iklan nuffnang

pages

Wednesday, October 31, 2012

Najib: 'Saya tak marah PR kejar jawatan PM'


SUNGAI PETANI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka berkata beliau tidak “marah” jika pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mahu mengejar jawatannya ataupun mana-mana kedudukan kerajaan tetapi tidak mahu mengkhianati negara.

“Saya tak marah kalau mereka nak jawatan saya. Saya tak marah mereka nak kejar jawatan lain, tapi jangan mengkhianati negara kira,” kata beliau ketika berucapa merasmikan Perhimpunan Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Negeri di Pantai Merdeka di sini, hari ini.

Beliau berkata, PR tidak seharusnya melakukan dasar-dasar yang boleh memusnahkan segala-galanya yang dibina dengan susah payah selama ini.

“Jangan musnahkan segalanya semata-mata nak mengejar undi di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

“Saya percaya orang Kedah sudah bersedia untuk melakukan perubahan sekali lagi. Kita sudah sedar bahawa apa yang kita hasratkan itu pergantungannya adalah pada kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dalam ucapannya, Najib menyifatkan cadangan PR mahu memansuhkan hutang jika berjaya menawan Putrajaya akan membuatkan ekonomi negara lumpuh.

Katanya, selain cadangan pembangkang itu dan pelan mahu menghapuskan tol, menaikkan gaji minimum pekerja dan mengurangkan harga minyak, boleh membuatkan ekonomi merudum.

“Kalau ekonomi kita merudum, golongan penternak, nelayan dan petani tidak akan mendapat subsidi, tidak akan mendapat insentif dari kerajaan sebab hasinya juga akan merudum.

“Saya katakan perkara ini sebab saya sebagai Menteri  Kewangan saya amat faham,” katanya.

Najib menambah, “mengendalikan urusan kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah dalam bentuk kita boleh ikut suka hati kita menyedapkan telinga pengundi semata-mata.”

Malah, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, tindakanPR untuk memansuhkan hutang bukanlah mengikut ajaran Islam.

“Walhal dalam Islam kalau kita meninggal dunia, wajib kita lunaskan hutang. Kalau kita tak sempat, waris-waris kita kena lunaskan.

“Sebab, kalau kita mati tanpa melunaskan hutang, berat pada roh kita nanti, berat seksa nanti. Tetapi pembangkang senang-senang kata hapuskan hutang. Ini bukan ajaran Islam,” katanya.

Najib berkata, ajaran Islam mendidik manusia pada jalan yang benar dan betul.

New York : Stok makanan bertahan lima hari

NUR AMIRAH (kiri) bersama Suraida dan Farah Nadia (kanan) menikmati sarapan di pangsapuri mereka di New York semalam.

KUALA LUMPUR - Taufan Sandy bukan sahaja memberi impak kepada warga Amerika Syarikat di New York tetapi juga menguji ketabahan kira-kira 2,700 rakyat Malaysia yang terpaksa berkurung di dalam kegelapan di rumah berikutan bekalan elektrik terputus sejak kelmarin manakala jalan raya pula digenangi air.

Daripada 2,700 rakyat Malaysia yang menetap di New York, seramai 1,200 orang adalah pelajar.

Antaranya ialah Nabilah Fahana Yahya, 21, pelajar Sistem Informasi di Institut Teknologi Stevens yang menetap di sebuah pangsapuri bersama tiga lagi rakannya, Nur Amirah Rahim, Suraida Alias dan Farah Nadia Muhammad Sabri.

Mereka kini bimbang mengenai bekalan air bersih serta stok makanan yang cuma bertahan lima hari.

"Kami tidak sempat untuk menyimpan stok air bersih yang secukupnya kerana terputus bekalan elektrik dan tidak menyangka taufan menjadi seteruk ini," kata Nabilah yang juga anak kelahiran Selangor menerusi e-mel kepada Kosmo! semalam.

Untuk hidangan semalam, dia hanya sempat memasak nasi dengan berlaukkan telur goreng.

Seorang lagi pelajar tahun ketiga jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari Institut Teknologi Stevens, Muhammad Hazim Ab. Fatah pula menceritakan, dia serta rakannya yang lain menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan kenalan di New York serta keluarga di Malaysia.

Katanya, ia disebabkan bekalan elektrik di kediaman mereka di New Jersey telah terputus sejak pukul 10 malam kelmarin.

Blogger Seks Alvin Tan Hadiri Pendengaran Tatatertib Di NUS

Alvin Tan sejurus keluar dari dewan universiti NUS selepas sesi pendengaran tatatertib
SINGAPURA: Blogger seks, Alvin Tan berada di National University of Singapore (NUS) di sini untuk pendengaran tatatertib berhubung blognya.

Penuntut jurusan undang-undang yang berusia 24 tahun itu tiba pada pukul 2.20 petang di dewan NUS tanpa ditemani teman wanitanya, Vivian Lee, 23.

Alvin berpakaian kasual dengan kemeja-T merah, seluar jeans dan topi gaya ‘beanie’ yang pernah dipakainya dalam salah satu video.

Tan, yang merupakan seorang pemegang biasiswa kelihatan senyum dan tidak malu dengan kehadiran sekumpulan pemberita yang menunggunya sejak pukul 1 petang.

 Blogger Seks Alvin Tan Mohon Maaf Kepada NUS 

Blogger seks, Alvin Tan memohon maaf kepada National University of Singapore (NUS) kerana membawa “nama buruk” kepada universiti itu.

The Strait Times memetik Tan sebagai berkata perbicaraan tatatertib NUS berhubung blognya bahawa dia melakukannya atas “masa peribadinya sendiri sebagai individu perseorangan dan bukan sebagai penuntut NUS.”

“Apa yang saya buat adalah jenayah tanpa mangsa,” kata laman web The Strait Ties yang memetiknya sebagai berkata. “Tiada siapa yang benar-benar dicederakan atau disakiti atas tindakan ini.”

Tan, keluar dari dewan universiti NUS kira-kira pukul 3.50 petang pada Rabu selepas sesi pendengaran selama 90 minit.

Dia kelihatan tenang dan dengan terbuka bercakap kepada media yang menemuinya.

Tan berkata, belum terdapat sebarang keputusan dari sesi pendengaran yang dijalankan oleh lima ahli lembaga universiti.

“Mereka memberitahu saya akan mengetahuinya dalam tempoh tujuh hari. Suasana pendengaran itu begitu serius,” katanya.

