innity

pages

Sunday, March 31, 2013

Penduduk demonstrasi tuntut Kerajaan DAP P. Pinang tunai janji hapus tol


BUTTERWORTH 31 Mac - Sekumpulan penduduk Bagan, di sini mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya lepas untuk menghapuskan tol Sungai Nyior, di sini.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan, David Chua berkata, penduduk di kawasan berkenaan kecewa dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang gagal menunaikan janji itu.

Katanya, janji yang diberikan ialah sekiranya memenangi pilihan raya umum, tol Sungai Nyior akan dihapuskan dalam tempoh tiga tahun tetapi sehingga hari ini Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan masih gagal memansuhkan tol.

"Pengguna masih tetap membayar 50 sen setiap kali melalui tol berkenaan.

Bagaimana mereka (pakatan pembangkang) mahu mansuhkan tol lebuhraya utara selatan kalau tol 50 sen pun gagal dimansuhkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman berkenaan hari ini.

Kumpulan itu turut membawa pelbagai sepanduk dalam beberapa bahasa bagi menunjukkan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan negeri yang gagal menunaikan janji itu.

"Mereka hanya pandai berjanji itu dan ini tetapi gagal menunaikannya dan saya berharap rakyat Pulau Pinang dapat membuka mata dan lihat apa yang mereka telah lakukan sepanjang tempoh lima tahun mentadbir negeri ini," katanya

DATU SERI DICARI ada Kaitan Dengan Kes Lahad Datu


Hamza menunjukkan gambar lelaki yang bergelar "Datuk Seri" pada sidang media di Felda Sahabat pada Ahad.
LAHAD DATU: Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata, tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.




[JAHAT] Pemuda PAS HINA NABI, Perkasa Lapor Polis


SHAH ALAM - Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som mengakui kenyataan mengenai 'video seks Nabi' yang dipapar menerusi Twitternya 27 Mac lalu adalah kenyataannya sendiri.

"Itu kenyataan saya sendiri. Tidak, (akaun Twitter) bukan diceroboh," katanya.

Ditanya mengapa beliau buat kenyataan sedemikian yang diketahui boleh mengundang kontroversi malah dituduh menghina Nabi, sambil tertawa, Khairul Fahmi berkata, "Tunggu saja nanti, sekarang saya tak mahu cakap apa-apa lagi. Setiap orang ada persepsi sendiri, setiap yang berlaku pasti ada sebab."

Pemimpin Pemuda Pas itu juga hanya berkata, "Terpulang kepada siapa yang membaca".

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib berkata, kenyataan Khairul Fahmi mungkin merujuk kepada sikap Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi musuhnya.

“Benda ini (video seks) tidak wujud dan adalah mustahil untuk Baginda melakukannya. Mungkin perbandingan yang dibuat hanya untuk menunjukkan betapa teruknya Umno.

“Mereka sanggup keluar video tidak baik orang tidak bersalah. Jika Umno wujud pada zaman Rasulullah, mungkin mereka akan buat perkara itu,” katanya.

Harun mengakui tindakan Khairul Fahmi membuat perbandingan dengan Rasulullah SAW kurang sesuai.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau belum lihat kenyataan pemimpin muda Pas itu dan atas sebab itu tidak wajar baginya untuk beri ulasan.

Semua sudah menjangkakan reaksi pemimpin-pemimpin PAS, sudah pasti mereka akan pertahankan seolah-olah makhluk dalam Pas semua maksum.

Hina Nabi: Perkasa buat laporan polis siasat Khairul Fahmi  

IPOH 31 Mac - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat dua laporan polis menuntut supaya polis dan Jabatan Agama Islam menyiasat terperinci seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat yang bertindak biadab membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya Rabu lalu.

Laporan itu dibuat Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris dan Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh kira-kira pukul 2.10 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.

Irwan Fahmi yang ditemui selepas itu berkata, tujuan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som membuat kenyataan sedemikian menerusi akaun Twitter@fahmipkg perlu disiasat kerana ia jelas merupakan penghinaan yang amat buruk kepada seluruh umat Islam.

Malahan, tegas beliau, kenyataan tersebut juga merupakan satu provokasi yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman negara.

"Apakah kenyataan begitu menunjukkan mereka (Pas) benar-benar perjuangkan agama suci ini. Kita minta perkara ini disiasat dan jika salah, tangkap ,'" katanya pada sidang akhbar di IPD Ipoh di sini hari ini.

Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi Rabu lalu, Khairul Fahmi menerusi akaun Twitter@fahmipkg menyebut: "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO."

Tindakan pemimpin tersebut dikecam pelbagai pihak termasuk ahli agama di negara ini

Ceramah Anwar di Sungai ISAP gagal dapat sambutan

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Sungai Isap, kawasan Parlimen Kuantan yang dihadiri kira-kira 500 penyokong tegar parti pembangkang di Kuantan, Pahang hari ini
KUANTAN 30 Mac - Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Sungai Isap di sini hari ini ternyata gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong tegar parti itu.

Walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh namun ia tetap tidak berjaya menarik perhatian masyarakat di kawasan berkenaan untuk menghadiri ceramah jalanan tersebut.

Bagaimanapun, Anwar dalam ceramahnya itu mengumumkan bahawa Fuziah yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Untuk rekod, pada pilihan raya 2008, Fuziah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah memperoleh 18,398 undi manakala Ah Kiow mendapat 16,572 undi

Saturday, March 30, 2013

[KRISIS PKR JOHOR] Chua Jui Meng DIGANTI Dr. Ahmad Selepas Chua HILANGKAN DIRI

JOHOR BARU: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Dr Ahmad Faidhi kini mengambil alih tugas sebagai pengerusi negeri selepas Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri.

Dr Ahmad berkata mesyuarat pada 20 Mac lalu memutuskan bahawa dia akan mengambil alih tugas pengerusi negeri sehingga Chua kembali.

"Secara rasmi, beliau (Chua) sedang bercuti tetapi kita tidak tahu sehingga bila," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Selain itu beliau berkata kepimpinan PKR negeri akan bertemu dengan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan PKR Johor pada 2 April ini.

Chua, bekas naib presiden MCA 'hilang' daripada mesyuarat PKR dan barisan kepimpinan pembangkang sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya pada 18 Mac lalu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri sebelum digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada 2008, dilihat berharap untuk bertanding di kerusi yang pernah disandangnya serta kerusi Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum Lim mengumumkan hasrat, Chua dan ketua DAP Johor, Dr Boo Cheng Hou juga bertelagah merebut kerusi Gelang Patah.

Dr Ahmad Faidhi

[VIDEO] Mr. Mansuh Jadi Supermoron Malaysia, Saksikan



Video animasi 'Mr. Mansuh' hangat di YouTube 

KUALA LUMPUR 10 Mac - Video animasi pendek bertajuk 'Mr. Mansuh' yang menggambarkan seorang pemimpin pakatan pembangkang sebagai watak 'super hero' kini menjadi perbualan hangat masyarakat. Video tersebut yang dimuat naik sejak minggu lalu ditonton sebanyak 22,556 kali di laman sosial YouTube. 

Menerusi video itu, watak 'super hero' berkenaan digambarkan mampu terbang untuk menabur janji kepada rakyat termasuk memansuhkan pelbagai dasar yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini. Janji itu termasuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan menurunkan harga petrol serta mengajak rakyat mengadakan rusuhan jalanan. 

Video animasi itu boleh ditonton melalui http://www.youtube.com/watch?v> Tse1vXSAq64 serta menerusi pelbagai tajuk lain yang dimuat naik di laman tersebut. Sementara itu, seorang penonton yang menggunakan nama Uciha Maxwel dalam ulasannya berkata, video tersebut memberi peringatan supaya rakyat tidak memilih pembangkang. 

Seorang lagi penonton, Ezratribe pula secara sinis menyatakan 'sokongan' terhadap segala janji pembangkang seperti dipapar menerusi video tersebut. "Haha... Suka. Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mansuhkan kalimah Allah hanya untuk Islam, mansuhkan bendera Malaysia, mansuhkan PTPTN, mansuhkan Sabah, mansuhkan Proton & dasar automotif negara. "Mansuhkan tol, mansuhkan sistem beraja, mansuhkan harga minyak, mansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), mansuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, mansuh akta kerahsiaan dan perbankan. 

"Mansuhkan perbelanjaan pertahanan, mansuhkan media pro Barisan Nasional (BN), mansuhkan anti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), mansuh anti Israel. Mr. Mansuh, real hero (hero sebenar)," katanya. — with Yang Dipertua En Sham and 97 others.

DEFISIT SELANGOR DAN PENANG MELEBIHI RM200 JUTA


Apakah persamaan antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor? 

Jawapannya mudah. Kedua-dua negeri ini diperintah oleh pakatan PKR-Dap-Pas setelah mereka memenangi pilihanraya umum 2008 yang lalu.

Selain dari itu, perkembangan mutakhir juga menunjukkan 'trend' atau kecenderungan yang sama di antara kedua-dua pentadbir negeri tersebut.

Kedua-dua negeri Pulau Pinang dan Selangor boleh dikatakan sebagai antara negeri yang terkaya di Malaysia dengan pelaburan asing dan perindustrian menjana pendapatan negeri-negeri tersebut.

Iroinya, "kadar defisit" ditunjukkan bagi tahun 2012 dan suku tahun pertama 2013 dengan masing-masing mencecah angka RM262.04 juta (Pulau Pinang) dan RM200 juta (Selangor).

Di Pulau Pinang, selain defisit yang tinggi ketua menterinya, Lim Guan Eng telah memutuskan untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi menghubungkan darat dan pulau mutiara itu. Katanya, ia boleh menjimatkan kos walaupun jambatan kedua Pulau Pinang sudah pun dipersetujui dilakukan.


