innity

pages

Thursday, February 28, 2013

Bekas kerani bank didakwa keluar wang Lisa Surihani

KUANTAN - Seorang bekas kerani bank, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik pelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 Januari lepas.

Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, didakwa mengeluarkan wang Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amirah Ahmad, 62, dari akaun bersama mereka.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin teller automatik (ATM) milik mangsa di tempat dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari dan tertuduh tidak diwakili peguam

GEMPAR!!! FLYOVER ELIT-PUTRAJAYA DIBAWAH SELIAAN PKNS RUNTUH!!!!

Flyover elit-putrajaya iaitu jalan daripada Putrajaya menuju Shah Alam telah runtuh tengahari tadi. Pelbagai spekulasi telah diperkatakan di twitter tentang runtuhan ini. Hasil maklumat MB dari seorang jurutera di Lembaga Lebuhraya Malaysia mengesahkan runtuhan tersebut. Jambatan ini telah di tutup beberapa bulan yang lalu bagi kerja-kerja pembaikan. Semasa kejadian runtuhan ini berlaku, jambatan ini masih lagi di tutup.

Kerja-kerja pembersihan dan Siasatan sebab runtuhan ini berlaku sedang di siasat. Maklumat lanjut akan di maklumkan nanti di dalam sidang Media. Diharapkan tiada khabar angin yang tidak benar di sebarkan di dalam media maya ataupun medium lain. Nantikan penjelasan lanjut.

Berita yang baru MB dapat menyatakan jambatan ini berada di bawah seliaan PKNS. Adakah berlaku kecuaian di peringkat pentadbiran PKNS???

sumber:Malaysia Bangkit

Anwar tegaskan PR tidak akan melaksanakan hukum hudud jika berkuasa


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mungkin akan dinamakan sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam satu temuramah dengan akhbar Sin Chew Daily, Anwar menambah, perlembagaan negara tidak menghalang perlantikan dua orang timbalan perdana menteri.

Namun begitu Anwar menjelaskan bahawa PR buat masa ini belum secara terperinci membincangkan tentang penyandang kerusi itu melainkan memberi tumpuan kepada pilihan raya terlebih dahulu.

Dalam temuramah itu, Anwar juga memberi jaminan yang PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno hanya semata-mata untuk melaksanakan hukum hudud.

Ketua pembangkang itu turut memberi jaminan yang PR tidak akan melaksanakan hukum hudud jika mereka ditakdirkan berkuasa kerana sebarang perubahan polisi mestilah dibuat mengikut peruntukkan di bawah perlembagaan negara dan dipersetujui oleh semua rakan pakatan.

Anwar menyatakan keyakinan yang mendalam PR akan berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini dengan majoriti yang kecil.

Beliau menyatakan keyakinannya itu berdasarkan perkembangan pengaruh PR di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.


Ke mana hukum hudud Pas?

SUDAH jelas dan nyata kini, matlamat Pas untuk memperjuangkan hukum hudud sudah berakhir.
Penegasan dan penentangan yang diberikan oleh beberapa pemimpin dalam pakatan pembangkang sudah memberi isyarat bahawa cita-cita Pas dalam soal itu sudah berkubur.

Pas kini perlu mengakui keberadaan mereka bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan tersebut semata-mata untuk mencari kuasa politik.

Parti itu sudah tidak berhak lagi bercakap soal melaksanakan hukum hudud atau memperjuangkan negara Islam. Pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika berjaya memerintah negara ini, sudah menjadi bukti bahawa cita-cita Pas sudah berkubur.

Oleh itu, tidak perlulah lagi Pas hendak bersandiwara termasuk terus melemparkan tuduhan kepada UMNO bahawa parti itu mengamalkan semangat kebangsaan.

Jika pakatan pembangkang ditakdirkan memerintah Malaysia, Pas hanya menjadi 'pak turut' kepada PKR dan DAP sekali gus hanya akan menyebabkan mereka terikat dengan kesepakatan bersama iaitu terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

Pas seharusnya tidak perlu berdolak-dalih atau membuat kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud tetap menjadi keutamaan mereka kerana dasar mempertahankan Perlembagaan sedia ada sudah dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Pas.

"Itulah hakikatnya! Itulah faktanya! Bahawa perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar dan persetujuan bersama pakatan pembangkang.

"Itu hanya mimpi Pas, kata pemimpin pembangkang (yang lain)! Mimpi yang Pas tidak akan dapat capai selagi bersama pakatan pembangkang.

"Saya percaya ramai ahli akar umbi Pas tidak tahu yang undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan, negara Islam tidak akan ditubuhkan serta Perlembagaan sekular sedia ada akan terus diamalkan jika pembangkang memerintah,"

[VIDEO] Balasubramaniam gagal kemuka bukti, akui benci kerajaan


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang pulang ke negara ini Ahad lalu dengan disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang gagal mengemukakan sebarang bukti berkaitan dakwaan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, `ceramah’ yang disampaikan Balasubramaniam menimbulkan lebih banyak persoalan kepada hadirin yang berada di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu kota malam tadi serta para pengikut di Internet serta pengguna twitter di `hashtag’ #tanyabala.

Apa yang jelas, penyiasat persendirian yang pernah membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa Najib terlibat dalam kes itu, tetapi kemudiannya menarik balik tuduhan berkenaan dalam SD kedua, mengakui membenci kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dia berumur 14 tahun.
Walaupun berucap dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh moderator, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin selama kira-kira satu jam setengah, Balasubramaniam dilihat seolah-olah hanya melontarkan tohmahan dengan `bermodalkan air liur’.

Dengan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang kurang baik, penyiasat persendirian itu juga dilihat gugup apabila terhenti menyampaikan ucapan dan beberapa kali berkata: “Minta maaf, sudah lama (kes ini) jadi saya lupa."

Sebagai contoh, dia mendakwa pernah mengambil gambar Altantuya sewaktu wanita itu berada di hadapan Bangunan Getah Asli di ibu kota pada sekitar 2006 sewaktu dia berkhidmat dengan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda namun tidak pula menunjukkan gambar tersebut.

Penyiasat persendirian yang pernah lari ke luar negara selama kira-kira tiga tahun selepas membuat SD kedua berkenaan turut mendakwa pernah membuat rakaman perbualannya dengan peniaga permaidani, Deepak Jaikishnan berkenaan tawaran Deepak sebanyak RM100,000 bagi menarik balik SD pertama, namun rekod tersebut tidak diperdengar kepada hadirin.

Selain itu, Balasubramaniam juga tidak menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan para pengikut twitter di #tanyabala berkenaan secara terus tetapi Badrul Hisham bertindak menyaring serta memilih soalan yang perlu dijawab penyiasat persendirian tersebut.