Terdahulu, penuntut jurusan undang-undang itu tiba di NUS pada kira-kira pukul 2.20 petang tanpa ditemani teman wanitanya, Vivian Lee, 23.


Wanita puas seks lebih jelita

Gambar Hiasan
DIKATAKAN hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.

Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.

Wajah berseri

Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?

Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.


Bentuk tubuh yang menarik

Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.

Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.

Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.


Hilangkan lenguh-lenguh badan

Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.

Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.

Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.

Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.


Kitaran haid yang teratur

Menurut Winnifred Cutler,  pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.


* Dipetik dari majalah Mingguan Wanita edisi terbaru

Chef Riz Ambil Borang Mohon Cerai - Rumahtangga Bergolak


Akhirnya, selepas spekulasi demi spekulasi, Chef Riz yang juga merupakan anak kepada Chef Wan mengaku bahawa rumah tangga dia dan isterinya, Ana Dahlia sedang bergolak.

Semalam, sebuah portal hiburan melaporkan bahawa ada saksi mengatakan terlihat pasangan ini mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. Namun, menerusi laporan Kosmo! hari ini, Chef Riz menafikan perkara tersebut.

Menurut Chef Riz lagi, dia kini sedang dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya dan mengaku masih sayangkan isterinya, Ana Dahlia.

“Biasalah dalam perkahwinan, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang kami ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami.

“Saya sayangkan dia (Ana) dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah perkembangannya.” – Chef Riz.

Laporan Audit: PAC panggil 6 kementerian untuk siasatan


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil enam kementerian untuk siasatan lanjut berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw, berkata kementerian itu adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya.

"Siasatan awal kita mendapati ada kelemahan. Contohnya mengenai ubat, farmasi di Kementerian Kesihatan, masalah dalam Jabatan Kerja Raya, 'double tracking' dalam Kementerian Pengangkutan dan kelemahan kuarters perumahan di Kastam," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan dan aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri tahun lepas diedarkan kepada anggota Parlimen pada 15 Oktober lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tan berkata PAC akan berbincang lebih lanjut berhubung kementerian mana yang akan lebih dahulu dipanggil bergantung pada keutamaan sesuatu kes.

Beliau juga berkata kelemahan koordinasi antara jabatan dan agensi kerajaan dalam menerima dan melaksanakan arahan daripada peringkat atasan didapati antara punca kepada wujudnya masalah berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Sebagai contoh, jika Kementerian Kewangan (MOF) telah membuat sesuatu keputusan mengenai sesuatu perkara, dengan itu semua jabatan sepatutnya tahu mengenainya, tetapi dalam beberapa kes, ia (keputusan) tidak sampai kepada mereka. Ini bermakna akan berlaku kesilapan.

"Jadi mereka perlu teliti kenapa apabila menteri buat keputusan tetapi ia (keputusan) tidak sampai kepada jabatan di bawah kementerian itu... saya fikir perlu dedahkan prosedur bagaimana keputusan dibuat di MOF dan sampai kepada semua jabatan," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun beberapa perkara berhubung siasatan terhadap kes itu tidak boleh didedahkan memandangkan PAC terikat dengan Peraturan Mesyuarat Parlimen

Tuesday, October 30, 2012

Rahsia Ben 10 Yang Ramai Tidak Tahu


SIAPA sangka di sebalik kehebatan hero pujaan kanak-kanak, Ben Tennyson atau lebih dikenali sebagai Ben 10, terselit rahsia yang mengejutkan.

Rupa-rupanya, si peminjam suara untuk karakter popular itu adalah seorang wanita dikenali sebagai Tara Strong. Lebih mengejutkan, Tara bukanlah anak gadis, sebaliknya dia bakal mencapai usia 40 tahun, tahun depan.


Ternyata, pelbagai reaksi diterima wanita ini apabila peminat kecil Ben 10 mendapat tahu siapa sebenarnya identiti peminjam suara watak pujaan mereka itu.

“Saya seronok melihat reaksi kanak-kanak lelaki. Ada yang marah dan tidak dapat menerima kenyataan selepas mengetahui pemilik suara Ben 10 adalah seorang perempuan.

“Ini bermakna, saya sudah melaksanakan tugas yang baik selama ini,” katanya yang mula meminjam suara untuk pelbagai produksi sejak usia 13 tahun.

Menceritakan pembabitan awalnya, Tara dilaporkan berkata, dia dihantar menghadiri uji bakat untuk peranan Hello Kitty oleh ejen yang berpusat di Toronto. Nasib Tara baik apabila dia diterima menyumbangkan suara untuk watak itu.

Sepanjang pembabitan dalam industri ini, Tara paling menggemari peranannya sebagai Melodi dari animasi The Little Mermaid 2.

Sememangnya, sudah menjadi impian wanita ini untuk terbabit dalam animasi berkenaan.

Mengapa tidak, dia dapat bekerja di samping bintang pujaan, Jodi Benson yang juga seorang penyanyi soprano, pelakon dan penyumbang suara untuk pelbagai projek animasi.

Menurut Tara, untuk menjadi seorang pelakon suara, individu terbabit perlu melengkapkan diri dengan menghadiri kelas pemantapan suara.

“Hadirlah sebanyak mungkin kelas yang anda boleh. Ini kerana lakonan suara juga suatu cabang seni lakon. Kami bukan hanya bertanggung jawab menyumbang suara, malah perlu mengkaji babak atau adegan.

“Kita juga perlu tahu bagaimana hendak beraksi secara spontan dan menyanyi,” katanya yang seronok melakukan tugas ini kerana tidak terikat dengan rutin kerja pejabat.

Sementara itu, sepanjang menyumbangkan suara untuk pelbagai projek animasi, Tara melihat watak Ben berbeza daripada watak budak lelaki lain.

Menurutnya, Ben 10 adalah seorang budak lelaki angkuh, tidak pernah mengenali erti takut dan suka memperkecilkan orang lain. Baginya, Ben 10 juga mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat tinggi.

Kadar Kematian Akibat Kemalangan Malaysia 6.3 x lebih tinggi berbanding UK, Sweden dan Belanda.


Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Malahan sejak sistem itu dilaksanakan bulan lalu, banyak blog yang telah menyuarakan bantahan berhubung pelaksanaan sistem tersebut dengan alasan ia membebankan pengguna dan rakyat.