Defisit mencecah RM262 juta
Manakala bagi negeri Selangor, kemelut simpanan air terawatnya yang berkurangan dan pada tahap kritikal masih menghantui rakyat negeri tersebut.

Keegoan pentadbir negeri yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim enggan membenarkan SYABAS memulakan projek Langat II selain menolak tawaran kerajaan Negeri Sembilan bagi membekalkan air terawat dilihat sebagai memprejudiskan keperluan utama rakyat negeri itu sendiri.

Air, secara umum adalah keperluan asas selain tempat tinggal dan makanan.

Menyentuh soal tempat tinggal, sekali lagi kedua-dua negeri Selangor dan Pulau Pinang dikecam kerana meminggirkan soal rumah kos murah apabila hanya mementingkan kebenaran dan kelulusan projek perumahan mewah yang bermula dari harga RM300 ribu ke atas sahaja dan memberi keuntungan segera dan berganda kepada pemaju-pemaju perumahan yang bersifat kapitalis dan menekan rakyat.

Dasar-dasar korporat kedua-dua negeri tersebut benar-benar tidak mesra rakyat dan wajar ditolak melalui terjemahan undi pada pilihanraya umum ketiga belas nanti.

[GAMBAR] Koleksi Wang Kertas Lama Malaysia 1989

















[PANAS] Papa Gomo dedah episod ketiga video


KUALA LUMPUR 29 Mac - Pemilik blog, Papa Gomo malam tadi, mendedahkan episod ketiga klip video perbualan mesra yang didakwa antara seorang pemimpin politik pembangkang dengan seorang lelaki lain yang tidak kelihatan di dalam sebuah bilik dipercayai bilik hotel.

Klip video berdurasi dua minit 32 saat itu merupakan sambungan kepada siri pertama dan kedua video sama yang disiarkan pengendali blog berkenaan dalam tempoh kira-kira dua minggu lalu.

Video itu disiarkan menerusi http://www.papagomo.com.

Menurut pengendali blog berkenaan, pendedahannya menerusi video itu bukanlah fitnah kerana beliau mempunyai pengakuan lelaki yang dikaitkan di dalam video tersebut yang tidak boleh disangkal pemimpin politik pembangkang berkenaan.

Malah katanya, beliau masih lagi menunggu pemimpin politik pembangkang itu membuat laporan polis berhubung pendedahannya menerusi video tersebut.

Tambahnya, laporan polis itu pastinya akan membuka kepada siasatan lanjut seterusnya mendedahkan dengan lebih luas berhubung isu video tersebut.

[VIDEO] Parti Islam SeMalaysia, Kenapa PAS bukan PIS?

Bekas Pembantu Peguam Liwat Anwar MAHU Minta Maaf dan Bantu Saiful

KUALA LUMPUR 29 Mac - Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat merancang untuk berjumpa Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi meminta maaf.

Katanya, dia berharap dapat bertemu Mohd. Saiful Bukhari secara peribadi, secepat mungkin untuk turut menyatakan kesediaan membantunya.

Yuktes berjanji akan membantu bekas pembantu peribadi Anwar itu dalam memperjuangkan nasib berhubung kes liwat berkenaan kerana percaya Mohd. Saiful Bukhari telah dianiaya.

"Saya mahu segera berjumpa dia dan meminta maaf secara peribadi kerana saya telah melakukan kesalahan dan berada di pihak yang salah sebelum ini.

"Saya mahu berbincang dan melihat apa yang boleh dibuat di mahkamah rayuan berhubung perkara itu (kes liwat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan terbukanya di akaun Twitter hari ini yang memohon maaf kepada Mohd. Saiful Bukhari.

Bercakap mengenai perkara lain, Yuktes turut menyatakan kebimbangannya kerana sering diekori oleh beberapa individu setelah menarik diri daripada pasukan peguam bela kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.

"Saya seperti diperhatikan dan diekori oleh beberapa individu yang menaiki kereta Myvi hitam," ujarnya.

Pada 13 Mac lalu, Yuktes telah mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di http://www.anwaraidc.com dan http://www.mynewshub.com

Friday, March 29, 2013

[TERKEJUT] Berita Kematian Pelakon Awal Ashaari Di Twitter Kerana Kemalangan


Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari telah melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu ada individu tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya di laman Twitter baru-baru ini.

“Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya.

“Saya tidak kenal dia, mungkin dia tidak suka saya. Dan saya berharap dia tidak akan mengulangi perkara yang sama,” ujar Awal menerusi laporan Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, menerusi laman Twitter milik pelakon ini sendiri, Awal telah melahirkan rasa syukur kerana masih lagi dipanjangkan umur dan berdoa agar dosa si penyebar fitnah akan diampunkan.

Twitter Awal Ashaari

Individu yang tidak bertanggungjawab tersebut telah dikenali sebagai ‘sufri55ahmad’ dan nampaknya individu ini bukan sahaja memfitnah Awal, malah turut menyebarkan berita palsu mengenai kematian penyanyi nombor satu negara, iaitu Datuk Siti Nurhaliza beberapa jam yang lalu.


