iklan nuffnang

pages

Sunday, January 20, 2013

Menjawab Fitnah Ustaz Fathul Bari Kahwin Lari Isteri ke-2 di Thailand

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya
Bismillah, wassolatu wassalamu ‘ala Rasulillah, wa’ala aalihi washahbibi wa man waalaah, amma ba’d.

Saya melihat beberapa hari ini ada dokumen-dokumen tentang pernikahan saya disebarkan. Saya akui dokumen-dokumen tersebut adalah benar dan perkahwinan saya yang kedua juga merupakan satu perkahwinan yang benar.

Mungkin saya boleh berikan gambaran umum tentang perkahwinan saya dan siapakah isteri saya. Ketika saya belajar di luar negara, saya mempunyai seorang sahabat yang beragama Islam dan dia adalah orang Filipina. Dia memiliki adik perempuan hasil daripada perkahwinan ayahnya yang beragama Islam dan ibunya yang beragama Kristian. Ini adalah perkara biasa di Filipina begitu juga di Indonesia.

Sahabat saya dididik oleh ayahnya apabila ibu dan ayahnya bercerai, manakala adik perempuannya iaitu isteri saya sekarang hidup dengan ibunya yang beragama Kristian. Maka dia beragama Kristian.
Kemudian sahabat saya datang ke Malaysia pada awal tahun lepas untuk urusan perniagaan dan saya membantu sahabat saya ini, dan ketika itu adiknya yang pada ketika itu masih lagi beragama Kristian datang bersamanya.

Disebabkan kami berkawan karib dalam tempoh yang lama, maka sahabat saya menyatakan keinginan untuk menjadikan saya lebih dekat dan lebih hampir dengan keluarganya. Dan secara langsung membantu untuk meng-Islamkan adiknya.

Saya berbincang dengan isteri pertama saya dan mendapatkan pandangan daripadanya, dan alhamdulillah isteri saya bersetuju, maka kami pun berkahwin. Cuma proses perkahwinan tersebut memang berlangsung di Songkhla, Thailand, di sebuah institusi yang dibenarkan oleh Konsulat di sana.

Persoalan 1: Mengapa memilih Thailand?

Pertama, untuk urusan memeluk Islam. Nama dia di dalam passport telah dipertontonkan oleh blogger-blogger pembangkang. Nama pun jika dilihat bukan nama Islam; Maria Joy Erlano. Timbul isu apabila diminta supaya menuntut pengesahan Islam.

Saya sendiri ke Kedutaan Filipin bersama sahabat untuk mendapat pengesahan bahawa dia ini Islam, tetapi agak sedikit sukar. Dalam tempoh tersebut, visa sebagai orang yang masuk daripada Filipina hampir tamat. Jadi kemampuan yang saya ada setelah mendapat nasihat daripada teman-teman, mereka menasihati saya agar pergi ke Thailand.

Di Thailand saya mencari tempat yang mendapat pengiktirafan dari Malaysia sendiri. Jadi saya pergi ke tempat tersebut iaitu di Islamic Committee di Songkhla dan kemudian saya mendaftarkan pernikahan di Konsulat dan Konsulat mengeluarkan surat mengesahkan perkahwinan tersebut, dan setelah pulang saya pergi melalui teman saya ke Wisma Putra untuk mengesahkan dan akhirnya dibawa ke mahkamah.

Ini yang saya lakukan. Dan saya tidak melakukan apa-apa bentuk kesalahan. Oleh kerana saya adalah orang yang kuat bercakap tentang kepentingan mentaati pemerintah, orang bertanya kepada saya dan menuduh saya tidak taat kepada pemerintah. Apa yang saya lakukan bukan merupakan kesalahan. Buktikan dari sudut undang-undang dan akta bahawa saya melakukan kesalahan.

Saya bukan berkahwin dengan orang Malaysia. Saya berkahwin dengan orang Filipina. Yang menjadi kesalahan ialah kalau berkahwin dengan orang Malaysia di luar, kemudian balik baru daftar. Itu kena saman RM1000. Saya tidak dikenakan apa-apa saman. Dokumen saya telah membuktikan bahawasanya saya pergi ke mahkamah syariah negeri Terengganu.

Persoalan ke-2: Mengapa Mahkamah Syariah Negeri Terengganu?

Kerana isteri pertama saya orang Terengganu. Dan saya bawa isteri pertama saya bersama isteri kedua ketika saya pergi ke mahkamah syariah negeri Terengganu di mana saya telah memperkenalkan isteri pertama saya di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Syariah yang akhirnya bersetuju dan mengesahkan pernikahan saya dengan isteri kedua.