Saya tidak faham di mana "penganiayaan" kerajaan terhadap rakyat ekoran penggunaan AES ini. Mungkin mereka (termasuk wakil-wakil rakyat) hanya melihat jumlah saman yang dikutip hasil sistem tersebut, tanpa melihat sudut positifnya.


Kita semua maklum kadar kemalangan dan kematian di jalan raya di Malaysia antara yang tertinggi di dunia. Menurut kajian oleh Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, dicatatkan bahawa 30 negara mencatatkan penurunan kadar kematian jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, kecuali tiga negara iaitu Argentina, Kemboja dan Malaysia.

Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk.

Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom, Sweden dan Belanda.

Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu.

Malahan kalau dilihat secara rambang, jumlah kemalangan dan kematian meningkat setiap kali sambutan perayaan saban tahun. Pelaksanaan Ops Sikap sebelum ini ternyata gagal mendidik dan mendisiplinkan para pemandu kita dan semua pihak bimbang dengan keadaan tersebut.

Anehnya ketika mereka bimbang dengan kadar kematian yang tinggi di jalan raya, mereka juga menolak usaha mengurangkan statistik tersebut. Pelaksanaan AES sudah terbukti berjaya mengurangkan masalah tersebut di negara-negara maju seperti Singapura, Australia dan Amerika Syarikat tetapi kenapa ia ditentang?


Saya faham andai isu AES dimainkan oleh kalangan pembangkang kerana memang menjadi lumrah bagi mereka menafikan segala usaha kerajaan semata-mata mahu memburukkan usaha tersebut di mata rakyat. Tetapi apabila wakil-wakil rakyat kerajaan sendiri mendesak AES dihentikan dan blog-blog prokerajaan juga tidak putus-putus menyerang Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan AES, membuktikan bahawa para pemandu di Malaysia ini tidak suka dikawal, apatah lagi oleh sistem "perangkap" automatik seperti AES.

Mereka hanya memandang wang yang terpaksa dikeluarkan untuk membayar saman tetapi tidak melihat jumlah nyawa yang melayang setiap hari di jalan raya. Mana lebih bernilai, wang atau nyawa?

Kenapa mereka tidak melihat AES adalah salah satu alat untuk mendisiplin para pemandu di Malaysia? Apabila adanya kamera di sepanjang jalan raya dan lebuh raya, sudah pasti pada pemandu akan memandu mengikut had kelajuan yang ditetapkan kerana tidak mahu disaman.

Lambat laun, daripada takutkan saman sikap memandu berhemah akhirnya membudaya dalam diri kalangan pemandu dan sekali gus mendisiplinkan para pemandu kita.

Malangnya mereka tidak melihat semua itu. Apa yang dilihat hanya dari satu sudut - saman - dan bukannya dari sudut yang lain - mendidik. Inilah masalahnya dalam kalangan rakyat di negara ini.  Jika inilah pemikiran rakyat  kita, termasuk para wakil rakyat, saya percaya sampai bila pun kita tidak mampu mengubah sikap pemandu kita.

Amat menyedihkan...
 

Datuk Jamal, Sekinchan Ikan Bakar TAJA Tasha Shillla (kereta Audi A5)?


Baru berusia 42 tahun, Datuk Jamal dikatakan telah memberi sebuah kereta Audi A5 dan menaja kehidupan Tasha Shilla. Semalam menerusi Metro Ahad, isteri Datuk Jamal, Datin Nurhanizatul Shida tampil menyatakan yang suaminya tiada hubungan istimewa dengan pelakon tersebut. Katanya:-
"Sebenarnya, saya sudah penat menjawab tuduhan banyak pihak dan blog tertentu yang mengaitkan pelakon itu dengan suami saya. Saya lebih kenal suami saya! Suami meminta saya bersabar dan tidak mudah percaya gosip mengaitkan dia dengan mana-mana wanita atau artis. Tidak dinafikan, hati isteri mana tidak cuak mendengar cerita itu pada mulanya. Untuk itu, saya selalu mencuri baca khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan di telefon bimbit suami untuk mencari bukti. Bagaimanapun, suami menyatakan kesibukan berniaga menyebabkan dia tidak ada masa untuk melayan cerita remeh-temeh dan meminta saya tidak cepat melenting dengan gosip itu."

Yang pastinya Tasha Shilla langsung tidak mengenali identiti Datuk J ini. Bersua muka pun tidak.  Tasha Shilla memberitahu Berita Harian yang dia pernah menangis akibat gosip yang tidak henti-henti ini. Kata Tasha:-
Bohonglah kalau saya kata tak sedih apabila tak henti-henti dilanda gosip sebegini. Ada ketika saya menangis juga. Paling kasihan tentunya ayah saya apabila terpaksa berdepan pertanyaan demi pertanyaan daripada kawannya, yang mahukan pengesahan mengenai gosip itu. Saya tak mahu buat dia bersedih. Seboleh-bolehnya, saya tak nak marah atau melenting apabila terus menjadi bahan gosip. Tapi sebagai manusia biasa, tak mustahil satu hari saya meletus juga kerana kesabaran ada batasnya.


Tasha teringin bertemu Datuk J jika lelaki dikaitkan itu benar-benar wujud

Bukan sekali dua, malah hampir setiap kali gosip mengenai Tasha Shilla tersiar, pasti nama lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk J terkait sama. Tidak kisah sama ada cerita Tasha ditaja atau keluar berhibur di kelab malam, nama lelaki itu tetap disebut.

Semakin kerap pelakon ini membuat penafian, semakin banyak pula cerita dia dan lelaki berkenaan disiarkan. Terbaru, nama pelakon yang mempunyai wajah persis Krisdayanti ini kembali hangat apabila didakwa berhibur sakan di kelab bersama lelaki yang didakwa sebagai ‘sugar daddynya’ itu.
Lebih panas, kereta mewah Audi A5 Cabriolet yang dipandunya ketika ini turut disensasikan, apabila ia dikatakan pemberian lelaki itu kepadanya.

Begitulah sinonimnya pemilik nama penuh Natasha Sheila Abd Razak dengan VIP terbabit. Namun persoalannya, siapakah Datuk J sehingga acap benar dia dikaitkan dengan Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 ini? Wujudkah lelaki itu dalam diri pelakon drama Gemilang ini?

