iklan nuffnang

pages

Saturday, June 30, 2012

Rogol Lembu Hingga Hamil

Aziz Satar Terima Datuk Seri Rais Ziarah Tapi Tolak Zed Zaidi


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kanan) menziarahi dan menyampaikan sumbangan daripada pihak kementeriannya kepada artis veteran, Datuk Abdul Azez Satta atau lebih dikenali sebagai Aziz Satar, 87, di Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat. Turut kelihatan isteri Aziz Satar, Datin Hashimah Delan (kiri). Aziz Satar menerima rawatan jantung di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan sejak Sabtu lepas, kini dilaporkan stabil.

Sebelum ini,  Sinar Harian melaporkan yang ahli keluarga Pak Ajis menolak kunjungan presiden Seniman Zed Zaidi yang mengunjungi beliau.

Zed Zaidi dengan sekumpulan ahli Seniman, pihak media dan rakan artis menunggu selama sejam namun ahli keluarga Pak Ajis tetap berkeras tidak membenarkan rombongan Zed Zaidi menemuinya, akhirnya akur setelah pihak hospital turut campur tangan. Menurut Zed Zaidi:-
"Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan.
Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik."
Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya.

Melalui berita yang didengar, ahli keluarga Pak Ajis menyatakan yang Zed Zaidi seorang yang propa di Facebook miliknya:-
Zed Zaidi PROPA…!!! Penipu nak mampus! We personally told him jangan bawa media sebab atok nak rest and he AGREED. Alih2 muncul nak buat scene plak kat hospital. Scumbag.”
Bagi kami, kita fikirkan yang positif. Mungkin Pak Ajis terlalu penat untuk menerima kunjungan seniman dan pihak media. Pendapat anda?

Domino's Pizza Pejuang Kristian?


Gambar Bangunan Domina Pizza Ada Salib. Hal ini telah mencetus kontroversi apabila wujudnya salib dan gereja atas restoran tersebut. Orang ramai boleh beranggapan bahawa orang melayu sekarang ini berpusu-pusu mengunjungi gereja sedangkan matlamat asal mereka ke sana adalah untuk makan Pizza. Berikut adalah gambar yang dimaksudkan.



Mengenai isu Domino’s Pizza berbumbung salib, Ustaz Hj. Abu Yaziz sebagai Penasihat Halal Domino’s Pizza Malaysia & Singapura tampil untuk memberikan penjelasan.


Terima kasih atas maklum balas dan pandangan yang diberikan mengenai kedai kami yang terletak di Manjung, Perak.

Merujuk kepada catatan blog dan laman sesawang yang dikongsi bersama, terima kasih kerana membawa perkara ini kepada perhatian kami. Kami memandang serius perkara ini dan telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan masyarakat tempatan untuk menjelaskan kedudukan kami berhubung perkara yang dibangkitkan.

Kami peka terhadap sensitiviti semua agama dan bangsa dalam menjalankan perniagaan dan operasi kami. Semua cawangan yang kami kendalikan tidak bersekutu atau bergabung dengan mana-mana kumpulan agama atau berkaitan dengan mana-mana parti politik. Malah, kami telah memilih lokasi cawangan kami berdasarkan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran pizza berkualiti kepada masyarakat tempatan.

Untuk makluman anda, Domino’s Pizza menandatangani perjanjian sewa premis kami yang sedia ada di Manjung, Perak pada 14 Mei 2012 dan kami telah memasuki premis tersebut pada 4 Jun 2012. Ini adalah sebelum kami dimaklumkan mengenai rumah ibadah yang beroperasi di tingkat atas premis semasa kerja-kerja pengubahsuaian kedai kami dilakukan. Kami ingin menekankan bahawa Domino’s Pizza tiada kaitan langsung dengan pertubuhan agama yang disebutkan kerana kami adalah entiti persendirian yang dikendalikan atas dasar perniagaan.

Untuk menangani selanjutnya beberapa perkara yang dikhuatiri masyarakat Manjung, Domino’s Pizza telah mengadakan sesi dialog untuk bertemu dan menjelaskan perkara ini dengan pihak berkuasa dan masyarakat tempatan pada 14 Jun 2012. Sesi dialog tersebut diadakan untuk menyelesaikan salah faham dan spekulasi kerana kami peka terhadap keperluan pelanggan kami.

Antara yang hadir ialah Jawatankuasa Halal dan Penasihat Halal Domino’s Pizza, Imam dari Masjid Daerah Manjung, Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Masjid Daerah Manjung, wakil daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang beribupejabat di Kuala Lumpur, wakil dari Pejabat Kesihatan, Majlis Agama Islam Bahagian Manjung, dan masyarakat tempatan Manjung yang terdiri daripada pegawai bank, guru sekolah dan pembantu kedai. Sesi tersebut juga memaparkan latar belakang Domino’s Pizza sebagai sebuah syarikat perniagaan dan pengendali perkhidmatan makanan HALAL di Malaysia. Domino’s Pizza ialah sebuah organisasi yang diiktiraf sebagai “HALAL” oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), badan yang bertanggungjawab terhadap piawaian pensijilan halal bagi semua premis makanan. Kami memikul tanggungjawab ini secara serius dan memastikan bahawa semua cawangan kami beroperasi mengikut prosedur yang ditetapkan setiap hari. Kami juga mengambil langkah teliti untuk memastikan bahawa kami tidak melanggar Akta dan Peraturan Makanan HALAL, dan ini termasuk menjamin status HALAL bagi bahan makanan mentah, penyediaan makanan dan kebersihan premis, dapur dan kedai secara keseluruhan dan juga proses penyediaan makanan.

Kami peka terhadap keperluan pelanggan di Malaysia dan memahami betapa pentingnya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM. Kami ingin memaklumkan pelanggan kami bahawa premis kami diperiksa oleh pegawai JAKIM dari masa ke masa untuk memastikan pematuhan sepenuhnya kepada peraturan. Di samping itu, bahagian audit dalaman menjalankan audit HALAL setiap tiga bulan di semua premis Domino’s.

