innity

pages

Tuesday, April 30, 2013

[TUDUHAN] Siasat DAKWAAN Pas, Dakwat Kekal HILANG bila DIBASUH dalam Sesi Pengundian Awal

Pihak Polis dan SPR diminta menyiasat dakwaan Dr Zulqarnain Lukman, Pengarah Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat yang menyatakan dakwat kekal dalam sesi pengundian awal boleh hilang apabila dibasuh dengan air dan sabun.
Berikut adalah petikan kenyataan beliau yang dipetik daripada laman Facebook Tuan Guru Dato' Haron Din
 seperti berikut:
Pada hari ini, pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera dan saya telah menerima aduan berkaitan 2 isu:

1. Isu dakwat kekal hilang

menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Oleh itu, petugas parti khususnya paca yang bertugas jika mendapati kejadian ini berlaku di tempat tuan/puan, sila buat laporan polis segera. Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis. Laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

2. Isu mencatat nama pengundi awal selepas mengundi

Saya juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

oleh itu, amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan. Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara.

Justeru, saya memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera. Jika SPR enggan maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat. Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut.

Sekian

Dr Zulqarnain Lukman
Pengarah Perundangan
Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat

VIDEO Ustaz Rujhan jadi FENOMENA


KUALA LUMPUR 30 April - Penceramah bebas, Ustaz Rujhan Abdul Rahman mencetuskan fenomena dan membuka mata masyarakat Islam apabila membongkar perilaku pentadbiran negeri Kelantan dan kepimpinan Pas dalam ceramah mesra di Putrajaya kelmarin.

Video ceramah beliau yang kurang 48 jam dimuat naik di laman Youtube mendapat sambutan penonton.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat itu cukup terkenal dengan kelantangan mengkritik pentadbiran Pas di Kelantan yang dilihat telah terpesong daripada perjuangan asal mereka.

Kritikan itu semakin hebat apabila Pas menjadi sekutu DAP, satu-satunya parti yang lantang menolak negara Islam yang diperjuangkan Pas sebelum ini.

Ceramah itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

\

[PANAS] Zain Saidin TUDUH DIPERGUNAKAN dalam MasterChef Selebriti 2


BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta.

Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan.

Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat.

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).



Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu.

“Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.

Didesak sertai MSM 2


Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta.

Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta.

“Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.


Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap.

“Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.

Hubungan bersama Che Ta tergugat?

Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut.

Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

“Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.


“Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

[DUN KOTA DAMANSARA] PAS & PKR MASIH BERTELAGAH, PAS Kempen Menangkan Calon PAS


Di peringkat atasan mereka memberikan laluan kepada PKR di Kota Damansara, Selangor, tetapi di peringkat bawahan masih ada yang berkempen bagi memenangkan calon PAS.

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR berkata, perkara itu harus diselesaikan segera kerana hari pengundian sudah hampir.

Dr nasir hashim, psm chairperson - Socialism 2010"Arahan sudah diberi oleh kepimpinan tertinggi (PAS) bahawa PKR akan bertanding di kerusi ini dan PAS harus menyokongnya.

"Tetapi ada kumpulan di sini yang melanggar arahan, saya tidak tahu mengapa," kata Nasir ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, beliau sudah berhubung dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali melalui SMS dan beliau sudah mengambil maklum akan perkara itu.

"Saya harap mereka selesaikan perkara ini segera kerana masa sudah suntuk," kata Nasir.

Walaupun perkara itu sudah diselesaikan di peringkat atasan kelmarin, kedua-dua logo PKR dan PAS akan tetap dicetak di kertas undi.

Sabtu lalu, PAS bersetuju menyerahkan Kota Damansara untuk ditandingi calon PKR - keputusan yang dicapai selepas hampir seminggu berunding dengan PKR dan PSM.

Mustafa berkata, calon yang bertanding di bawah tiket PKR akan menjadi wakil rasmi Pakatan.

Masalah itu bermula apabila Nasir sebagai penyandang kerusi tersebut bersetuju bertanding bawah tiket PKR, sehinggalah PAS turut meletakkan calonnya, Razali Ismail, pada hari penamaan calon.