Saat diajukan pertanyaan itu kepadanya, Tasha tidak dapat menjelaskan apa-apa kerana sehingga kini, dakwanya, dia sendiri belum bertemu lelaki yang sering digosipkan dengannya itu.

“Kalau betul Datuk J wujud, saya teringin bertemu dengannya dan mahu mengucapkan terima kasih kerana menaja kehidupan saya seperti sering dicanang orang. Masalahnya, Datuk yang dikatakan itu tidak wujud. Saya sendiri tiada hubungan dengan sesiapa, termasuk Datuk terbabit. Saya masih single dan available.

Foto : Fina AF9 Tindik Pusat


Jarang muncul di dada akhbar bukan bermaksud tiada orang yang ambil kisah dengan kehidupan selebriti ini. Kata orang, seperti daging yang diperam, makin lama, makin lazat isinya.

Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu ‘Menangis Lagi’ telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya. Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.


Berikutan daripada itu, pihak OHBULAN! menemubual Fina AF9 bagi mengetahui apakah yang sebenarnya dikejar oleh penyanyi berumur awal 19 tahun ini. Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, atau terlepas pandang semata-mata?

 “Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka. Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu.”


Selain itu, beberapa keping gambar yang memaparkan Fina memakai gaun ketat dan seksi juga turut dimuatnaik ke laman Instagramnya. Gambar-gambar tersebut telah menimbulkan beberapa spekulasi serta persoalan kepada para peminat.

Ditanya kenapa kini sudah berani berpakaian begitu, pantas Fina menjawab,”Fina berpakaian sebegitu hanya untuk sesi fotoshoot dan kesemua baju tersebut telah ditaja, jadi Fina pun pakailah.”


“Pihak penaja cuma mahukan Fina berpakaian sebegitu, tidaklah seksi pun dan Fina dibayar untuk promosikan pakaian mereka,” tambahnya lagi.

Tidak cukup disitu, pihak OHBULAN! turut terdengar suara-suara kecil yang mengatakan Fina kini tidak ubah seperti perempuan murahan kerana sanggup berpakaian begitu.


“Saya rasa saya bukanlah seperti apa yang orang kata. Maklumlah, mulut orang, siapa boleh tutup, kan? Jadi, kalau saya pakai macam tu je, saya ni murahlah?

“Orang yang kenal saya, mereka tahu saya macam mana. Ibu saya sendiri tahu saya ini macam mana,” jelas Fina menafikan tuduhan tersebut.


Terdapat juga tuduhan melulu dari sumber-sumber yang dipercayai mengatakan Fina kini berparti di kelab malam dan penyanyi ini sekali lagi menafikan tuduhan tersebut.

 Mengakhiri perbualan, Fina turut memberitahu,”Kalau benar pun saya mahu bersosial, takkanlah saya nak masukkan ke dalam laman sosial. Saya tahu diri saya berada di mana.”

 “Kalau saya pergi kelab malam pun, saya cuma pergi tengok ‘live band’ dan akan ditemani oleh ibu serta adik beradik saya. Memang tiap-tiap minggu saya pergi, tapi hanya untuk tengok ‘live band’ bersama keluarga saya.”

Dong Zong 'tamak' - SU Agung BN


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melabel pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) pendidikan Cina, Dong Zong yang mendapat sokongan kuat Pakatan Rakyat (PR) sebagai "tamak."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung jemputan NGO itu kepada Umno dan semua parti politik supaya bersama-sama membantah pelan pembangunan pendidikan negara secara besar-besaran 25 November ini.

"Dong Zong ni, apa yang kita buat ini salah? Saya nak beritahu Dong Zong ini supaya mereka mengingat kembali tentang sejarah. Pada 1980 di mana tahap sekolah-sekolah Cina. Tanya dialah sendiri.

"Yang membangunkan sekolah-sekolah Cina, memperbaiki tahap sekolah-sekolah Cina dengan baik adalah MCA melalui BN.

"Dan kita telah membangunkannya, tapi dia... ini kadangkala mereka ini, bila saya sebut nanti orang marah... sebab kerana ketamakan mereka... ini jadi masalah," katanya pada sidang media semalam.



‘Jangan tunduk tuntutan Dong Zong’ - Ridhuan Tee

SHAH ALAM – Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) disifatkan amat biadab dan begitu berani mencabar kerajaan dengan pelbagai tuntutan yang tidak masuk akal dan melampau.

Pensyarah Universiti Per­tahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, walaupun pergerakan komunis sudah tiada, pemikiran mereka yang dipanggil ultra kiasu ini masih tebal.

Menurutnya, kelompok ini akan menuntut sebanyak-banyaknya walaupun menyedari kerajaan tidak akan tunduk, namun akhirnya pembe­rian sedikit oleh kerajaan itulah kemenangan terbesar buat mereka.

“Kerajaan patut sudah tahu strategi ini. Jangan takut dengan ugutan-ugutan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dekat. Biar kalah tetapi bermaruah, daripada menang tetapi tergadai.


“Jangan terlalu harap undi daripada kelompok ini hingga maruah tergadai. Pentingkan dahulu agenda kebangsaan. Jika Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ini, saya tidak tahu hendak kata apa lagi,” katanya.

Katanya, Dong Zong langsung tidak pernah risau sebahagian produk keluaran sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang langsung tidak menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.

“Jika mereka benar-benar ikhlas sudah tentu agenda kebangsaan iaitu bahasa Melayu dibincangkan atau dibawa sekali. Ini tidak, semuanya mesti Cina, Cina dan Cina.

“Malah mereka ini menutup kedua belah mata. Masalah yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran langsung tidak mahu diambil tahu. Mereka hanya tahu hak mereka mesti dipenuhi,”
katanya.

Mohd Ridhuan berkata, kerajaan perlu tahu sebanyak mana pun pemberian kepada kelompok ini, ultra kiasu tidak akan mengundi kerajaan.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Ahmad Atory Hussain berkata, kekurangan guru di SJKC kerana kesilapan mereka sendiri yang tidak mengembangkannya.

Katanya, kerajaan sepatutnya tiada masalah menambah guru-guru di SJKC namun tuntutan yang dibuat Dong Zong amat keterlaluan.

“Walaupun tuntutan mereka melampau, namun secara perlahan-lahan kerajaan memenuhinya juga,” katanya.
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Ahmad Sauffiyan Abu Hasan pula berkata, kerajaan seharusnya menimbang tuntutan Dong Zong ini secara terperinci demi manfaat bersama.

