lebih perwakilan ke perhimpunan agung tahunan parti.

Adalah dianggarkan seramai 146,500 ahli parti di peringkat akar umbi dari 191 bahagian akan terlibat dalam membuat keputusan untuk menentukan kepimpinan parti di peringkat kebangsaan.

Pemilihan MT meliputi presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 25 anggota MT selain memilih anggota jawatankuasa bahagian.

Perebutan Kerusi Presiden  & Timbalan

Setakat ini ramai yang menyeru agar dua jawatan tertinggi iaitu presiden dan timbalan tidak dipertandingkan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan misi mereka memperkukuhkan parti.

Tetapi ini tidak bermakna menjelang 28 September nanti, apabila pendaftaran untuk siapa yang berhasrat mahu bertanding dibuka, tiada orang yang akan datang mendaftarkan diri untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan.

Pemilihan kali ini unik kerana buat pertama kalinya juga konsep pencalonan tidak akan digunapakai lagi sebaliknya siapa yang berhasrat untuk bertanding (tetapi mestilah terlebih dahulu melepasi beberapa syarat minima yang ditetapkan) hanya perlu mendaftarkan diri termasuklah untuk jawatan presiden dan timbalan.

Jadi untuk membuat andaian yang tiada siapa yang akan masuk bertanding merebut jawatan presiden dan timbalan sebelum 28 September adalah tidak wajar.

Perebutan Kerusi Naib Presiden

Selain perebutan 25 kerusi MT yang dipertandingkan, kedudukan tiga kerusi naib presiden turut dijangka menyaksikan persaingan sengit.
 
Umum mengetahui ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Afdal telahpun mengumumkan hasrat mereka untuk mempertahankan kedudukan masing-masing pada pemilihan kali ini.

Tetapi mereka juga sedar yang bukan mereka sahaja yang menawarkan diri.

Setakat ini, bekas menteri besar Negeri Sembilan yang juga bekas menteri Wilayah Persekutuan dan pernah juga menyandang jawatan naib presiden, Tan Sri Isa Samad turut mengisytiharkan hasratnya untuk bertanding.

Pengerusi Felda itu pernah memenangi jawatan naib bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi iaitu undi tertinggi pada masa itu mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi) yang ketika itu adalah menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Bagaimanapun, Lembaga Disiplin Umno menggantung keanggotaannya selama tiga tahun iaitu dari 24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008 setelah mendapati beliau (Isa Samad) bersalah dalam politik wang pada pertandingan parti itu.

Dan bercakap tentang Ali Rustam ramai juga yang menjangkakan yang dia akan turut masuk gelanggang.

Malah ramai yang sebenarnya mahu Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menawarkan diri bertanding jawatan naib. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman juga disebut-sebut akan masuk bertanding kerusi naib.
Bagaimanapun Musa dan Mukhriz masing-masing belum membuat pendirian muktamad mengenai desas-desus tersebut.

Menerusi senarai kepimpinan semasa, Musa merupakan ahli MT Umno.

Menariknya ialah sekiranya Musa mengesahkan untuk memperbaiki kedudukannya dalam senarai kepimpinan tertinggi Umno, ia bakal memeningkan kepala perwakilan ekoran dua pemimpin Sabah bersaing merebut salah satu daripada tiga kerusi naib.

Bagi Mukhriz pula, sekiranya beliau menawarkan diri bertanding merebut kedudukan berkenaan, ia bakal memberi saingan sengit kepada barisan senarai pemimpin senior yang mahu berada di posisi tersebut.


Kehadiran Mukhriz dilihat memberi pilihan yang lebih segar kepada perwakilan bagi mengisi salah satu kerusi naib.

Khairy Jamaluddin
Barang diingat, Khairy Jamaluddin telah pun mengisytiharkan keputusannya untuk mempertahankan jawatan ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan daripada kedudukan semasa, nampaknya seperti tidak ada pesaing yang serius dan benar-benar kuat yang dapat mencabar kedudukannya.
Atas kapasiti sebagai ketua pemuda, Khairy adalah juga bertaraf naib presiden.

Jika Mukhriz yang seangkatan dengan Khairy dalam hirarki kepimpinan masa depan Umno tidak menawarkan diri ke jawatan yang lebih utama sekarang, ini bermakna beliau akan ketinggalan dari segi kedudukan di belakang Khairy.

Oleh yang demikian, pemilihan kali ini adalah penting untuk pemimpin muda Umno seperti Khairy dan juga Mukhriz menentukan masa depan politik mereka dengan menempatkan diri dalam kedudukan hirarki semasa. Mungkin di peringkat ahli akar umbi, peremajaan dan transformasi politik dalam Umno akan lebih bermakna sekiranya hierarki tiga teratas kepimpinan Umno dapat diisi oleh seorang pemimpin muda.

