iklan nuffnang

pages

Wednesday, February 27, 2013

Rafizi Sahkan PR Akan Hapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bila Perintah Putrajaya


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan menghentikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara berperingkat sekiranya ia mengambil alih Putrajaya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

“Kita akan keluarkan fasa DEB apabila kita bergerak ke hadapan ke arah dasar yang berasaskan keperluan,” katanya pada taklimat mengenai manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau berkata, Pakatan akan memfokuskan dasar ekonomi dan menstrukturkan ekonomi ke arah menyasarkan pendapatan isi rumah RM4,000 di bawah manifestonya.

Beliau mempertahankan manifesto Pakatan sebagai untuk semua rakyat Malaysia dan berkata, ia perlu dibaca berserta dengan dokumen-dokumen berkaitan dasar Pakatan termasuk yang sebelum ini iaitu Buku Jingga. 


Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan yang lebih ke atas pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepatnya dalam tempoh ini pada purata tahunan 6.0 peratus, terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik dengan memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971 merupakan sejarah pelan ekonomi Malaysia. NEP menekankan pentingnya bagi mencapai sasaran sosio ekonomi seiring dengan mencapai objektif perkembangan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan agama. Sasaran utama adalah perpaduan negara. Untuk mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:
  • Untuk mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.
  • Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.
Salah satu aspek penting NEP adalah berada di premis ekonomi yang berkembang pesat. Perkembangan adalah syarat yang perlu untuk menyediakan peluang bagi yang miskin dan golongan yang kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta di dalam aktiviti aliran utama ekonomi. Tambahan lagi, ia memastikan yang bahawa pengagihan tidak berlaku dari peruntukan semula kekayaan yang ada tetapi dari pengembangan dan punca baru kekayaan. Perlaksanaan strategi untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara dalam pengagihan pendapatan menjelang 1990. Kadar isi rumah yang hidup di bawah taraf kemiskinan menurun dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan menurun lagi kepada 5.1 peratus pada 2002.

Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, lebih dari dua per tiga ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera , kaum pribumi yang mewakili dua pertiga dari jumlah penduduknya , memiliki hanya lebih sedikit dari 2 peratus. NEP menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi yang berkembang. 

Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 20.4 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 25.1 peratus untuk warga asing. Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. 

Menjelang 2002, disebabkan jumlah nilai ekuiti berkembang dengan pesat, pegangan semua kumpulan bertambah dalam nilai mutlak. Walaupun bahagian warga asing jatuh kepada hampir satu pertiga, nilainya bertambah 30 kali ganda berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. 

Strategi pembasmian kemiskinan Malaysia sentiasa memfokuskan kepada pembangunan sumber manusia dan kualiti kemajuan hidup. Program-program yang berkaitan menekankan projek yang menjana pendapatan dan bukan bantuan kebajikan, kecuali dalam kes-kes terkecuali di mana bantuan secara langsung diberikan.

6 comments:

  1. Jika Saya Menjadi PM, Saya akan Pastikan Status Bumiputera akan dihapuskan- Anwar

    Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menghapuskan diskriminasi “kaum” sekiranya dilantik menjadi perdana menteri selain mengesahkan Pakatan Rakyat akan mengangkat hak semua bangsa.

    Beliau juga akan menghapuskan status bumiputera yang dimiliki oleh hanya kepada orang Melayu sahaja. Ini bermakna segala kouta bagi status Bumiputera samada dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya akan dihapuskan terus.

    “Kami akan menolong dan membantu semua bangsa, itu adalah perbezaan kami dengan Umno yang hanya menolong orang Melayu sahaja sedangkan bangsa lain dibiarkan merempat,” katanya di hadapan kira-kira 2,000 orang dalam satu ceramah hadapan penyokong Cina di Subang Jaya pada Sept 2012

    ReplyDelete
  2. Orang Melayu perlu sedar DAP sanggup berbuat apa sahaja untuk melenyapkan hak kaum Melayu di negara ini termasuk menyekat kuasa rakan sekutunya, Pas jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

    sekiranya hal itu berlaku segala undang-undang yang memelihara kepentingan orang Melayu termasuk Perkara 153 Perlembagaan akan dihapuskan.

