innity

pages

Friday, May 31, 2013

[GAMBAR] Demo Safwan Anang & mahasiswa di KDN bantah penahanan bermotif politik


Jumaat 31 Mei 2013: Safwan Anang bersama mahasiswa serah memorandum ke Kementerian Dalam Negeri bantah penahanan bermotif politik



[KPM DAPAT 2 KSU] Dr Madinah KSU Kementerian Pendidikan, Dr Zaini Ujang KSU II


KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, berkuatkuasa Isnin ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Zaini Ujang pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha II kementerian yang sama, juga mulai Isnin, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan pada Jumaat.

Tempat Madinah akan diambil alih oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Rosli Mohamed mulai tarikh yang sama.

Madinah, 56, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lebih 32 tahun.

Rosli, 55, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pemasaran strategik dari University of Hull, United Kingdom dan Sarjana Petadbiran Perniagaan dari University of Leeds, United Kingdom, pula berkhidmat selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

Zaini, 48, yang berkhidmat lebih 23 tahun dalam perkhidmatan pengajian tinggi, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan alam sekitar dari Newcastle University, United Kingdom. - BERNAMA

[BUNG MUKHTAR BELASAH KM SABAH] Saya Tidak faham Kenapa Nurul Izzah DIHALANG Masuk Sabah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari memasuki Sabah merupakan satu kesilapan dan malapetaka.

Menerusi akaun twitternya, Bung Mokhtar ber
kata beliau tidak faham kenapa Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Bung Mokhtar juga menyifatkan tindakan menghalang Nurul Izah dari memasuki Sabah itu merupakan satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan.

Menjawab satu soalan apakah yang akan beliau lakukan jika menjawat jawatan Ketua Menteri dalam kes seperti yang dialami Nurul Izzah, Bung Mokhtar hanya menjawab, malangnya beliau tidak memegang jawatan tersebut.

Nurul Izzah ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah dan diarahkan pulang. Beliau dimaklumkan arahan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ke Sabah untuk bersama rakyat sabah menyambut Pesta Keamatan.
 

[TERSELAMAT TUKAR BILIK] Adinda Agong nyaris ‘diserang’ di Thailand, Pembantu Khas CEDERA


ALOR SETAR - Pembantu khas  Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah diserang empat lelaki di resort lima bintang di Phuket, Thailand dalam kejadian Rabu lalu.

Mangsa, Mohd Sobri Said cedera di kepala, namun dilapor stabil.

Menurut laporan Phuket Wan, mangsa dipukul empat lelaki ketika memasuki bilik hotel yang sepatutnya didiami Tunku Annuar, yang merupakan adinda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sebelum itu, mangsa menyarankan agar dibuat pertukaran bilik hotel berikutan bimbang perkara tidak diingini berlaku kepada Tunku Annuar, tengah malam kejadian.

Ketika mangsa berjalan masuk ke dalam bilik itu, dia diserang termasuk dipukul teruk di kepala sehingga berdarah.

Berdasarkan maklumat awal polis Thailand, mangsa mendakwa diserang empat lelaki berbangsa Thai dan Malaysia. Suspek dipercayai guna kad akses bilik hotel untuk masuk ke bilik jam 10.30 malam.

Ketua Istiadat Istana Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, sejurus kejadian, Tunku Annuar dan rombongan terus pulang ke negara ini.

“Saya dimaklum tiada kecederaan babitkan ahli rombongan lain termasuk tiada barangan berharga dicuri. Beliau segera pulang bagi memastikan keselamatan beliau dan rombongan,” katanya.

Tunku Annuar berada di Phuket sejak 27 Mei menghadiri persembahan FantaSea untuk menerima plak kenangan daripada penganjur, pada malam sebelum kejadian.

Rombongan kerabat itu menempah 10 bilik hotel di Patong’s Millennium Resort bersebelahan Komplek Beli Belah Jungceylon.