Salah seorang pengguna twitter @lisajariffin turut mencabar Badrul Hisham yang menggunakan nama @chegubard supaya bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan itu bertanya kesemua soalan yang dikemukakannya di twitter bagi membuktikan keikhlasan mereka dalam pendedahan kes tersebut.

Balasubramaniam serta Badrul Hisham juga tidak membuka ruang kepada hadirin untuk bertanya soalan dan kemudiannya penyiasat persendirian itu `melarikan diri’ ke kereta yang sedia menunggunya bagi mengelakkan diri daripada ditemui para pemberita selepas selesai ceramah.

 

Wednesday, February 27, 2013

Rafizi Sahkan PR Akan Hapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bila Perintah Putrajaya


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan menghentikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara berperingkat sekiranya ia mengambil alih Putrajaya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

“Kita akan keluarkan fasa DEB apabila kita bergerak ke hadapan ke arah dasar yang berasaskan keperluan,” katanya pada taklimat mengenai manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau berkata, Pakatan akan memfokuskan dasar ekonomi dan menstrukturkan ekonomi ke arah menyasarkan pendapatan isi rumah RM4,000 di bawah manifestonya.

Beliau mempertahankan manifesto Pakatan sebagai untuk semua rakyat Malaysia dan berkata, ia perlu dibaca berserta dengan dokumen-dokumen berkaitan dasar Pakatan termasuk yang sebelum ini iaitu Buku Jingga. 


Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan yang lebih ke atas pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepatnya dalam tempoh ini pada purata tahunan 6.0 peratus, terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik dengan memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971 merupakan sejarah pelan ekonomi Malaysia. NEP menekankan pentingnya bagi mencapai sasaran sosio ekonomi seiring dengan mencapai objektif perkembangan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan agama. Sasaran utama adalah perpaduan negara. Untuk mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:
  • Untuk mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.
  • Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.
Salah satu aspek penting NEP adalah berada di premis ekonomi yang berkembang pesat. Perkembangan adalah syarat yang perlu untuk menyediakan peluang bagi yang miskin dan golongan yang kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta di dalam aktiviti aliran utama ekonomi. Tambahan lagi, ia memastikan yang bahawa pengagihan tidak berlaku dari peruntukan semula kekayaan yang ada tetapi dari pengembangan dan punca baru kekayaan. Perlaksanaan strategi untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara dalam pengagihan pendapatan menjelang 1990. Kadar isi rumah yang hidup di bawah taraf kemiskinan menurun dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan menurun lagi kepada 5.1 peratus pada 2002.

Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, lebih dari dua per tiga ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera , kaum pribumi yang mewakili dua pertiga dari jumlah penduduknya , memiliki hanya lebih sedikit dari 2 peratus. NEP menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi yang berkembang. 

Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 20.4 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 25.1 peratus untuk warga asing. Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. 

Menjelang 2002, disebabkan jumlah nilai ekuiti berkembang dengan pesat, pegangan semua kumpulan bertambah dalam nilai mutlak. Walaupun bahagian warga asing jatuh kepada hampir satu pertiga, nilainya bertambah 30 kali ganda berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. 

Strategi pembasmian kemiskinan Malaysia sentiasa memfokuskan kepada pembangunan sumber manusia dan kualiti kemajuan hidup. Program-program yang berkaitan menekankan projek yang menjana pendapatan dan bukan bantuan kebajikan, kecuali dalam kes-kes terkecuali di mana bantuan secara langsung diberikan.

[GEMPAR] Manifesto PR Perjuangan Kristian di Malaysia



Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengedarkan sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2012 kepada gereja-gereja dan penganut Kristian seluruh negara berhubung pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Surat yang ditulis atas nama Bishop Datuk Ng Moon Hing, pengerusi Christian Federation of Malaysia, menyeru umat Kristian agar “mengundi dengan bijak”.

Surat itu menuntut supaya pemilih mengundi sebuah kerajaan yang akan membentuk:

“Sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang,penegahan ataupun larangan.”



Tuesday, February 26, 2013

Fazura Kahwin Senyap-Senyap?


“Dah kahwin? Dengan siapa tu? Banyak juga nama calon-calon yang saya dengar. Tapi semua sedia maklum bahawa saya bukan jenis yang suka komen soal peribadi,” ujar pelakon dan model jelita, Fazura apabila diajukan soalan sedemikian rupa, semalam.
“Cuma doakan sahaja yang terbaik buat diri saya. Saya sentiasa percaya dengan ketentuan Allah.”
“Saya memang berazam nak berkahwin tahun ini sebab umur saya pun sudah mencecah 30 tahun. Kalau jodoh saya sampai, Insyallah. Doakan semoga saya bahagia,” kata Fazura sekaligus menafikan khabar angin yang tak tepat itu.
Tanpa mengira sesiapa pun yang akan menjadi jodohnya, Fazura berazam untuk menurut kata-kata ibunya agar berhenti berlakon setelah berkahwin kelak.
“Saya rasa saya akan tepati janji kepada ibu. Lepas berkahwin memang ibu saya tak bagi berlakon.
“Sekiranya bakal suami saya seorang pelakon, dia pun perlu berhenti berlakon juga. Fokus perlu diberikan 100% kepada rumahtangga dan saya juga percaya bahawa ini adalah salah satu cara untuk saya hormati suami.
“Tetapi sekiranya dia bukan pelakon, mungkin dia seorang ahli perniagaan atau apa-apa sahaja, saya tetap akan hormati dia dan tak akan berlakon lagi,” ulas Fazura sambil tersenyum manis.
Merujuk kepada perkembangan terbaru, Fazura telah dilantik sebagai duta untuk produk terbaru Colgate iaitu ‘Colgate Optic White’ dan akan bergandingan dengan pelakon hebat, Shaheizy Sam dalam drama terbaru berjudul ‘Kisah Cinta.’

Kenapa kita orang Melayu/Islam suka bercerai-berai, padahal kita semua mengaji Quran dan membaca surah Al-Hujurat, ayat 9-10?

TAN SRI ABDULLAH AHMAD
24 Februari 2013
Sedih mengenangkan nasib bangsa teras yang satu masa tidak lama dahulu gagah sekarang seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengemis sokongan kaum minoriti yang bersatu padu! Kita sekarang bagai political paupers akibat perpecahan: satu pihak mempertahankan kuasa, satu puak lain keterlaluan ingin merebut kuasa itu. Melayu/Islam memang mudah lupa.

