Kuala Lumpur: “Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.
“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz
yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala
yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23.
Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan
yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini
menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi
terbabit.
ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China,
semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya
sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama
keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu.
“Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik,
semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri
sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya
itu,” katanya.
MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas
memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas
menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu.
Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata
mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden
Pas itu masih mempunyai pengaruh yang kuat.
"Saya nak tengok apakah Pas berani pecat Nasharuddin...saya cabar Nik
Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Hadi (Presiden
Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pecat Nasharuddin.
"Mengapa mereka tak pecat, nampak mereka ini takut pada Nasharudin
kerana beliau mungkin lagi hebat daripada pemimpin tertinggi Pas yang
ada sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tun
Sri Lanang, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim dan penyampaian Anugerah
Kecemerlangan PMR 2012 di sini, hari ini.
Beliau mengulas pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura Ulama Pas
dan tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.
Sementara itu, Mohd Ali berkata pembinaan dewan bernilai RM520,000
hasil sumbangan kerajaan negeri dan Jabatan Perdana Menteri itu
bertujuan menambahbaik kemudahan di sekolah tersebut.
Di NIBONG TEBAL, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk
Zainal Abidin Osman berkata, pemecatan Nasharuddin daripada Majlis Syura
adalah hasil perasaan saling tidak mempercayai dan syak wasangka.
Beliau menyifatkan tindakan pemecatan itu merupakan perpecahan dalam Pas yang mengamalkan politik taksub.
"Kalau sesama pemimpin Pas pun mereka tak boleh bersatu...macam mana
mereka nak bersatu dalam kepentingan ummah bersama orang Islam lain,"
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan
di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara, dekat sini, hari
ini.
Beliau berkata, jika wujud perasaan saling tidak mempercayai dan syak
wasangka sesama pemimpin dan anggota parti, mereka sebenarnya tidak
layak untuk mentadbir kerajaan
AMPANG: Pelakon Nora Danish menjelaskan perbuatannya yang
memuat naik gambar dia bersama pengacara Qi Razali menerusi laman sosial
foto Instagram menjadi punca mereka digosipkan mempunyai hubungan
intim.
Kata Nora, 31, disebabkan Qi Razali atau nama sebenarnya Kushairi
Mohammed Razali, 36, masih bujang, dia merasakan tidak salah untuk
mengabadikan gambar-gambar mereka menerusi laman sosial tersebut tetapi
sayang sekali ia menjadi sensasi.
“Qi masih bujang dan begitu juga saya yang solo kembali. Semasa penggambaran filem Bencinta arahan Farid Kamil di Langkawi, saya mengambil peluang memasukkan gambar-gambar kami menerusi Instagram,” katanya kepada mStar Online pada pelancaran koleksi barang kemas Pandora keluaran Habib Jewels di sini pada Rabu.
Nora diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anggota kumpulan OAG itu yang masih diperkatakan umum.
Tambah Nora, dia dan Qi sememangnya rapat tetapi hanya ketika penggambaran filem berkenaan sahaja.
Dalam pada itu Nora mengakui berasa pelik apabila sejak akhir-akhir
ini dia sering dikaitkan dengan pelakon-pelakon lelaki yang pernah
digandingkan dengannya seperti Adi Putra, Shaheizy Sam, Anuar Zain serta
Qi sendiri.
"Tidak lama lagi saya akan menjalani penggambaran drama cinta arahan
Michael Ang dengan aktor Indonesia Randy Pangalila. Diharap tidak ada
gosip yang berlaku antara kami,” katanya.
Jelas Nora, dia agak kurang selesa dengan gosip-gosip seperti itu
kerana perkara tersebut akan memberi kesan buruk apabila anaknya iaitu
Putera Rayqal Ramli Rizal yang kini berusia empat tahun besar kelak.
Katanya, tentu sekali Rayqal akan memikirkan sesuatu apabila membaca kisah-kisah yang kurang manis mengenai ibu sendiri.
Dari kiri Yasmin Yusoff, Lisdawati, Fauzi Nawawi,
Nora Danish dan Marsha menggayakan barangan kemas Pendora keluaran Habib
Jewels.
Dalam perkembangan lain Nora diberi tanggungjawab menggayakan koleksi
terbaharu barang kemas Pandora bersama-sama artis seperti Marsha,
Lisdawati dan Fauzi Nawawi serta Datuk Yasmin Yusoff sempena tarikh hari
kekasih iaitu 14 Februari depan.
"Pandora merupakan salah satu jenama barangan kemas kesukaan saya.
Malah saya akan membeli setiap satu 'charm' di negara-negara yang telah
saya kunjungi untuk dihiaskan pada gelang tangan saya.
"Kiranya setiap 'charm' yang ada pada gelang saya mempunyai kisah dan kenangan yang tersendiri untuk diingati," ujarnya.
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Tindakan Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan
pemecatan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya
kelmarin menimbulkan misteri dan pelbagai persoalan yang masih tidak
terjawab.
Antara persoalannya ialah punca pemecatan itu berlaku sama ada
disebabkan kegagalan Ahli Parlimen Bachok berkenaan hadir ke mesyuarat
Majlis Syura Ulama Pas atau ekoran tindakannya mengiringi lawatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.
Malah sumber berkata, tidak mustahil berita pemecatan yang diumumkan
sejurus selepas kepulangan Nasharudin mengiringi lawatan Perdana Menteri
ke Gaza bertujuan mengalihkan isu kalimah Allah yang sebelum ini
menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.
Lebih menimbulkan persoalan selain berita pemecatan itu lewat
diumumkan iaitu selepas dua minggu keputusan dibuat (13 Januari), surat
mengenai pemecatan ini juga sehingga kini masih belum diterima oleh
Nasharudin," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan sumber itu berkata, jika alasan tidak
hadir mesyuarat digunakan untuk memecat Nasharudin, mengapa salah
seorang ahli Majlis Syura Ulama Pas iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi yang
juga sering tidak hadir mesyuarat tidak dikenakan tindakan sama.
Sepatutnya Daud Iraqi juga wajar dipecat kerana sering tidak hadir
dalam mesyuarat. Bagaimana pula tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat yang sering keluar mesyuarat awal dengan pelbagai
alasan. Paling lama sepuluh ke 15 minit. Adakah ini dibolehkan?" ujar
sumber itu.
Sumber itu berkata lagi, tidak keterlaluan juga tindakan yang sama
wajar dikenakan terhadap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang sering tidak
hadir ke mesyuarat.
Berhubung kegagalan Pas menyerahkan surat pemecatan kepada Nasharudin
sumber itu memberitahu, keadaan itu sememangnya menimbulkan misteri dan
persoalan kerana keputusan pemecatan itu telah berlaku pada 13 Januari
lalu.
Di mana keberkesanan pentadbiran Majlis Syura Ulama Pas dan
Setiausaha Agung Pas menguruskan perkara ini. Satu lagi persoalan adakah
benar keputusan memecat Nasharudin itu telah dibuat pada 13 Januari
lalu.
Atau kemungkinan juga pemecatan itu dibuat selepas pemimpin-pemimpin
Pas melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak ke Gaza baru-baru ini. Segala-galanya mungkin," katanya lagi.
Satu lagi perkara yang boleh dipertikaikan kata sumber itu, Pas tidak
mengikut tata cara pemecatan yang betul kerana Nasharudin sebelum
dipecat tidak diberi surat tunjuk sebab dan haknya untuk membela diri.
Dalam pada itu sumber tersebut berkata, sekiranya tindakan Nasharudin
mengiringi Perdana Menteri ke Gaza dianggap satu kesalahan, dua lagi
pemimpin kanan Pas juga perlu dikenakan tindakan sama kerana mengiringi
seorang Menteri Kabinet ke Eropah baru-baru ini.
