iklan nuffnang

pages

Monday, April 30, 2012

Perhimpunan Bersih didalangi pihak sebar ideologi komunis?


SHAH ALAM - Perhimpunan di ibu negara yang bertukar menjadi ganas Sabtu lepas boleh didalangi pelbagai pihak termasuk individu yang cuba menyebarkan ideologi komunis.

Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata niat golongan itu mahu menimbulkan kekacauan di dalam negara seperti yang pernah dirancang pada awal tahun 1970-an.

"Kita perlu berjaga-jaga dan tidak memandang remeh terhadap individu pro-komunis ini memandangkan tak tahu apa agenda mereka sekarang," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata kumpulan berbahaya itu mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut semata-mata untuk menimbulkan huru-hara dengan niat mengubah minda rakyat supaya membenci polis.

"Individu pro-komunis ini adalah individu sama yang pernah membuat kekacauan pada tahun 1970-an sewaktu saya menjadi Ketua Polis Negara dan saya mengenali individu terbabit.

"Penganjur perhimpunan sama ada sedar ataupun tidak, dipergunakan oleh golongan ini untuk mencapai cita-cita mereka," katanya selepas menghadiri Majlis penyampaian sumbangan untuk program Dekad Kecemerlangan Anak-Anak Polis (DAKAP) oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad di sini.

Hanif yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada Jun 1974 dan memegang jawatan itu selama dua dekad, berkata bilangan perancang utama bagi kumpulan prokomunis tersebut tidak begitu ramai.

"Mereka ini pakar baling batu, sorok tangan," katanya dan menambah golongan itu juga pernah memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan simpati daripada masyarakat sewaktu berdemonstrasi pada 1970-an.

Hanif berkata, peserta perhimpunan Sabtu lepas turut menghina mahkamah dengan melanggar perintah instusi itu yang menghalang sebarang aktiviti dan perhimpunan di Dataran Merdeka dan jalan sekitarnya sejak Sabtu hingga esok.

Mereka yang arif mengenai undang-undang sepatutnya pergi ke mahkamah dan memohon batalkan perintah itu, bukan melanggarnya, kata Hanif.

Beliau turut menafikan dakwaaan sesetengah pihak bahawa segala provokasi yang disaksikan semasa perhimpunan itu berpunca daripada tindakan polis serta mahu pihak yang berkenaan menjelaskan secara terperinci tuntutan mereka menerusi media agar rakyat sendiri dapat menilai.

Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Beri Alasan Kukuh Untuk Cerai


SHAH ALAM: Pelakon Rita Rudaini, mahu suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum diceraikan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini, Isnin.

Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, dia tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil, 25, memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah empat bulan lalu.

"Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.

"Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung," katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat.

Rita yang memakai jubah hitam dan tudung warna biru itu hadir bersama peguamnya serta ibu, ayah dan saudaranya manakala Aidil yang bersut hitam turut hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari dan ibu bapanya.

Bagaimanapun tambah Rita, dia masih lagi ingin menyelamatkan rumah tangganya memandangkan dia dan Aidil telah melalui pelbagai dugaan bersama sejak berkahwin pada 25 Februari 2008 dan masih lagi menyayangi perkahwinannya itu.

"Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa," ujarnya.

Dalam pada itu, Rita turut berkata, Aidil seorang yang tidak berpendirian tetap kerana hal rumah tangganya sering dicampuri pihak keluarga Aidil.

"Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.

"Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah.

"Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain," katanya.

Sementara itu, Aidil yang terus beredar selepas perbicaraan membuat kenyataan ringkas dengan berkata: "Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah."

Mahkamah menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada 16 Mei ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Pasangan yang bernikah secara rahsia itu, telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Dalam pada itu, hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki sejak awal lagi.

Wajah-Wajah Bersih 3.0 Yang Perlu Bertanggungjawab

Ambiga
Ini lah wajah-wajah atau watak utama dalam drama Bersih 3.0 yang sepatutnya dipertanggungjawabkan terhadap.kerugian harta benda yang dirosakkan, kerugian peniagaan dan kecederaan parah anggota Polis dan wartawan.

Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu Kompleks Pertama, Zainul@Hanafiah Ahmad berkata, semua premis perniagaan tidak dapat beroperasi memandangkan pihak pengurusan memutuskan untuk menutup bekalan elektrik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Menurutnya, purata pendapatan yang diperoleh peniaga ialah RM2,000 malah ada sesetengahnya mencecah RM40,000 sehari.

Melebihi RM1 juta! Itu jumlah kerugian terpaksa ditanggung 486 peniaga di Kompleks Pertama

Marina & Zunar

Anwar & Che Gu Bad

Power Ranges

Aisyah -Penyanyi

A Samad Said

Nik Aziz

Bersih13: Najib 'tak ragu-ragu' panggil PRU


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara kelmarin, yang dikatakan menarik lebih ramai peserta berbanding Bersih 2.0 Julai lalu, tidak akan menimbulkan keraguan untuk memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, biar tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

"Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Umno di sini malam tadi.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasiona (BN) ditanya mengenai kesan perhimpunan Bersih 3.0 , yang diadakan atas alasan mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, ketika penganalisis dan pemerhati mengatakan bahawa PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini.

