iklan nuffnang

pages

Wednesday, February 29, 2012

Badrulamin Khalwat Menipu Dakwa Dipukul, tiada dalam CCTV - Pihak Hotel

NILAH lobi hotel terkenal di Pantai Balok, Kuantan, tempat Dr. Badrulamin didakwa berkhalwat dengan isteri orang.

KUANTAN - Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Solat Hajat Azean Irdawaty Di Tiga Masjid


PETALING JAYA: Solat hajat untuk memohon agar Allah memulihkan kesakitan penyakit pelakon Azean Irdawaty akan diadakan di tiga buah masjid sekitar Ampang, dekat sini pada Khamis malam (malam esok).

Penganjur majlis berkenaan yang enggan disebutkan namanya berkata, solat berkenaan akan dibuat secara serentak selepas solat Maghrib melibatkan Masjid Al-Ridzuan, Hulu Kelang, Masjid Taman Dagang Avenue, Ampang dan Masjid Bukit Antarabangsa.

Kata penganjur tersebut, majlis berkenaan akan turut disertai oleh beberapa selebriti tempatan antaranya Datuk Rahim Razali, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sarimah Ahmad, Memey Suhaiza, Farhan, Den Wahab, Razali Hussein, Sharifah Sahora, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan Ziela Jalil.

“Artis-artis berkenaan akan berada di salah satu daripada tiga masjid tersebut,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Tambahnya, selain para artis, orang ramai juga dijemput untuk menyertai solat hajat tersebut selain digalakkan memberi sumbangan ikhlas masing-masing untuk majlis berkenaan.

Katanya, selain solat hajat, majlis bacaan tahlil akan turut diadakan untuk para artis dan umat Islam yang telah meninggal dunia.

“Apa yang kami buat ini adalah sebagai satu sokongan kami kepada Azean Irdawaty selain untuk para artis yang telah meninggal dunia,” katanya.

Isnin lalu Azean Irdawaty yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun memohon orang ramai dan sahabat handai supaya memberikan “hadiah” hari jadinya dengan mengadakan solat hajat bagi memohon supaya keadaan kesakitan yang dihadapinya pulih.

Azean mendakwa badannya berasa panas, belakang badan sakit dan juga kakinya menjadi kebas kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.

Kenapa Nik Aziz Enggan Menyatukan Ummah?



Pemimpin Perkasa mahu PAS dan Umno bersatu... Tapi mahukah PAS tunduk dengan egonya? lihat sahaja apa yang telah jadi dengan Hasan Ali? tepuk dada tanya selera! Kalau nak seribu daya!
Laporan Sinar Harian menyatakan, pemimpin Perkasa menegaskan bahawa kerjasama politik Pas dan Umno, yang menjadi topik perbincangan sejak pilihan raya umum 2008, sangat penting bagi menjamin kesepaduan dan masa depan orang Melayu.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu ketika ini memang berlaku, tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak bersatu.
“Mengapa Pas boleh bersatu dengan DAP yang jelas tidak memperjuangkan akidah yang sama dalam perjuangan parti tetapi Umno yang memperjuangkan akidah yang sama, Pas tidak mahu bersatu?
“Perbezaan yang wujud bukan untuk berpecah belah tetapi untuk meraikan perbezaan itu,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian bertajuk, Mengapa Undi Melayu Pecah.

Tuesday, February 28, 2012

Rais Arah Konsert Erykah Badu (tatu kalimah Allah) Dibatalkan Serta Merta

Erykah Badu

PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," katanya.


Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.

Konsert 'Erykah Badu Live in KL' itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah "Australasian" di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.

Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta.

Video Badrol Amin Tersebar di Internet


Badrulamin ditangkap berkhalwat dengan isteri orang dan kejadian itu telah menjatuhkan imej ustaz PKR dan parti PKR keseluruhannya.

Di antaranya ialah alasan lawak Badrul Amin yang tidak mahu membuat laporan polis kerana diri beliau yang pemaaf dan bergelar ustaz!

Ahli politik PKR ini sebelum ini terkenal dengan mulut celupar dan kurang ajar semasa berceramah.

Beliau juga didakwa memukul isteri di depan anak sendiri sebelum ini. Inikah yang dipanggil pemaaf?

Yang lebih kelakarnya ialah apabila peguam Badrulamin mahu pihak hotel pula yang membuat laporan polis! Jika benar 'Badrulamin seorang pemaaf', beliau sepatutnya menasihatkan pihak hotel supaya tidak memanjangkan kes dengan membuat laporan polis! Tetapi tidak!



PAS diramal akan KALAH TERUK dalam PRU-13


KEMAMAN – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan Pas akan mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti ekoran terpesong dari matlamat perjuangan sebenar serta hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR semata-mata.

Beliau berkata, sebaliknya DAP dan PKR akan kekal meraih kemenangan besar tidak sebagaimana Pas yang telah hilang keyakinan ahli dan penyokong.

Katanya, dalam konteks di Selangor, apa yang akan pasti berlaku ialah kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili wakil DAP dan PKR akan terus memperolehi majoriti lebih besar.

“Sementara Pas pula akan jatuh merudum kerana ahli dan penyokong sudah hilang keyakinan serta kepercayaan kerana perjuangan untuk menegakkan negara Islam sudah bertukar kepada perjuangan mewujudkan negara berkebajikan.

“Pas dalam Pakaran Rakyat (PR) hanya menjadi kuda tunggangan semata-mata. Apa yang saya cukup pilu dan sedih demi matlamat menuju Putrajaya, Pas sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan menolak Islam,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah anjuran Pekida Kemaman di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, malam semalam.

Bahkan, katanya, Pas juga masih setia bersama PKR sedangkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai rekod akhlak yang teruk selain mengiktiraf dan menyokong Israel.

“Perlukah Pas masih bersama DAP yang secara terang menolak Islam? Perlukah Pas bersekongkol dengan Ketua Umum PKR yang dibelenggu masalah moral? Baru-baru ini juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa haram menyokong atau membuat kenyataan menyokong Israel yang kewujudannya adalah haram.

“Namun, kalau haram kenapa masih mahu bersekongkol bersama mereka (PKR)? Sedarlah wahai Pas,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu, imej Pas kini cukup buruk dan terpaksa menanggung risiko mengalami kekalahan besar dalam PRU13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Pada masa sama, Hasan juga hairan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih berdiam diri walaupun telah memberikan kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kata-katanya yang menyokong Israel atau menyaman The Wall Street Journal.

“Saya percaya kenyataan (Nik Aziz) berkenaan juga adalah hasil dari implikasi saya dipecat,” katanya.

Polis belum terima laporan Badrolamin dipukul (Badrol hanya lapor kepada Blog)


KUANTAN - Polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrolamin Bahron.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata setakat ini tiada sebarang laporan yang dibuat oleh Badrolamin berhubung dakwaan beliau dipukul ketika tangkapan itu.