Dua pemimpin ini merupakan Ahli Parlimen Pas. Mereka dikatakan telah
mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah. Sekiranya Nasharudin
dikatakan bersalah kerana mengiringi Perdana Menteri, dua pemimpin kanan
ini juga boleh dikenakan tindakan atas alasan yang sama," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, kata sumber itu, Nasharudin bukan
sekali dua diberi peluang untuk mengiringi pemimpin utama kerajaan ke
luar negara bahkan beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi wakil
Malaysia.
Pernah satu ketika iaitu pada tahun 2011 Nasharudin telah diberi
kepercayaan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mewakilinya dalam
persidangan Speaker negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di
Damsyik meskipun Nasharudin seorang Ahli Parlimen Pas," katanya lagi.
Sementara itu Nasharudin ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan
bahawa beliau belum menerima surat pemecatan sebagai ahli Majlis Syura
Ulama Pas setakat hari ini.
Saya masih menanti surat itu, sepatutnya saya sudah menerimanya
kalau betul keputusan pemecatan dilakukan pada 13 Januari lalu,"
katanya.
KUALA TERENGGANU: Seorang pemimpin kanan PAS dijangka dipecat
sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia
parti itu Zainon Ismail.
Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam
senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama PAS ialah Ketua Dewan Ulama
parti itu Datuk Harun Taib.
Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas
Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli
majlis itu pada 13 Jan lalu.
"Majlis Syura Ulama PAS adalah badan tertinggi parti itu dan apabila
keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi
oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga
seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi 'Dilema dan
Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia' yang turut dihadiri Menteri Besar
Terengganu DatukSeri Ahmad Said.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai
Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang
didakwa boleh merugikan parti itu.
Sebelum ini Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh
berkata, kesemua 13 ahli badan tertinggi parti itu yang hadir pada
mesyuarat pada 13 Januari lalu bersetuju agar Nasharudin digugurkan
daripada kedudukannya.
Majlis Syura Ulama PAS dianggotai seramai 15 orang ahli.
Menurut Nik Zawawi, dua lagi anggota majlis (termasuk Nasharudin
sendiri) tidak hadir pada mesyuarat yang diadakan pada 13 Januari lalu
yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Namun beliau enggan menamakan siapakah seorang lagi yang tidak hadir. Ini menimbulkan tanda tanya, adakah Datuk Harun Taib merupakan ahli yang tidak hadir pada hari tersebut?
Langkah Mematahkan Karier Politik Nasha
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata keputusan Majlis Syura Ulama itu juga membuktikan bahawa PAS menolak
amalan untuk berbaik-baik dengan kalangan yang tidak sealiran dengan
mereka.
"Bagi PAS, berbuat-buat baik dengan musuh politik bukanlah satu etika yang baik.
"Digambarkan bahawa ahli-ahli PAS tidak boleh berbaik-baik atau
berkawan dengan kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka...ini
seolah-olah menjadi prinsip PAS dari dahulu lagi," katanya.
Sementara itu Ahmad Atory menjangkakan bahawa masa depan Nasharudin
dalam politik bersama PAS sudah tertutup berdasarkan perkembangan
terbaru termasuk tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya akan
datang.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini
tidak menghalang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada
menyertai mana-mana parti lain dan dengan rela hati melepaskannya.
Di sebalik apa yang berlaku terhadap Nasharudin, Nik Aziz berkata, terpulang kepada beliau untuk menyertai parti lain.
“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki
bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu
dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi,
tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).
“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa
sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin
seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,”
katanya kepada media.
Terdahulu beliau merasmikan Bengkel Pakar Ternakan Lebah Kelulut di Min
House Camp, Kubang Kerian yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa
Pertanian Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Datuk Che Abdullah Mat
Nawi.
Kediaman milik Fauzi di Seksyen 10, Shah Alam yang hangat diperkatakan di beberapa blog. Gambar kecil: Fauzi
IPOH – “Ya, memang itu banglo milik saya.” Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.
Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.
Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.
Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.
“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.
“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya.
Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.
"Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di shahalamrebels.blogspot.com.
Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.
Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?
"Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?" dan "Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.
"Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?"
Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu.
“Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Larut berkata, tindakan beberapa pihak mendedahkan gambar rumahnya itu sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja beliau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut.
“Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka,” katanya.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu telah menyertai Pas di kampung halamannya, Larut, Perak sebelum ini
Beliau telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu program yang turut dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR).
Fauzi berkata, beliau telah membuat keputusan menyertainya selepas membuat beberapa perbandingan dengan parti lain antaranya, Umno, PKR dan DAP.
“Takkan saya hendak menyertai DAP…, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul.
“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan… tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,” katanya.
JAKARTA: Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya
Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis
yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi
di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.
Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN)
Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat
maklumat orang ramai.
Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.
Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.
Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada
penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk
menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen
2014 nanti.
Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada
Ahad,sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan
nama Raffidaripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat
dengan dadah.
Sebelum ini mereka kata ISA zalim kerana tahan tanpa bicara lalu mereka mengelar undang-undang itu adalah undang-undang rimba. Begitu juga apabila kes-kes mahkamah yang keputusannya tidak berpihak kepada mereka, maka mereka kata mahkamah tidak adil dan diadili oleh hakim yang telah dibeli.
Sebelum ini juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr
Hassan Ali menjelaskan bahawa beliau dipecat sebagai ahli PAS kerana
mengkritik Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
“Saya mempersoalkan mengapa isu peribadi
Anwar Ibrahim di jadikan sebagai agenda Pakatan Pembangkang. Saya tidak
mahu rakyat diheret kedalam masalah peribadi dia yang kotor! Saya sering
mempersoalkan justifikasi mengapa Anwar dijulang sebegitu rupa”.
Dr Hassan juga mempersoalkan tindakan PAS
untuk memngugurkan slogan ‘Perjuangan Negara Islam’ dari parti dan
sebaliknya tunduk kepada tekanan Pakatan Pembangkang, “‘Negara
Berkebajikan’ ini sudah lari dari perjuangan asal PAS, iaitu menubuhkan
negara Islam”.
Pemecatan Dr .Hassan dari PAS diputuskan
Jawatankuasa Pusat PAS tanpa beliau diberikan untuk
mempertahankan diri semasa JK Pusat PAS bermesyuarat dan membuat
keputusan itu.
Terbaru, Ahli Majlis Syura PAS, Nasharudin Mat Isa telah dipecat daripada menjadi Ahli Majlis Syura hanya kerana tidak hadir mesyuarat.
Malah apa yang menyedihkan, mereka langsung tidak menghubungi Ustaz Nasharudin tentang pemecatan tersebut.
Seolah-olah jasa Ustaz Nasharudin dalam PAS sehingga menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS langsung tiada harga. Mereka perlakukan Ustaz Nasharudin seperti budak-budak pemasang bendera sahaja.
Zalim sungguh undang-undang rimba PAS
SHAH ALAM – Majlis Syura Pas mengesahkan telah
menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat
Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas
alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.
Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu
dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan
berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu
yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah
melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak
hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.
“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura
sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar
Harian Online, hari ini.
Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin
selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada
menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.
“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.
“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan
istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan
beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada
parti,” katanya lagi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang
mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk
lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi
berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.
“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."
Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.
Seperti diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.
Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau agar Pas
mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat
berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu
hudud.
KUALA LUMPUR 26 Jan. - Tindakan portal propembangkang, Malaysian Insider
menggembar-gemburkan isu kalimah Allah termasuk mempertikaikan khutbah
Jumaat melalui penyiaran pandangan paderi-paderi tempatan dan pemimpin
utama Pas, adalah satu perbuatan biadab bertujuan melaga-lagakan antara
penganut agama Islam dan Kristian di negara ini.
Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor,
Dr. Wan Muhammad Adam Wan Norudin berkata, khutbah Jumaat merupakan
satu peringatan kepada umat Islam dalam keadaan untuk mempertahankan
kalimah Allah yang menjadi hak mutlak agama Islam tanpa menyatakan
secara terbuka agama lain adalah sesat.