Monday, April 29, 2013

[TUDUH PAS CUBA PUKUL CHEGUBARD] PKR enggan layan desakan Pemuda Pas agar Chegubard minta maaf


PETALING JAYA - PKR menegaskan tidak akan 'melayan' tuntutan kepimpinan Pemuda Pas Pulau Pinang  agar calon pihaknya di kerusi Dun Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard agar meminta maaf berhubung satu kenyataan media 20 April lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebaliknya pihaknya hanya akan merujuk kepada apa yang telah dikatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan maklum balas berhubung pertembungan kerusi ataupun konflik yang berlaku.

"Pendirian PKR sangat jelas kenapa tak merujuk kepada ucapan Presiden Pas sendiri di mana beliau menjelaskan mengapa beliau sendiri turun ke Pulau Pinang semalam.

"Beliau turun untuk meminta, mengerah dan berkempen supaya semua ahli Pas mengundi calon Pakatan Rakyat (PR)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, hari ini.

Semalam, Pemuda Pas Pulau Pinang menuntut Chegubard memohon maaf berhubung dakwaannya cuba dipukul oleh Pemuda Pas dan anggota Unit Amal Pemuda Pas pada hari penamaan calon, 20 April lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Norazman Ishak berkata, mereka menuntut Badrul supaya mengemukakan bukti mengenai dakwaan beliau, anak dan isterinya cuba dipukul di hadapan Dewan Serbaguna, Jawi pada hari berkenaan.

“Kita minta dia kemukakan bukti dan buat laporan polis jika ini benar. Jangan hanya cakap sahaja, laporkan kepada polis, biar polis siasat.

"Jika gagal untuk berbuat demikian, Pemuda Pas desak dia minta maaf secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya tuduhan liar terhadap Pemuda Pas Pulau Pinang dan anggota Unit Amal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Permohonan maaf itu dituntut selepas Chegubard didakwa membuat kenyataan itu dalam laman facebook dan twitternya sejak petang hari penamaan calon yang turut mendapat banyak komen daripada pengikutnya.

Beliau juga menyebut perkara itu dalam ceramahnya di Kampung Datuk Keramat, Nibong Tebal.

Sementara itu, tegas Saifuddin lagi, pendirian parti sangat jelas berhubung perkara itu melainkan ada pihak yang ingin melihatnya dari sudut yang negatif.

Katanya, pendirian PKR adalah berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan Hadi sebelum ini.

"... dan untuk tiga hingga empat berbaki hari lagi, PKR tidak akan teralih dengan sebarang komen daripada pimpinan bawahan," tegas beliau.


Ibu Berdoa Agar Anak (Calon PKR) KALAH Sambil Menangis

Sunah Omar (kanan) menangis kerana kecewa dengan anaknya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding menjadi calon PKR, DUN Chini.

PEKAN: Kemelut Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang semakin meruncing apabila ibu kepada seorang calonnya di Pahang, tidak merestui anak perempuannya, Sitarunishah Ab Kadir bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Sunah Omar, 61, berkata dia sedih dan kecewa apabila mengetahui anaknya yang selama ini anggota Umno tiba-tiba menjadi calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menentang penyandang kerusi DUN itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Bakar Harun.

Sunah memberitahu sidang media di sini pada Ahad, tindakan anak sulung daripada lima beradik itu membuatkan dia dan suaminya, Abdul Kadir Zakaria, 63, kecewa kerana selama ini Umno dan BN banyak membantu masyarakat peneroka di Felda Chini Timur 3 di sini.

"Mula-mula saya sudah dengar khabar angin apabila kalangan jiran menyindir anak saya jadi calon PKR.

Semasa hari penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, saya menggigil menahan kemarahan apabila mengetahui anak saya diumumkan sebagai calon PKR di DUN Chini.

"Saya cukup kecewa dengan tindakan anak saya itu kerana penyandang kerusi tersebut, Datuk Abu Bakar Harun bersama ahli Umno banyak membantu masyarakat peneroka termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah yang menyertai Umno sejak berusia 21 tahun dan kini anggota Pergerakan Wanita Umno, Felda Chini Timur 3 berkata anaknya itu yang tinggal di Kuantan bersama suaminya tidak pulang ke rumah di sini sejak empat bulan lepas.

"Dia ada meminta restu saya selepas hari penamaan calon. Saya kata tidak dan berdoa supaya dia kalah di kerusi DUN ini.