“Saya memahami aspirasi Dong Zong ini, mereka berhak menuntut pelbagai perkara daripada kerajaan, tetapi tuntutan tersebut haruslah bersyarat,” katanya.


Jangan hancurkan masa depan negara- Ridhuan Tee

 Lanjutan artikel saya minggu lalu, “Bahaya tuntutan ultra kiasu”, berikutan perhimpunan bantahan mengenai masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), saya menerima banyak emel, terutama kalangan guru-guru bukan Cina, termasuk guru Cina (Muslim) yang mengajar di sana. Mereka amat tidak selesa dan tidak berpuas hati dengan tindakan ultra kiasu itu.

Salah seorang daripadanya, Anuar Koh (Cina Muslim) yang mengajar di SJKC, amat bimbang mengenai usul ekstrem yang dikemukakan dalam perhimpunan tersebut. Antaranya, menggesa Kementerian Pelajaran menarik balik penempatan semua guru yang tidak berkelayakan Bahasa Cina, termasuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang ditempatkan ke SJKC. Mereka juga mendesak Kementerian Pelajaran menempatkan semula guru-guru berkelayakan Bahasa Cina ke SJKC yang dipindahkan sebelum ini.

Ini adalah strategi licik ultra kiasu untuk menjadikan SJKC sarang orang Cina, tanpa ada bangsa lain, seolah-olah berada di China. Amalan selama ini, guru-guru bukan Cina seperti guru-guru Melayu, India atau kaum lain, ditempatkan di sekolah Cina untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mereka ini memang tidak ada kelayakan Bahasa Cina, atau mendapat kepujian atau kredit dalam kertas Bahasa Cina dalam SPM. Adalah sesuatu yang amat sukar untuk mencari guru bukan Cina boleh menguasai bahasa Cina. Ultra kiasu mahu mewajibkan mereka memahaminya. Ultra kiasu ini siapa sebenarnya?

Jika kerajaan tunduk kepada tekanan ini, maka niat mereka hendak menghalau semua guru bukan Cina atau Cina yang bukan berpendidikan Cina akan tercapai. Mungkin sebagai langkah taktikal, tuntutan 325 hanya mahu pihak kementerian ‘menghalau’ guru-guru sedemikian yang ditempatkan tahun ini. Tetapi, kalau tuntutan berbau perkauman yang amat ultra ini dilayan, maka, langkah seterusnya tentulah untuk menghalau semua sekali guru-guru bukan Cina.

Menurut sejarawan Inggeris yang banyak menulis mengenai sejarah orang Cina di Malaysia, Victor Purcell, ketika berlaku penghijrahan, bukti-bukti menunjukkan, komunis menggunakan sekolah Cina untuk menyebarkan fahaman mereka. Saya tidak kata ia berlaku di SJKC kini. Saya cuma tidak mahu kita mengulangi kesilapan demi kesilapan. Takkan kita sanggup lihat sesebuah institusi kepunyaan kerajaan dihuni satu bangsa saja.
Lantaran, saya amat tidak faham bagaimana pemimpin kanan Pas tergamak mengangkat tangan setinggi-tingginya, menyertai perhimpunan ini dalam usaha mereka hendak menghalau semua guru bukan Cina, terutamanya guru Melayu (termasuk India), keluar dari SJKC. PKR, mereka hanya mabuk kuasa.

Dengar khabar, pertubuhan ultra kiasu ini sedang merancang menghalau semua murid bukan Cina yang sekarang belajar di SJKC, atas alasan murid-murid bukan Cina menghalang perjalanan licin pengajaran Bahasa Cina. Untuk merealisasinya, langkah pertama ialah halau dahulu guru bukan Cina, kemudian murid bukan Cina. Berbeza SJKC di luar bandar, mereka berkempen habis-habis agar orang Melayu menghantar anak mereka ke sana bagi memastikan SJKC ini survive, walaupun di kawasan Melayu.
Jika perancangan licik ini berjaya, pertubuhan ultra kiasu, dengan sokongan kuat Pakatan Rakyat yang begitu yakin akan menang PRU 13, akan menetapkan perlunya kelayakan Bahasa Mandarin bagi mereka yang ingin terus menetap di Malaysia. Pada masa itu, semua orang Melayu akan dihalau keluar Malaysia jika tidak berkelayakan Bahasa Mandarin.

Dalam perhimpunan tersebut, selain membidas kerajaan kerana tidak pernah mahu menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC sejak 1968 sehingga kini, mereka turut memperlekeh pembinaan Menara Kembar Petronas KLCC dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dianggap membazir berbanding pelaburan dalam pendidikan Cina.

Kebimbangan saya lagi, Kementerian Kewangan umum minggu lalu, pengecualian cukai akan diberikan kepada mereka yang menderma secara tunai kepada sekolah dan rumah ibadat, tertakluk kepada pindaan undang-undang Akta Cukai 1967. Sebelum ini, Menteri Pelajaran ada mencadangkan agar derma Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut diberikan pengecualian cukai. Saya tidak pasti sejauh manakah perkara ini telah berjalan dan dibincangkan.

Cadangan ini amat baik. Menggalakkan orang menderma adalah amalan mulia. Namun, perlu juga difikirkan implikasinya. Tindakan ini tidak menguntungkan agenda kebangsaan, malah akan menjadikan identiti kebangsaan semakin pupus dan perkauman semakin menebal, kerana logiknya setiap kaum akan membantu institusi masing-masing. Bayangkan jika semua bertindak menghulurkan derma mengikut institusi kaum, mampukah umat Islam bersaing dengan mereka?

Monday, October 29, 2012

Nabila Huda Hisap 'Payudara' Teman di Parti Halloween?


Hujung minggu lalu, pasti ramai warga ibukota menghabiskan masa mereka memenuhi undangan parti Halloween. Termasuklah pelakon popular lagi kontroversi, Nabila Huda.

Pelakon tersebut telah berkongsi bersama peminat beberapa foto saat manis beliau ketika berada di sebuah parti Halloween baru baru ini. Foto tersebut dimuat naik melalui akaun Instagram beliau. Mengikut deskripsi yang disertakan bersama gambar (di atas), lelaki di sebelah kanan gambar merupakan bekas kekasih Marsha Milan Londoh.