Polis menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu terbabit yang dibuat Jaip pada 25 Februari lepas, yang dibuat di Balai Polis Beserah di sini pada 10.28 pagi, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada polis ada menerima laporan daripada Badrolamin, yang dilapor media sebagai mendakwa dipukul sekumpulan 20 lelaki yang menyerbu bilik hotelnya sebelum ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang.

Mengulas lanjut, Mohd Jasmani berkata polis akan melakukan siasatan berdasarkan laporan yang diterima.

Mawi & Ekin Dapat Anak Perempuan


PETALING JAYA: Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.

Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.

Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.

"Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).

"Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat," kata Nasir yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Sementara itu, Nasir berkata, pasangan itu enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini.

Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut.

Terdahulu, Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran 'orang ketiga' tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.

Monday, February 27, 2012

Isu Khalwat Badrulamin: Kerajaan Selangor Tidak Akan Terlibat - MB

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrulamin Bahron tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini Isnin untuk memberi keterangan berhubung kes khalwat yang membabitkan isteri orang. Badrulamin ditemani isterinya,

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan terlibat dalam isu khalwat yang mempunyai kaitan dengan ketua penerangannya, Datuk Dr Badrulamin Bahron.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia terpulang kepada pihak berkuasa agama di Kuantan untuk menyelesaikan perkara itu.

“Kami tidak akan terlibat dalam perkara ini dan tidak mahu sebarang penjelasan daripada Dr Badrulamin,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Sekolah Monfort Boys Town di sini, Isnin.

Projek Lynas Selamat - Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat


1) Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina.

2) Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.

3) Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.

4) 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.

5) China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.

6) Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.

7) Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah.

8) Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda.

9) Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat.

10) Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.


11) Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi.

12) Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.

13) Lynas juga telah bersepakat dengan lain syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.

14) Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.

15) Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

16) Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.

17) Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.

18) Pakar-pakar iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

19) Semua ahli panel yang dilantik ini mempunyai kepakaran khusus dalam perlindungan sinaran, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan tindakan pembaikkan.

20) Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.

21) Tahukah kita bahawa Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang merupakan negara lebih miskin dari Malaysia telah pun merancang untuk memulakan projek ini dimana mereka bakal mengendalikan loji nuklear sendiri menjelang 2020.

22) Bahan mentah yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah bahan 'Tin Mining Tailings' yang mana mana ianya berbeza dengan yang digunakan oleh Lynas. Di mana 'Tin Mining Tailings' ianya 50 kali lebih tinggi tahap radiasinya.

24) Rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi.

25) Para pekerja di loji ini hanya menerima 10% radiasi tambahan sebagaimana diterima dalam kehidupan harian para juru x-ray perubatan dan pergigian.

Berdasarkan penerangan ringkas ini, maka wajarlah kita mempercayai bahawa individu dari kalangan kita tahap radiasinya lebih tinggi berbanding loji yang bakal dibina di Gebeng. Malah kawasan persekitaran ofis Fuziah Salleh juga saya difahamkan mengandungi tahap radiasi yang tinggi.

Dua orang dari pihak pembangkang yang mana seorangnya merupakan pakar radioaktif menyatakan projek Lynas adalah selamat. Siapa Fauziah Salleh untuk kita dengar cakap dia? Pakar atom? Pakar bom? Pakar nuklear? atau pun pakar memburukkan kerajaan?

Sunday, February 26, 2012

BERDOSA Sokong PAS - Tok Guru Abdullah Sa‘amah, Pengasas Pondok Geting, Tumpat


MINGGUAN: Bagaimana ustaz melihat Pas sekarang?

ABDULLAH: Saya melihat Pas akhir-akhir ini bertambah menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. Sedangkan dari awal lagi agama Islam mesti dikemudi oleh Ahli Sunnah Waljamaah.

Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Pas antaranya menuduh Tuhan samseng, Tuhan mencarut dan sebagainya. Paling teruk, Pas yang dulu kata pakat dengan orang kafir, jadi kafir, kini menjadi jaguh, mewajibkan orang Islam pakat dengan orang kafir. Pas tolong DAP duduk di depan (sampai sumbangan dalam masjid). Dengan pertolongan Pas, kalau DAP dapat majoriti, kita tahu belaka (apa akan jadi kepada orang Islam dan Melayu). Maknanya, Pas terima dan reda DAP jadi Perdana Menteri. Semua ini menyalahi al-Quran dan hadis.

Ada ahli Pas yang sembahyang hajat minta pecah perut Perdana Menteri. Memang Pas sudah rosak.

Pas juga jaguh pecah-belah. Ia sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah-belah orang Islam dan Islam. Ini sangat bahaya khususnya dalam keadaan orang Islam terumbang-ambing manakala orang lain bertambah-tambah kuat.


Sekarang ini Pas sokong orang yang hendak membela Israel. Allahu Akhbar! Sebab itulah saya cakap berdosa kita sokong Pas hari ini.

Berdosa kerana pertama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menguasai Pas sebagai Mursyidul Am, mengajar orang akidah samseng, maka ini haram. Pas sekarang ini jaguh ‘akidah taksim’, ‘akidah tasbih’ dan syariat ‘alla mazhab’, ‘alla kitab’, ‘alla ulama’ dan ini adalah sesat.

Pas juga menyokong orang yang berfahaman pluralisme. Sedangkan tidak ada kelebihan Islam dan orang Islam dalam pluralisme dan liberalisme. Tidak ada dah negara Islam.

Jadi wajib kita menolak puak-puak tali barut DAP (yang menentang Islam ini) supaya orang Islam terus kuat.

Bagaimana Ustaz melihat alasan Pas bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk menang PRU13?

ABDULLAH: Kalau kerjasama Pas dengan DAP dan PKR, menolong Pas duduk depan seperti UMNO, saya boleh terima.

Kalau Pas duduk depan maknanya majoriti kerusi Parlimen dalam tangan Pas dan Pas yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti UMNO. Tetapi, kita tengok selepas pilihan raya umum lalu, nampaknya wakil rakyat DAP bertambah-tambah sedangkan wakil rakyat Pas semakin berkurang.


Maksud ustaz kerjasama Pas dengan DAP dan PKR ini lebih menguntungkan orang bukan Islam?

ABDULLAH: Ya, lebih menguntungkan orang bukan Islam dan menghancurkan orang Islam, bukan setakat tak untung, hancur, hancur lebur kita.


Nik Aziz pernah kata sedia menerima Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu asalkan Islam?

ABDULLAH: Kalau Islam walaupun bukan Melayu saya pun terima. Tetapi, adakah DAP Islam? Anwar Ibrahim pula Islam apa? Dengan perangai dia, masalah undang-undang dan isu Israel? Bagi saya, Anwar sudah rosak Islam. Dari segi Islam, tak layak jadi pemimpin. Fahaman pluralisme yang disokongnya juga akan menghancurkan Islam.

Kenapa agaknya pemimpin Pas terus memberi sokongan kepada Anwar?

ABDULLAH: Inilah masalah Pas. Mengikut hukum syariat wajib Pas keluar daripada pakatan. Tetapi Nik Aziz pandai kacau, loyar buruk, dia ratib konon UMNO perjuangkan kebangsaan, UMNO tolak Islam.