Bagaimanapun ekoran perhimpunan itu, kini ada yang membuat andaian kemungkinan PRU13 akan dianjakkan sehingga September atau November. Perdana Menteri ada mandat sehingga April 2013.

Dipetik dari laporan Bernama, Najib turut ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini.

Najib berkata, tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.

Najib telah mewujudkan PSC Ogos lalu ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan laporan akhirnya telah dibentangkan di Parlimen awal bulan ini.

Bagaimanapun rasa tidak puas hati masih berterusan.

Sunday, April 29, 2012

Gambar DIJAJA, Blog PR BOHONGI Penyokong Sendiri


Terdapat banyak blog-blog dan FB Pembangkang menunjukkan gambar di atas seperti dalam blog di bawah bagi menggambarkan bilangan sebenar perusuh yang hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0.



Kesiah sungguh kepada penyokong Pembangkang kerana mereka dibohongi oleh juak mereka sendiri.Gambar yang sama itu dijaja dan diulang tayang setiap masa. Walhal gambar itu merupakan satu pembohongan keji yang sungguh memalukan.



Gambar atas cuba di spin seolah-olah mereka dapat takluk Dataran Merdeka. Bila pula mereka dapat masuk Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka dah di seal keliling rapat dengan wire berduri. Mereka tidak dapat masuk Dataran Merdeka.

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

[VIDEO & GAMBAR] Bersih: PEMBOHONGAN KEJI Harakah - Terbalik Kereta Polis Selamatkan Gadis



Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).


HARAKAH menulis: "Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu"


Video Sebenar Kejadian Tersebut, Semua Cerita Harakah Adalah Pembohongan Semata-mata (MESTI SAKSIKAN VIDEO INI BAGI KEBENARAN YANG SEBENAR)


Bila kereta Polis terbabas, Perusuh hancurkan kereta




Anggota Polis diseret, dihentak, dipukul oleh perusuh

Senarai Anggota Polis TERCEDERA Serangan Perusuh Bersih 3.0


Sebelum peserta perhimpunan merempuh dan memasuki dataran merdeka, terdapat beberapa orang pemimpin pembangkang dan NGO, telah memberi ucapan kepada peserta perhimpunan. di Masjid Negara ucapan di sampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Sabu, dan Lim Kit Siang., Datuk Seri Anwar Ibrahim di LRT Masjid Jamek, Dato’ Ambiga Sreenevasan, , ucapan diberikan oleh Azmin Ali di Jalan Tun Perak, manakala di Sogo oleh Dr.Hatta Ramli, Mahfuz Omar, dan Sallehuddin Ayub.

video keganasan perusuh - anggota Polis diseret, dihentak dan cedera parah, kereta diterbalikkan

Selepas ucapan tersebut, peserta perhimpunan telah bertindak agresif dengan membaling pelbagai objek ke arah polis dan merempuh penghadang serta bergerak menghala ke dataran merdeka. pihak polis telah mengambil tindakan dengan melepaskan tembakan air dan gas pemedih mata bagi menghalang kemaraan kumpulan tersebut. kumpulan berkenaan telah bertindak ganas sehingga menyebabkan (11) orang anggota polis tercedera, (9) orang anggota dirawat di Hospital Kuala lumpur (HKL) dan (2) orang anggota dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Mangsa Kejadian Adalah Seperti Berikut:

1. KPL 165534 Mohd Fairuz Bin Zulkifli, Anggota Cawangan Trafik Kuala Lumpur, mengalami kecederaan luka dan calar di badan akibat ditendang dan dipijak oleh peserta perhimpunan. beliau dirawat di hkl.

2. KPL 141269 Abu Bakar Bin Abdul Rahman, anggota IPD Putrajaya, mengalami kecederaan pecah dibibir, bengkak bawah mata kiri dan kesakitan di badan akibat ditumbuk dan dibaling objek sehingga terjatuh daripada motosikal. beliau dirawat di PPUKM.

3. KONST 171506 Azizi Bin Mohd Noh, anggota cawangan trafik bukit aman, mengalami kecederaan di pipi akibat dibaling objek keras dan mendapat rawatan di HKL.

4. L/KPL 152574 Mohd Nasir Bin Abu Mansur, anggota cawangan trafik Kuala Lumpur, mengalami kesakitan badan dan tidak boleh duduk akibat terjatuh motosikal dan dipukul di perut. beliau dirawat di HKL.

5. L/KPL 157576 Datu Mohd Johar Datu Shariman, anggota cawangan trafik Kuala Lumpur, mengalami kecederaan di mata akibat ditumbuk oleh peserta perhimpunan. beliau menerima rawatan sebagai pesakit luar di HKL.

6. KONST 178857 Mohd Nor Firdaus Bin Hj Abu Bakar, anggota IPD Putrajaya, mengalami kecederaan retak tulang lengan kanan dan dirawat di PPUKM.

