iklan nuffnang

pages

Wednesday, August 7, 2013

Diana Danielle Jawab Isu Pendaftaran Nama Anak


Sebelum ini pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil pernah memaklumkan bahawa putera sulungnya yang dilahirkan pada 2 Julai lalu masih belum diberikan nama, ini kerana dia ingin mendaftarkan nama bayinya itu di Malaysia.

Susulan daripada kenyataan tersebut, terdapat segelintir peminat yang bertanya bagaimanakah pasangan ini akan membawa pulang bayi tersebut sedangkan namanya belum didaftarkan dan sekaligus tiada passport untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Bagi menjawab pertanyaan tersebut, Diana Danielle menjelaskan bahawa anaknya boleh menggunakan passport ekspres dan tiada masalah untuk dia mendaftarkan nama anaknya itu di Malaysia kelak.


Untuk makluman, Diana Danielle akan membawa pulang putera sulungnya itu ke Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri nanti dan buat masa ini dia dan Farid Kamil telah menyediakan beberapa nama yang sesuai buat bayi comel tersebut.

- OhBulan

2 comments:

  1. Farid Farid Farid

    Banyak sangat tanda tanya tentang ko dan bini ko.

    1. Baru saja kahwin, tak dan puas nak bermesra sebagai suami isteri, ko dah hantar bini ko ke seberang laut. Ramai orang tertanya2, ramai orang rasa pelik, ramai orang heran dengan korang berdua laki bini.

    2. Biasanya orang kalau dapat anak pertama, riuh satu kampong dan riuh satu dunia. Buat majlis sambutan (kenduri) rumah mentua sebelah lelaki dan kenduri rumah mentua sebelah pompuan. Nak2 korang berdua artis pulak tu, fuhhhh tak ada majalah yang tak akan publish cerita korang dapat anak yang comel lomel. Tapi korang dapat anak pertama SENYAAAPPPP jer. Orang ramai rasa pelik.

    3. Sampai hari ni dah sebulan lebih anak ko keluar, tapi tak ada nama lagi. Tak pernah terjadi dalam sejarah macam tu punya susah nak cari nama anak. Aku cadangkan Farid ko pergi bertapa di puncak Gunung Jerai untuk dapat nama anak yang cantik. Entah2 bini ko tak beranak pun, yang dalam gambar tu cuma anak patung saja. Tengok air muka bini ko macam masih anak dari saja lagi.

    Lantak ko lah Farid. Janji ko dengan bini ko bahagia.

    ????????? Heran

    ReplyDelete
  2. Apa nak heran nama pun Farid Kamil..tengok anak kedua nanti kalau adalah...siap dia canang seantero donia..wayang semua ni..ala nama JALAK LENTING pun molek gak atau "dagang pak malau dagang bertempat..dagang hamba mengkuang lalu.." nama omputih ni bukan klas pun..

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com