Perebutan kuasa dua kabilah sebangsa, seagama, sebahasa, sebudaya dan sewatan makin sengit, makin ngeri akan menjamin kehakisan segera kuasa politik bangsa teras itu. Kerana mengikut ramalan yang bertanggungjawab - dalam dan luar negara - BN akan menang PRU13 lagilah bengis, bersengat dan bisa oposisi dari pihak yang mahu menguasai Putrajaya.

Umno akan mempertahankan kuasanya (semenjak 1955 lagi) apa jadi pun – biar putih tulang asal jangan putih mata. Pas amat sangat kepingin setelah menikmati kuasa di Kelantan  (semenjak 1959 hingga sekarang kecuali 12 tahun 1978 – 1990) dan Kedah (semenjak 2008) menumpang duduk di Putrajaya melalui tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR. Pas sanggup, mengikut Karpal Singh, asal dapat peluang berkongsi kuasa walaupun Anwar Ibrahim dari PKR, parti terkecil dalam triliga politik itu, dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Pas berkeras kononnya mahu presidennya Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. Dua lawan satu: DAP dijangka muncul sebagai parti perdana di antara Pakatan Rakyat dan mungkin parti terbesar selepas Umno dalam PRU13. Umno diramal memenangi kerusi terbanyak antara semua parti. Kedua puak Melayu sekarang berhempas pulas memancing undi Cina dan India. Dakwa Hadi kalaupun DAP menang kesemua 50 kerusi Cina yang diperuntukkan dan ditandinginya (saya rasa tidak mungkin; majoriti daripada 50 itu tidak mustahil) DAP tidak juga dapat berkuasa. Dalam perlembagaan persekutuan perdana menteri boleh datang dari apa bangsa dan agama pun bukan seperti lnegeri yang mewajibkan menteri besarnya terdiri dari Melayu yang beragama Islam seperti di Perak dan Selangor juga Kelantan.

Kaum minoriti bersatu padu. Kompas paduan mereka memetik titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, adalah pujangga besar mereka, Confucious yang bermadah: “Tidak menjadi salah untuk sesuatu terusan (sungai) mempunyai sampan yang banyak asalkan semua sampan itu menuju haluan yang sama… Orang Cina atau bukan Melayu meskipun mereka berada dalam kabilah berlainan tetapi dalam perkara asas – bahasa, kebudayaan, pendidikan dan bisnes - bersatu suara, bersatu tindakan. Mereka nampak berselisih dari segi pendekatan tetapi matlamat perjuangan mereka adalah sama. Kepentingan mereka tidak berbelah bahagi, tidak pernah terjejas walaupun kabilah politik mana yang menang atau kalah dalam pilihan raya. Kabilah politik bukan Melayu memiliki kebijaksanaan strategi, mengambil posisi sayap kanan, sayap kiri dan sama-sama melambung bola ke petak penalti untuk menjaring gol kemenangan.

Itulah perbezaan antara peribumi, Melayu, orang Islam dan bukan Islam. Kenapa kita orang Melayu/Islam suka bercerai-berai, berpecah-belah padahal kita semua mengaji Quran dan membaca surah Al-Hujurat, ayat 9-10? Ayat ini penunjuk kepada kita.

Apabila perpecahan berlaku sesama kita sekiranya satu pihak berdegil, keterlaluan ghairah bersengketa tidak mahu berdamai, atasilah hal ini walaupun terpaksa menggunakan kekerasan atas golongan yang keras kepala itu.

Masakan tidak ada titik pertemuan antara Umno dan Pas? Bertindak sebelum kaca berderai, sebelum puak minoriti merampas kuasa! Mengikut Raja Nazrin, Majlis Raja-raja Melayu adalah Majlis Syura yang tertinggi. Tidak bolehkah The Conference of Rulers mengambil inisiatif terpenting ini untuk meleraikan konflik ini?

Saya amat yakin Umno/BN akan menang. Saya telah bercakap di luar dan di dalam negara ad nauseam tentang ini. Walaupun menang nanti saya dengan rendah hati memohon Najib menggunakan kebijaksanaannya demi kelangsungan kuasa politik peribumi/ummah di watannya yang satu ini. Sambil melindungi orang Melayu dan Islam kita wajib pula kerana kita kerajaan yang adil dan saksama memelihara kepentingan yang sah kaum minoriti.

Pagi Selasa lepas saya bertuah mendengar titah ucapan Raja Nazrin bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran.” Saya suka memetik sedikit ucapannya, “Akhir-akhir ini, bangsa (Melayu) bagaikan berhadapan pantang larangan sehingga silu untuk menyebut perkataan Melayu, di bumi dan di tanah air warisan bangsa yang terletak di tengah-tengah Nusantara Melayu. Bumi dan tanah air pusaka bangsa, pada satu ketika dahulu tersohor dengan kemakmuran berperanan sebagai pusat pertemuan budaya Timur – budaya Barat, dilimpahkan sejahtera, di bawah naungan kerajaan berpayungkan Raja Melayu dan Kerajaan Melayu yang mengamalkan sistem pemerintahan berteraskan Islam. Jika tidak segera diperbetulkan rasa janggal untuk menyebut perkataan Melayu, dibimbangkan ia akan menjadi titik mula kepada pelupusan sejarah dan tamadun bangsa, lantas melarat kepada penghakisan bahasa dan identiti bangsa. Malah, telah turut kedengaran pengumuman oleh saluran media rasmi negara yang merujuk Raja Melayu sebagai Raja Malaysia. Ketika bangsa bagaikan mabuk dilambung ombak globalisasi, amatlah perlu untuk bangsa diperingatkan kepada fakta sejarah, agar Melayu kekal dijadikan konsep yang hidup, tidak dihanyutkan oleh arus globalisasi. Konsep Melayu hendaklah kekal diaktifkan dengan menghormati bangsa Melayu, menghargai budaya Melayu, menghayati ajaran Islam, mengekalkan kedaulatan bangsa yang dilambangkan oleh takhta pemerintahan beraja.”

Dengan lain perkataan negara Malaysia adalah berteraskan pada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu… faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia. Baginda telah memetik secara pendek ucapan ayahandanya yang dibuat di Universiti Malaya pada 30 Jun 1979 waktu masih lagi menjadi seorang hakim.

Kalau selepas ini pun orang Melayu/Islam terus bercerai berai, “then only God can help them.” tegas Speaking. Kalau ada lagi Melayu masih malu jadi Melayu, pergilah ke Singapura. Minggu lepas tiga ribu rakyat republik itu telah berdemonstrasi menegakkan “Singapore is for Singaporeans”. Mereka sudah bosan dan muak dengan kehadiran terlampau ramai imigran, pendatang asing, yang sah atau tidak sah.