7. KONST 175128 Mohd Kamil Bin Parimin, anggota IPK Terengganu, menerima 7 jahitan di kepala dan dirawat di HKL.

8. KONST 179689 Zaman Bin Ali, anggota balai Polis Wangsa Maju, mengalami kecederaan patah hidung dan dirawat di HKL.

9. SJN 84797 Shuib Bin Jamaluddin, anggota IPD Kangar, sakit darah tinggi dan dirawat di HKL.

10. L/KPL 124962 Tuan Ruzi Bin Tuan Seng, anggota IPD Machap Johor, kecederaan patah dua batang gigi, koyak di bahagian bibir (7 jahitan di dalam bibir), dan lebam seluruh badan. beliau dirawat di HKL.

11. L/KPL 157813 Amirul Bin Nawri, anggota balai polis Port Dickson, mengalami sesak nafas akibat ditumbuk. beliau dirawat di HKL.


Peserta perhimpunan juga telah merosakkan kenderaan pasukan polis, iaitu (2) buah kereta proton waja, sebuah pacuan empat roda nissan xtrail dan sebuah motosikal. kategori kenderaan tersebut adalah seperti berikut:

1. (1) proton waja KL176, mengalami kerosakan cermin sebelah pemandu pecah dan antena (aerial) belakangnya dipatahkan.

2. (1) proton waja WTJ2974, mengalami kerosakan semua cermin hadapan dan belakang serta tingkap pecah akibat diterbalikkan oleh peserta perhimpunan.

3. (1) nissan xtrail WQW 160, mengalami kerosakan semua cermin tingkap dan cermin hadapan pecah. badan kenderaan kemek.

4. (1) motosikal trafik WSB 723, jenis Honda CBX 750 telah dibakar oleh peserta perhimpunan.


Perhimpunan yang diadakan di dataran merdeka telah berjaya disuraikan oleh pihak polis dan pihak polis masih lagi memantau keadaan dan ketenteraman awam di kawasan tersebut.


T.T
( Mohmad Bin Salleh ) DCP
Ketua Polis
Kuala Lumpur.

(dikeluarkan pada 28 April 2012 jam 2240hr)

[TERKINI] Kesemua tahanan sertai Bersih dibebas


SHAH ALAM - Kesemua lebih 300 peserta perhimpunan Bersih 3.0, termasuk bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari dan Naib Presiden PKR, Tian Chua sudah dibebaskan setakat awal pagi tadi.

Mereka dibebaskan secara berperingkat-peringkat sehingga 5 pagi tadi.

Setakat 2.30 pagi tadi, 100 orang termasuk seorang budak bawah umur masih ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), kata peguam-peguam yang menghulurkan bantuan kepada mereka, menerusi laman mikro Twitter.


Beberapa peguam berada di pekarangan Pulapol untuk membantu tahanan sejak petang semalam, susulan tindakan polis menahan 388 peserta di ibu negara setakat 8 malam tadi.

Dalam mesej yang dikeluarkan sekitar jam 5 pagi tadi, seorang peguam yang menggunakan akaun atas nama pusparos berkata, "semua di Pulapol dah lepas."

Tian Chua pula menulis: "Baru sampai di rumah. Dibebaskan dari Pulapol sekitar 5 pagi manakala tahanan lain dihantar oleh polis ke Perhentian Bas Pekeliling."

Ambiga Akui Gagal Kawal Peserta Demonstrasi


KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mengakui gagal mengawal emosi peserta demonstrasi Bersih 3.0 hingga memaksa polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata.

Sambil melahirkan rasa kecewa, Ambiga bagaimanapun menegaskan tindakan provokasi sebilangan penyokong Bersih hingga bertindak merempuh penghadang polis di Dataran Merdeka bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan pihaknya.

"Tindakan merempuh dan melanggar penghadang polis di Dataran Merdeka bukan sesuatu yang kita sokong.

"Sejak daripada awal kita sudah berjanji untuk tidak melanggar sekatan. Saya percaya akibat daripada itulah pihak polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata," katanya pada sidang media di KL Sentral di sini, Sabtu.


Diminta mengulas mengenai kemungkinan kegagalangannya mengawal emosi peserta demonstrasi akan dijadikan alasan pihak berkuasa untuk menghalang perhimpunan yang sama pada masa akan datang, Ambiga berkata pihak polis perlu menyiasat secara terpeinci mengenai insiden berkenaan.

"Bagi sesiapa yang melanggar sekatan, polis perlu lakukan siasatan penuh dan mereka patut berhadapan dengan tindakan undang-undang. Kami akan beri kerjasama penuh bagi mencari siapakah punca kejadian merempuh penghadang polis.

"Itu bukan sesuatu yang kami galakkan, ia bertentangan dengan apa yang kami nak lakukan...kami tak tahu apa yang buatkan mereka melanggar penghadang.

"Kami cuba lakukan yang terbaik untuk kawal kehadiran penyokong yang ramai."