"Sepatutnya dia bersyukur kerana kerajaan BN dan Umno telah banyak membantu masyarakat peneroka di sini termasuk keluarga saya," katanya.

Sunah berkata suaminya, Ab Kadir yang kini sakit akibat serangan angin ahmar sejak 12 tahun lepas hanya mampu menangis memikirkan tindakan anaknya itu.

"Saya bersama suami serta empat anak lain akan tetap menyokong BN dan saya sanggup turun padang membantu jentera Umno mempertahankan kerusi DUN Chini," katanya.

Sunday, April 28, 2013

[GWIYOMI] Rasukan sindrom comel Selepas Gangnam Style


Selepas Gangnam Style, kini muncul satu lagi produk seni terbaru Korea Selatan, Gwiyomi yang menjadi kegilaan generasi muda di negara ini, termasuk golongan artis.


Artis muda yang ‘dirasuk’ sindrom itu termasuk Wawa Zainal, Nora Danish dan Elfira Loy. Aksi Gwiyomi ketiga-tiga pelakon comel dalam laman sosial YouTube dan Keek itu dilayari hampir dua juta pengunjung sejak awal bulan ini.

Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel.

Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.

Di negara ini, aksi Gwiyomi yang dimuat baik dalam beberapa laman sosial, terutama YouTube dan Keek, sebahagian besarnya membabitkan remaja perempuan dan wanita berusia 20-an.

Perhatian: aksi ini hanya sesuai untuk gadis comel dan cute sahaja. 

[TERKINI] Calon Pas DUN Lenggeng dirawat di ICU kerana Serangan Angin Ahmar

Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar

SEREMBAN - Calon Pas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar,49, kini dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Kuala Lumpur semalam dipercayai mendapat serangan angin ahmar.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd. Khairil Anuar Wafa mengesah calon itu dirawat di ICU bagaimanapun tidak menyatakan hospital mana di Kuala Lumpur.

"Saya memang dimaklum Zulkefly dalam ICU, tetapi tidak pasti di hospital mana," katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairul merupakan calon Pas di DUN Labu pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini. - KOSMO!

[GAMBAR] ARTIS-ARTIS Turun Berkempen PRU13

Liza Abdullah dan Zila Jalil
Ridzwan Hashim
Lan Pet Pet
Erra Fazira
AC Mizal
Zizie Ezette
Datuk Michelle Yeoh


[TUDUNG] Memey Belajar Bertudung Dengan Abby Abadi?

KL, 22 APRIL 2013: Kagum Murai Batu bila melihat gambar Abby Abadi, Memey Suhaiza serta Norman Hakim yang bersama-sama hadir ke hari sukan anak mereka pada hujung minggu lalu.

Lebih manis lagi apabila Murai Batu lihat Memey hadir ke sekolah anak tirinya itu dengan memakai tudung litup.

Wahh betulkah Memey kini sudah berubah imej kepada penampilan bertudung dan sedang berhijrah? Kalau betul, baguslah.

Lagipun sebelum ini, Murai Batu ada dengar Memey sedang cuba untuk berhijrah sedikit demi sedikit selepas melihat Abby mula bertudung.

Jika benar Memey mahu terus dengan imej bertudung itu, Murai Batu tumpang gembira dan sokong 100%!

Seronok lihat mereka sekeluarga, Murai Batu lihat mereka seperti keluarga bahagia apabila ada sekeping foto yang dimuat naik ke laman Instagram Abby memperlihatkan gambar Norman bersama isterinya Memey dan anak kecil mereka serta Abby.

Mereka semua mengenakan pakai warna merah, mungkin kerana anaknya mewakili rumah warna merah.

Murai Batu memang sangat kagum dengan 2 wanita ini kerana susah untuk melihat wanita setabah mereka.

Sumber:Murai.com

[ISU ARAK] Rakyat Diperbodohkan, Hadi hipokrit & putar belit isu


KUALA KANGSAR 28 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat hipokrit apabila menjadikan isu penjualan arak sebagai bahan memburuk-burukkan UMNO sedangkan kerajaan Kelantan yang ditadbir Pas turut membenarkan penjualan minuman itu sejak sekian lama.

