iklan nuffnang

pages

Tuesday, April 30, 2013

VIDEO Ustaz Rujhan jadi FENOMENA


KUALA LUMPUR 30 April - Penceramah bebas, Ustaz Rujhan Abdul Rahman mencetuskan fenomena dan membuka mata masyarakat Islam apabila membongkar perilaku pentadbiran negeri Kelantan dan kepimpinan Pas dalam ceramah mesra di Putrajaya kelmarin.

Video ceramah beliau yang kurang 48 jam dimuat naik di laman Youtube mendapat sambutan penonton.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat itu cukup terkenal dengan kelantangan mengkritik pentadbiran Pas di Kelantan yang dilihat telah terpesong daripada perjuangan asal mereka.

Kritikan itu semakin hebat apabila Pas menjadi sekutu DAP, satu-satunya parti yang lantang menolak negara Islam yang diperjuangkan Pas sebelum ini.

Ceramah itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

\

11 comments:

  1. ternganga PAS, tak leh cakap apa ustaz PAS

    ReplyDelete
  2. rosak Pas . kawarij, syiah semua ada

    ReplyDelete
  3. yg tunjuk video lucah/fitnah dlm ceramah parti cmne pulak

    ReplyDelete
  4. jawapan biasa penyokong sesat, yang ustaz dok cakap bertimbun-timbun KEJAHTAN DAN KESESATAN PAS termasuk soal Aqidah, tu korang buat tak tahu je

    Patutnya keluar Pas tak payah sokong parti mana2 pon, sebab semuanya JAHAT

    ReplyDelete
  5. Wahai ustaz yang bercakap.. ingin ana tegur secara hikmah dan lemah lembut.

    ana pasti antum juga mempelajari salah satu kaedah fiqh iaitu mengambil mudharat yg ringan adalah dibolehkan untuk menghindarkan mudharat yang lebih besar. Kerajaan PAS wajar saja punya kelemahan kerana ia tidak berkuasa, tapi anda nilaikan sendiri kerajaan yang BERKUASA, banyak kelebihan tapi mendatangkan MUDHARAT yang cukup besar kepada rakyat Malaysia.

    Ustaz, undi dan ucapan antum juga akan dinilai di hadapan Allah atas usaha antum untuk menjatuhkan kerajaan yang berusaha untuk mengangkat Islam melangkaui batas bangsa.

    Ana juga orang Kelantan yang merasai kesusahan berjuang, adakah antum sudah putus asa dalam berjuang untuk tegakkan keadilan, membanteras maksiat dan penyelewengan dan salah guna kuasa selama lebih 50 tahun? Atau antum dah mula cuba menukar manisnya iman kepada kelazatan dunia pula sedang antum nak kami terus menderita di bawah rejim zalim ini? Subhanallah.. Astaghfirullah..

    Antum pasti tidak lupa ayat Qur'an yang menegah manusia untuk cenderung dan redho kepada kezaliman.

    Cukuplah, INI KALILAH.. Ana tidak meragui keikhlasan antum menyampaikan ceramah ini, ana tak nampak antum cari populariti di situ, tetapi antum tahukah kesannya pada orang yang mendengarnya ini?


    ReplyDelete
    Replies
    1. ini lah perangai penyokong Pas yang berlagak alim tapi alim kuching. ko ni seolah pekak dan bisu, buta dan tuli..alim tapi jahil

      bercakap ttg fiqh tetapi tak cukup ilmu.. kemudarat yang paling besar adalah berkaitan aqidah

      kalau dulu kafirkan UMNO dengan selambanya hanya kerana perlembagaan persekutuan yg dikatakan undang2 penjajah tetapi sekarang dah berzina dan bersekedudukan dengan DAP dalam buku jingga kekalkan juga undang2 itu

      Selama ini umat Islam Malaysia telah hancur, berpecah hanya kerana kejahatan PAS, solat dua imam, sembelihan UMNO haram dimakan, perceraian kerana berbeza parti dll

      Aku letih lah bila bercakap dengan orang Pas, mereka semua bebal, salah sendiri tak nampak aysik dok nampak salah orang

      INI BAHANA AJARAN SESAT, PENGIKUT AKAN MEMBUTA TULI PERCAYAKAN TOK GURU MELEBIHI AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

      Delete
  6. ostad berape juta pulok nie 2 @ 3 jota...kah3x..idop bN=banglaNepal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beginikah bahasa/tutur kata org Islam? beginikah akhlak seoarg Islam dalam berdebat@berbicara?

      “Bukanlah seorang mukmin orang yang suka mencerca, melaknat dan bercakap
      kotor” (HR Imam Ahmad dari Abdullah bin Mas’ud).

      Jika ustaz2 yg berceramah di pentas PAS/PKR tidak pula org UMNO mengatakan dia dirasuah/dpt habuan..tetapi apabila usta2z lain menegur PAS didalam ceramah bukan di atas pentas mereka, ustaz2 ini akan difitnah menerima rasuah..Adakah PAS/PKR langsung tidak pernah membuat kesilapan dan tidak boleh ditegur?

      tahukah anda akan hukum fitnah didalam Islam? Kembalilah kepada Islam yg hakiki..

      Semoga umat Islam Malaysia kembali sedar dan bersatu memulihkan agama Islam yg tercalar..ameen

      Delete
  7. apakah hukumnya memerangi puak2 yang memecahbelahkan orang islam? Islam yang rasulullah bawa mengajak kepada penyatuan..inilah yang diperjuangkan umno..islam pas menegakkan hukum Allah (allah yang mana?) perpaduan umat biar dulu..(eh ada nabi lain ke yang bgtau mcm tu?)

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com