iklan nuffnang

pages

Tuesday, March 19, 2013

[PENGECUT] Anwar saman blogger Papa Gomo,


SHAH ALAM - Susulan penyebaran gambar seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang lagi lelaki lain dalam aksi "mesra" penghujung minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memulakan prosiding undang-undang terhadap blogger pro-Umno.

Pengendali blog terkenal Papa Gomo atau nama asalnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, didakwa menyiarkan gambar berkenaan pada 16 Mac lalu.

"Laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka," ujar Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga mendakwa gambar palsu dan video berkenaan jelas satu lagi siri serangan dan fitnah ke atas Anwar, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, menerusi blogger yang punya hubungan rapat dengan Umno.

"Tangan tersembunyi Umno itu jelas hadir di sebalik serangan terbaru menjijikkan ini," ujar beliau sambil berkata, ia adalah politik kotor yang menonjolkan keruntuhan moral musuh.

Anwar menerusi surat tuntutannya menggesa blogger terkenal itu menarik balik tuduhannya, membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam dan membayar ganti rugi kerosakan sebanyak RM100 juta.

"Jumlah kerosakan dituntut mencerminkan hubungan rapat penulis blog dengan sokongan jelas Umno dan Umno untuknya," katanya.

Anwar mendakwa gambar dan video berkenaan adalah cubaan berulang dengan taktik sama untuk menjatuhkannya.

Ulasan Celah Gelegar

Tindakan Anwar menyaman media dilihat sebagai langkah pengecut dan strategi jahat dalam menghadapi PRU-13.

Sebelum ini,  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau difitnah apabila dikaitkan dengan kejadian pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah, menyaman Utusan Melayu (M) Bhd. dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3).

Saman fitnah untuk menuntut ganti rugi RM100 juta daripada kedua-dua syarikat tersebut difailkan menerusi firma guaman Tetuan Daim & Gamany.

Hakikat sebenar dalam kes ini adalah TV3 dan Utusan hanya melaporkan apa yang dinyatakan oleh media antarabangsa seperti  Agensi berita antarabangsa, The Reuters yang melaporkan dengan memetik sumber risikan tentera Filipina mendedahkan kumpulan bersenjata tersebut menceroboh Sabah selepas diundang parti pembangkang Malaysia.

Perkara yang sama juga dilaporkan dalam media Filipina seperti Inquirer.net, Manila Post dan terbaru media Canada.

Apa yang pelik Anwar tidak pula berani menyaman media-media antarabangsa tersebut.

Oleh itu langkah Anwar menyaman blogger Papa Gomo juga dilihat langkah pengecut bagi memastikan  kejelikan moral beliau dapat disembunyikan.

Sebelum ini Pakaran Haram selalu melaung-laungkan tentang kebebasan media, sekarang mereka memijak media seperti yang dilakukan oleh diktator-diktator seluruh dunia.

Belum lagi berkuasa sudah gila mengawal, menggugut dan menikam media, cuba bayangkan apabila beliau mendapat kuasa sudah pasti hanya keadilan daily dan harakah sahaja yang akan wujud.

Tindakan Tian Chua yang memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Blog pro BN seperti Mymassa, Talk With Hand, Aloqlaloq dan Papagomo  juga dilihat cubaan untuk menutup dan menghapuskan kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Tindakan menyaman blogger juga dilihat cubaan untuk menakut-nakutkan blogger yang memaparkan kebenaran. TIndakan ini merupakan tindakan BACUL oleh pemimpin Pakatan Haram.

Akan tetapi, seluruh rakyat Malaysia telah faham dan mengerti serta mempercayai kekejian moral Anwar. Malah para penyokong Pas telah tidak sanggup menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Haram dapat menakluk Putrajaya.

Kepada Papa Gomo, teruskan perjuangan yang belum selesai.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Der.. sy rasa hujah der sgt dangkal. kenapa x sebut Anwar menang semua saman dia sebab Utusan terbukti fitnah?Saman msksudnya pengecut? maknanya Najib yg x saman tu berani sangat la? Onar dah banyak keluar, pernah dia nafi?
    dari amatan saya, saya rasa anda seorang blogger yang x ikut perkembangan semasa. Setahu saya, opposition dikaitkan ialah Opposition di Filipina.
    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/philippine-intrigue-could-be-behind-sulu-incursion-say-sources

    apa2 pun, saya harap tuan blogger tidak cuba copy paste dan bawa sendiri hujah bersama bukti. Video anda hanyalah video gambar2 yg dipotong. Sebagai org Islam, sila lah jgn menggalakkan orang ramai tengok porno. Stiap mata yang ditunjukkan utk melihat, anda bertanggungjawab dunia akhirat. Taubat boleh tapi dengan manusia jangan main2. Takut tenggelam dalam air peluh masa di padang Mahsyar nanti.

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com