iklan nuffnang

pages

Tuesday, July 31, 2012

Tan Sri Annuar Musa Turut Bersama Tuntut Royalti Kelantan

Pelantikan Lajim Ukin Sebagai Timbalan Menteri Dibatal


KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.

Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersamaFasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno.

Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai timbalan menteri akan diputuskan pada Isnin.

Lajim, 57, dipilih ke Parlimen pada pilihan raya umum 2008 menggantikan penyandang kerusi Beaufort, Azizah Mohd Dun selepas menewaskan Lajim Md Yusof (PKR), dengan majoriti 10,914 undi.

Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 sebelum ditukarkan portfolio kepada Timbalan Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan pada 2009.

Dasar Baru Polis? Kena Saman, Bayar Serta Merta

Tun Zaki Tun Azmi
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini mencadangkan agar pengguna jalan raya yang dikenakan saman perlu membayar saman berkenaan pada masa yang sama ia dikeluarkan.

Pengerusinya Tun Zaki Azmi berkata jika pesalah berkenaan gagal berbuat demikian, kenderaan mereka dicadangkan agar ditahan pihak berkuasa terbabit.

Bagi kesalahan yang membabitkan kesalahan meletak kenderaan pula katanya, kenderaan berkenaan akan dikunci dan ditarik.

"Sehingga kini berjuta-juta saman seluruh negara yang tidak dibayar, tetapi hanya diketepikan sahaja seperti tak menghormati undang-undang negara. Jadi kita kena paksa dia hormat undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya khas berkenaan bersama agensi-agensi penguatkuasaan pengangkutan jalan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Bandaraya Kuching.

Zaki berkata antara jumlah tunggakan saman yang diketahui pada masa ini adalah RM5 juta bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), RM2.5 juta bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), RM5 juta untuk Majlis Bandaraya Kuching dan RM600,000 bagi Majlis Perbandaran Kuantan, tidak termasuk bagi PDRM.

Zaki berkata cadangan itu juga terpakai untuk semua agensi penguatkuasaan kesalahan jalan raya, dan untuk semua jenis kesalahan jalan raya termasuk tidak mematuhi had laju, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar, dan ia telahpun dilaksana di negara-negara lain termasuk Singapura dan London.

Beliau berkata soal membebankan pengguna jalan raya tidak timbul kerana yang perlu berbuat demikian hanya mereka yang melakukan kesalahan jalan raya.

Beliau berkata tambahan lagi, bayaran saman kini boleh dilakukan melalui penggunaan kad kredit, jadi ia tidak membawa sebarang masalah.

Cadangan itu akan dipanjangkan kepada kerajaan dalam masa terdekat, dan ia diharap dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya sempena musim perayaan ini, katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata Cuepacs menyokong penuh saranan itu dan menyeru agar semua penjawat awam membayar semua saman mereka, jika ada, bagi menunjukkan bahawa penjawat awam menghormati undang-undang negara.

Beliau berkata apabila cadangan berkenaan dilaksanakan, ia akan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya terbabit dan mampu mencegah mereka daripada melakukan kesalahan sama pada masa hadapan.

Adam AF Berubah Bukan Untuk Sertai Parti Politik


“Saya mempelajari agama disebabkan ia kewajipan saya sebagai seorang Islam kerana mungkin sebelum ini saya lalai, tetapi itu bukan bermakna saya hendak menyertai parti politik,” kata penyanyi terkenal, Adam AF selepas timbul spekulasi dia bakal menyertai sebuah parti politik berikutan perubahannya yang kini mendalami Islam.

Adam atau nama sebenar, Mohd Aizam Mat Saman, 28, berkata, spekulasi itu mungkin timbul selepas gambarnya yang memakai jubah dan berkopiah tersebar di laman sosial.

“Baru-baru ini saya mengikuti tazkirah di masjid di kampung saya di Sabah dan ada orang yang mahu bergambar dengan saya. Saya tidak mempunyai masalah untuk bergambar cuma apabila disebarkan di laman sosial, ia menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga mengaitkan saya kononnya mahu menyertai parti politik.


“Saya tegaskan, saya tidak mempunyai kecenderungan menyertai mana-mana parti politik kerana perubahan yang saya alami sekarang semata-mata daripada hidayah Allah kepada saya,” katanya, semalam.


Adam berkata, Allah memberi hidayah supaya dia memperbaiki diri, bukan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, dia meminta spekulasi itu dihentikan kerana memberi banyak kesan kepada dirinya. Mengenai perubahan dilaluinya, Adam berkata, kesedaran bermula ketika dia menunaikan umrah bersama pelakon, Ashraf Muslim tahun lalu dan dipertemukan dengan seorang haji berusia 22 tahun di Makkah.

“Saya masih lagi dengan karier nyanyian dan terbabit dalam bidang lakonan kerana ia adalah mata pencarian saya setakat ini. Kalau perlu menari, saya akan menari cuma tidak berlebihan.

“Saya sedang memperbaiki diri dengan melaksanakan semua perintah Allah dan masih bergantung kepada bidang nyanyian sebagai sumber rezeki,” katanya.

Adam berkata, dia gembira dengan penghijrahan ramai artis sekarang, cuma baginya seseorang itu tidak boleh terlalu cepat mengisytiharkan dia berhijrah, tetapi masih belum mengenali diri sendiri.

