innity

pages

Friday, May 10, 2013

[GAMBAR, TERKINI] Mahasewel DEMO bawa replika keranda, tuntut ketua SPR undur


Beberapa NGO mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya bagi menyerahkan memorandum menuntut agar pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletak jawatan berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.

Perhimpunan yang bermula pada jam 2.30 petang itu dihadiri kira-kira 50 orang yang diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard.

Sambil membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis "PRU 13 adalah yang paling kotor" mereka turut melaungkan "Tukar SPR" dan "Anak muda mahukan keadilan".

Turut kelihatan juga ialah kira-kira 10 orang anggota polis di sekitar kawasan perhimpunan itu bagi mengawal keselamatan.

Sementara itu, dalam ucapan selepas memorandum diserahkan kepada pegawai perhubungan awam SPR, Safwan berkata, pihaknya memberi masa selama tujuh hari untuk pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberikan respon terhadap tuntutan mereka.

Demo Depan Pagar Parcel C(SPR) Sebahagiannya Mahasiswa yang hadir
Di hadapan pejabat SPR Putrajaya

4 comments:

  1. Nak katakan tak sekolah..belajar sampai masuk University...
    Nak katakan bodoh pandai juga....entahlah apa nak jadi dengan anak anak MELAYU ini....
    Ingat lah mana ada negara macam Malaysia nie..

    ReplyDelete
  2. Macam dah hilang akal. Demo sana, demo sini. Yang tak kena tu saman di mahkamah le. Pemimpin apa ni. Bikin kacau,kacau,kacau! Dah meluat tengok. Anak muda pulak pak turut. Dah bijak . Semua orang buat tak betul belaka.

    ReplyDelete
  3. Agak2 lah kan.. apa nk jadi dgn malaysia jika semua ni berterusan? Tk takutkah dgn Allah SWT dgn perbuatan2 mencabuli nikmat keamanan?

    ReplyDelete
  4. errr.... depa tu ngundi tak? ntah2 x mendaftar, or x cukup umur lg.. dh sibuk gegar sana sini je.. tong drum je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com