Kalau Pas tak bersatu dengan UMNO pun, Pas kena undur daripada pakatan. Wajib dari segi agama, ketua parti Pas ini bawa Pas keluar daripada pakatan.

Memandangkan Pas menuduh UMNO memperjuangkan nasionalisme dan bukan Islam, adakah kemungkinan Pas bersatu dengan UMNO?

ABDULLAH: Itu adalah penipuan kepada orang jahil, perjuangan nasionalis ini terbahagi kepada dua. Kalau hanya tertumpu semata-mata semangat nasionalis tak terdidik kepada Islam dan hak orang Islam, itu memang tak boleh sungguh. Nasionalis yang begitu tak boleh, sedangkan UMNO bukan macam itu. Kita dengan Cina, kita 80 (peratus) dia 20 (peratus), hak kita 80 pun kita kikis bagi dia banyak. Lagi pun UMNO memajukan seluruh rakyat memberi hak kepada seluruh rakyat dan UMNO menjaga Islam, bukan menjaga kezaliman. Jadi nasionalis seperti itu Nabi pun suruh, ‘bermula dengan ketua negara Islam itu mesti berbangsa Quraisy.’ Kalau bangsa Quraisy ini dia jaga Islam, kepentingan orang Islam. Ijmak ulama mesti lantik ketua negara Islam ini dari kalangan orang Islam untuk jaga Islam dan orang Islam. Ini bukan soal nasionalisme yang tidak dibolehkan. Ini nasionalis yang terpuji. Maka UMNO melakukan sifat kebangsaan yang terpuji, cuma penipuan Nik Aziz dan orang Pas sahaja salah. Yang sebenarnya dia itu yang berdosa, dia tolong kaum dia walau pun zalim, PR (Pakatan rakyat) dia tolong walaupun hancurkan orang Islam.

Bagaimana pula dengan perubahan dasar Pas daripada Membangun Bersama Islam, Kepimpinan Ulama dan sekarang negara berkebajikan?

ABDULLAH: Pada pandangan saya perubahan itu berlaku kerana tamak dan haloba, semata-mata nak ke Putrajaya. Pas seolah-olah tak sedarkan diri, lupa agama, bangsa, al-Quran dan hadis.

Ramai ahli Pas masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang menyatakan menentang UMNO bukan kerana ia UMNO tetapi kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan jahiliah?


ABDULLAH: Dasar UMNO bulat, mempertahankan Islam, jaga orang Islam, kebaikan semua rakyat, bukan untuk orang Melayu sahaja. UMNO adalah perjuangan Islam, cuma tak disebut al-Quran dan hadis sahaja.

Dasar Persekutuan itu dasar antara kaum. Kalau UMNO tak memerintah dengan dasar ini, adakah orang Cina boleh bangkit? Orang India boleh bangkit? Atau orang putih (Inggeris) sanggup tolong?

Berbanding UMNO, Pas meletakkan ciri-ciri Islam dalam perkataan. Selain nama parti itu, konsep Pas iaitu Bertani Satu Ibadat nampak dekat dengan agama berbanding konsep kerajaan, Bertani Satu Perniagaan?

ABDULLAH: Nama parti Islam, tak jadi soal. Lagipun, nama UMNO dibawa kepada orang Inggeris, ketika hendak membincangkan kemerdekaan negara. Kalau orang Inggeris dengar nama parti Islam, tentu awal-awal lagi kata tak boleh. Saya lihat ini adalah helah politik darurat. Pengisian UMNO adalah lebih baik daripada Pas kerana ia mengikut ajaran Ahli Sunah Waljamaah.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mahu wakil rakyat parti itu berbaiah. Apa komen ustaz?


ABDULLAH: Baiah ini dia tiru Rasulullah yang menyatukan antara orang Ansar dan Khazrij yang menyata setia dan sokong Nabi kerana Allah. Allah sebut dalam al-Quran, “Kalau kamu taat kepada Rasul, seolah-olah kamu taat kepada Allah.” Menunjukkan betulnya hubungan Rasul itu dengan Tuhan.


Adapun kita taat kepada Nik Aziz dan Abdul Hadi, maknanya taat kepada Guan Eng. Demo (mereka) kata Guan Eng, Umar Abdul Aziz, itu adalah satu penipuan politik kotor.

Jadi, baiah Pas ini sebenarnya mengikut pendapat dan pengajian saya, haram kerana nak tipu rakyat.

Macam di Kedah, kerajaan negeri nak roboh madrasah sedangkan kuil, gereja baru dibenarkan naik belana-lana. Kenapa madrasah yang berusia beratus tahun hendak diruntuhkan, dibuat gedung perniagaan Cina? Maknanya nak tolong Cina, nak tolong DAP kerana sakit hati pada UMNO. Ini orang panggil bodohlah, sakit hati yang merugikan Islam, merugikan orang Islam.


Sejak dulu, Pas membenarkan ahli dan penyokongnya menerima apa sahaja bantuan UMNO tetapi apabila mengundi, pangkah Pas, apa pandangan ustaz?

ABDULLAH: Nampak sangat Pas ini parti ajaran sesat.

UMNO tolong kita, pondok dia tolong, sekolah dia tolong, budak sekolah dia tolong, ibu bapa pelajar dia tolong. Jadi, bagaimana orang yang baik ini, kita nak ambil pertolongan dia tetapi tak sokong dia?

Ini tak logik, ini betul-betul sifir Israel.

Macam mana perjalanan politik Islam yang sepatutnya?


ABDULLAH: Politik Islam ada dua. Secara ringkas, satu politik Islam yang dalam keadaan tidak ada darurat macam Rasulullah suruh dapat kemenangan; kedua, politik Islam dalam keadaan darurat serupa kita hari ini, begitu juga waktu Nabi di Mekah, itu dalam keadaan lemah dan darurat sehingga sahabat Nabi ada yang dibakar. Ada sahabat yang bertanya macam mana dan Rasulullah bertanya, adakah mereka reda dan mereka jawab tidak, tapi tak tahan dengan seksaan dan sebagainya.

Keadaan kita umat Islam sekarang macam itulah, dalam keadaan lemah.

Ada antara politik Islam hari ini, Islam juga tapi kita ambil yang secara darurat, ini terpaksa.

Kita kena faham politik darurat. Serupa kita sembahyang, bila kita solat fardu wajib berdiri selagi kita sihat, tapi bila kita sakit dibolehkan tidur (baring), tidur itu adalah kelakuan darurat kerana sakit, bukan asal suruh sembahyang dengan tidur. Serupa kita solat atas perahu, perahu bergerak kalau kita solat berdiri kita boleh jatuh dan mati maka kita boleh duduk. Begitu juga dengan politik, kita kena laksana hukum hudud tetapi bila dalam keadaan darurat banyak yang perlu diambil kira.

Apa nasihat ustaz kepada rakyat Malaysia menjelang PRU13 ini?