Ditanya mengenai tindakan peserta demonstrasi melaung sorakan menyokong parti parti politik tertentu khususnya pembangkang, Ambiga sekali lagi mengakui ia merupakan perkara yang sukar dikawal.

"Pada kami kata tak ada laungan anti atau pro parti politik. Kita telah keluarkan garis panduan bahawa tak ada sesiapa boleh laungkan kenyataan anti atau pro mana-mana parti politik.

"Tapi kalau mereka buat, tak ada yang boleh kita lakukan. Kalau saya sendiri dengar, saya akan minta mereka hentikan, tapi malangnya saya tak dengar," katanya.

Saturday, April 28, 2012

terkini [VIDEO GANAS] Polis Terbunuh? Perusuh Histeria Hancurkan Kereta Polis


*UPDATE:BERITA KEMATIAN ANGGOTA POLIS TIDAK BENAR,MANGSA SEBENARNYA PARAH DAN DIMASUKKAN KE DALAM ICU



Khabar memaklumkan seorang anggota Polis yang dibelasah oleh para penyokong Pakatan di depan SOGO petang tadi telah meninggal dunia. Berita ini masih belum disahkan.

Kematian beliau disebabkan oleh kecederaan parah akibat dari dibelasah menggunakan buku lima, batang besi dan juga helmet. Arwah juga diberitakan mengalami kecederaan teruk di muka dan didada.





Sebelum itu, terdapat pelbagai provokasi ke atas Polis dilakukan oleh perusuh seperti video dibawah tetapi tidak dilayan oleh Polis.




Bersih 3.0 berakhir dengan Kekecohan (Motosikal dan Kereta Polis dihancurkan Perusuh)

Peserta dan penyokong cuba bergerak keluar dari kawasan berhampiran selepas polis melepaskan gas pemedih mata sekitar 3.15 petang tadi. 

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang untuk diadakan secara aman berakhir dengan kekecohan apabila segelintir peserta dan penyokong merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, pada jam 3 petang tadi, menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menembak gas pemedih mata.

Rempuhan itu dibuat hanya beberapa minit selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain, termasuk Datuk Ambiga tiba di tengah-tengah lautan penyokong.

Motosikal Polis dirosakkan perusuh
Penyokong Bersih tidak bersurai sepenuhnya dan ada yang dilihat membaling semula bekas gas pemedih mata yang dilepaskan, menyebabkan FRU menggunakan meriam air.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengumumkan penganjur Bersih sedang berunding dengan pihak polis untuk dibenarkan memasuki dataran dan berjanji perhimpunan itu kekal aman.

Namun permintaan Azmin supaya penyokong bertenang sementara menunggu keputusan rundingan, tidak dilayan.

Terdapat penunjuk perasaan ditahan di akhir perhimpunan, namun jumlah sebenar belum diketahui.

Perhimpunan kali ini menyaksikan hampir 80,000 penyokong Bersih berkumpul di jalan raya sekitar Dataran Merdeka bagi menuntut pilihan raya yang adil.

Mengikut kenyataan awal polis, sekitar 25,000 orang berkumpul di ibu negara hari ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dipetik berkata pihaknya menganggarkan lebih 100,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Kereta Polis dihancurkan perusuh
Difahamkan kira-kira 100 orang, yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0, dipercayai ditahan berhampiran kawasan Dataran Merdeka petang ini selepas tidak mematuhi arahan polis dan merempuh sekatan yang didirikan.
Difahamkan sebahagian daripada mereka juga kanak-kanak.

Polis dijadual mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

Bersih membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 2 dan 4 petang. Bagaimanapun usaha itu tidak diluluskan oleh polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kelmarin, polis memperoleh perintah mahkamah mengisytiharkan Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan kepada penganjur Bersih 3.0 dan publik.

Ekoran rempuhan dan kekecohan itu, Anwar dan pemimpin lain dipercayai dibawa ke lokasi selamat sebaik penyokong merempuh pagar.

Perusuh Berucap Ditepi Kereta Polis Yang Dihancurkan

Keadaan Jalan Raya Selepas Rusuhan

TERKINI: 50,000 penyokong Bersih banjiri KL

Sebahagian daripada penyokong Bersih yang berkumpul di kawasan berdekatan
dengan Dataran Merdeka

[TERKINI 1.30 TENGAH HARI] KUALA LUMPUR - Jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka di sini terus meningkat - peningkatan, secara berperingkat-peringkat sejak awal pagi tadi - angka terbaru setakat 1.30 tengah hari tadi menunjukkan sudah mencecah 50,000 orang.

Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 50,000 orang berkumpul di beberapa lokasi - peningkatan daripada 30,000 ketika sekitatr 12 tengah hari tadi.

Penyokong mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza - dari kawasan Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek dengan kebanyakan mengenakan kemeja-T Bersih berwarna kuning.

Berdasarkan maklumat diterima juga menunjukkan, beberapa pemimpin sudah pun menyertai penyokong Bersih, antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidnnya, Tian Chua.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan berada di kawasan Masjid Negara dan akan menunaikan solat sebelum berarak bersma penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka.

