iklan nuffnang

pages

Monday, December 23, 2013

‘Himpunan Guling Kerajaan’ di Ambang Tahun Baru 2014, Peserta Bakal Bawa BOM Serang Polis?


Beberapa pihak hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran hasutan mengajak orang ramai menyertai satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Antaranya ialah badan bukan kerajaan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang turut menganggap perkara itu satu isu serius dan perlu ditangani dengan tegas.

Hasutan itu dikesan menerusi laman sosial Facebook yang menggunakan nama 'Rejimen Anarki', mengajak orang ramai menyertai 'Himpunan Guling Kerajaan', kata Presidennya Salleh Ismail kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di Georgetown.

Sumber Gambar:

Katanya hasutan yang berbau ugutan "SAPA HALANG, KAMI LANGGAR...INI PROTES RAKYAT SAPA HALANG KAMI LAWAN" itu dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook tersebut pada 18 Disember lalu.   

Di Sepang, Pemuda Umno Sepang turut membuat laporan polis meminta pasukan keselamatan itu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berkenaan.

Ketuanya Noorazli Said berkata tindakan pihak berkenaan jelas cuba mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku di Mesir.

"Kita ada pilihan raya umum setiap lima tahun sekali, jadi penganjur sepatutnya guna jalan yang betul, bukan heret rakyat turun di jalanan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. - Bernama, 22 Disember, 2013.

1 comment:

  1. ANJING ANJING GILA INI WAJAR DI KURUNG.............

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com