iklan nuffnang

pages

Friday, November 30, 2012

Syed Hussein Alattas ditahan Polis di PWTC Jual Buku Hina Sultan


Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.

Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.
Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.


Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.

“Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah,” ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.


Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan
penulis buku itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah

Hairie Othman Sudah Dapat Pengganti (Anak VVIP Aktivis Politik)


 29 NOV 2012: Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat hero baru PAS, Hairie Othman kerana sudah mendirikan rumahtangga buat kali yang kedua bersama gadis pilihannya, Dalia Diana Ruslan pada 16 November 2012 yang lalu selepas sekian lama menduda.

Sebelum ini, Hairie Othman yang terkenal dengan wataknya sebagai Leftenan Adnan dalam filem epik arahan Aziz M Osman itu pernah bernikah dengan Nazarita Abdullah Sani (Rita) di restoran milik mereka, Dulang Cafe, Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang pada 6 Disember 2003 serta dikurniakan dua cahayamata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Suri baru Hairie Othman ini adalah anak seorang aktivitis politik serta VVIP dan majlis resepsi pasangan Raja Sehari ini juga baru saja berlalu di Dewan Semarak Kayangan Felda, KL.

Apapun tahniah sekali lagi buat Hairie Othman dengan Dalia Diana Ruslan. Mudaha-mudahan, hubungan mereka akan kekal hingga ke anak cucu.

Berikut adalah gambar dua wajah pejuang PAS ini.



Thursday, November 29, 2012

Pisau Lipat Dileher, Pelajar UNIMAS Jadi Tawanan Indon Sejam

ANGGOTA polis mengelilingi suspek (dalam bulatan) yang menjadikan Wan Nor Hayati sebagai tebusan di Samarahan kelmarin.
SAMARAHAN – Seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menghadapi detik paling mencemaskan dalam hidupnya apabila dijadikan tebusan selama sejam oleh seorang lelaki Indonesia yang menghadapi masalah hutang kelmarin.

Kejadian pukul 5.15 petang berhampiran Koperasi Kolej Cempaka, kampus tersebut di sini itu menyebabkan Wan Nor Hayati Wan Mahmud, 22, dari Kelantan trauma apabila diacu pisat lipat oleh suspek.

Bagaimanapun, pelajar tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) universiti tersebut tidak dicederakan.

Polis yang tiba sebaik menerima maklumat kemudian telah membuat rundingan dengan suspek sebelum lelaki itu bersetuju melepaskan mangsa.

Difahamkan, suspek dari Lempur Danau, Jambi Indonesia berusia 30 tahun tersebut datang ke negara ini pada Sabtu lalu untuk mencari pekerjaan.

Sebaik tiba di Kuching, suspek telah tinggal di rumah kongsi bersama seorang rakannya yang bekerja sebagai buruh binaan di dalam kawasan kampus tersebut.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan telah menerima panggilan dari kampung mengatakan anak dan isterinya telah ditahan dan diugut ah long kerana hutang yang dibuatnya.

Suspek yang berang apabila majikan tidak mengizinkannya pulang kemudian nekad menggunakan jalan mudah untuk dihantar pulang dengan menjadikan mangsa sebagai tebusan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, semasa menahan mangsa, suspek memberitahu pelajar itu supaya ‘jangan bimbang saya takkan cederakan kamu, panggil polis saya banyak lakukan dosa.’

SITI NURFARAWAHIDA (kanan) menunjukkan bagaimana suspek mengacukan pisau ke leher Wan Nor Hayati.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya tidak mengambil masa yang lama untuk membuatkan suspek menyerah diri dan melepaskan tebusan.

“Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian tetapi tidak menolak kemungkinan suspek berbuat demikian kerana masalah keluarga di kampungnya.

“Kita juga percaya suspek berbuat demikian untuk mendapat perhatian polis supaya dihantar pulang,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Tambahnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Zulkifli, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

Sementara itu, Wan Noor Hayati memberitahu, dia tidak dapat melupakan saat-saat cemas ketika ditawan selama sejam.