Kita sentiasa melihat kononnya, ”The grass is always greener on the other side of the fence.” Walhal kita lebih selesa, selamat, makmur, bebas berbanding dengan banyak negara jiran. Sudah ramai orang Malaysia termasuk orang Melayu pun berhijrah atau migrate. Penghijrahan tidak dihalang oleh agama kita.

Monday, February 25, 2013

Anak Fadzil Noor gesa kerjasama Umno-PAS

Feb 24 2013
Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno, didakwa demi kepentingan Melayu dan Islam.

Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.

Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"

"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.

Isu perpaduan PAS dengan Umno itu kembali dipromosi selepas lebih setahun menyepi.

Sunday, February 24, 2013

Sikap PAS LEBIH TERUK daripada KAFIR: Mufti




Katanya, sikap ‘berpatah arang berkerat rotan’ PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Jangan berprasangka buruk

Beliau berkata, Islam mengajar kaedah berpolitik yang selari dengan tuntutan agama dengan mewajibkan umatnya mentaati pemerintah yang dipilih rakyat tanpa menyimpan prasangka buruk.

“Jangan sesekali menyimpan prasangka buruk terhadap kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kerana itu mendekatkan kita kepada perasaan hasad dengki.

“Tindakan PAS yang sering menolak kebaikan dibuat Kerajaan lebih buruk daripada sifat orang kafir. Sepatutnya mereka menunjukkan akhlak yang baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Beliau mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) golongan bodoh.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyamakan BR1M seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu.

Sambil menyifatkan tindakan mereka keterlaluan, Harussani berkata, rakyat akan menilai akhlak pemimpin PAS.

“Biarlah mereka dengan dosa mereka dan orang ramai akan menilai akhlak mereka,” katanya apabila ditanya sama ada penerima BR1M wajar diumpamakan seperti itu.

Katanya, pemberian bantuan oleh Kerajaan tanda komitmen memenuhi janji mengembalikan hak rakyat. 

Beranikah FAM Ambil Tindakan Terhadap Tunku Ismail (TMJ)???

Sebagai sebuah badan induk utama bola sepak di negara ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sentiasa dilanda kontroversi yang menggugat kredibiliti badan itu di mata peminat sukan tanah air.

Terbaru, dalam isu melibatkan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang digantung dua tahun enam bulan dan denda RM39,000.

Ramai mempersoalkan tindakan tersebut, kerana didakwa tidak adil kepada Shahidan yang tidak dibenarkan langsung membuat rayuan kerana didakwa melanggar Artikel Statut 88.

Kelmarin, Shahidan menegaskan sekiranya jalan penyelesaian secara domestik tidak berjaya, beliau akan membawa isu penggantungan ini ke pengetahuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Selain Shahidan, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa juga merupakan individu yang pernah digantung FAM selama dua tahun enam bulan, pada April 2012 dan kini masih lagi dalam tempoh penggantungan.

Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Annuar bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM pada 12 Februari, tahun lalu.

Ketegasan FAM dalam membuat keputusan berhubung pelbagai isu seperti sudah diketahui umum kerana sebelum ini, dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri pernah digantung kerana mengkritik FAM.

Namun, timbul persoalan sama ada semua orang tidak terlepas daripada hukuman FAM?

Adakah FAM berani untuk mengambil tindakan terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang mempersoal mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M).

Malah, Annuar sendiri menganggap kenyataan Tunku Ismail lebih serius berbanding apa yang beliau dan Shahidan utarakan sebelum ini.

Sinar Harian, Khamis lalu melaporkan Tunku Ismail kesal dan tidak puas hati berhubung sistem pengadilan di atas padang.

Katanya, walaupun musim baru Liga Malaysia kini lebih kompetitif kerana pasukan saling bersaing untuk meraih kemenangan, namun standard sistem pengadilan masih mengecewakan.

Adakah kenyataan ini akan menyebabkan Tuanku Ismail dikenakan tindakan sama seperti yang lain?


Pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berpendapat, senario yang berlaku sekarang menandakan FAM kini sudah hilang kawalan.

Katanya dalam laporan media, Jumaat lalu, FAM dilihat semakin 'kejam' kerana tidak henti-henti menjatuhkan hukuman termasuk yang terbaru ke atas Shahidan.


"Kalau sudah tiada kawalan, bermakna mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka," katanya.
Bekas pemain Kebangsaan, Datuk Santokh Singh ketika dihubungi semalam, pula enggan mengulas lanjut berhubung perkara ini kerana dianggap terlalu sensitif.

Media, Jumaat lalu memainkan isu bahawa TMJ (Tunku Ismail) dalam bahaya kerana FAM kini sedang menyiasat kenyataan beliau.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan, pihaknya akan menyiasat dan Tunku Ismail akan melalui proses biasa yang dijalankan dalam kes tatatertib.

"FAM akan meneliti sama ada kenyataan tersebut kritikan atau perhatian kepada FAM," katanya.

Berdasarkan Artikel 88 hanya Presiden FAM dan Setiausaha Agung sahaja yang boleh membuat kenyataan media dan sekiranya ahli gabungan mahu membuat kenyataan mengenai polisi dan pentadbiran badan induk itu,mestilah mendapat kebenaran Kongres terlebih dahulu.

Persoalan timbul dalam kalangan peminat tegar bola sepak tempatan, sama ada FAM akan melakukan perkara yang sama terhadap Presiden PBNJ?

Adakah dalam senario kali ini, status atau kedudukan seseorang itu akan menjadi faktor sama ada boleh terlepas daripada hukuman FAM ataupun tidak? Sama-sama kita saksikan kesudahan episod, setelah FAM menyiasat kenyataan tersebut.

Saturday, February 23, 2013

Bukti-Bukti Anwar DALANG Kes Penceroboh di Lahad Datu, Sabah

TOP SECRET! Apa Tian Chua Buat Dengan Nur Misuari 4 Bulan Lepas?

 Melalui maklumat dalaman PKR, Anwar Ibrahim telah mengutuskan Tian Chua untuk berjumpa rakan baiknya, Nur Misuari 4 bulan yang lepas



Anwar Ibrahim Gelabah Dalam Insiden Lahad Datu? Askar Sulu Mencari Pemimpin Pembangkang.

 Nampaknya apa yang dibocorkan oleh sumber dalaman PKR memang benar. Kini Askar Sulu mencari pemimpin pembangkang menjanjikan sesuatu kepada mereka. Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.

Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
Baca seterusnya di sini : http://www.reuters.com/article/2013/02/14/us-malaysia-philippines-idUSBRE91D0BY20130214

RUNDINGAN ANWAR-NUR MISUARI TERBONGKAR

ANWAR telah menggunakan hubungan lamanya dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dan mantan Gabenor Mindanao yang dipecat oleh Kerajaan Filiphina kerana penyelewengan kuasa dan Rasuah. Anwar dan Nur Misuari memiliki banyak persamaan. Kedua-dua mereka pernah memegang jawatan tinggi di tempat masing-masing dan kedua-dua mereka dipecat kerana salah guna kuasa dan kes-kes lain.

Kejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.

Semasa Nur Misuari menjadi Gabenor Mindanao, dan Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar telah memberi wang belanja yang sangat banyak kepada Nur Misuari sehingga integriti Nur Misuari tercemar. Nur Misuari mula lupa daratan, bersosial, berglamour dan akhirnya dipecat oleh Kerajaan Filipina.

Orang-Orang Sulu mempunyai ramai keluarga di Pantai Timur Sabah, di persisiran pantai di Tawau, Lahad Datu hingga ke Sandakan. Ramai di kalangan mereka dihantar ke Malaysia (Sabah) ketika perang di negara mereka (Selatan Filipina) dan mereka menjadi Pelarian Perang semasa zaman Marcos dan Estrada. Kedua-dua Presiden ini anti umat Islam di selatan Filipina. Walaupun Anwar pernah menjadi TPM dan bersahabat rapat dengan Presiden yang terkenal dengan kaki minum dan kaki rasuah ini, namun Anwar gagal menghalang Estrada daripada menghantar Tentera Filipina untuk menghapuskan pejuang-pejuang Islam di Selatan Filipina.



Laporan ManilaTimes. Net

Sumber: MyMassa

[VIDEO] 23 Feb - Liga Super, Kelantan Pahang Seri 2-2

Keputusan bola Pahang lawan Kelantan 23 Februari 2013

Berikut adalah keputusan perlawanan saingan kelapan Liga Super diantara Pahang vs Kelantan yang berlangsung pada Sabtu jam 8.45 malam di Stadium Darul Makmur

Semalam media juga melaporkan Polis Pahang bersedia meningkatkan kawalan dan tahap keselamatan bagi menghadapi segala kemungkinan semasa perlawanan yang dijangka sengit ini

Penyokong kedua-dua pasukan itu juga diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang kekacauan sepanjang perlawanan berlangsung

Dibawah adalah keputusan yang akan dikemaskini secara live score sehingga tamat aksi 90 minit permainan

Masa Tuan Rumah Jaringan Gol (VS) Pelawat Status
8.45 mlm Pahang 2 – 2
Kelantan FT
Pasukan Senarai penjaring Minit
 Kelantan Nor Farhan | Keita Mandjou 8 | 83
Pahang Hafiz Kamal | Fauzi 46 | 85 (Pen)
Status : keputusan penuh

Kes Fizz Fairuz, Ramli PUNCA Utama, Perlu Segera Daftar di Mahkamah SYARIAH

Fizz telah bertunang dengan wanita yang dikatakan sudah pun bersuami pada 10 Februari lalu dan memutuskannya beberapa hari kemudian.
PETALING JAYA: Setiap individu beragama Islam negara ini yang berkahwin di luar negara adalah wajib menghormati undang-undang syariah iaitu perlu mendaftarkan pernikahan dalam tempoh enam bulan dari tarikh pernikahan mereka.

Perunding keluarga Islam dan Syariah, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, mereka yang gagal berbuat demikian dikira melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan termasuk denda mengikut peraturan keluarga Islam yang diamalkan di setiap negeri.

"Bagi pasangan yang telah berkahwin di luar negara, mereka diberi tempoh masa selama enam bulan untuk mendaftar perkahwinan di mahkamah syariah.

"Sekiranya ia melebihi setahun daripada tarikh perkahwinan, tindakan yang dikenakan akan menjadi berganda.

"Lebih teruk lagi apabila jika lelaki yang ingin berpoligami tidak mendapat kebenaran mahkamah," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas konflik tiga pihak melibatkan pelakon Fizz Fairuz yang dikatakan telah meminang seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, berstatus isteri orang.

Mohd Zaidi Mohd Zain
Dalam kejadian itu akhbar melaporkan suami Azlyn yang dikenali sebagai Ramli mendakwa telah menikahi wanita itu (sebagai isteri kedua) pada 9 Mac tahun lalu di selatan Thailand dan hanya menjalani kehidupan sebagai suami isteri selama tiga bulan sebelum wanita tersebut jatuh sakit dan menetap bersama keluarganya.

Ramli tidak mendaftarkan perkahwinanya di mahkamah syariah sementara Fizz Fairuz pula menyangka wanita itu masih bujang.
 
Zaidi berkata tindakan Ramli yang ingin membuktikan perkahwinannya dengan wanita itu melalui surat nikah sahaja tidak wajar sebalik dia perlu berusaha mendaftarkan terlebih dahulu pernikahannya termasuklah melaporkan kepada mahkamah syariah sekiranya wujud lafaz cerai agar masalah ini tidak terus bertambah sulit.

Jika berlaku perceraian katanya, barulah Fizz Fairuz boleh meminang wanita berkenaan untuk dijadikan isteri apabila tamat tempoh edah.
 
"Nasib baik lelaki itu (Ramli) membongkar rahsia isterinya itu. Bayangkan sekiranya Fizz berkahwin dengan Azlyn, perkara ini akan menjadi lebih rumit.
 
"Apa-apa pun Ramli perlu merujuk kembali kepada pihak mahkamah untuk perjelaskan status masing-masing," ujarnya.

Dalam pada itu, Zaidi berkata kes Fizz yang ditipu tentang status tunangnya bukanlah kali pertama berlaku di negara ini.

Sebaliknya ramai wanita yang membuat andaian sendiri bahawa mereka mungkin tidak mempunyai sebarang ikatan dengan suami masing memandangkan mereka tidak melakukan hubungan sebagai suami isteri.

"Saya ingin menasihatkan kepada sesiapa jua terutamanya wanita bahawa jangan mereka membuat hukum sendiri tentang status.

"Jika ditinggalkan suami atau mempunyai sebarang masalah rumah tangga, rujuk dahulu dengan mahkamah sebelum merasakan diri sudah solo.

"Janganlah anggap perkara sebegini remeh. Pihak lelaki juga haruslah bertanggungjawab mendaftarkan perkahwinan mereka," tegasnya yang juga peguam dalam kes Rita Rudaini dan Aidil Zafuan.

KENYATAAN MEDIA DR FADZILAH KAMSAH DI ATAS FITNAH PAKATAN REPUBLIK

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.

-Dr Fadzilah Kamsah-

Friday, February 22, 2013

Sewa Paha Gebu Wanita Untuk Iklan

TATU dipakai boleh dicabut semula.
Tokyo: Ia negara yang terkenal kerana cara unik untuk mengiklankan produk.

