iklan nuffnang

pages

Monday, December 31, 2012

Naib Canselor UPM Letak Jawatan Kerana Faktor Kesihatan


SERDANG: Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi (gambar) telah meletak jawatannya kerana faktor kesihatan.

Dr Radin Umar, yang memulakan perkhidmatannya pada tahun 2011 memegang jawatan tersebut sehingga Isnin.

Beliau memberitahu, sepatutnya mahu berundur dari jawatan berkenaan setahun sebelum kontraknya berakhir untuk memberi tumpuan terhadap kesihatannya.

"Saya gembira melihat UPM menunjukkan perubahan dalam tempoh masa yang singkat... dan saya percaya bahawa ia akan maju lebih jauh lagi," katanya kepada pemberita pada hari terakhir beliau di universiti itu pada Isnin.

Kementerian Pengajian Tinggi dijangka mengumumkan penggantian Dr Radin Umar minggu ini.

Banglo Milik Zulhasnan Rafique Dan Jamaludin Jarjis Diroboh


KUALA LUMPUR: Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini Isnin.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

"Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang berada di bawah tebing cerun," katanya.
Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.

"Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya.

Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk

Amanat Hadi: PAS Makin Kecut Perut, Ramai Sanggup Debat, Hadi & Nik Aziz Sanggup Ke??


KOTA BHARU - Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Kelantan bersedia berdebat dengan mana-mana ulama Pas sebagaimana ajakan Dewan Ulama parti itu berkaitan amanat Haji Hadi yang didakwa ditimbulkan semula oleh Umno.

Pengerusinya, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pelawaan tersebut sudah lama dinanti-nantikan sejak isu ini dihangatkan kembali dan mendapat perhatian pelbagai sudut ahli politik mahupun agama.

Menurutnya, beliau juga bersetuju berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk menjelaskan kepada umum mengenai perkara itu.

“Sudah lama saya tunggu. Saya sanggup berdebat di mana sahaja dan bila-bila masa dimahukan untuk rungkaikan kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian semalam mengulas kenyataan Timbalan Ketua Ulama Pas, Hassan Mahmood yang sudi berdebat dengan ulama Umno berkaitan isu Amanat.

Mohd Noor juga menyuarakan pendapat yang sama dengan Pas iaitu sesi perdebatan kedua-dua parti itu perlu disiarkan secara langsung untuk memperjelaskan kekeliruan dalam amanat tersebut seperti didakwa.

“Biar saya yang berdepan dengan dia (Hadi dan Nik Aziz), biarlah semua tahu Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar sebagaimana dipertikaikan selama ini. Dunia boleh menilainya,” katanya.

Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan sekiranya amanat Haji Hadi itu dikeluarkan semula sewajarnya Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan menilai perkara berkenaan malah tidak boleh berdiam diri.

Mohd Noor berkata, Pas sudah tersepit dalam isu amanat ini dan ia sebenarnya merugikan sokongan terhadap parti itu apabila wujudnya kes-kes tertentu didakwa menimbulkan kekeliruan membawa kerosakan akidah.

 

Sunday, December 30, 2012

Janet Jackson PELUK ISLAM


DOHA: Penyanyi, Janet jackson dilapor bertunang secara sulit dengan bilionair Qatar, Wissam Al-Mana dan pasangan itu merancang berkahwin di bandar raya ini pada 2013.

Menurut majalah hiburan UsWeekly, Wissam menghadiahkan adik Michael Jackson itu sebentuk cincin yang amat mahal, membuatkan Janet terlalu bimbang dan sentiasa memastikannya ia disimpan dengan selamat.

Bilionair itu yang keluarganya terbabit dalam perniagaan hartanah dan media ialah Pengarah Urusan Perniagan Al Mana Retail yang mewakili A/X Armani Ex- change. Dia juga adalah pemegang saham dalam Saks Fifth Avenue.

Pasangan berkenaan dikatakan akan berkahwin dalam satu majlis secara Islam.

Pengarang terkenal Turki, Adnan Oktar yang juga dikenali sebagai Harun Yahya berkata, Janet sudah memeluk Islam dan memilih untuk merahsiakannya daripada peminat.

Menurut sumber dalaman, majlis perkahwinan itu akan menjadi acara terbesar dalam sejarah.
Ia termasuk rancangan Janet untuk membawa semua anggota keluarga dan rakannya dengan menaiki pesawat persendirian bagi menghadiri majlis itu.