Katanya, sebelum kejadian, dia sedang berjalan bersama rakan, Siti Nurfarawahida Abdul Rahim, 22, untuk ke kelas sebelum suspek menerpa dari belakang.

“Saya cuba leraikan pelukan lelaki tersebut dengan cara memukul menggunakan payung tetapi bukan sahaja gagal malah, pelukan itu semakin kuat. Ketika itu saya hanya memikirkan mengenai nyawa saya melayang,” cerita anak ketiga daripada lima beradik itu yang masih trauma ekoran kejadian tersebut.

Tambahnya, dia ada bertanya mengapa dia dijadikan sasaran tetapi suspek tidak menjawab. Dia bagaimanapun bersyukur apabila dilepaskan sebaik polis tiba.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unimas, Mohd. Fadzil Abd. Rahman berkata, pihaknya telah memaklumkan mengenai kejadian tersebut kepada keluarga mangsa.

Wednesday, November 28, 2012

Artis Hadir di Perasmian Sayap UMNO 2012



Kehadiran artis,selebriti terkenal di Perasmian Sayap UMNO 2012 turut memeriahkan persidangan.

Pemuda Umno Mendoakan Pas selamat dan kembali ke pangkal jalan


KUALA LUMPUR - Di sebalik isu doa 'KO BN', Pemuda Umno hari ini "mendoakan" agar ahli-ahli parti pembangkang terutamanya Pas selamat buat selama-lamanya dan akan kembali ke pangkal jalan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perjuangan Umno tidak seperti Pas yang sanggup mendoakan kehancuran orang lain demi kepentingan politik.

Menurutnya, perjuangan Umno tidak pernah terkeluar daripada landasan Islam, sebaliknya mempertahankannya.

Beliau berkata, Umno akan mendoakan kebaikan kepada parti itu untuk kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat di bawah ketaksuban dengan pemimpinnya yang gemar menyemai kebencian.

"Di bawah nilai Islam, pimpinan tertinggi Pas sanggup mendoakan kebinasaan Umno.

"Sesiapa sahaja yang mereka tak suka, mereka akan doakan lekas binasa.

"Tetapi tak apa, kita bukan seperti mereka, kita sama-sama doakan agar ahli Pas selamat selamanya, dan suatu hari nanti mereka dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat," kata beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno hari ini.

Sebelum ini, doa "K.O" yang dipimpin oleh adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno.

Doa itu dikatakan sebagai menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang membolehkan sesiapa yang ingkar tergolong dalam kelompok kafir, atau telah berhenti menganut agama Islam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, jika doa yang dibuat oleh pembangkang itu diajar kepada anak-anak, keadaan nasib agama dan bangsa tidak akan baik.

Beliau berkata, apabila isu Islam dibangkitkan oleh orang bukan Islam di dalam Pakatan Rakyat, ulama Pas terus membisu.

Muhyiddin: 'Anwar pengkhianat, dengki dan berniat jahat'


KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan daripada negara luar untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai perbuatan khianat kepada negara.

Menurut Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pembangkang hakikatnya dengki dan berniat jahat terhadap Barisan Nasional sehingga sanggup berbuat demikian demi menggambarkan pilihan raya di negara ini kotor.

"Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihan raya kita kotor.

"Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihan raya di negara kita tidak adil.

"Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihan raya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihan raya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihan raya, senanglah untuk mereka menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka,"katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak ketiga-tiga sayap Umno di Perhimpunan Agung Umno kali ke-66, malam ini.

Anwar baru-baru ini cuba mendapatkan bantuan daripada kerajaan Australia untuk memastikan pilihan raya umum di negara ini berjalan secara bebas dan adil di Malaysia.

Permintaan Ketua Umum PKR itu bagaimanapun ditolak Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang berkata, Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.