Dalam perkembangan sama, tiga lelaki ditahan di Sadao, Songkhla, petang semalam dipercayai ada kaitan dengan serangan terbabit.

Komander Polis Phuket, Mejar Jeneral Chote Chawanwiwat berkata, suspek turut curi pasport, kad pengenalan Malaysia, sebuah iPhone5, 14,660 baht dan RM640.

“Dua daripada empat lelaki yang menyerang mangsa ditahan dan dibawa ke Phuket untuk siasatan.
Seorang daripada mereka ditahan di sempadan Sadao dan seorang lagi di Wilayah Trang,” katanya, yang dipetik dari Phuket Wan.

Suspek yang ditahan dikenali sebagai Prakong Lisopa, 31, dan Sakorn Sisopa, 30.

“Dua lagi yang diburu adalah rakyat Malaysia. Motif serangan masih dalam siasatan, termasuk sama ada serangan disasarkan kepada Tunku Annuar atau pembantu khas beliau,” katanya.

Thursday, May 30, 2013

[terkini][MEREKA USIR SAYA] Nurul Izzah Dilarang Memasuki Sabah


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah dilarang daripada memasuki Sabah.

Beliau tiba di Kota Kinabalu pada petang Khamis, tetapi ditahan di imigresen.

"Mereka mahu mengusir saya. Saya akan berurusan dengan Pejabat Ketua Menteri Sabah," katanya tergesa-gesa kepada The Star dalam satu perbualan telefon.

Timbalan Ketua Setiausaha PKR Darell Leiking yang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di lapangan terbang menerusi Twitternya berkata pada ketika itu beliau sedang menunggu senarai hitam untuk melihat jika nama Nurul turut tersenarai dalamnya.

Beliau berkata Nurul Izzah mahu melawat Sabah untuk perayaan Kaamatan.

Nurul menulis di Twitternya "imigresen Sabah mengatur penghantaran pulang saya. Saya tidak dibenarkan untuk berbincang dengan ahli Parlimen, Darrell Leiking, yang menunggu saya di sini."

Beliau juga menulis di Twitternya bahawa terdapat ahli Parlimen lain juga yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah.

"Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila nama mereka ditekan, akses dinafikan."


[TERKINI] Hukuman penjara Khir Toyo kekal, Mahkamah Rayuan KEKALKAN Keputusan


PUTRAJAYA 30 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.

Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa.

"Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah," katanya.

Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut.

[LAPOR POLIS] Guru Cina Sek.Men Gelang Patah RASIS - menghina pelajar Melayu sebagai Melayu Bodoh! Melayu Babi! Melayu Bangang! Melayu Sial dan Melayu Pukimak


Terkejut dan mengecewakan kepada warga pendidik! Jika benar perkara ini, sudah sampai masanya Kerajaan berbuat sesuatu dengan tegas seperti menghapuskan sekolah-sekolah Cina jika ingin perpaduan berkekalan.

Seorang guru berbangsa Cina di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah menghina pelajar Melayu sebagai Melayu Bodoh! Melayu Babi! Melayu Bangang! Melayu Sial dan Melayu Pukimak!

Perbuatan melampau guru ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Hairan! Mengapa pengetua sekolah ini mahupun Pejabat Pelajaran Daerah berdiam diri sedangkan isu ini berpanjangan hingga ke hari ini. Adakah Pengetua sekolah ini juga penyokong DAP dan Pakatan Rakyat atau PPD sendiri bersengkongkol dengan Lim Kit Siang hingga dibiarkan berleluasa.

Cegah sebelum parah! Namun penyakit ini telah menjadi barah yang tiada penawarnya. Sumbatkan Guru LAKNAT ini yang bernama POH KIM THYE ke penjara! Akta Hasutan dan berbagai akta yang boleh menyumbat Cina Laknat ini dipenjara selama mungkin.