ABDULLAH: Saya menasihatkan rakyat Malaysia khususnya orang Islam Melayu supaya sedar. Marilah bersatu dengan memberi sokongan kepada UMNO dan BN kerana Cina dia duduk belakang, dia tidak duduk depan, dia tolong kita, lebih 54 sudah kita duduk depan.

Ringkasnya ini termasuk dalam pakatan darurat terpaksa kerana nak mengaman dan menstabilkan politik, kerana tak nak orang Islam dan orang Melayu hancur, dan hak-hak orang Islam terjamin molek dan orang bukan Islam juga boleh duduk dengan aman sentosa.

Jadi, marilah semua rakyat Malaysia khususnya orang Islam dan Melayu buang pakatan, buanglah Nik Aziz, buanglah Pas.


Ustaz bersedia menerima kritikan dan hentaman daripada Pas berikutan pendirian Ustaz ini?

ABDULLAH: Saya sedia menerima 24 jam, kalau nak kritik pun tak apa, kalau main macam ini kena bersikap lelaki, rijal. Tetapi, Pas juga kenalah terima kritikan saya, termasuk yang pedas-pedas. Kita kena tolong agama dan negara kita,

Ahli Parlimen PAS Dr.Che Rosli: Saya tak sokong bantahan Lynas


KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat berkata akan akur dengan sebarang tindakan parti Islam itu sambil menegaskan, beliau hanya muncul di TV3 atas kapasiti peribadinya sebagai seorang saintis.

Menjawab pendirian kontroversi mengenai loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dan desakan agar dikenakan tindakan disiplin, Che Rosli berkata, beliau sebenarnya telah memaklumkan saluran swasta itu bahawa tidak akan hadir sebagai wakil PAS, sebaliknya selaku seorang pakar dalam bidang sains nuklear.

Che Rosli mengetepikan kritikan banyak pihak dengan berkata, “seperti Dr Ahmad Termizi Ramli (Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan), saya muncul di TV3 sebagai saintis. Itu sahaja.”

“Saya memberitahu wartawan TV3 bahawa saya perlu mendapatkan kebenaran presiden parti, tetapi oleh kerana wartawan Karam Singh Walia telah menelefon saya dua tiga kali, saya pun kata bahawa saya hanya akan hadir atas kapasiti sebagai seorang saintis,” kata bekas pensyarah sains nuklear kepada The Malaysian Insider.

Malangnya tegas Che Rosli, beliau telah diatribut sebagai wakil PAS — “Ahli Parlimen PAS” sehingga membawa kepada kontroversi sekarang.

“Bila saya disebutkan sebagai Ahli Parlimen PAS, maka ia menjadi kontroversi,” kata beliau.

“Saya hanya pergi sebagai seorang saintis, saya tidak bertindak bertentangan dengan parti, saya juga tidak menyokong Lynas,” katanya dengan merujuk kepada pandangannya bahawa hanya memberikan cadangan bagaimana sisa buangan loji Lynas boleh diuruskan.

“Sekarang sudah jadi isu kontroversi,” kata beliau yang bersedia untuk bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Saya akan bertemu dengan presiden parti, tetapi kalau nak saya beri penjelasan... boleh, tiada masalah, sila hantar surat secara formal, melalui surat berdaftar... saya akan pergi, sekarang saya baru dengar melalui akhbar, belum ada surat rasmi,” kata wakil rakyat ini sambil menambah, “saya dengar akan dikenakan tindakan kerana melanggar disiplin, katanya nak panggil saya beri penjelasan.”


The Malaysian Insider difahamkan beliau akan dipanggil ke ibu pejabat parti pada minggu kedua bulan depan.

Dalam satu kenyataan Mac lalu, Che Rosli pernah berkata, negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah dengan mendahului kerajaan persekutuan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui ini demi masa depan rakyat dan lestari alam.

Katanya, jika sisa-sisa buangan ini dijana dengan betul satu penghasilan tenaga baru akan meningkat.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider, partinya akan memanggil Che Rosli, yang dilaporkan menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun pucuk pimpinan tidak menganggap kenyataan wakil rakyat itu sebagai satu tindakan melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan pendirian PAS.

“Kami akan minta YB Che Rosli agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti,” kata Tuan Ibrahim sambil menambah, “setakat ini apa yang dikatakan oleh beliau tidak boleh dianggap sebagai isu disiplin.”

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan telah memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.

Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

“Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri,” katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh mengatakan Dr Ahmad Termizi dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli didakwa bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Fuziah berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.

Badrul Amin dipanggil Beri Keterangan Kepada JAIP esok


KUANTAN 26 Feb. — pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Amin akan dipanggil semula ke pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan khalwat terhadapnya dengan seorang wanita yang sudah bersuami di sebuah hotel di sini, semalam.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz berkata, pemimpin itu bersama wanita berkenaan perlu tampil memberi keterangan dalam proses siasatan terhadap kes tersebut.

Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Katanya, kertas hasil siasatan tersebut akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Kejadian khalwat itu dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi semalam di bilik sebuah hotel di Balok di sini.

Hanya 5,000 hadir Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan


KUANTAN 26 Feb. - Himpunan Hijau 2.0 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 (MPK4) di sini berakhir pada pukul 11.30 pagi iaitu setengah jam lebih awal dari tempoh masa diberikan oleh polis sebelum ini.

Perhimpunan bagi membantah kilang memproses nadir bumi Lynas itu berakhir sebaik sahaja Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 5,000 orang.

Turut hadir Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; dan Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub.


Terdahulu, selepas 15 minit berlangsung, himpunan Hijau hanya disertai kira-kira 5,000 orang, jauh meleset berbanding sasaran awal 20,000 orang oleh pihak penganjur.

Sebelum itu, para peserta mengambil kesempatan berkumpul di beberapa lokasi sebelum berarak ke tempat himpunan di Padang MPK 4.

Zaid Ibrahim digulingkan dan Zamil dilantik Ketua Baru Parti KITA



Sekumpulan ahli Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang mendakwa mewakili sebahagian besar ahli parti itu, telah 'mengguling' Datuk Zaid Ibrahim sebagai presiden KITA dalam satu mesyuarat tergempar pagi ini.

NONEZamil Ibrahim (kanan), yang sebelum ini dipecat oleh Zaid, telah
dinamakan sebagai 'ketua' baru parti itu dalam mesyuarat tersebut yang diadakan di Kota Baru.

Beliau memberitahu Malaysiakinibahawa 'kepimpinan' baru akan berjumpa dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu depan untuk mengesahkan kesahihannya dalam parti.

Parti berusia satu tahun itu, yang ditukar oleh Zaid dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), terbabit dalam perebutan kuasa selepas beliau membuat keputusan mengejut bulan lepas untuk membubarkan parti itu.

Keputusan itu menyebabkan kepimpinan parti itu di beberapa buah negeri memberontak terhadap Zaid, dan mendesak beliau meletak jawatan dan jangan mengganggu parti itu.