Jelas beliau, medium peringatan itu juga sebagai memberi kefahaman
kepada umat Islam bahawa toleransi sesama agama itu boleh berlaku selagi
tidak mengganggu-gugat perkara asas dan fahaman tauhid.
Selepas pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) oleh JPJ yang tidak masuk akal sehingga terpaksa ditangguh (tidak masuk akal kerana strategi bodoh hampir PRU dan sangat kurang engagement dengan rakyat), kini tiba pula dasar bodoh Kerajaan BN yang juga tidak masuk akal dari segi strategi.
Dah dekat PRU pun Kerajaan masih buat kerja bodoh dan tidak masuk akal, warga
kastam hanya beberapa peratus daripada keseluruhan 2.4 juta penjawat awam..dan Jabatan Kastam tidak boleh dibandingkan dengan LHDN kerana Kastam merupakan jabatan kerajaan manakala LHDN adalah badan berkanun.
Macam mana dengan penjawat awam di Kementerian dan Jabatan lain, adakah mereka kurang cemerlang berbanding kastam? Dengan sebab tidak cemerlang mereka tidak mendapat imbuhan seperti Kastam??
Ukuran cemerlang berdasarkan kutipan wang oleh Kastam adalah tidak adil kepada penjawat awam yang lain malah boleh mematikan motivasi mereka.
Bila bercakap soal Kastam, sepatutnya hal yang menjadi perhatian adalah integriti dan bukannya jumlah kutipan... adakah integriti dan
rasuah sudah boleh dipisahkan dari kastam??? fikir-fikirkan
Adakah BN dan UMNO ingat, Jutaan penjawat awam yang tidak berpuas hati
atas dasar bodoh ini akan berdiam diri dalam PRU 13, tunggu dan lihat!!!
siapa yang kena.
Berikut komen pembaca Sinar Harian:
PUTRAJAYA - Warga kerja Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menerima
insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya
mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus
berbanding 2011.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kutipan itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan.
Keputusan yang dibuat kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak itu bertujuan memberi semangat kepada 12,500 warga
kerja kastam untuk mencapai sasaran RM34 bilion tahun ini, katanya
kepada pemberita, di sini hari ini.
Ahmad Husni yang ditemui selepas merasmikan Hari Kastam Sedunia ke-13, berkata insentif khas itu akan diberi minggu ini.
Tahun lepas, kerajaan memberi insentif khas kepada warga kerja Lembaga
Hasil Dalam Negeri selepas berjaya mengutip RM109.674 bilion pada 2011
iaitu meningkat
26.79 peratus atau RM23.175 bilion berbanding 2010.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad yakin
insentif khas berkenaan akan memberi motivasi dan rangsangan kepada
warga kastam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
"Kami amat berterima kasih kepada kerajaan atas keperihatinan dan
kepekaan memberikan setengah bulan gaji sebagai insentif khas untuk
tahun ini, sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab kita," katanya.
Menurut Khazali jabatan itu akan tersu melaksanakan inisiatif untuk
meningkatkan hasil termasuk memberi fokus kepada verifikasi harga
barangan pengilang tempatan; melaksanakan operasi melesenkan
pengilang-pengilang dan syarikat yang tertakluk kepada cukai jualan dan
cukai perkhidmatan.
Kastam juga akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi mencegah penyeludupan barangan dan perdagangan tidak sah, katanya
KANGAR - Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin menjelaskan sebuah kereta
mewah Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya adalah milik anaknya
yang memiliki perniagaan sendiri.
Hashim berkata, perkara itu diperkatakan selepas beberapa blog mendedahkan beliau memiliki kereta berkenaan.
“Ini adalah tindakan individu tertentu sengaja menimbulkan isu
pembelian kereta mewah Porsche Cayman bagi memburukkan nama saya selaku
pemimpin tertinggi Pas di Perlis," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Hashim, yang juga Adun Sanglang tidak gusar kerana isu berkenaan sama
sekali tidak akan menggugat kepercayaan dan sokongan kuat ahli Pas
terhadapnya kerana mereka lebih mengenali kehidupannya yang sebenar.
Beliau yakin isu itu timbul kerana pihak terbabit sudah tidak mempunyai
modal politik lain untuk menyerangnya menjelang saat-saat akhir
menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Saya sudah jelaskan kereta itu milik anak saya yang dibeli semasa di England tahun lalu, dengan harga kira-kira RM100,000.
“Dia menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada saya secara sah sebagai wakil rakyat,” katanya.
Kereta mewah yang dibangkitkan pihak tertentu milik wakil rakya
Menurutnya, anaknya yang bergelar ahli perniagaan mengusahakan
perniagaan air sarang burung walet sejak lima tahun lalu, menggunakan
kereta itu.
“Saya sendiri tidak pernah memandu kereta berkenaan namun beberapa kali
menaikinya ketika dipandu anak dari pejabat saya ke rumahnya di Kangar.
Lagipun ramai wakil rakyat lain menggunakan AP diperuntukkan untuk
tujuan membeli kereta.
“Tindakan orang yang cuba menyebarkan cerita tidak benar dan berbaur
fitnah di laman blog membuatkan saya bertambah kuat serta semangat untuk
berusaha lebih gigih meraih sokongan ahli,” katanya.
Hashim berkata, sepanjang penglibatan kariernya dalam politik, satu
penggal menjadi ahli parlimen serta tiga penggal sebagai adun, namun
lebih selesa hidup secara sederhana.
“Kenderaan utama saya untuk bekerja serta menjalankan aktiviti harian
ialah kereta Proton Saga dan Kia Optima. Saya tidak memilih menggunakan
kereta mewah seperti dakwaan pihak terbabit,” katanya.
Isu berkenaan mula tersebar di laman blog apabila ada pihak mengesahkan
dua saman perangkap had laju menggunakan sistem penguatkuasaan
automatik (AES) terhadap Porsche Cayman didakwa menggunakan kad
pengenalan pemimpin Pas itu.
Susulan itu, banyak pihak mula membangkitkan isu berkenaan dengan
mendakwa wakil rakyat Pas itu sudah mampu memiliki kereta mewah.
Keadaan banjir kilat di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) bersebelahan Kampung Pantai Dalam
PETALING JAYA: Hujan lebat pada petang Jumaat mengakibatkan
banjir kilat di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) bersebelahan Kampung
Pantai Dalam menghala ke Kuala Lumpur.
Keadaan banjir itu mengakibatkan kesesakan teruk bermula sebelum Plaza Tol NPE menuju ke ibu kota.
Keadaan banjir di Kampung Pantai Dalam bersebelahan Lebuhraya Pantai Baharu (NPE).
Kepada Yang Dihormati, YBhg. Dato' Dr. Haron Din, YB. Nasharudin Mat Isa, YBhg. Dato Haron Taib, YBhg. Dato Ismail Kamus dan YB. Dato' Taib Azamudin. Terlebih dahulu kita
bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita
masih ada kesempatan untuk berdakwah, beristigfar, bermunajat dan berdoa
kepada ALLAH SWT. Kita semua, baik UMNO dan PAS, telah berusaha sedaya
upaya mengangkat martabat dan kesucian agama Islam dan umat Islam untuk
mendapat keredaan ALLAH SWT. Menurut seorang pemimpin
pemuda PAS di Selangor, Cukup-cukuplah perkawanan dengan DAP, lihatlah
mudarat yang akan datang jika Pakatan memerintah. PAS tidak mampu
menasihati malah tidak ada kekuatan untuk memimpin Pakatan, sudah sampai
masanya PAS keluar dari Pakatan. Sekaranglah masanya, bukan selepas
PRU13. Inilah masa untuk menunjukkan perpaduan ummah, dan menghancurkan
musuh-musuh Islam terutama DAP. Di Kedah malah di
Kelantan, tok-tok guru pondok, dan orang-orang tua yang berumur 60 dan
70 tahun di kampung-kampung jika dulunya penyokong kuat PAS, kini sudah
mula berkata, "kalau beginilah PAS hari ini, baik kita keluar PAS dan
buat parti PAS baru seperti dulu". Inilah suara-suara
pendokong-pendokong PAS asal yang kecewa. Bukan saya yang berkata
perkara ini, saya hanya menulisnya, yang menyebutnya kepimpinan pemuda
PAS yang pernah menjadi calon dalam beberapa PRU yang lepas. Lihatlah juga, apabila
Majlis Syura memutuskan Tidak Boleh menggunakan nama ALLAH SWT sebagai
gantinama kepada GOD (agama Kristian), DAP melalui Pengerusinya Memberi
Kata Dua kepada YB Dato Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) dan YB Datuk Hj
Hadi Awang (Presiden) supaya menarik balik keputusan Majlis Syura itu.
