iklan nuffnang

pages

Tuesday, January 31, 2012

Aziz Bari Profesor Jahil



Sungguh jahil dan tidak masuk akal seorang Profesor tidak tahu undang-undang bila menyatakan UIAM menggugurkan gelaran Profesor beliau.

Sebenarnya mana-mana Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik termasuk Aziz Bari.

Peraturan ini bukan hanya berlaku di UIAM malah disemua IPTA di seluruh negara.


PETALING JAYA: Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari berkata, gelaran profesornya yang digugurkan oleh universiti itu langsung tidak menjejaskan kredibilitinya.

“Gelaran profesional itu kerana ilmu saya dan bukannya pangkat di universiti. Jika UIAM mahu gugurkan gelaran itu, saya tidak kisah.

“Ia sedikitpun tidak menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang yang berilmu untuk terus memberi pendapat dan pandangan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Dr Abdul Aziz mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia pada Selasa yang memetik kenyataan Pengarah Bahagian Komunikasi UIAM, Abdul Rahim Ahmad bahawa beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu baru-baru ini.

Menurut Dr Abdul Aziz, beliau merasakan tindakan UIAM merupakan sesuatu yang lucu kerana pengumuman pengguguran gelaran itu tidak pernah berlaku di negara ini.

“Kenapa saya? Saya bukannya ahli politik atau hero untuk digugurkan gelaran itu. Ramai lagi profesor dari UIAM yang sudah pencen dan tidak lagi memegang sebarang jawatan, adakah mereka juga digugurkan gelaran profesor,” soal Dr Abdul Aziz.

Dr Abdul Aziz berkata, gelaran itu tidak dimohonnya namun sebaliknya pihak universiti sendiri yang meminta beliau untuk memohonnya pada akhir 2002.

“Saya diminta (berbuat demikian) kerana ilmu dan kepakaran saya. Jika gelaran profesor digugurkan pun, ilmu dan kepakaran saya masih sama.

“Yang penting adalah ilmu. Bukan semua yang bergelar profesor itu benar-benar berkelayakan dan bukan semua yang memberi pandangan itu baik (boleh diterima).

“Orang ramai terus meminta pandangan dan pendapat saya maka saya tidak peduli ada gelaran profesor atau tidak.

"Tetapi janganlah menyusahkan dan mengelirukan mereka hanya kerana gelaran itu digugurkan,” katanya lagi.

Abdul Rahim dalam satu kenyataan mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia melalui ruang forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin mengetahui bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

Abdul Rahim berkata, Dr Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

“Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

“Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya.

Sementara itu, Dr Abdul Aziz turut mempersoalkan adakah tindakan UIAM mengumumkan pengguguran gelaran profesornya hanya disebabkan oleh surat pembaca Utusan Malaysia?

“Jika benar, saya melihatnya sebagai sesuatu yang lucu dan tidak logik. Saya sendiri tidak mendapat sebarang surat (mengenai pengguguran tersebut).

“Siapa dia (pembaca) sampai UIAM memaklumkannya terus secara terbuka. UIAM sepatutnya boleh melakukannya dengan cara lebih profesional,” katanya.

Dr Abdul Aziz meninggalkan UIAM pada 31 Disember lalu.

Sebelum ini, beliau menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut pada 19 Oktober lalu ekoran kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Pihak UIAM yang dihubungi mStar Online pada Selasa bagaimanapun enggan mengulas lanjut terhadap sebarang maklum balas Dr Abdul Aziz berhubung isu pengguguran gelaran profesor itu.

Isu KUIN: Azizan Bakal Di Pecat oleh PAS (Parti Suka Pecat Orang)


ALOR SETAR - Lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian mengikut peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) seperti yang diuar-uarkan pihak luar.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, oleh itu beliau menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman kolej universiti itu kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan.

"Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat,” kata beliau yang juga Pengerusi Kuin

Azizan dilihat tidak sefahaman dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang berikrar akan menghapuskan AUKU jika dapat menawan Putrajaya.

