iklan nuffnang

pages

Wednesday, May 30, 2012

Maraton Tertinggi Di Dunia


KATHMANDU, Nepal - Lebih 150 pelari lasak mengambil bahagian dalam Maraton Everest Tenzing-Hillary yang merupakan larian tertinggi di dunia di sini semalam, kata pihak penganjur.

Acara tahunan itu diadakan bagi memperingati pendakian bersejarah manusia pertama yang berjaya menawan puncak Everest setinggi 8,848 meter.

Puncak tertinggi di dunia itu ditakluki oleh Edmund Hillary dan pemandu arah warga Nepal, Tenzing Norgay pada 29 Mei 1953.

Larian ekstrem itu bermula pukul 7 pagi (waktu Nepal) di Bes Kem pada ketinggian 5,356 meter dan berakhir di Namche Bazaar setinggi sekitar 2,000 meter dari aras laut.

Peserta terpaksa melalui laluan yang sempit, gunung berbatu dan oksigen yang terhad sepanjang larian sejauh 42 kilometer tersebut.

"Peserta terdiri daripada 93 rakyat asing dan 62 warga tempatan," kata penganjur Shikhar Pandey.

Pemenang pertandingan kali ini ialah peserta Nepal, Phurba Tamang yang menamatkan larian dalam tempoh tiga jam, 41 minit dan 31 saat.

Catatan tersebut cuma 11 saat lebih perlahan berbanding rekod kemenangannya dua tahun lalu. - AFP

Amy Yang Dulu Mendampingi PAS, Akhirnya Memilih UMNO


KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan rock legenda Search iaitu Amy tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak termasuklah parti pembangkang berhubung keputusannya menyertai Umno pada Selasa.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, berkata, sebagai idola masyarakat dia menganggap tindakan menyertai parti itu adalah keputusan terbaik dan tepat pada waktunya di saat kecelaruan dan perselisihan faham di kalangan rakyat semakin merebak.

Amy Search bersalaman dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam satu majlis
“Pelbagai perkara dan kecelaruan di kalangan masyarakat yang berlaku hari ini memberikan kesedaran untuk saya melakukan sesuatu. Saya tergerak untuk menyertai Umno atas kesedaran sendiri dan bukan kerana kepentingan tertentu.

“Tiada siapa boleh menentukan parti mana yang mahu saya sokong. Jadi, saya tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak dengan keputusan ini,” katanya kepada mStar Online.

Amy Search yang suatu ketika dahulu dilihat cuba mendampingi Pas akhirnya memilih UMNO
Amy berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian parti itu kepada Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Artis lain yang turut menyertai parti tersebut dan menyerahkan borang keahlian adalah vokalis kumpulan May iaitu Mustaffa Din (Mus) dan Ibnor Riza Ibrahim.

Amy bersama Nik Aziz di Masjid
Tambah Amy, dia sudah lama mempertimbangkan untuk menyertai Umno kerana Allahyarham bapanya sering mengingatkan mengenai perjuangan parti itu dalam memartabatkan bangsa dan memajukan tanah air sejak 66 tahun yang lalu.

“Sudah lama saya fikirkan untuk menyertai Umno. Malah, di kampung saya sendiri di Johor Bahru saya dikelilingi ramai kenalan dalam parti ini. Saya sentiasa ingat pada pesanan arwah bapa mengenai kemerdekaan negara dan perpaduan bangsa.

“Jelas sekali, hanya parti ini yang dapat menyatukan dan mengekalkan bangsa Melayu serta memajukan negara. Saya berharap teman-teman dan peminat di luar sana akan menyokong Umno demi perpaduan bangsa kita,” kongsinya.

Selain Amy, dua lagi penyanyi yang mendaftarkan diri sebagai ahli adalah vokalis kumpulan rock May iaitu Mus (dua, kanan) dan penyanyi 80-an Ibnor Riza Ibrahim (paling kiri). Ketiga-tiga artis ini dipelawa oleh Jamal Abdillah yang sudah setahun menyertai parti itu.

Mus pula berkata hatinya tergerak untuk menyertai parti itu kerana kredibiliti Umno yang sudah terbukti dalam mentadbir dan memajukan negara berbanding janji-janji kosong pembangkang.

“Sebelum ini, saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik lain. Kalau ada pun, saya hanya terlibat dalam program dan acara anjuran Barisan Nasional dan Umno sebagai penghibur.

“Saya berasa yakin dengan kepimpinan parti ini. Bagi saya Malaysia semakin maju kerana usaha Umno. Tiada jaminan bersama parti-parti lain kerana tiada bukti pun pembangkang dapat melakukan perubahan dan membawa kemajuan kepada kita,” katanya.

Dalam pada itu, Ab Rauf menyangkal dakwaan kononnya penyertaan golongan artis secara beramai-ramai ke dalam Umno adalah agenda parti untuk mengambil kesempatan bagi mempengaruhi masyarakat.

“Bukan dasar kita untuk mengambil kesempatan ke atas golongan artis. Kita tidak menggunakan artis tetapi penyertaan mereka adalah atas kesedaran masing-masing.

“Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno,” katanya.

Sehingga Selasa, penyertaan ketiga-tiga penyanyi itu menjadikan jumlah artis yang mendaftarkan sebagai ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang sebanyak 43 orang.

Antara artis yang terlebih dahulu menyertai termasuklah Tan Sri Jins Shamsudin, Jamal Abdillah, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Radhi (OAG).

Dr Chua Soi Lek, Lim Guan Eng berdebat lagi 8 Julai ini


KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng akan bersemuka untuk satu lagi perdebatan anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) pada 8 Julai ini.

Naib Presiden Kanan, ketua pegawai strategi dan program ASLI, Ng Yeen Seen, berkata debat itu, yang dinamakan sebagai Debat Lim-Chua 2.0, bertajuk "DAP & MCA: Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat" meliputi dasar dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat komuniti, perpaduan negara, kebajikan masyarakat dan pembasmian kemiskinan.

"Kami akan mengadakan sidang akhbar esok pada jam 2 petang di pejabat ASLI untuk mengumumkan butiran debat ini," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, pegawai Dr Chua, Giam Say Khoon, berkata Dr Chua mengesahkan beliau akan mengambil bahagian dalam debat pada 8 Julai itu seperti yang dicadangkan ASLI.

Setiausaha akhbar Lim, Cheong Yin Fan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berkata ketua menteri Pulau Pinang itu menerima jemputan ASLI untuk berdebat pada 8 Julai.