Dalam ceramah di Arena Square Kuala Kangsar di sini malam tadi, Abdul Hadi berkata, UMNO yang menunjangi pentadbiran Barisan Nasional (BN) gagal menunjukkan contoh pentadbiran Islam yang baik.

"Pas kata arak haram, judi haram, orang DAP kata arak halal, judi halal. Tidak jadi masalah. Yang kita pening UMNO kata kalau ada lesen halal, tidak ada lesen haram.

Ini masalah, itu beza yang kita kena faham. DAP menghormati kita dalam masalah ini," ujarnya.

Untuk rekod, kerajaan Pas Kelantan pernah mengakui tidak pernah mengharamkan penjualan arak di negeri itu sebaliknya bertindak mengawal penjualannya di premis tertentu.

Walaupun arak masih lagi dilarang dijual di hotel, pasar raya dan kedai runcit biasa, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) sebenarnya mengeluarkan permit bagi premis-premis tertentu yang menjualnya.

Malah, Pas Kelantan pernah menyatakan kesediaan untuk menimbang cadangan masyarakat Cina di negeri itu yang mahu menambahkan lesen perniagaan dan premis minuman arak.

Sewaktu kempen pilihan raya umum 1990, Pas berjanji untuk mengharamkan semua kegiatan judi dan arak. Pada 19 November 1992 kata Nik Aziz “kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.

Pendapat Nik Aziz pada 26 November 1994 lebih menarik lagi. Katanya, “Pendapatan hasil cukai daripada arak dan lesen anjing boleh diguna pakai untuk umum. Sebab itu, Kelantan menggunakan hasil cukai arak lesen anjing dan sebagainya ( tentulah termasuk sama babi ) bagi menampung kos membuat jalan dan projek pembangunan lain. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila boleh minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mereka?”.

Sama juga semasa PAS menang di Kedah, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.

Manakala di Selangor, jualan arak secara terbuka di pasaraya serbaneka di seluruh Selangor adalah berpunca daripada sikap PAS yang berdiam diri, kata bekas Setiusaha AMK PKR, SD Johari Yassin.
“PAS walaupun mendakwa sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi gagal mengawal penjualan arak. Di Selangor, tiada apa yang boleh dibanggakan walaupun PAS sebahagian daripada pemerintahan Pakatan.
“Saya yakin rakyat dapat menilai betapa teruknya kegagalan PAS yang sepatutnya menjadi wakil suara pengundi Islam. sebaliknya tunduk sujud kepada penguasan DAP dalam menentukan apa sahaja yang perlu dilakukan walaupun bercanggah dengan Islam,” katanya 
Menurutnya, bukan setakat penjualan arak secara terbuka, malah PAS turut mendiamkan diri dalam isu rumah urut, pelacuran, pusat-pust hiburan dan pusat judi mesin kuda yang semakin berleluasa di Selangor.
“Kewujudan PAS di Selangor hanya sebagi pelengkap kuasa DAP dan PAS terpaksa menjilat DAP demi semata-mata undi kaum Cina, di samping mahu menumpang kuasa.
“Jika tidak mampu mengawal perkara-perkara mungkar seperti ini, jauh dari mampu untuk melaksanakan hudud.
“Dalam kaca mata DAP, kewujudan PAS penting untuk memecahbelahkan umat Islam dengan fatwa-fatwa songsang ikut pertimbangan politik yang menguntungkan mereka,”katanya.

DAP Sepakat Dengan PR, KECUALI Hudud, 'Letak Sebelah' - Guan Eng

Lim Guan Eng

IPOH: DAP sepakat dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam hampir semua perkara kecuali penubuhan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata setiap parti dalam PR mempunyai pendirian masing-masing dan dalam masa yang sama tidak menolak wujudnya perbezaan pendapat.

"Kita tak nafikan PAS-DAP ada pendirian masing-masing dan kita tak nafikan ada perbezaan. PAS mahu perjuangkan hudud tapi kita DAP ada pendirian kita...kita tak setuju.

"Biarkan kami bersama-sama memperjuangkan isu-isu semasa yang telah disepakati," katanya dalam satu majlis minum petang dekat sini, Sabtu.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata DAP telah mencapai 95 peratus kesepakatan dengan PAS dan PKR dalam perkara-perkara yang diperjuangkan.