Thursday, August 29, 2013

[MELAYU BOIKOT GSC] Berpakat Dengan DAP & Dakyah Komunis Tidak Tayang Filem TANDA PUTERA

Semua orang Melayu di negara ini digesa memulakan BOIKOT terhadap Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) kerana berpakat dengan DAP apabila melaksanakan “arahan” kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menayangkan filem 'Tanda Putera' di kesemua panggung wayangnya di negeri tersebut.

Satu kenyataan GSC pagi ini menyebut, syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal.

"Selari dengan arahan Kerajaan Pulau Pinang semalam,  filem 'Tanda Putera' tidak akan ditayangkan di Pulau Pinang," kenyataan itu dipetik.

Tindakan untuk menghalang penayangan filem berkenaan diumumkan oleh exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, semalam.



Menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam reaksinya semalam menyifatkan tindakan berkenaan mencerminkan "kebodohan" kerajaan negeri itu.

"Itu membayangkan kebodohan mereka. Orang yang membuat keputusan itu, mereka sendiri tidak menonton filem tersebut. Seharusnya mereka mendengar pandangan profesional terlebih dahulu sebelum membuta-tuli mengharamkan," katanya lagi.

Berikut adalah Chairman, Board of Director, General Manager, dan CEO seperti berikut:

(From L-R) Ms Leong Choy Ying(BOD), Mr Irving Chee(General Manager), Mr Tan Gee Sooi (BOD), Tan Sri Dato Mohd Ghazali Seth (Chairman), Ms Koh Mei Li (CEO)
(From L-R) Ms Koh Mei Li(CEO), Mr Tan Gee Sooi (BOD), Tan Sri Dato Mohd Ghazali Seth (Chairman),Mr Lim Soon Huat (BOD)
GSC Chairman Tan Sri Dato Mohd Ghazali Seth
From L-R) Mr Lim Soon Huat (BOD), Ms Koh Mei Li (CEO), Mr Tan Gee Sooi(BOD)

Apa yang sedang berlaku sebenarnya adalah BUKTI JELAS bahawa puak cauvinis sememangnya menolak kepimpinan Najib Razak dan semestinya UMNO dan Barisan Nasional.

Malah mereka dengan terang menolak sejarah negara dan dalam keadaan negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaannya , puak cauvinis tetap dengan pendirian mereka.

Mudah kata hentikan segala benda yang menguntungkan puak yang tidak mahu berterima kasih ini dan dah sampai masa kita memberikan penumpuan kepada mereka yang selama ini SETIA memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Berikut adalah gambar Lim Guan Eng semasa French Film Festival 2013 (Penang) Special Screening yang diadakan di GSC Gurney Plaza, Penang pada 17 May 2013 yang lalu

(L-R) Ms Toh Lee Hong (AF Penang), H.E. Martine Dorance (French Ambassador), YAB Lim Guan Eng (CM of Penang), Mr Teoh Seng Aun (French Honorary Consul) and Mr Guillaume Martin (AF Penang)

(L-R) Ms Toh Lee Hong (President of AF Penang), H.E. Martine Dorance (French Ambassador), YAB Lim Guan Eng (CM of Penang) and Ms Yap Soo Huey (State Assembly for Pulau Tikus)

[ENAKMEN ANTI SYIAH LULUS] Kenapa Semua ADUN PR TIDAK SOKONG


Berikut adalah antara komen-komen pembaca Sinar:

Seorang pembaca menyatakan "Menurut pr kedah, mereka mahu isu syiah ini ditangani dgn undang2 hudud, yg jauh lebih berkesan dlm menangani syiah dan apa jua ajaran sesat, berbanding dgn meluluskan enakmen yg baru, yg blum pasti lg keberkesanannya. Blh try2 search statement drpd pr kedah."

Manakala seorang lagi pembaca menghentam Pas dan Pakatan Haram yang menggunakan alasan hudud dalam kes Syiah ini.

"Aku ni bukan penyokong BN or Umno...Tapi aku nak habaq kat hang..xperlulah dok bangkit isu hudud utk selesaikan isu syiah..baru konon PR akan sokong...Balik2 isu hudud nak bangkit...sedangkan keptusan tertinggi PR dan buku jingga pun TIDAK meletakkan hudud utk dilaksankan...

Ketika PR perintah kedah seebelum ini pun, ustaz Azizan dan kerajaan Pas kedah dah ckp depa TAK kan laksanakan hudud tanpa sokongan rakan komponen dari Dap dan PKr. Begitu juga kenyataan pemimpin pas perak, Nizar, ketika beliau memerintah perak seketika dahulu.. 