Penyokong Bersih berkumpul di kawasan persimpangan ke Dataran Merdeka.
Ekoran peningkatan penyokong Bersih sejak dua jam lalu, polis mula menempatkan pasukan LFU di kawasan Dataran Merdeka untuk menyuraikan mereka yang berkumpul.

Mengikut maklumat sebelum ini, Bersih 3.0 membuat perancangan untuk berhimpun di Dataran Merdeka sekitar 2 petang, tetapi permintaan mereka tidak dibenarkan.

Seorang anggota Unit Amal Pas, dari Pahang, juga dilaporkan ditahan.

Terdahulu, setakat jam 10.15 pagi tadi, jumlah penyokong yang berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja dianggarkan telah mencecah 8,000 orang.

Tinjauan Sinar Harian Online sekitar 5 pagi tadi mendapati hanya sekitar 200 orang berada di kawasan tersebut.

Maklumat yang diperoleh oleh Sinar Harian Online menunjukkan angka peserta Bersih yang berhimpun di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka sudah mencecah 15,000 orang.

HIMPUNAN BERSIH 3.0: PERKEMBANGAN DI KL

Penyokong Bersih dan Anti-Lynas merempuh halangan polis di kawasan KLCC.

Rempuhan itu dikepalai Unit Amal Pas

Perkembangan di ibu negara menjelang perhimpunan Bersih 3.0:


1.48 tengah hari: Anwar sudah bergerak ke Dataran melalui Pasar Seni dari Masjid Negara.

1.45 tengah hari: Kumpulan Besar dijangka 10,000 peserta diketuai oleh Unit Amal Pas ke Dataran.

1.43 tengah hari: Polis membuat sekatan di hadapan bulatan dekat dengan Bank Negara Malaysia.

1.45 tengah hari: Mula berkumpul, melaungkan "Hancur-Hancur", kumpulan besar dari Pasar Seni mula bergerak mulai jalan ke Pudu, seterusnya ke Dataran.

1.30 tengah hari: Di Masjid Negara, kumpulan besar dari Masjid Negara yang diketuai Anwar mula bergerak ke Dataran Merdeka.

1.25 tengah hari: Peserta Bersih menjamu selera di restoran berhampiran Pasar Seni. Dalam beberapa minit lagi kumpulan besar dijangka, lebih 10,000 akan bergerak ke Dataran Merdeka.

1.25 tengah hari: Datuk S. Ambiga berkata mereka akan bergerak dari Pasar Seni ke arah Dataran Merdeka, pada jam 1.45 petang.

1.20 tengah hari: Penyokong barisan hadapan cuba mengangkat pagar besi yang diletak sebagai penghadang. Cubaan merempuh masuk yang pertama.

1.20 tengah hari: Pasukan Unit Amal Pas mula mengawal ketat keselamatan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Masjid Negara.

1.10 tengah hari: Karpal baru sampai di pekarangan bangunan Majlis Peguam.

1.10 tengah hari: Polis sudah bersedia untuk bertindak. Masih menunggu loceng dibunyikan.

1.10 tengah hari: Polis anggarkan hanya 5,000 peserta di kawasan Dataran Merdeka

1 tengah hari: Menurut sumber rempuhan akan dibuat jam 1.30 tengah hari oleh peserta.

12.40 tengah hari: Di kawasan Masjid Negara, kumpulan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba merempuh 'benteng' polis.

12.36 tengah hari: Anwar tiba di kawasan Masjid Negara dan dijangka menunaikan solat Zohor.

12.15 tengah hari: Sekumpulan penyokong Bersih lebih kurang 500 yang diketuai oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, dan mereka akan bergerak ke Dataran Merdeka. Peguam Bersih sedang meminta kebenaran PDRM untuk melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.

12.15 tengah hari: Kira-kira 20 ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat duduk di dalam satu bulatan sambil dikelilingi 50

12.09 tengah hari: Di kawasan Masjid Negara, kelihatan Lim Kit Siang sudah tiba di lokasi

12.05 tengah hari: Arahan daripada pihak Bersih - minta peserta perhimpunan duduk dan menunggu sehingga jam 1.30 petang.

12 tengah hari: Seorang dikenali Azhar, membacakan sajak - "Aku Duduk, Aku Bantah" di atas pentas Pasar Seni

12 tengah hari: Kehadiran YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin di atas pentas Pasar Seni

12.01 tengah hari: Di kawasan Masjid Negara, sebuah trak watercanon melalui kawasan Masjid Negara dan penyokong Bersih bersorak.

12 tengah hari: Di kawasan Masjid Negara, penyokong Bersih mula menyanyikan lagu Negaraku. Keadaan semakin sesak di sini

11.55 pagi: Di kawasan Masjid Negara, kelompok besar dikatakan menunggu ketibaan Datuk seri Anwar Ibrahim jam 12.30 tengah hari.

11.55 pagi: Peserta perhimpunan menyanyikan lagu Negaraku dan masih berhimpunan di hadapan Pasar Seni.