“Kita kenal diri sendiri, kenal Allah dan seterusnya seseorang itu mengikut perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Seseorang yang mengikuti perjalanan itu tidak akan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati orang lain,” katanya.

BERITA SEDIH: Hadi Awang Dikebelakangkan Dalam Parti


Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.

Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.

Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding. Contohnya cubaan menempatkan Mat Sabu di kerusi Pendang telah mendapat tentangan Pas Pendang yang lebih sayangkan Mohd Hayati.

Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda.

-Gelombang Rakyat

Rahsia Disebalik Kisah Lajim Ukin dan Bumburing


Bagi yang tahu banyak tentang latar belakang kisah drama politik terbaru di Sabah ini tentu gelak besar melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim turun pakai topi koboi di majlis pengumuman keluar Barisan Nasional oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing di Dalit, Tuaran pada Ahad.

Segak dan bergaya.Jangan salahkan bos utama pakatan pembangkang itu.Beliau tentu kena tampil gembira kerana ada 'anak ikan' sudah berenang masuk ke dalam kolamnya.

Siapa yang tidak seronok...dalam keadaan puluhan pemimpin PKR berbagai jawatan dari MP,ADUN, pemimpin kanan, kiri, tengah, dari Timbalan Presiden sehinggalah ke peringkat rendah meninggalkan PKR, ada lagi yang ' terpaksa' percaya pada percaturan politiknya.

Kalau duduk diam-diam dan renung sejenak, apa 'blunder' yang Anwar buat dalam konteks politik Malaysia sejak 2008, kita dengan mudah senaraikan satu persatu.


Dari soal, staf sendiri yang buat laporan polis kes liwat,pembohongan maha agung 16 September, kes 'keruntuhan' kerajaan PR di Perak, sampai pemimpin DAP Karpal Singh suruh Anwar bertaubat.

Karpal geram kerana Anwar terima ADUN UMNO yang melompat,Datuk Nasarudin Hashim dan kemudian dibalas dengan lompatan lain dari ADUN PR ke dalam UMNO sehingga tumbang Perak.

Dan yang paling epik adalah kes kantoi video seks dengan amoi China Doll yang sampai hari ini, kita semua percaya 99.99 peratus orang dalam video itu Anwar.Namun beliau relaks buat muka sardin macam tak ada apa-apa.

Senang untuk baca pemikiran Anwar...nothing to lose.Untung sabut timbul.Kalau orang tidak percaya pada beliau, itu memanglah sepatutnya, tapi jika masih ada yang percaya, itu bonus beb.

Samalah kes dengan Bumburing dan Datuk Lajim Ukim yang tiba-tiba terpaksa percaya dengan segala retorik dan janji politik Anwar.

Bagi Anwar, kes Bumburing dan Lajim ini bagai bulan jatuh keriba.Sebab itu penerbangan ke Kota Kinabalu dua tiga hari terakhir ini penuh dengan pemimpin dan petugas PKR.

Di Dalit petang dan di rumah Lajim Ukim malam Ahad, boleh kata hampir semua pemimpin kanan PKR ada.

Dari Tian Chua, Zuraida Kamarudin, Willion Leong dan ramai lagi, berpusu-pusu ke Sabah untuk menyaksikan sendiri 'detik bersejarah' itu.

Anwar dalam ucapannya di Dalit berkata, “ini turning point dalam politik negara."


Titik perubahan apanya kalau yang sertai dan percayakan beliau adalah pemimpin-pemimpin yang ada masalah dan takut tidak dicalonkan semula.

Sumber memberitahu Agendadaily, dalam kes Bumburing, beliau menjadi calon UPKO untuk kerusi Parlimen P 170 Tuaran pada tahun 2008 menggantikanDatuk Wilfred Madius Tangau dengan persetujuan satu penggal sahaja.

Kini ketika penggalnya semakin berakhir, beliau berusaha melobi sana-sini diberi peluang semula, tapi UPKO katanya tetap mahu berpegang kepada perjanjian asal iaitu sepenggal sahaja.

"Berikutan itu Bumburing berhajat pula kerusi DUN Tampurali yang kini milik PBS, sudah tentu PBS tidak lepas, dan beliau mula bercakap dengan nada dan retorik pembangkang sehinggalah keluar parti,"kata sumber.

Jika kaji sejarah politik Bumburing ini juga berwarna-warni,beliau asalnya ahli parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan kemudiannya menyertai PBS.

Ketika PBS hadapi krisis dalaman, beliau dan beberapa yang lain wujudkan UPKO, selepas PBS 'bercerai' dengan BN beberapa hari sebelum pilihanraya umum tahun 1990.

UPKO jadi komponen BN dan kekal statusnya sekalipun PBS kembali menyertai BN pada tahun 2002.

Pada Ahad beliau keluar UPKO dan mahu menubuhkan Angkatan Perubahan sabah (APS) pulak, parti politik ke empat buat beliau.

Sama kes dengan Lajim, yang mengidam kerusi Ketua Menteri Sabah sejak zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.

Beliau mula bertanding pilihanraya sejak tahun 1985,menggunakan tiket PBS, kononnya Lajim mendapat maklumat dalaman tidak akan dicalonkan semula dalam PRU 13 nanti.

Selain dari sikapnya yang anti Ketua Menteri Datuk Seri MusaAman, Lajim tidak 'sekepala' dengan Ketua Wanita UMNO Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun yang pernah menjadi ahli Parlimen Beaufort.