Kenyataan yg sama dikeluarkan oleh pemimpin Pas spt Dr Dzulkefly, Khalid Samad dan beberapa pemimpin pas yg lain... 

PKR pula jelas2 TIDAK meletakkan hudud sbg perjuangan parti..Rujuk juga kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid ...kalau umno TAK mau wat hudud, begitu jugak Pas PKR Dap dan lain2..

Mungkin dulu Pas bersungguh ingin laksanakn hudud, tapi semenjak Pas dalam gabungan PR, hudud bukan menjadi perjuangan utama. Jadi kalau Pas dan Pr sendiri x bersungguh ingin laksankan hudud, maka TAK perlulah diperbesaqkan isu hudud lagi."

Manakala Noor Hisyam Tambiran pula menyatakan "Polik den dgn org kita ni..disbbkan berbeza fhman politik tolak usul pndapat yg bkn fhmn politik mmasing..ini la punca negara islam bergolak..berpuak2,gajah dpn mata tk nmpk,kuman kt sebarang nmpk.klu dikutuk bangsa marah...islam dipermainkan olih pnganut sendri..bila jadi masalah tunding sana tunding sini...tolonglah buka minda kepala otak yg taksub sgt pd parti..mati korang pon parti tu tak ditanya kau pilih yg mana..shafaat pon rasullah yg bagi..bukan ssapa pon...org utara pnggil jgn dok ketegaq sgt hati tu."

[KERUSI TIMB. KETUA BHG. TEMERLOH] Datuk Saifuddin DICABAR Datuk Akbar


TEMERLOH - Kerusi Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh akan menyaksikan pertembungan sengit apabila penyandangnya, Datuk Saifuddin Abdullah dicabar ahli jawatankuasa Umno bahagian itu, Datuk Akbar VV Abu pada pemilihan kali ini.

Akbar, 51, dikatakan membuat pengumuman bertanding jawatan itu semasa Persidangan  Umno Cawangan Taman Bahagia, minggu lalu.

Pengumuman itu bakal menyaksikan pertembungan sengit antara dua tokoh parti peringkat bahagian selepas jawatan terbabit tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan 2008.

Saifuddin sebelum ini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tewas pada PRU13 kepada calon Pas, Nasruddin Hassan.

Beberapa ketua Umno cawangan berkata, Akbar calon sesuai bertanding jawatan itu berdasarkan reputasi beliau yang sangat berpengaruh dalam kalangan perwakilan Umno.

“Dia bukan sahaja dikenali orang Umno, malah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan juga  mengenalinya sebagai pemimpin yang menetap di bandar Temerloh dan kerap mendampingi rakyat. Populariti beliau boleh membantu parti ini untuk semakin kukuh.

“Orang tua, orang muda semua kenal beliau sebagai pemimpin yang sentiasa berada di Temerloh dan membantu semua golongan, berdasarkan merit dan reputasi selama ini dia layak untuk bertanding jawatan itu,” menurut sumber berkenaan.

Akbar ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan akan bertanding jawatan kedua tertinggi dalam Bahagian Temerloh itu selepas mendapat sokongan akar umbi.

“Ya saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan ketua dan harap sokongan rakan-rakan dalam mengembalikan kekuatan Umno di Temerloh,” katanya ringkas.

Sementara itu, bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Temerloh hampir pasti tidak ada pertandingan apabila perwakilan menyatakan sokongan kepada penyandangnya, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin sebagai ketua.

Bagi jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Temerloh, setakat ini hanya Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Temerloh, Saberi Razali menawarkan diri untuk bertanding menentang penyandangnya, Mohammad Anuar Mohd  Yunus.

Wednesday, August 28, 2013

Gambar Teksi di Amsterdam BERANI Tulis "ISRAEL = Terror Country" di badan teksi


Gambar sebuah teksi yang terdapat di negara Belanda @ Holand @ Netherlands .. Berani dan jujur.

Dahlah teksi jenama kereta BMW 5 series ...berani pula tuliskan perkataan ISRAEL TERROR COUNTRY/STATE (ISRAEL NEGARA PENGGANAS) di sekeliling badan teksi tersebut.

Agak-agak kita... kalau pemandu teksi di negara ini melakukan perkara serupa ke atas teksi mereka... apakah akan terjadi dan menimpa nasib pemandu teksi tersebut?

Di negara-negara  Islam pun tidak pula terjumpa suasana serupa.