11.55 pagi: Datuk Chua Jui Meng dari PKR turut berada di atas pentas dengan Datuk S Ambiga di Pasar Seni. Zunar Kartunis juga turut serta.

11.55 pagi: Masalah untuk berkomunikasi di lokasi Masjid Negara.

11.55 pagi: Zunar berucap menggunakan pembesar suara dan mengarahkan peserta bergerak ke Dataran Merdeka jam 1.30 petang.

11.45 pagi: Di sekitar Pasar Seni, kira-kira 5,000 orang. Mereka mula berarak dengan diketuai oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi dari Stesen keretapi lama ke Pasar Seni.

11.42 pagi: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tiba di persimpangan Jalan Raja-Jalan Tuanku Abdul Rahman. Azmin Ali duduk di atas bahu jalan menyokong paara peserta. Beri ucapan menggunakan pembesar suara.

11.40 pagi: Di hadapan pejabat Majlis Peguam seramai 100 orang penyokong berkumpul dan berdemo secara aman dengan duduk ditepi jalan berikutan cuaca panas.

11.40 pagi: Anggota FRU telah ditempatkan di Dataran Merdeka

11.35 pagi: Di kawasan Masjid Negara, kelihatan tujuh trak FRU mula bergerak ke arah Dataran Merdeka.

11.35 pagi: Orang ramai dilarang masuk ke Pasar Seni. Mereka diminta keluar dari Pasar Seni kerana pihak pengurusan akan menutup buat sementara waktu.

11.35 pagi: Dalam Komuter dari Klang penuh dan dengan penyokong Bersih sambil melaungkan takbir dan bersorak demi anak cucu

11.30 pagi: Jalan Lebuh Pasar dan Jalan Sultan Hishamuddin lenggang, hanya dipenuhi oleh anggota penguat kuasa terdiri anggota polis dan DBKL ini kerana pihak berkuasa telah menutup jalan lebih jauh daripada Dataran.

11.25 pagi: Sepasangan kekasih dari Petaling Jaya, memakai baju kuning dan penuh dengan lencana bunga kuning. Kehadiran mereka menarik perhatian ramai. Sheren Chin dan kekasihnya dikenali sebagai Zideck tidak tidur semalaman menyiapkan pakaian tersebut. Bunga2 di baju tersebut akan diberikan kepada peserta perhimpunan apabila tiba di Dataran Merdeka.

11.25 pagi: Seramai 70 anggota dan pegawai JPAM yang bertugas di Dataran, maktab dan pusat latihan polis termasuk 6 hotspot perhimpunan bersih di sekitar KL.

11.05 pagi: Azmin Ali bersama peserta Bersih berada di hadapan Sogo. Azmin Ali mula berarak ke Dataran. Beliau berarak ke Dataran melalui Jalan Masjid India..

Hampir 2,000 penyokong bergerak dari KLCC ke Dataran Merdeka selepas

merempuh halangan polis.Mereka melalui jalan P Ramlee.

11.00 pagi: Hampir 2,000 penyokong bergerak dari KLCC ke Dataran Merdeka selepas merempuh halangan polis.

10.40 pagi: Penyokong Bersih mula membuat bantahan dengan duduk di kawasan jalan raya.. Dianggarkan seramai 300 orang.

10.40 pagi: Pusat membeli-belah Sogo telah mula beroperasi, namun hanya pintu utama dibuka, manakala pintu sisi ditutup untuk tujuan keselamatan

10.40 pagi: Di dalam Pasar Seni, masih banyak kedai yang belum dibuka. Peserta perhimpunan turut mengambil peluang berlegar-legar di dalam kerana keadaan berhawa dingin berbanding di luar

10.40 pagi: Di kawasan KLCC, kira-kira 1,500 Penyokong Anti-Lynas di KLCC mula berarak ke Kedutaan Australia melalui Jalan Ampang

10.35 pagi: Ambiga bergerak ke Dataran Merdeka.

10.30 pagi: Kira-kira 20 Unit Amal Pas di sekitar Pasar Seni. Keadaan terkawal dan gerai di sekitar Kasturi Walk yang menjual cenderamata masih ditutup, hanya peniaga air yang mendapat sambutan.

10.22 pagi: Di kawasan Masjid Negara, Unit Amal berucap memberi kata-kata semangat kepada peserta untuk terus bertahan dan bersemangat tinggi mencapai matlamat Bersih 3.0.

10.20 pagi: Masjid Negara, pergerakan mula berlaku, kira-kira 3,000 penyokong Bersih bersiap-siap untuk memulakan perarakan ke dataran

10.15 pagi: Peserta yang turun dari LRT Pasar Seni berjalan kaki beramai-ramai dan menuju ke Petaling Street seterusnya ke arah Masjid Jamek

10.15 pagi: Penyokong Anti-Lynas berpecah kepada dua kumpulan, satu masih di hadapan KLCC-Jalan Ampang, manakala lokasi baru di hadapan KLCC-Simpang empat Jalan Ampang dan Yap Kwan Seng

10.05 pagi: Peniaga air soya di Jalan Petaling diberi jolokan "Bersih Soya" mendapat sambutan dikalangan peserta perhimpunan. Pemilik gerai Kim Soya Bean itu juga melaungkan Bersih 2 dan menjual air soya RM1 sahaja

10.00 pagi: Belon 'Angry Bird' dijual RM20 tarik perhatian. 'Angry Bird' berwarna kuning itu juga ditulis Save Malaysia, Stop lynas

10 pagi: Jumlah terkini penyokong yang berada di betul-betul sebelah Dataran (simpang Jalan TAR dan Jalan Raja), antara 8,000 hingga 10,000. Ini anggaran kasar.