Sumber : Applebru melalui FB
ANTI Semua Salah UMNO - ASSU

[KISAH ROSMAH] Liabiliti Kepada BN, Dividen kepada Negara?

KUALA LUMPUR: Bila disebut sahaja nama Rosmah, pasti ramai orang tanpa mengira fahaman politik akan meluat dan benci dengan sifat sombong diri dan bermewah-mewah isteri Perdana Menteri itu. 
Pegawai Kerajaan yang mengiringi beliau ke luar negara, pasti akan bercakap-cakap mengenai sifat boros berbelanja dan sikap ingin dilayan secara mewah setaraf anak-anak Raja yang kaya raya di dunia. Walaupun sering dinafikan oleh Rosmah, tetapi orang lebih percayakan pegawai Kerajaan yang mengiringi beliau dalam soal ini.
Pendek kata, kemunculan Rosmah di media elektronik atau cetak, pasti akan menjadi liabiliti kepada Najib dan parti memerintah, Barisan Nasional dan UMNO. Ramai juga yang mencadangkan agar Rosmah duduk diam-diam, jangan muncul di mana-mana media setelah BN kalah teruk dalam PRU-13. Rosmah sepatutnya menjadi seperti Tun Dr. Siti Hasmah isteri kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Baru-baru ini Najib memuji isteri 'kesayangan' beliau itu. Tidak pasti apakah pujian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung Projek Permata Negara berlandaskan hubungan suami isteri atau berdasarkan pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) projek tersebut. 
Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Rodziah Ismail menyatakan demikian ketika diminta mengulas pujian Najib dalam Persidangan Women Deliver 2013, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Najib dalam ucapannya menyanjung tinggi kerja-kerja kebajikan yang dijalankan isterinya selain mendakwa usaha Rosmah itu memberi dividen besar kepada negara. 
Bagaimanapun, Rodziah merasakan Projek Permata yang dicetuskan Rosmah itu tidak mencapai sasaran yang sewajarnya kerana ia hanya tertumpu pada segelintir kumpulan kanak-kanak, lapor Selangorku. 
“Saya lebih menggesa Perdana Menteri untuk melihat kebajikan kanak-kanak kepada hak yang lebih menyeluruh tanpa mengira latar belakang mereka samada daripada kawasan kampung atau bandar, untuk mendapat pendidikan awal. 
“Isu pendidikan awal kanak-kanak ini sepatutnya dilihat secara lebih menyeluruh sedangkan Projek Permata seolah-olah hanya mensasarkan golongan tertentu dan elit untuk beroleh manfaaat,” ujarnya yang juga mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor. 
Beliau yang juga Adun Batu Tiga berkata, Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan insentif tertentu untuk disalurkan secara terus kepada ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Jika dilihat, kebanyakan projek-projek persekutuan ini lebih pentingkan bilangan atau kuantiti sementara kualiti langsung tidak dipantau. “Malah, kita juga tidak tahu siapa yang benar-benar menerima manfaat daripada projek yang dijalankan,” ujarnya.

[JENAYAH] Penerbit Filem Raja Azmi DITAMPAR dan DISAMUN


KUALA LUMPUR - Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman melalui detik cemas apabila ditampar sebelum disamun oleh dua lelaki menunggang motosikal berhampiran Hotel Istana di Jalan Nagasari di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu berlaku ketika Raja Azmi, 54, sedang berjalan seorang diri menuju ke arah keretanya yang diletakkan di luar bangunan hotel berkenaan.

Cerita ibu kepada tiga orang anak itu, sebelum kejadian, dia baru pulang daripada menghadiri satu majlis kahwin yang diadakan di hotel tersebut.

"Pada jarak 20 meter dari kereta tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki
menghampiri saya.

"Salah seorang suspek kemudian menolak saya menyebabkan saya terjatuh ke dinding di kaki lima hotel dengan beg tangan di bahu kiri manakala tangan kanan memegang telefon pintar Samsung Galaxy II," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut Raja Azmi, suspek yang memakai topi keledar kemudian cuba menarik beg tangannya namun dia meronta-ronta sambil menjerit meminta tolong bagi menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.