Mereka dilapor akan membelanjakan kira-kira RM9 juta untuk membawa 500 tetamu dari seluruh dunia sementara Wissam akan menghadiahkan mereka jam Rolex berharga RM30,000 setiap seorang.
“Wissam akan berbelanja besar apabila mengahwini Janet kelak. Ia akan menjadi majlis perkahwinan abad ini.” kata sumber itu.

Pasangan itu berkenalan pada Disember 2009 selepas Janet membuat persembahan istimewa di Asia Barat.

Penyanyi berusia 46 tahun itu yang pernah berkahwin dua kali, sebelum ini menegaskan tidak ada salahnya wanita bercinta dengan lelaki muda selagi kedua-duanya bahagia. - Agensi

MUSLIHAT HADI TIDAK MENJADI, Rais Yatim: RTM Sedia Beri Peluang Hadi Jelaskan Amanat Mengkafirkan UMNO


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya

Rais berkata, pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno daripada sudut akidah.

Presiden PAS itu pada Sabtu berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.


Beranikan Hadi Berdebat Dengan Cikgu Non

Cadangan Hadi menjelaskan Amanat Kafirkan UMNO juga telah disambut baik oleh orang ramai termasuk blogger-blogger UMNO.

Malah salah satu blog iaitu Sungai Rapat Online telah mencadangkan agar Hadi berdebat dengan Cikgu Non dalam isu ini termasuk isu Memali. 

Demi umat Islam, demi perpaduan umat Islam, demi rakyat yang sudah bercerai berai, tidak hadir kenduri jiran sebelah rumah  akibat daripada Amanat jijik Haji Hadi, mahukah Haji Hadi berdebat Saudara Zainon bekas pemimpin Pas Kedah.


Zainon banyak mendedahkan liku-liku perjuangannya dalam PAS sehingga dipecat dari parti Pas sendiri apabila beliau membongkar penyelewengan tabung mangsa Memali dalam bukunya, ‘Air Mata di Bumi Memali’ (2010).

Nama sebenarnya ialah Zainon bin Ismail. Berhenti sebagai guru semata-mata untuk membantu perjuangan PAS. Pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan sekitar tahun 1988.

Merupakan ahli PAS seumur hidup dan pernah menjadi exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.

Sangat taksub dengan Amanat Haji Hadi sehingga sanggup kafirkan saudara kandungnya sendiri, tidak makan daging dari sembelihan orang Umno.

Bukunya bertajuk “Air Mata di Bumi Memali” keluaran November 2010, menimbulkan kontroversi hingga diharamkan jualannya kepada ahli PAS.

Beliau terpaksa membuat laporan polis kerana diugut oleh samseng Pas kerana mendedahkan isu penyelewengan tabung mangsa Memali, iaitu tabung yang ditubuhkan PAS untuk membantu anak yatim dan balu mangsa Memali.

Kini beliau mencabar Haji Hadi, jika rasa diri dah cukup ilmu Agama sila debat dengan saudara Zainon atau jika Haji Hadi tiada telor entahler?

Saturday, December 29, 2012

Hadi minta RTM, TV3 beri satu jam jelaskan isu Amanat Hadi


PAS Perlu Bertaubat Nasuha

Sedar atau tidak, setelah puluhan ribuan penyokong PAS menganggap UMNO kafir dan setelah berlaku pelbagai mala petaka terhadap umat Islam, setelah Islam berpecah belah, setelah umat Islam bermusuhan sesama sendiri, setelah umat Islam berpecah dengan solat dua imam, setelah suami ceraikan isteri kerana sokong UMNO, setelah sembelihan orang UMNO haram dimakan, setelah jenazah orang UMNO haram disembahyangkan, setelah Ibrahim Libya berperang dengan Polis kerana ingin mati syahid, setelah hancur sehancurnya umat Islam akibat kesesatan dan percaya dengan amanat haji hadi, maka hari ini beliau minta sejam untuk jelaskan.

Apa yang perlu dijelaskan lagi kerana pengikut PAS telah sekian lama mengkafirkan orang UMNO. Di Kelantan, perkara ini masih berterusan dan mereka masih percaya bahawa UMNO kafir atau setidaknya fasik dan orang UMNO masih tidak boleh jadi imam. Orang PAS di Kelantan masih solat di surau berasingan jika orang UMNO jadi imam di masjid di kampungnya.

Apa yang perlu Haji Hadi lakukan hanyalah menyatakan "saya berdosa kepadaAllah kerana memecah belahkan umat Islam di Malaysia, dengan itu saya menarik semua amanat yang telah dilafaskan pada tahun 1981 dahulu.