9.55 pagi: Di kawasan Masjid negara, penyokong terus bertambah tapi belum ada pergerakan, semua masih menunggu arahan seterusnya.

9.51 pagi: Di kawasan Petaling Street, peserta perhimpunan berkumpul dan melaungkan Bersih berulang kali. Gerai-gerai di sekitar Petaling Street juga masih belum dibuka.

9.50 pagi: Lebih 500 penyokong Bersih dan Anti-Lynas berhimpun di hadapan KLCC. Polis juga dilihat berkawal di kawasan berhampiran.

9.50 pagi: Peserta perhimpunan bergerak dari Pasar Seni menuju ke Petaling Street. Mereka juga bertindak menukar pakaian dan memaki T -shirt Bersih 3.0.

9.49 pagi: Dianggarkan jumlah terkini yang berada di kawasan persimpangan ke Dataran Merdeka seramai 5,000.

9.40 pagi: Polis memberi kerjasama baik kepada dua wartawan Sinar Harian yang menunggang motosikal untuk membuat liputan di KLCC.

9.40 pagi: Anggota bomba dan unit kecemasan HKL turut ditempatkan berhampiran dengan Dataran, Stadium, Bangun Sultan Abdul Samad dan beberapa kawasan yang lain.

9.45 pagi: Peserta perhimpunan semakin bertambah dan berkumpul di sekitar Pasar Seni.

9.41 pagi: Di kawasan Masjid Negara, penyokong Bersih terus bertambah, sekarang anggaran 1,500 orang. Ramai lagi mula datang dengan pakaian Bersih

9.40 pagi: Penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0 berhimpun di hadapan Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut

9.40 pagi: Helikopter PDRM mula berlegar-legar di lokasi-lokasi Bersih

9.38 pagi: Kelihatan 100 penyokong berkumpul di hadapan Kompleks Pertama.

9.35 pagi: Tindakan penyokong Bersih duduk di jalan raya menghalang ambulans HKL ke lokasi kecemasan

9.40 pagi: Penyokong Bersih menjadikan kawasan berhampiran Dataran sebagai pesta, mereka bergambar sesama sendiri, tidak kurang juga yang menjual lencana Bersih, ada juga yang menelefon rakan lain ajak berkumpul di Dataran.

9.30 pagi: Ketibaan Unit Amal di Dataran Merdeka.

9.30 pagi: Peserta Bersih 3.0 bersorak apabila pasukan Polis Diraja Malaysia melalui jalan di stesen LRT Masjid Jamek. Mereka bersorak dan menunjukkan tanda gembira dengan kehadiran polis.

9.30 pagi: Peserta mula membanjiri perkarangan stesen LRT Masjid Jamek dengan memakai baju yang tertulis 'Bersih 3.0, Duduk Bantah', SAMM, kain yang diikat di tangan dan kepala.

9.30 pagi: Lebih 20 anggota polis bantuan dilihat berada di dalam stesen LRT Masjid Jamek untuk mengawal keadaan.

9.30 pagi: Warga emas dari Kedah semangat datang ke perhimpunan Bersih 3.0 sejak Jumaat lalu dan tidak tidur sehingga hari perhimpunan. Mereka tidur di Masjid Jamek bagi memberi sokongan.

9.30 pagi: Lebih kurang 500 peserta masih duduk di perkarangan stesen LRT Masjid Jamek sebelum menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

9.20 pagi: Penyokong mula duduk di atas jalan raya.

9.15 pagi: Seramai lebih 100 anggota polis 'standby' di hadapan Sogo. Kelihatan beberapa buah bas menghantar polis ke lokasi.

9.20: Penyokong Bersih terus membanjiri kawasan Masjid Negara, jumlah meningkat kepada kira-kira 1,000 orang. Sepasukan 30 orang unit amal turut kelihatan.

9.10 pagi: Penyokong Bersih cuba menghampiri Dataran Merdeka dan berkumpul berhampiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sambit menjerit "Bersih" dan "Reformasi".

9.08 pagi: Kira-kira 300 penyokong Bersih 3.0 sudah membanjiri pekarangan Masjid Negara.

9.05 pagi: Kebanyakan penyokong Bersih, pada masa sekarang, kelihatan kalangan remaja.

9 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan Kompleks Sogo ditutup kepada kenderaan. Polis mula membuat benteng.

8.41 pagi: Menurut mesej Twittter empat bas PDRM sudah mula bergerak ke Stesen Masjid Jamek.