Perdebatan pertama antara kedua-dua pemimpin politik itu diadakan pada 18 Februari dalam bahasa Mandarin dengan tajuk "Adakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa".

Ia diadakan di Hotel Berjaya Times Square dan dipancar secara langsung melalui Astro AEC dan diterjemah dalam Bahasa Melayu di Astro Awani.

Berikutan debat itu, kedua-dua mereka bersetuju untuk mengadakan satu lagi perbahasan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Fail RAHSIA Azmin Bakal Didedahkan


KUALA LUMPUR - Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.

Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.

RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.

RPK berkata fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah.

Tuesday, May 29, 2012

AS sedia serang Syria


WASHINGTON - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menyediakan pilihan ketenteraan bagi menamatkan keganasaan di Syria.

Seorang pegawai kanan tentera AS, Jeneral Martin Dempsey memberitahu, pilihan itu akan dilakukan jika tekanan diplomatik gagal menamatkan pertempuran di negara tersebut.

"Justeru, saya akan menyediakan pilihan ketenteraan jika diminta untuk berbuat demikian," katanya kepada program terbitan stesen televisyen CBS, This Morning semalam.

Beliau membuat komen itu selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengutuk penggunaan kereta kebal dan meriam dalam satu serangan tentera Syria di bandar Houla.

SEJUMLAH orang menghadiri majlis pengebumian mangsa-mangsa serangan tentera Syria di Houla pada Sabtu lalu.

Dalam serangan itu, seramai 108 orang dilaporkan terbunuh.

Ia merupakan serangan terbaharu yang melibatkan kematian yang ramai.

Angka kematian akibat kebangkitan penduduk Syria menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad sejak tahun lalu dilaporkan mencecah lebih 12,000 orang.

Menurut pegawai tentera itu, beliau menjangkakan tekanan masyarakat antarabangsa yang menentang keganasan di Syria akan meningkat.

"Saya tidak pasti sama ada dalam kes di Syria, satu kombinasi tekanan diplomatik dan ekonomi akan memperoleh kejayaan.

"Namun, sudah pasti saya menggalakkan para pemimpin kami, pemimpin-pemimpin antarabangsa untuk bersama dalam satu cara yang boleh menyebabkan Bashar membuat keputusan yang betul," katanya.

Sementara itu, Utusan Khas PBB dan Liga Arab, Kofi Annan menyatakan, beliau terkejut dengan kejadian pembunuhan besar-besaran di bandar Houla.

Beliau menyatakan demikian semasa tiba di Damsyik untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa pegawai semalam.

Annan berkata, pihak yang melakukan pembunuhan di bandar tersebut pada Jumaat dan Sabtu lalu perlu bertanggungjawab berhubung kejadian tersebut.

Beliau juga menyatakan setiap orang yang memegang senjata di Syria perlu mendengar mesejnya tentang keamanan bagi membolehkan pertumpahan darah dapat dihentikan.

"Saya berhasrat untuk mengadakan perbincangan yang serius dengan Bashar. Saya juga mahu berbincang dengan sejumlah orang semasa saya berada di sini," kata Annan.

Kelmarin, Syria menafikan dakwaan bahawa berlaku pembunuhan besar-besaran di bandar tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi menyatakan, pasukan tenteranya berada di sebuah pangkalan tentera pada Jumaat lalu semasa diserang oleh ratusan lelaki bersenjata.

Menurutnya, lelaki-lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan mortar dan mesingan dalam pertempuran selama sembilan jam.

Dalam pertempuran itu, seramai tiga askar maut dan 16 lagi cedera. - Agensi

Debat Exco Pemuda Umno-Woong Sin (Ganggu PM di London) BATAL (Woong Sin Tarik Diri)


KUALA LUMPUR- Debat antara Exco Pemuda Umno Datuk Muhammad Khairun Aseh dengan Hiu Woong Sin, individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di London, dibatalkan.

Muhammad Khairun berkata Hiu telah menarik diri pada 25 Mei walaupun Hiu terdahulu telah menerima surat pelawaan Pemuda Umno melalui jentera Umno di London pada 18 Mei untuk berdebat dengannya di sana.

"Beliau sebenarnya sudah bersetuju untuk berdebat sehinggalah pada 25 Mei lepas, kami (Pemuda Umno) mendapat maklum balas bahawa beliau menarik diri untuk berdebat apabila surat penarikan diri beliau disiarkan oleh Malaysiakini," katanya pada sidang berita di sini hari ini.

Pada 18 Mei lepas, jentera Umno di London telah menghantar surat pelawaan bagi pihak Pemuda Umno untuk berdebat dengan Hiu dan beliau telah menyatakan kesudiannya untuk berdebat pada hari yang sama menerusi laman twitter peribadinya.

Pemuda Umno telah mempelawa Hiu berdebat ekoran tindakannya yang berbuat bising dan melaungkan perkataan "Bersih" pada majlis "Sepetang Bersama Perdana Menteri" di London pada 15 Mei lepas.

Muhammad Khairun mendakwa Hiu hanya "kuat berkokok" kerana apabila Pemuda Umno sediakan platform yang sesuai untuk beliau meluahkan perasaannya, beliau telah menarik diri walaupun pada awalnya sudah bersetuju untuk berdebat.

Beliau berkata Malaysia tidak menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara, tetapi biarlah ada had dan tidak keterlaluan

Haram Buku Irshad Manji: Pemuda PAS sokong tindakan JAWI


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik usaha Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang merampas tujuh buah buku “Allah Liberty & Love - Courage To Reconcille Faith & Freedom" karya penulis kontroversi, Irshad Manji.

DPPWP melihat tindakan JAWI ini penting bagi mengelakkan fahaman salah dan songsang tersebar dalam masyarakat. Dalam hal ini, kontroversi yang dicetuskan oleh Irshad Manji kerana menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Malaysia wajar dihalang dan segala ucapan dan buku yang dikarang oleh beliau juga tidak sepatutnya disebarkan di dalam negara ini.

Irshad Manji adalah salah seorang penulis kontroversi yang ditolak oleh kebanyakan negara umat Islam. Pandangan beliau dengan jelas ditolak umat majoriti umat Islam kerana tersasar dari syariat Islam yang sebenar. Malah umat Islam dimana-mana negara akan berdemonstrasi bagi membantah kehadiran beliau di mana-mana. Dengan penolakan sebegini tidak seharusnya beliau diundang bagi mempromosi buku atau menyampaikan ucapan.