Sekretariat parti 'dikawal' oleh Zaid


Kumpulan serpihan itu, yang diterajui oleh Zamil yang merupakan ketua KITA Kedah sebelum dipecat oleh Zaid, membuat laporan polis di Kota Baru semalam, mendakwa pemimpin-pemimpinnya telah melanggar perlembagaan parti.

Beliau menuduh Zaid sengaja menyembunyikan berita bahawa ibupejabat parti itu telah menerima surat tunjuk sebab dari ROS berhubung keputusannya untuk membubarkan parti itu, selepas dia gagal melaksanakan keputusannya melalui jawatankuasa eksekutif pusat parti.

Zamil mendakwa pelantikan beliau itu, yang telah diumumkan oleh ketua KITA Kelantan yang juga anak kepada pengasas Akim, mendapat sokongan dari banyak pemimpin negeri.

"Kami akan menyerahkan kepada ROS (untuk menentukan sama ada mesyuarat berkenaan mengikut perlembagaan parti)," katanya apabila ditanya mengenai kesahihan mesyuarat itu dan pelantikannya.

Zamil menjelaskan kumpulan yang memberontak itu tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil mesyuarat tergempar kerana permintaan mereka supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, tidak dihiraukan oleh kepimpinan pusat, yang didakwanya dikawal oleh Zaid.

Ahli perniagaan yang berusia 45 tahun itu adalah ahli exco Pemuda PKR dan pembantu kepada seorang ahli Parlimen PKR sebelum beliau menyertai KITA.

Saturday, February 25, 2012

KEMASKINI: Dr Badrul Amin kena cekup khalwat dengan bini orang


Berita Badrul Amin, PKR dicekup berkhalwat telah tersebar dalam media online dan berita ini turut dilaporkan dalam media pro pembangkang iaitu The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Badrol Amin dikatakan telah kelam kabut dan mengambil langkah mengirimkan SMS kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatkan diri.

Berikut SMS yang dihantar oleh Badrol Amin kepada beberapa ahli PKR :
"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"
Bagaimana agaknya kes ini akan cuba ditutup oleh PKR. Adakah alasan Badrul memberi ceramah agama one-on-one dengan seorang wanita dalam bilik hotel? Ye, pada pukul 3 pagi?

Pemimpin PKR dikatakan memang pakar dalam memutar belitkan fakta. Jika video Anwar yang secara jelas dan nyatapun masih boleh diputarbelit, inikan pula tanpa video.

Badrul Amin Kena Cekup Khalwat Dengan Bini Orang

Di celah puak pembangkang berkampong di Kuantan untuk menyertai Himpunan Hijau membantah kilang Lynas pagi Ahad,rupanya ada juga yang sibuk dengan 'urusan' lain.

Suasana menjelang himpunan itu petang Sabtu dikejutkan dengan kisah orang kanan dalam kepimpinan PKR Selangor dan juga seorang penceramah, Dr Badrul Amin Baharom kena cekup khalwat dengan isteri orang bernama Zatiwani yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej komuniti Rompin.

Beliau dikatakan dicekup oleh suami wanita itu sendiri ketika berdua-duan di sebuah Swiss Garden Kuantan, dibilik bernombor 8365 di Balok,tak jauh dari Kuantan pada jam 3 pagi Sabtu.

Apabila penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang tiba kemudiannya, kedua-dua Badrul Amin dan Zatiwani telah lengkap berpakaian. Ketika kejadian berlaku pada pukul 3:00 pagi, Zatiwani turut membawa seorang anaknya yang masih kecil.
Suami wanita itu telah membuat aduan mengenai hal itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Suami wanita tersebut bernama Fazli Pungut.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dibuat.

Dr Badrul yang berasal dari Sabah baru-baru ini mencetuskan kontroversi bila dalam ceramahnya mengambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim macam Imam Mahadi.

Beliau pernah bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam,Selangor atas tiket PKR namun tewas.

Dr Badrul sebelum ini dikenal sebagai seorang penceramah agama.

Orang Asli Menang Mercedes Bens E200


25 FEB. 2012: Sapiah Aping, 45, menunjukkan isyarat bagus ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz E200 yang dimenanginya hasil cabutan hadiah utama bulan Januari, Sijil Simpanan Premium (SSP), di Seremban, Negeri Sembilan. Sapiah merupakan Orang Asli pertama memenangi cabutan SSP. 

PAS - PKR Bergolak: PAS mahu bertanding di kerusi PKR


PAS telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi yang gagal dimenangi PKR dalam pilihan raya umum lepas.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man berkata parti itu sedang 'mengintai' beberapa kerusi berkenaan, untuk mencuba nasibnya dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, hasrat tersebut telah disampaikan kepada kepimpinan tertinggi parti itu, yang dijangka membuat keputusan mengenainya tidak lama lagi.

"Kami hanya mensasarkan kerusi yang kita berpotensi terbaik untuk menang, dan ianya kebetulan di kawasan yang gagal dimenangi PKR sebelum ini," kata Salleh kepada Malaysiakini.

Beliau berharap pihaknya akan diberi peluang untuk membuktikan kekuatan mereka di kawasan berkenaan.

Diana kaya kerana emas


RAMAI yang menyangka sejak melahirkan anak sulung, Kashfi Haiqal, pada 29 Oktober 2010, pelakon Diana Rafar sudah tidak aktif berlakon.

Sebenarnya, pelakon utama filem Susuk itu masih meneruskan kerjaya sebagai pelakon yang diladeni sejak 1988.

Kata Diana atau Adiana Abdul Rafar, 30, sejak ada anak, kegiatannya sebagai pelakon agak terbatas kerana dia perlu mengutamakan keluarga.

“Diana tidak boleh tinggalkan anak lama sebab masih menyusu badan. Kalau ada tawaran berlakon yang waktu penggambarannya singkat, pasti Diana terima.

“Lainlah kalau ada produksi yang boleh bertolak ansur, sudah pasti Diana terima tawaran itu. Bagi Diana, sekarang ini keluarga lebih utama. Kalau tidak berlakon, Diana tetap sibuk menguruskan spa dan memenuhi undangan persembahan nyanyian bersama kakak, Linda Rafar,” katanya ketika ditemui di D'Lugano Spa, Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini.

Menurut anak bongsu dari enam beradik itu, dia tidak menyesal menolak banyak tawaran kerana telah menemui satu bidang baru yang lebih menguntungkan, iaitu menjadi ejen menjual kepingan emas.

Sebagai ejen menjual kepingan emas 999.9 dengan syarikat pembekal Serambi Emas, Diana memberitahu, dia tidak memerlukan masa yang lama di sesuatu tempat memandangkan pekerjaan itu mampu mendatangkan hasil yang lumayan.

“Kalau berlakon, Diana kena tinggalkan anak di rumah. Bila buat jualan emas begini, boleh bawa anak bersama. Adalah menjadi hasrat Diana untuk berkongsi rezeki ini dengan orang lain kerana perniagaan ini sudah lama beroperasi, cuma orang kita sahaja yang tidak sedar,” katanya bersungguh-sungguh.