Anwar dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Menurut Muhyiddin, tindakan pembangkang berbuat demikian hanyalah semata-mata untuk menghalalkan perbuatan mereka selepas itu jika kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini nanti.

"Senang jugalah untuk mereka berhimpun di jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

"Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adil kah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan?,"kata Muhyiddin.

Tuesday, November 27, 2012

Mahasiswa Berani ‘Buka Baju’ Tunjukkan Sokongan Kepada UMNO/BN

Hiasan
KUALA LUMPUR 27 Nov – Mahasiswa hari ini dlihat lebih berani apabila secara terbuka membuka baju mereka dengan menunjukkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata perkembangan tersebut menunjukkan golongan muda semakin dekat untuk bersama-sama dengan UMNO dan BN yang membawa erti dan makna yang cukup besar.

Menurut beliau jika pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, memang tidak dinafikan golongan tersebut tidak memihak kepada BN, namun hari ini dengan adanya kumpulan profesional muda, ulama muda dan sebagainya lagi menunjukkan segala-galanya telah berubah.

“Pada 2008, kita tidak boleh nafikan generasi muda tidak memihak kepada kita. Di bandar….di luar bandar, warung kopi dan sebagainya jauh meninggalkan UMNO dan BN.

Dan hari ini kita telah buktikan bukan hanya pengundi muda sudah mula kembali kepada BN dengan melihat keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil,  malah segmen penting kepada kita mahasiswa yang berpendidikan tinggi, terpelajar, berfikiran kritis, mereka sudah berani buka baju menyatakan sokongan mereka kepada  UMNO dan BN.

“Kali ini  kita tunjuk sokongan manifestasi golongan muda bersama kita. Mahasiswa dengan kelab penyokongnya, orang muda profesional dengan BN Youth Volunteers. Ini menujukkan tidak hanya terhad kepada mahasiswa dan tidak hanya terhad kepada profesional muda malah  ulama muda pun bersama UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika berucap  merasmikan Pelancaran Kelab Penyokong  BN IPTA berkata pindaan terhadap Akta Universiti, di Dewan Tun Razak 1, PWTC, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah janji kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendekati golongan muda menampakkan hakikat dan realiti.

“Kita nak nyatakan janji kita kepada PM empat tahun yang lepas, sewaktu kita sama-sama mula mengambil alih kepimpinan Pemuda,  kita  telah berjanji dan ikrar kepada Presiden untuk  bertungkus lumus walau apa jua keadaan, rintangan tidak  kira Melayu, Cina India, orang Asli, Sarawak, Sabah dan sebagainya lagi untuk bersama dengan kita.

“Hari ini kita ada mahasiswa, profesional muda, ulama muda dan pelbagai lagi, namun kekuatan kita datang daripada Pemuda cawangan dan itu tetap jadi jentera utama kita dan semua itu kita garapkan untuk membawa panji Pemuda pada PRU akan datang.Jangan kita alpa, leka dan perjalanan masih lagi jauh,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda UMNO Syahrin Md Jamaludin berkata pihaknya menyasarkan penyertaan 5,000 anggota untuk lima zon di seluruh negara.

“Mahasiswa berumur 21 tahun dan telah mendaftar sebagai pengundi layak untuk menjadi ahli kelab ini,” katanya.

Penubuhan kelab itu adalah langkah awal yang diambil Pemuda UMNO selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 yang kini membenarkan mahasiswa telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.

Keajaiban Alam Semesta

THE WAVE... tanah beralun di Utah, AS, dianggarkan berusia 190 juta tahun.
SEKALI pandang, ia kelihatan seperti paparan filem cereka sains terbaru memaparkan dunia makhluk asing angkasa lepas.

