iklan nuffnang

pages

Monday, March 4, 2013

[TERBARU] Abby HINA artis kata buta politik & agama dalam ceramah

JOHOR BAHRU 3 Mac - Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang menyertai pembangkang, memperkecil-kecilkan golongan artis sebagai tidak peka dalam politik dan menuduh mereka tersasar jauh dari landasan Islam.

Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas di sini malam tadi, Abby menyifatkan bekas rakan-rakan dalam dunia seni menyertai majlis-majlis anjuran kerajaan sekadar untuk menghiburkan penonton dan menerima bayaran tanpa mengambil tahu perihal apa-apa politik.

"Artis bila popular, ego mereka tinggi dan masih ramai yang menyokong UMNO. Mereka tidak percaya rezeki dari Allah, mereka percaya rezeki UMNO yang bagi.
"Saya berada pada tahap cabaran yang sangat tinggi dalam usaha mentarbiah para artis. Bila saya kongsi maklumat di Twitter atau Facebook, mereka kata saya taksub dengan Pas," katanya.

Abby yang mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini, turut mendakwa ramai artis hari ini yang tidak menunaikan tanggungjawab tersebut kerana tidak dididik tentang kepentingan politik.

Ceramah hanya dihadiri tidak sampai 500 orang itu bermula kira-kira pukul 10 malam hingga 11.45 malam, namun tempoh Abby berucap setakat 40 minit dengan sesi-sesi lain diisi oleh penceramah Pas tempatan dan diselangi dengan persembahan beberapa buah lagu oleh sekumpulan pemuzik.



Ustazah Jadian' Abby boleh pesongkan akidah - Zed Zaidi

JOHOR BAHRU 3 Mac - Bekas pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dilabelkan sebagai 'Ustazah Jadian' dan mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihati selebriti yang kini menjadi penceramah Pas agar muhasabah diri sebelum sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain.
"Jadi, bila seseorang 'Ustazah Jadian' ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil mengulas kenyataan Abby yang menuduh artis negara ini sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari landasan Islam serta mendakwa kebanyakan artis mempunyai ego yang tinggi sehingga lupa rezeki adalah pemberian Allah.

Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas, di sini semalam, Abby juga menyifatkan rakan-rakannya dalam dunia seni yang menyertai majlis anjuran UMNO atau Barisan Nasional hanyalah sekadar untuk menghiburkan penonton dan mendapat bayaran tanpa mengambil tahu perihal politik.

14 comments:

  1. Tiada lagi apa2 ayat yang paling sesuai untuk menyanjung seorang insan yang kini benar2 telah insaf sepeti Ebby, apa yang dapat kulafazkan di sini khas buat artis kesayangan ku ini ialah. Ebby seorang Ustazah celup yang paling bodoh dan bebal di abad ini..maka tiada yang lebih bodoh melainkan semata-mata bodoh belaka..patut lah laki tak berapa berat hati untuk cari yang lain..berbinikan orang macam ni tension woo..!!

    ReplyDelete
  2. abbie meh la rasa tote aku ni..aku tau ko da gersang terlampau..akn aku puaskan ko..meh la syg~

    ReplyDelete
  3. Sedih....PAS dah kekurangan penceramah.Ambil orang baru saperti Ebby..sedih sekali.Apa lah dia tahu tentang perjuangan PAS...baru sahaja pakai tudung.Peminat2 Ebby....tak payah lah membuang masa.

    ReplyDelete
  4. tgna berkata buat pe saje ktt umno dpt pahala..jual kalimah dpt pahala juga ke abby banggang..

    ReplyDelete
  5. pada pendapat teman le... apa kata semua blogger pro BN jangan layan ustazah celop ni.. semua orang tahu cakap dia bukan boleh pakai..dia bukan ada ilmu agama atau ilmu dunia.. hanya pandai buat kejian dan fitnah yang pasti mendapat balasan daripada ALLAH.. tweet dia hanya nak glamour.. provoked BN/UMNO..
    Lagi kita layan.. lagi popular dia.. dan lagi banyak demand ceramah dari peminat parti PAS.. lagi mahal kena bayor.. dia bukan ada keja.. harapkan duit kutipan derma ceramah PAS je

    ReplyDelete
  6. Hahahhahaha... ape daaa... sape yg bebal ni...cmni la org bebal tak ngaku bebal.. yg die nmpk org lain je

    ReplyDelete
  7. bodoh nampak sangat. dia ingat pas tu ada kunci syurga. masuk pas masuk syurga, belajar mana ini. yg sbyg pun belum tau. itu rahmat tuhan. p ngaji , tadah kitab dulu dari guru yg muktabar. ingat melalak atas pentas ceramah pas tu ibadat ke, bengong xleh diajar

    ReplyDelete
  8. syurga pala bapak ko

    ReplyDelete
  9. abby ni kecewa ngan idup dia..kira mcm loserlah..nk kena kan norman khalwat x berjaya...konon2 bercinta ngan zul x jadi...kesian abby ni...terpaksa lah uat baik sb uat jahat x berjaya...huhuhu...sdngkan hati msuh lagi jahat..huhu..

    ReplyDelete
  10. Pas x de kunci ke syutga tp umno mungkin ada kunci neraka

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa cmna ko tau?? ko malaikat ka?

      Delete
    2. en. wan smua manusia tak kira sapa akn di hisab seadil2nya di sana nnt.. so muhasabah la diri masing2 dari dok menunding jari kat org len, tak kira umno, pas or pkr smua akn kena, tu jnji ALLAH S.W.T....

      Delete
  11. setuju sangat dengan anon 8:00pm. en. wan kena muhasabah diri. berbicara lah sebagai orang yang bijak. kita ni manusia biasa bukan ada apa2 kelebihan pun. semua orang tak kira alim ke tak ke akan dihisab di"sana". dosa walau sebesar zarah takkan terlindung. begitu juga amalan semua dihitung.malaikat tak pernah culas buat kerja. Allah lagi saksi segala perbuatan kita. ingat!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com