Tetapi, Jepun kini melangkah satu tapak ke depan dengan wanitanya menyewakan paha mereka untuk syarikat memasarkan produk masing-masing dengan kadar bayaran tertentu.

Dengan tanggapan bahawa iklan yang baik perlu diletakkan di tempat orang akan memberikan tumpuan, paha wanita sudah pasti menjadi pilihan paling sesuai.

Dan strategi pemasaran pintar itu sudah terbukti menjana kejayaan.

Setakat November lalu, kira-kira 1,300 wanita muda mendaftarkan paha mereka untuk dijadikan ruang iklan dengan syarikat perhubungan awam, Absolute Territory dan jumlah itu semakin meningkat.

Paha mereka ditampal iklan dan mereka menjalani kehidupan seperti biasa, memakai skirt pendek dan mempamerkan anggota itu sebaik mungkin.

Selagi iklan itu berada di paha mereka selama lapan jam sehari atau lebih, tugas mereka selesai dan mereka akan dibayar.

Sebagai bukti mereka melakukan tugas berkenaan, peserta perlu memuatnaikkan gambar mereka ‘memakai’ iklan itu pada laman Facebook, Twitter atau laman sosial lain milik mereka.


Dan bukan setakat syarikat pengeluar produk saja mendapatkan khidmat mereka.

Sebuah kumpulan rock, Green Day juga menggunakan khidmat sama untuk mempromosi album baru mereka, !Uno!

Menurut jurucakap Absolute Territory, Eichi Atsumi, garis panduan perlu dipatuhi ialah mereka mendaftar menjadi iklan bergerak itu perlu mempunyai rangkaian 20 atau lebih orang dalam laman sosial dan mereka mesti berusia 18 tahun ke atas. - Daily Mail

Detik Cemas Pekerja Universiti Swasta Cuba Terjun Tingkat 7


KUCHING: Detik mencemaskan apabila seorang pekerja salah sebuah universiti swasta di Kuching cuba terjun dari Tingkat 7 bangunan tersebut. Lelaki itu berjaya diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat setelah dipujuk selama 30 minit

Filipina Hantar Kapal Tentera Ke Perairan Tawi-Tawi (Setengah Jam Dari Sabah)

 
LAHAD DATU: Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.

Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, di tepi pantai di mana kumpulan dari Sulu itu berkurung sejak 9 Februari lalu, dengan menaiki bot laju.

Jurucakap tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata memberitahu media di Manila bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.

Beliau berkata tiada arahan yang diberikan terhadap pemindahan kumpulan dari Sulu itu yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram, abang kepada Sultan Jamalul Kiram III.

Pembangkang Ada Kaitan Isu Lahad Datu?

SUBANG JAYA: Pakatan Rakyat pada Khamis menafikan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu atas jemputan pihak pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno bukan Reuters.

Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau hanya berkata: "Saya tak mahu komen."

Reuters pada 14 Februari lalu melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah.

Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.

Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.

Thursday, February 21, 2013

[BONGKAR] Fizz Fairuz PENIPU, Dia DALANG Cinta Tiga Segi

PETALING JAYA: Hasrat pelakon Fizz Fairuz yang ingin menghilangkan kekusutan berhubung isu pertunangannya dengan isteri orang menjadi bertambah parah apabila timbul pula isu lain yang turut berkait.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, yang bertunang dengan Azlyn Maissiela Mohd Nazar, 26, pada 10 Februari lalu terpaksa memutuskan pertunangan selepas mendakwa wanita itu sebenarnya isteri orang.

Malah dalam laporan akhbar Harian Metro pada Rabu Fizz mendakwa dia mungkin terkena buatan orang selain kesal dengan pertunangan yang tergesa-gesa itu,.

Pengakuan "RAMLI", Suami Azlyn

Individu yang mendakwa suami kepada wanita tersebut dalam akhbar yang sama pada Khamis mendakwa Azlyn sedang ‘sakit’ selain mendedahkan dia dan wanita itu sudah bernikah di Thailand sebagai isteri keduanya tanpa mendaftarkan perkahwinan itu di negara ini.

Akhbar Harian Metro hari ini pula menyiarkan kenyataan daripada 'suami' kepada bekas tunang Fizz Fairuz dengan mendakwa bahawa isteri keduanya itu hilang ingatan.

"Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang 'sakit' selepas lapan bulan hilang ingatan," petikan kenyataan lelaki yang mahu dikenali sebagai Ramli di Harian Metro, hari ini.

Perbuataan yang dilihat sebagai satu usaha untuk membersihkan nama Fizz Fairuz yang dicemuh umum selepas tersebarnya status sebenar Azlyn Massiela setelah empat hari mereka bertunang iaitu pada 10 Februari di Kuantan Pahang.

Ramli juga mendakwa punca isteri keduanya itu berbuat demikian kerana kesunyian apabila kurang diberi perhatian oleh Ramli setelah beberapa tahun mereka bernikah di selatan Thailand.

"Wanita itu isteri kedua dana diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarga Azlyn sendiri. Tidak disangka perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz sekaligus memmburukkan namanya,"jelas Ramli yang turut meberitahu bahawa dia telah berjumpa dengan Fizz sendiri pada Sabtu lalu.

Ramli turut memberitahu bahawa dia jarang bertemu isteri keduanya itu kerana bimbang diketahui isteri pertamanya.

Pengakuan Azlyn

Malangnya menerusi akhbar Berita Harian pada Khamis, wanita berkenaan yang berasa malu dengan tuduhan berkenaan tampil “melondehkan” segala-galanya mengenai hubungannya dengan Fizz selama ini selepas keburukan dia dihebohkan oleh Fizz.

Azlyn yang mendakwa masih bujang mendakwa telah mengenali Fizz sejak lima tahun lalu tetapi menjalinkan hubungan secara serius bermula setahun yang lepas.

Pendedahan Azlyn itu secara tidak langsung memberi gambaran Fizz Fairuz telah bermain kayu tiga – iaitu mengaku bercinta dengan Almy Nadia tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan.
Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).
Menurut Azlyn , Fizz bukan hanya berjumpa dengan keluarganya pada hari pertunangan, tetapi dia telah diperkenalkan oleh Azlyn kepada ayahnya lebih awal memandangkan Azlyn anak bongsu yang rapat dengan ayahnya. Malah, menurut Azlyn, Fizz turut diperkenalkan dengan ibu saudaranya yang tinggal di Australia.
Kemesraan Fizz bersama Azlyn Maissiela

Fizz Main Kayu Tiga

“Work smart” yang dilakukan oleh Fizz tidak menjadi apabila gambar pertunangan dia dengan Azlyn didedahkan oleh media.