Bagaimanapun, imej luar biasa itu sebenarnya dirakam di bumi yang terhasil akibat tindak balas semula jadi berterusan dan kekal menarik perhatian. Daripada gabungan warna terang di kolam air panas hingga pembentukan batu rencam yang kelihatan seperti gajah, landskap luar biasa itu terhasil melalui peralihan masa berjuta-juta tahun. Sebagai contoh, Beauty Pool yang menjadi tumpuan utama di Taman Negara Yellowstone di Wyoming.

BRYCE AMPHITHEATRE...di Taman Negara Bryce Canyon, Utah, adalah deretan batu kapur yang terhakis secara semula jadi.

Air panas membolehkan alga dan bakteria membiak sehingga menghasilkan susunan warna mempesona di situ.
 
Satu lagi kejadian alam semula jadi yang menawan ialah Death Valley di California apabila fenomena peralihan batu di tanah gersang itu turut membingungkan pakar.

BONGKAH MOERAKI... di New Zealand seperti telur gergasi yang tersadai di pesisir pantai.

Setakat ini tiada penjelasan dapat dibuat untuk menjawab tanda tanya mengapa bongkah batu besar - sesetengahnya seberat lebih 300 kilogram - boleh beralih tempat di daratan yang rata itu.

Keanehan batu pasir - dikenali sebagai The Wave - di Utah, Amerika Syarikat juga tidak kurang hebatnya.

PUNCAK TUFA...di Tasik Mono, Sierra Nevada, AS. Tasik ini mendapat nama apabila aliran air yang masuk ke situ tidak boleh keluar ke mana-mana, kecuali melalui pengewapan.
Ia terbentuk akibat hakisan angin dan hujan sejak 190 juta tahun lalu dan kini membentuk pemandangan yang menakjubkan. Tasik Hiller di Australia Barat pula mengagumkan kerana kewujudan warna merah jambu terang yang memenuhi tasik berkenaan.

Saintis masih bingung untuk memberi penjelasan terhadap fenomena itu kerana ujian menunjukkan, ia bukan berpunca daripada kehadiran alga seperti yang ada di tasik masin lain di negara itu.

Ketika teknologi kini pun tidak mampu meleraikan tanda tanya, kita hanya dapat membayangkan bagaimana generasi terdahulu mencari jawapan kepada keajaiban alam yang ada. Turut menarik perhatian ialah Bongkah Moeraki berbentuk seperti telur gergasi dari dunia lain di pesisir pantai New Zealand yang kekal misteri.

Jika ia belum cukup membingungkan, lihat pula ke Belize.



Belize's Great Blue Hole



Kewujudan lubang besar - dinamakan Great Blue Hole - selebar 300 meter dan sedalam 124 meter - terbentuk akibat beberapa kejadian pencairan glasier ketika paras laut jauh lebih rendah berbanding zaman sekarang.
Nambung di Australia Barat

Di Taman negara Nambung di Australia Barat pula, struktur batu kapur di situ memang menakjubkan dengan sesetengah daripadanya setinggi kira-kira lima meter.

Pakar berpendapat, ia terhasil sejak 25,000 hingga 30,000 tahun lalu apabila paras laut menurun dan menyebabkan pelbagai jenis cengkerang terdedah kepada matahari.

Dari semasa ke semasa, angin membawa pasir yang ada di sekeliling batu itu ke tempat lain dan meninggalkan struktur berkenaan menjadi lambakan tiang.

MAHA 2012: Peniaga Berdemonstrasi Kerana Kedai Tak Laku


Petang semalam, di MAHA 2012, terdapat beberapa orang berkumpul dan berarak dengan membuat bising meniup trompet serta membawa sepanduk menyalahkan penganjur kononnya perniagaan mereka tidak mendapat sambutan. 

Tindakan ini dilihat telah mencemarkan MAHA 2012 dan pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan agar tindakan mereka ini tidak menganggu peniaga lain. 

Pihak penganjur sepatutnya membuat laporan polis bagi membolehkan pihak polis bertindak menyiasat siapakah dalang disebalik demonstrasi tersebut.