Oleh itu, DPPWP meminta Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) agar mempertingkatkan usaha memastikan tiada lagi kelibat Irshad Manji dan insan sepertinya di negara ini. Kawalan ketat juga perlu dibuat supaya sebarang bentuk buku, risalah, dokumen, CD dan lain-lain lagi hasil karangan beliau tidak terlepas ke tangan umat Islam. DPPWP merasa bimbang jika pandangan beliau akan diterima oleh sebahagian umat Islam terutama golongan yang jahil terhadap Islam dan menganggap ia adalah sebahagian dari ajaran Islam.

DPPWP juga menasihatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dengan sebarang ajaran Islam yang meragukan. Mana-mana pandangan atau ajaran yang bertentangan dengan syariat Islam perlu ditolak. Ilmu perlu diceduk dari para ulama’ muktamar dan institusi pendidikan Islam bagi mengelakkan umat Islam terpesong dari ajaran sebenar.-24/5/2012

PENULIS merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Monday, May 28, 2012

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat "WWW 1"


PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.

Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web".

Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai - WWW 1.

Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya.

Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia.

Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin.

Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru.

Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri.

Sunday, May 27, 2012

KEPUTUSAN Bancian Online Sinar Harian Hasil Debat PTPTN Khairy-Rafizi

Berikut adalah dapatan bancian online oleh Sinar Harian tentang pendapat orang ramai setelah mendengar debat Khairy-Rafizi sehingga 27 Mei 2012

Berdasarkan hujah debat Khairy-Rafizi, PTPTN:

Wajar dimansuhkan
43 % (4365)
Tidak wajar dimansuhkan
12 % (1184)
Kos pengurusan PTPTN dihapus
45 % (4536)

Jumlah Undian: 10085

 Berdasarkan hujah Khairy dan Rafizi pada Debat Sinar mengenai isu PTPTN:

Pendirian anda semakin jelas
90 % (3815)
Pendirian masih belum jelas
10 % (421)

Jumlah Undian: 4236

 Pendapat anda, umur sesuai untuk dedahkan anak-anak kepada politik: 

A. 7 - 10 tahun
8 % (552)
B. 11-14 tahun
7 % (469)
C. 15-19 tahun
37 % (2604)
D. 20 tahun ke atas
49 % (3460)

Jumlah Undian: 7085


 Susulan perhimpunan Bersih 3.0, PRU13 kemungkinan diadakan pada:

Antara Jun dan awal Julai 2012
53 % (4594)
September 2012 ke atas
47 % (4015)

Jumlah Undian: 8609

Saturday, May 26, 2012

Dewan Ulama Pas menentang Usaha DAP angkat PM BUKAN MELAYU


KUALA TERENGGANU 24 Mei - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menegaskan bahawa beliau menentang sebarang usaha untuk melonjakkan kalangan bukan Melayu atau bukan Islam menerajui negara ini.

Beliau berkata, Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tentunya akan terus memastikan ia tidak akan berlaku.

Katanya, hanya orang Islam yang layak dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mentadbir negara ini pada masa akan datang.

Beliau mengakui cubaan ke arah itu timbul kerana dalam Perlembagaan tidak menyatakan jawatan Perdana Menteri hanya khusus kepada pemimpin Melayu.

“Saya tak setuju dan bantah kalau orang bukan Melayu atau bukan Islam menjadi Perdana Menteri, malah Pas sendiri, sebagai sebuah parti Islam hanya mahukan orang Islam yang jadi pemimpin (Perdana Menteri).

“Biarlah dia (Karpal Singh) dengan impiannya (mahu orang bukan Melayu jadi Perdana Menteri). Saya bukan menentangnya (Karpal) tapi saya tidak bersetuju dengan Perlembagaan yang ada.

“Ini kerana, dalam Perlembagaan negara, ia tidak sebut hanya orang Melayu boleh jadi Perdana Menteri. Di sinilah yang menjadi masalahnya dan saya memang tidak bersetuju," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun diminta mengulas ketegasan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa beliau akan terus berjuang bagi memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Karpal berkata, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon paling layak sebagai Perdana Menteri, beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu.

Harun seterusnya berpendapat, impian Karpal untuk melihat calon bukan Melayu menjadi Perdana Menteri kelak tidak akan tercapai kerana beliau yakin orang Melayu tidak akan dapat menerima seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atau bukan Islam.

“Impian beliau (Karpal) mungkin tercapai jikalau orang-orang Melayu mengundi beliau atau calon-calon lain yang bukan Melayu. Namun saya yakin orang Melayu tak akan undi mereka," ujarnya.

Ditanya pula mengenai percanggahan pendapat antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu muzakarah, Harun berkata, apa sahaja yang boleh membawa kebaikan kepada umat Islam, beliau akan sokong.

“Saya serah kepada keputusan kepimpinan parti (Pas) sama ada muzakarah diteruskan atau sebaliknya, saya sokong apa saja keputusan parti," ujarnya.

Friday, May 25, 2012

Harga petrol naik 42 sen di India

PENUNGGANG motosikal menunggu giliran mengisi petrol di Ahmadabad susulan pengumuman kenaikan harga minyak di India kelmarin.

Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana tiada kenaikan harga pertrol di negara ini walaupun berlaku kenaikan harga di pasaran dunia.
 
NEW DELHI, India - Harga petrol naik mencecah 7.5 rupi (42 sen) seliter di India berkuat kuasa semalam.

Ia kenaikan harga bahan api itu yang tertinggi di India dalam tempoh satu dekad.

Harga baharu petrol tersebut dikuatkuasakan di sini dan beberapa bandar raya lain di negara berkenaan.

Beberapa syarikat minyak utama India memberitahu, kenaikan itu perlu bagi menampung kerugian akibat pelaksanaan harga subsidi, peningkatan harga minyak antarabangsa dan penurunan nilai mata wang rupi.

India mengimport lebih tiga perempat keperluan minyak mentah negara tersebut. - AFP

Tembak menembak di Pasar Besar Lahad Datu


'Oh My English!' Cecah 50,000 Pengikut Di Facebook


KUALA LUMPUR: Rancangan terbaru terbitan Astro TViQ iaitu Oh My English! kini diikuti lebih 50,000 pengikut di laman sosial Facebook walaupun program berkonsepkan pendidikan dan hiburan itu baru ditayangkan.

Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, sambutan hangat itu menjadi bukti bahawa program berbentuk pendidikan mendapat tempat di hati penonton di negara ini.

"Tujuan program ini diwujudkan adalah bagi memperbaiki pertuturan dan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia yang kadang-kala terlepas pandang tentang perkara-perkara remeh dalam penggunaan seharian.