[ISU KUBUR P.RAMLEE] Finas LAWAN Mufti - Pembaikan Pusara BUKAN KETERLALUAN

Pembaikpulihan pusara P. Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu bakal siap pada Aidiladha ini. Foto: Utusan Malaysia
PETALING JAYA: Pembinaan semula pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu akan dibuat mengikut ukuran asal dan tidak dilakukan secara berlebih-lebihan.

Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan berkata, isu tersebut timbul kerana sesetengah pihak mengandaikan Finas mahu membina pusara tersebut secara keterlaluan dengan kos yang tinggi.

Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan
Sebaliknya kata beliau, kos sebenar pembaikan semula kedua-dua pusara itu adalah masing-masing RM11,500 yang kesemuanya berjumlah RM23,000 dan bukannya RM25,000 seperti dilaporkan media sebelum ini.

"Mungkin sebelum ini ada orang yang menganggap kos membaiki kubur berkenaan adalah RM25,000 bagi setiap kubur walhal ia hanya RM23,000 dan itu pun kos bagi dua buah kubur.

"Kerja-kerja pembaikan itu hanyalah membaiki bahagian yang rosak sahaja. Jadi kosnya lebih murah," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
 
mStar Online pada Selasa lalu melaporkan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menyifatkan pembinaan semula pusara P.Ramlee dan Saloma yang mencecah puluhan ribu ringgit itu haram hukumnya dari sisi agama Islam dan satu pembaziran.

Katanya, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.

Katanya, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.

Pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati.

Dalam pada itu menjawab mengenai tindakan Finas mengimport batu marmar dari luar negara untuk kerja-kerja pembaikan itu, Afendi berkata, pihaknya berbuat demikian kerana mahu mendapatkan material sama seperti batu nisan asal.

Malah katanya, langkah itu bukanlah satu pembaziran sebaliknya mahu mengekalkan warisan P.Ramlee dan Saloma supaya dapat memudahkan generasi akan datang untuk menziarahi pusara berkenaan.

“Kerja-kerja membaiki pusara berkenaan dijangka selesai sebelum Hari Raya Aidiladha ini dan Finas bercadang untuk mengadakan majlis tahlil selain menjemput keluarga dan kenalan rapat kedua-dua seniman dan seniwati itu,” katanya.

P. Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung manakala Saloma pula meninggal dunia pada 25 April 1983 kerana demam kuning.

Mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, dekat sini.

Tuesday, August 27, 2013

[PAKAI TUDUNG BAJU KETAT, BERSENTUH LELAKI] Shila Amzah Dikritik Peminat


Rasanya tak lengkap hidup sebagai seorang selebriti jika tidak pernah dikritik atau ditegur oleh peminat yang prihatin dan fanatik.

Selebriti mana yang tidak pernah merasai pengalaman sebegini?  pasti kebanyakan mereka pernah dikecam sebaik sahaja berkongsi gambar, video ataupun status di laman sosial.

Shila Amzah juga pernah dikritik sebelum ini akibat memuat naik sekeping gambar dirinya memakai pakaian sukan hingga menampakkan susuh tubuh badan.

Terbaru, Shila sekali lagi ditegur peminat yang kurang gemar melihat penyanyi itu berpakaian agak ketat dan berkongsi foto-foto tersebut di Instagram walaupun sudah berhijab.



Shila turut menerima kritikan selepas peminat melihat dia bergambar dengan penyanyi lagenda, Lionel Richie dalam jarak yang agak rapat.



Sumber:OHBULAN!

[HARAM] Baiki Pusara P.Ramlee, Saloma RM25,000 Haram - Mufti Selangor

Beginilah keadaan pusara P.Ramlee yang roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu. Gambar: Utusan Malaysia

PETALING JAYA: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.

Datuk Mohd Tamyes
“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.
 
Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.

Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.

Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.

Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.

"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.

Ustaz Mohd Hasnil
Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.

"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham
disayangi ramai.

"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,” katanya.

Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.

“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” katanya.

Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati.

Sunday, August 25, 2013

[TIPU ISRAEL] Mahfuz Kata Tiada PM sehebat Najib


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar secara sinis melahirkan "rasa kagum" dengan keberanian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan slogan "Endless Possibilities".

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ini kerana slogan tersebut adalah meniru slogan yang digunakan kerajaan haram Israel.

"Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri yang begitu luar biasa keberaniannya meniru dan menciplak slogan dan falsafah yang dipelopori oleh entiti haram Zionis Israel.

"Tidak ada mana-mana Perdana Menteri negara kita sebelum ini yang mempunyai keberanian yang begitu unggul seperti Najib untuk memperlihatkan betapa terpaut dan terikatnya hati kepada Israel," katanya sinis.