Ramai pengunjung pada petang semalam melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan kumpulan tersebut yang menganggu aktiviti lawatan mereka bersama keluarga.



Monday, November 26, 2012

Tidak Beri Nafkah Anak dan Isteri, Aidil Zafuan Disaman Cara Tampalan



PETALING JAYA: Satu saman telah difailkan terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak kerana gagal menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah semasa kepada isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar dan dua anaknya.
Peguam syarie Rita (plaintif), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, surat saman telahpun dihantar ke alamat rumah Aidil di Seremban, Negeri Sembilan, namun tiada sebarang maklum balas yang diberikan.
"Sebenarnya kami telah memfailkan saman sejak dua bulan lepas tetapi pihak kami tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Aidil. Justeru kami memohon penyampaian notis saman secara tampalan daripada pihak mahkamah.
"Ia merupakan saman gantian dimana pihak kami akan menampal notis saman di rumah Aidil di Seremban, tempat kerja Aidil iaitu di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Angkatan tentera Malaysia (ATM)," katanya.
Zaidi ditemui selepas sebutan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin. Beliau hadir seorang diri tanpa ditemani anak guamnya, Rita.
Hakim syarie, Abd Halim Abu Samah menetapkan 13 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan dengan permohonan yang dibuat oleh pihak plaintif.
Sementara itu, Aidil, yang dihubungi mStar Online berkata, sehingga kini dia tidak mendapat sebarang surat saman daripada pihak isterinya itu.
"Walau sesibuk mana sekalipun, saya tidak akan mengabaikan hal-hal berkaitan mahkamah dan jujur saya katakan, saya atau pihak keluarga tidak mendapat sebarang surat saman daripada Rita.
"Kalau ada, sudah semestinya saya akan memberi surat balas atau membawa perkara ini merujuk kepada peguam saya," tegasnya.
Rita, 35 dan Aidil, 25, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah yang berpanjangan.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.

Piala AFF: Rajagobal SALAHKAN Apex Punca Malaysia KALAH


KETUA jurulatih Datuk K. Rajagobal kecewa dengan persembahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Beliau berkata, kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi yang dikenali dengan nama 'Apek' pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot namun beliau memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.

"Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain... sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (tadi).

"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Tiga gol skuad Singapura dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta pemain naturalisasi dari Bosnia, Aleksandar Duric pada minit ke-75.


Mengulas lanjut, Rajagobal berkata, keputusan tersebut memberikan kesukaran kepada mereka untuk mencari mata bagi melepasi peringkat kumpulan.

"Kita harus menempuhi jalan sukar selepas ini dan suka atau tidak, kita perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan," katanya.


Dalam pada itu, jurulatih Singapura Radojko Avramovic berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap skuadnya dapat terus mengekalkan momentum dalam menentang Indonesia Rabu ini dan Laos pada 1 Disember ini.

"Ini adalah permulaan baik dan saya tabik anak buah saya atas usaha cemerlang mereka. Kadang-kadang kami bernasib baik untuk menghasilkan jaringan dan adakala sebaliknya," katanya.
Mengulas pertemuan antara Laos dan Indonesia sebelum ini, Avramovic berkata beliau terkejut dengan prestasi Laos yang berjaya mengikat lawannya 2-2.

"Secara umum, Laos mengejutkan saya. Saya percaya mereka datang untuk memenangi semua perlawanan dan tenaga yang ditunjukkan oleh Laos pada perlawanan pembukaan adalah hebat," katanya.

Malaysia, selaku juara bertahan akan menentang Laos Rabu ini sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Indonesia pada 1 Disember ini.

2 Profesor Bertelagah Penemuan Kajian Kerusi BN Menang

Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) setakat ini hanya selamat di 96 kerusi manakala Pakatan Rakyat (PR) pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kerajaan pemerintah dan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata seorang lagi ahli akademik pusat pengajian tinggi tempatan.