Twitter Awal
Fitnah di Twitter

Bank Dunia iktiraf Malaysia nombor satu bantu usahawan

KOTA BHARU 29 Mac - Bank Dunia mengiktiraf Malaysia di ranking nombor satu dunia sebagai negara terbaik dan paling banyak memberikan pinjaman modal kepada usahawan dengan jumlah mencecah ratusan bilion ringgit.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, institusi kewangan dunia itu turut meletakkan Malaysia di kedudukan keempat sebagai negara yang sentiasa menjaga pelabur dan pelaburan yang masuk ke dalam negara daripada mengalami kerugian atau muflis.

Beliau berkata, kajian yang dihasilkan institusi itu juga menempatkan Malaysia di tangga ke-12 sebagai negara yang paling banyak menyediakan pelbagai bantuan perniagaan kepada para usahawan dalam setiap sektor perniagaan yang ada.

"Ini menunjukkan kerajaan kita begitu prihatin sebab kita tidak boleh lari daripada hakikat modal itu penting, walaupun ada kelayakan dan semangat untuk berniaga tapi tiada modal itu sangat susah.

"Jadi adunan itu penting, penyediaan modal kepada mereka yang betul-betul bersemangat dan layak serta berkepakaran kita utamakan sebab itulah Malaysia diletakkan di kedudukan nombor satu di dunia," katanya ketika ditemui selepas meluangkan masa kira-kira 20 minit sebagai panelis Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman di sini hari ini.

Beliau berkata, pelbagai bantuan perniagaan yang disediakan kerajaan adalah sokongan kepada semangat golongan muda di negara ini yang semakin minat menceburi bidang perniagaan terutama dengan adanya akses yang mudah ke dalam Internet.

Jelas beliau, kepesatan ekonomi negara sekarang diharap mampu menjadi batu loncatan kepada golongan bumiputera mencapai milikan ekuiti sehingga 30 peratus pada tahun 2020 berbanding 23.9 peratus yang sudah dicapai sekarang.

Tambahnya, usaha ke arah itu telah dilaksanakan dengan penubuhan beberapa badan bertindak seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) bagi memantau perkembangan ekonomi golongan itu.

"Kita memang meningkat setiap tahun dan kalau dilihat sejak akhir-akhir ini peningkatan itu semakin ketara, berbanding dulu kita lekat di tahap 18 peratus sahaja pada tahun 1990 meskipun Dasar Ekonomi Baru (DEB) menyasarkan kita sudah capai 30 peratus ketika itu.

"Idea kerajaan dengan penubuhan Teraju dan MTAB menjadikan kita lihat peningkatan itu semakin bagus dan sekarang sudah capai 23.9 peratus, maka saya yakin dalam tujuh atau lapan tahun lagi kita boleh mencapai sasaran enam peratus lagi atau lebih daripada itu," ulas beliau.

Selera politik Husam bagaikan ‘lebai malang’

Andainya Datuk Husam Musa jadi bertanding di Parlimen Putrajaya, ini menjadi antara kerusi paling panas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti – Naib Presiden PAS lawan Setiausaha Agung UMNO.

Ia bukan saja bertujuan menebus kekalahan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 2008, malah memanifestasikan seriusnya pembangkang untuk menawan Putrajaya.
PAS Putrajaya bersedia menerima Husam, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian (1999-2004), manakala tuan punya badan juga melahirkan minat bertanding di situ. Soalnya, adakah ini strategi politik yang dirancang PAS atau ada usaha ‘mengeluarkan’ Husam dari Kelantan?


Umum tahu bahawa Husam, 53, adalah ‘orang harapan’ Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dan dilihat sebagai calon pilihan menggantikannya sebagai Menteri Besar. Karier politik Husam memang cemerlang. Bermula sebagai Ketua Pemuda PAS Kota Bharu pada 1985, dia dilantik Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar pada 1990 dan seterusnya Setiausaha Politik pada 1993.

Dipercayai Nik Aziz

Pada 1996, beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Kelantan sebelum dilantik AJK PAS Pusat. Beliau menang kerusi DUN Kijang pada 2004 dan dilantik EXCO, kemudian menang kerusi DUN Salor pada 2008 dan dikekalkan dalam kerajaan negeri. Beliau dua kali menjadi Naib Presiden PAS, kali pertama 2005-2009 dan sejak 2011 hingga sekarang.

Walaupun disenangi dan dipercayai Nik Aziz, yang menganggapnya ‘anugerah Tuhan kepada Kelantan’, banyak pihak tidak menyukai dan cemburu terhadap Husam. Mereka mahu menyekat pengaruh dan keangkuhannya.
Selain rapat dengan Nik Aziz, graduan ekonomi Universiti Malaya ini juga dilihat rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan puak reformis dalam PAS yang ditentang kumpulan ulama. Hakikat Husam bukan berlatar belakang agama menjadikan beliau bukan calon pilihan dalam kalangan ulama PAS, yang nampaknya lebih menyenangi Datuk Nik Amar Abdullah (EXCO, ADUN Panchor) dan Datuk Nasaruddin Daud (Speaker DUN, ADUN Meranti) sebagai pengganti Nik Aziz.