Sekali lagi, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda atas maklum balas yang diberikan dan sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi saya di halaman Facebook:
http://www.facebook.com/ustaz.abu.yaziz atau En Shamsul Amree, Timbalan Pengurus Besar Domino’s Pizza Malaysia & Singapore di email: shamsul.amree@dominos.com.my.

Yang ikhlas,

Ustaz Hj. Abu Yaziz @ Mohamad Bin Shafie.
Penasihat Halal
Domino’s Pizza Malaysia & Singapura.
(Mikenwill Group of Companies).

Kenyataan di atas dikeluarkan melalui fanpage Facebook Ustaz Abu, sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui fan page tersebut juga.

Friday, June 29, 2012

Pelawak Osman Kering Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Otak


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Osman Kering,58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat.

Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 11 Jun lalu.

Beliau meninggal dunia di sisi isterinya Che Norhayati Che Omar,48, dan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun.

Anak kedua Allahyarham iaitu Nur Ain,25, yang dihubungi mStar Online petang Jumaat berkata, sejak dimasukkan ke hospital, ayahnya berada dalam keadaan tenat serta tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal dunia.

“Keadaan ayah amat kritikal dan tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan sembuh sehinggalah dia meninggalkan kita semua,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib dan jadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang, di sini.

Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan aktif berlakon sejak tahun 1986 dan membintangi lebih daripada 20 buah filem dan drama.

Filem terakhir beliau ialah Kantoi, arahan Mat London dan memegang watak sebagai pelakon pembantu.

Nik Aziz kekal tanding kerusi DUN


KOTA BHARU - Pas Kelantan akan mempertahankan kedudukan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan kekal sebagai Menteri Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Nik Abdul Aziz akan kekal bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat secara bersama antara pucuk pimpinan parti di peringkat Pas Negeri dan Pusat.

Isu Ambiga: MP Sri Gading tarik balik kenyataan


KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz hari ini menarik balik kenyataannya supaya pengerusi bersama Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga digantung kerana menderhaka, walaupun diputuskan beliau tidak bersalah dalam hal itu.

"Saya seorang rakyat yang ada disiplin, parti saya parti yang berdisiplin dan berhubung kenyataan itu kalau ia menyinggung perasaan rakan-rakan saya orang India, pemimpin-pemimpin MIC, PPP (Parti Progresif Penduduk), dan dalam menghormati semangat persefahaman dalam BN, saya menarik balik semua kenyataan saya berhubung isu itu," katanya.

Beliau berbuat demikian selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memohonnya menarik balik kenyataan itu walaupun memutuskan kenyataan Mohamad itu bukan suatu kesalahan kerana ia hanya suatu persoalan dan tidak bersifat perkauman mahupun ugutan.

Terdahulu Lim Guan Eng (DAP-Bagan) meminta Wan Junaidi memutuskan suatu tindakan terhadap Mohamad susulan kenyataannya mengenai hukuman gantung ke atas Ambiga yang disifatkan sebagai tidak wajar.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 bagi Kementerian Dalam Negeri pada Selasa lepas (26 Jun), Mohamad mengemukakan pertanyaan berbunyi 'Apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia?'.

Wan Junaidi dalam keputusannya berkata dalam isu itu Mohamad tidak melakukan sebarang kesalahan kerana kenyataan yang dibuat adalah berlandaskan persoalan.

"Kenyataan itu berlandaskan persoalan...jadi ia bukan satu kesalahan.

Sri Gading (Mohamad) tanya boleh atau tidak.

"Yang Al-Maunah sudah dihukum di mahkamah, yang ini (Ambiga) dia (Mohamad) tanya boleh ke tidak. Sama ada menteri buat jawapan atau tidak, itu persoalan lain," kata Wan Junaidi yang turut meminta keputusannya tidak dipolitikkan.

Mohamad ketika bangun mempertahankan dirinya sempat menyelar Lim yang juga Setiausaha Agung DAP kerana dianggap sengaja membangkitkan isu itu atas kepentingan politik demi menarik sokongan masyarakat India.

Beliau turut membidas Lim yang disifatkan telah memutar-belitkan isu itu bertujuan melaga-lagakan beliau dengan masyarakat India serta memburuk-burukkan nama Barisan Nasional (BN).

"Dalam kes Ambiga ini terang-terang DAP gunakannya sebagai isu perkauman.

Saya tidak terniat perkauman, saya tak sebut India, Hindu, saya sebut demi keselamatan negara.

"Tetapi DAP yang sudah ketandusan sokongan orang India cuba hendak kaitkan isu ini untuk politik kepentingan mereka, supaya mereka ini benci BN, ini sahaja masalahnya," katanya yang mengaitkan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang disifatkan telah menyebabkan DAP kehilangan sokongan kaum India.

Lim yang dilihat meninggalkan dewan persidangan sebaik Mohamad selesai memberikan penjelasan terus diselar beberapa anggota Parlimen BN termasuk Datuk Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatanagn) yang melabelkan parti pembangkang, khususnya DAP sebagai "hipokrit" dan "Raja Penghasut"

KEMASKINI: Isu Padang PKNS: Siapa Ahli MBPJ Bertanggungjawab Tukar Status Padang?


SHAH ALAM: Siapa ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang memulakan langkah menukar status padang PKNS di Kelana Jaya dari tempat rekreasi ke pusat komersial?

Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) cuba merungkai jawapan ketika sesi pendengaran awam pada Khamis tetapi bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Noraini Roslan dan Penolong Pengarah Kanan Perancang Bandar MBPJ, Faiwos Abdul Hamid tetap berdolak-dalih.

Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chang Kim dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Haniza Talha, Saari Sungib, Hannah Yeoh dan Sulaiman Razak melontarkan persoalan demi persoalan kepada kedua-duanya selama beberapa jam tetapi gagal mendapatkan jawapan tepat.

"Siapa yang mengambil inisiatif untuk mencadangkan pertukaran itu? Adakah ia dilakukan oleh seorang pegawai atau ia diputuskan oleh jawatankuasa dalam satu mesyuarat? Ia tidak boleh bertukar dengan sendiri," kata Teng.