Jangkaan itu bermakna kedua-dua BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, berdasarkan hasil kajian yang dilakukannnya yang bermula beberapa hari sebelum pembentangan Bajet 2013 dan impaknya selepas itu.


Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin

Sambil menghormati pandangan Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, juga dari UKM, yang menjangkakan BN akan memperoleh lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang, Agus berka ta, beliau yakin dengan hasil penemuannya itu.

"Itu kajian dia. Biarkan. Saya juga buat kajian dan saya mendapati fakta yang berbeza, daripada segi kerusi memang berbeza tetapi dari segi pencapaian, hasil kajian menunjukkan lebih kurang.

"Kalau dia kata 120 kerusi, saya tidak mendapat begitu. Saya mendapati 96 kerusi bersih untuk BN dan 68 kerusi selesa kepada Pakatan Rakyat. Manakala selebihnya menjadi persaingan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian Khamis lalu, Shamsul berkata, kemenangan akan memihak kepada BN meskipun dengan majoriti yang semakin mengecil.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012.

Mengulas lanjut, Agus memberitahu, berdasarkan pemerhatian dan kajiannya yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, tidak ada mana-mana parti pun yang akan menang selesa kali ini.

"Tidak ada siapa-siapa pun lagi yang akan membentuk kerajaan dan menang tipis. Nak menang tipis kena ada 112 kerusi. Kalau kerusi yang lebih itu, BN menang, maka BN akan menang besar," katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, strategi dan kerja kuat di saat-saat akhir ini amat penting kepada kerajaan dan pembangkang dalam meraih sokongan pengundi menjelang ibu kepada segala pilihan raya ini.

"Kedudukan sekarang ini ialah satu persaingan di antara semua parti yang bertanding, antara dua yang utama ini. Ia terbuka, bergantung kepada strategi akhir sebab di akhirnya masih ramai yang belum membuat keputusan, peralihan undi pertengahan akan berlaku, dan kedudukannya bergantung kepada strategi akhir," ujarnya lagi.

Tambah beliau, kerusi-kerusi yang kini disandang oleh wakil dari MCA dan MIC juga boleh dianggap sebagai kerusi yang terbuka dalam PRU kali ini.

Sementara ditanya mengenai kedudukan 'kerusi panas' di antara 96 kawasan yang dimaksudkan,  Agus berkata, "pada saya semua kerusi campuran itu panas dan malangnya ketika ini berdasarkan
pindaan 2002, persempadanan semula itu kebanyakannya adalah kerusi campuran yang panas."
 

Siti Terima Anugerah Tokoh Seni



Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Kesatria Puteri Kesenian kepada penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pada Majlis

Penyampaian di Anugerah Kesatria Puteri di dalam Program Himpunan Wanita Muda Negara 2012, PWTC petang semalam.

90 kali bedah untuk tampan

BENTUK tubuh yang penuh dengan implan. Gambar kecil, anak patung Ken yang menjadi tiruan Jedlica.
NEW YORK: Justin Jedlica sudah menjalani 90 pembedahan plastik untuk mendapatkan susuk tubuh yang sempurna.

Lelaki berusia 32 tahun ini sudah membelanjakan lebih RM300,000 sepanjang 10 tahun lalu dalam usaha untuk kelihatan seperti anak patung hidup.

Dengan mukanya yang cantik, dia memiliki bentuk tubuh seperti GI Joe, lengkap dengan perut berulas dan lengan berotot, semuanya diperoleh tanpa mengangkat berat atau bersenam di gym.

Seperti anak patung plastik, semua ototnya adalah palsu. Hampir setiap inci bahagian atas tubuhnya diltiupi dengan implan, lapor ABC News.

Selain itu, Justin juga menjalani pelbagai pembedahan hidung, pipi, tulang kening serta bibir untuk mendapatkan muka yang sempurna.

Malah, pinggulnya yang tegang juga palsu, hasil kerja pakar bedah yang memberinya implan pinggul.