Penganalisis politik berpendapat kegagalan Husam dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS pada 2009 adalah kerana tidak mendapat sokongan padu perwakilan Kelantan. Penyandang ketika itu, Nasaruddin Mat Isa, disokong golongan ulama khususnya Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selain Datuk Haron Din dan Datuk Harun Taib.

Dalam satu wawancara pada 7 Jun 2009, Husam mengulas punca beliau tewas secara sinis: “Mungkin janggut saya tidak cukup panjang.”

Gerakan anti-Husam

Husam pernah membuat kenyataan beliau akan menentang Presiden PAS andainya mahu meneruskan cadangan mewujudkan kerajaan campuran dengan UMNO. Cara Husam menyuarakan pandangan dan kadangkala mengkritik pemimpin PAS lain menambahkan bilangan musuhnya dalam parti sehingga gerakan anti-Husam kini dilihat semakin aktif. Beliau juga dianggap punca kerenggangan PAS Kelantan dengan PAS Terengganu. Husam juga dikatakan orang bertanggungjawab membuka jalan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS dalam PRU lalu.

Walaupun dianggap pakar strategi politik dan ekonomi, Husam dikritik hebat dalam media dan blog khususnya beberapa projek yang dikaitkan dengannya. Ini termasuklah kegagalan projek kambing Jamnapari, Skim Takaful Kifalah untuk warga tua dan skandal urus niaga pertukaran mata wang dan perak bernilai jutaan ringgit membabitkan Kelantan Golden Trade (KTG), sebuah syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Pegawai KTG serta pelabur Jepun dan Perancis telah membuat laporan polis terhadap syarikat itu. Husam sebaliknya menyaman beberapa blogger. Musuh beliau kini meneliti peranannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum terhadap PETRONAS. Pastinya kegagalan tuntutan ini, yang sedang dibicarakan di mahkamah, akan mempunyai implikasi politik terhadap Husam.

Petikan buku Sayuti

Minat Husam bertanding di Putrajaya mungkin ada kena mengena dengan realiti politik semasa di Kelantan dan kedudukannya dalam hierarki PAS negeri. Walaupun tidak menyebut nama, pemerhati politik, Mohd Sayuti Omar, dalam buku terbarunya, menulis: “Pernah ada usaha membenihkan seorang calon untuk ganti Tok Guru. Namun harapan itu akhirnya terbengkalai di jalanan. Salah sangka dari jangka, calon itu tidak mampu membina dan dibina dirinya... nama telah hangus dan rentung dibakar bara cita-cita yang tersangat panas. Ia rentung sebelum sampai masanya kerana terlalu menyemarakkan api idaman untuk menjawat jawatan itu. Mustahil dalam masa singkat ini kalau peribadi itu dapat memperbetulkan dirinya kemudian muncul untuk menjadi pengganti Tok Guru.”

[VIDEO] 50 warga Nigeria mengamuk di Balai Polis Jinjang


KUALA LUMPUR 29 Mac - Lebih 50 warga Nigeria mengamuk di pekarangan Balai Polis Jinjang di sini malam ini dipercayai mahu menuntut bela kematian seorang rakan mereka yang dikatakan dipukul oleh penduduk tempatan.

Warga asing yang kebanyakannya pelajar kolej swasta itu berkumpul kira-kira pukul 10.30 malam sambil berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab terhadap kematian seorang lelaki yang dikenali sebagai Solomon Okolo, 30.

Dalam kekecohan itu, seorang wanita yang dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam tiba-tiba turut menjerit sebelum pengsan.

Difahamkan, Solomon telah dipukul penduduk kampung setelah dia dan seorang rakannya yang menaiki Proton Satria melanggar seorang lelaki tempatan yang sedang menunggang motosikal di Kampung Batu Muda dekat Kepong sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, dua warga asing tersebut telah diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa ke balai polis Jinjang.

"Ketika dibawa ke balai, kita dapati tiada kecederaan pada luaran kedua-dua warga Nigeria itu. Tetapi secara tiba-tiba salah seorang mereka rebah ketika sedang membuat laporan polis. Pihak polis telah memanggil pihak hospital dan dia disahkan meninggalkan," katanya di sini hari ini.