8.40 pagi: Stesen LRT Masjis Jamek terdapat penyokong Bersih dan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan.

8.30 pagi: Dianggarkan lebih 3,000 penyokong Bersih mula berkumpul di luar Dataran Merdeka, di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Raja. Sorakan bermula

7.40pm: Kira-kira dua ribu pegawai polis telah berada di dalam Dataran Merdeka.

6.30 pagi - ratusan polis (mungkin hampir seribu) mula masuk dataran.

6.15 pagi - kira-kira 60 pegawai polis mula berkumpul di jalan depan Bangunan DBKL. Dua bas polis dan tiga trak polis membawa ratusan pegawai tiba di sekitar dataran

5.15 hingga 6.15 pagi - Tiada banyak perkara berlaku. Hanya polis yang sekali sekala memantau kawasan menaiki motosikal dan kereta. Laungan azan Subuh dan bunyi jam menandakan masuk jam 6 pagi, memecah kesunyian.

5.15 pagi - jeritan reformasi kedengaran, datang daripada sekumpulan kecil penyokong.

5 pagi: Tidak lebih 200 penyokong Bersih telah berada di sekitar Dataran, berhampiran bangunan DBKL. Kebanyakan mereka sedang tidur di kaki lima.
Puluhan pegawai polis berada di dalam kawasan dataran yang telah ditutup.

Friday, April 27, 2012

Demo PTPTN: UM dakwa 3 pemimpin SMM

Syahid, Haziq dan Safwan menunjukkan notis prosiding ke atas mereka pada sidang media di Dataran Merdeka, hari ini.

SHAH ALAM - Tiga penuntut Universiti Malaya (UM), yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di ibu negara dua minggu lalu, berhadapan dengan tindakan disiplin di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohamad Safwan Anang, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini menerima notis tindakan disiplin hari ini.

Mohd Syahid, 23, merupakan penuntut tahun akhir jurusan Pendidikan Politik Islam, Safwan, 23, penuntut tahun ketiga Pendidikan Islam dan Haziq, 20, pula pelajar tahun satu Undang-Undang.

Jika ketiga-tiga mereka dikenakan tindakan Auku, penuntut terbabit adalah individu atau kumpulan pertama didakwa di bawah undang-undang itu yang dipinda baru-baru ini. Tetapi ia belum diwartakan.

Ketika mengesahkan perkara itu hari ini, Setiausaha Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin berkata, Haziq, Safwan dan Syahid menerima surat pertuduhan di bawah Auku kerana terlibat dalam demonstrasi PTPTN 14 April lalu.

"Mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 16C Auku, bawah kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii)," kata beliau ketika dihubungi.

Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan memalukan universiti dan memudaratkan ketenteraman awam, katanya.

"Bicara ke atas mereka akan didengar 3 Mei ini," katanya lagi.

Safwan, yang juga Presiden Persatuan Pelajar Islam UM, mengetuai kira-kira 300 mahasiswa mengadakan perarakan dari Kompleks Membeli-belah Sogo ke Dataran Merdeka pada petang 14 April lalu. Sejak itu, sebahagian daripada mereka berkhemah di Dataran Merdeka menuntut agar PTPTN dimansuhkan.

Safwan berkata, "kami amat kecewa. Tindakan yang dibuat Jawatankuasa Tatatertib Pelajar seolah-olah melambangkan mereka kurang cerdik dalam membuat sebarang keputusan."

''Mereka tidak faham apa yang mahasiswa cuba sampaikan mesej. Kami hairan, sepatutnya pihak universiti mengenakan tindakan atas kesalahan mengadakan demonstrasi bukannya kalung bunga,'' ujarnya pada sidang media petang tadi di Dataran Merdeka.

''Isu kalung bunga bukanlah satu isu besar. Tindakan tersebut dilakukan sebagai simbolik protes semata-mata bagi menuntut pemansuhan pinjaman PTPTN.

''Kami tidak mengugat ketenteraman awam dan keganasan. Itu prinsip kami dalam isu ini," katanya.

Menurutnya, ia tidak membawa maksud atau kesan ke atas kepercayaan mana-mana agama.

''Kenapa Najib boleh dikalungkan bunga ketika berada di Batu Caves atau apa-apa acara? Tindakan itu bukan melambangkan meninggal dunia kedua-dua pemimpin berkenaan, sebaliknya apa yang disampaikan adalah mengenai hak mahasiswa yang ‘mati’ kerana pemimpin tidak memberikan komitmen terhadap tuntutan mahasiswa," katanya lagi.

Mereka dikenakan tindakan di bawah Seksyen 16C Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib pelajar-pelajar tahun 1999) dan kesalahan melanggar undang-undang kaedah 3A (i), 3A (ii).

Dalam pada itu, mereka diminta hadir pada 3 Mei ini untuk perbicaraan di Bilik Mesyuarat Hal Ehwal Pelajar, Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya.

Sementara itu, pada jam 8.30 malam ini, mahasiswa akan mengadakan solat hajat di Dataran Merdeka.

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com