"Dengan sambutan yang cukup memberansangkan itu ia bukti penonton dapat menerima program berbentuk pendidikan tapi dalam format yang menyeronokkan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran program itu di sini pada Khamis.

Oh My English! ke udara pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610) dan Astro Prima (105) pada setiap hari Jumaat pukul 9.30 malam bermula 8 Jun nanti.

Tambah Yasmin, selain Facebook, Oh My English! turut ditonton 900,000 orang di laman Youtube dan masih terus meningkat dan menjadi topik hangat yang kerap diperkatakan di laman Twitter.

Dalam pada itu, Yasmin berkata, Oh My English! mengambil pendekatan yang unik dalam pembelajaran Bahasa Inggeris yang mana setiap episod sitkom selama setengah jam itu mempunyai tema perbualan yang boleh diguna pakai di dalam kehidupan seharian seperti perhubungan, sukan, muzik dan makanan.

Tambahnya, episod-episod tersebut juga mengandungi tiga kapsul pendek yang menerangkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul sama ada dari segi tatabahasa, perbendaharaan kata, struktur ayat mahupun sebutan.

"Sebagai tambahan, Astro juga telah bekerjasama dengan British Council dalam pembangunan kandungan pembelajaran Bahasa Inggeris, termasuk bahan-bahan dan kertas latih tubi lengkap, yang boleh didapati di laman rasmi Oh My English!

"Program itu juga akan dilengkapi pengalaman pembelajaran multimedia melalui internet, butang merah interaktif pada alat kawalan Astro, laman sosial, radio, siri bengkel di sekolah dan dalam bentuk cetakan," ujarnya.

Sementara itu, Yasmin berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam merealisasikan program tersebut yang menggalakkan pembelajaran berterusan sepanjang hayat di kalangan masyarakat.

Yasmin berkata, kerjasama ini juga sebagai penanda aras bahawa Astro sentiasa menyokong usaha KPM yang ingin memberi informasi berguna kepada masyarakat.

Rancangan 20 episod itu menampilkan barisan pelakon yang berpengalaman dan baru antaranya pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor yang membawa watak sebagai pengetua.

Datuk Wan: SU Agung PKR (Saifuddin) wajar minta maaf

Wan Ahmad masih berharap Saifuddin Nasution Ismail akan meminta
maaf dengan kenyataan beliau sebulan lalu

PUTRAJAYA - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa beliau ahli Umno dan tidak wajar menyandang jawatan itu.

Sambil menyifatkan aspek tindakan perundangan sebagai soal kedua, Wan Ahmad berkata, beliau masih berharap Saifuddin akan membuat permohonan maaf berhubung dakwaannya, yang dibuat genap sebulan lalu.

Difahamkan beliau membuat laporan polis minggu lalu, mendakwa beliau difitnah oleh Saifuddin.

Dalam satu temu bual dengan Sinar Harian 25 April lalu, Saifuddin mendakwa Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof adalah ahli Umno.

“Datuk Saifuddin telah membuat satu kenyataan fitnah, yang mana apa yang beliau perkatakan adalah tidak betul. Saya harap beliau mengaku silap dan minta maaf... kita silap, kita minta maaf.

“Beliau masih boleh minta maaf. Soal perundangan (siasatan), itu soal kedua,” kata beliau kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena temu bual eksklusif di pejabatnya di sini, semalam.

Sambil menekankan bahawa beliau tidak mahu membesar-besarkankan isu ini, Wan Ahmad berkata, “biar polis lakukan siasatan.”

“Saya serahkan kepada polis,” katanya sambil menambah, “soal undang-undang lain kan, soal peribadi lain.”

“Saya sedang fikir secara serius... secara serius. Ruang kemaafan masih ada,” katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan polis yang dibuat, Wan Ahmad berkata, “sebenarnya mudah sahaja. Kalau dia seorang yang bertanggungjawab, dia dah terlanjur kesilapan , terbukti, kita cakap mengenai fakta fitnah, mudah, kata saya menarik diri dan minta maaf di atas apa-apalah.. itu kebiasaan,” katanya.

Saifuddin mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan kedua-dua mereka dalam Umno dan turut mencabar mereka menafikannya.

“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” katanya.

Menurut Saifuddin, jika mereka enggan menafikannya, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan.

Dua hari kemudian Saifuddin menamakan cawangan kedua-dua mereka menjadi ahli Umno.

Pada awalnya, Wan Ahmad berkata beliau tidak pernah mendaftar sebagai ahli Umno, tetapi kemungkinan didaftarkan oleh rakannya pada 1980-an.

Abdul Aziz juga menafikan dakwaan itu.

Kemudian Saifuddin mengeluarkan nama cawangan kedua-dua menjadi ahli Umno.

Siasatan Sinar Harian mendapati Wan Ahmad Wan Omar, ahli Umno cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, yang menjadi perhatian ekoran pendedahan Saifuddin, sebenarnya bukan Timbalan Pengerusi SPR.

Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Saifuddin sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.

Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

“Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad, seorang peniaga kedai makan.

Thursday, May 24, 2012

Tuition Fees in Turkey ( Ada video PR Interview Turkish Mabuk Kata Free)

turkey-medical-university.
Terdapat beberapa blog PR menjaja video di bawah yang menunjukkan temubual telefon seorang rakyat Malaysia bodoh dengan seorang rakyat Turki biol untuk mematahkan hujah Khairy semasa debat PTPTN yang menyatakan Rafizi bagi maklumat merapu. Khairy menyatakan terdapat bantahan pelajar apabila kadar yuran universiti dinaikkan.

Blog PR menyatakan, Turki memberi pendidikan percuma dengan hanya berpandukan kepada interview dengan seorang yang entah apa kelayakan beliau untuk bercakap tentang pendidikan di Turki. Sungguh tidak masuk akal.

Memang benar universiti awam Turki tidak mengenakan yuran sehingga tahun 1984. Walau bagaimanapun, pada sesi akademik 1984/85, Akta Pendidikan Tinggi Turki No.2547 telah memperkenalkan yuran yang dikenali sebagai 'contribution fee'.

Subsidi Kerajaan Turki yang diperuntukkan kepada pendidikan tinggi juga telah menurun dari setahun ke setahun. Umpamanya pada tahun 2004, kerajaan Turki memperuntukkan 0.93 % daripada GDP untuk pendidikan tinggi atau USD1,311 per student, amoun ini menunjukkan penurunan yang significan berbanding purata min OECD iaitu USD7,023 (Mizikaci 2006).

Majlis Pendidikan Tinggi Turki juga menyatakan pandangan bahawa pendidikan tinggi adalah ' a semi-public service' dimana kos mesti juga ditanggung oleh mereka yang mendapat faedah daripada pengajian tinggi tersebut.