YBHG. DATO ISMAIL KAMUS & YBHG. DATO' HARON DIN MENYEDARKAN AKAN KEBIADAPAN DAP
Pertembungan Pemikiran
dalam PAS sekarang menjadi semakin kemerut apabila hanya tinggal
kira-kira 20% hingga 25% sahaja golongan Ulama dalam PAS.
Parasit-parasit Anwar yang semakin mendominasi PAS berjaya meng'adjust'
keputusan-keputusan PAS sebagaimana Mat Sabu berjaya meng'adjust'
keputusan Kalimah Allah. Sebabnya mudah, PAS tidak mungkin dapat menghalang kekuatan DAP sekarang ini, yang menerima dana dan latihan dari luar negara. Di mana-mana sekarang, ahli-ahli PAS bercakap supaya PAS keluar dari Pakatan. Jika DAP menguasai
kerajaan Pakatan selepas PRU13, orang-orang PAS sendiri tahu betapa
ligatnya DAP menguasai dan menjaga kuasa itu, menggunakan kuasa itu,
yang mana akhirnya YB Datuk Hj Hadi Awang mahu pun Datuk Hj Nik Aziz Nik
Mat sendiri pun tidak mampu berkata "tidak" kepada DAP. Saya akui PAS adalah parti yang penting untuk memberikan "check and balance",
namun kemasukan orang-orang Anwar yang membawa masuk fahaman liberal
Islam dan Islam ala Amerika ke dalam PAS benar-benar merosakkan Islam
PAS. Kata YB Dato' Dr. Hassan Ali, mereka ini semua parasit yang
dihantar Anwar ke dalam PAS. Lihatlah Mat Sabu
seorang yang bukan berpendidikan agama, dengan dibantu oleh
golongan-golongan parasit Anwar telah memenangkan Mat Sabu. Bukankah
parasit-parasit ini yang bertemu YB Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan
memberi nasehat yang salah, dengan memaksa YB Datuk Nik Aziz Nik Mat
mendesak anak buahnya YB Tuan Man Tuan Ibrahim untuk bertanding Timbalan
Presiden PAS. Bukankah awal-awal lagi YB Tuan Man Tuan Ibrahim berkata
kepada media bahawa beliau tidak hendak bertanding. Akhirnya, YB
Nasharudin Mat Isa ditewaskan, dan berjayalah Mat Sabu sebagai Timbalan
Presiden PAS. Bertepuk-tanganlah parasit-parasit Anwar dalam PAS dan
bertepuk tangan jugalah DAP kerana Mat Sabu mudah ditunjuk-tunjuk. Kepimpinan pemuda PAS ini berkata kepada saya, kita mesti bantu UMNO menang dalam PRU13 ini kerana Mudarat akan lebih besar kepada negara ini, kepada agama Islam, dan kepada bangsa Melayu seandainya DAP menang besar dan menguasai kerajaan Pakatan. YB Nasharudin Mat Isa
sendiri tidak akan keluar PAS, tidak akan mengisytiharkan diri keluar
PAS, tetapi akan keluar PAS jika dia dipecat. Kerana YB Nasharudin Mat
Isa seorang individu yang bermaruah. Ketahuilah bahawa kini
semakin ramai pemimpin muda PAS yang masih berada di dalam PAS, tetapi
kini sudah berkempen supaya mengundi UMNO. Katanya, Apakah perbezaan sekarang, UMNO boleh memimpin BN, sebaliknya PAS tidak mampu memimpin Pakatan Rakyat. Sebagai pemimpin pemuda PAS, beliau
menyeru supaya menangkan UMNO dalam PRU13 akan datang untuk mengelakkan
Kemudaratan yang lebih besar kepada umat Islam dan bangsa Melayu di
tanah air ini.
Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh. Yang Ikhlas, Al-Azharri Siddiq, Menyokong Perpaduan Ummah UMNO-PAS.
KUALA LUMPUR 23 Jan. - Produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, mengakui, beliau kini bahagia dan sedang dilamun cinta dengan seorang jejaka yang jauh lebih muda daripadanya.
Beliau berkata, jarak usia 27 tahun bukan penghalang untuk mereka menjalin hubungan cinta kerana jejaka tersebut, seorang pemain gitar di sebuah kelab terkemuka di ibu kota telah berjaya mencuri hatinya.
"Perkenalan kami baru sebulan dan dia membuat saya merasai semula perasaan cinta yang sekian lama terpadam.
"Setakat ini, keluarga saya dapat menerima kehadiran dia walaupun pada mulanya, anak-anak terkejut dengan berita ini. Saya akan bertemu keluarganya dalam tempoh terdekat ini," kata Raja
Azmi kepada wartawan Utusan Online di sini hari ini.
Menurut beliau, percintaannya dengan jejaka yang pangkal namanya bermula dengan huruf H terjalin pada pandangan kali pertama.
"Rasanya tidak salah jika H dapat mengetuk pintu hati saya untuk bercinta lagi kerana perasaan itu sudah lama hilang. Saya akui bahagia bersama H," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat kereta yang telah dibom oleh tentera Israel di Bandar Gaza, Rabu. Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin setelah melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza
PETALING JAYA: Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.
Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia.
"Saya tak tau pun, saya tak dapat apa-apa maklumat dia ke Palestin. Memang saya tak tau apa-apa," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu
Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut memberikan reaksi yang sama ketika ditanya tentang tindakan Nasharudin.
"Saya pun tak pasti, tak ada apa-apa maklumat dia ikut PM (Perdana Menteri) ke sana," katanya ringkas.
Media pada Rabu menyiarkan gambar yang memaparkan Nasharudin berdiri di sebelah Najib ketika deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza.
Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.
Pada Ogos tahun lalu Nasharudin turut dipertikaikan oleh beberapa pimpinan PAS apabila akhbar memaparkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
KOTA BHARU - Ura-ura mengatakan terdapat rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan bakal terjawab apabila kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu.
Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini dan proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat.
“Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.
“Bila ia disahkan satu hari nanti, bahawa kita mempunyai rizab minyak di darat, apakah Kerajaan Pusat bersetuju bahawa 100 peratus milik kerajaan negeri sebagaimana hujah digunakan sekarang, iaitu jika ditemui telaga minyak di daratan pusat tidak mempunyai hak,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Husam berkata, beliau akan berunding dengan syarikat yang berkemahiran dalam perkara itu bagi mempercepatkan proses penemuan minyak di daratan negeri ini, termasuk mengguna pakai setiap undang- undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak tersebut.
“Kita mempunyai rizab daratan, sekiranya Petronas terus berdegil ia akan menjadi satu pertikaian baru dan Kelantan akan menggunakan semua instrumen yang ada untuk mengusahakan sendiri minyak di daratan ini tanpa mengambil kira kedudukan Petronas,” katanya.
Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan.
“Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan,” katanya.
