iklan nuffnang

pages

Sunday, January 27, 2013

Ustaz Nasharudin DIPECAT daripada Majlis Syura PAS, Contoh Undang-Undang Rimba

Sebelum ini mereka kata ISA zalim kerana tahan tanpa bicara lalu mereka mengelar undang-undang  itu adalah undang-undang rimba. Begitu juga apabila kes-kes mahkamah yang keputusannya tidak berpihak kepada mereka, maka mereka kata mahkamah tidak adil dan diadili oleh hakim yang telah dibeli.

Sebelum ini juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Hassan Ali menjelaskan bahawa beliau dipecat sebagai ahli PAS kerana mengkritik Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

“Saya mempersoalkan mengapa isu peribadi Anwar Ibrahim di jadikan sebagai agenda Pakatan Pembangkang. Saya tidak mahu rakyat diheret kedalam masalah peribadi dia yang kotor! Saya sering mempersoalkan justifikasi mengapa Anwar dijulang sebegitu rupa”.

Dr Hassan juga mempersoalkan tindakan PAS untuk memngugurkan slogan ‘Perjuangan Negara Islam’ dari parti dan sebaliknya tunduk kepada tekanan Pakatan Pembangkang, “‘Negara Berkebajikan’ ini sudah lari dari perjuangan asal PAS, iaitu menubuhkan negara Islam”.

Pemecatan Dr .Hassan dari PAS diputuskan Jawatankuasa Pusat PAS tanpa beliau diberikan untuk mempertahankan diri semasa JK Pusat PAS bermesyuarat dan membuat keputusan itu.

Terbaru, Ahli Majlis Syura PAS, Nasharudin Mat Isa telah dipecat daripada menjadi Ahli Majlis Syura hanya kerana tidak hadir mesyuarat. 

Malah apa yang menyedihkan, mereka langsung tidak menghubungi Ustaz Nasharudin tentang pemecatan tersebut.

Seolah-olah jasa Ustaz Nasharudin dalam PAS sehingga menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS langsung tiada harga. Mereka perlakukan Ustaz Nasharudin seperti budak-budak pemasang bendera sahaja.

Zalim sungguh undang-undang rimba PAS
 
SHAH ALAM – Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin  didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.

“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Seperti diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran  gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.

No comments:

Post a Comment

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com