iklan nuffnang

pages

Friday, August 31, 2012

PKR BIADAP & MELAMPAU, Anwar 'GANTI' Sultan Selangor Dalam Sambutan Kemerdekaan peringkat Selangor

DUA anggota Angkatan Tentera Malaysia memeriksa peralatan pancaragam ketika keluar dari sebuah hotel selepas menarik diri daripada menyertai istiadat perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Shah Alam, semalam
SHAH ALAM 30 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor tercemar apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tidak seperti tradisi sebagaimana dilakukan termasuk tahun lalu, pada tahun ini Sultan Selangor langsung tidak dimaklumkan serta dijemput menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan perkara itu berkata, sehingga petang semalam, baginda tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exconya.
 
Sambutan hari kemerdekaan ke-55 tahun peringkat Negeri Selangor malam tadi telah dihadiri hanya dua ribu orang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Seolah-olah menggantikan Sultan, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri telah hadir diiringi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri.

Selain itu juga keseluruhan barisan exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) juga hadir termasuk kakitangan kerajaan yang lain.


Datuk Seri Anwar telah berucap dalam majlis tersebut mengenai pilihan raya yang bersih dan adil.
Anwar berucap dalam Majlis Sambutan Merdeka peringkat negeri Selangor
Kebiadapan penyokong Pakatan Rakyat di Dataran Merdeka malam tadi

bersih-bendera2-513bersih-pamplet513bersih-mat513bersih-samad513

Hudud Sukar Dilaksanakan di Malaysia - Dr. Asri

SHAH ALAM – Hudud sukar dilaksanakan di negara ini kerana persekitaran berbeza berbanding hudud yang dilaksanakan di peringkat permulaan dahulu.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pelaksanaan hudud memerlukan penelitian kerana berdasarkan beberapa penulisan oleh ulama terkenal, beberapa negara luar tidak mengamalkannya kecuali Arab Saudi yang menjadi contoh pelaksanaan hudud.

Menurutnya, persekitaran yang membolehkan undang-undang hudud berfungsi dengan adil selain di Arab Saudi, tidak wujud.

“Hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai. Jika hudud dilaksanakan juga, ia tidak akan mencapai tujuan yang ALLAH kehendaki,” katanya.

Mohd Asri juga meyakini keikhlasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai hasrat Islam beliau yang mendalam yang ditunjukkan dalam amalan peribadi dan politik.

Bagaimanapun katanya, tidak semestinya hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara hudud kerana kadang kala sebahagiannya mengelirukan pihak lain terutama masyarakat bukan  Islam di negara ini.

“Kita tidak boleh mempertikaikan hukum ALLAH, tetapi kita boleh mempertikaikan cara pelaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia,” katanya.

Beliau berkata, menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan, tidak tepat dari segi maqasid agama dan kepentingan politik.

“Tujuan politik luas dan sepatutnya dibincangkan bagaimana memastikan tiada alasan untuk sesiapa mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara,” katanya.

Thursday, August 30, 2012

Haron Din pertahan Nasharudin


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini tampil mempertahankan Nasharudin Mat Isa apabila menegaskan gesaan bekas Timbalan Presiden itu agar Pas mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan adalah wajar dan bukan satu kesalahan.

“Kenyataan Nasharudin yang menggesa parti mengkaji semula hubungan dengan pakatan sehingga mencetus polemik bukan satu kesalahan. Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir-akhir ini Pengerusi DAP, Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak hudud.

Bagi saya sebagai seorang pemimpin Islam, Nasharudin berjuang atas kapasiti yang ada pada beliau ketika membuat gesaan tersebut. Sebagai parti yang mengamal demokrasi kenapa ia harus dilihat sebagai kesalahan. Saya tidak nampak ia satu kesalahan," kata pemimpin berpengaruh Pas itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Haron turut menegaskan Nasharudin kekal relevan dengan Pas walaupun tewas pada pemilihan muktamar lalu kerana Ahli Parlimen Bachok itu masih ahli parti.

Beliau menambah, Nasharudin juga masih Ahli Majlis Syura Ulama serta banyak menyumbang kepada perjuangan Pas.