Jadi apa isunya? Saya tidak lari. Saya tidak tipu. Saya bukan mengambil isteri orang. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Alhamdulillah, Allah SWT berikan kepada saya kekuatan untuk meng-Islamkan seorang yang kafir. Sabda Nabi SAW,
لأن يهدي الله بك رجلاً واحداً خير لك من حمر النعم
“Lantaran Allah memberi hidayah melalui kamu kepada seorang lelaki, ia lebih baik bagi kamu berbanding (kamu memperolehi) unta merah.” (riwayat Bukhari)
Maksud hadis ini menurut para ulama adalah meng-Islamkan seseorang. Jadi saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim. Saya telah meng-Islamkan seorang Kristian, dan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya daftarkan di luar kerana terdesak pada waktu tersebut untuk mendapatkan pengesahan sebagai seorang Muslim, jadi saya pergi ke Thailand dan mendapatkan tempat yang disahkan oleh Konsulat Malaysia di sana dan kembali mengesahkan pernikahan ini di mahkamah.

Persoalan ke-3: Mengapa mengambil tempoh yang lama (2 bulan)?

Saya berceramah di atas pentas-pentas Umno. Saya bercakap tentang Islam. Saya ada banyak program-program Islam yang saya buat dengan Umno pada hari ini. Umno membuka ruang pentas untuk saya bercakap tentang agama.

Selepas tarikh saya bernikah (29 Mei), pada awal Jun saya pergi ke Adelaide, Australia untuk program agama di sana. Saya tidak sempat. Balik dari sana saya sibuk dengan program ceramah dan tidak sempat pergi mendaftar.

Kemudian pada bulan Ramadhan baru saya berkesempatan pergi bersama isteri pertama dan juga isteri kedua bersama-sama untuk mengesahkan pernikahan di Mahkamah Syariah Negeri Terengganu.
Sekali lagi saya katakan, saya memilih Terengganu kerana isteri pertama saya orang Terengganu.
Saya mendapat pandangan daripada pendaftar di Jabatan Agama Islam sendiri yang mengatakan bahawa sekiranya isteri pertama dari negeri Terengganu, urusannya lebih mudah.

Jadi setelah saya membuat pengesahan di mahkamah syariah, saya sangka dengan pengesahan tersebut saya boleh memohon agar dikeluarkan visa. Rupa-rupanya, apabila saya pergi ke imigresen saya menghadapi masalah seterusnya. Belum boleh lagi memohon visa, perlu ada sijil nikah dari Jabatan Agama Islam.

Jadi saya pun menghantar sekali lagi dokumen. Dalam urusan tersebut saya melihat saya sendiri perlu pergi sebab saya tinggalkan dokumen selama ini. Jadi dalam tempoh tersebutlah saya tinggalkan dokumen di sana dan –wallahua’lam- berita ini keluar.

Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak  dan saya tidak bermaksud hendak menuduh mana-mana pihak yang membongkarkan dokumen yang saya kira sulit.

Persoalan ke-4: Kenapa pernikahan itu didiamkan?

Mereka ada bangkitkan kenapa saya diamkan dan tidak mengiklankan. Bahkan ada yang bertanya kenapa tak buat kenduri di PWTC.

Saya berkahwin dengan orang yang sebelumnya beragama Kristian, bukan Islam. Sebelum dia memeluk Islam, pakaiannya mendedahkan auratnya. Jadi saya perlukan masa untuk berikan pentarbiyahan dan mendidiknya dalam etika berpakaian, etika bercakap, etika shalat dan sebagainya.

Itu saya yang bertanggungjawab untuk mentarbiyahkan. Bukan mereka.

Sebenarnya saya telah pun membuat kenduri pada bulan Ramadhan di mana saya mengumpulkan sahabat-sahabat. Sabda Nabi di dalam hadis, “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.”

Hadis tersebut Nabi katakan kepada Abdurrahman bin ‘Auf. Abdurrahman bin ‘Auf adalah jutawan, seorang yang kaya. Dia mampu buat kenduri dengan kambing. Adapun saya, saya bukan orang yang kaya. Saya bukan orang yang ada tanah, hutan balak dan sebagainya. Saya adalah orang biasa jadi saya buat dengan kadar yang saya mampu.

Jadi kalau mereka mahu saya buat kenduri sekali lagi boleh juga jika mereka hendak menaja baju, atau hendak menaja kenduri saya. Saya tawarkan kepada mereka.

Persoalan ke-5: Adakah salah nikah di Thailand?

Nabi tidak pernah menetapkan bernikah mesti di negara tertentu sahaja. Nabi tidak pernah menetapkan kalau menikah mesti di Makkah atau Madinah. Berapa ramai orang kita nikah di Makkah, berapa ramai orang kita nikah di Madinah, berapa ramai pelajar-pelajar kita di luar negara nikah di Australia, Mesir, London, Eropah, apa masalahnya?