Ketika pusingan pertama sesi pendengaran pada Rabu, beberapa pendedahan mendapati MBPJ melakukan 210 pertukaran dalam pelan di Petaling Jaya selepas ia diwartakan tanpa persetujuan majlis eksekutif negeri dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD).

Isu itu timbul apabila PKNS cuba membangunkan padang tersebut yang mendapat bantahan daripada penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO).

Noraini dan Faiwos turut mendedahkan pelan yang dipinda itu tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat penuh lembaga pengarah MBPJ walaupun pelan asal diluluskan oleh exco negeri telah dibentangkan.

Noraini yang memegang jawatan Pengarah Perancang Bandar bermula 1 September 2010 hingga 30 Jun 2011, melabelkan pertukaran pelan itu sebagai 'pembetulan'.

Teng bertanya sama ada terdapat sebarang peruntukan dalam undang-undang yang membenarkan beliau melakukan perubahan tersebut, Noraini berkata, tiada peruntukan spesifik.

Beliau kemudiannya menyatakan Seksyen 16 (1) Akta Perancangan Bandar Desa yang menyebut: "Pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengemukakan cadangan bagi pertukaran, pemansuhan atau penggantian sesuatu pelan pada bila-bila masa.

Teng memberitahu Noraini bahawa Seksyen 16(3) turut digunakan yang bermaksud sebarang pertukaran pelan mestilah termasuk mengumum perubahan, merekod bantahan awam dan juga mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri.

"Adakah proses ini dipatuhi?" kata Teng. Noraini berkata tidak.

Beliau turut bersetuju dengan Teng bahawa pelan yang diubah oleh MBPJ adalah menyalahi undang-undang dan tidak mengikut prosedur.

Noraini yang merupakan Presiden Majlis Daerah Kuala Selangor pada ketika ini berkata, ia merupakan amalan biasa untuk membuat pembetulan sebelum dan selepas pelan diwartakan

"Kami mahu mengemukakan pelan yang tepat kepada orang awam," katanya.

Teng kemudiannya membidas Noraini dengan berkata:" Apakah pelan yang betul? Terdapat tiga versi kesemuanya!"

Sementara itu, Faiwos mendakwa bahawa JPBD mengarahkan pembetulan tersebut dilakukan tetapi Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Norasiah Bee Mohd Haniff menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.

"Mesyuarat pada 13 Januari 2011 adalah untuk membincangkan urusan pencetakan pelan tempatan. Status padang PKNS adalah konsisten pada ketika pelan itu diluluskan oleh exco dan yang diwartakan," katanya.

Teng bertanya kepada Faiwos siapa yang mengarahkan perubahan dalam pelan tersebut, beliau berkata: 'Tiada siapa memberikan arahan spesifik. Ia melibatkan pelbagai jabatan."

Selepas diberikan jawapan sama, Teng tetap tidak berpuas hati dan menangguhkan sesi pendengaran pada Khamis depan (5 Julai).

"Bawa minit mesyuarat. Kami ingin tahu individu (di sebalik pertukaran itu). Beritahu Timbalan Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Zain Azly Abdul Rahman supaya datang," katanya.

Thursday, June 28, 2012

PELIK: Panggung Wayang Terapung Atas Laut


Lazimnya, panggung wayang dibina atau terletak di dalam bangunan yang tertutup, tetapi di sebuah tempat peranginan di Thailand, iaitu di sebuah kawasan pesisir pantai berbatu Yao Noi, mempunyai sebuah panggung wayang terbuka dan terapung di atas permukaan air..

Panggung wayang yang diberi nama sebagai Archipelago Cinema merupakan sebagai salah satu bahagian yang dianjurkan oleh "Film on the Rocks Yao Noi", iaitu sebuah festival filem yang diilhamkan oleh Apichatpong Weerasethakul and Tilda Swinton..

Pentas auditorium tersebut telah direka dan seorang yang berbangsa German, Ole Schereen dengan menggunakan bahan kitar semula..Para penonton akan dibawa ke tempat duduk auditorium tersebut dengan menggunakan bot yang disediakan khas..Kalau nak tahu apa rupa panggung wayang tu, meh usha kat bawah ni..




Cerai : Raja Azmi Terima ‘Hadiah’ Allah Kerana Cuai

Raja Azmi bersama Jalani (belakang) dan anak perempuan mereka, Puteri Suaida selepas prosiding perceriaan selesai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman menganggap perceraiannya dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Rabu adalah satu hukuman kerana cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Penerbit filem ...Dalam Botol itu turut reda dengan “hadiah” yang diberikan Allah sempena ulang tahun kelahirannya ke-53 yang jatuh pada hari sama talak dilafazkan.

"Saya percaya perceraian ini adalah hadiah daripada Allah bersempena sambutan hari lahir saya pada hari ini (Rabu). Saya terima hukuman Allah di dunia ini kerana kesilapan saya.

“Semoga saya tidak dihukum di akhirat nanti," luahnya kepada mStar Online ketika ditemui di luar mahkamah di sini, Rabu


Jalani atau nama sebenarnya Mohamed Jalani Mohamad Sidek,49, melafazkan talak satu terhadap Raja Azmi di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tidak lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan selama ini.

Raja Azmi berkata, dia atau bekas suami tidak menetapkan tarikh tertentu bagi permohonan perceraian berkenaan sebaliknya tarikh itu adalah secara kebetulan kerana ia ditentukan oleh pihak mahkamah.

Penulis novel itu turut berkata, perceraian yang berlaku dibuat atas persefahaman bersama bagi membolehkan hubungan dia dan bekas suami terus akrab dan baik seperti sebelum ini.

"Kami bercerai dengan persetujuan bersama dan anak-anak memahami serta menerimanya. Hubungan saya dan Jalani akan terus baik seperti biasa selepas ini.

"Malah, kami sekeluarga baru berkumpul pada malam semalam (Selasa) bagi meraikan hari jadi saya. Selepas pulang dari mahkamah, kami akan berbincang mengenai hal anak-anak dan beberapa urusan keluarga," katanya.