Dalam hal ini, Malaysia telah terkehadapan mendahului negara-negara seperti Turki dalam pendidikan tinggi negara. Namun Pakatan Rakyat nampaknya cuba berundur kebelakang.

Sungguhpun kadar yuran yang dikenakan agak rendah, namun ini tidak bermakna pendidikan Turki adalah percuma. Malah Kerajaan Turki juga sudah mula sedar bahawa kos pendidikan tinggi harus dikongsi juga dengan pelajar yang mendapat faedah daripadanya.

Dibawah ini disertakan kadar yuran pengajian yang dikenakan oleh Universiti kepada rakyat Turki dan pelajar asing.


Estimated living expenses for international students are minimally 300 to 400 US dollars per month depending on the student’s way of living. Books and administrative fees are approximately 100 to 150 US dollars per semester.

Tuition Fees:

The tuition fee for the programs of higher education is determined by the Government at the beginning of each academic year. In 2003-2004 academic year, the tuition fees for international students varied depending on the nature of the program:

Annual tuition fees;
UNDERGRADUATE PROGRAMS:
1. State Universities:
a) Universities where medium of instruction is TURKISH:
Turkish nationals: US $ 80 – 250
Foreign nationals: US $ 240 – 750

b) Universities where medium of instruction is ENGLISH:
Turkish nationals: US $ 150 – 500
Foreign nationals: US $ 450 – 1500

2. Foundation Universities:
US $ 5.000 – 12.000
GRADUATE PROGRAMS:
1. State Universities:
a) Universities where medium of instruction is TURKISH:
Turkish nationals: US $ 100 – 200
Foreign nationals: US $ 300 – 600

b) Universities where medium of instruction is ENGLISH:
Turkish nationals: US $ 200 – 300
Foreign nationals: US $ 600 – 900

2. Foundation Universities:
US $ 5.000 – 12.000

* Students from Turkish Republics and Turkish-originated countries (Azerbaijan, Bashkortostan, Bosnia and Herzegovina, Dagestan, Karachay-Cherkessia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Macedonia, Mongolia, Moldova, Nahcevan, Uzbekistan, Tadzhikistan, Tatarstan, Turkmenistan, and Ukraine) pay their tuition fees as Turkish nationals.

Mahasiswa Nicaragua Protes Potongan Bajet Pendidikan


BERATUS-ratus penunjuk perasaan terdiri dari penuntut universiti pulang dengan menaiki bas selepas melakukan bantahan terhadap Tabung Kewangan Antarabangsa, IMF yang mencadangkan pemotongan bajet universiti pendidikan, di Managua Nicaragua, pada Khamis


University students shout slogans against the International Monetary Fund during a protest in Managua May 23, 2012. Hundreds of university students marched to the National Assembly building in support of Nicaragua's President Daniel Ortega and against the recommendations of the IMF that calls for cutting funding for public higher education, the increase of the retirement age and the number of contributions of employees and to implement fiscal adjustment. -REUTERS


May 23, 2012. Hundreds of university students marched to the National Assembly building in support of Nicaragua's President Daniel Ortega and against the recommendations of the International Monetary Fund (IMF) that calls for cutting funding for public higher education, the increase of the retirement age and the number of contributions of employees and to implement fiscal adjustment. REUTERS


For the first time since 2009, thousands of university students took to the streets of Managua Wednesday to participate in what was once considered a collegiate rite of passage: the annual 6% protest march, a traditionally violent and messy dustup.
 
According to Nicaragua’s Constitution, 6% of the annual budget is supposed to be earmarked for higher education. But lawmakers historically have a hard time remembering that, prompting students to fire homemade mortars at the National Assembly and burn car tires in the street as a gentle reminder to not scrimp on university funding.

This year’s 6% protest, however, was a much tamer affair than the enthusiastic bouts of extracurricular violence against the previous governments of Violeta Chamorro, Arnoldo Alemán and Enrique Bolaños.
The first difference was that this year’s march was held in May rather than November, when lawmakers debate the annual budget. Secondly, the protest was remarkably more peaceful—more students where texting on their cell phones than firing homemade mortars. Thirdly—and most importantly—this year’s 6% march was not directed against the government, rather aimed at the nebulous concept of “neoliberal meddling” by the International Monetary Fund (IMF).

Pasar Depan RUmah Ambiga DITERUSKAN Hari ini


KUALA LUMPUR – Penganjur 'Bersih 4.0' bertekad mengadakan aktiviti perniagaan mereka hari ini - sebagai tanda protes di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yusuf berkata, aktiviti perniagaan yang dirancang hari ini tetap diteruskan mengikut perancangan awal pihaknya.

Rumah Ambiga menjadi sasaran protes kumpulan peniaga Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur. Minggu lalu Ikhlas merancang berbuat demikian.

Mereka merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot gerai di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini selama dua hari iaitu hari ini dan esok.

Jamal berkata, pihaknya mengadakan protes itu bagi membela peniaga-peniaga yang tertindas akibat penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

“Malah akibat dari perhimpunan itu bukan hanya peniaga sahaja, tetapi warga ibu negara juga turut menerima tempiasnya.

“Warga kota mahukan Kuala Lumpur sentiasa aman dan tidak mahu huru-hara berlaku.

“Sebelum ini mereka menganjurkan Bersih 1, dan 2 kita sabar sahaja, tetapi kini warga kota ingin melahirkan rasa tidak puas hati kepada penganjur Bersih yang menyebabkan peniaga turut mengalami kerugian,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Jalan Pahang di sini semalam.

Jamal berkata, selagi pihaknya akan tetap meneruskan aktiviti perniagaan selagi tidak mendapat maklum balas mengenai ganti rugi akibat dari perhimpunan Bersih 3.0.

Jamal turut menambah kini hampir 80 Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengesahkan untuk menyertai aktiviti perniagaan itu.

“Kita tidak mempunyai motif politik dan tiada kaitan dengan mana-mana parti politik seperti didakwa sesetengah pihak.

“Tujuan kita jelas iaitu bagi menunjukkan protes kepada penganjur Bersih (Ambiga),” katanya.

Pada sidang media itu, Jamal juga mengumumkan bahawa akan menawarkan dua kereta mewah kepada pengunjung laman sosial Facebook Bersih 4.0.

Katanya, ia disediakan sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat yang mencintai keamanan.

Jamal berkata, pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.

Malah katanya, jika peminat Facebook mencecah satu juta orang, kereta mewah Lamborghini Gallardo RM1.2 juta akan dihadiahkan.