Diddy walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi, dia tetap menjadikan pelajaran sebagai tumpuan utama
PETALING JAYA: Kesibukannya sebagai artis, suami dan bapa
kepada seorang anak tidak menghalang Diddy Hirdy untuk terus berusah
payah menuntut ilmu sehingga berjaya mengekalkan keputusan
peperiksaannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan cemerlang.
Diddy atau nama sebenarnya Syamsul Hirdy Muhid, 28, berkata adalah
menjadi kebanggaannya kerana sejak menjadi penuntut Ijazah Sarjana Muda
Komunikasi (Kepujian) secara sambilan kira-kira tiga tahun lalu, dia
berjaya mengekalkan keputusan nilai purata gred kumulatif (CGPA) 3.8 ke
atas.
“Saya tidak percaya dengan keupayaan diri saya kerana berjaya
mendapat CGPA sedemikian sehingga diberikan Ikon Pembelajaran Sepanjang
Hayat oleh Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya kepada mStar Online.
Diddy berkata, walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon dan
penyanyi, dia tetap menjadikan pelajaran sebagai tumpuan utama walaupun
kadangkala begitu penat kerana perlu melaksanakan banyak kerja dalam
satu-satu masa.
Bagaimanapun kesusahan yang dilaluinya ketika ini seharusnya menjadi
pendorong kepada generasi muda serta artis-artis lain agar terus
menuntut ilmu termasuklah buat anaknya iaitu Nadra Aryssa Jauza yang
kini berusia hampir dua tahun.
Dalam masa yang sama, isterinya iaitu Allen Nor Azah Musa, 28, turut
memberi sokongan moral terhadap pencapaiannya dalam bidang pendidikan.
“Saya bertuah kerana isteri saya menjadi penyokong kuat terhadap
kerjaya saya sebagai artis dan dalam masa yang sama mahu melihat saya
berjaya dalam pelajaran. Malah saya mahu susah payah saya ini akan dapat
dicontohi oleh anak saya apabila dia besar kelak,” katanya.
Antara petua untuk dia kekal dengan pencapaian sedemikian kata Diddy,
seseorang yang belajar secara sambilan perlulah mempunyai komitmen yang
tinggi terhadap apa yang dipelajari.
Sementara itu dalam perkembangan lain Diddy baru sahaja selesai menyiapkan lagu runut bunyi untuk filem Paku serta dalam proses menghasilkan single terbaharunya.
JOHOR BARU: Pelawak Yussry Edoo atau Yus merancang untuk membelanjakan sebahagian wang kemenangan dalam program Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) yang berlangsung pada malam Jumaat lalu untuk persiapan majlis perkahwinannya.
Yus, 36, berkata, dia berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.
"Setakat ini saya tiada mempunyai sebarang perancangan untuk membelanjakan wang kemenangan sebanyak RM125,000 itu tetapi sebahagiannya akan digunakan untuk persiapan perkahwinan saya," jelasnya kepada mStar Online.
Yus bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita yang berjaya menambat hatinya itu dan memberitahu mereka telah berkenalan selama beberapa tahun.
Pada pertandingan akhir itu, Jambu yang turut dianggotai oleh Zamatul Amri Zakaria atau Tauke, 36, dinobatkan sebagai naib juara MLM 2012 dan mereka berjaya berkongsi wang tunai sebanyak RM250,000 dan sebuah trofi.
Manakala kumpulan Jozan (Johan dan Zizan) muncul juara Jozan dan melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi.
Sementara itu, kumpulan Shiro (Shahrol dan Ajak) mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 berserta trofi.
Dalam pada itu, Tauke berkata, mereka juga merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran bersama penyokong dan Kelab Sahabat Tauke bagi menghargai sokongan semua peminat sepanjang pertandingan itu.
Kata Tauke, majlis berkenaan berkemungkinan akan diadakan di Perlis namun masih belum menetapkan tarikh sebenar kenduri tersebut.
"Seminggu dua ini kami mahu bercuti terlebih dahulu untuk merehatkan minda dan selepas itu baru kami merancang untuk majlis berkenaan.
"Yus akan bercuti di Perlis manakala saya akan menghabiskan masa untuk memancing," ujarnya.
Mengulas mengenai kemenangan pada MLM 2012, Tauke berkata, mereka berpuas hati dengan kedudukan naib juara yang disandang mereka dan menganggap ia sebagai rezeki dari Tuhan.
Tambah Tauke, antara faktor lain kemenangan mereka mungkin disebabkan persembahan mereka pada musim ini konsisten sejak minggu pertama.
"Berbanding musim lalu, persembahan kami kurang menyengat namun mengambil pengalaman untuk memperbaiki untuk pertandingan tahun ini.
"Alhamdulillahlah semua lawak yang ditonjolkan berjaya menambat hati peminat dan juri," jelasnya.
Tambahnya lagi, mereka akan meneruskan perjuangan Jambu sebagai kumpulan selagi diterima peminat.
A man leapt on stage and put a gun to the head of the leader of
Bulgaria's ethnic Turkish party before security guards wrestled him to
the ground during a televised conference on Saturday.
Ahmed Dogan, the leader of the Movement for Rights and Freedoms (MRF)
escaped unscathed, and it was not immediately clear why the attacker
targeted him at the party congress in central Sofia.
Television footage showed the man jumping out of the audience
brandishing the gun which he pointed at Dogan's head. Security guards
pulled him to the ground and he was repeatedly beaten and kicked by
conference delegates.
Police said they arrested the attacker, a 25-year-old from the Black Sea town of Burgas, who was also carrying two knives.
Interior Minister Tsvetan Tsvetanov said the attacker tried to fire two shots but "most likely the gun misfired."
The liberal MRF party represents ethnic Turks and other Muslims who
make up about 12 percent of Bulgaria's population of around seven
million. Most Muslims in Bulgaria are not recent immigrants but are a
centuries-old community, mostly ethnic Turkish descendants of Ottoman
rule.
"Bulgarian society is traditionally known for its tolerance, mutual
acceptance and respect between different ethnic groups and religions,"
President Rosen Plevneliev said in a statement. "Such an act is
unacceptable in a democratic state."
Dogan, 58, who has lead the party for almost a quarter of a century,
returned to the party conference a few hours after the attack and was
greeted with standing ovation from delegates.
In 1996, former Prime Minister Andrei Lukanov was found shot dead near
his home in Sofia, but attacks on politicians are rare in Bulgaria.
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya Bismillah, wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah, wa’ala aalihi washahbibi wa man waalaah, amma ba’d.
Saya melihat beberapa hari ini ada dokumen-dokumen tentang pernikahan
saya disebarkan. Saya akui dokumen-dokumen tersebut adalah benar dan
perkahwinan saya yang kedua juga merupakan satu perkahwinan yang benar.
Mungkin saya boleh berikan gambaran umum tentang perkahwinan saya dan
siapakah isteri saya. Ketika saya belajar di luar negara, saya
mempunyai seorang sahabat yang beragama Islam dan dia adalah orang
Filipina. Dia memiliki adik perempuan hasil daripada perkahwinan ayahnya
yang beragama Islam dan ibunya yang beragama Kristian. Ini adalah
perkara biasa di Filipina begitu juga di Indonesia.
Sahabat saya dididik oleh ayahnya apabila ibu dan ayahnya bercerai,
manakala adik perempuannya iaitu isteri saya sekarang hidup dengan
ibunya yang beragama Kristian. Maka dia beragama Kristian.
Kemudian sahabat saya datang ke Malaysia pada awal tahun lepas untuk
urusan perniagaan dan saya membantu sahabat saya ini, dan ketika itu
adiknya yang pada ketika itu masih lagi beragama Kristian datang
bersamanya.
Disebabkan kami berkawan karib dalam tempoh yang lama, maka sahabat
saya menyatakan keinginan untuk menjadikan saya lebih dekat dan lebih
hampir dengan keluarganya. Dan secara langsung membantu untuk
meng-Islamkan adiknya.