 

AS hantar pesawat kalis radar ke Korea Utara



SEOUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan, sebanyak dua buah pesawat pengebom nuklear B-2 Stealth terbang di ruang udara Korea Selatan semalam.
Penghantaran pesawat itu adalah bagi memberi mesej kepada Korea Utara bahawa AS komited untuk mempertahankan Korea Selatan daripada sebarang serangan.
Pesawat-pesawat yang tidak boleh dikesan dengan radar itu dibuat selepas Korea Utara memutuskan talian komunikasinya dengan Korea Selatan.
Roket-roket milik Korea Utara juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menyerang pangkalan-pangkalan AS di rantau Pasifik.
Tindakan Korea Utara itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barang mewah ke negara itu selepas rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu.
Pesawat-pesawat B-2 Stealth itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri.
Ia terbang sejauh 20,800 kilometer ke Korea Selatan.
Menurut Tentera AS dalam satu kenyataan, sebutir bom palsu digugurkan dari pesawat itu di sebuah lokasi di selatan Korea Selatan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan.
Kedua-dua pesawat itu menyertai latihan ketenteraan dengan tentera Korea Selatan yang telah mencetuskan kemarahan Korea Utara.
Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an selepas kematian bapanya, Kim Jong-il pada April tahun lalu mengancam untuk melancarkan Perang Korea Kedua dan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan AS. - Agensi

[VIDEO] Cerita Ayah Ibrahim Libya Tentang Kes Memali


MAHARAJA KATAK


Kalau dulu macai2 PR kata Ibrahim Ali Raja Katak. Tapi yang sebenarnya ada lagi katak yang lebih hebat dan boleh la digelar Maharaja Katak sebab dah terlampau banyak melompat. Katanya dalam PRU13 dia nak melompat ke Johor pulak.

Dengar kata tempatnya akan ada katak liwat yang aka melompat ke tempatnya sekarang. Maharaja Katak ni katak yang makan babi. Katak ni masa 13 Mei yang lancang menghina Melayu ..... Melayu sudah kalah, Melayu balik kampung, Melayu sudah tak ada kuasa ....... mereka nak halau pakai penyapu.

Katak ni dah tua tapi anak dan menantu katak ni masih belum tua lagi. Masih lagi bersarang kat pulau. Anak Maharaja katak ni yang robohkan kampung Melayu, Kg. Buah Pala dan jual harta orang Melayu ........

Siapa agaknya Maharaja katak ni ........

Thursday, March 28, 2013

Tolak pembangkang kerana pemimpin tidak bermoral


KUALA LUMPUR 28 Mac - Rakyat diminta menolak sekeras-kerasnya pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana parti itu dipimpin oleh individu yang mempunyai masalah moral yang teruk, kata beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Menurut mereka, individu terbabit bukan hanya menyokong dan mengamalkan perilaku seks songsang tetapi juga mempunyai pendirian agama yang longgar, sekali gus tidak mencerminkan keperibadian seorang ketua negara.


Bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, rakyat perlu menilai dengan mendalam latar belakang individu yang berjuang untuk mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri kerana tidak mahu negara dipimpin oleh seseorang yang rosak moralnya.

Jika pemimpin negara mempunyai masalah moral, bagaimana kita nak sokong (mereka). Rakyat perlu mempersoalkan moral ketua pemimpinnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan memberi sokongan kepada pembangkang," kata Ahli Parlimen Bayan Baru itu ketika dihubungi Utusan Online hari ini.


Bekas Exco Pemuda PKR, Abdul Ghani Harun pula berkata, rakyat perlu mengimbau kembali kes liwat pertama yang berlaku pada tahun 2004 apabila ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan bersetuju bahawa berlakunya aktiviti homoseksual membabitkan individu terbabit dengan mangsa di Tivoli Villa.

Katanya, keputusan tersebut tidak disanggah oleh individu berkenaan sebaliknya memberitahu orang ramai bahawa kejadian tersebut mempunyai niat jahat.


Beliau pernah berkata akan mengarahkan peguam-peguamnya supaya mengeluarkan perkataan yang mengaitkan aktiviti homoseksual daripada penghakiman hakim. Sehingga ke hari ini tiada apa-apa tindakan daripada peguam-peguam tersebut,’’ ujarnya yang juga Presiden Warisan Anak Merdeka.

Tambah Abdul Ghani, beberapa pendedahan lain membabitkan soal moral pemimpin berkenaan selepas itu membuktikan bahawa kegiatan sedemikian seolah-olah sudah menjadi amalannya.


Pendedahan tidak akan dibuat sekiranya tidak berlaku dan tidak mempunyai bukti,’’ katanya.

Selain masalah moral, pemimpin berkenaan juga sanggup memesongkan akidah umat Islam di negara ini dengan menyokong penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Bagaimana hendak mempertahankan Islam sekiranya dia sendiri tidak jelas dengan apa yang diperkatakannya. Teras Malaysia adalah Melayu Islam di negara ini,’’ tegasnya.



[video] KOREA UTARA SERANG RUMAH PUTIH & BANGUNAN KONGRES DI AMERIKA SYARIKAT

Pyongyang tayangkan video serangan...

PYONGYANG - Memetik laporan AFP, kelmarin, video berjudul Firestorms will rain on the Headquarters of War berdurasi empat minit tersebut dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube.

Mereka turut menggelar AS sebagai 'pembuli' yang menghalang program nuklear Korea Utara menerusi paparan gambar pesawat pengebom B-52 dan kapal perang USS.


Pyongyang hasilkan video provokasi


Korea Utara telah menghasilkan sebuah lagi video berunsur provokasi menunjukkan Rumah Putih dan bangunan Kongres di Amerika Syarikat (AS) diserang yang dilihat akan meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara itu.