Lajim diingati dalam sejarah politik Malaysia sebagai ADUN PBS yang berpakat dengan Datuk Rubin Balang serta Datuk Zaini Isa keluar parti menyertai UMNO sehingga tumbang kerajaan PBS hanya selepas dua minggu memerintah Sabah dalam pilihanraya negeri tahun 1994.

PBS ketika itu menang tipis 25 kerusi manakala BN 23 kerusi,Pairin kena tunggu sehari lebih depan Istana TYT untuk angkat sumpah Ketua Menteri, sebelum ianya kekal hanya dua minggu berikutan lompatan Lajim dan rakan-rakannya.

Lajim, kata orang, merasakan tindakan beliau melompat sehingga tumbang PBS itu itu sungguh besar maknanya kepada BN dan UMNO Sabah, tetapi beliau tidak mendapat 'imbuhan'yang setimpal.

Itulah ceritanya, jadi kalau Anwar temberang konon kes Bumburing dan Lajim ini satu 'titik perubahan' besar, maka dia hanya temberang budak-budak muda yang tidak tahu sejarah.

Bagi yang mengikuti dengan dekat turbulasi politik Sabah, tiada yang peliknya apa yang berlaku pada Ahad, kecuali ramainya pemimpin PKRdi negeri tersebut, keadaan lain macam biasa.

Di Dalit, Tuaran ketika majlis Bumburing umum keluar BN itu jumlah kehadirannya ikut kata wartawan yang bertugas di sana lebih kurang 2000 orang sahaja.

Pada sebelah malam, majlis di Kampung Kuando Beaufort jumlah kehadiran lebih kecil, tak sampai seribu.

Sebab itu, kita tengok tweet-tweet pemimpin PKR dalam kedua-dua majlis tersebut, hanya cerita apa yang Bumburing, Lajim dan Anwar cakap.

Tidak tweet jumlah kehadiran, kerana kalau ikut kayu ukur di Semenanjung, jumlah yang hadir itu 'fail'.

Kesimpulannya mudah kisah Bumburing dan Lajim ini sama kes dengan Anwar, orang putih kata 'birds of a feather flock together' atau terjemahannya, burung sebulu terbang bersama.

Bagi Bumburing, Lajim dan Anwar, kalau orang tak percaya,mereka tidak rugi apapun, tetapi jika ada lagi yang masih bergantung harap kepada mereka, itu bonus.

Manakala bagi BN pula, gabungan politik paling berjaya sejak merdeka, pemimpin datang dan pergi, parti akan kekal dan tiada siapa yang lebih besar dari parti.

Pada Bumburing, Lajim dan yang sama waktu dengannya, sepertikata budak-budak muda sekarang ini, "you kata hai-hai (pembangkang), ku kata bye-bye...-30/7/2012- OLEH HELME HANAFI, Agendadaily

Monday, July 30, 2012

Pelajar India Mahu Kerajaan Kembalikan Sistem Kuota Bagi Kemasukan IPTA


CYBERJAYA: Mahasiwa yang menghadiri Sidang Kemuncak Pelajar India 1Malaysia bersetuju sebulat suara agar pembuat dasar mengembalikan sistem kuota bagi meningkatkan kemasukan penuntut India ke universiti awam.

Presiden 1Malaysia Indian Student Movement (1MISM) D. Mahaganapathy berkata pelajar berpandangan sejak sistem meritokrasi diperkenalkan enam tahun lepas, jumlah pengambilan penuntut India ke universiti awam menurun dengan ketara terutama untuk fakulti perubatan, pergigian, farmasi dan kejuruteraan.

Hanya tahun ini jumlah pelajar perubatan meningkat kepada 90 orang berbanding 55 tahun lepas, katanya.

"Di bawah sistem kuota, penuntut India diperuntukkan hampir 10 peratus tempat di universiti awam, namun di bawah sistem merit tidak sampai tiga peratus, " katanya kepada pemberita selepas penutupan sidang kemuncak itu, di sini malam Ahad.

Sidang kemuncak tiga hari anjuran 1MISM itu disertai 600 mahasiswa dari 31 universiti awam dan 11 kolej swasta dari seluruh negara. Penutupan dilakukan Setiausaha Agung MIC Datuk S. Murugesan.

Pelaksanaan semula sistem kuota itu adalah antara 10 resolusi yang diluluskan pada perhimpunan tersebut kata Mahaganapathy, yang menambah sistem berkenaan akan memastikan pengambilan yang adil dan saksama.

"Kami juga meminta kerajaan mempertimbangkan satu mekanisme bagi meningkatkan enrolmen penuntut India di universiti awam setiap tahun kerana pada masa ini pelajar lulusan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) perlu bersaing dengan lulusan program matrikulasi dan asas.

"Kita boleh rumuskan pelajar matrikulasi lebih berpeluang melanjutkan pelajaran berbanding pelajar yang mengambil STPM kerana peperiksaan itu lebih sukar," katanya.

Resolusi lain ialah penubuhan pejabat pelbagai kaum seperti di Universiti Malaya bagi mengendalikan keperluan pelajar di universiti masing-masing, mewujudkan kafeteria vegetarian 1Malaysia dan geran tetap untuk membiayai aktiviti pelajar. Pada majlis itu Mahaganapathy turut melancarkan geran RM30,000 bagi pelajar menganjurkan aktiviti berkaitan gagasan 1Malaysia dan menyemarakkan perpaduan antara kaum.

