iklan nuffnang

pages

Wednesday, October 23, 2013

[TERKINI][DATUK MADINAH NAFI AKAN AMBIL ALIH JAWATAN KPPA] Khabar Angin Kerusi Panas Jawatan KPPA


"Beberapa hari ini telah tersebar khabar angin (rumours) bahawa saya akan menggantikan YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 

Di sini, ingin saya menafikan serta menjelaskan bahawa perkara ini adalah tidak benar sama sekali dan merupakan fitnah yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Saya masih lagi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan kesetiaan dalam melaksanakan amanah yang diberikan." 


FB Datuk Dr. Madinah Mohamad
Kenyataan tersebut telah dibuat oleh YBhg. Datuk Dr. Madinah binti Mohamad, KSU Kementerian Pendidikan Malaysia dalam laman Facebook beliau ekoran terdapat khabar angin terbaru yang mengaitkan beliau akan menggantikan Tan Sri KPPA, Tan Sri Zabidi, yang baru sahaja dilantik pada 15 Mac 2013 yang lalu. 

YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah mengisi Kerusi PANAS jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam  (KPPA) yang telah dikosongkan sejak 1 Julai 2012  berikutan penamatan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah dalam perkhidmatan Kerajaan.

Beberapa hari kebelakangan ini, terdapat khabar angin menyatakan bahawa Tan Sri Zabidi akan meninggalkan kerusi panas KPPA tersebut disebabkan masalah tertentu yang tidak diketahui puncanya.

Manakala nama Datuk Madinah, KSU KPM disebut-sebut akan diangkat ke kerusi tersebut sehinggakan memaksa beliau membuat satu kenyataan di laman facebook bagi menafikan perkara tersebut.

Untuk makluman, kenyataan Datuk Madinah itu turut dipanjangkan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa di laman facebook beliau.



Namun demikian, banyak pihak menyatakan penafian tersebut sepatutnya dibuat oleh Tan Sri Zabidi dan bukannya oleh Datuk Madinah. Penafian oleh Datuk Madinah memberi gambaran kepada rakyat dan kakitangan awam bahawa beliau memberi perhatian dan minat yang serius untuk ke kerusi panas KPPA itu. Tambahan pula penafian itu dibuat di media sosial.

Walau bagaimanapun, kesudahan yang sebenar dalam permainan politik peringkat tertinggi perkhidmatan awam ini akan kita sama-sama tunggu dan lihat, siapakah yang akan kena.


1 comment:

  1. politik perkhidmatan awam mengalahkan politik di bangladesh

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com