Awal bulan lalu, laman propaganda Pyongyang, Uriminzokkiri turut memuat naik video yang menunjukkan New York musnah akibat serangan peluru berpandu.

Kira-kira dua minggu selepas itu, sebuah lagi klip memaparkan Presiden Barack Obama dan tentera AS terbakar akibat letupan nuklear pula dihasilkan.

Konflik antara Korea Utara, Seoul dan AS semakin meningkat sejak awal bulan lalu selepas Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga mereka walaupun dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).





North Korea releases video of 'defeating' US troops

MB Kedah tidak tahu dalang kurung Phahrolrazi

ALOR SETAR - “Saya tiada kaitan isu Phahrolrazi dikurung,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan insiden terbabit.

Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau tidak tahu menahu pembabitan mana-mana pihak dalam isu terbabit, walaupun timbul dakwaan mengatakan exco kerajaan negeri itu, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dihalang mengadakan ceramah oleh penyokong pro-Azizan.

“Ketika kejadian, saya tiada di tempat itu, saya ada di tempat lain. Kenapa pula kaitkan saya terlibat? Saya banyak kerja lain untuk dibuat,” katanya.

Azizan turut menafikan dakwaan yang mengatakan penyokong beliau di kawasan Dun Sungai Limau diarahkan untuk menghalang Phahrolrazi mengadakan ceramah di kubu kuatnya.

“Di Kedah, semua penyokong saya sebab saya ketua parti di sini. Tidak timbul isu penyokong saya atau pemimpin lain,” katanya.

Pada 16 Mac lalu, Phahrolrazi dipercayai dikurung pihak tertentu bagi menghalang beliau mengadakan ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau.

Phahrolrazi didakwa ‘dikunci’ selama dua jam di Sekolah Agama Nahdzah Bukit Besar, dalam perjalanan ke lokasi ceramah, yang merupakan kubu kuat Azizan.

Ekoran itu, Pemuda Gerakan Kedah membuat laporan polis berhubung kejadian, 20 Mac lalu, susulan beberapa ahli Pas kawasan Sungai Limau membuat laporan polis, 17 Mac lalu.

Bagaimanapun, bekas pengetua sekolah itu, Nasir Othman menafikan dakwaan, sebaliknya menegaskan beliau hanya menasihati supaya Phahrolrazi tidak hadir ke lokasi ceramah anjuran persendirian itu kerana bimbang berlaku kekecohan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab pada 25 Mac lalu, mengesahkan polis sudah mengambil keterangan beberapa individu yang dipercayai terlibat dengan insiden itu.

Pergeseran antara Azizan dan Phahrolrazi sering dibangkitkan, terutama selepas berlaku krisis exco awal tahun lalu, di mana Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh enggan angkat sumpah jawatan exco kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Azizan dalam isu pentadbiran.

Sejak itu, wujud persepsi kononnya Azizan-Phahrolrazi berseteru dan wujud puak dalam Pas Kedah.

[BACUL] Pembangkang BUANG Bendera BN

BACHOK 28 Mac - Lebih 100 bendera Barisan Nasional (BN) yang dipasang di sepanjang jambatan Datuk Dr. Awang Adek Hussin di Kampung Kuau dekat sini, dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab awal pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Mukim Kuau, Rosli Mohd. Noor berkata, kesemua buluh yang dijadikan tiang bendera yang diikat pada pagar jambatan berkenaan sengaja dipatahkan dan sebahagiannya dibuang ke dalam Sungai Kemasin.

Menurutnya, kejadian itu disedari penduduk pada pukul 7 pagi ini apabila mendapati sebahagian daripada bendera itu dihanyutkan arus deras Sungai Kemasin.

Eksklusif - Surat RAYUAN Papa GOMO Buat Datin Sri Dr Wan Azizah


Salam Datin Sri Wan Azizah isteri kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim ketua umum Pakatan Pembangkang. Tujuan saya mengarang artikel ini bukankah dengan niat untuk mengaibkan keluarga Datin Sri tetapi lebih kepada seorang anak yang sayangkan Datin Sri sekeluarga sesama umat Islam.

Datin Sri, saya percaya Datin Sri telah mengetahui berkenaan video yang saya keluarkan tempoh hari yang mana video tersebut memaparkan kemesraan Dato Sri Anwar Ibrahim dan seorang mahasiswa berumur 19 tahun didalam sebuah bilik hotel.

Apa yang saya nak nyatakan hari ini adalah tindakan Dato Sri Anwar Ibrahim yang menggunakan menantu Datin Sri suami kepada Nurul Izzah . Raja Shahril suami kepada Nurul Izzah telah dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk membawa beliau ke lokasi lokasi liwat sekitar Kuala Lumpur dan lembah Klang dengan menggunakan kenderaan Kia Spectra milik keluarga Datin Sri.