Saya berbincang dengan isteri pertama saya dan mendapatkan pandangan
daripadanya, dan alhamdulillah isteri saya bersetuju, maka kami pun
berkahwin. Cuma proses perkahwinan tersebut memang berlangsung di
Songkhla, Thailand, di sebuah institusi yang dibenarkan oleh Konsulat di
sana.
Persoalan 1: Mengapa memilih Thailand?
Pertama, untuk urusan memeluk Islam. Nama dia di dalam passport telah
dipertontonkan oleh blogger-blogger pembangkang. Nama pun jika dilihat
bukan nama Islam; Maria Joy Erlano. Timbul isu apabila diminta supaya
menuntut pengesahan Islam.
Saya sendiri ke Kedutaan Filipin bersama sahabat untuk mendapat
pengesahan bahawa dia ini Islam, tetapi agak sedikit sukar. Dalam tempoh
tersebut, visa sebagai orang yang masuk daripada Filipina hampir tamat.
Jadi kemampuan yang saya ada setelah mendapat nasihat daripada
teman-teman, mereka menasihati saya agar pergi ke Thailand.
Di Thailand saya mencari tempat yang mendapat pengiktirafan dari
Malaysia sendiri. Jadi saya pergi ke tempat tersebut iaitu di Islamic
Committee di Songkhla dan kemudian saya mendaftarkan pernikahan di
Konsulat dan Konsulat mengeluarkan surat mengesahkan perkahwinan
tersebut, dan setelah pulang saya pergi melalui teman saya ke Wisma
Putra untuk mengesahkan dan akhirnya dibawa ke mahkamah.
Ini yang saya lakukan. Dan saya tidak melakukan apa-apa bentuk
kesalahan. Oleh kerana saya adalah orang yang kuat bercakap tentang
kepentingan mentaati pemerintah, orang bertanya kepada saya dan menuduh
saya tidak taat kepada pemerintah. Apa yang saya lakukan bukan merupakan
kesalahan. Buktikan dari sudut undang-undang dan akta bahawa saya
melakukan kesalahan.
Saya bukan berkahwin dengan orang Malaysia. Saya berkahwin dengan
orang Filipina. Yang menjadi kesalahan ialah kalau berkahwin dengan
orang Malaysia di luar, kemudian balik baru daftar. Itu kena saman
RM1000. Saya tidak dikenakan apa-apa saman. Dokumen saya telah
membuktikan bahawasanya saya pergi ke mahkamah syariah negeri
Terengganu.
Persoalan ke-2: Mengapa Mahkamah Syariah Negeri Terengganu?
Kerana isteri pertama saya orang Terengganu. Dan saya bawa isteri
pertama saya bersama isteri kedua ketika saya pergi ke mahkamah syariah
negeri Terengganu di mana saya telah memperkenalkan isteri pertama saya
di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Syariah yang akhirnya bersetuju dan
mengesahkan pernikahan saya dengan isteri kedua.
Jadi apa isunya? Saya tidak lari. Saya tidak tipu. Saya bukan mengambil isteri orang. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Alhamdulillah, Allah SWT berikan kepada saya kekuatan untuk meng-Islamkan seorang yang kafir. Sabda Nabi SAW,
لأن يهدي الله بك رجلاً واحداً خير لك من حمر النعم “Lantaran Allah memberi hidayah melalui kamu kepada seorang
lelaki, ia lebih baik bagi kamu berbanding (kamu memperolehi) unta
merah.” (riwayat Bukhari)
Maksud hadis ini menurut para ulama adalah meng-Islamkan seseorang.
Jadi saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim.
Saya telah meng-Islamkan seorang Kristian, dan saya tidak melakukan
apa-apa kesalahan, saya daftarkan di luar kerana terdesak pada waktu
tersebut untuk mendapatkan pengesahan sebagai seorang Muslim, jadi saya
pergi ke Thailand dan mendapatkan tempat yang disahkan oleh Konsulat
Malaysia di sana dan kembali mengesahkan pernikahan ini di mahkamah.
Persoalan ke-3: Mengapa mengambil tempoh yang lama (2 bulan)?
Saya berceramah di atas pentas-pentas Umno. Saya bercakap tentang
Islam. Saya ada banyak program-program Islam yang saya buat dengan Umno
pada hari ini. Umno membuka ruang pentas untuk saya bercakap tentang
agama.
Selepas tarikh saya bernikah (29 Mei), pada awal Jun saya pergi ke
Adelaide, Australia untuk program agama di sana. Saya tidak sempat.
Balik dari sana saya sibuk dengan program ceramah dan tidak sempat pergi
mendaftar.
Kemudian pada bulan Ramadhan baru saya berkesempatan pergi bersama
isteri pertama dan juga isteri kedua bersama-sama untuk mengesahkan
pernikahan di Mahkamah Syariah Negeri Terengganu.
Sekali lagi saya katakan, saya memilih Terengganu kerana isteri
pertama saya orang Terengganu.
Saya mendapat pandangan daripada
pendaftar di Jabatan Agama Islam sendiri yang mengatakan bahawa
sekiranya isteri pertama dari negeri Terengganu, urusannya lebih mudah.
Jadi setelah saya membuat pengesahan di mahkamah syariah, saya sangka
dengan pengesahan tersebut saya boleh memohon agar dikeluarkan visa.
Rupa-rupanya, apabila saya pergi ke imigresen saya menghadapi masalah
seterusnya. Belum boleh lagi memohon visa, perlu ada sijil nikah dari
Jabatan Agama Islam.
Jadi saya pun menghantar sekali lagi dokumen. Dalam urusan tersebut
saya melihat saya sendiri perlu pergi sebab saya tinggalkan dokumen
selama ini. Jadi dalam tempoh tersebutlah saya tinggalkan dokumen di
sana dan –wallahua’lam- berita ini keluar.
Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dan saya tidak bermaksud
hendak menuduh mana-mana pihak yang membongkarkan dokumen yang saya
kira sulit.
Persoalan ke-4: Kenapa pernikahan itu didiamkan?
Mereka ada bangkitkan kenapa saya diamkan dan tidak mengiklankan. Bahkan ada yang bertanya kenapa tak buat kenduri di PWTC.
Saya berkahwin dengan orang yang sebelumnya beragama Kristian, bukan
Islam. Sebelum dia memeluk Islam, pakaiannya mendedahkan auratnya. Jadi
saya perlukan masa untuk berikan pentarbiyahan dan mendidiknya dalam
etika berpakaian, etika bercakap, etika shalat dan sebagainya.
Itu saya
yang bertanggungjawab untuk mentarbiyahkan. Bukan mereka.
Sebenarnya saya telah pun membuat kenduri pada bulan Ramadhan di mana
saya mengumpulkan sahabat-sahabat. Sabda Nabi di dalam hadis, “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.”
Hadis tersebut Nabi katakan kepada Abdurrahman bin ‘Auf. Abdurrahman
bin ‘Auf adalah jutawan, seorang yang kaya. Dia mampu buat kenduri
dengan kambing. Adapun saya, saya bukan orang yang kaya. Saya bukan
orang yang ada tanah, hutan balak dan sebagainya. Saya adalah orang
biasa jadi saya buat dengan kadar yang saya mampu.
Jadi kalau mereka mahu saya buat kenduri sekali lagi boleh juga jika
mereka hendak menaja baju, atau hendak menaja kenduri saya. Saya
tawarkan kepada mereka.
Persoalan ke-5: Adakah salah nikah di Thailand?
Nabi tidak pernah menetapkan bernikah mesti di negara tertentu
sahaja. Nabi tidak pernah menetapkan kalau menikah mesti di Makkah atau
Madinah. Berapa ramai orang kita nikah di Makkah, berapa ramai orang
kita nikah di Madinah, berapa ramai pelajar-pelajar kita di luar negara
nikah di Australia, Mesir, London, Eropah, apa masalahnya?