"Kita setuju 95 peratus, lima peratus kita tak setuju. Apa yang kita tak setuju kita letak sebelah," katanya.

Antara yang disepakati DAP ialah untuk menghapuskan rasuah, menuntut kebebasan, keadilan, demokrasi, kebenaran dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Saturday, April 27, 2013

[BIADAP] Husam Musa DAKWA Pembunuhan Timb. KP KASTAM Kerana KERAJAAN KORUP


KLUANG - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Datuk Husam Musa kerana mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu.

Husam katanya, patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari ini.

Husam dikatakan membuat kenyataan itu pada satu ceramah di Putrajaya semalam.

Shahahruddin, 58, meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas ditembak tiga kali dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di Putrajaya semalam.

Serangan dilakukan oleh dua lelaki bermotosikal.

Hishammuddin mengingatkan pembangkang agar tidak mempolitikkan kejadian tersebut untuk meraih sokongan pengundi.

Pihak polis dan pejabat Peguam Negara katanya, sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan terhadap Husam berikutan kenyataan tersebut.

[INTERNET SALAH LAPOR] Polis nafi lelaki mati ditembak berkait pembunuhan timbalan KP Kastam

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh

Polis hari ini menafikan beberapa berita di Internet yang mendakwa seorang lelaki ditembak mati berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya semalam.
  
Berikutan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang motif pembunuhan itu kerana ia masih dalam siasatan polis.
  
"Berita yang mengatakan suspek kejadian telah berjaya dikesan dan ditembak mati manakala rakannya berjaya melarikan diri adalah tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan akhbar yang disiarkan di laman Facebook Polis Kuala Lumpur hari ini.
    
Shaharuddin mati ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, kira-kira jam 8.15 pagi.
  
Mohmad berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi DSP Hamzah Buman (ketua bahagian siasatan jenayah IPD Putrajaya) di talian 012-2342122, ASP Irwan Saimi (pegawai penyiasat kanan IPD Puyrajaya) di 019-6007772.
  
"Orang ramai juga boleh menghubungi Supt Yahya Abd.Rahman (pegawai turus siasatan khas D9 IPKKL) di talian 019-4708946 dan ASP Ng Man Fatt (ASP D9 IPKKL) di talian 012-2348802," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi Bernama berkata siasatan masih dijalankan.
  
"Setakat ini tiada tangkapan dibuat," katanya sambil menafikan insiden berkenaan ada kaitan dengan satu lagi kes tembak yang berlaku di Taman Billion Cheras, semalam.
  
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, R. Karikaalan, 29, yang dalam perjalanan ke rumahnya di di Taman Puchong Hartamas maut ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dia yang menaiki kereta Nissan Livina berwarna hitam berhenti di lampu isyarat di Bulatan Taman Billion.

[INGATKAH LAGI] Lima Telefon Bimbit Yang Popular Ketika Dahulu


Jauh sebelum era iPhone, BlackBerry, dan Android,sudah ada banyak telefon bimbit yang muncul dan menguasai pasaran pada masa itu. Nah, siapa tahu anda lupa atau bahkan mungkin baru lahir pada masa itu, kita akan mengajak anda untuk bernostalgia, mengingat-ingat kembali lima telefon bimbit yang sangat popular pada masanya! Jom lihat telefon yang popular bermula dari nombor lima.

5. Nokia 3210


Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa. Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada handphone yang terinspirasi dari HP ini.

4. Ericsson T10


Sebelum mereka bergabung dengan Sony, Ericsson ada melahirkan telefon bimbit sendiri. Salah satu yang paling popular adalah T10, dari jenis ‘flip’ yang berwarna-warni. Tapi berbeza dengan Nokia 3210, ‘cover’ mereka tidak boleh diganti-ganti. Jadi kalau anda mahukan koleksi semua warna, anda kena beli telefon bimbit tersebut!
3. Nokia 8210


Pada masanya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling mudah. Tersangat kecilnya, handphone ini agak sukar untuk berSMS, apatah lagi bagi yang mempunya jari bersaiz besar. Dulu harganya mahal dan cuma kawan-kawan kita yang bergaji besar sahaja mampu memilikinya.