Ini pertama kali Haron yang menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat April lalu mengulas isu mengenai Pas setelah lama beliau berehat.

Kenyataan beliau itu dilihat sebagai amaran ulama kepada kelompok ‘Anwarinas’ yang memberi tekanan agar tindakan dikenakan ke atas Nasharudin menjelang mesyuarat Majlis Syura Ulama, 9 September ini yang dijadual membincangkan isu tersebut.


Sebelum ini, sokongan terbuka turut disuarakan oleh barisan kepimpinan ulama termasuk Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib; Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed: Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Muhamad Zin Abdul Rahman serta pemimpin akar umbi yang menegaskan bekas Timbalan Presiden itu masih relevan dan mempunyai kewibawaan.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, tekanan kumpulan ‘Anwarinas’ kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar memecat Nasharudin bukan sesuatu yang pelik.

Malah, katanya, ia terbukti apabila beliau sendiri diperlakukan begitu kerana mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya percaya gerakan itu wujud kerana kelompok parasit dalam Pas tidak akan duduk diam. Mereka sentiasa berusaha untuk menendang semua pemimpin ulama yang lantang bersuara seperti Nasharudin kerana menganggap kritikan sebegitu bakal menjejaskan peluang untuk menikmati kekuasaan di Putrajaya.

“Ia berlaku ke atas diri saya iaitu selepas golongan parasit ini marah apabila saya meminta Anwar jangan melibatkan rakyat dalam perbicaraan kes liwat dan akhirnya, akibat tekanan daripada kumpulan ‘Anwarinas’ ini, saya dipecat begitu sahaja," katanya.

[SURAT POLIS] :Perhimpunan Janji Demokrasi Bertentangan Undang-Undang


PDRM melalui Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur telah menyerahkan surat kepada penganjur " JANJI DEMOKRASI" di Dataran Merdeka jam 10 malam ini.

Alasan yang diberikan ialah :   


1) Gagal memberi pemberitahuan di bawah Sek 9 (1), Akta Perhimpunan Aman 2012, (Akta 736) kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur........

2)  Gagal memperolehi kebenaran dan persetujuan dari Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai pemunya tempat berhimpun iaitu Dataran Merdeka.

3) Akan menggugat dan menggagu persiapan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 yang akan berlangsung keesokan harinya.

Ostazah Abby Abadi 'BERGADUH' dengan Dr. Asri Tentang Hudud


Wow. Abby Abadi ini memang agak lantang semenjak berhijrah ini lebih-lebih lagi menerusi Twitter. Terbaru, Dr Asri, bekas mufti Perlis telah pun menulis tentang hudud menerusi Twitternya seperti di bawah.

hudud dr asri
  
Tertarik dengan tulisan Dr. Asri, Abby Abadi membalas tweet tersebut seperti di bawah.

 hudud dr asri


Dr Asri menjawap tweet yang ditujukan kepada itunya dengan kata-kata yang agak pedas jugak.

hudud dr asri

Dan Abby Abadi memaklumkan kepada Dr Asri yang dia tidak pernah berceramah dan hanya sekadar berkongsi sahaja.
 

hudud dr asri

- Beautifulnara

Wednesday, August 29, 2012

Kes amuk: Muhdalena hadir di mahkamah pakai topeng Power Rangers

Muhdalena Ahmad, 28, memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini hari ini.
 Amuk di JPM

PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.


Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.

Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.


Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”


• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...

[GAMBAR] Majlis Resepsi Perkahwinan Ustaz Don

husna ustaz donhusna ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz dongambar kahwin ustaz donhusna ustaz don

UMNO gesa KPT keluar garis panduan terbaru Auku selepas dipinda


SENAI – Pergerakan Pemuda Umno menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan segera garis panduan terbaru selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dipinda pada 19 April lalu.

Pengerusi Biro IPTA Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin berkata, pendedahan mengenai garis panduan berkenaan penting bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelajar IPTA tentang pembabitan mereka dalam parti politik.