Selain itu, 11 universiti menerima anugerah serta wang RM1,000 masing-masing sebagai pengiktirafan terhadap aktiviti pelajar mereka.

Lajim Diberi Surat Tunjuk Sebab "mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada Umno"


SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berhubung keputusan dan tindakannya bertentangan dengan kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Katanya, wakil rakyat itu perlu menjawab surat tersebut yang menggariskan "mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada Umno."

"Ini ekoran peletakan semua jawatan dalam Umno dan BN selain hubungan akrab Datuk Seri Lajim dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah persenda kepimpinan dalam Umno," katanya dalam satu kenyataan.

Betulkan Finland dan Turki Menawarkan Pendidikan Percuma



Polis sahkan eksekutif stesen TV mati dijerut, Bukan Gantung Diri


SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.

Anggota Keluarga Eksekutif TV9 Yang Ditemui Mati TELAH DiTAHAN


KUALA LUMPUR: Polis telah menahan seorang anggota keluarga terdekat Syaleza Jaffar, 31, eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya lewat petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata anggota keluarga tersebut ditahan bagi siasatan lanjut lewat malam Ahad di Segamat, Johor, kampung halaman mangsa.

Polis sudah merakamkan percakapan anggota keluarga itu, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata hasil siasatan awal Unit Forensik dan Patologi Polis Selangor, terdapat kesan jerut di bahagian leher dan beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," kata Arjunaidi. Mayat Syaleza dilaporkan ditemui di dalam bilik tidurnya pada pukul 7 malam, setelah pintu bilik dipecahkan kerana dia tidak membuka pintu apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Eksekutif Wanita TV9 Ditemui Mati, Status BB Terakhir "Sabar Duhai Hati"

Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.

PETALING JAYA – "Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.

Difahamkan juga jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

TINGGAL KENANGAN... Syaleza bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun.
Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya.

Selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut. Adakah mungkin ada unsur jenayah????

Gesaan supaya Lajim keluar UMNO jika 'gentleman'


KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini meminta Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada UMNO selepas meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort.

"Beliau (Lajim) tidak boleh mendapat kedua-duanya. Jika beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan pendirian parti atau pendirian kerajaan dan sebaliknya beliau secara diam-diam mahu bekerja dengan pembangkang, dengan itu beliau patut keluar daripada UMNO sepertimana yang akan dilakukan oleh seorang yang 'gentleman'," katanya kepada Bernama.

Salleh mengulas pengumuman Lajim semalam yang beliau meletakkan semua jawatan tetapi tetap menjadi anggota UMNO dan kekal memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata, Lajim patut keluar UMNO secara bermaruah kerana beliau tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan dasar parti dan tidak sepatutnya menunggu untuk dipecat.

"Inilah sebenarnya apa yang beliau mahu pucuk pimpinan parti lakukan. Beliau mahu bertindak sebagai seorang wira dan beliau dapat (kemudiannya) memberitahu rakyat yang beliau dipecat ketika sedang memperjuangkan hak rakyat.

"Tampaknya inilah rancangannya, tetapi rakyat tidak akan terperdaya," katanya.

Salleh juga menyangkal dakwaan Lajim bahawa Umno dan BN tidak berbuat apa-apa untuk kebajikan rakyat Sabah.

Beliau berkata, Lajim sudah menjadi sebahagian daripada sistem itu selama kira-kira 18 tahun dan amat arif mengenai hasrat dan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.


"Anehnya, beliau tidak merungut sebelum ini. Saya percaya rakyat tidak "buta" dan tahu apa yang sebenarnya dilakukan oleh BN. Mereka cukup bijak untuk membuat penghakiman sendiri mengenai prestasi baik BN dalam melaksanakan tugasnya.

"Sebab itu kenapa BN menang besar di Sabah pada pilihan raya umum 2008. Jadi adalah tidak betul untuk menyatakan sekarang bahawa BN tidak berbuat apa-apa untuk rakyat, khususnya di Sabah," katanya.

Lajim, 57, semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan Kerambai Kebatu.

Beliau juga menyatakan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk memutuskan mengenai keanggotaannya dalam parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Lajim juga mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) atau Sabah Reform Front dan barisan 17 wakil — seorang bagi setiap kawasan Parlimen — di negeri ini.

Sunday, July 29, 2012

Wilfred Bumburing umum keluar BN, sokong Pakatan Rakyat


KOTA KINABALU: Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) dan melancarkan Pergerakan Reformasi Sabah yang akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Tuaran itu mengumumkan perkara berkenaan ketika perhimpunan di daerah Tuaran yang dihadiri antara lain Naib Presiden UPKO, Senator Datuk Maijol Mahap sebentar tadi.

Hadir sama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Lajim Ukin yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort.

Hari ini akhbar melaporkan Lajim mengumumkan keluar daripada UMNO dan menubuhkan pertubuhan baru iaitu Pakatan Perubahan Sabah yang menyokong pembangkang.