Hasil perkahwinan selama 28 tahun, kedua-dua pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.

Mereka juga memiliki seorang cucu berusia setahun iaitu Muhammad Akid Mohd Shadan, anak kepada Puteri Suraya.

Raja Azmi sebelum pernah didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010 di Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan pada 19 Ogos tahun lalu oleh pihak mahkamah selepas setahun proses siasatan berlangsung.

Jailani juga pernah dihimpit kontroversi kononnya dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus janda.

Wednesday, June 27, 2012

Raja Azmi & Jalani Sidek Cerai Talak Satu Demi Maruah


KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek, 49, bercerai talak satu dengan isterinya, produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, petang Rabu.

Lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.25 petang mengikut Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor, Nombor 2, tahun 2003.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Raja Azmi yang berbaju kurung hitam berkata, keputusan itu sudah dibincangkan bersama anak-anak dan tiada kena-mengena dengan kehadiran orang ketiga.

"Perceraian ini adalah keputusan yang dicapai atas persetujuan kami sekeluarga. Anak-anak memahami dan menerimanya kerana ingin melihat saya dan Jalani gembira.

Ia tiada kaitan dengan kehadiran orang ketiga tetapi demi mengembalikan maruah bekas suami yang dituduh dayus kerana pelbagai kontroversi yang pernah melanda rumah tangga kami sebelum ini," katanya yang bersedia menerima dugaan bergelar janda selepas ini.

Sementara itu, Jalani atau nama sebenarnya Mohamed Jalani Mohamad Sidek berkata, dia menceraikan Raja Azmi kerana mahu bersikap adil demi kebahagiaan wanita itu.

"Saya faham Raja Azmi menghadapi tekanan dengan pelbagai kontroversi yang timbul selama ini.

"Saya tidak berlaku adil jika terus hidup bersamanya sedangkan dia tidak bahagia. Atas sebab itu, saya berkorban dan ceraikan dia untuk kebaikan bersama. Baik dan buruk kami selama 28 tahun berkahwin biarlah menjadi kenangan buat kami.

"Yang penting, hubungan kami akan terus baik sebagai kawan demi anak-anak. Saya bahagia dengan pengorbanan ini," katanya.

Pasangan itu hadir ke mahkamah dengan ditemani anak kedua mereka Puteri Suaida,23.

Raja Azmi selaku plaintif diwakili peguam syarie Roslizam Rahim.

Dalam prosiding perceraian pada Rabu, kedua-dua pasangan tersebut bersetuju untuk menyelesaikan pembahagian harta sepencarian di luar mahkamah.

Raja Azmi yang juga penerbit filem ...Dalam Botol sebelum pernah didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010 di Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan pada 19 Ogos tahun lalu oleh pihak mahkamah selepas setahun proses siasatan berlangsung.

Jailani juga pernah dihimpit kontroversi kononnya dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus janda.

Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 23 Disember 1984. Selain Puteri Suaida, mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Puteri Suraya, 27, dan Megat Deli, 18.

Mereka juga memiliki seorang cucu berusia setahun iaitu Muhammad Akid Mohd Shadan, anak kepada Puteri Suraya.

[GAMBAR] Koleksi Gambar Bercakap 2
















Ikhwanul Muslimin, Mesir guna Lambang Dacing


PANAS: Aziz Sattar sakit tolak lawatan Zed Zaidi?


NTAH di mana silapnya, kunjungan Seniman yang diketuai presidennya, Zed Zaidi, untuk melawat pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 87 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ajis, di Hospital Ampang, tengah hari semalam, ditolak sekerasnya ahli keluarga seniman itu.

Walaupun dipujuk Timbalan Presiden, Elyas Ismail, namun keluarga Aziz Sattar tetap berkeras dengan keputusan mereka.

Hampir sejam menunggu, Zed yang turut ditemani sekumpulan media, rakan artis dan ahli Seniman yang hadir akhirnya terpaksa akur dengan kehendak keluarga Pak Ajis. Sementelah lagi ia melibatkan campur tangan pihak hospital.

Bukan sahaja tidak dibenarkan melawat, malah media yang hadir juga ditegah dari merakam sebarang gambar.

Walaupun tidak menyatakan rasa terkilan, namun riak di wajah Zed dapat merungkai kekecewaannya.

Memandang positif mengenai perkara itu, Zed akur dengan kehendak Pak Ajis dan menganggap tiada apa yang perlu diperjelaskan sehingga menimbulkan spekulasi lain.

“Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan.

“Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik,” katanya.

Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya.

[VIDEO PERGADUHAN] Lima aktivis Royalti cedera Dua NGO Bergaduh (SEDAR vs. ROYALTI)

Seorang peserta perhimpunan, dari Kumpulan NGO Royalti tercedera ketika kekecohan di hadapan Kompleks Darul Naim, Kota Bharu pagi tadi.

KOTA BHARU - Seramai lima aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas ke Kelantan (Royalti) cedera didakwa dipukul ketika berhimpun di hadapan perkarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Salah seorang mangsa yang juga Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.

Katanya, sewaktu perundingan itu berlangsung, keadaan agak tegang dengan bunyi bising serta provokasi daripada penganjur Himpunan Sedar sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan berbincang dengan dengan pihak satu lagi.

“Belum sempat habis berunding dengan polis berhubung kawasan himpunan diperluaskan memandangkan peserta Pra-Himpunan Royalti ini semakin ramai, saya pergi berjumpa ketua pihak berkenaan untuk menasihatkan menenangkan ahli-ahlinya supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi.


Himpunan SEDAR dikatakan dirancang lebih awal dari kumpulan yang menuntut royalti minyak. Perhimpunan SEDAR merupakan Himpunan rakyat bertema 'Demi Tanah Air Kelantan' bertujuan membawa manifestasi terhadap kegagalan kerajaan negeri dirancang sejak 22 Jun 2012 yang lalu.

Malah mereka turut mengadakan sidang media bagi menghebahkan tentang perhimpunan ini.

Kehadiran penyokong Royalti dalam angka yang lebih besar telah menimbulkan rasa tidak puas hati para peserta Himpunan SEDAR sehingga berlaku provokasi satu sama lain.