Syahrin berkata, pendedahan garis panduan itu juga penting bagi pelaksanaan cadangan penubuhan kelab penyokong Umno di IPTA oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar tidak menyalahi peraturan yang termaktub di dalam Auku.

“Ramai yang keliru sama ada mereka (pelajar IPTA) boleh melibatkan diri dalam aktiviti politik atau tidak selepas Auku dipinda.

“Kita juga tidak akan menubuhkan kelab penyokong Umno yang bercanggahan dengan peraturan Auku, jadi kami harap KPT segera mengeluarkan garis panduan terbaru mengenainya selepas pindaan dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menggesa Pergerakan Pemuda Umno mematuhi peraturan Auku bagi cadangan penubuhan kelab penyokong Umno di IPTA, semalam.

Katanya, penubuhan kelab berkenaan masih dalam tempoh perbincangan namun beranggapan rancangan itu wajar dilaksanakan bagi memberi ruang kepada mahasiswa memahami dasar dan perjuangan Umno dan seterusnya dapat membuat penilaian dengan matang.

“Saya merasakan penubuhan kelab ini merupakan peluang kepada mahasiswa untuk bergiat dalam politik dengan lebih aktif bagi menguji tahap profesionalisme dari segi pengurusan masa dan aktiviti berpolitik.

“Sebelum ini ada juga di antara mereka yang terlibat di dalam politik secara sembunyi-sembunyi atau secara tidak langsung melalui badan bukan kerajaan (NGO).

“Melalui kajian kita juga, hanya kira-kira sepuluh peratus pelajar yang berminat menyertai politik dan saya yakin penubuhan kelab ini tidak akan mengganggu konsentrasi pelajar dalam pelajaran kerana saya percaya mereka bijak membahagikan masa,” katanya.

Dalam pada itu, Syahrin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau turut mempersoalkan penubuhan kelab penyokong Umno bagi pelajar di luar negara dan beranggapan pelajar IPTA perlu diberi peluang sama.

“Bagi pelajar di luar negara mereka tidak menubuhkan kelab berdasarkan universiti masing-masing tetapi mengikut tempat di mana mereka berada.
“Kami juga tidak akan menubuhkan kelab menggunakan nama IPTA seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tetapi mungkin menggunakan Kelab Penyokong Umno Bangi yang terbuka kepada semua mahasiswa IPTA,” katanya

Nama Anak Que Haidar Sama Seperti Ratu Firaun?

PETALING JAYA: Pelakon Que Haidar menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya iaitu Tengku Cleopatra Haidar yang dikatakan menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal.

Que berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksudnya daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi.

"Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya.

"Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita," ujarnya kepada mStar Online.

Que diminta mengulas tuduhan kononnya dia dan isteri, Linda Jasmine tidak sensitif terhadap pemilihan nama anak yang dikatakan menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII.

Tambah Que, pemilihan tersebut dibuat atas persetujuan dengan isterinya dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dibuat tanpa sebarang usul periksa.

Dalam pada itu, Que memberitahu apa yang lebih penting anak yang dilahirkan itu adalah seorang Islam dan tumpuannya kini adalah untuk membesarkannya dengan didikan agama yang kuat supaya menjadi seorang Muslim yang sejati.

Que berkata, dia tidak terlalu memberikan perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh masyarakat terhadap perkara itu sebaliknya ingin terus berusaha untuk membesarkan anak-anak.

"Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama," katanya.

Sementara itu, Que memberitahu mereka belum bersedia untuk memperkenalkan anaknya itu kepada umum dan hanya akan berbuat demikian semasa majlis cukur jambul selepas Hari Raya Aidilfitri ini nanti.

Tengku Cleopatra Haidar atau lebih mesra dengan sapaan Cleo dilahirkan pada 26 April lalu secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Selain Cleo, pasangan itu turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 2 selain Qalif Khan, 12, iaitu anak pertama Linda bersama bekas suami.

Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009.