Tolak Mat Sabu , SUPOL MB Kedah Kata Tolak Tapi Bukan Cantas

Setiausaha politik kepada menteri besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor

Setiausaha politik kepada menteri besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata dakwaan bahawa timbalan presiden parti, Mohamad Sabu disekat daripada bertanding di negeri itu merupakan satu perkara yang direka-reka.

Dalam satu tulisannya di blog sanusisetpol.blogspot.com, Muhammad Sanusi juga percaya bahawa perkara itu sebenarnya ditimbulkan untuk memulakan proses mencantas pemimpin tertentu dalam PAS Kedah.

"Orang yang membangkitkan kes itu kepada Malaysiakini sengaja mereka-reka cerita untuk memulakan cerita baru – mengadakan cerita cantas untuk memulakan proses mencantas.

Beliau menyalahkan golongan yang ghairah untuk membawa Mohamad bertanding di Kedah – di kawasan parlimen Pendang – sebagai kumpulan yang bertanggungjawab menimbulkan perkara itu.

"Ini dimainkan oleh juak-juak yang ghairah dengan auranya dan sedikit gopoh dalam usaha membawanya ke Pendang.

"Juak-juak yang tenggelam dengan kegopohan itu lupa bahawa isu mereka itu telah memberikan imej negatif kepada timbalan presiden PAS itu, kepada PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang," katanya yang tidak menyebut sebarang nama.

Tambahnya, PAS Kedah tiada masalah dengan Mohamad Sabu dan penceramah popular itu tidak ditolak di negeri tersebut.

"Tetapi bila sumber dalaman yang menjadi sumber utama cerita itu telah mengadakan-adakan cerita cantas, dia sebenarnya telah membuat garisan calar pada imej, integriti dan ketokohan Abang Mat sebagai timbalan presiden PAS.

"Mana boleh dia dicantas di Kedah di kala auranya begitu segar di negeri ini. Ada yang mengenali PAS dan beristiqamah dengan kerja- kerja jemaah atas teladan yang ditunjukkan oleh beliau," katanya lagi.

Kenyataannya itu secara langsung menunjukkan bahawa pimpinan tertinggi PAS Kedah telah maklum dengan isu tersebut dan Muhammad Sanusi seterusnya memberikan beberapa senario berhubung usaha cantas-mencantas dan melobi seperti yang dibangkitkan.


"Cantas dalam parti politik berlaku kepada pimpinan setempat, penyandang atau yang sudah ditetapkan untuk berada di situ atau pernah berada di situ.

"Cantas dilakukan supaya seseorang pemimpin tidak dipilih sekali lagi, ataupun supaya tidak diberi peluang dipilih setelah adanya keputusan atau arahan supaya di bertanding di sesuatu kawasan.

"Cantas tidak boleh berlaku kepada orang di luar tempat itu, tidak pernah berada di situ, bukan penyandang, atau hanya baru dicadang di salah satu peringkat yang ada beberapa peringkat lagi.

"Cantas juga tidak berlaku kepada orang yang ditolak. Cantas juga tidak berlaku kepada pimpinan yang sengaja merebahkan dirinya atau berundur sukarela," katanya lagi.

Mohamad Sabu pernah mewakili kawasan parlimen Kuala Kedah apabila menang dalam pilihan raya umum 1999.

Muhammad Sanusi seterusnya berkata, tindakan cantas-mencantas merupakan budaya politik Umno dan BN dan tidak boleh dibiarkan meluar di dalam PAS.

"Ini budaya politik bahaya. PAS mesti istiqamah dengan sikap menolak bila diberi amanah atau jawatan, tetapi berhabis-habisan dan bermati-matian melaksanakannya bila diberi tanggungjawab memikul amanah oleh jemaah," katanya lagi.

Usaha tolak Mat Sabu, Mahfuz kata tak tahu apa-apa

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak tahu apa-apa mengenai desas-desus pemimpin tertentu tidak menyenangi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEMahfuz ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat parti berkata, setiap calon yang bertanding bagi mana-mana kawasan ditentukan oleh PAS Pusat.

Selain itu, ketika ditanya mengenai usaha-usaha pihak tertentu yang tidak mahu Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bertanding di kawasan itu, Mahfuz berkata beliau tidak tahu.

"Mana ada. Saya pun tak tahu (mengenai isu ini). Kenapa ada usaha nak singkir pula sedangkan yang menentukan soal siapa calon yang nak bertanding semua ialah PAS Pusat.

"Krisis? tak ada krisis PAS Kedah. Tak ada. Saya pun tak tahu benda ini. Saya belum baca," katanya ketika ditanya Malaysiakini.

Jumaat lalu, Malaysiakini melaporkan, mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan Pendang yang memutuskan untuk menawarkan Mat Sabu bertanding kerusi Parlimen berkenaan tidak disenangi pemimpin tertentu negeri itu.

NONEBagaimanapun menurut sumber yang rapat dengan PAS Pendang, mereka gagal memujuk PAS kawasan itu supaya menukarkan keputusan tersebut dengan mengekalkan penyandangnya Dr Hayati Othman.

Dalam pada itu lagi, ketika ditanya siapakah calon yang sesuai untuk bertanding di kawasan Parlimen itu, Mahfuz dengan nada berseloroh berkata, sesiapa calon pun boleh bertanding di kawasan itu.

Beliau juga berkata, tidak ada mana-mana pihak yang boleh membuat keputusan siapa akan bertanding di sesuatu kawasan melainkan PAS Pusat.