Tambah Mahfuz lagi, tidak ada mana-mana pemimpin negara umat Islam yang lain yang seberani Najib meniru dan menghayati slogan dan falsafah Israel.

"Falsafah 1Malaysia dia tiru dari One Israel setelah Dewan Rakyat diberitahu jutaan ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk khidmat  firma Israel, Apco Worldwide.

"Sekarang 'Endless Possibilities' pula dia tiru.

"Berapa juta ringgit pula wang rakyat beliau habiskan untuk mendapatkan slogan tiru itu, kita tidak tahu," katanya.

Malay Mail semalam melaporkan, laman web rasmi Kementerian Pelancongan Israel mempunyai pautan (link) kepada "Conference and Incentive Tourism" di bawah tajuk "Our Websites".

Pautan itu membawa kepada laman web yang memaparkan dengan begitu menonjol tagline "Israel: One Place. Endless Possibilities" di sudut kiri bahagian atas.

Tagline yang sama juga menjadi tajuk kenyataan akhbar Kementerian Pelancongan Israel pada 22 April 2013 di dalam laman web IMEX 2014, iaitu ekspo pelancongan dunia yang akan diadakan di Frankfurt, German tahun hadapan.

-HarakahDaily

Hishammuddin sokong Zahid, Waytha Moorthy wajar letak jawatan kerana keluar kenyataan bercanggah kerajaan



Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyokong kenyataan keras rakan Kabinetnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa P. Waythmoorthy perlu meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekiranya berfikir seperti pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Pertahanan berkata, Waythmoorthy perlu berfikir secara rasional dan mengetepikan emosi kerana berfikir menggunakan emosi bukanlah kaedah kepimpinan yang waras.

"Saya setuju dengan Datuk Zahid ... 101 peratus, kita anggota Kabinet bertanggungjawab bersama, tiada mana-mana pihak letakkan kepentingan politik melebihi pertimbangan politik kolektif," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

"Bersandarkan kepada emosi dalam melaksanakan sesuatu keadaan tidak melambangkan situasi dan emosi tidak menunjukkan kepimpinan yang waras," kata pemangku Menteri Pengangkutan itu tegas.

Ahmad Zahid semalam berkata pemimpin bekas Hindraf yang kini merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu harus melepaskan jawatannya sekira masih berfikiran umpama NGO apabila mempertikaikan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri itu dalam ucapan perasmian semasa "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di Petaling Jaya semalam menegaskan, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.

"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.

Waythamoorthy sebelum ini dilaporkan media berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dilaporkan pernah menasihati Waythamoorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," kata Ahmad Zahid dipetik laporan media. - 25 Ogos, 2013.

[TIADA PRINSIP ISLAM?] Nazri kata PRINSIP PEGUAM adalah pertama, di atas segala-galanya termasuk parti politik


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu telah berada dalam politik selama 35 tahun dan beliau mempunyai reputasi untuk suaranya didengari.

Pemimpin Umno ini kadang-kadang akan menyuarakan pandangan yang bertentangan dengan pemikiran waras, sama ada dalam parti atau kerajaan.

Tetapi Nazri, walaupun dengan kontroversi yang tercetus baru-baru ini selepas beliau melantik anaknya sebagai pegawai khas beliau, dalam satu wawancara baru-baru ini berkata beliau akan terus kekal dengan kelantangannya.

"Jika saya telah melakukan sesuatu yang salah, saya akan memohon maaf tetapi jika saya tahu pendirian saya adalah pendirian yang berprinsip, saya akan pertahankannya, tidak kira apa yang orang katakan tentang saya," kata Nazri.

"Saya mempunyai beberapa tanggungjawab - ahli politik, pekerja sosial, peguam. Tetapi peguam adalah yang pertama, di atas segala-galanya, malah di atas parti politik saya.

"Menegakkan undang-undang adalah perkara paling penting bagi saya dan itulah sebabnya saya lantang bersuara, walaupun ia bertentangan dengan perjuangan parti saya," katanya ketika ditanya mengenai pendapat orang lain mengenai beliau.

"Ia adalah prinsip dan tiada perkara peribadi. Saya berdebat dan berhujah dengan fikiran yang jelas," kata Nazri ketika ditanya mengenai kontroversinya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak lama dulu.

"Apabila saya menjadi menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, saya akan berdebat dengan pembangkang sepanjang masa tetapi saya juga dapat bersama-sama dengan ramai ahli Parlimen mereka kerana mereka tahu ia bukan melibatkan peribadi."