Tuesday, August 28, 2012

Undang2 Islam Taliban? - 17 dipenggal kepala hadir majlis tarian

GAMBAR atas, Tentera Afghanistan berdiri di bumbung pusat pemeriksaan Kajaki, wilayah Helmand tempat 17 dipenggal. Gambar bawah, Pasukan keselamatan Afghanistan meronda di Karizona lokasi dua askar NATO ditembak mati. - Foto AFP
Taliban larang orang awam sertai keraian diiringi muzik

Kajaki: Kumpulan pemisah memenggal 17 orang awam, dua daripadanya wanita dipercayai kerana mereka menghadiri majlis tarian di kawasan yang dikuasai Taliban di daerah Kajaki selatan Afghanistan semalam, kata pegawai.

Jurucakap Gabenor Helmand, Daud Ahmadi mengesahkan, pejuang Taliban bertanggungjawab memenggal 15 lelaki dan dua wanita.
Tiga orang dipenggal ketika Ramadan. Seorang lagi, anak lelaki ketua puak, dipenggal baru-baru ini” - Nematullah Khan, Ketua Musa Qala
“Saya boleh mengesahkan ini adalah perbuatan Taliban. Mereka dipenggal kerana menghadiri majlis tari-menari yang diiringi muzik. Semua mangsa dipenggal tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka ditembak terlebih dulu,” katanya.

2 wanita menari dipancung

Ketua daerah Musa Qala, Nematullah Khan, juga mengesahkan penduduk kampung mengadakan majlis yang disertai muzik, manakala seorang pegawai tempatan berkata, beliau percaya kedua-dua wanita terbabit dipenggal kerana menari.

Khan berkata, mangsa ialah sebahagian daripada sekumpulan besar orang awam yang berhimpun di Musa Qala untuk menghadiri persembahan muzik dan tarian.

Taliban bertindak demikian bagi menunjukkan bantahan acara berkenaan.
Majlis keramaian yang disertai wanita nomad seakan-akan gipsi, adalah aktiviti biasa di selatan Afghanistan.

Maklumat yang diperoleh juga lambat diterima kerana lokasi kejadian adalah kawasan yang dikuasai Taliban, manakala jurucakap pergerakan itu di selatan Afghanistan gagal dihubungi.

Taliban bergerak aktif di wilayah bermasalah itu dan mereka dipersalahkan kerana memenggal kepala penduduk kampung, kebanyakannya berhubung dakwaan mengintip untuk askar Afghanistan dan NATO.

Pembunuhan meningkat

Khan berkata, wilayah berkenaan menyaksikan peningkatan pembunuhan sejak beberapa bulan ini.

“Tiga orang dipenggal ketika Ramadan. Seorang lagi, anak lelaki ketua puak, dipenggal baru-baru ini,” katanya.

Khan berkata, pembunuhan itu menyusul operasi ketenteraan oleh tentera Afghanistan dan NATO di kawasan itu.

Beberapa jam kemudian, seorang tentera Afghanistan membunuh dua askar NATO dalam serangan terbaru seumpama itu, kata Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF). - AFP

'Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam'

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.

"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
  
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
  
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.
  
Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.
  
"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - Bernama

Mat Sabu: PAS Cari Jalan Laksana Hudud Jika Pembangkang Menang


KUALA LUMPUR: PAS akan mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan digubal bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan selepas pembangkang berjaya membentuk kerajaan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Katanya itu adalah pendirian PAS dan Ahli Parlimen daripada DAP atau parti lain serta Ahli Parlimen bukan Islam boleh mengemukakan bantahan mereka menerusi perbahasan Dewan Rakyat.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika diwawancara akhbar Sin Chew Daily bagaimanapun berkata parti itu tidak mengadakan perbincangan terpeinci mengenainya kerana tindakan lanjut hanya akan dibuat selepas pembangkang mentadbir Kerajaan Pusat.

Kenyataan itu dipetik menerusi laporan muka depan akhbar berkenaan bagi edisi petang Isnin.
Mat Sabu berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung PAS akan mencari jalan menerusi kaedah demokrasi bagi melaksanakan hudud.

Tegasnya hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya mendapat sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Jika Ahli Parlimen DAP atau yang bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud, ia adalah hak mereka untuk berbuat demikian," katanya.