"Bagi saya calon semua (ditentukan) Pusat. Tak ada orang boleh menolak orang itu ini. Semua orang pun sesuai bertanding di Pendang. Sumber itu tak betul," kata Mahfuz lagi.

PROTON SATRIA WWW 1 KEMALANGAN?


Heboh diperkatakan diinternet semenjak semalam kononnya kereta bernombor platekan WWW 1, Proton Staria Neo warna Jingga kepunyaan DYMM Sultan Johor yang penuh diselaputi kontroversi itu, terlibat dalam kemalangan.

Nombor plate yang terpaksa beberapa NGO membuat demo tunjuk taat setia dan pihak polis menyerbu pejabat YB Ir Nizar Jamaluddin.


Kereta yang ditempel dengan nombor plate paling mahal dalam sejarah negara, RM500,000 itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan, Yong Peng menuju ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 12.30 tgh 28hb Julai 2012 kerana melanggar pengadang jalan.

Kereta tersebut dipercayai dipandu dengan laju sehingga gagal dikawal, lalu melanggar pengadang jalan.


Setelah admin menjalankan risikan dan siasatan sambil mengamati beberapa keping gambar kereta Proton Satria Neo warna jingga milik Sultan Johor, admin dapati ada perbezaan dari segi rim aloi kereta yang terlibat dengan kemalangan dengan kereta milik Sultan Johor.

Sila amati betul-betul beberapa keping gambar yang dimuat naik untuk kita sama-sama analisa.


Admin yakin kereta tersebut bukan milik Sultan Johor.

Kereta ala-ala mirip Sultan Johor tetapi bukannya milik baginda.

Sumber: Omak Kau

Serangan Ala Cowboy di Pattani

RAKAMAN kamera litar tertutup yang disiarkan polis menunjukkan kumpulan pemisah melepaskan tembakan mesingan ke arah pasukan tentera di Pattani, selatan Thailand, semalam. - AFP

BANGKOK 28 Julai - Kumpulan pemisah menembak mati empat anggota tentera dan mencederakan dua lagi di selatan Thailand awal hari ini ketika keganasan dilaporkan terus meningkat di wilayah bergolak itu sejak bermulanya Ramadan.

Sekumpulan enam anggota tentera itu diserang ketika mereka sedang meronda di sebatang jalan di daerah Mayo, wilayah Pattani.

Kira-kira 20 anggota kumpulan pemisah yang menaiki tiga buah pikap melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera itu," kata jurucakap tentera selatan Thailand, Kolonel Pramote Prom-in.


Kejadian terbaru itu berlaku selepas satu letupan di tepi jalan yang menyebabkan lima anggota polis maut di wilayah Yala, Rabu lalu.

Kumpulan pemisah sering melancarkan serangan di tiga wilayah di selatan Thailand iaitu di Pattani, Narathiwat dan Yala sejak 2004.

Serangan bom dan tembakan yang mensasarkan anggota tentera dan orang awam tanpa mengira agama sama ada Buddha atau Islam, kini telah meragut lebih 5,000 nyawa dalam tempoh lapan tahun. - AFP

Najib tak terkejut tindakan Lajim, keputusan esok


PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan esok.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata, keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.

"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini.

Najib berkata, dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya.

Lajim semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno.

Masih Belum Terlambat Tukar Logo Merdeka.


Bersetuju dengan Pisau agar pihak Kementerian Penerangan dan juga Datuk Seri Rais sendiri mengkaji semula akan logo hari kebangsaan nanti.

Amat jelas sekali apabila melihat rekaan sebegini memperlihatkan seolah negara ini ketandusan idea yang kreatif. Ramai yang sudah bersuara dan hujah mereka ada benarnya.Jika diperhatikan logo untuk sambutan Merdeka ke 55 diambil daripada logo merdeka yang ke 52.


Jika rakyat memberi pendapat dan juga cadangan inilah masanya untuk mendengar apatah lagi sambutan hari kemerdekaan nanti bakal diraikan oleh seluruh lapisan rakyat Malaysia.Ramai pihak sanggup membantu lagi pun masih belum terlambat untuk pihak kementerian menukarkan kepada logo yang baru.

Saturday, July 28, 2012

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin letak jawatan Parti hari ini

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin melambai tangan
sebelum beredar dari bangunan Parlimen di sini, hari ini.


KOTA KINABALU - Datuk Seri Lajim Ukin, yang lima hari yang lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tindakannya yang diputuskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) agak mengejutkan banyak pihak.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya dipetik Bernama.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah. Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

“Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” katanya yang dipetik portal berita New Sabah Times pada Isnin lalu.

Sebelum ini, Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Lajim berkata, beliau masih ‘pemimpin kerajaan’ dan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.

TEGURAN IKHLAS KERANA KASIH KEPADA TUAN GURU DATO' NIK AZIZ


Sesuatu Teguran itu tidak semestinya bertujuan untuk membenci,apatah lagi mahu menghina seorang tokoh yang bertaraf ulamak,namun ketahuilah wahai saudara seiman, seorang ulamak itu tidak pernah maksum dan pastinya akan ada melakukan kesilapan dan kesalahan, hanya para ROSUL sahaja yang maksum tidak melakukan dosa ketika sudah di lantik menjadi ROSUL atau sebelumnya yang di panggil istilah ilmu tauhid sebagai irhas..