Daripada penjelasan Nazri, jelasnya Islam tidak disebut sebagai prinsip yang dijadikan asas dalam beliau mengeluarkan pendapat. Mungkin disebabkan peguam mengatasi segala-galanya (mungkin juga mengatasi prinsip Islam) maka beliau kadang-kadang mengeluarkan pendapat yang tidak memperlihatkan beliau sebagai pejuang Islam.

Beliau juga dikatakan turut memberi muka kepada penghina lagu negaraku, Namawee.

Malah perangai anak beliau juga sentiasa menjadi cermin kepada keperibadian beliau. Ini kerana beliau tidak pernah memberi komen yang tegas dan mengutuk tindak tanduk anak beliau. Malah memberi kenyataan seolah-olah tindakan anaknya itu adalah hak beliau.


Seterusnya beliau mengaitkan sikapnya itu (yang meletakkan peguam mengatasi segalanya) dengan sifat bapanya Tan Sri Abdul Aziz Yeop.

Abdul Aziz belajar undang-undang di Britain dan kemudiannya menjadi salah seorang daripada penjawat awam terkemuka di Malaysia, memegang jawatan termasuk sebagai pesuruhjaya tinggi ke Britain dan Setiausaha Agung Kementerian Pelajaran.

"Arwah adalah seorang peguam yang menerapkan dalam diri saya kepentingan mempunyai keyakinan yang kuat dan pendirian serta berprinsip," katanya.

Walau bagaimanapun satu lagi sifat bapanya yang dipuji namun tidak menjadi ikutan adalah iman yang kuat dalam masyarakat pelbagai kaum dan budaya.

Nazri dilantik sebagai ahli Exco Pemuda Umno pada 1978 apabila hanya beliau sahaja seorang graduan undang-undang yang berusia 24 tahun, Nazri perlahan-lahan mengukuhkan kedudukan dalam barisan parti melalui kerjaya politiknya yang telah menjangkau lebih tiga dekad.

Beliau telah berada di Majlis Tertinggi Umno sejak tahun 1990 dan pada tahun 1993, menjadi Naib Ketua Pemuda Umno.

Bagi kebanyakan penyokong dan rakan-rakan beliau dikenali sebagai "chief" (ketua), satu panggilan yang difikirkannya lebih daripada sekadar nama samaran dan panggilan mesra.

"Apabila saya dilantik sebagai ahli Exco Pemuda Umno pada tahun 1978, saya bukannya Datuk mahupun wakil rakyat, jadi ramai yang tidak tahu apa yang mereka perlu panggil saya. "Saya dari Kolej Melayu Kuala Kangsar dan saya adalah seorang pemimpin di kalangan sekumpulan rakan-rakan. Sahabat lama saya Datuk Naim Mohamad pernah panggil saya ketua dan entah bagaimana, nama itu melekat. "Bagi saya, apabila seseorang memanggil saya ketua, ia membuatkan orang itu rasa lebih dekat dengan saya," katanya.

Realitinya bila dipanggil Chief (Ketua), rasa lebih dekat atau rasa lebih sombong dan melampau, hanya Allah yang lebih mengetahui serta kawan-kawan dan staf beliau terdekat beliau juga dapat memahami.

[KARPAL TURUT CABAR TIMB. MENTERI BODOH, Waythamoorty LETAK JAWATAN] Selepas Zahid dan NGO Melayu


PULAU PINANG 24 Ogos - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorty dicabar melepaskan jawatannya dalam Kabinet sekiranya mahu mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mempertikaikan kejadian lima penjenayah ditembak mati oleh polis di sebuah rumah di Sungai Nibong dekat sini, Isnin lalu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membuat cabaran tersebut berkata, tindakan sedemikian perlu sebagai bukti beliau memang mahu memperjuangkan nasib masyarakat India.

"Sekiranya Waythamoorty tetap berpegang dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, beliau patut melepaskan jawatan dalam Kabinet yang disandangnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menasihatkan Waythamoorthy supaya berhenti daripada memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya.

Ahmad Zahid juga mengingatkan Waythamoorthy supaya tidak mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Hindraf.

Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, lima ahli kumpulan kongsi gelap yang amat berbahaya kerana terlibat dalam 10 kes bunuh di tiga buah negeri, mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis yang menyerbu sebuah unit pangsapuri di Jalan Pantai Jerejak, Sungai Nibong.

[KES SAIFUL vs ALTANTUNYA] Saiful Masukkan Air Anu Anwar Dalam Dubor Sendiri


SELAMA penulis terlibat menganalisa situasi politik di negara ini, tak pernah pulak penulis tahu yang Anwar Ibrahin si ketua pembangkang ini seorang yang gemar melawak.  Kalau gemar meliwat, berzina (ada rakaman video) dan menipu tu tau le.  
Bersepah bukti yang boleh ditunjuk.