Menurutnya berdasarkan prinsip Islam jelas menyatakan bahawa tidak boleh memaksa orang bukan Islam untuk mempercayai amalan dan hukum yang terkandung di dalamnya.

Katanya lagi PAS perlu menghormati pandangan sekiranya majoriti Ahli Parlimen tidak bersetuju dengan pindaan itu.

Bagaimanapun ketika dihubungi, Mat Sabu kemudiannya menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Apple senarai 8 produk Samsung yang perlu 'diharamkan'


SAN FRANCISCO: Apple Inc hari ini menyerahkan senarai lapan produk Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.

Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati 'meniru' model iPhone dan iPad keluaran Apple.

Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.

Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.

Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi 'reka bentuk paten'. - AP

Nasharudin masih relevan - Harun Taib


KUALA LUMPUR 27 Ogos - Hayat politik Nasharudin Mat Isa yang sebelum ini kelam selepas ditekan hebat golongan 'Anwarinas' kini sedikit 'bercahaya' apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan.

Ia merupakan sokongan terbuka pertama yang diterima Nasharudin daripada pucuk pimpinan Pas selepas banyak pihak dalam parti itu termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting.

"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tubuh Kelab Penyokong: Tidak Boleh ada politik dalam kampus - Khaled Nordin

SHAH ALAM – Sebarang pertubuhan politik tidak dibenarkan bergerak di dalam kampus kerana tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Berdasarkan kepada Auku, tidak boleh ada (pertubuhan) politik dalam kampus, jadi kita kena ikut undang-undang sedia ada. Itu sahaja komen saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam satu kenyataan berkata, Pemuda Umno akan menubuhkan kelab penyokong di setiap kampus institut pengajian tinggi awam di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Pada 19 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Pindaan itu menyediakan peruntukan bahawa seseorang pelajar boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan, termasuk parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Bagaimanapun, ia mengenakan sekatan ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti politik di kampus.

Malah rang undang-undang itu juga menghalang pelajar daripada memegang apa-apa jawatan dalam pertubuhan kampus atau bertanding dalam pemilihan di peringkat kampus jika memegang jawatan dalam parti politik.

Sekatan itu bertujuan untuk mengekalkan neutraliti dalam kampus.

Monday, August 27, 2012

PAS Kedah Wajar Ketengah Tokoh Baru Ganti MB Pada PRU


SUNGAI PETANI: Pas Kedah wajar mengetengahkan tokoh baru bagi menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada pilihan raya umum akan datang berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Ketika membuat saranan itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Azizan harus akur dengan keadaan kesihatan beliau untuk mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

"Masalah kesihatan Azizan menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri majlis Hari Rayanya di Seri Mentaloon (kediaman rasmi Menteri Besar) dua hari lepas.

"Pada saya sudah sampai masanya Menteri Besar itu mencari muka bar (menggantikannya) untuk menjadi calon Pas Kedah pada PRU-13," kata Zamil kepada Bernama di sini, Isnin.

Sebelum ini, Azizan beberapa kali mendapatkan rawatan katarak mata di samping masalah kesihatan lain dan pernah mengambil cuti namun tidak melantik pemangku.

"Saya yakin rakyat seperti juga saya mahu melihat tokoh baru bertanding pada PRU kali ini kerana mereka pasti mampu menjayakan misi baru yang diinginkan majoriti pengundi muda.

"Azizan diakui pemimpin yang baik tetapi kesihatan beliau mengganggu tugasnya selaku ketua eksekutif negeri untuk memimpin Kedah. Saya doakan kesihatan beliau pulih," kata Zamil.

MB Kedah tak hadir di majlis rumah terbukanya


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak hadirdi majlis rumah terbuka sempena Hari Raya di kediaman rasmi Seri Mentaloon semalam.

Laporan New Straits Times menyebut, Azizan tidak hadir kerana mengalami alahan kepada satu ubat yang diambilnya.

Laporan itu memetik kenyataan seorang anggota majlis kerajaan negeri, Datuk Amiruddin Hamzah yang brkata Azizan bercuti disebabkan masalah kesihatan.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Azizan mengalami penyakit serius.