Jedlica mengaku dia boleh melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti itu tetapi enggan melakukan aktiviti itu yang disifatkannya sebagai tidak menarik dan tidak glamor.

Ketaksubannya dengan penampilan itu bermula ketika berusia belasan tahun apabila dia tidak sukakan saiz hidungnya yang dianggap terlalu besar.

Dia melakukan lima pembedahan untuk mendapatkan hidung yang ideal.

Bagaimanapun, menurut Jedlica, dia masih belum 100 peratus berpuas hati dengannya, sambil menunjukkan kepada wartawan keadaan hidung yang diingininya.

Dari hidung, dia melakukan pembedahan untuk mencantikkan pinggul, dada dan kemudian lengan.

Jedlica berkata, dia tidak melihat sebarang alasan untuk menghentikan ketaksubannya terhadap pembedahan plastik.

Katanya, pembedahan pertama hidungnya adalah satu keperluan sementara yang lain hanya kemahuannya saja. - DM

Sunday, November 25, 2012

[15 GAMBAR] Palestin Sebelum Dijajah Israel Pada Tahun 1900
















Ameng Spring Juarai Pertandingan Nasyid DALAM PENJARA

AMENG (empat dari kanan) beramah mesra dengan pegawai penjara selepas menjuarai Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Penjara Malaysia di Kota Bharu semalam.

Dihukum penjara bukan alasan untuk berputus asa. Itulah semangat yang ditunjukkan oleh penyanyi, Ameng Spring yang kini sedang menghabiskan hukuman penjara selama 8 tahun 10 sebatan di Penjara Kluang sejak April 2011 akibat kesalahan dadah.

Menurut laporan Kosmo! hari ini, Ameng dan kumpulan nasyidnya, “Voices Of Prison” berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012 yang berlangsung di Penjara Pengkalan Chepa.

Ameng ketika ditemubual memberitahu tidak menyangka bahawa mereka mampu menjuarai pertandingan kerana tahun lepas penjara yang dihuninya hanya memegang tempat ketiga.

“Tahun lalu, Penjara Kluang hanya meraih tempat ketiga, sasaran kami untuk kali ini ialah naib juara.

Namun nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan selaku juara dan ini merupakan kali pertama Penjara Kluang mengungguli pertandingan nasyid.”

Untuk pengetahuan, tempat kedua pertandingan ini dipegang oleh Penjara Kajang, Selangor.

Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan nasyid dari Sekolah Henry Gurney, Melaka.

TERKINI: Mahasiswa Berkumpul di PWTC Sokong BN

Muhyiddin menyampaikan ucaptama beliau pada konvensyen
Pagi ini, di Dewan Merdeka, PWTC ini berlangsung hari terakhir Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 yang dihadiri hampir 3,500 wakil dari 67 Kelab Luar Negara UMNO serta pemimpin mahasiswa IPT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden UMNOhadir menyampaikan ucaptama pada konvensyen tersebut.


Muhyiddin menyatakan Kerajaan hari ini amat menitikberatkan aspek kepimpinan mahasiswa agar dapat dilahirkan pelapis pemimpin yang kredible dan berwibawa pada masa depan

Mahasiswa perlu sedar bahawa hanya keamanan dan kestabilan dapat menjamin negara serta rakyat terus menikmati kemakmuran dan kemajuan

Muhyiddin menerima resolusi 11 perkara Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa 2012
Mereka juga perlu ada kesedaran bahawa negara ini dianggotai masyarakat pelbagai kaum, maka aspek keharmonian kaum dan perpaduan rakyat menjadi antara prasyarat bagi mengekalkan kemakmuran serta kemajuan berkenaan

Selain memberi ucaptama, Muhyiddin akan juga melancarkan logo Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional dan menerima resolusi oleh kepimpinan mahasiswa tahun ini

Turut hadir ialah Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Biro IPT, Datuk Razali Ibrahim, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com