Menurut Diana, sudah dua tahun dia menjadi ejen menjual kepingan emas dan pulangan yang diperoleh amat lumayan sehinggakan sekarang ini menjadi terlalu memilih untuk berlakon.

“Sekarang Diana sudah temui satu bidang baru yang memberi pendapatan berlipat ganda daripada berlakon. Jadi buat masa sekarang, Diana tumpukan perhatian pada perniagaan emas ini.

“Dulu memang Diana kena cari pelanggan dan menerangkan apa kelebihan kalau kita membeli emas. Alhamdulillah, sekarang ini ramai yang mencari Diana pula untuk menceburi bidang ini,” katanya.

Menurut Diana, dia ingin mengubah pendirian masyarakat Melayu agar tidak menjadikan emas sekadar hiasan diri semata-mata tetapi sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Harga emas sentiasa naik mengikut pasaran semasa dan emas yang dibeli itu boleh disimpan sendiri atau di bank melalui sistem Ar-Rahnu.

“Kalau emas itu disimpan di rumah, pembeli tidak akan mendapat sebarang keuntungan melainkan kena jual emas itu.

“Di Serambi Emas pelanggan boleh membeli melalui sistem Ar-Rahnu di mana mereka boleh membayar 35 peratus daripada nilai sebenar dan bakinya akan dibiayai Ar-Rahnu,” terangnya lancar.

Tambah Diana, selepas membayar secara ansuran kepada Ar-Rahnu, emas berkenaan akan menjadi hak milik pembeli dan mereka yang terbabit dengan perniagaan emas dengan Serambi Emas pada masa sama dapat menjana pendapatan sampingan.

Katanya, perniagaan emas yang dilakukannya bukanlah sistem jualan langsung tapi sebagai persediaan masa depan dan sesiapa yang berminat boleh menghubunginya di talian 014-7104039 atau 014-7104029.

Malah, dia sanggup turun padang untuk memberi penerangan pada sesiapa yang ingin menambah pendapatan dengan cara ini.

Lantaran seronok mengendalikan perniagaan jual beli emas itu, kini Diana menjadi seorang pemilih dalam bidang lakonan.

“Bukan Diana nak berhenti berlakon, cuma kurangkan sedikit. Lagipun sudah lama Diana berlakon, sekarang ini masanya untuk tumpu pada keluarga.

“Disebabkan anak masih menyusu badan, Diana tidak boleh terima tawaran berlakon yang lama sebab kasihan pada anak. Lainlah kalau watak yang diberi benar-benar menarik perhatian, Diana akan fikir dua kali,” katanya tersenyum.

Azizan: Saya ada hak lantik Exco tanpa rujuk Presiden parti


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Azizan berkata, beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.

"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidang kuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.

"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita malam ini.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua Exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.

"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana.

Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul," katanya.

Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Dua Exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Kedua-dua Exco tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.

Majlis pelantikan anggota Exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar

ARTIKEL MUBALIGH KRISTIAN DALAM HARAKAH - PAS DIPERBODOHKAN



Satu isu yang cuba ditutup oleh Harakah baru-baru ini tetapi terbongkar kembali! MiM sendiri terkejut dengan pendedahan ini!

Isunya ialah mengenai artikel yang ditulis oleh Thomas Lee Seng Hock, mubaligh Kristian. Artikel tersebut di dalam bahasa Inggeris disiarkan di dalam blog Lim Kit Siang DAP dan MalaysiaKini.

Artikelnya panjang dan yang lebih meragukan ialah mubaligh kristian ini cuba 'mengajar' orang Islam pula. Seolah-olah mubaligh Kristian itu 'lebih Islam' daripada orang Islam. Sungguh menyakitkan hati ini!

Tetapi yang lebih mengejutkan ialah kenyataan beliau yang menghina pemimpin-pemimpin PAS. Kata mudah, pemimpin PAS bodoh walau pun ada yang berpelajaran tinggi kerana menekankan perkara-perkara remeh yang tidak berkaitan dan tiada substance.

Mubaligh Kristian itu menganggap 'menyerbu' atau 'witch-hunting' gereja-gereja 'mencari murtad' adalah salah satu perkara remeh, irrelevant of non substance!

Di antara artikel kurang ajar mubaligh tersebut
 :
The problem is not the PAS Islamic agenda per se, but the stupidity of its leaders, who are not too intelligent, let alone intellectual.

Despite so many of them having purported doctorate degrees, they are going about promoting their PAS Islamic ideology the wrong way, by stressing and emphazing on petty irrelevant matters of non substance such as protesting against concerts by foreign artistes, moral policing of personal behaviour, banning fo Valentine celebration, objection to even healthy entertainment joints like cinemas, enforcing dress code on the women folks, and going on witch-hunting at Christian churches for so-called apostates, etc. 

In the process of such silly and senseless practices, they frighten off the non-Muslims and brought about a lot of ill-wills and caused a lot of anger among the non-Muslims more
Artikel di atas sudah tentu menghina memalukan pemimpin PAS. Tetapi yang lebih penting, beberapa pendekatan Islamik diremehkan begitu sahaja oleh mubaligh tersebut.

Dan penghinaan ini disiarkan di dalam portal pro-pembangkang kaki putar belit, MalaysiaKini.

Malah, Lim Kit Siang, veteran DAP yang menjadi sahabat sekatil PAS turut membiarkan artikel 'penghinaan sadis terhadap pemimpin PAS' itu disiarkan di dalam blog rasmi beliau! Lihat di bawah :


Yang memualkan ialah mubaligh Kristian itu sempat juga menyelit nama Lim Guan Eng dan DAP sebagai saviour di antara agama di negara ini. Mungkin kerana mahu mengampu Guan Eng sebab mubaligh itu akan pencen tidak lama di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang! Muntah!

Yang lebih mengejutkan ialah artikel yang memperbudak-budak dan menjatuhkan maruah pemimpin-pemimpin PAS itu turut di siarkan di dalam HarakahDaily, lidah rasmi parti PAS sendiri! Yes...di dalam lidah rasmi PAS sendiri!


MiM difahamkan bahawa editor HarakahDaily telah menarik balik artikel celaka tersebut tetapi persoalan utama, kenapa artikel itu tidak ditapis sebelum disiarkan di dalam lidah rasmi PAS itu? Disengajakan?

MiM bukan ahli PAS tetapi MiM tidak kompromi kepada mubaligh Kristian tersebut yang menghina, memperlekeh-lekehkan dan berlagak pandai di dalam usaha mempertahankan akidah orang Islam seperti murtad.

Dan MiM percaya sama ada anda ahli PAS atau UMNO, kita sepakat sehaluan mengutuk keras keceluparan mulut mubaligh tersebut!



SUMBER: Dr. MIM

[Video] Kenderaan kelas baru (Bukan Kereta Bukan Motor)


SAN FRANCISCO: Bagi mereka yang meminati keseronokan di jalan raya secara terbuka dan pada masa sama sukakan keselesaan menaiki kereta mewah, superbike unik ini mungkin menjadi penyelesaian yang tepat.