Maka itu semalam penulis tak tahu nak nangis ke nak gelak bila Anwar post dalam akaun Facebooknya menyebut yang mendiang Altantunya Shaariibu meletupkan diri sendiri setelah 2 tertuduh dalam kes tersebut Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dibebaskan Mahkamah Rayuan dari dakwaan tersebut.

Tertanya jugak dalam hati, dia ni bodoh ke bebal?

Dari satu sudut memanglah kita jangka Anwar kecewa dengan keputusan tersebut sebab sebagai dalang kepada drama pembunuhan Altantunya ini dan kaitannya dengan Perdana Menteri, pembebasan ini mengukuhkan lagi hujah bahawa Anwar ini bapak penipu.

Lagipun pemahaman Anwar tentang keadilan berbeza dengan kita semua.  Pada pandangan Anwar, apa-apa yang menguntungkan dia adil, yang tak menguntungkan tu, tak adil.  Macam pilihanraya jugaklah, kalau menang adil, kalau kalah, tipu.  Ini jenis bodoh baru yang dipelopori oleh Anwar sekarang.

Boleh tahan jugaklah jumlah yang mengikut, ada doktor, ada peguam, ada datuk, ada Tan Sri.  Yang bodoh-bodoh lain tu jangan cakaplah, bersepah, menadah air liur Anwar untuk dibuat air minum.


Sekurang-kurangnya Anwar tanyalah diri sendiri, yang dia dibebaskan dari Mahkamah Tinggi dulu atas dakwaan meliwat Saiful Bukhari (walaupun air mani dia dijumpai dalam dubor pemuda tersebut), apa kes pulak?  Pandai ke air mani Anwar tu berjalan sendiri masuk dalam dubornya Saiful, atau Anwar ‘tembak’ keluar kemudian dicampur dengan susu untuk diminum Saiful?

Nampak bodoh?  Tau pun, apa beza dengan posting FB Anwar semalam?

Maka tidak hairan kenapa cerita tentang perbandingan ini sahaja, menjadi bualan hangat dalam media sosial, dibangkitkan hampir semua orang, termasuk bekas peguamnya sendiri, Zulkifli Nordin yang pernah diarahkan Anwar untuk menjadi peguam bela Azilah, dalam usaha untuk mempengaruhi bekas penyelam kombat dalam Unit Gempur Marin (UNGERIN – sub unit dalam UTK) itu untuk mengaitkan Perdana Menteri dalam kes tersebut.

Sampai ke satu tahap, menenggelamkan cerita pembebasan Azilah dan Sirul itu sendiri pun.

Penulis taknak bercakap panjang tentang hal tersebut kerana seperti yang disebutkan semalam, isu ini sudah jadi perbualan hangat, semua orang pun tahu dan balaci pembangkang sendiri pun nampaknya tak berani nak bercakap lebih-lebih, takut dibahasakan dengan perbandingan dengan kes Anwar meliwat Saiful dulu.

Cuma apa yang penulis nak sampaikan disini hari ini ialah, dengan mengeluarkan kenyataan seumpama itu, Anwar membuktikan sendiri kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa dia sememangnya seorang yang bebal dan bodoh dalam maksud yang sesuai untuk seorang tua seperti dia.

Sekarang kita tahu kenapa Allah swt tidak mengizinkan Anwar jadi Perdana Menteri.

Sumber: MyKMU.Net

Saturday, August 24, 2013

[SHAHIDAN & TAJUDDIN LANTIK ANAK & MENANTU JADI SETIAUSAHA SULIT] Mereka Juga Perlu Ikut Arahan PM


Selepas Nazri Aziz didedahkan meletakkan anaknya sebagai pegawai khas di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, rupa-rupanya terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pemimpin yang turut berbuat demikian.

Mereka ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kasim yang melantik anaknya, Nur Shafizah sebagai setiausaha sulit dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abd Rahman yang melantik menantunya, Firdaus Mufazal Faiz juga sebagai setiausaha sulitnya.

Tindakan Nazri itu telah mecetuskan kontroversi kerana beliau didakwa mengamalkan nepotisme. Walapun Nazri pada awalnya cuba bertahan dengan tindakannya itu atas alasan gaji anaknya, Nedim tidak dibayar oleh kerajaan tetapi melalui poketnya sendiri, beliau akhirnya akur dengan kesilapan yang telah dilakukannya itu, apatah lagi setelah Najib turut menegur dan menganggap tindakan itu sebagai suatu kesalahan.