Amiruddin dipetik akhbar itu sebagai berkata, Azizan mula berasa tidak sihat beberapa hari menjelang Hari Raya dan dan dijangka akan kembali bertugas pada Rabu depan.

Azizan, 72 merupakan ADUN Sungai Limau.

-Malaysiakini

Penjaga Gol Terengganu Nak Bogel Atas Padang Kena Sihir Ke?

BAWA KELUAR...detik mencemaskan skuad Terengganu apabila Mohd Sharbinee diserang kegatalan.

KUALA TERENGGANU: “Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.

Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.

Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.

“Selepas menerima rawatan di Hospital Selayang, saya dibenarkan keluar pada jam 2 pagi dan doktor mengatakan kegatalan teruk yang saya alami itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubat.

Sunday, August 26, 2012

UMNO akan tubuh kelab penyokong di setiap IPTA - Khairy

REMBAU 26 Ogos - UMNO menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda UMNO selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.
“Daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus,” ujarnya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Gadong, di sini hari ini.
Khairy juga memberitahu Pemuda Umno akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu.
Selain berperanan memberi sokongan terhadap Umno dan BN, penubuhan kelab itu juga adalah sebagai landasan untuk mahasiswa mengetengahkan pandangan dan idea mereka kepada kerajaan.
“Kita terima banyak pertanyaan dari mahasiswa.Mereka mahu ada platform khas untuk mereka. Jadi untuk menyahut permintaan tersebut, kita perlu proaktif sebab kita tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan berjumpa mereka,” katanya.
Katanya lagi walaupun sokongan mahasiswa dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun usaha sebegini perlu dilakukan bagi mengekalkan perasaan itu di kalangan mahasiswa dan memastikan mereka terus menyokong BN.

Dalam pada itu, berhubung pendirian DAP yang menentang penubuhan undang-undang hudud, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata, PAS perlu mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara itu jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.

Khairy menyifatkan sikap PAS yang masih berdolak-dalih terhadap pendirian DAP itu hanya memburukkan keadaan dan tidak membantu menyelesaikan isu tersebut.
“Mereka (PAS) perlu menjawab perkara itu di hadapan DAP dan di hadapan rakyat kerana rakyat perlu tahu pendirian sebenar PAS,” katanya.

Angkasawan Neil Armstrong Meninggal Dunia


WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS pada Ahad.

Beliau berusia 82 tahun.

Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia.

Dilahirkan di Wapakoneta, Ohio pada 5 Ogos 1930, Armstrong mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang dan bekerja di sebuah lapangan terbang ketika remaja.

Beliau mengambil kursus penerbangan pada usia 15 tahun dan mendapat lesen juruterbang pada hari lahirnya yang ke-16.

Sebagai juruterbang AS, beliau melakukan 78 misi penerbangan pada Perang Korea.

Beliau mempelajari bidang Kejuruteraan Penerbangan di Universiti Purdue, Indiana dan menyambung pengajian dalam Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Southern California.

Selepas berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut pada 1949 hingga 1952, Armstrong menyertai agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada 1955.

Beliau bertugas sebagai jurutera, juruterbang ujian, angkasawan dan pentadbir untuk NASA dalam tempoh 17 tahun.

Selepas bersara daripada NASA pada 1971, Armstrong menjadi tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti of Cincinnati hampir 10 tahun.

Beliau turut dilantik sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat termasuk Lear Jet, United Airlines dan Marathon Oil.

Khairul Fahmi terselamat dalam kemalangan


KOTA BHARU 25 Ogos - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan kanan.

Khairul Fahmi ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini memberitahu, kemalangan berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas beraya di rumah saudaranya di Bachok.

"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan itu dan tidak mengalami kecederaan serius," ujarnya.

Pusat sokong hudud di Kelantan, PAS Hentikan Tipu Rakyat


KOTA BHARU- Kerajaan Pusat menyokong pelaksanaan segera hudud di Kelantan dengan membolehkan cadangan hukuman itu menggunakan satu contoh kes.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sepatutnya Kerajaan Negeri sudah mengambil satu kes yang belum selesai di bawah enakmen dan mengenakan hukuman di bawah hukum hudud.