Thailand pun sebuah negara juga. Kalau hendak mengatakan Thailand negara bukan Islam, adakah Amerika negara Islam? Mengapa bila kahwin di Amerika dipuji, jadi mengapa berkahwin di Thailand dikeji? Melainkan jika kita melakukan perkara yang menyanggahi syariat.

Sekarang ini telah dibuktikan daripada dokumen saya bahawa hakim mahkamah syariah negeri Terengganu mengesahkan pernikahan saya. Jadi sebenarnya tidak patut timbul isu.

Oleh kerana saya lihat ada unsur-unsur menfitnah, mengatakan saya kahwin lari, dan ada unsur-unsur hendak menggambarkan apa yang saya buat ini adalah perkara yang negatif, mengaitkan saya dengan penipuan, tidak taat pemerintah, maka saya ingin menjawab perkara ini.

Saya selalu membangkitkan doa Sa’ad bin Abi Waqqash, sahabat Nabi RA. Dia pernah berdoa ketika dia difitnah, dituduh pentadbirannya tidak baik, shalatnya juga tidak baik ketika dia menjadi gabenor. Dia pun berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya orang ini berdusta maka panjangkanlah usianya, panjangkanlah kefakirannya, dan timpakanlah ke atasnya fitnah.”

Dan orang menemui lelaki itu beberapa tahun selepas itu dalam tempoh yang lama dalam keadaan lelaki itu tua melarat, fakir miskin yang amat sangat dan dia duduk di tepi jalan meraba wanita yang lalu lalang di tepi jalan. Orang bertanya mengapa, dia mengatakan “aku terkena doa Saad bin Abi Waqqash.” Bacalah kisah ini di dalam Sahih Al-Bukhari.

Jadi saya doakan kepada orang yang menyebarkan tentang perkahwinan saya dengan tujuan untuk mengaibkan saya, memalukan saya, dan dengan tujuan menimbulkan persepsi yang negatif tentang perkahwinan saya ini, maka saya doakan seperti doa Saad bin Abi Waqqash.

“Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya mereka ini pembohong dan bertujuan jahat, maka panjangkanlah usia mereka, dan panjangkanlah kefakiran mereka, dan timpakanlah ke atas mereka fitnah.”

Persoalan ke-6: Mereka berdusta dengan menyiarkan separuh dari dokumen asal

Kalau dilihat dokumen-dokumen yang disiarkan oleh pembangkang ini cuma separuh sahaja. Mereka cuba hendak memfitnah dan memburukkan saya dengan menampilkan separuh sahaja dokumen. Mereka tidak menampilkan beberapa mukasurat yang jelas menunjukkan kenyataan mahkamah syariah yang menyatakan,

“Saya sabit perkahwinan sebagaimana yang tersebut di atas adalah sah menurut undang-undang di bawah peruntukan seksyen 10 dan sub-seksyen 107 (1) Enakmen undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985, dan memberi pengiktirafan kepada saksi-saksi.

Mengapa muka surat ini tidak dikeluarkan kalau sekiranya ia benar-benar untuk tujuan kebaikan. Saya melihat di sana ada tujuan-tujuan yang jelas, ada motif yang tidak baik terhadap penyebaran maklumat dan isu ini. Wallaahua’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

3 comments:

  1. Orang beriman kena sabar. Bukan buat benda yang mendatangkan fitnah. Kalau visa lawatan habis boleh pergi Singapura atau Thailand. Dulu penulis memang sanjung Anwar hingga kahwin lagi. Sejak itu terpaksa tukar pandangan. Kalau ketua Abim kahwin lari mana akhlaknya? Bagitu juga ustaz di atas.

    ReplyDelete
  2. orang yang fitnah tu tak kiralah post di media sosial/blog..ingat sikit. dia mungkin boleh memaafkan kamu tapi mungkin perbuatan kamu di maafkan dia? masyaAllah, ramai yang lupa; jika buat dosa dengan Allah, insyaAllah akan dimakbulkan taubatnya jika betul2 mahu bertaubat.tapi jika dengan manusia...

    Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, diseksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al Maidah: 40)

    Allah berfirman lagi: “Dan barangsiapa yang mengerjakan ke-jahatan dan menganiaya dirinya kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nisaa’: 110)

    Dari Ibnu Abbas radiallahuanhuma : Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memaafkan untukku daripada umatku akan perkara yang dilakukan dengan tersilap, perkara yang dilakukan dengan terlupa dan perkara yang mereka dipaksa melakukannya.”

    Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhi perkara yang memerlukan kemaafan” (Riwayat Dailami)

    Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:”Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”

    ReplyDelete
  3. suka hati ustaz lah nak nikah di mana pun....dengan siapa pun...yang orang lain sibuk sangat tu kenapa?

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com