“BMW itu akan diberikan apabila rakan Facebook Bersih 4.0 itu mencecah 150,000 manakala Lamborghini apabila rakan Facebook kami mencecah sejuta orang.

"Bagi penyokong Bersih 4.0 yang menjadi rakan Facebook kami, restoran Sekinchan Ikan Bakar memberikan 30 peratus diskaun di semua 18 cawangan restoran kami,” katanya lagi.

Jamal yakin laman Facebook Bersih 4.0 itu bakal mencecah sejuta hanya dalam masa sebulan

Menara tertinggi di dunia mula dibuka


TOKYO: Menara tertinggi di dunia dan mercu tanda terbesar Jepun, Tokyo Skytree, dibuka kepada umum, semalam.

Hampir 8,000 pelawat dijangka menggunakan lif laju untuk tiba ke dek peninjau terletak di menara setinggi 634 meter itu bagi menandakan pembukaannya.


Sesetengah pelawat dilaporkan berbaris lebih seminggu untuk mendapatkan tiket ke situ walaupun cuaca Tokyo berawan semalam.

Skytree diiktiraf menara tertinggi mengatasi Menara Canton di China (600 meter).


Binaan tertinggi di dunia ketika ini ialah Burj Khalifa di Dubai (828 meter).


Skytree bertindak sebagai menara pemancar bagi televisyen dan radio, selain menjadi tarikan pelancong. - AP


Wednesday, May 23, 2012

Penyanyi popular era 90 an, To'ki jadi peminta sedekah?

To'Ki kecewa dengan tuduhan dia meminta sedekah di Pasar Borong Selayang

PETALING JAYA: Penyanyi popular era 90 an, To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur kecewa apabila ada laporan mendakwa dia menjadi peminta sedekah dan sering merayau-rayau di Pasar Borong Selayang, dekat sini.

To'ki berkata, cerita berkenaan adalah fitnah semata-mata dan dia benar-benar tidak menyangka ada pihak sanggup menuduh dan memalukan dirinya seperti itu.

"Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh Allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai.

"Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

To’ki yang popular dengan lagu Biasan dan Seni Berzaman itu diminta mengulas komen seorang individu menerusi satu lambang sembang yang mendakwa melihat dia merayau-rayau di Pasar Borong, Selayang sambil meminta sedekah.

Dalam pada itu kata To'ki berkata, dia tidak menafikan sering berkunjung ke pasar borong tersebut untuk bertemu rakan-rakannya dan bersarapan pagi di kedai berhampiran.

Tambahnya, rumah dia juga berdekatan dengan lokasi pasar tersebut yang menyebabkan dia kerap ke sana.

"Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat?.

"Biarlah orang nak kata apa pun kerana masa saya susah tiada siapa pun yang datang memberikan bantuan. Saya tak kisah semua tu," katanya. Dalam pada itu, To'ki turut menafikan tuduhan kononnya dia turut menjadi penagih dadah di kawasan sambil meminta orang ramai yang melihat kelibatnya selepas ini agar menangkapnya untuk dibawa ke balai polis.

To'ki berkata, dengan cara itu dia boleh membuktikan kepada orang ramai dirinya tidak seperti yang diperkatakan.

"Kalau saya nafikan bukan orang nak percaya. Jadi, tangkap saja saya jika ternampak kelibat saya dan serahkan kepada polis untuk buat ujian air kencing," katanya.

Bagaimanapun kata To'ki, dia telah memaafkan sesiapa sahaja yang telah membuat fitnah tersebut dan berharap mereka menyesal dengan tuduhan itu.

Dalam perkembangan lain, To'ki masih aktif menyanyi untuk persembahan tertutup jika ada jemputan selain mencipta lagu runut bunyi drama tempatan.

To’ki sebelum ini pernah mengejutkan peminatnya apabila terdapat laporan akhbar yang menuduhnya menjadi ketua kongsi sehingga menyebabkan dia bertindak untuk menyaman akhbar itu.

Khairy: Negara muflis jika ikut Buku Jingga


SHAH ALAM - Rancangan Buku Jingga yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan negara muflis akibat daripada cara pengurusan wang negara yang tidak berhemah.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ini memandang setiap perkiraan yang dilakukan PR tidak menggambarkan angka sebenar berbanding dengan apa yang berlaku khususnya dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Menurutnya, ini dapat dilihat apabila banyak janji yang diperkatakan dalam Buku Jingga tidak ditunaikan oleh PR apabila dapat memerintah beberapa negeri.

“Ini dapat dilihat apabila mereka gagal untuk melupuskan yuran Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah negeri yang diperintah oleh mereka, seperti mana yang dijanjikan bahawa akan menghapuskan yuran tersebut sekiranya mereka dapat kuasa memerintah.

“Malah cadangan mereka untuk menghapuskan hutang PTPTN juga adalah tidak wajar kerana kerajaan akan menanggung hutang negara,” katanya.

Khairy berkata, pembangkang harus mengetahui bahawa sebanyak 80 peratus yuran di IPTA ditanggung oleh kerajaan dan hanya 20 peratus ditanggung pelajar.

“Ia satu jumlah yang besar ditanggung oleh kerajaan, maka kita harus bersama untuk menunaikan tanggungjawab bagi membuat bayaran tersebut.

“Malah pembayaran yang dibuat pembayar digunakan kerajaan untuk pembangunan di kawasan luar bandar termasuk digunakan semula untuk pelajar baru memulakan pengajian,” katanya.

Khairy berkata, dengan pemansuhan PTPTN juga boleh menyebabkan beberapa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan mengalami kerugian, ini kerana kos pengajian mereka lebih tinggi malah ditanggung sepenuhnya pelajar.

[VIDEO PENUH & GAMBAR] Debat Khairy-Rafizi berhubung isu PTPTN.

Khairy Jamaluddin membentangkan hujah beliau

Para tetamu jemputan mula hadir di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf untuk menyaksikan Debat Sinar Harian berhubung isu PTPTN.






Khairy Jamaluddin berbual dengan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub sebelum bermulanya sesi debat.


Khairy Jamaluddin (kiri) bersalaman dengan Rafizi Ramli sebelum bermulanya Debat Sinar Harian.


Hadirin mengikuti Debat Sinar Harian di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf.




Datuk Abdul Jalil Ali menyambut kedatangan Rafizi Ramli

Tuesday, May 22, 2012

PAS Buat Gelombang Hijau di Stadium Darul Aman, Nak Lawan Gelombang Merah Ke?