Dan gambar itu juga menunjukkan Nabila seperti mencium 'buah dada' lelaki itu. Nabila memang pandai 'bergurau'.

Dalam salah satu gambar lain, kelihatan bersama Nabila Huda adalah isteri Adlin Aman Ramli, Emelda Rosmila.




Halloween ([hælə'win], [hælo'win]) adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober di negara-negara yang berbahasa Inggeris, dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!" merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu atau menulis di tingkap dengan sabun.
Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitanahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.
Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow)[1]. Hari raya agama Katolik bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris, perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.
Hari Para Orang Kudus ditentukan oleh para mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar dengan alasan ingin orang gasar mempercayai agama Kristian. Hari Para Mendiang (Day of the Dead) yang merayakan kedatangan roh sanak-saudara dan kerabat kembali ke bumi sehingga kini masih disambut di beberapa negara seperti di BrazilMexico, dan Filipina.
Halloween berasal dari orang Celt di IrelandBritain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai. Pada abad ke-19, orang Ireland danScotland membawanya ke Amerika Utara.

MB Kedah tidak patut kata orang ‘beruk’


PEDU - Datuk Seri Mahdzir Khalid menyelar kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang seperti beruk atas pokok cermai."

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu berkata, sebagai Menteri Besar, Azizan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Dia (Azizan) kata Ketua Pemuda Gerakan ‘beruk atas pokok cermai’, mana boleh kata macam tu.

“Jangan cakap orang seperti itu sebab dia tu seorang ulamak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan bahawa Azizan mengibaratkan Ketua Pemuda Gerakan ibarat "beruk atas pokok cermai."

Laporan itu menyebut, Azizan menyifatkan tindakan Keng Liang yang berterusan mendesaknya membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan sebagai politik tidak matang.

Azizan secara berseloroh menggadaikan situasi Keng Liang yang sering mendesak beliau umpama pepatah Melayu ‘jangan usik beruk atas pokok cermai’.

“Beruk atas pokok cermai, dia tengok kita dan usik kita, jika kita pun sama layan dia, dia lagi syok goncang pokok sampai habis jatuh buah dan daun cermai. Jadi tak payahlah layan, jika kita layan sampai bila pun tak habis,” katanya.

Isu Neelofa Baju Jarang, Nampak Coli


Sekiranya minggu lalu aktres cantik ini panas dengan kontroversi ‘kisah cintanya’ bersama aktor kacak Hans Isaac, minggu ini timbul pula isu baru apabila pengacara NONA ini dikatakan telah memakai pakaian yang jarang sehingga menampakkan susuk pakaian dalam sewaktu sidang media Anugerah Skrin 2012 Khamis lalu.

Tak melatah, Neelofa amat tenang memberikan respon terhadap kritikan peminat mengenai isu berkenaan.

“Sebenarnya, masa hari tu Lofa pakai skirt rekaan Syaiful Baharim dan baju tu memang Lofa beli sendiri. Masa pakai baju tu tak nampak pun macam jarang.”

“Tapi Lofa mengaku memang salah Lofa sebab tak perasan benda-benda macam tu. Lepas ni Lofa akan lebih berhati-hati untuk memilih pakaian,” ujar Neelofa sambil tersenyum.





Datuk Saifuddin: Najib juga ‘lawan arus’ UMNO dengan Mansuhkan ISA, Pinda AUKU, Benar Perhimpunan Aman



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang sanggup "melawan arus" – mengatasi pemikiran lama dan tradisional - demi kelangsungan politik yang lebih segar terutama sekali dalam Umno, demikian kata pemimpin muda parti itu, Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin yang juga ahli Malis Tertinggi Umno menggambarkan bagaimana pembaharuan dilakukan oleh Najib sama ada di dalam parti mahupun sebagai ketua kerajaan, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Kalau hendak gunakan penghujahan, saya melawan arus dan sebagainya, Datuk Najib lagi melawan arus. Pokoknya ialah Datuk Najib ke depan. Sebagai individu, sebagai ahli, beliau cintakan Umno, beliau mahu Umno itu lebih dinamik.
"Saya mengikut langkah yang dilakukan oleh beliau dan juga ramai tokoh-tokoh dan ahli Umno sebelum ini yang sentiasa berjalan lebih ke depan untuk membawa partinya menjadi lebih progresif," kata beliau.
Kedua-dua Najib dan Saifuddin merupakan ahli politik dari Pahang.
Najib mengambil alih kepimpinan parti, Barisan Nasional dan jawatan Perdana Menteri keenam sejak awal 2009, susulan prestasi paling buruk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum 2008.
Ekoran keputusan 2008, ramai melabelkan Umno sudah tidak relevan dan harus berubah demi survival parti.
“Saya bagi contoh. Kalau kira cerita biasa Umno, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dipertahankan. Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) tidak akan dipinda.
“Kebebasan media tidak akan dibincang. Perhimpunan aman tidak akan diizinkan....," katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu temu bual baru-baru ini.
Saifuddin, yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ditanya soalan sama ada beliau melawan arus dengan bersuara lantang meminta kepimpinan Umno berubah dan mengambil sikap liberal dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat.
Selain tampil dengan keberanian meminda ataupun memansuhkan akta yang didakwa sebagai menzalimi rakyat, Najib juga seorang pemimpin yang begitu aktif menggunakan medium media baru dalam menyampaikan dasar-dasarnya, kata Saifudddin.
Dan, selain muncul di kaca televisyen, Najib turut mendekati rakyat melalui laman sosial Facebook, Twitter, blog, temu bual bersama stesen radio termasuk sesi soal jawab atas talian seperti #Tanya Najib, 3 Oktober lalu.
Pemimpin itu dilihat bijak menggunakan perkembangan teknologi maklumat untuk mendekati dan menyelami jiwa rakyat.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno mengakui bahawa beliau antara pemimpin yang menyahut seruan Najib dan mahu terus sama-sama membudayakan politik yang lebih berilmu dan matang di negara ini.
“Saya mengikut langkah yang dilakukan oleh beliau dan juga ramai ahli-ahli dan tokoh Umno sebelum ini yang sentiasa bergerak ke depan untuk membawa partinya lebih progresif,” katanya.
Ditanya sama ada beliau bertahan dengan pelbagai kritikan terhadap beliau ekoran keterbukaannya hanya demi survival Umno, Saifuddin nyata sekali tidak bersetuju dengan pendapat itu.
“Pada saya, Umno merupakan sebuah parti yang bersifat dinamik. Walaupun ada pembangkang dan sesetengah pihak anggap, Umno ini sudah jadi dinosaur. Tapi sebenarnya ia sebuah parti yang dinamik.
“Tetapi kerana Umno itu terdiri daripada individu-individu yang akan berjalan lebih depan daripada partinya dan membawa parti itu berubah menjadi lebih dinamik dan bersesuaian dengan tuntutan zaman, maka lahirlah Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno, sebagai Perdana Menteri.
“Kalau hendak guna penghujahan saya melawan arus dan sebagainya, Datuk Najib lagi melawan arus. Pokoknya ialah Datuk Najib ke depan. Sebagai individu, sebagai ahli, dia cintakan Umno, dia mahu Umno itu lebih dinamik," tambah beliau.