Motosikal elektrik yang dinamakan C-1 adalah gabungan kereta dan motosikal.


Ia dijangka mula digunakan di jalan raya hujung tahun depan.

Kenderaan ciptaan Lit Motors, syarikat automotif yang berpangkalan di San Francisco, motosikal dua penunggang yang bertutup sepenuhnya menggunakan sistem penstabilan gyroscopic bagi membolehkannya kekal tegak meskipun ketika tidak bergerak. Motosikal masa depan itu bukan saja membolehkan penunggangnya selesa dan mengelak basah akibat hujan, tetapi juga selamat kerana ia tidak akan terbalik apabila terbabit dalam pelanggaran.


Namun, harganya tidak murah - RM75,000 sebelum turun kepada kira-kira RM50,000 apabila pengeluaran meningkat.


Seorang jurucakap Lit Motors berkata, ramai orang telah berusaha mencipta sesuatu yang serupa dengan motosikal itu pada masa lalu tetapi tidak seorangpun yang berjaya.

Beliau berkata: “Belum ada kenderaan di jalan raya yang menggunakan sistem gyro pada masa ini. Ada cubaan sebelum ini tetapi tidak ada yang berjaya seperti kami.


“Bayangkan seorang kanak-kanak bermain gasing. Selagi ia berpusing, ia akan kekal tegak dengan sendirinya. Sama juga dengan kenderaan ini, selagi gyro itu berpusing, C-1 itu akan terus menegak.

“Motosikal kami hanyalah satu-satunya yang menegak dengan sendirinya. “Ini membolehkan pemasangan seluruh kelengkapan kereta seperti tempat duduk lekuk, stering, papan pemuka, kawalan cuaca, sistem bunyi, tali pinggang keledar dan beg udara.


“Ia adalah yang pertama seumpamanya. C-1 ialah kenderaan kelas baru, bukan kereta dan bukan motosikal.


“Kami gabungkan kecekapan, ketangkasan, bersaiz kecil dan keseronokan sebuah motosikal dengan kestabilan, kemudahan dan yang paling penting, keselamatan sebuah kereta.


“Peningkatan dari segi ketangkasan dan saiz yang lebih kecil berbanding sebuah kereta bermakna banyak kemalangan boleh dielakkan.


“Daripada memakai topi keledar, pemandu boleh memakai pakaian biasa. Dia akan sentiasa selamat.” Syarikat berkenaan merancang membawa C-1 mengelilingi dunia, bermula di California dan Amerika Utara, sebelum ke Eropah, Asia Timur, Australia, Asia Selatan, Amerika Selatan dan seterusnya.


“Kami menjangka ia akan mencetuskan revolusi dan mendapat sambutan hangat,” kata jurucakap berkenaan.


“Kami mencipta kenderaan bandar yang sempurna. Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia tidak akan menyumbangkan kepada pencemaran udara,” kata jurucakap itu. - Agensi


Pakai sarung naik tren


KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel hari ini digalak menyertai program ‘Kereta Api Sarung’.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar meminta orang ramai menyertai petugas RapidKL dan KL Monorail memakai sarung bagi menyokong dan memeriahkan acara itu.

“Saya juga mengajak mereka yang tidak bekerja pada hari itu supaya sama-sama memeriahkan acara berkenaan dengan menaiki tren dan berkumpul bersama warga kota lain di Pasar Seni pada Sabtu (hari ini) jam 4 petang. Tentu menarik nanti apabila melihat ramai orang memenuhi bandar raya dengan berkain pelekat dan berkain batik.

“Ini sesuatu yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia dan mempamerkan semangat 1Malaysia kerana ia tidak mengira bangsa, agama dan usia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Friday, February 24, 2012

PAS Kedah Terus Retak - 2 EXCO Kedah tolak pelantikan semula


SUNGAI PETANI: Tindakan sekurang-sekurangnya dua EXCO kerajaan negeri Kedah menolak pelantikan semula menunjukkan tanda-tanda keretakan dalam pimpinan kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata beliau yakin akan berlaku perpecahan dalam pimpinan kerajaan Kedah rentetan kontroversi beberapa EXCO kerajaan negeri yang dikatakan menolak jawatan.

"Dah mula retak, lama-lama relai (pecah). Ini sesuatu yang serius. Tak pernah berlaku dalam sejarah exco tolak jawatan. Kita tunggu kejutan 28 Februari ini (majlis pelantikan SXCO bagi 2012)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 bagi Parlimen Sungai Petani di Tikam Batu dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas khabar angin bahawa dua EXCO Kedah menulis surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadualkan diumumkan Selasa ini.

Dua EXCO yang disebut-sebut berbuat demikian adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap dan kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Kedua-duanya tidak mengesahkan atau menafikan khabar angin itu dan hanya menyerahkan perkara itu kepada Azizan.

Ahmad Bashah berkata, rakyat negeri ini sudah mula nampak akan masalah dalaman yang berlaku kepada kepimpinan PAS negeri ini khususnya wujud perebutan kuasa sesama sendiri.
"Sepanjang tempoh dekat empat tahun PAS memerintah negeri ini tidak ada sebarang pembangunan yang berlaku sebab yang ada kita lihat sekarang perebutan kuasa dalaman dan rakyat pun dah nampak perbalahan tersebut," katanya.

Di YAN, Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata desas-desus bahawa dua EXCO kerajaan negeri Kedah akan digugurkan selain menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, adalah satu kecelaruan dan kekalutan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, oleh kerana ini adalah barisan yang menerajui negeri Kedah, ia bukan hanya dalam konteks politik semata-mata tetapi seluruh rakyat Kedah seharusnya merasa bimbang dengan situsi ini.

"Kita rasa bimbang perkembangan ini akan memberikan keadaan yang tidak meyakinkan daripada teraju pimpinan menteri besar sampai ahli EXCO. Jadi kalau barisan EXCO kali ini tak menentu...

"Dah ada yang mengatakan tak nak komen langsung hari nak angkat sumpah dan sebagainya, jadi saya merasakan satu keadaan yang membimbangkan pentadbiran negeri Kedah dan yang akan rugi nanti rakyat negeri Kedah itu sendiri," katanya pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Dulang Kecil.

Jamil Khir berkata, keadaan ini harus ditangani segera agar pentadbiran kerajaan negeri Kedah tidak dalam keadaan berteka-teki.

Majlis pelantikan ahli EXCO kerajaan negeri Kedah bagi 2012 akan diadakan pada Selasa ini di Istana Anak Bukit, Alor Setar

KP Perkhidmatan Awam letak jawatan?


PUTRAJAYA 23 Feb. - Tan Sri Abu Bakar Abdullah menafikan telah meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ekoran kontroversi isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Katanya, sehingga hari ini beliau masih ketua pengarah dan berita mengenai peletakan jawatannya hanya khabar angin.