2. Motorola RAZR


Dulu Nokia memang HP yang paling popular. Tapi dari segi ‘design’, Nokia bukanlah yang paling ‘seksi’.
Di sinilah Motorola RAZR mengambil tempatnya. Dibandingkan dengan Nokia, ciri RAZR memang tidak sebagus HP-HP Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang cantik. Tipis dan kesannya elegan .

1. Nokia 5110


Dan inilah handphone ‘sejuta umat’ yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu HP pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang mempunyai HP ini boleh ada cover yang unik. Tapi ciri ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling istimewa sebenarnya kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum eranya Angry Birds.


-Sumber-

PRU-13: Beri peluang Anwar laksana impian jadi pensyarah


BUKIT MERTAJAM 27 April - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail mahu pengundi di kawasan itu memberi peluang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai cita-citanya menjadi pensyarah di salah sebuah universiti di United Kingdom selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Mazlan berkata, cita-cita itu pernah disuarakan penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh itu sekiranya beliau gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 nanti.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara.

Sebelum ini, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

"Jadi untuk merealisasikan cita-citanya (Anwar) maka pengundi-pengundi di Permatang Pauh perlu memilih BN pada pilihan raya kali ini.

"Saya berjanji akan mengetuai kepimpinan bersama tiga calon BN yang lain untuk memberi harapan kepada penduduk Permatang Pauh tanpa mengira parti, bangsa dan agama," katanya dalam ucapan ringkas pada ceramah perdana bekas sahabat-sahabat karib Anwar di Padang Awam Taman Pauh di sini malam tadi.

Ceramah perdana anjuran bersama Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang dan Jalur Tiga (Jati) dihadiri kira-kira 1,000 orang. Tiga penceramah yang hadir ialah Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali; Timbalan Presidennya, Datuk Aidit Ghazali; dan Naib Presidennya, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba.

Sementara itu, Mazlan berkata, tindakan Anwar yang tidak turun berkempen dan bertemu dengan pengundi di Parlimen Permatang Pauh dianggap sebagai tidak menghargai jasa dan sokongan pengundi yang telah memilih dan memberi mandat sebagai wakil rakyat kepada beliau.

"Tidak boleh ke dalam tempoh 15 hari berkempen ini beliau beri perhatian kepada pengundi di Permatang Pauh kerana selama lima tahun menjadi wakil rakyat, beliau juga mengabaikan penduduk di sini.

"Saudara saudari tanyalah sendiri kepadanya apakah nilai kami ini terlalu kecil berbanding orang Miri, adakah nilai kami ini terlalu kecil berbanding orang Perak dan Selangor," katanya.

Hamil 3 Bulan, Tidak Halang Anne Ngasri Sertai Kempen Suami

Anne berkongsi gambar bersama suaminya, Sumali ketika menghadiri sebuah majlis di Pontian baru-baru.
PETALING JAYA: Walaupun sedang hamil tiga bulan, pelakon Anne Ngasri tetap menemani suaminya, Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 29, berkata, setiap Jumaat hingga Ahad dia dan suaminya akan ke Pontian, Johor untuk membantu calon di kawasan tersebut memperkukuhkan kempen bagi kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Keadaan saya yang hamil tidak menghalang untuk saya menemani suami berkempen malah saya cukup bersemangat.

"Bagaimanapun bukan setiap hari saya keluar berkempen tetapi mengikut kesesuaian dalam keadaan berbadan dua. Namun peluang turun berkempen cukup menyeronokkan," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anne berkata, pengalaman pertama turun padang membantu calon PRU-13 bagi Parlimen Pontian iaitu Datuk Ahmad Maslan sangat berharga buatnya.

Jelas Anne, dia tidak berasa kekok menyertai aktiviti itu kerana dia sendiri adalah seorang ahli Umno.
Sementara itu, Anne berkata, selepas ini dia akan mengurangkan aktiviti seni sehingga dijangka bersalin pada September depan.

Kandungannya kali ini tidak mempunyai sebarang masalah dan pengalaman melahirkan tiga cahaya mata sebelum ini banyak membantu Anne mengawal situasi.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan peluang ini saya akan gunakan untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan Insya-Allah saya akan kembali aktif selepas bersalin kelak," katanya.

 Anne dan Sumali mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 22 Disember 2012.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah yang kini berusia tiga tahun.

Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufian Hakim, 8, hasil perkahwinan terdahulunya.