Saturday, October 27, 2012

Asri samakan ulama Pas dengan Ayatollah?



SHAH ALAM - Ketua Penerangan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin "agak keterlaluan" dalam menyamakan ulama-ulama parti itu dengan kepimpinan Ayatullah Khomeini dari Iran, yang didakwa tidak boleh ditegur.
"Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam Pas dengan Ayatullah Khomeini.
"Semua sedia maklum bahawa Pas berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah.
"Dua akidah yang sangat berbeza antara satu sama lain," kata beliau dalam satu tulisan dibawa organ Pas, Harakahdaily.
Katanya, pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatollah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi.
"Jadi tidak peliklah Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.
Ketika muncul pada program Wacana Sinar Harian ke-15 Selasa lalu, Asri berkata, Pas tidak seharusnya menjadi seperti pemerintahan Ayatollah di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak.
Asri, bekas Mufti Perlis berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.

“Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh.

“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih  korup daripada apa yang berlaku sekarang,” katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh  mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.
Menjawab pandangan Asri itu, dua Naib Presiden Pas kelmarin menjawab bahawa pihaknya memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.
Nik Muhammad berkata, soalan yang dikemukakan oleh moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke-15 berhubung dengan pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada Pas.
"Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika Pas menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang.
"Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatollah Khomeini di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh," jelas beliau.
Nik Muhammad berkata, moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam Pas dengan mengemukakan persoalan tersebut.
Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam Pas tidak boleh ditegur, tambah beliau.
Menurut Nik Muhammad, Pas khususnya para pimpinan ulamanya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran.
"Lihat sahaja sikap Datuk Seri Presiden, pimpinan ulama tertinggi dalam Pas menerima kritikan dan teguran yang keras daripada (bekas pensyarah UIAM) Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya.
"Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Dr. Aziz Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan pimpinan Pas," katanya lagi.
Kata Nik Muhammad, perlu dijelaskan bahawa reaksi ini bukan bermakna Dewan Ulama Pas Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan dengan Ayatollah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah dikemukakan bukti, contoh dan berfakta.
"Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada para pimpinan ulama dalam Pas dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti Pas yang bakal melangkah ke Putrajaya, insya-ALLAH.
"Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional," katanya.
Pada masa yang sama katanya, Pas sentiasa mengajar kepada semua ahli supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti.
"Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan Pas," kata beliau lagi.

Wednesday, October 24, 2012

Ostazah Abby Keluarkan Fatwa Terbaru Ttg Ibadah Korban




Laporan Audit Negara: Khalid Dolak Dalih Kelemahan Pentadbiran Selangor


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas tidak menghormati Laporan Ketua Audit Negara 2011 berhubung Skim Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) apabila mempertikaikan jumlah kelahiran di negeri itu dari tempoh 2008 sehingga tahun lepas iaitu seramai 313,706 orang.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata penafian Abdul Khalid bahawa angka kelahiran tidak tepat kerana bercampur dengan bukan warganegara juga tidak boleh diterima kerana pendaftaran untuk skim itu yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak 2008 hanya 23.7 peratus.

"Adakah Menteri Besar mengatakan bahawa hampir 80 peratus kelahiran lagi merupakan bukan warganegara? Persoalan penting ialah bagaimanakah kerajaan negeri memberi jaminan setiap yang mendaftar dengan Tawas akan mendapat pulangan RM1,500 apabila berumur 18 tahun.

"Ini kerana sehingga kini masih belum ada apa-apa pelaburan dari pihak kerajaan negeri untuk menghasilkan pulangan berjumlah lebih dari RM20 juta untuk diberikan kepada anak Selangor yang mendaftar," katanya dalam sidang media di Bangunan Umno Selangor di sini, Rabu.

Mohd Zin mendakwa peruntukan untuk TAWAS juga digunakan secara tidak seimbang apabila daripada RM13.5 juta peruntukan iaitu RM8.5 juta untuk TAWAS dan RM5 juta untuk pengurusan, hanya RM2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk skim itu, sebaliknya RM4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan.

Beliau berkata ini bermaksud, pengendali TAWAS iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) membelanjakan 98 peratus dari peruntukan RM5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4 peratus sahaja yang mendapat faedah daripadanya.

"Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi daripada wang yang diagihkan dan ke manakah bagi RM5.5 juta lagi," katanya.

Selain itu, beliau berkata Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan dalam pengurusan tanah di Selangor seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan
cukai yang tidak mencapai sasaran.

Mohd Zin berkata Laporan Ketua Audit Negara turut merekodkan bahawa kerajaan persekutuan memberikan RM375.9 juta kepada kerajaan Selangor bagi tujuan penyelenggaraan jalan negeri sepanjang 16,013 kilometer, tetapi kerajaan negeri didakwa hanya membelanjakan RM218.15 juta sahaja iaitu 58.1 peratus dari keseluruhan peruntukan.

"Ini secara tidak langsung menyebabkan wang kerajaan negeri meningkat tetapi hakikatnya peningkatan wang kerajaan negeri bukanlah kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan sebaliknya beliau tidak membelanjakan untuk kebaikan rakyat.

"Tidak guna jika Abdul Khalid berbangga dengan peningkatan hampir RM2 billion kepada kerajaan negeri jika rakyat tidak mendapat hasil dari peningkatan ini. Hakikatnya, Selangor masih lagi mempunyai infrastruktur tidak sempurna di sesetengah kawasan," katanya.

Mohd Zin berkata Laporan Audit Negara juga mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada tahun 2011 berbanding 2010 dan selain itu, berbanding 2010, kerajaan negeri turut membelanjakan RM624.51 juta wang tunai untuk perbelanjaan modal.