Thailand pun sebuah negara juga. Kalau hendak mengatakan Thailand
negara bukan Islam, adakah Amerika negara Islam? Mengapa bila kahwin di
Amerika dipuji, jadi mengapa berkahwin di Thailand dikeji? Melainkan
jika kita melakukan perkara yang menyanggahi syariat.
Sekarang ini telah dibuktikan daripada dokumen saya bahawa hakim
mahkamah syariah negeri Terengganu mengesahkan pernikahan saya. Jadi
sebenarnya tidak patut timbul isu.
Oleh kerana saya lihat ada unsur-unsur menfitnah, mengatakan saya
kahwin lari, dan ada unsur-unsur hendak menggambarkan apa yang saya buat
ini adalah perkara yang negatif, mengaitkan saya dengan penipuan, tidak
taat pemerintah, maka saya ingin menjawab perkara ini.
Saya selalu membangkitkan doa Sa’ad bin Abi Waqqash, sahabat Nabi RA.
Dia pernah berdoa ketika dia difitnah, dituduh pentadbirannya tidak
baik, shalatnya juga tidak baik ketika dia menjadi gabenor. Dia pun
berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya orang ini berdusta maka
panjangkanlah usianya, panjangkanlah kefakirannya, dan timpakanlah ke
atasnya fitnah.”
Dan orang menemui lelaki itu beberapa tahun selepas itu dalam tempoh
yang lama dalam keadaan lelaki itu tua melarat, fakir miskin yang amat
sangat dan dia duduk di tepi jalan meraba wanita yang lalu lalang di
tepi jalan. Orang bertanya mengapa, dia mengatakan “aku terkena doa Saad
bin Abi Waqqash.” Bacalah kisah ini di dalam Sahih Al-Bukhari.
Jadi saya doakan kepada orang yang menyebarkan tentang perkahwinan
saya dengan tujuan untuk mengaibkan saya, memalukan saya, dan dengan
tujuan menimbulkan persepsi yang negatif tentang perkahwinan saya ini,
maka saya doakan seperti doa Saad bin Abi Waqqash.
“Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya mereka ini pembohong dan bertujuan
jahat, maka panjangkanlah usia mereka, dan panjangkanlah kefakiran
mereka, dan timpakanlah ke atas mereka fitnah.”
Persoalan ke-6: Mereka berdusta dengan menyiarkan separuh dari dokumen asal
Kalau dilihat dokumen-dokumen yang disiarkan oleh pembangkang ini
cuma separuh sahaja. Mereka cuba hendak memfitnah dan memburukkan saya
dengan menampilkan separuh sahaja dokumen. Mereka tidak menampilkan
beberapa mukasurat yang jelas menunjukkan kenyataan mahkamah syariah
yang menyatakan,
“Saya sabit perkahwinan sebagaimana yang tersebut di atas
adalah sah menurut undang-undang di bawah peruntukan seksyen 10 dan
sub-seksyen 107 (1) Enakmen undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam
(Terengganu) 1985, dan memberi pengiktirafan kepada saksi-saksi.
Mengapa muka surat ini tidak dikeluarkan kalau sekiranya ia
benar-benar untuk tujuan kebaikan. Saya melihat di sana ada
tujuan-tujuan yang jelas, ada motif yang tidak baik terhadap penyebaran
maklumat dan isu ini. Wallaahua’lam.
Penulis buku kontroversi C.N Al-Afghani
mendedahkan 18 hari sebelum Pas membuat keputusan membenarkan kalimah
Allah dikongsi kepada penganut Kristian pada Disember 2009, Pas telah
menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk
menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam dalam partinya.
Menurutnya, perjanjian sulit itu dibuat di antara Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Hudud & Negara Islam Digugur
Perjanjian sulit Pakatan dibuat pada 18 Disember 2009, manakala
Lajnah Politik PAS Pusat membuat keputusan membenarkan kalimah Allah
kepada penganut Kristian dibuat pada 4 Januari 2010.
“Umat Islam masih kabur dengan status pemerintahan sebenar andainya
Putrajaya berjaya ditawan PR. Apa yang jelas PR telah menolak hudud
untuk dilaksanakan kerana Buku Jingga tidak menyentuhnya.
“Juga telah termaktub dalam perjanjian Persefahaman Pakatan
pembangkang pada 18 Disember 2009, bahawa tidak menjadikan perjuangan
Negara Islam dan pelaksanaan hudud sebagai agenda bersama,”dedah
Al-Afghani dalam buku terbarunya, “Kafirkah Aku”
Anwar Disepakati Jadi PM
C. N. Afghani, nama pena kepada Zainon Ismail yang juga bekas Exco
Dewan Pemuda PAS Kedah turut mendedahkan dalam perjanjian sulit itu,
Anwar Ibrahim disepakati bersama untuk dicalonkan menjadi Perdana
Menteri (PM).
“Tidak ada seorang pun ahli Pas sebelum 2008 mahu PM selain Datuk
Seri (Abdul Hadi) andainya PR menguasai Putrajaya pada PRU 12 dulu.
Ahli-ahli Pas berkorban semata-mata menjuruskan kepada cita-cita itu.
“Bagaimanapun, cita-cita yang menggunung ini berkecai apabila Datuk
Seri selaku Presiden Pas turut bersetuju untuk memilih DSAI sebagai PM
jika PR menguasai Putrajaya dalam PRU 12 yang lalu.
“Hal ini diakui oleh Lim Kit Siang, KM Pulau Pinang, ketika sesi
debat dengan Chua Soi Lek, Presiden MCA pada 8 Julai 2012 yang
lalu,”dedahnya.
Anwar Al-Juburi
Menurutnya, pencalonan Ketua Umum PKR itu bertentangan dengan prinsip
moral Anwar yang disebarkan di kalangan ahli-ahli Pas sebelum ini.
“Sebelum DSAI dipecat, Mohamad Sabu sering menyentuh isu liwat DSAI.
Antara istilah yang pernah disebutnya adalah ‘DSAI buka kilang kunyit’
dan juga menggelar DSAI sebagai ‘Anwar Al-Juburi’.
“Sehingga kini Mohamad Sabu tidak pernah menarik balik ucapannya. Pas
pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan
Mohamad Sabu itu.
“Ini bermakna Pas pusat mengakui kebenaran dari ucapan Mohamad Sabu.
DSAI sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu. Kalau tidak
benar, Mohamad sabu wajib tarik balik ucapanya dan memohon maaf kepada
DSAI.
“Sejarah telah membuktikan DSAI yang satu ketika dahulu menjadi
Presiden ABIM telah lari meninggalkan jemaah Islam untuk menyertai Umno.
Dengan tidak memilih Pas, saya fahamkan DSAI tidak menjiwai perjuangan
Islam.
“Tidak mustahil, keadaan yang sama boleh berulang setelah DSAI diberi
kepercayaan sebagai PM.
Mahukah Pas sekadar menjadi batu loncatan
kepada DSAI dalam mengejar cita-citanya.
“Pendedahan Datuk S Nallakaruppan terhadap DSAI berhubung isu
biseksual adalah serius. Logiknya, Datuk S Nallakaruppan membantu DSAI
memenangkan PR sebab DSAI bakal jadi PM.
“Sebagai kawan rapat tentu Datuk S Nallakaruppan boleh mengharapkan
sesuatu. Oleh itu, selagi Pas tidak tubuh jawatankuasa khas menyiasat
isu ini bermakna Pas masih mengamalkan sikap pilih kasih,”dedahnya lagi.
"Kalau ada rezeki dan ada jodoh, kami akan berkahwin pada tahun ini," itu komen Zain Saidin apabila diminta mengulas tentang status hubungannya dengan Rozita Che wan. Komen lanjut daripada Zain ini sememangnya ditunggu-tunggu selepas dia meluahkan perasaan terhadap Rozita melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Tambah Zain lagi, dia dan Rozita sudah pun berbincang tentang perkahwinan mereka dan Rozita menyerahkan keputusan di tangannya.