Analisis PRU-13: Pas diresapi Syiah?


AGAK kurang sedap didengar apabila Pendang dikaitkan dengan kemunculan fahaman Syiah dengan adanya pemimpin kumpulan itu didakwa oleh pihak berkuasa beberapa tahun dahulu.

Berdasarkan sumber, suatu ketika dahulu dikatakan terdapat sekumpulan hampir 1,000 pengikut fahaman yang terpesong daripada Ahli Sunah Wal Jamaah menjalankan aktiviti secara sembunyi-sembunyi. .

Penduduk bersyukur kerana fahaman tersebut sedikit sebanyak berjaya ditangani pihak berkuasa. Namun baru-baru ini perasaan gusar timbul semula apabila dikatakan terdapat pemimpin Pas yang dikaitkan dengan fahaman tersebut 'muncul' sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bukan sedikit yang mendakwa bahawa parti yang kononnya mendakwa memperjuangkan Islam itu kini diresapi dengan fahaman Syiah. Benarkah begitu?

Kita tidak menuduh mana-mana individu berfahaman tersebut apatah lagi jika tuan punya badan sendiri tidak pernah mengaku demikian. Namun disebabkan isu itu diperkatakan umum maka adalah wajar pihak yang dikaitkan tampil memberi penjelasan. Lebih-lebih lagi Pendang sering dikaitkan sebagai kubu kuat Pas.

Dari segi sudut sejarah, pendakwah bebas, Kamal Saidin yang berasal dari Pendang berkata, Pas sendiri mempunyai unsur-unsur syiah kerana mempunyai beberapa persamaan ketara sejak parti itu ditubuhkan.

Pertama, Syiah wujud akibat perasaan kecewa. Pengasas Syiah iaitu seorang Yahudi dari Yaman bernama Abdullah Saba kecewa kerana tidak diberikan jawatan selepas memintanya daripada Khalifah Uthman Affan lalu bertindak menentang khalifah itu.

"Pas sendiri ditubuhkan selepas pengasasnya kecewa tidak diberikan jawatan oleh Tunku Abdul Rahman," katanya.

Persamaan kedua antara Pas dan Syiah, kata Kamal ialah menabur fitnah memburukkan pemimpin seperti dilakukan Abdullah Saba terhadap khalifah. Modus operandi memburukkan pemimpin itu dilakukan zaman ini oleh Pas terhadap pemimpin negara. 

Beliau memberitahu, persamaan ketiga adalah Pas pernah mengkafirkan ahli UMNO sebagaimana dilakukan oleh Syiah Saba’iyyah yang menganggap golongan tidak bersama mereka adalah kafir bahkan turut mengkafirkan para sahabat. 

Sebenarnya, Syiah melakukan pelbagai perkara bertentangan dengan ajaran Islam hingga sanggup menghina Nabi Muhammad SAW apabila menganggap malaikat Jibril tersilap menghantar wahyu kepada Baginda dan sepatutnya wahyu itu adalah untuk Saidina Ali

Syiah berpura-pura menyokong Saidina Ali dan berlebih-lebihan secara terlampau mengagung-agungkan ahlul bait tetapi pada masa yang sama menolak para sahabat lain serta menyimpang dalam pelbagai sudut sama ada akidah, fikah, ibadat, akhlak dan sebagainya.

"Apa bezanya dengan Pas yang terlalu mengagung-agungkan tok guru mereka hingga pendapat lain atau pandangan ulama yang dilabel sebagai ulama UMNO ditolak, ahli UMNO dituduh taghut, dihina dan difitnah bukan-bukan.

"Pas juga melakukan banyak perkara bercanggah dengan ajaran Islam seperti dalam isu akidah iaitu Kalimah Allah dibenar dalam Bible versi Melayu, tuhan mencarut, sanggup berkawan dengan syaitan berbanding saudara sesama Islam dalam UMNO dan pelbagai fatwa-fatwa salah," jelasnya.

Kamal memberi kesimpulan bahawa para pengundi perlu memikirkan dengan mendalam sebelum tiba hari mengundi 5 Mei ini bagi mengelakkan tersalah memilih pemimpin untuk menjadi wakil rakyat mereka.