Jika pendedahan itu tidak dibuat media, sehingga ke hari inilah kontroversi tersembunyi ini tidak akan diketahui.

Sebagaimana didedahkan Azlyn, pelakon lelaki ini dilihat mempunyai banyak masa untuk menjalinkan pertemuan bagi mengeratkan perasaan cinta mereka.

Tetapi, dalam hal ini wanita yang seolah-olah paling teruk terkena permainan Fizz adalah Almy Nadia kerana dia benar-benar terpedaya.

Pendedahan Azlyn juga memperlihatkan Fizz selama ini kurang menyenangi Almy Nadia walaupun dia tidak pernah meluahkan hasrat secara terbuka meninggalkan pelakon wanita itu.

Apa-apa pun ‘drama’ lakonan Fizz ini telah terbongkar dan secara tidak langsung mencalarkan reputasinya sendiri kerana dialah yang mencari masalah tanpa berjaya menyusun strategi dengan baik.

Seperti biasa, apabila keadaan semakin meruncing, Fizz menyalahkan “bomoh” kononnya apa yang terjadi ini adalah ada unsur-unsur penggunaan ilmu hitam.

Sehingga ke hari ini, Fizz cuba melarikan diri, telefon tidak berangkat malah rakan-rakannya juga mengunci mulut untuk tidak mendedahkan di manakah dia berada.

Fizz sudah tersepit bersama masalah akibat padah yang dicari sendiri.

Larilah Fizz selagi mampu kerana di depan sana lagi banyak lubang-lubang besar yang menunggu.

Pesanan Untuk PAS-UMNO: Bersatu selagi ada iman

IPOH -  Umat Islam di negara ini tidak harus berpecah disebabkan parti politik kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah yang sama.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pihak yang tidak mahu bersatu dan mahu memecahbelahkan umat Islam seolah-olah membawa ajaran sesat.

Sambil melihat Umno dan Pas mempunyai ruang untuk bersatu, beliau menasihatkan orang Islam supaya tidak bergaduh sesama mereka disebabkan berpolitik.

“Saya nampak masih ada harapan untuk mereka (Umno dan Pas) bersatu selagi mereka ada iman,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu juga membawa kepada usaha memutuskan hubungan silaturahim sesama Islam dan hukumnya haram.

“Kita tidak boleh putuskan silaturahim sesama Islam semata-mata untuk bekerjasama dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Islam.

“Tahalluf siyasi (kerjasama politik) tidak boleh dibuat jika benarkan perkara yang dilarang oleh syarak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Harussani berkata, dalam al-Quran jelas menyatakan golongan kafir itu adalah golongan orang-orang yang zalim.

Beliau berkata, jika sekiranya timbul rasa marah atau tidak puas hati terhadap kepimpinan Islam yang sedia ada, wajib untuk menegur untuk membetulkan mereka.

“Kalau marah sekalipun, wajib betulkan dan menasihati mereka, bukan menjatuhkan atau membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Akibatnya, agama dan bangsa akan hancur. Sebab itulah setiap orang Islam wajib bersatu padu,” katanya

Kelmarin, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat andaian jika dua kabilah politik Melayu yang saling berpengaruh kembali bercantum, akan tercapailah perpaduan ummah di negara ini.

Kerusi Pandan: MCA gugur Tee Keat?


KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  mahu "calon boleh menang" bertanding di kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Soi Lek berkata, walaupun belum ada keputusan rasmi berhubung calon tersebut, beliau telah menerima senarai nama calon yang diyakini boleh menang di kerusi Pandan.

Menurutnya, memandangkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) juga semakin kuat, hanya calon boleh menang mampu memenangi kawasan Pandan selain memerlukan sokongan parti komponen, rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"MCA juga menetapkan calon tersebut haruslah terdiri daripada orang muda, berpengalaman dan pertengahan umur agar segala kekuatan yang ada pada calon itu dapat digembeleng sama ada tenaga dan idea untuk kemenangan parti.

"Malah, BN mempunyai struktur sejak 50 tahun pemerintahan dan MCA berpendirian kriteria tersebut mampu membawa kemenangan kepada parti,"k atanya semasa sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka MCA Bahagian Pandan di Pandan Jaya di sini, hari ini.

Soi Lek mendedahkan Ketua Biro Guaman MCA Bahagian Pandan, Gary Lim Chin Yee sebagai "calon boleh menang" di kerusi Parlimen Pandan setelah menerima nama calon tersebut daripada MCA bahagian itu.

Ahli Parlimen Pandan sekarang ialah Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga bekas Presiden MCA dan bekas Menteri Pengangkutan.

Pakatan Rakyat akan menurunkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Soi Lek berkata, Gary harus diberi pertimbangan oleh parti sewajarnya setelah beliau difahamkan telah bekerja kuat untuk parti sejak satahun yang lalu.

Tetapi bila ditanya kedudukan  Tee Keat, Soi Lek berkata, beliau tidak disokong oleh MCA Bahagian dan parti mahukan calon yang diterima dari akar umbi.

"Bagaimanapun, nama calon belum dimuktamadkan dan saya bergantung kepada senarai nama yang akan diberi oleh MCA bahagian.

"Tetapi jika Tee Keat mahu bertanding secara bebas, itu terpulang kepadanya dan tidak memberi ancaman kepada MCA.

"Bagaimanapun, saya tiada kuasa untuk mengumumkan nama calon sekarang kecuali Perdana Menteri," katanya.

11 DUN Desak MB Kedah Berundur Kerana Gagal Selesai Masalah Parti



ALOR SETAR: Sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini, Rabu.

Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baru, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.

Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS.

Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka.

"Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan.

"Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya

Wednesday, February 20, 2013

FAM denda Kafa RM62,500, Johor Bawa Tentera dan Senjata M16 Apa Cerita?


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)  RM62,500 atas empat pertuduhan, yang membabitkan keselamatan sewaktu perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, 15 Januari lalu.

Hukuman diputuskan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman yang menetapkan bahawa persatuan itu tidak boleh mengemukakan rayuan.

Menurut Ednan, berdasarkan bukti-bukti yang diterima badan induk itu, Kelantan didapati bersalah walaupun pasukan itu menafikannya.

ANTARA enam askar ditempatkan di stadium kawal skuad Johor DT

Adakah Bawa Tentera dan Senjata M16 di Benarkan FAM?

Tiada denda atau hukuman oleh FAM terhadap Johor?

Perlukah anggota tentera yang lengkap bersenjata diminta berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad ke IV?

Itulah persoalan diajukan penyokong Kelantan terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menempatkan sekurang-kurangnya enam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) lengkap bersenjata M-16 untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemainnya di stadium berkenaan.

Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah,” kata Mohd Yahya Jamada Ali, Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan.

Anggota tentera terbabit berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga perlawanan tamat.

 FAM pilih kasih

Apa tindakan FAM mengenai insiden selepas perlawanan melibatkan pemain pasukan Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada saingan Piala FA pada 25 Januari lalu di Stadium Shah Alam.

Ramai yang tertanya-tanya apakah keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan kes pergaduhan pemain Selangor dan Tentera pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, 25 Januari 2012 lalu? Kenapa ianya masih belum dibicarakan sedangkan sudah 3 minggu berlalu.

 Adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sengaja melewat-lewatkan perbicaraan dan hukuman ke atas pemain pasukan berkenaan? Ini kerana sehingga kini pemain atau pegawai perlawanan yang terlibat masih belum menerima surut pertuduhan daripada jawatankuasa berkenaan.

[VEDEO] Anwar HINA Nik Aziz dan Hadi di depan Kristian Sabah


Anwar Ibrahim akhirnya mengakui bahawa beliau tidak langsung ada rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin PAS. "Hadi Awang tidak tahu apa-apa!, Nik Aziz hanya ikut apa yang dilakukan PAS," adalah antara perkara yang dikatakan oleh Anwar dalam ucapan beliau kepada 1,500 penyokong PKR ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Putera Ballroom Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Februari lalu.

Memandangkan majoriti penduduk Sabah adalah penganut agama Kristian, isu kalimah Allah dikatakan sebagai isu yang boleh membantu Anwar untuk menunjukkan bahawa beliau bersifat terbuka terhadap agama Kristian

Surau di Kapar KENA TEMBAK, 10 Jemaah Terkejut



SHAH ALAM - Sepuluh jemaah yang sedang membuat persediaan untuk solat Isyak dikejutkan dengan dua das tembakan, yang turut merosakkan cermin Surau Baitulrahman Aman Perdana, Kapar, Klang, malam tadi.
Tiada jemaah cedera dalam kejadian itu.
Ketika kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, 10 jemaah lelaki dan wanita berada di tingkat atas surau dua tingkat berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, mereka terkejut apabila cermin surau yang menghadap jalan utama pecah secara tiba-tiba.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan tembakan yang disasarkan ke arah bahagian surau itu.
"Individu yang melepaskan tembakan itu menggunakan pistol angin yang tidak mengeluarkan bunyi. Peluru yang digunakan pula adalah 'ball bearing'.

"Jemaah surau hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi cermin pecah," kata beliau kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, bagaimanapun kejadian tersebut tidak mendatangkan sebarang kecederaan terhadap jemaah.

Ketika ditanya sama ada tembakan disasarkan terhadap individu tertentu yang berada dalam surau, beliau berkata, motif tembakan masih dalam siasatan.

"Keterangan 10 jemaah sudah direkodkan bagi membantu siasatan. Motif sebenar tembakan itu masih belum dapat dipastikan," kata beliau.
Mohamad Shukor berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditempatkan di lokasi berhampiran surau berkenaan tidak dapat merekodkan insiden tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960

Fizz Fairuz bertunang seminggu Dengan Bini Orang


Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz Fairuz Dan Azlyn Massiela | Pada 10 Februari 2013 yang lepas

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.
Azlyn Massiela

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Almy Nadia
 ‘Saya tak mahu masuk campur’

Kuala Lumpur: “Saya baru dapat tahu dia (Fizz) bertunang dengan isteri orang, tetapi saya tidak mahu masuk campur urusan mereka,” kata pelakon, Almy Nadia, 27, ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru Fizz Fairuz.

Almy berkata, dia mendapat tahu perkhabaran itu beberapa hari lalu menerusi rakan namun baginya itu bukan urusannya.

Ditanya mengenai Fizz terkena buatan orang, Almy turut mengakui kemungkinan itu kerana sepanjang tujuh tahun Fizz menjadi kekasihnya, aktor itu tidak pernah berkelakuan sedemikian.

“Sebelum ini Fizz tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa sudah terjadi. Saya pernah menyuruhnya berubat, tetapi entahlah...,” katanya enggan mengulas lanjut.

DUN Selangor BUBAR HARI INI? MB Mengadap Sultan Selangor


SHAH ALAM - Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negero (Dun) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu.

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran Dun Selangor.

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Memang setiap Rabu, Menteri  Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala ‘ribut spekulasi’ yang melanda Selangor belakangan ini.

“Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama.

“Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok,” katanya.

Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut.

“Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini),” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran Dun akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Tuesday, February 19, 2013

Xavier (Exco PKR) Hina Saya Bila Saya Minta Bantuan Pinjaman – Jurutera

PETALING JAYA: Seorang lelaki membuat laporan polis terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jeyakumar atas dakwaan menghina dan menghalau dia keluar daripada pejabatnya ketika memohon pinjaman.

Subramaniam Batumalai, 41, seorang jurutera syarikat kumbahan berkata dia telah pergi ke pejabat Dr Xavier untuk meminta surat sokongan bagi memohon pinjaman daripada Yayasan Selangor.

Jurutera yang pernah berkhidmat di Amerika Syarikat selama 11 tahun sebelum pulang ke Malaysia pada 2004, itu berkata dia berharap dapat memohon pinjaman berjumlah RM200,00 untuk memulakan kembali perniagaan bahan api yang telah dijualnya kira-kira enam tahun lalu.

"Saya telah mendapatkan surat sokongan daripada Ahli Parlimen Kuala Langtm Abdullah Sani Abdul Hamid dan mahu mendapatkan satu lagi surat daripada Dr Xavier juga.

"Bila saya cuba mendapatkan bantuannya, dia menghina saya, beliau berkata saya perlu meninggalkan Malaysia dan mencari pekerjaan di luar negara," ujarnya.

Subramaniam berkata dia juga telah menyediakan pelan perniagaan terperinci untuk ditunjukkan kepada wakil rakyat berkenaan.

Dia mendakwa Dr Xavier tidak melihat langsung dokumen tersebut sebaliknya menghamburkan kata-kata yang menghinanya, dengan bertanya mengapa kerajaan perlu membantunya hanya kerana dia pulang ke Malaysia selepas bekerja di luar negara.

Subramanim turut membuat laporan di balai polis Klang pada Isnin.

Ketika dihubungi, Dr Xavier menafikan beliau menghina Subrmaniam, sebaliknya apa yang berlaku adalah perbincangan.

"Dia merasakan kerajaan perlu menyediakan pinjaman kepada mereka yang pulang dan bekerja di Malaysia dan saya tidak bersetuju mengenainya," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut apabila Subramaniam membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com