iklan nuffnang

pages

Friday, March 22, 2013

Trend saman petanda buruk kebebasan media - Peguam


KUALA LUMPUR 22 Mac - Seorang peguam, Hasnal Rezua Merican menyatakan, tindakan menyaman akhbar atau blogger merupakan petanda buruk kepada kebebasan media di negara ini.

"Tindakan ini telah menjadi trend untuk menyempitkan kebebasan bersuara dan media. Kalau tidak boleh beri peluang untuk akhbar atau blogger untuk mengkritik, maka jangan bercakap mengenai kebebasan media," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Menurutnya, memanglah dari sudut undang-undang, sesiapa yang menyebar fitnah tidak kira penulis asal atau pencetak dan sebagainya boleh disaman.

Namun, ujar Hasnal Rezua, tindakan menyaman semata-mata hanya mereka yang mencetak semula dakwaan dikatakan fitnah itu tanpa memanggil penulis asal boleh disifatkan usaha menyempitkan pembelaan pihak yang disaman.

"Akhbar-akhbar propembangkang juga ada menyiarkan fitnah atau perkara-perkara yang meragukan tetapi tidak disaman oleh kerajaan. Kerajaan sedia ada lebih percaya kepada kebebasan media di samping pendekatan memberi penjelasan mengenai perkara yang sebenar.

"Tetapi trend yang ada sekarang, baru ditanya soalan, sudah hendak saman. Baru ditanya soalan, sudah ugut hendak panggil pengawal keselamatan.

"Kalau tidak bersedia untuk menghadapi media, memberikan jawapan atau penjelasan terhadap soalan yang akan diberikan, jangan dipanggil sidang akhbar," katanya.

Tindakan saman media dan blogger ini juga, kata Hasnal Rezua, merupakan usaha menutup mulut tidak kira daripada kalangan media atau pun penyokong parti itu sendiri.



No comments:

Post a Comment

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com