Amanat hadi 1981:"Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Kita tengok kembali ucapan DS Hadi Awang sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk 'Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan".Ucapan itu ada 13 muka surat,di mukasurat 10 dia cakap:

"Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syari'at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR_PAS) dahulu, maka PAS perlu membuat satu perngorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat Federal. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan kini di peringkat Federal. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah Kerajaan Demokratik dan Adil diperingkat Federal atau Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"
 

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai "kafir, jahiliyyah & berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas "peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan di peringkat Federal"!!

Kesimpulannya “Barangsiapa memanggil seseorang dengan kafir atau mengatakan kepadanya “hai musuh Allah”, padahal tidak demikian halnya, melainkan panggilan atau perkataannya itu akan kembali kepada dirinya”.[HR Muslim 93]


Persoalan kedua adalah kenapa perlu beliau hanya ingin jelaskan dalam RTM dan TV3?

Jika beliau jujur ingin memperbetulkan dosa-dosa silam beliau, sepatutnya media-media pembangkang seperti harakah, Malaysiakini, MalaysiaInsider dan lain-lain masih boleh beliau luahkan jika tidak percaya kepada media arus perdana.

Sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar adalah pemimpin dan penyokong PAS masih dok pertahankan amanat hadi umpamanya Nik Aziz,  Mursyidul Am Pas,  membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."

Hadi tidak perlu meminta masa sejam dalam RTM dan TV3 kerana kejujuran beliau dalam menyatukan umat Islam masih boleh dipertikaikan. Apa akan berlaku jika beliau gunakan masa itu untuk mengelirukan umat Islam dengan fatwa yang lebih menyesatkan.


Hadi Minta Sejam 

KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan memberi beliau peluang siaran secara langsung sejam menerusi RTM untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi yang kembali menjadi polemik semasa.

Selain RTM, Abdul Hadi turut meminta rangkaian Kumpulan Media Prima terutama TV3 juga memberinya peluang yang sama.

Ahli Parlimen Marang itu enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta.

“Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai,” kata beliau selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, pagi tadi.

Gerakan Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) DITUBUHKAN Oleh Penyokong Tegar Bola Sepak Malaysia


GERAKAN sekumpulan penyokong tegar bola sepak Malaysia menuntut perubahan drastik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan hala tuju serta kepimpinan baru lebih dinamik dan efisien.

Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai, Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) ini turut membangkitkan lima masalah utama yang perlu diambil tindakan segera sekiranya enggan masa depan bola sepak negara terus bergelap.

Al Fadli Awaludin yang mewakili kumpulan berkenaan berkata, FAM perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada skuad kebangsaan yang dilihat tidak banyak berubah dari segi kemajuan dan pencapaian sejak lebih dua dekad lalu.

“Selama 28 tahun, daripada liga amatur, kita beralih ke liga semi-pro pada 1989 dan ke liga profesional pada 1993, namun hasilnya bola sepak negara masih dalam kategori Gred D.

“Jadi apa dan ke mana sebenarnya hala tuju bola sepak negara? Adakah masih  lagi berpaksikan Sukan Sea dan Piala AFF sahaja?,” katanya, semalam.
Mereka juga mahu FAM meletakkan satu penanda aras yang jelas dan kemudiannya menjadi titik fokus skuad negara membentuk pasukan lebih mantap.
“Mereka perlu ada misi dan visi. Apa yang yang mereka mahukan 10 tahun akan datang,” katanya.

Kumpulan ini turut mempersoalkan cara pentadbiran FAM  dan sistem liga bola sepak yang diguna pakai.
Katanya, format liga yang sering berubah tidak membantu prestasi sukan itu sendiri, tetapi hanya membiarkan ia terlalu selesa dengan apa yang dikecapi dan tiada kemajuan yang boleh dibanggakan.

“Apa yang kami mahukan adalah perubahan yang dapat menaikkan bola sepak negara. Jika perlu, barisan kepimpinan tertinggi perlu diberi nafas baru, ia adalah wajar dilakukan,” katanya.

Rasa tidak puas hati kumpulan itu turut diterjemah melalui memorandum yang telah dihantar kepada FAM. Sehingga kini, tiga memorandum sudah diserahkan, namun masih tiada perubahan berlaku.
Bahkan mereka akan terus menghantar petisyen agar perubahan dilakukan demi masa depan bola sepak negara.

15 Foto Majlis Pernikahan Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey Natasha


Tahniah diucapkan pada pasangan pengantin baru, Khairul Fahmi Che Mat (Apex), 23, dan juga Leuniey Natasha, 21.

Diijabkabulkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib, hanya dengan sekali lafaz sahaja Apex dan Leuniey telah sah bergelar suami isteri sekitar jam 10.25 pagi tadi. Majlis pernikahan pasangan mempelai ini telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Rombongan pihak lelaki yang dihadiri oleh ahli keluarga Apex telah menghantar 7 dulang hantaran bersama mas kahwin berjumlah RM19,000. Antaranya ialah kain sepasang, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung.

Manakala pihak Leuniey pula telah membalas 7 dulang hantaran berupa kain sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.















Wednesday, December 26, 2012

Akhirnya Setiausaha Akhbar Nik Aziz MENGAKU BERI TANAH Kepada DAP


SHAH ALAM - Isu pemberian tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang, yang didakwa diberikan kepada pemimpin DAP Perak bukan satu rahsia, sebaliknya pengurniaan telah diputuskan tujuh tahun lalu dan sedia diketahui oleh dua kementerian termasuk Datuk Dr Awang Adek Hussin, kata Setiausaha Akhbar kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

"Kenyataan-kenyataan ini (laporan media) seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net.

"Dalam hal ini, suka untuk saya nyatakan bahawa projek ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia dan satu surat kelulusan telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui," kata Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, surat kedua pula ialah daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bertarikh 16 Januari 2006.

"Menyentuh kenyataan (Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi ) Pengerusi Ombak agar Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, saya kira Ombak boleh bersabar. Mana tau, jika nasib baik, Ombak pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya lagi.

Kenyataan Ahmad Fadhli merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 4,259 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada Pas selepas pilihan raya umum 2008.

Laporan akhbar memetik Presiden Ombak, Wan Khairul Wan Muhammad berkata, Nik Aziz tidak wajar berdiam diri, sebaliknya perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Wan Khairul berkata, jika dakwaan tersebut tidak benar, Mursyidul Am Pas itu harus mengambil tindakan undang-undang ke atas blog pisau.net yang mendedahkan perkara itu sebelum pengakuan dibuat oleh kedua-dua pemimpin DAP terbabit.

"Kedua-dua pemimpin ini telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu, tetapi sehingga hari ini Nik Abdul Aziz masih berdiam diri.

"Beliau perlu membuat penjelasan terutamanya kepada seluruh rakyat Kelantan kerana ia bukan isu kepartian malah satu kebenaran yang perlu rakyat lihat di sebalik pemerintahan Islam," katanya.

Laporan Akhbar Sebelum ini:

ARKIB : 21/12/2012

Nik Abdul Aziz nafi dakwaan beri tanah kepada DAP

KOTA BHARU 20 Dis. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP sebagai habuan memastikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik Menteri Besar Perak pada 2008.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas mendakwa, berita tersebut adalah fitnah daripada Utusan Malaysia dan dia akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya untuk menyaman akhbar ini.

Mengenai rasuah tanah, sebenarnya benda ini fitnah. Sebab itu saya sebut, kalau berita keluar Utusan Malaysia, kena hati-hati.

Contohnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi apabila sampai mahkamah kosong. Kerja fitnah ini kerja orang jahat yang memuja nafsu, tidak memuja Allah. Maka saya harap pegawai saya boleh pertimbang untuk bawa ke mahkamah," katanya dalam sidang akhbar selepas berjumpa dengan rakyat Kelantan yang bekerja di Sabah di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari.

Nik Abdul Aziz mengulas laporan polis yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nambikkai mendesak siasatan dibuat terhadap pemimpin itu kerana salah guna kuasa pada 2008.

Pembohongan Yang Sebenar PR


Oleh : AJ

Gua dengar cerita ada macai-macai Pakatan Khawarij yang diketuai oleh Mazlan Aliman, katanya dihalang dari memasuki kawasan FELDA??? Betulkah? Kalau betul, padan lah muka korang. Siapa suruh kacau ketenteraman kawasan orang lain...Kan dah kena.

Bila orang FELDA dah meluat, toksah lah buat benda bodoh banyak sangat. Orang FELDA memang dari dulu dah tahu perangai PEMBANGKANG macam kumpulan korang ni. Walaupun korang kata KEBEBASAN BERGERAK, tak bermakna kebebasan itu bersifat mutlak.

Kalau macam tu perompak, pencuri dan penyangak bebas masuklah ke rumah korang, kalau mereka pun ikut prinsip macam korang...'KEBEBASAN' yang mutlak.

Hari tu team PENA MINANG dah kantoikan penipuan korang dalam HIMPUNAN OREN. Kali ni korang akan dikantoikan sekali lagi.....Rujuk poster kat BAWAH NI.