Mereka mempersoalkan kenapa kumpulan penyokong kerajaan PAS Kelantan turut mengadakan perhimpunan hari ini kononnya ianya merupakan 'Pra Perhimpunan Royalti'?

‘Pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V’ dianjurkan untuk menyerahkan memorandum tuntutan beserta plak Royalti yang telah ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak Kerajaan Negeri ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Khairul Nizam Abd Ghani, 31, berkata dia terpaksa menerima tiga jahitan pada bahagian kepala setelah dipukul kira-kira 10 orang dari pihak yang sama.

“Saya tidak tahu dipukul dengan objek apa pada bahagian kepala ini sebab benda ini berlaku dengan cepat tetapi merujuk pemeriksaan doktor dipercayai luka disebabkan benda tajam,”katanya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan berlaku insiden tumbuk-menumbuk dalam kejadian di hadapan Kota Darul Naim itu tetapi tidak dapat memastikan pihak mana yang melakukannya dahulu.

Tuesday, June 26, 2012

Khalwat : Kes Tangguh, Beego Lari Daripada Wartawan


KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa menangguhkan kes perbicaraan pelakon Beego bersama dua rakan lelakinya kepada 18 Julai depan.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menetapkan tarikh itu bagi memberi peluang kepada peguam Beego yang baru dilantik iaitu Fakhrul Azman Abu Hasan untuk mengemukakan representasi dan mendapatkan dokumen berkaitan dengan kes tersebut.

"Memandangkan Fakhrul baru dilantik sementara peguam pendakwa tiada bantahan untuk menangguhkan kes, maka permohonan itu diluluskan bagi memberi peluang kepada Fakhrul membuat representasi," kata Shaiful.

Pada 8 Mei lalu, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah,32, bersama Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dikenakan tersebut di hadapan Shaiful.

Sementara itu dua wanita yang merupakan kenalan mereka iaitu Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar mengaku bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar denda.

Kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda.

Mengikut fakta kes, kelima-lima tertuduh ditahan sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama pada 23 Februari 2011 kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini.

Kesemua mereka masing-masing didakwa di bawah Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Kelima-lima tertuduh hadir selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir sebutan kes berkenaan pada 10 April lalu.

Beego yang merupakan seorang duda pernah berkahwin dengan Intan Shariza Mohd Shahru,31, tetapi berpisah pada 16 Mac 2009 selepas dua tahun menjadi suami isteri.

Sementara itu usaha pihak media untuk mendapatkan Beego di luar mahkamah tidak berjaya apabila pelakon itu melarikan diri ketika wartawan ingin menemuinya.

Beego juga turut melarang jurugambar merakam gambar-gambarnya di luar mahkamah.

Tindakan itu dipercayai kerana kebimbangannya jika ditanya berhubung kaitan hubungannya dengan aktres Rozita Che Wan yang heboh diperkatakan sejak minggu lalu.

Gambar Ras Adiba Tampil Imej Botak


Gambar Ras Adiba Tampil Imej Botak. Memang sangat pelik apabila seorang wanita sanggup botakkan kepala kerana rambut itu bagai mahkota bagi seorang perempuan. Namun, Ras bukanlah suka hati untuk membotakkan kepala, tapi kerana untuk menyokong satu majlis amal yang dinamakan Majlis Kanser Nasional (Makna) menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.


Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat




Prime Minister: Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)

1. Deputy Prime Ministers:

a. Lim Kit Siang (DAP, Ipoh Timur MP)

b. Abdul Hadi Awang (PAS, Marang MP)

c. One seat for either a Sabahan or a Sarawakian who will be looking after East Malaysian affairs. (There are names of candidates but this columnist was instructed not to reveal it.)

2. Finance Ministry:

a. Tony Pua (DAP, Petaling Jaya Utara MP)

b. Rafizi Ramli (PKR, currently not a MP, will contest in the coming polls)

c. Nizar Jamaluddin (PAS, Bukit Gantang MP)

3. Education Ministry:

a. Dzulkefly Ahmad (PAS, Kuala Selangor MP)

b. S Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat MP)

c. Chong Eng (DAP, Bukit Mertajam MP)

4. Home Ministry:

a. Azmin Ali (PKR, Gombak MP)

b. Mahfuz Omar (PAS, Pokok Sena MP)

c. M Manogaran (DAP, Teluk Intan MP)

(Knowledge and expertise can also be gained by consulting PAS member Fauzi Shaari, retired from CID, Bukit Aman.)

5. Defence Ministry:

a. Dr Hatta Ramli (PAS, Kuala Krai MP)

b. Liew Chin Tong (DAP, Bukit Bendera MP)

c. Tian Chua (PKR, Batu MP)

(Knowledge and technical know-how can be gained from PAS member First Admiral (retired) Mohamad Imran Abd Hamid.)

6. Law Ministry:

a. Karpal Singh (DAP, Bukit Gelugor MP)

b. Gobind Singh (DAP, Puchong MP)

c. William Leong (PKR, Selayang MP)

d. R Sivarasa (PKR, Subang MP)

e. Hanipa Maidin (PAS, non-MP who acts for PAS on many legal matters)

7. Health Ministry:

a. Dr Lee Boon Chye (PKR, Gopeng MP)

b. Dr Tan Seng Giaw (DAP, Kepong MP)

c. Dr Siti Mariah Mahmood (PAS, Kota Raja MP)

d. Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sg. Siput MP)

8. Transport Ministry:

a. Khalid Samad (PAS, Shah Alam MP)

b. Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)

c. Baru Bian (state assemblyman for Ba’Kelalan)

Baru Bian can look into improving transport into the interiors of Sarawak.

9. International Trade and Industry Ministry:

a. Khalid Ibrahim (PKR, state Assemblyman for Ijok, Selangor Menteri Besar)

b. Teresa Kok (DAP, Seputeh MP)

c. Husam Musa (PAS, state assemblyman for Salor)

10. Agriculture Ministry:

a. Salahuddin Ayub (PAS, Kubang Kerian MP but this time will be leaving Kelantan to contest in Johor)

b. Ng Suee Lim (DAP, state assemblyman for Sekinchan, he champions the padi farmers)

(For Felda matters, Mazlan Aliman of PAS is at the forefront in fighting for the rights of the settlers and highlighting Felda issues.)