"Tak adalah, saya masih bekerja lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Khabar angin mengenai peletakan jawatan Abu Bakar berlegar sejak beberapa minggu lalu dan dikaitkan dengan cadangan pelaksanaan SBPA yang tidak dipersetujui oleh penjawat awam kategori sederhana dan bawahan.

Namun, sumber sebelum ini memberitahu, Abu Bakar, 57, masih menjalankan tugas sebagai ketua pengarah dan menikmati semua kemudahan seperti mana biasa.

Khabar angin juga menyebut beliau ditukar ke bahagian lain kerana prestasi tidak memuaskan, namun jawapan malam ini menamatkan semua spekulasi.

Sepanjang spekulasi berlegar, pihak media menunggu Abu bakar di pejabatnya dan membuat tinjauan di kediamannya di Presint 10 di sini, namun gagal mendapatkan reaksi beliau.

Video Debat Chua Soi Lek Vs Lim Guan Eng [BM Subtitle]






Sijil cuti sakit palsu dijual RM25

MOKHTAR menunjukkan sijil cuti sakit palsu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor semalam.

JOHOR BAHRU - Rahsia seorang tauke kedai gambar yang kerap dikunjungi pelanggan yang bukan mahu mencuci gambar atau membuat salinan dokumen di kedai tersebut terbongkar apabila lelaki itu rupa-rupanya menjual sijil cuti sakit palsu.

Tembelang suspek berusia 36 tahun itu terdedah apabila polis membuat serbuan di sebuah kedai gambar di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini pada 17 Februari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedai gambar tersebut diserbu sepasukan anggota polis pada pukul 1.30 petang selepas mendapat maklumat awam yang curiga dengan kegiatan tauke kedai itu yang popular dengan ramai pelanggan.

"Pemeriksaan di kedai itu menemui 162 keping sijil cuti sakit palsu manakala sepuluh keping lagi sijil cuti sakit palsu itu berada di dalam poket seluar pemilik kedai gambar itu," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, dalam serbuan itu, polis turut merampas 13 unit cop atas nama 13 orang doktor dari hospital kerajaan, tiga buah komputer, satu komputer riba, dua buah pencetak, dua keping disket serta peralatan-peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk membuat sijil cuti sakit palsu.

Kata Mokhtar lagi, siasatan mendapati di sebalik perniagaan menjual peralatan kamera dan perkhidmatan mencuci gambar serta perkhidmatan fotostat, kedai terbabit juga menjalankan aktiviti menjual sijil cuti sakit palsu sejak setahun lalu.

"Suspek dipercayai menjual sijil cuti sakit palsu ini kepada warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura dan sekitar Johor Bahru.

"Harga setiap keping sijil cuti sakit palsu itu dijual pada harga RM25," jelas beliau lagi.

Mengenai modus operandi suspek, beliau memberitahu, 'pesakit' yang datang ke kedai gambar itu hanya perlu membayar RM25 untuk mendapatkan sekeping sijil cuti sakit palsu.

Benarkah Dua Kapal Dagang ZIM Milik Israel?


Kecoh di kalangan cai-cai PR yang mendakwa Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel apabila dua buah kapal dagang iaitu ZIM Atlantic dan ZIM U.S.A. berlabuh di Pelabuhan Kelang...

Mereka seolah-olah cuba menutup pekung Anwar yang membuat kenyataan menyokong Israel baru-baru ini dengan menimbulkan fitnah ini... Mereka berterusan mendakwa bahawa Malaysia menjalankan hubungan dagang dengan Israel dan mendakwa dua kapal tersebut datang terus ke Malaysia dari Israel...

Di sini eXception ingin memberitahu... Memang benar dua kapal dagang itu milik syarikat perkapalan ZIM. Dan memang benar syarikat ZIM itu merupakan sebuah syarikat yang dipegang oleh syarikat Ofer Group yang merupakan pemegang syer terbesar Israel Corporation... Hakikatnya ZIM BUKAN DIMILIKI OLEH KERAJAAN ISRAEL... Walaupun Ofer Group berpangkalan di Haifa, Israel...

Malah...

Dua buah kapal dagang itu bukanlah terus dari Israel menuju ke Malaysia... Hakikatnya... Kapal dagang tersebut hanya membawa barangan dagangan dari negara-negara pengeksport dan dihantar ke negara-negara pengimport... Sebagai contoh Kapal ZIM Atlantic adalah dari Xiamen, China kemudian singgah di beberapa negara termasuklah India, Jerman, United Kingdom, Belgium, Belanda, Cyprus dan termasuklah Israel sebelum kembali semula ke Xiamen...

Hakikatnya kapal ini membawa barang dagangan dari negara lain singgahannya selain dari Israel yang dieksport ke Malaysia...



Jadual perjalanan ZIM Atlantic bagi urusan Import



Jadual perjalanan ZIM U.S.A. bagi urusan Export




Thursday, February 23, 2012

Artis Baru Najwa (Anak YAB TPM) Jadi Model Pula?


KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2012: Mungkin bulan Mac menjadi bulan mengangkat majoriti wanita bersaiz normal di mana dapat dilihat majalah fesyen ternama dunia, Vogue juga telah mengambil Adele bagi menghiasi muka hadapan mereka.

Secara kebetulan, majalah tempatan InTrend digetus perasaan yang sama mahu merai dan menghargai wanita cantik bertubuh plus sizeseperti Adele yang kini menjadi sebutan dalam industri hiburan juga fesyen tanahair, tidak lain tidak bukan Najwa Mahiaddin.

Najwa bersama pengurus A&R Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad ketika melancarkan album Innocent Soul.
Menurut penata fesyen yang bertindak sebagai penyelaras kepada penggambaran tersebut iaitu Iqbaq V Azwan Mukhtaram, Najwa sangat mudah untuk digayakan kerana dia juga mempunyai citarasa tinggi dan gemar bergaya.

Antara yang menjadi intipati dalam halaman Profil adalah kisah dan luahan hati Najwa sendiri yang berasal daripada latarbelakang keluarga berprofil tinggi di mana ayahnya merupakan Timbalan Perdana Menteri.


Mahu berdiri dengan namanya sendiri, menurut Najwa lagi dia tidak mahu berkongsi atau mendapatkan populariti daripada nama ayahnya dan kerana itu jugalah di awal kemunculannya dia mengubah ejaan nama ayahnya itu supaya mengharapkan umum tidak dapat mengetahuinya.


Menyarungkan helaian daripada Eclipse menghiasi muka hadapan yang terdiri daripada jemeki matte rona kundang dia juga tampil sungguh elegen dalam sarungan daripada Karen Millen dan Ted Baker.

Dilengkapkan dengan aksesori mewah Aseana Accessories, Najwa mendapat sentuhan daripada Khir Khalid dan dandanan rambut daripada David Shaw.

Itu adalah sedikit kisah tentang Najwa dan pelbagai lagi cerita menarik dikongsi penyanyi lagu Got To Go itu dan anda harus mendapatkan InTrend edisi Mac 2012 untuk mengenali lebih dekat personaliti yang mempunyai suara yang unik ini.

Jepun mahu bina lif ke angkasa


TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com