"Abdul Khalid kononnya mengamalkan perbelanjaan berhemah, sebenarnya tidak diterjemahkan kepada rakyat. Hakikat ini perlu diteliti kerana walaupun kerajaan mungkin mempunyai sumber kewangan yang kukuh, namun rakyat Selangor tidak menikmati kebajikan seperti yang mereka janjikan sama ada dari segi infrastruktur mahupun dari segi kebajikan lain.

"Sebaliknya, peningkatan cukai pintu premis kediaman dan premis perniagaan serta kadar sewa yang dinaikkan menyebabkan rakyat terus terbeban," katanya.

Fathul: Tak adil Asri dakwa ulama masuk Umno hanyut


SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai Umno "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, Fathul yang menyertai Umno lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."

"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai Umno dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.

Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.

"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.

Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.


Isu Soi Lek:Menggelupur Kawan Syaitan Minta Pendirian Orang Umno


Beberapa hari ini puak-puak Pas a.k.a parti kawan syaitan (pengakuan Nik Aziz mereka berkawan dengan syaitan tahun 1999) kecoh berhubung kenyataan Chua Soi Lek yang dikatanya menghina hukum hudud.

Melalak-lalak lah kawan-kawan syaitan meminta pemimpin-pemimpin Umno menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Soi Lek.
Semalam juga ada pembaca tanya saya apa pendirian saya berhubung kenyataan Chua Soi Lek ?
Jawapan saya mudah....

Apa nak dihairankan dengan kenyataan Chua Soi Lek kalau Karpal Singh yang keluar kenyataan lebih teruk daripada Soi Lek pun pemimpin Pas boleh puja dan julang beliau. Siap ada pemimpin Pas kata sesiapa yang nak ambil Karpal Singh langkah mayatnya dulu......


Itu pemimpin  Pas yang kata beb.....pemimpin Pas......

Hari ini ada anda dengar pemimpin Umno kata langkah mayat mereka dulu kalau sesiapa nak usik Chua Soi Lek ?

Ada ?

Bila nak hentam Chua Soi Lek pandai pula Pas cari Umno untuk buka mulut dan nyatakan pendirian.

Bila Umno berjuang mempertahankan kalimah Allah, ada Pas datang tolong Umno ?

Bila Umno mempertahankan kesucian masjid dan surau daripada dicemari oleh golongan yang tidak mandi hadas, ada Pas tolong Umno ?

Sebaliknya Umno pula yang dituduh macam-macam oleh Pas kononnya jahil, tak pandai agama dan sebagainya. Hingga mufti pun mereka turut balun.

Minggu lepas kan Husam Musa dah kata DAP lebih baik dari Umno , pergilah minta bantuan DAP untuk membalun Soi Lek sampai lunyai, apa pula nak minta tolong Umno.

Sebelum tanya pendirian Umno Pas perlu pergi tanya dulu pendirian DAP samada mereka dah terima hudud atau tidak ?

Pas tak usahlah lagi nak bercakap pasal hudud.....hudud dah tiada dalam kamus Pas. Hudud adalah sebahagian dari elemen negara islam yang diperjuangkan oleh Pas sejak zaman-berzaman hingga berbelas orang mati di Memali. Kini Pas dah gugurkan perjuangan negara islam kerana takutkan DAP, apa ke jadahnya lagi nak bercakap pasal hudud ?

Berhentilah membohongi orang-orang islam wehhhhhh.....

Orang Pas sendiri pun tinggal tak berapa kerat saja lagi yang masih memperjuangkan negara islam dan hudud. Semenjak berkawan dengan syaitan kebanyakkan orang Pas semuanya dah diresapi fahaman PKR dan DAP.

Semalam dua berita yang dikeluarkan laman rasmi penyambung lidah syaitan mengerah ahli Pas turun berhimpun depan Wisma MCA hari ini bagi membantah tindakan Soi Lek....
Himpunan bantah Chua Soi Lek esok

Ahli PAS, rakyat diseru demo bantah MCA

Hari ini apa jadi ? 

Orang Pas sendiri pun hanya 200 orang yang turun.....

Malu lah wehhhhhh.....
200 demo bantah Chua Soi Lek di depan Wisma MCA
Kalau dengar kepada Pas punya gempak boleh runtuh Wisma MCA hari ini, tapi 200 orang sahaja pejuang-pejuang cicak mengkarung Pas yang turun membantah Soi Lek. Wa....kah....kah.....kah......kah......

Kerana Ambiga orang Pas boleh turun berbondong-bondong.....

Kerana nak pertahankan peliwat yang Nabi tak mengaku umat orang Pas boleh turun berduyun-duyun.....

Tapi kerana nak bantah kenyataan Soi Lek, 200 orang saja yang turun ? Muah...ha....ha....ha....ha.....

Sebab itu saya kata dah tiada perjuangan islam dalam Pas kerana majoriti pemimpin dan orang-orang mereka telah dirasuk syaitan berkat kata-kata dari mulut tok guru mereka 12-13 tahun dulu.  

U/P: Minta maaflah jika ada yang tak setuju saya banyak menggunakan perkataan syaitan untuk merujuk kepada Pas. Saya dapat idea ini pun hasil belajar dengan mereka. Akhir-akhir ini mereka kerap merujuk kepada Umno sebagai syaitan yang dikenali. Jadi apa salahnya jika saya merujuk kepada mereka sebagai kawan syaitan. Sebab Nik Aziz sendiri mengaku mereka berkawan dengan syaitan..

- Penulisan di atas adalah daripada blog RBF online , sungguhpun demikian, Celah Gelegar amat bersetuju dengan pendapat beliau dan menganggap PAS cuba bermain wayang dan menangguk di air yang keruh. Sikap PAS dalam hal ini amat buruk dan jelik sekali di mana dalam situasi mereka masih menjilat Karpal Singh dan tidak berani mengangkat muka tetapi cuba mengambil peluang memburukkan UMNO. Seperti kata Ustaz Fathul Bari, dalam situasi ini kita sebagai umat Islam tanpa mengira parti politik sepatutnya bangkit memberi kefahaman kepada bukan Islam dan mengingatkan mereka agar tidak sesuka hati bercakap tentang Islam yang mana mereka sendiri langsung tidak faham mengenai Islam.

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com