11. Foreign Ministry:

a. Kamarudin Jaffar (PAS, Tumpat MP)

b. Lim Guan Eng (DAP, state assemblyman for Ayer Puteh, Penang Chief Minister)

c. Elizabeth Wong (PKR, state assemblyman for Bukit Lanjan)

12. Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry:

a. Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)

b. Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai MP)

13. Environment Ministry:

a. Fuziah Salleh (PKR, Kuantan MP)

b. Che Rosli Che Mat (PAS, Hulu Langat MP)

c. Nga Kor Ming (DAP, Taiping MP)

14. Women Ministry:

a. Zuraida Kamaruddin (PKR, Ampang MP)

b. Fong Po Kuan (DAP, Batu Gajah MP)

c. Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, Rantau Panjang MP)

Currently, Prime Minister Najib Tun Razak is in charge of this ministry. Is there no capable woman in BN who can take over this post from Sharizat Abdul Jalil who stepped down on April 8?

15. Race Relations and Inter-Faith Dialogue Ministry:

a. Nik Aziz Nik Mat (PAS, state assemblyman for Chempaka, Kelantan menteri besar)

b. Mujahid Yusof Rawa (PAS, Parit Buntar MP)

c. Mohd Nur Manuty, (PKR, at the moment not an MP)

d. Ngeh Koo Ham (DAP, Beruas MP)

e. V Sivakumar (DAP, state assemblyman for Tronoh)

The Ministry for Race Relations and Inter-Faith Dialogue will be a place for discussions on thorny issues so that solutions can be sought without acrimony.

Rumusan :

22 Menteri/Timbalan Menteri Melayu

17 Menteri/Timbalan Menteri Cina

8 Menteri/Timbalan Menteri India


Rumusan Pecahan Parti


PKR : 13 Jawatan

PAS : 15 Jawatan

DAP : 18 Jawatan : So yang berkuasa sebenar DAP!


Komen Sri Tri Buana:

1. Ada 50 Menteri dalam Kabinet Bayangan PR termasuk PM. Ini lebih ramai dari menteri-menteri BN. Sebabnya semua nak dipuashatikan. Main sumbat sajalah.

2. Hanya 46% iaitu sebanyak 23/50 Menteri adalah Melayu/Islam. Lagi 54% bukan Melayu. Dalam kabinet BN, 18 dari 29 Menteri adalah Melayu/Islam iaitu bersamaan dengan 62%.

3. Tiada lagi Menteri d Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan agama Islam.

4. Kementerian Undang-undang mempunyai empat menteri bukan Melayu. Hanya seorang saja menteri Melayu iaitu Hanipa Maidin.

5. Menteri Alam Sekitar dijangka bertelagah kerana Fauziah Saleh sangat phobia dengan radiasi walaupun pakar nuklear seperti Che Rosli Che Mat memberi pandangan saintifik ianya selamat.(Kilang Lynas)

6. Paling menarik adalah Kementerian Antara Kaum dan Agama. Ia disandang oleh Nik Aziz, Dr Manuty dan Mujahid Yusof Rawa untuk Melayu/Islam dan Ngeh Ko Ham dan V.Sivakumar bagi bukan Melayu. Saya menjangkakan Nik Aziz akan menduduki kementerian yang menjaga hal ehwal Islam. Namun PR meletakkan beliau di kementerian 'inter-faith' religion. Sudah tiada lagi daulatnya Islam kerana sudah setaraf dengan agama lain-lain. Pluraism.


Saya tak tahu kabinet ini dibuat tangkap muat saja atau PR serius dalam isu ini. Apa yang saya nampak segalanya caca merba dan macam rojak. Ada saja nama besar dalam PR, mereka sumbat dalam apa saja portfolio tanpa mengira kelayakan. Anehnya, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu tidak mempunyai portfolio. Tak ada portfolio yang sesuai buatnya? Mengapa orang no 2 dalam PAS tidak dihargai?

Kita boleh lihat bahawa dengan PR berjaya menakluk Putrajaya, dominance Melayu dan kedaulatan Islam menjadi terpinggir. 'Res ipsa liquitor'. Things speak for itself. Saya masih percaya, masih ramai pengundi Melayu atas pagar tidak ingin ini berlaku. Jika ada yang mengatakan bangsa tidak penting, apa jadi pada Islam sendiri? Mampu Nik Aziz, Munaty dan Yusof Rawa menahan asakan demi asakan dari Karpal, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang? Anwar sebagai PM sudah tentu memihak kepada yang ramai.

Kabinet ini tidak lain hanya memecahkan dominance Melayu. Melayu yang majoriti di 'neutral'kan dek keghairahan PAS untuk menumbangkan UMNO, dendam Anwar terhadap UMNO dan sikap menolak DAP terhadap apa saja yang memberi kelebihan kepada Melayu.

Haji Hadi menyatakan beliau tidak akan bertanding dalam PRU ke 13. Jika ini terjadi, untuk membolehkan Haji Hadi menjadi TPM, beliau akan dilantik senator..

Dan akhir sekali, Malaysia akan mempunyai Menteri Pertahanan yang paling ampuh. Mungkin kementerian itu perlu ditukar kepada Kementerian Peperangan. Musuh Malaysia akan lebih takut kepada Malaysia. Ini kerana Tian Chua akan menjadi Menterinya.

Mereka perlu bimbang telinga mereka digigit oleh Menteri Peperangan Malaysia yang terkenal kerana mengigit telinga polis!

Saifuddin Abdullah dan politik baru


YB Saifuddin Abdullah ialah ahli politik yang mesra media. Pintar, berkaliber dan rendah diri. Beliau menjadi antara jurujual jenama “Umno” yang mampu mendekati anak muda pelbagai kaum dan agama.