Lalu Tanpa mengurangkan sedikit pun rasa hormat dan kasih terhadap Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Menteri Besar Negeri Kelantan),

Kami dengan rendah dirinya menegur beliau tentang kenyata'an beliau bahawa SAYYIDUNA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ada kaitannya dengan kita bila umurnya 40tahun yakni setelah BAGINDA menerima WAHYU,dan kenyata'an beliau bahawa SAYYIDUNA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ketika lahirnya BAGINDA tiada apa-apa kelebihan,hanya sama dengan muhammad -muhammad budak kg biasa dan IBUNDA NYA BAGINDA pun tidak tahu BAGINDA akan jadi RASUL dan NABI, dan kenyata'an beliau bahawa ALLAH ta'ala baru melantik dengan melihat dahulu dalam ramai-ramai manusia ketika itu baru di rancang perlantikan SAYYIDUNA NABI kita MUHAMMAD S.A.W ini menunjukan ilmu,iradat ALLAH ta'ala mengetahui dan menghendaki sesuatu itu baharu bukan azali lagi,dan kenyata'an beliau juga bahawa MAJLIS IHTIFAL MAULID SAYYIDUNA NABI kita MUHAMMAD S.A.W itu hanya kerana nak bertanding dengan orang-orang kristian menyambut krismas jesus...BENAR beliau tidak melarang tetapi kenyata'an beliau ini besar mudhoratnya pada aqidah AHLUL SUNNAH WAL JAMA'AH.

Maka antara mereka yang menghuraikan di dalam video klip ini akan kebahaya'an Kenyataan beliau,pada AQIDAH AHLUL SUNNAH WAL JAMA'AH.
yang mungkin sulit di fahami oleh orang awam sekarang

mereka ialah:

1) Al-Fadhil Ustaz Muhammad Kazim Elias (Pendakwah Bebas)

2) Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zamihan Mad Zain Al-Ghori Al-Kelantany (JAKIM)

3) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (TOKOH ULAMAK MURID MUSNID DUNYA SYAIKH YASIN AL-FADANI)

4) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Azhary (MUSNID ASIA)

5) Al-Fadhil Tuan Guru Hj AbduLLOH bin Sa'amah An Najmiah (TOK GURU PONDOK GETING KELANTAN)

6) AL-Fadhil Ustaz Zainal 'Abidin Al-Kelantany (PONDOK KELANTAN ,UMNO )

7) Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus (PONDOK,PENDAKWAH YOUTUBE,IKUTAN SEJUTA UMMAT, PAS)

8) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Ridhwan Al-Yahya (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)

9) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Faiz Hafizuddin Al-iDrus (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)

Dan Muhasabah CINTA kita terhadap JUJUNGAN YANG AMAT MULIA SAYYIDUNA WA HABIBUNA MUHAMMAD SAYYIDUL KAUN S.A.W oleh:

10) AL-Fadhil Ustaz Syed Najmuddin Al-Kheeired AL-Azhary (PENDAKWAH BEBAS AL-AZHAR AS-SYARIF)

video klip ini bertujuan supaya ummat Islam kembali berfikir, setiap apa yang di keluarkan oleh seseorang tokoh ulamak ke, ahli politik ke ustaz ke LEBIH -LEBIH lagi orang yang MASYHUR dan kita sanjungi dan sayangi tidak boleh kita terus telan bulat-bulat terima,mesti di pandukan dengan Nas AL-QURAN,HADIS,QIAS dan IJMAK ULAMAK.... kerana UGAMA ISLAM kita bukan terbina hanya di atas semata-mata munasabah 'aqal bah di bina di atas naqol....Sama-samalah kita mengambil pengajaran dengan HATI yang terbuka bukan di dorong dengan HAWA NAFSU TA'ASUB kepada mana-mana pihak..timbangkan dengan mizan ILMU dan AQAL... selamat menonton dan apa yang baik hanya daripada ALLAH....

DAP: Impian Pas laksana hudud mustahil

Dr Tan Seng Giaw

KUALA LUMPUR - Hasrat Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih
dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (Pas) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.

Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelanta,n Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.

"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.

Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata, pendirian Pas untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.

Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.

"Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.

Chandra juga berkata tindakan Pas yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencermikan tamadun Islam.

"Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," jelasnya.

Hasan Ali gesa Pas jawab kenyataan Persekutuan Kristian


KUALA LUMPUR - Pas digesa tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan dikeluarkan oleh Persekutuan Kristian Malaysia - merujuk kepada senarai prinsip bernegara yang disenaraikan.

Lapan prinsip disenaraikan dalam kenyataan dikeluarkan pada 18 Julai lalu di mana prinsip terakhir merujuk kepada kebebasan beragama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal, dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.

Ini kerana, prinsip tersebut dilihat sebagai satu tuntutan keterlaluan dan di luar lingkungan perlembagaan yang sudah dipersetujui bersama sebelum merdeka.

Perkembangan itu disifatkan mungkin membuka lebih banyak ruang tuntutan yang tidak munasabah, yang akhirnya akan mencetuskan kekacauan, huru-hara dan ketidakstabilan dalan negara.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada sidang medianya hari ini beranggapan tuntutan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi ia akan merungkai asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang inginkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang.