[GAMBAR MALAM TADI] Upacara Nyalaan Api Di HADAPAN PENJARA Sg. Buloh KURANG SAMBUTAN

Semalam empat orang aktivis iaitu Haris Ibrahim (ABU), Safwan Anang (SMM), Tian Chua (PKR) dan Tamrin Ghaffar telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan. Dakwaan ini berkenaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.

Kesemua mereka telah  dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM 5000.

Namun Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan bahawa dia enggan diikat jamin dan telah dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

Lalu beberapa orang penyokong pembangkang telah hadir berkumpul di hadapan penjara Sungai Buloh bagi menyatakan sokongan kepada Safwan Anang. Namun, berdasarkan gambar yang disertakan, dapat dilihat himpunan itu sudah kurang mendapat sambutan.

Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
























[SILAP GAMBAR] Akhbar Tamil Manipulasi Gambar Festival Belia Putrajaya Sebagai GAMBAR BLACKOUT 505 Pembangkang


KUALA LUMPUR: Kelab Wartawan Muda Malaysia hari ini kesal dengan tindakan sebuah akhbar berbahasa Tamil memanipulasikan gambar perhimpunan Festival Belia Putrajaya 2013 kononnya sebagai gambar peserta perhimpunan anjuran pembangkang di Petaling Jaya, Sabtu lepas.

Presidennya Dzulkarnain Taib berkata akhbar itu perlu meminta maaf secara terbuka dan menggunakan ruang akhbar yang besar bagi memperjelaskan perkara sebenar.

"Sekiranya penyiaran gambar itu satu perancangan tertentu atau sengaja, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas akhbar itu.

"Jadilah pengamal media, sama ada media cetak atau media maya yang bertanggungjawab, bukan mewujudkan persepsi yang direka-reka di setiap artikel yang dikeluarkan," katanya kepada Bernama.

Isnin lepas, akhbar itu menggunakan di muka dua, gambar kehadiran pengunjung di Festival Belia Putrajaya 2013, kononnya itulah peserta yang hadir ke perhimpunan Blackout 505 dekat Amcorp Mall, Petaling Jaya, Sabtu lepas.

Sementara itu, Pensyarah Media, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka Hassan Abdul Motalip berkata kesilapan yang dilakukan oleh media memberi impak negatif kepada pembaca selain menjejaskan kredibiliti akhbar itu sendiri.

"Pembaca akan kurang yakin dengan berita yang disiarkan oleh media itu, maka wartawan dan editor perlu lebih bertanggungjawab sebelum menyiarkan sesuatu artikel," katanya.

Beliau menegaskan orang ramai masih merujuk kepada media tradisional, namun apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia pasti akan memberi impak yang besar kepada pembaca akhbar itu.

Pihak akhbar Makkal Ossai hari ini memohon maaf kerana menyiarkan gambar palsu berhubung perhimpunan pembangkang pada Sabtu lepas di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

"Kita mengaku dan akan memohon maaf ke atas siaran yang salah itu secepat mungkin," kata sumber daripada akhbar itu ketika dihubungi

Wednesday, May 29, 2013

[ADUN BN PERAK LOMPAT PARTI] Pemuda PAS TIDAK SETUJU

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat khabar angin yang dikatakan bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Perak akan 'melompat parti' dan kejatuhan Kerajaan Negeri BN Perak amat serius sama sekali. Bagi kami peristiwa yang pernah berlaku seawal Februari 2009 semasa rampasan kuasa oleh BN yang telah menjatuhkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Perak perlu diambil sebagai pengajaran yang amat berguna.