Nalurinya memahami betapa pentingnya untuk berempati: mendengar sebelum berhujah. Bagi Saifuddin, komunikasi berlaku secara dua hala, sesuatu yang sering kali dilupai pemimpin Umno masa kini.

Moden dan celik teknologi (aktif di Twitter), Saifuddin mengekalkan nilai murni Melayu yang bicaranya berbudi bahasa, bersopan-santun dan penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan berhemat. Namun di sebalik profil medianya yang semakin meningkat dan popularitinya kalangan mahasiswa dan anak muda (medan pertempuran PRU13), Saifuddin masih sukar diterima kalangan penyokong tegar dan ahli parti Umno.

Ramai dalam parti nasionalis Melayu ini yang tidak selesa dengan pemikiran bebas Saifuddin dan caranya yang diplomatik dalam berurusan. Mereka merasakan bahawa sesiapa sahaja di parti pembangkang itu tidak layak duduk semeja dengan pemimpin Umno. Ternyata, rakyat amnya tidak berkongsi pandangan sedemikian. Malahan, sebilangan besar mereka beralih menyokong pakatan pembangkang dan mereka menghormati Saifuddin kerana kesungguhannya menyertai debat politik secara umum.

Sememangnya pandangan ini merisaukan kerana akhbar Sinar Harian membuktikan melalui siri debat Wacananya (yang juga disiarkan secara langsung di Astro Awani) bahawa rakyat Malaysia mahu mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak. Kita mahu melihat bagaimana mereka mengekspresikan diri dan mempertahankan dasar tertentu.

Malang sekali, ini agak sulit untuk dilakukan pemimpin Umno. Ramai di saf kepimpinan Umno adalah “pemain institusi” yang naik kerana kejaguhan mereka menguruskan “periuk nasi” kroni, menguruskan puak berbeza dalam parti dan memprofilkan diri mereka dengan sistematik di dalam hierarki parti. Ini menyebabkan mereka terasing daripada masyarakat umum, tersasar jauh daripada realiti tatkala bergegas daripada satu majlis ke majlis Umno yang lain.

Justeru, ramai pemimpin Umno hari ini tidak pakar dalam memenangi hati dan jiwa jutaan pengundi atas pagar dan pengundi baru. Inilah kelebihan Saifuddin kerana mampu untuk berdepan dengan barisan pemimpin pembangkang seperti Lim Guan Eng, Nurul Izzah Anwar dan minggu lepas berdebat dengan YB Salahuddin Ayub daripada Pas.

Saifuddin membuktikan bahawa Umno masih mempunyai pemimpin yang pintar, menarik dan matang. Seorang pendebat hebat, bakat bercakap beliau diasah sejak di bangku sekolah lagi. Beliau adalah juara debat Piala Perdana Menteri mewakili Kolej Melayu Kuala Kangsar satu ketika dahulu.

Pemimpin berusia 52 tahun ini adalah mantan Presiden Majlis Belia Malaysia yang berani membicarakan buah fikirannya dalam isu panas seperti perhimpunan Bersih, Auku dan
pinjaman PTPTN. Pendirian beliau kadangkala bertentangan dengan majoriti dalam parti dan menimbulkan ketidakselesaan kalangan pucuk pimpinan.

Walaupun berada golongan minoriti dalam partinya, Saifuddin mempunyai teman rapat yang sering mengambil bahagian dalam program sukan bola keranjang yang digelar YBs Can Jump seperti YB P Kamalanathan, Senator Gan Ping Sieu dan YB Khairy Jamaluddin. YB-YB ini membuktikan masih ada keriangan dalam politik.

Imej Saifuddin yang cool dan mudah didekati membantu beliau menjalankan tugasnya dengan lebih baik dan dapat mengeratkan hubungan dengan mahasiswa di seluruh negara. Namun, keberkesanan strategi menarik minat pengundi muda mengundi Umno belum dapat dipastikan.

Saifuddin sedar bahawa landskap politik Malaysia sudah berubah. Beliau berpendapat bahawa kita berada fasa ketiga dalam evolusi demokrasi di mana kerajaan harus berinteraksi dengan masyarakat yang semakin bijak. Contohnya, pada 2008, beliau mewujudkan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh, yang membawa ketua kampung, pegawai daerah dan ahli Dun ke satu meja, berunding untuk membuat keputusan.

Saya amat berminat untuk melihat sejauh manakah inisiatif demokrasi ini berjaya memajukan Temerloh, sebuah pekan yang mundur. Saifuddin ialah agen perubahan dan pemangkin semangat progresif Umno. Pemimpin seperti beliau adalah kritikal dalam rejuvenasi parti dan membolehkan Umno kekal relevan dan berjaya. Tukang Cerita berharap semoga beliau berjaya dalam PRU 13 dan seterusnya....

Tulisan: KARIM RASLAN

Monday, June 25, 2012

KANGAR: Isteri minta RM3 upah berasmara


KANGAR: Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.

Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja

TERKINI: PM Bidas Ketua Wanita PKR (Ampang) di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu lantang mengkritik, Zuraida Kamaruddin(PKR-Ampang) ditempelak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana membangkitkan beberapa isu tidak berkaitan pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Sambil menyifatkan tindakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mencerminkan ketertiban seorang wanita, Perdana Menteri memaklumkan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipegangnya kini hanya sementara hingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Yang berhormat berkenaan tidak mencerminkan kesopanan sebagai seorangwanita...mulut dia boleh tahan.

"Wanita kita (Barisan Nasional) jauh lebih baik daripada wanita sebelah sana (pembangkang).

"Tak usah gusar, saya pegang sementara sahaja sampai pilihan raya. Bila BN menang nanti insya-Allah kita beri wanita ambil alih kementerian," katanya pada sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat.

Kehadiran Perdana Menteri mencuri tumpuan apabila beliau pertama kali hadir menjawab soalan lisan Dewan Rakyat selepas mengambil alih jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat daripada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 8 April lalu.

Terdahulu Zuraida ketika mengemukakan soalan tambahan, Zuraida secara lantang mempersoalkan tindakan Najib mengambil alih jawatan itu kerana mendakwa ia seharusnya diberikan kepada wanita sebagai buktipelaksanaan dasar 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.