    Pada ketika itu , keamanan yang dinikmati seperti hari ini akan lenyap disebabkan negara menjadi tidak stabil dan rakyat hilang perasaan saling menghormati antara kaum.

    “Perkara ini tidak mustahil berlaku sebab dalam pembangkang pun tidak ada persefahaman berhubung siapa yang akan menjadi pemimpin negara jika mereka berkuasa.

    Atas sebab itu kita lihat Pas tidak berani menamakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dan DAP pun sudah menegaskan tidak akan terima sebab Pas adalah parti Islam

    ReplyDelete
  3. Didepan cina, Anwar menjanjikan segalanya SAMARATA, TIDAK ADA sebarang kelebihan pada orang Melayu, persaingan adalah berdasarkan Meritokrasi sepenuhnya, tidak kira faktor padang yang tidak rata atau jurang perbezaan yang begitu jauh yang masih wujud tika ini antara Melayu dan cina.KLIK

    Akan mampuslah orang Melayu , akan mampuslah majoriti umat Islam negara kita, kita semua akan jadi kuli kepada tauke-tauke cina sekiranya Pakatan Rakyat menang. Bukan nak kata yang orang Melayu tidak boleh bersaing tapi mengambilkira keadaan sekarang, orang Melayu masih belum mampu untuk bersaing dengan cina. Ini adalah kenyataan !

    Rata-rata orang Melayu masih mengharapkan bantuan dari kerajaan melalui dasar-dasar afirmatif bagi membantu menaikkan ekonomi dan taraf hidup. Sedangkan selama ini kita masih dibantu pun, kita tidak terkejar penguasaan ekonomi cina dalam segala sektor, apatah lagi jika Anwar sekiranya berkuasa, berjanji akan menghapuskan segala keistimewaan itu.

    Keistimewaan orang Melayu itu adalah SAMA dengan keisitmewaan majoriti umat Islam. Lupakanlah soal definasi Melayu atau Islam, persoalannya tetap sama. Umat Islam akan bertambah mundur dan bila ekonomi dipegang sepenuhnya oleh orang kafir, mereka juga akan punya pengaruh yang lebih besar dalam soal politik negara.

    ReplyDelete
  4. Segala dasar-dasar kerajaan yang selama ini menjaga keutuhan agama Islam akan dengan mudah dicerobohi oleh orang kafir. Umat Islam tidak akan mampu menegakkan Islam diMalaysia waktu itu, mana mungkin jika kebanyakan kita kelak hanya makan gaji dengan tauke-tauke cina. Mana mungkin jika orang kafir yang menjaga periuk nasi umat Islam.

    Cuba tanya pemimpin Pas, apakah dasar-dasar afirmatif yang Pas mahu perkenalkan bagi menjaga umat Islam sekiranya Pakatan menang ? Pas hanya tahu mengkritik dasar-dasar afirmatif atas nama bangsa Melayu tapi tidak mampu memperkenalkan dasar-dasar baru bagi menggantikannya. Apakah pemimpin Pas percaya yang umat Islam dinegara kita TIDAK PERLU kepada hak-hak Istimewa ? Apakah mereka yakin 100% dengan keikhlasan orang kafir hingga merasakan umat Islam tidak perlu sebarang keistimewaan dalam keadaan umat Islam sekarang begitu jauh ketinggalan dalam soal ekonomi negara ?

    ReplyDelete
  5. Ramai Melayu menentang Pas bukan kerana Pas itu memperjuangkan Islam tapi kerana perjuangan Islam Pas itu begitu longgar. Tidak jelas kemana halatuju nya, semuanya hanya bergantung kepada retoriks agama semata-mata. Sekiranya ini dapat diatasi, saya percaya ramai yang akan menyokong Pas kerana akhirnya tidak akan ada banyak bezanya perjuangan antara Umno dan Pas cuma mungkin cara pelaksanaannya saja. ( dan perkataan Melayu ditukar kepada Muslim )

    ReplyDelete
  6. Apakah orang Melayu setuju janji Anwar mahu hapuskan Keistimewaan Melayu sekiranya PR menang ? Apakah umat Islam setuju janji Anwar mahu hapuskan Keistimewaan Melayu yang dinikmati majoriti umat Islam sekarang ini sekiranya PR menang ?

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com