Mengenai perlantikan anak Nazri itu, Najib berkata, "secara prinsipnya anak dan ahli keluarga tidak boleh bekerja kementerian tetapi dibolehkan di kawasan Parlimen yang diwakilinya".

Penjelasan Perdana Menteri ini cukup terang untuk difahami, bukan saja oleh Nazri tetapi juga oleh sesiapa saja yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan, termasuk Shahidan dan Tajuddin.

Nazri Aziz yang telah ditegur oleh Perdana Menteri bahawa tindakan melantik anaknya itu sebagai melanggar peraturan dan bertentangan dengan pekeliling Perkhidmatan Awam, kemudiannya telah menukar status jawatan anaknya daripada pegawai khas kementerian kepada pegawai khas Ahli Parlimen Padang Rengas (urusan Gen Y).

Namun pendedahan Malaysian Insider bahawa Shahidan dan Tajuddin juga melantik anak dan menantu bekerja di kementerian masing-masing, bahkan jelas dalam jawatan yang dibayar gajinya oleh kerajaan, bukan saja mengejutkan bahkan menimbulkan persoalan tentang keghairahan pemimpin kerajaan terhadap amalan nepotisme yang menjadi kebencian rakyat di seluruh dunia.

Di kala rakyat di kebanyakan negara mengecam amalan nepotisme ini, bahkan ada yang menyebabkan seseorang pemimpin atau kerajaan tumbang kerananya, semuanya itu seolah-olah tidak memberi kesan langsung kepada pemimpin negara ini.

Baik yang sudah lama menjadi pemimpin, mahupun yang baru merasa nikmat bergelar timbalan menteri, keinginan terhadap amalan yang dibenci itu seperti tidak pernah ada surutnya.

Yang terdedah mengamalkan perkara itu setakat ini mungkin hanya Nazri, Shahidan dan Tajuddin tetapi tidak mustahil ia sebenarnya turut meluas di kalangan ramai pemimpin kerajaan yang lain. Ia cuma belum terdedah saja lagi.

Sementara Shahidan ketika ditanya mengenai perkara itu enggan mengulas panjang dan cuba mengelak daripada terus menjelaskannya, Tajuddin pula menyifatkan pendedahan mengenai menantunya itu sebagai agenda politik murahan.

Dalam laporan yang lain pula, Tajuddin jelas menunjukkan kemarahannya mengenai pendedahan itu sambil mengaitkan dengan pengorbanannya selama hampir 40 tahun dalam parti, termasuk pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA sebelum ini.

Soalnya, apakah kerana sudah berkorban selama 40 tahun dan pernah ditahan ISA, ia merupakan tiket yang menghalalkan nepotisme?

Daripada cara kedua-dua menteri dan timbalan ini menjawab, mereka sebenarnya tahu kesalahan melantik anak dan menantu di kementerian masing-masing tetapi masih mahu menegakkan benang basah atas perlakuan itu.

Walaupun anak Shahidan dan menantu Tajuddin ini belum pernah terkait sebarang kontroversi sepertimana anak Nazri Aziz tetapi tidak bermakna peraturan dan pekeliling Perkhidmatan Awam boleh dilanggar sesuka hati.

Isunya bukanlah sama ada anak, menantu atau ahli keluarga itu terlibat kontroversi atau tidak tetapi selagi ia merupakan ahli keluarga, peraturan itu seharusnya dipatuhi tanpa banyak soal.

Dalam hal ini, Shahidan dan Tajuddin tidak seharusnya terus berdalih atau cuba mempertahankan kesalahan melantik anak dan menantunya itu. Sebaiknya akur dan patuh saja dengan nasihat dan arahan Perdana Menteri yang menjelaskan bahawa ahli keluarga mana-mana menteri tidak boleh bekerja di kementerian.

Berhentilah daripada terus menyusahkan Perdana Menteri, Umno dan kerajaan. Tidak guna mereka mempertahankan tindakan itu kerana dibimbangi lagi banyak yang cuba dipertahankan, lagi banyak pendedahan mengenai salah laku anak dan menantunya itu.

Sekarang ini pun sudah ada blog-blog yang mula menyeret Tajuddin dengan isu-isu nepotisme yang lain terutama di Bahagian Pasir Salak serta gambar-gambar menantunya dalam pelbagai aksi.

Tidak mustahil jika Shahidan dan Tajuddin cuba mempertahankan lagi anak dan menantu mereka, lagi banyak pendedahan dan gambar-gambar yang akan terdedah kemudiannya. Akhirnya mereka juga yang malu.

Jadi, sebaiknya akur sajalah dengan nasihat serta arahan Perdana Menteri dan mengalahlah sepertimana yang telah dilakukan oleh Nazri Aziz.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com