Malah Zuraida turut mencabar Najib membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan.

Bagaimanapun Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegur tindakan Zuraida yang seolah-olah membangkitkan isu-isu yang tidak releven dengan soalan asal yang dikemukakan.

"Saya dengar Perdana Menteri menjawab dengan peradaban yang amat baik," katanya.

44 ahli parlimen Zimbabwe bersunat Beramai-ramai

SEORANG doktor (kiri) bersedia untuk menjalankan prosedur berkhatan ke atas seorang ahli parlimen di dalam sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan Parlimen di Harare, Zimbabwe kelmarin.

HARARE - Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran HIV/AIDS.

Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.

Pengerusi Ahli Parlimen menentang Aids, Blessing Chebundo memberitahu tindakan itu dibuat bagi menggalakkan rakyat untuk turut bersunat. Chebundo merupakan individu pertama menjalani prosedur yang mengambil masa selama sepuluh minit itu.

Pengarah Unit Aids dan TB, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak Zimbawe, Dr. Owen Mugurungi memuji semua ahli parlimen yang terlibat.

Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.

Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral. - Agensi

Sunday, June 24, 2012

Krisis di pejabat MB Selangor : hantu VS hantu...


Hebat cara pihak-pihak yang didakwa terlibat dalam krisis di pejabat Menteri Besar Selangor tiba-tiba cuba gambarkan semuanya OK dan business as usual.

Jadi siapa gaduh dengan siapa?

Maka keluarkan kenyataan dari bos PKR Selangor Azmin Ali mendakwa isu itu sengaja dimainkan UMNO dan menganggap parti tersebut terdesak kerana cuba melagakannya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sejak empat tahun lalu.

Mudah saja jalan keluar...tuduh UMNO.

Siapa agaknya orang yang bernama Shuhaimi Shafiei yang balun Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin kaw-kaw itu.

Beliau secara terbuka dipetik berkata "tiba masanya untuk Ketua Umum (Anwar) melihat perkara ini."

Apakah orang itu hantu jembalang tidak bertuan.

Bukankah beliau orangnya yang berjawatan Ketua Penerangan PLKR Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda,Shah Alam.

Sejak bila Suhaimi masuk UMNO?

Ingat lagi amaran Suhaimi pasal isu Faekah ,"Ia langkah yang difikir perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian 'malang' yang berlaku di Kedah,"

Bukan rahsia lagi luah rasa Suhaimi terhadap Faekah dikongsi oleh sebilangan lagi ADUN dan pimpinan PKR Selangor.

Kata orang tidak ada angin pokok tidak akan bergoyang.

Kisah pergelutan kuasa dikalangan sesetengah pimpinan PKR Selangor dengan pejabat Menteri Besar sudah lama menjalar keluar dan menjadi bahan bualan.

Kalau Ketua Penerangan PKR Selangor sendiri sudah bersuara secara terbuka begitu apa lagi yang hendak disorok.

Timing perletakan jawatan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor juga mencuri perhatian sekalipun beliau cuba memberi alasan ia semata-mata kerana soal beban tugas.

Setelah heboh bercakap mengenainya,Rafizi memberi alasan beliau ingin tumpu tugas tangani pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.

Ini semua berlaku semasa kehangatan isu kalangan pimpinan PKR Selangor hendak 'mandikan' Fekah.

Tidak lama dulu Khalid melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor kepada Azmin.

Alasannya sama untuk tumpu tugas mentabir negeri.

Cuba tanya mana-mana orang politik apa jadinya kepada seorang pentabir yakni Menteri Besar yang tidak ada kuasa politik.

Seorang Menteri Besar tanpa jawatan pengerusi parti di negerinya ibrarat kata orang yang ' patah sayap terbang jua'.

Kuasa politik itu penting dalam menyeleraskan dan memastikan segala tindak tanduknya berjalan lancar.

BIla wujud keadaan bos politik lain...pentabir negeri lain,maka berbagai masalah pasti berbangkit.

Namun seperti biasa,wayang pembangkang...macam-macam alasan boleh diberi untuk coverline.

Azmin yang ditemui wartawan di Kota Bharu kelmarin steady sahaja kata beliau tidak mempunyai masalah dengan Menteri Besar Selangor.

“Ada yang kata timbul konflik, itu satu fitnah jahat. Sebenarnya tidak timbul sebarang pergeseran pun, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.“Saya juga tidak tahu wujudnya Kelab Azmin Ali,"katanya.

Dakwa Azmin UMNO cuba dan mereka gagal sehingga kini untuk melagakannya dengan Khalid.

"Saya ucapkan good luck kepada mereka (Umno). Saya akan terus menumpukan usaha saya bersama Tan Sri Abdul Khalid bagi memantapkan jentera parti dan juga kerajaan menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.

Soalnya apa lagi yang Azmin boleh cakap kecuali itu.

Apakah beliau perlu mengesahkan segala dakwaan sekalipun orang kanannya,Suhaimi sudah 'memberontak' mengeluarkan kenyataan menghentam Faekah secara terbuka.

Krisis dikalangan pimpinan pakatan pembangkang semakin menjolok mata akhir-akhir ini.

Apa yang berlaku dalam kerajaan PAS Kedah dimana dua ahli Exconya memberontak terhadap Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak masih segar dalam ingatan.

Keruhnya keadaan hingga seluruh pimpinan PAS pusat terpaksa berkejar ke Kedah untuk membantu meredakan keadaan.

Akhirnya kuasa Azizan 'dipotong' dengan keputusan mengadakan badan khas PAS Pusat yang akan jadi 'pengawas' pentabirannya.

Ini belum lagi masuk isu taiko DAP Karpal Singh berentap dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy.

Jawabnya kalau nak pakai cakap Azmin dan pembesar PKR lain,nampak macam ada hantu sedang bergasak dengan hantu di pejabat Menteri Besar Selangor.- AGENDADAILY

lukisan memukau guna debu kereta tak basuh





POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com