Pertamanya kami tegaskan, kami tidak bersetuju sama sekali jika benar ada ADUN BN yang akan melompat bagi menumbangkan kerajaan negeri di Perak. Kami berharap kepimpinan PR tidak mengulangi 'kemarahan rakyat' ketika kita pernah ditumbangkan dalam keadaan yang sama. 
Keduanya bagi kami, jika ketidakpuasan hati ADUN BN terhadap kepimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir adalah masalah diantara mereka dan tiada kaitan dengan PR sama sekali.

Walaupun pelbagai cerita yang dimaklumkan beberapa janji Datuk Seri Zambry yang akan melantik EXCO mengikut daerah tetapi hasilnya dilihat gagal antaranya Daerah Kerian dan Kuala Kangsar serta termasuk beberapa ADUN yang lebih 'senior' masih juga tidak dilantik. Ini tidak termasuk Datuk Nasarudin Hashim, ADUN Kawasan Bota yang pernah dijanjikan EXCO oleh Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Tan Sri Mohamed Ghazali dahulu yang pernah dikatakan merajuk dan keluar parti dahulu masih juga tidak dilantik.

Tetapi bagi kami, jika benar beberapa orang ADUN BN yang ingin melompat, sepatutnya dikembalikan kepada rakyat iaitu memberikan usul tidak percaya kepada Datuk Seri Zambry dan seterusnya membubarkan DUN Perak bagi diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat Negeri Perak. Inilah cara yang terbaik dan sewajarnya kepada ADUN BN yang menolak kepimpinan Datuk Seri Zambry dan peluang rakyat memilih kembali PR untuk memerintah Perak!

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

[AMARAN] KM Sarawak : Mohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang


KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi tiga bulan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Sentosa daripada DAP Chong Chieng Jen untuk memohon maaf kerana mengungkapkan kata-kata berbaur fitnah terhadap beliau.

Taib, yang juga Menteri Kewangan Sarawak dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, berkata beliau akan menimbangkan untuk memfailkan prosiding mahkamah terhadap Chong melainkan beliau menarik balik dakwaan berbaur fitnah dan memohon maaf dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

"Selagi ada anak Sarawak seperti dalam parti pembangkang yang terus rela menjadi alat untuk menyebarkan tuduhan dan dakwaan yang sengaja diperbesar-besarkan, negeri ini berdepan risiko menjadi tunduk kepada penyangak asing yang bakal membawa akibat buruk pada ekonomi, sosial dan politik," katanya semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri telahpun memulakan tindakan undang-undang terhadap Chong, yang juga Setiausaha DAP Sarawak, kerana memfitnah berkaitan kata-kata yang diungkapkannya di luar persidangan dewan mengenai sistem belanjawan dan kewangan negeri sehingga menjejaskan dengan teruk reputasi dan integriti sistem kewangannya.

Ketika meminta beliau merenungkan semangat patriotisme Sarawak, Taib berkata menerusi cara politik yang kasar, Adun Kota Sentosa itu bukan sahaja merendahkan darjat institusi dewan yang mulia tetapi juga cuba mewujudkan kesangsian dalam kalangan mereka yang diberi mandat yang sah oleh rakyat untuk memerintah negeri ini.

"Melalui caranya yang berterusan melahirkan hujahnya di luar dan di dalam dewan yang mulia, berdasarkan dakwaan dalam media asing dan digalakkan oleh organisasi  asing, beliau dengan niat jahat cuba untuk mencapai apa yang amat diinginkannya dalam pilihan raya umum -- untuk menukar kerajaan," kata Taib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Meskipun pengundi memberi isyarat tegas dengan menolak apa yang terkandung dalam pita Global Witness, beliau berkata anggota DAP, terutamanya Chong terus merujuk kepadanya seolah-olah pita itu mengandungi perkara yang benar.