"Saya ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan Kristian Malaysia, adakah Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang dibuat? Sekiranya bersetuju, maka saya ingin mengajukan satu lagi pertanyaan adakah PAS juga sebagai salah satu komponen Pakatan Rakyat bersetuju melaksanakan tuntutan itu?" katanya.

Beliau bagaimanapun menyatakan pendirian tidak mempunyai masalah dengan tujuh lagi prinsip bernegara yang disenaraikan Persekutuan Kristian Malaysia itu.

[vIDEO] Lahar api dari 'pintu ke alam neraka'

Dari jauh kelihatan dua lelaki sedang berdiri berhampiran pintu ke alam neraka. Pakar geologi berharap api yang membakar gas berkenaan dapat dipadamkan tetapi gagal.


ASHGABAT - Pada pandangan pertama, ia mungkin salah satu dari babak dramatik filem fiksyen sains, tetapi lubang lahar berapi di tengah Gurun Karakum, Terkmenistan sebenarnya disebabkan kesilapan manusia lebih 40 tahun lalu.

Selamat datang ke Derweze atau lebih dikenali sebagai 'pintu ke alam neraka'.

Pada 1971 lalu, sekumpulan pakar geologi Kesatuan Soviet melakukan kerja menggerudi dan mengorek ke dalam sebuah gua besar yang penuh dengan sumber gas asli, tetapi terpaksa dihentikan kerana lantainya runtuh dan mewujudkan satu lubang besar bersaiz 70 meter.

Kumpulan itu kemudian membakar lubang berkenaan kerana bimbang ia akan mengeluarkan sejenis gas beracun.

Sebaliknya lubang berkenaan terbakar sehingga ke hari ini.

Kebakaran lubang gas itu boleh dilihat dari jarak satu kilometer sekitar Derweze .

Pada April 2010, Presiden Terkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedow mengarahkan pihak berkuasa menutup lubang tersebut.


Bubar Parlimen April 2013, MPN saran PM


BANGI BARU BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menggunakan mandat sepenuhnya, sehingga April 2013, sebelum memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata, Najib perlu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun sedia ada untuk terus membantu rakyat serta memakmurkan negara, yang dilihat dapat meraih sokongan.

"Saya tidak mahu cadang bila beliau patut bubar (Parlimen), beliau lebih tahu.

"Tetapi kalau saya berpeluang, saya akan kata, gunakan hingga akhir (mandat)," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu tenaga akademik ini mengambil bahagian dalam forum khas mengenai pilihan raya umum ada yang diadakan pada Program Semarak Kasih MPN Bersama Anak Yatim di sini, hari ini.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel ialah Prof Dr Mansor Mohd Noor dan Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Syed Idid.

Shamsul Amri yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) menekankan bahawa mandat semasa bukan diperoleh menerusi kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.

"Datuk Seri Najib baru tiga tahun jadi Perdana Menteri. Beliau masih ada masa, seharusnya menggunakan untuk meneruskan program kerajaan," katanya lagi.

Beliau ditanya pada pandangan MPN bila masa yang sesuai Najib memanggil PRU13 di sebalik spekulasi bahawa Parlimen dibubarkan bulan lalu. Spekulasi baru menyebut Parlimen kemungkinan akan dibubarkan September ini atau November dan jika tidak kemungkinan besar Mac-April depan.

Mandat kerajaan semasa akan berakhir penghujung April 2013.

Ketika ditanya sama ada beliau melihat kemungkinan BN akan menang tetapi hanya memperoleh majoriti tipis berdasarkan beberapa kajian yang dikemukakan kebelakangan ini, Shamsul Amri bersetuju dengan tanggapan itu.

Bagaimanapun beliau menolak andaian negara akan berhadapan dengan kemungkinan Parlimen gantung.

"Parlimen gantung, saya rasa tidak, tidak mungkinan... 111-110 kerusi? Tidak mungkin. Majoriti tipis, ya mungkin," katanya yang yakin BN akan mengekalkan kuasa.

Laporan media kelmarin memetik anggota MPN berkata BN akan menang di peringkat pusat tetapi tidak akan memperoleh majoriti dua pertiga.

Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, Umno dan BN mempunyai kelebihan untuk memenangi PRU13 dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang.

Katanya, kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.

"Di Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah," katanya pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN.

Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran UKM itu berkata PRU13 merupakan satu kemuncak kepada penilaian prestasi bagi BN dan pakatan pembangkang di empat negeri sama ada mereka boleh kekal memerintah ataupun BN berjaya merampas kembali keempat-empat negeri berkenaan.

Secara keseluruhannya, beliau berkata 69.6 peratus responden menyatakan bahawa BN akan memenangi PRU 13 iaitu 37.5 peratus menyatakan bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti manakala 32.1 peratus pula menang dengan majoriti mudah.

Demi Islam, Malaysia Negara Islam - Dr. Muhammad Uthman


Bersatulah PAS dan UMNO, Isu negara Islam dan sekular selalu dijadikan asas untuk mengkafirkan sesama Islam di Malaysia. Buka Hati, Dengar lah penjelasan:
Felo Amat Utama, Institut Antarabangsa Pemikiran & Tamadun Islam (ISTAC); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady Berkata Malaysia adalah Negara Darul Islam. Beliau berkata demikian semasa Seminar Antarabangsa - Fiqh Mentaati Pemimpin di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur pada 17 Jun 2012











[KAGUM] Kota-Kota di Hujung Dunia











POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com