Saksikan bukti-bukti pembohongan berterusan Pakatan Republik:
 




Tuesday, December 25, 2012

Hasil Perjuangan PKR: ADLIN SI MURTAD HINA NABI DAN AGAMA ISLAM



Ahli parlimen, penyokong bergaduh dengan pembangkang


SKOPJE 25 Dis. - Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang Macedonia bergaduh di dalam bangunan itu semalam ekoran pertikaian berhubung cadangan bajet 2013 negara ini.


Lawmakers of the leftist's opposition block the rostrum to protest during a session on the national budget at the Parliament, in Skopje, Macedonia, Monday, Dec. 24, 2012. The Social Democrat-led opposition

Beribu-ribu penyokong kerajaan dan pembangkang pada masa sama saling membaling botol dan batu antara satu sama lain di luar bangunan Parlimen.

Ia mengakibatkan polis anti rusuhan terpaksa campur tangan hingga menyaksikan sekurang-kurangnya enam orang tercedera. - REUTERS

Garbage fills a street in front of police officers during riots in Skopje December 24, 2012. Government and opposition deputies brawled inside Macedonia's parliament and their supporters? hurled stones and bottles at each other outside on Monday in an escalating dispute over the proposed 2013 state budget. Thousands of pro- and anti-government demonstrators clashed in the centre of the capital Skopje outside parliament. Special police in riot gear intervened to separate the two groups, and local media said at least six people were hurt.
A supporter of the ruling party VMRO throws apples and eggs towards opposition supporters in Skopje December 24, 2012
Police shield themselves from eggs thrown by protestors as they stand between supporters and opponents of the conservative government
A supporter of the leftist opposition covers his wound after being hit by a rock during a protest over the national budget, in Skopje, Macedonia, on Monday, Dec 24, 2012. About 3,000 demonstrators in two opposing

DAP Melampau: Bangkit Semula Isu Kalimah ALLAH Dalam Perutusan Hari Krismas


SHAH ALAM – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinasihatkan tidak "melintasi sempadan" apabila menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, walaupun ada dalil-dalil yang membenarkan atau harus kepada bukan Islam menggunakan ALLAH, namun situasi semasa di negara ini amat tidak sesuai sekali.


Menurutnya, dalam keadaan sekarang, umat Islam akan melihat kenyataan Guan Eng ini sebagai ofensif dan provokasi serta mungkin menggugat keamanan yang sedia ada di negara ini jika gagal dikawal.

“Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk United Kingdom (UK) dan Vatican City di Itali tidak menggunakan ALLAH untuk God, malah negara-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama ALLAH ini.

“Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah di skrip menggunakan ALLAH bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Semalam, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sambutan Hari Krismas berkata, Kerajaan digesa membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Selain itu, Dr Zaharuddin turut menegaskan tidak bersetuju apabila dipisahkan nama ALLAH kepada pengertian lughah iaitu merujuk kepada tuhan umum dan ALLAH secara istilah yang merujuk kepada ALLAH yang disebut dalam Surah al-Ikhlas.

“Umat Islam hanya merujuk al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, Bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.


“Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini,” katanya.

Kata Dr Zaharuddin lagi, oleh itu penggunaan nama ALLAH oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan.

“Kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara Arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian? Fikirkan, diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya,” katanya.

Katanya lagi, Guan Eng seharusnya membangkitkan isu melibatkan kepentingan umum dan keadilan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) daripada isu sensitif seperti ini

Psy Beli Rumah RM3.8 Juta Secara Tunai


Ini sepatutnya ditiru oleh anak muda kita, pandai cari duit dan pandai melabur.

SEOUL: Penyanyi dan komposer Psy yang mencipta fenomena dunia menerusi lagu Gangnam Style dilaporkan baharu membeli sebuah kondominium bernilai RM3.8juta (AS$1.25juta) di kawasan kediaman elit Beverly Hills, Amerika Syarikat.

Portal AllKPop pada Jumaat melaporkan, bintang dari Korea Selatan itu melakukan transaksi pembeli kondominium mewah itu secara tunai dengan ditemani beberapa pengawal peribadi.

Gambar kondomonium yang baharu dibeli Psy bernilai RM3.8juta (AS$1.25juta)

Apartmen yang terletak di kawasan kompleks Blair House itu memiliki dua bilik tidur dengan keluasan 250 meter persegi.

Difahamkan, Psy memperoleh pendapatan berjumlah RM24.5j (AS$8 juta) kerana populariti lagu itu.

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com