"Che Ta (Rozita) tidak ada letak sebarang dateline kepada saya. Tetapi sudah tentu saya perlukan masa untuk buat persiapan. Sebabnya, saya lelaki dan saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan kahwin. Sebab itu saya kata, kalau ada rezeki, kami akan berkahwin pada tahun ini. Saya dan Che Ta memang serius. Kalau terdengar gosip tentang Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar.
Dia bersama saya ketika ini," ujar Zain tegas.
Dalam masa yang sama, Zain turut mempertahankan tindakannya meluahkan kata-kata cinta terhadap Rozita Che wan di akaun Instagram. Biarpun ada yang menganggap tindakannya itu bagaikan mencari publisiti murahan, tetapi Zain punya pendapat sendiri.
"Tak kisahlah orang hendak kata apa pun. Saya buat begitu kerana saya tidak mahu lagi orang mengawal pergerakan atau tindakan saya. Kalau saya tidak berterus-terang pun, orang masih akan bercakap. Jadi, lebih baik saya akui perkara itu. Sama ada orang boleh terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Saya tidak boleh menangkan hati semua orang," tambah Zain lagi.
Memandangkan Rozita merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki, Zain turut ditanya tentang hubungannya dengan anak-anak Rozita. Adakah hubungannya mendapat tentangan mereka atau sebaliknya?
"Saya dengan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Hubungan kami baik-baik sahaja. Lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar mendekati anak-anak Che Ta sebab mereka peramah macam ibu mereka," ujar Zain.
Dalam perkembangan lain, Zain akan bertolak ke Amsterdam pada 24 Februari hadapan bagi menjalani penggambaran sebuah telemovie. Zain akan bergandingan dengan Rita Rudaini sebagai pasangan suami isteri. Ironinya, Zain memegang watak Maliq, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan seorang janda beranak dua.
"Ketika mendapat tawaran lakonan ini saya rasa hendak tergelak sebab menyedari watak ini ada kena-mengena dengan saya. Tapi, saya tidak kisah pun. Saya buat atas dasar kerja," ujar Zain yang bakal muncul dalam siri Oh My English! musim terbaru.
GEORGETOWN - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berharap pendirian Pas berhubung isu kalimah ALLAH tidak bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR).
Beliau menyeru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula pendirian Majlis Syura yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Karpal juga berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar selaras dengan keputusan yang telah dicapai Majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari lepas.
"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Isu kalimah ALLAH dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena sambutan Hari Natal Disember lepas yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata: "Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas... dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas."
Kalau ada seorang isteri, tak mengapalah. Nak-nak pulak kalau isteri tu
dah tua, dah kerepot dan dah 'kering'. Tertalaq tiga isteri tua tu, dah
ada alasan untuk cari isteri baru. Buatnya ada dua, tiga atau empat
isteri dan masih bergetah lagi, tetiba pulak tertalaq tiga kesemuanya
sekali gara-gara keluar dari PAS, tak ke niaya. Boleh gelak sambil
guling atas tanah woo... manakan tidak, dah banyak habis, bila tertalaq
semua sekaligus, bukan setakat habis lagi, muflisin terus.
Mengharapkan pemimpin PAS, hendak-hendak pula yang ada jawatan atau
menjadi ADUN dan Ahli Parlimen keluar dari PAS, macam mengharap awan
bertukar jadi kekabu ler. Tidak mungkin ada yang sanggup dihina
ahli-ahli sendiri, mentalaqkan isteri kerana tidak bersetuju dengan
kepimpinan parti.
Lainlah kalau dipecat dari parti macam Hasan Ali.
Justeru, kenyataan Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS bahawa dia tidak
akan keluar dari PAS semata-mata kerana bertentangan pendapat dengan
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, adalah boleh dipercayai dan
berkredibiliti. Dan kata-katanya bahawa TIDAK ADA SEBAB untuk dia
tinggalkan parti itu, juga memang boleh dipercayai dan dipegang.
TIDAK ADA SEBAB untuk dia mentalaq tigakan isteri (-isterinya?) hanya
semata-mata kerana dia tidak sependapat dengan Presiden PAS.
Khabar-khabar angin tentang Harun Taib dan Harun Din Al-Hafiz akan
meninggalkan PAS dalam masa terdekat ini kerana tidak bersetuju dengan
keputusan PAS yang diwakili oleh Presidennya menandatangani persetujuan
membenarkan Bible versi Bahasa Melayu menggunakan KALIMAH ALLAH, begitu
kencang bagaikan puting beliung.
Namun keputusan Majlis Syura PAS pada 14 Januari 2013 untuk SEPENDAPAT
DENGAN UMNO dalam hal penggunaan KALIMAH ALLAH, telah mematikan
khabar-khabar angin berkenaan. Atau lebih tepat lagi melegakan Harun
Taib sekurang-kurangnya kerana dia tidak perlu gusar dilihat sebagai
telunjuk mencucuk mata dalam PAS.
Biarpun Azmin Ali tetap dengan pendiriannya bahawa PKR menyokong
penggunaan KALIMAH ALLAH oleh Bible berbahasa Melayu dan menganggap
Majlis Syura PAS sebagai bodoh, bebal, bahlol dan bengong, keputusan
Harun Taib untuk terus kekal di dalam PAS, sekurang-kurangnya memberikan
keyakinan kepada ahli-ahli PAS yang lain, Islam akan terus menjadi
jenama yang boleh dijual bagi mendapatkan undi dan pengaruh pada
pilihanraya akan datang.
Beginilah keadaan dahi Aqili yang luka akibat terkena besi tajam
PETALING JAYA: Anak kepada penyanyi Ifa Raziah cedera di dahi
selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan rakan sekolahnya dalam
kejadian yang berlaku di sebuah sekolah antarabangsa di Gombak, dekat
sini, Jumaat.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata,
anaknya Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 8, dikatakan ditolak oleh
seorang pelajar darjah lima akibat perasaan cemburu dengan koleksi
patung gusti yang dimiliki Muhammad Shakir Aqili.
"Pada tengah hari Jumaat, selepas tamat waktu sekolah, anak saya
berborak dengan anak kepada pelakon Amyza Aznan yang turut belajar di
sekolah yang sama. Mereka berborak mengenai patung gusti.
Aqili membuat imbasan 'computed tomography' (CT) di Pusat Perubatan Tawakkal. Foto Twitter Ifa Raziah
"Tiba-tiba datang seorang budak darjah lima menyertai perbualan itu
dan anak saya terus menyambung perbualannya sambil menceritakan koleksi
patung gusi yang dimilikinya.
"Kerana tidak percayakan kata-kata Muhammad Shakir Aqili, budak itu
menolaknya sehingga kepala dia terkena besi menyebabkan luka pada dahi
sebelah kiri," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini malam Jumaat.
Tambah Ifa, akibat kejadian itu anaknya terpaksa dihantar ke Hospital
Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan dan menerima enam jahitan.
Katanya, Muhammad Shakir Aqili, juga terpaksa di hantar ke Hospital
Pakar KPJ Tawakkal (KPJ TSH) dekat sini untuk menjalani imbasan kerana
dikhuatiri terdapat gegaran otak.
Dalam pada itu, sehingga berita ini ditulis pada malam Jumaat, Ifa
berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak itu masih belum bertemu atau
menghubunginya walaupun mereka telah diberitahu mengenai kejadian
tersebut oleh pihak sekolah.
"Pelik juga, sepatutnya ibu bapa budak itu perlu meminta maaf kepada
saya dan suami, tetapi sehingga sekarang mereka tidak menghubungi kami
pun. Sedangkan mereka telah diberitahu oleh pihak sekolah,” katanya.
Ifa yang turut bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya itu akan membuat laporan polis pada Sabtu.