KUALA LUMPUR: Gelombang hijau yang dicetuskan menerusi Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang dijadualkan berlangsung pada 1 Jun depan di Stadium Darul Aman, Kedah bukan bertujuan untuk menyaingi perhimpunan sambutan ulang tahun ke-66 Umno baru-baru ini.

Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perhimpunan tersebut diadakan bagi menggantikan muktamar tahunan yang ditangguhkan ke satu tarikh baru.

"Tidak. Himpunan itu bukan diadakan untuk menyaingi gelombang merah Umno tetapi bagi menggantikan muktamar tahunan yang ditunda pada bulan depan ekoran pilihan raya umum yang belum ditentukan tarikhnya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Selasa.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, himpunan tersebut bertujuan untuk menggerakkan pimpinan, ahli, pendokong serta jentera parti di semua peringkat bagi membuat persiapan akhir dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita ingin beri mesej supaya tertanam di pemikiran mereka bahawa ahli-ahli PAS perlu jadi penggerak dan pendokong utama dalam menjayakan cita-cita Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya.

"Malah ia akan memberi gambaran kepada mereka supaya terima calon-calon bukan saja daripada PAS tetapi Parti Keadilan Rakyat dan DAP untuk bantu mereka mencapai kemenangan pada PRU-13," katanya.

Menurut beliau, PAS mensasarkan untuk mengumpul 100,000 peserta dari pelbagai bangsa dan agama untuk menghadiri perhimpunan itu.

"Program itu akan terbahagi kepada tiga peringkat...yang pertama bermula dengan menghimpunkan pimpinan tertinggi PAS. Sesi kedua melibatkan program expresi hijau anak muda ke Putrajaya manakala sesi ketiga iaitu Himpunan Hijau ke Putrajaya," katanya.

Susulan itu, Mahfuz menggesa peserta yang hadir supaya memakai berpakaian serba hijau sebagai tanda sokongan kepada program tersebut yang turut menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Walaupun kita hanya mensasarkan jumlah kehadiran seramai 100,000 peserta, saya yakin lebih ramai akan hadir nanti. Kita juga akan pasang skrin di luar stadium," katanya.

Ketika ditanya mengenai tarikh baru muktamar tahunan PAS, Mahfuz berkata ia akan diberitahu kemudian.

SPR Perkenal Simbol Baru


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan 30 simbol yang lebih 'moden dan mesra' untuk dipilih dan digunakan oleh calon-calon bebas pada pilihan raya akan datang.

Suruhanjaya itu hanya mengekalkan tujuh daripada 20 pilihan simbol sedia ada.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pengenalan 23 simbol baru itu memenuhi kriteria agar ia lebih moden dan mesra.

Antara simbol yang digugurkan daripada senarai ialah kepala harimau, gunting, kasut, paip rokok, payung, ayam jantan, basikal, bas, traktor, mesin taip, layang-layang dan kelapa sawit.

"Kami gugurkan simbol-simbol tertentu kerana ia membawa konotasi negatif.

"Harimau mewakili maksud garang, kasut pula kelihatan kotor manakala gunting digunakan dalam peribahasa Melayu iaitu gunting dalam lipatan," katanya, sambil menambah simbol paip digugurkan kerana merokok membahayakan kesihatan.

Menurut beliau simbol basikal, traktor dan mesin taip digugurkan kerana mengikut peredaran zaman.

Sementara itu menurutnya simbol payung pula digugurkan kerana tidak adil untuk menghalang orang ramai membawa payung pada hari pengundian.

Simbol baru yang diperkenalkan ialah arnab, udang, burung, gajah, kuda, cincin, tali leher, dan cermin mata.

Simbol lain ialah beg, kemeja, motosikal, kereta, sampan, gelas, cawan, meja, rumah, televisyen, pen, bunga, cangkul dan pokok bagi menggantikan kelapa sawit.

Simbol lama yang dikekalkan dengan sedikit pembaharuan ialah buku, ikan, jam loceng, kerusi, kapal terbang, telefon dan kunci.

"Kita telah modenkan simbol telefon daripada jenis yang perlu didail kepada butang serta sejambak kunci kepada hanya satu kunci," kata Wan Ahmad.

Sementara itu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata calon bebas perlu memilih simbol-simbol yang digazetkan suruhanjaya itu.

"Kami tidak benarkan mereka menggunakan simbol yang dicipta sendiri," katanya.

Monday, May 21, 2012

MP Kuantan Fauziah Salleh MAKIN GIGIL, Pakar Torium Dedahkan Pembohongan Beliau Kepada PCS


Jika dikatakan aras dos sinaran yang maut untuk manusia (50% akan mati dalam tempoh 30 hari ) adalah 4 Gy.

Sekiranya 4 gy disetarakan dengan 4,000 Meter maka ia menyamai ketinggian Gunung Kinabalu.

Aras dos sinaran di Lynas pula adalah 114 nGy sejam = 0.000000114 Gy sejam.

Maka, 4 mGy = 4 meter

4 uGy = 4 mm

114 nGy  = 0.1 mm ( Iaitu bersamaan dengan saiz atau ketinggian debu)

Oleh itu, dos sinaran yang ada di kilang Lynas adalah umpama perbandingan ketinggian debu dengan Gunung Kinabalu.

Hanya orang yang bodoh sahaja membuat perbandingan bahaya sinaran di Lynas yang seumpama ketinggian debu jika dibandingkan dengan ketinggian Gunung Kinabalu.

Profesor Ahmad Termizi Ramli Ph.D, PCM daripada UTM yang merupakan pakar dalam bidang ini menyatakan dalam sesi public hearing di Parlimen pada 21 Mei 2012, bahawa beliau merasa malu dengan pakar daripada luar negara kerana rakyat Malaysia sedang membicarakan tentang thorium dalam rare earth yang jelas sama sekali tidak merbahaya.

Malah beliau malu kerana seolah-olah pakar-pakar tempatan tidak memberi kefahaman kepada rakyat Malaysia betapa apa yang mereka bimbangkan adalah langsung tidak berasas dan jauh sekali untuk dibantah umpama paras bahaya setinggi debu dibandingkan paras bahaya setinggi gunung kinabalu.

Tapak gerai 'Bersih 4.0' boleh dibida RM2,000


KUALA LUMPUR - "Tapak gerai di hadapan rumah (Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S.) Ambiga boleh dibida dengan harga RM2,000," kata Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yusof, hari ini.

Sebelum ini Bersih 2.0 dan 3.0 telah banyak merugikan peniaga-peniaga sekitar Dataran Merdeka dan kawasan berhampiran.