Beliau berkata pada Mac tahun ini, hanya sebelum pilihan raya parlimen diadakan baru-baru ini, Global Witness, sebuah pertubuhan berpusat di London yang mempunyai kaitan dengan Bruno Manser Fund dan sebuah yayasan yang dipromosi oleh seorang penyangak matawang antarabangsa yang terkenal, menyiarkan rakaman pita video itu mengenai perbualan antara 'penyiasat' upahan Andrew Stewart, dan beberapa anak Sarawak, termasuk dua sepupu beliau.

Pembangkang, terutamanya DAP menyebarkan pita itu dan kandungannya, yang menyebabkan beberapa individu menyuarakan pendapat mengenai bagaimana tanah untuk pertanian dipindah milik di Sarawak dan rancangan oleh mereka yang didakwa memperoleh tanah seperti itu untuk mengaut keuntungan segera dan seterusnya mengelak daripada membayar cukai, katanya.

Beliau berkata seorang peguam yang baru lulus sekalipun akan faham bahawa memperoleh keterangan secara tidak sah daripada pihak ketiga yang tidak menaruh sebarang syak wasangka tidak boleh bertahan di hadapan sebuah tribunal kehakiman.

Katanya BN negeri yang diterajuinya menang 25 daripada 31 kerusi, iaitu lebih daripada dua pertiga kerusi parlimen di Sarawak manakala tiga calon pembangkang, yang  gemar membuat tuduhan berkaitan rampasan tanah terhadap kerajaan, kalah teruk di Limbang, Lubok Antu dan Sri Aman.

[PEMAIN JADI PELAKON] Bintang Bola Sepak Akmal Rizal Jadi Pelakon

PETALING JAYA: Bekas penyerang bola sepak kebangsaan Akmal Rizal Ahmad Rakhli memperluaskan lagi kerjayanya apabila menerima tawaran untuk bergelar pelakon di bawah syarikat produksi Zeel Productions.

Akmal, 32, berkata, sebagai permulaan, dia bersetuju melakukan penampilan khas menerusi drama berjudul Klon untuk siaran RTM bagi membawa watak sebagai tenaga pengajar bola sepak.

"Saya ditawarkan oleh pihak Zeel Production untuk melakonkan watak sebagai tenaga pengajar bola sepak. Susah juga nak berlakon, lebih-lebih lagi ketika diminta membuat mimik muka.

"Tetapi ia membuatkan hati saya terbuka untuk serius di bidang ini dan sedia bergelar pelakon sekiranya ditawarkan berlakon pada masa akan datang nanti," katanya.

Tambah Akmal, walaupun hanya dua hari penggambaran, ia cukup bermakna untuk dia menimba pengalaman bekerja sebagai pelakon yang sememangnya berbeza berbanding beraksi di padang bola.

Bagaimanapun, Akmal masih belum bersedia untuk bergelar pelakon sepenuh masa memandangkan dia masih lagi mempunyai komitmen dalam sukan bola sepak.

"Memang rasa seronok apabila berlakon, kepuasannya sangat berbeza dan saya senang dengan kerja-kerja seperti ini walaupun banyak masa yang akan digunakan.

"Malah ia mencabar diri kita dalam melihat sejauh mana kemampuan kita dalam melakukan sesuatu perkara," ujarnya.

Klon yang turut dibintangi pelakon Tasha Shilla, Rozita Che Wan, Reza Hasbi dan Azza Elite itu diarahkan oleh Mazri Mustafa dan masih menjalani penggambaran sehingga 26 Jun ini.

Akmal merupakan antara bekas pemain bola sepak negara yang mencipta nama di peringkat antarabangsa selain pernah beraksi di kelab bola sepak Perancis sebelum ini.

Selepas meninggalkan skuad kebangsaan, dia kini bersama pasukan Kedah untuk bersaing dalam Liga Malaysia.

[VIDEO KECOH] Perlawanan Piala FA Antara Pahang & JDT DITUNDA Kerana KEKECOHAN PENYOKONG

 

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang & Johor Darul Takzim di Stadium Darulmakmur pada 28 Mei 2013 terpaksa ditunda akibat kekecohan yang berlaku diantara kedua-dua penyokong.

Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam itu telah ditangguhkan seketika apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk. Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen.

 
Berdasarkan kenyataan Serambi Politik
Pada mulanya situasi terkawal.. penyokong pahang yang ramai melimpah ruah, sudah mula memberi kerjasama dan tiada lagi mana2 penyokong yg berada di atas trek.. Pihak stadium mengucapkan terima kasih kepada kedua2 penyokong kerana memberi kerjasama..

Pada pukul 9.45mlm pemain pahang mula memasuki padang dan bersedia untuk bermain.. selepas itu giliran pengadil masuk padang.. tapi pasukan JDT tak masuk-masuk lagi ke padang selama 15 minit sehingga membuatkan penyokong Pahang berang terpaksa tunggu lama.. Pemain Pahang dan pengadil yang tunggu di situ seperti buat bodoh je tunggu lamanya dan penyokong sudah tidak sabar untuk menonton.. situasi terkawal ketika ini.. tetapi penyokong kelihatan berang kerana pasukan JDT belum masuk Padang lagi di saat pengadil dan pasukan pahang sudah bersedia..

Selepas itu, seorang pegawai polis jalan-jalan mengelilingi stadium memberi tanda bagus kepada penyokong pahang dan itu menandakan perlawanan selamat utk dijalankan..

Apabila pegawai polis itu lalu didepan Penyokong JDT, entah apa yang tak kena di atas tempat duduk penyokong JDT yang secara tiba-tiba baling botol plastik di luar stadium.. rupa-rupanya ada kejadian baling batu dari luar stadium sehingga terkena salah seorang dari penyokong JDT.. Lalu penyokong JDT merusuh keluar beramai-ramai ke padang sebagai tanda tidak berpuas hati dengan sistem keselamatan di stadium..

Ketika ini penyokong Pahang yang berada di stadium kelihatan tergamam dengan tindakan penyokong JDT yang merusuh keluar ke padang di stadium.. Ini bukan salah mereka kerana mereka tidak baling batu.. Mereka cuma terkejut dan tidak puas hati dengan kejadian baling batu itu..

Yang baling batu ialah orang yang berada di luar stadium.. (tak pasti siapa orangnya, mungkin penyokong pahang atau orang lain yg berada di luar stadium). - ini puncanya sebenarnya kejadian di stadium sebentar tadi..

Maka, perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana situasi tidak terkawal lagi.. Penyokong Pahang berang lalu masuk ke padang kerana tidak puas hati dengan penyokong JDT kerana menangguhkan perlawanan.. Penyokong Pahang yang lain sudah mula naik angin lalu berlaku pergaduhan dengan penyokong JDT..

kesimpulannya, pihak Stadium dan pengurusan GAGAL dalam aspek keselamatan.. Kucing pun boleh berak.. Ini adalah malam yang cukup mengecewakan penyokong Pahang dan JDT yang mahu menikmati perlawanan separuh akhir Piala FA...

[GAMBAR TERKINI] Tian Chua, Tamrin & Haris MAKAN NASI BUNGKUS di Balai Polis Dang Wangi

Sdr. Tamrin dan Sdr.Haris di Balai Polis Dang Wangi
Polis sedang mngambil statment YB Tian chua


Suasana di hadapan IPD Dang wangi.
@GobindSinghDeo: Haris, Tamrin, Safwan released on police bail. Have to attend Sessions Court KL at 9am tmro morning to be charged under the Sedition Act.
Semua yang ditahan (Tamrin, Haris & Safwan TELAH dibebaskan dengan police bail. Esok didakwa di mahkamah. Tian Chua masih diambil statement
Tian Chua juga telah dibebaskan sekitar jam 1.15 pagi. 29 Mei 2013 setelah selesai diambil kenyataan. Beliau juga akan didakwa di mahkamah esok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com