“Hudud dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW dan di Kelantan ia sudah diluluskan sejak 22 tahun lalu, namun sehingga kini belum dilaksanakan.

“Sekarang, jika Kerajaan Kelantan sudah bersedia, silalah laksanakannya, usaha berdolak-dalik. Caranya, tangkap seorang daripada mana-mana kes tertangguh, dakwa di bawah enakmen dan lakukan hukuman di bawah hukum hudud,” katanya kepada media pada Majlis Aidilfitri di kediaman Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, di sini, semalam.

Md Alwi berkata, apabila hudud sudah dilaksanakan, jika ada kekurangan, ia boleh sama-sama diperbaiki  jika ada perkara yang tidak lengkap, ia boleh disempurnakan selepas dilaksanakan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh berkata, hudud bukan untuk menghukum sesiapa, sebaliknya bagi mencegah jenayah, jadi ia dapat buktikan undang-undang Islam tepat dan adil akan menjadikan umat negara ini lebih bertanggung jawab.

“Barisan Nasional (BN) tidak pernah menghalang hudud dan dakwaan Pas mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad halang, itu tidak betul.

“Dr Mahathir beritahu dalam surat yang dihantar kepada Kerajaan Kelantan, hudud mesti adil dan jika rasa sudah betul, cukup peralatan, bersedia, ia boleh dilaksanakan.

"Dr Mahathir juga beritahu, hudud yang dilakukan di Pakistan dan Sudan tidak berjaya dan cetus kontroversi, jadi Malaysia mahu mengelak perkara tidak baik itu kerana sayangkan Islam," katanya.

Banyak Pihak Sokong PAS Hapus Kadar Faedah 4% Pinjaman Penjawat Awam

Banyak pihak menyatakan sokongan terhadap cadangan PAS untuk memansuhkan kadar keuntungan 4% yang dikenakan oleh Kerajaan terhadap pinjaman oleh penjawat awam.

Dengan kadar gaji dan bonus yang lebih rendah berbanding swasta dan kerja lebih masa yang tidak dibayar selama ini, malah ramai pegawai yang terpaksa berkerja pada hari cuti umum seperti sabtu dan ahad tanpa dibayar walau satu sen pun, banyak pihak melihat cadangan PAS ini sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan BN yang prihatin.

Kenapa penjawat awam dikenakan kadar keuntungan 4% bagi pinjaman oleh Kerajaan, sedangkan mereka berada dalam serba kekurangan dalam faedah yang diterima. Sebaliknya perkhidmatan yang diberikan adalah jauh lebih baik berbanding swasta.

Pernahkah anda bayangkan, tempoh masa memproses permohonan refinancing pinjaman perumahan oleh Bank Islam mengambil masa selama 7 bulan masih berlaku pada hari ini tanpa bantahan oleh orang ramai. Cuba bayangkan jika perkhidmatan Kerajaan mengambil masa sedemikian, sudah tentu menjadi bahan dan modal politik untuk mengutuk perkhidmatan awam.

Masyarakat boleh terima ketidakcekapan oleh swasta tetapi mengambil peluang menghentam penjawat awam jika sedikit kesilapan dilakukan oleh segelintir daripada mereka.

KUALA LUMPUR: PAS akan mencadangkan pemansuhan kadar empat peratus faedah pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat untuk diperjuangkan bersama.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pada sidang media di pejabat parti itu, petang ini.

Beliau berkata pemansuhan kadar bayaran empat peratus itu terbukti memudahkan kakitangan kerajaan, selain mengurangkan bebanan hutang mereka.

"Ia terbukti apabila ia dilaksanakan. Di Kelantan, sudah buat pun.  Di Terengganu juga, ketika kita memerintah, kita sudah laksanakan," jelas beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ditemui selepas sidang media tersebut, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Pakatan Rakyat untuk dimasukkan dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pernah melahirkan kebimbangan apabila mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Mereka menjangkakan fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com