 Oleh SHAHBULAH DARWI
(Penulis adalah Ketua Biro Utusan di Kedah)

[HOMOSEKSUAL] Tabiat seks punca saya tinggalkan Anwar - Dr. Chandra


KUALA LUMPUR 26 April - Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2001 adalah kerana kecewa dengan tabiat seks Ketua Pembangkang itu.

Dedahnya, walaupun pernah bangkit mempertahankan Anwar atas dakwaan liwat kali pertama pada 1997 tetapi, kepercayaan beliau lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan bahawa pihak Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.

"Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana pihak perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar seorang homoseksual," katanya.

Friday, April 26, 2013

[BAKAR] Dua kereta milik anak calon PKR dibakar di Klang

KEADAAN kereta anak calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Seri Andalas, Xavier Jeyakumar di Taman Klang Jaya, hari ini.

KLANG Dua Kereta milik anak perempuan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Seri Andalas, Xavier Jeyakumar rosak akibat dibakar di rumahnya, di Taman Klang Jaya, awal pagi tadi.

Sangheta Jeyakumar, 30, berkata dalam kejadian dipercayai bermotifkan politik itu beliau sedang mengikuti bapanya berkempen.

Saksi berkata, dua lelaki mencurah petrol sebelum membakar kenderaaan terbabit lalu melarikan diri.




[LAPOR POLIS] Dituduh jual pil kuda, bekas calon PKR buat laporan polis

K MANOHARAN
KUALA TERENGGANU 26 April - Polis Terengganu mengesahkan menerima satu laporan yang dibuat oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu berhubung sebuah blog yang didakwa memfitnahnya menjual pil kuda.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan yang dihubungi enggan mendedahkan individu yang membuat laporan berkenaan.

Katanya, pihak polis telah merujuk kes berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.

"Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Chukai, Kemaman dan pengadu memaklumkan beliau menyedari tentang fitnah di laman blog berkenaan pada hari yang sama beliau membuat laporan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isnin lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu mendakwa beliau mempunyai maklumat ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.

Abdul Hadi dipetik berkata, parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

[DESAK] Karpal desak Anwar nyata pendirian tentang hudud, negara Islam


GEORGE TOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas, sekutunya dalam pakatan pembangkang.
  
Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.
   
Katanya hasrat pemimpin Pas untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam telah menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang dan mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
  
"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng telah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
  
Karpal berkata beliau menyatakan pendirian DAP berhubung isu itu bukan sahaja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti.

Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.
  
Bagaimanapun kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud.

Celahgelegar: Anwar sebenarnya telah menyatakan pendiriannya di depan Yahudi. Saksikan video di bawah:

Shahrir Samad NAFI MASUK Pas


JOHOR BAHRU 26 April - Tan Sri Shahrir Abdul Samad sekali lagi menafikan dakwaan beliau telah keluar UMNO dan menyertai Pas.

Menurut penyandang Parlimen Johor Bahru yang mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) satu-satunya parti yang memperjuangakan nasib rakyat secara menyeluruh tanpa mengenal bangsa dan agama.

"BN telah membuktikan perjuangannya membela nasib semua golongan termasuk mereka yang berpendapatan rendah. Saya memang tidak terlintas dan tak berminat untuk menyertai mana-mana partipembangkang dan saya tidak akan sesekali mengikut jejak langkah Muhammad (Tan Sri Muhammad Muhd. Taib)yang memasuki Pas.

"Ingin saya tegaskan di sini saya tak berminat untuk menyertai Pas mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR), jauh sekali DAP, kerana ketiga-tiga parti itu tidak sama dengan prinsip ideologi yang mana BN jauh lebih baik dalam menjaga nasib dan kepentingan rakyat," katanya selepas menghadiri Pelancaran Pelaksanaan Projek Pembangunan Pasar Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai desas-desus mengikut jejak lengkah Muhammad yang menyertai Pas.

Khabar angin mengenai Shahrir menyertai Pas sudahpun bertiup sebelum ini dan yang kali terakhir adalah pada tahun lalu, dipercayai gurauan 'April Fool'.

Tokoh BN itu dalam maklum balasnya tahun lalu menyifatkan, mereka yang mempercayai 'lawak' tersebut sebagai 'lebih kelakar' kerana tidak mengenali dirinya selain menegaskan penyertaannya ke dalam Pas mustahil berlaku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com