Saya beranggapan Datin Sri tidak tahu mengenai pekara ini walaupun dalam hati saya mengesyaki Datin Sri tahu apa yang dilakukan Anwar Ibrahim dengan menggunakan menantu Datin Sri sebagai ALIBI ketika beliau menjalankan kerja kotor beliau meliwat anak muda.

Saya seorang Islam dan saya telah belajar daripada apa yang saya pernah dedahkan perihal Dato Sri sebelum ini yang melanggan pelacur China sepertimana yang didedahkan Dato Eskay. Saya telah mengeluarkan video seks tersebut untuk paparan umum dan saya lihat Dato Sri malah Datin Sri dan Nurul Izzah juga bersama sama menafikan aksi didalam video tersebut sebagai Dato Sri Anwar Ibrahim walaupun video tersebut 99.9% tulen dan pelakunya adalah Anwar Ibrahim.
Untuk kali ini saya harap supaya saya tidak mengeluarkan video tersebut kerana adengan yang berlaku adalah antara lelaki sesama lelaki. Satu benda yang begitu aib untuk keluarga Datin Sri jika ianya tersebar apatah lagi melibatkan menantu Datin Sri sebagai orang yang menghantar Dato Sri meliwat mahasiswa itu.

Untuk makluman Datin Sri dan juga para pembaca, video tersebut hanya berada di tangan saya dan saya tidak pernah memberikan kepada sesiapa sekalipun melainkan memberi kepada beberapa orang rakan Blogger untuk tontonan. Video yang saya ada berwarna dan mempunyai audio yang jelas dan ianya juga telah disahkan oleh pengarah strategik PKR Rafizi Ramli sendiri. Atas sebab sebab tidak mahu mengaibkan Datin Sri dan keluarga saya pohon agar Datin Sri dapat menasihati Dato Sri untuk kembali ke pangkal jalan.

Datin Sri, sebagai seorang isteri semestinya mentaati perintah suami apatahlagi perkahwinan antara Datin Sri dan Dato Sri adalah antara dasar suka sama suka walaupun mendapat tentangan daripada ayah Datin Sri. Namun dalam isu ini saya rasa Datin Sri perlu menasihati Dato Sri agar berhenti dari melakukan kegiatan sumbang dan adalah lebih baik berundur dari pentas politik untuk mengelakkan diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Ehsan satu satunya anak lelaki tunggal Datin Sri yang kini tinggal di New York juga mengharapkan sedemikian kerana beliau sudah tidak tahan lagi dengan pendedahan demi pendedahan yang menimpa Papa nya. Apakah Datin Sri mahu Ehsan anak lelaki tunggal dalam keluarga Datin Sri membuang keluarganya dek kerana video yang akan dipertontonkan kelak? Apakah Ehsan dan juga anak anak Datin Sri yang lain sanggup untuk melihat video tersebut?

Saya masih lagi menimbang untuk tidak mengaibkan Dato Sri Anwar Ibrahim. Apa yang saya mahukan beliau berundur dari pentas politik dan bertaubat dari melakukan apa yang dilakukannya waktu ini. Saya yakin jika beliau berundur secara terhormat rakyat akan mengerti dan akan kagum dengan apa yang dilakukan Dato Sri Anwar Ibrahim.

Mungkin Dato Sri Anwar Ibrahim boleh mengatakan apa yang berlaku adalah konspirasi politik. Namun apa yang pasti menantu Datin Sri tahu apa yang berlaku. Cukuplah dengan saya memberikan butiran kejadian tersebut menggunakan Kia Spectra untuk menghantar Dato Sri Anwar. Cukuplah setakat disitu apa yang saya maklumkan buat Datin Sri.

Saya tidak ada pilihan lain daripada terus mendedahkan perilaku Dato Sri Anwar Ibrahim kerana apa yang saya lakukan adalah demi Agama Bangsa dan Negara bagi mengelakkan Dato Sri memimpin Malaysia ini yang pastinya akan dilanda musibat jika dibiarkan. Saya mewakili berjuta juta rakyat Malaysia yang mahukan pemimpin yang bersih apatahlagi dari segi moral untuk menerajui negara. Atas sebab ini saya menawarkan rundingan dengan cara berhemah agar Datin Sri sekeluarga memikirkan dengan cara yang terbaik untuk keluarga Datin Sri sendiri.

Akhir kata dari saya buat Datin Sri sekeluarga, berhenti dari terus diaibkan kerana kuasa yang diidamkan hanyalah duniawi semata mata. Namun jika Aib yang melanda keluarga Dato Sri Anwar Ibrahim ini sudah pasti 7 keturunan sekalipun akan melekat dibibir rakyat Malaysia dan juga Dunia. Fikirkanlah kesan anak anak dan cucu Datin Sri. Fikirkanlah dengan mendalam apa yang saya katakan ini. Sesungguhnya Allah maha mengasihi dan mengampuni umatnya.

Salam Datin Sri, semoga keluarga Datin Sri tidak mendapat aib yang lebih dasyat dek kerana keegoan Dato Sri Anwar Bin Ibrahim. Jumaat ini saya harap Dato Sri Anwar Ibrahim berundur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com