Pada Bersih 2.0 lalu, sebanyak RM817,205 kerugian telah dituntut oleh peniaga terhadap penganjur Bersih 2.0 dan patriot dengan menyerahkan memorandum kepada Suhakam pada 18 Mei lalu.

"Kami menyediakan 60 petak dengan bayaran RM100 bagi satu tapak dan kami melihat di kawasan ini mempunyai potensi untuk menjalankan perniagaan.

"Penduduk kawasan ini juga tak perlu pergi jauh untuk beli barang-barang keperluan dan cara kami boleh juga meringankan mereka," katanya lagi kepada media pada petang tadi.

Jamal juga berkata, mereka juga telah mendapat sokongan peniaga dan ramai yang memohon untuk turut serta tetapi hanya memilih 60 orang daripada peniaga yang terjejas ekoran Bersih lalu.

"Tujuan kami bukan untuk mengganggu sesiapa, kami hanya ingin menuntut hak kami sebagai peniaga.

"Kami akan beroperasi pada 24 dan 25 Mei nanti bermula pukul 3 petang sehingga 8 malam, dan orang ramai dijemput hadir ke sini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Jamal berkata, mereka juga akan mendapatkan permit untuk berniaga di hadapan rumah Ambiga esok daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Protes 'Bersih 4.0' diadakan oleh mahjlis itu sebagai bantahan kepada perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0.

Bersih 3.0: Anwar dan Azmin didakwa esok


SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.

Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu.

Kenyataan media diperoleh dari blog Anwar menyebut beliau telah diperintahkan hadir di mahkamah yang sama, juga jam 9 pagi untuk menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan "boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0."

"Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi," kata kenyataan itu.

Sementara itu, salinan pertuduhan yang diedarkan kepada media menyebut bahawa "bahawa kamu (Azmin) pada 28 April 2012, di antara 2.30 dan 3 petang, di sepanjang Jalan Tun Perak di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2012 oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir, seorang penjawat awam, yang mana perintah tersebut melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor, dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012; dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama."

Gambar TPM Tan Sri Muhyiddin di Majlis Perkahwinan anak Bekas Timb. Presiden Pas, Nasharudin


KUALA LUMPUR 20 Mei 2012 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis perkhawinan anak bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa iaitu Nusaibah dengan Mohd. Nazri Husain di Rumah Kelab Bandar Bukit Mahkota, Bangi di sini hari ini.

Ini petanda yang baik dalam menghadapi PRU 13.

Nasharudin sejak akhir-akhir ini dilihat sudah tidak sehaluan dengan pimpinan Pas yang dilihat telah meminggirkan Islam daripada perjuangan parti tersebut.

Muhyiddin, yang tiba pukul 3.40 petang, berada kira-kira 30 minit menikmati jamuan bersama pasangan pengantin Nusaibah Nasharudin, 25, dan Mohd Nazri Husain, 27, serta bergambar kenang-kenangan bersama mereka.

Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Ketika ditemui pemberita, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok, berkata beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat lain yang sudi hadir menyerikan majlis itu walaupun berlainan ideologi politik.

Nusaibah, anak tunggal perempuan dalam kalangan lima beradik, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala suaminya seorang arkitek.

Sunday, May 20, 2012

MB Selangor: 'Soal calon masih rahsia'


SUBANG JAYA – “Memang secara tradisi kita tidak bincang dan hebahkan nama calon supaya tidak berlaku perbalahan antara beberapa pihak."

Demikian kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditanya mengenai senarai calon bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, senarai nama calon akan dirahsiakan sehingga satu masa yang ditentukan juga kerana tidak mahu wujud perbalahan antara penyokong.

Menurutnya, keputusan mengenai calon dibuat oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat dan selepas itu Presiden atau Ketua Parti berkenaan akan menandatangani surat watikah untuk bertanding.

“Biasanya adalah penting perkara ini (nama calon) dirahsiakan sehingga masa ditentukan kemudian supaya tidak terdapat perbalahan antara penyokong mereka yang disenarai dan tidak disenaraikan.

“Tradisi ini dilakukan bukan sahaja untuk menentukan pilihan raya dapat dibuat dengan betul tetapi satu strategi yang baik supaya tidak ada berlaku perselisihan antara beberapa pihak,” katanya selepas merasmikan Program Cycle Fest di Kompleks Sukan MPSJ, di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada PR Selangor akan menampilkan muka-muka baru menggantikan yang lama, Abdul Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu.

Katanya, dalam apa-apa pilihan raya mesti ada yang baru dan lama dan semuanya akan diambil kira dalam pemilihan dibuat nanti.

“Saya tidak mahu menyatakan spekulasi mengenai perkara ini kerana kita ada satu jawatankuasa khas tiap-tiap parti yang akan mengadakan perbincangan .
“Apa yang pasti dalam PR, kita mempratikkan ‘one to one’ dengan meletakkan satu calon menentang seorang calon daripada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Penulis blog jelita terima Anugerah Naib Canselor UiTM

Hanis Zalikha

SHAH ALAM - Kesibukan menulis blog peribadi dan terlibat dalam dunia seni peragaan bukan penghalang bagi Hanis Zalikha Zainal Rashid, 22, untuk menggenggam segulung diploma pada majlis Konvokesyen ke-76 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Malahan gadis jelita yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter itu berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.9.

Hanis yang memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, anugerah tersebut merupakan pencapaian terbaiknya di institusi pengajian tinggi kerana ia tidak pernah diimpikan sebelum menjejak kaki ke UiTM Segamat, Johor.

Menurutnya, resipi kejayaannya cukup mudah dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam dewan kuliah selain berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan bijak membahagi masa.

"Semasa di sekolah, saya tidak pernah mendapat gelaran pelajar cemerlang namun apabila masuk ke UiTM, keputusan peperiksaan saya pada setiap semester adalah cemerlang," katanya di sini semalam.

Hanis yang terkenal dengan laman blog http://inibelogsaya.blogspot.com juga bercadang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda pada tahun hadapan selain membuka perniagaan produk kecantikan selepas tamat pengajian.

Sementara itu, penyanyi dari kumpulan Flava yang pernah memasuki pertandingan akhir Geng Starz, Ed atau nama sebenarnya, Nasnoor Zulfadhli Mohd. Nasiruddin, 22, turut menerima Anugerah Naib Canselor.

Dia yang mendapat keputusan cemerlang dengan PNGK 3.78 berpendapat, gelaran sebagai artis tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan tumpuan perhatian dalam bidang akademik.

[Gambar] Wanita Bogel Dalam Wang Kertas Canada Yang Baru





POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com