Azizan berkata, apa yang diperjuangkan oleh pemimpin PR dalam Buku Jingga merangkumi dua perkara dalam AUKU iaitu hak untuk berpolitik dan hak untuk berpersatuan.

“Itu yang kita perjuangkan dalam Buku Jingga, namun jika ada pelajar membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam, kita perlu halang. Tindakan seperti itu termasuk demonstrasi tiada dalam perjuangan PR, hanya dua perkara kita perjuangkan,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Azizan berhubung isu Kuin seolah-olah serangan yang dilemparkan mahu menjatuhkan karier Menteri Besar Kedah itu, Azizan menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam politik.

“Biasalah… dalam politik ada musuh ada kawan. Pasti ada cubaan untuk jatuhkan mana-mana pemimpin. Saya tidak kisah berdepan dengan situasi seperti itu,” katanya

Rupa-rupanya dalam PAS ramai penjahat yang saling tikam belakang.

Anwar Akrab Dengan Pemimpin Yahudi Sejak Dulu Lagi - TUN M



PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.

Beliau mendakwa ketua pembangkang itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach ro Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Isnin.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

Ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa. Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel.

Monday, January 30, 2012

(*Video) Tiga wanita separuh bogel ditangkap

DUA wanita separuh bogel cuba memanjat pagar manakala seorang rakan mereka memegang kad menuntut keadilan ekonomi dekat lokasi Forum Ekonomi Dunia di Davos kelmarin.

DAVOS, Switzerland - Tiga wanita dari pertubuhan pembela hak asasi wanita, FEMEN ditangkap polis kerana mendedahkan payudara semasa menunjuk perasaan di lokasi Forum Ekonomi Dunia yang disertai beberapa pemimpin dunia di sini pada Sabtu lalu.



Dua daripada mereka ditangkap polis semasa cuba memanjat pagar ke sebuah resort yang menjadi lokasi forum tersebut berlangsung.

Mereka yang menuntut keadilan ekonomi dunia hanya memakai seluar panjang tanpa baju walaupun cuaca amat sejuk. - Agensi/AF

‘Saya ada bukti salah laku pemimpin Pakatan’


SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.

"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.

Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.

"Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat, belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya.

"Tetapi tidak tahulah waktu mendatang kerana saya bersama teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman dan bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus," katanya yang memulakan siri jelajah penerangan selepas dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Ekoran keputusan Pas itu, beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau mempunyai masa 30 hari untuk membuat rayuan.

Anwar tebus 'dosa' isu Apco melalui Sokongan kepada Israel


SHAH ALAM - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Nor menyelar tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya jelas menyatakan sokongan mempertahankan hak Israel.

Sambil menggambarkan adalah mustahil Israel akan membela rakyat Palestin, soal Ezam, sejak bila hak rakyat negara itu dibela Israel.

"Malahan setiap hari hak rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh rejim Israel.

"Apa Anwar tak tahu semua ini? Dia tahu tetapi yang penting bagi Anwar bukan hak Palestin, sebaliknya adalah kepentingan politiknya sendiri dan satu-satunya cara untuk dilihat sebagai kawan zionis yang anti-Islam selepas terlajak menghentam Apco sebelum ini.


"Ini seolah-olah kenyataan untuk menebus dosa pada Zionis dan sanggup khianat kepada hak Palestin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar digantung dari Parlimen selama enam bulan sejak akhir 2010 berhubung isu Apco. Beliau didakwa mengaitkan Apco dengan gagasan 1 Malaysia dibawa Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Anwar memberikan amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya beliau “mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.”

Beliau menegaskan, pendirian PKR adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi dan kenyataannya juga tidak berbeza daripada pendirian dasar luar Malaysia dalam isu Israel-Palestin.

“Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut, malah pastinya digilap dan diperkukuh,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat selama, selang beberapa jam selepas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menyelar beliau.

Dalam kenyataan itu, Muhyiddin meminta Anwar tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemu ramah akhbar Wall Street Journal.

Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Ketua Umum PKR itu bermakna beliau mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.

“Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya.

Dalam kenyataannya, Anwar berkata, “saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.”

“Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

“Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati,” katanya lagi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pendiriannya ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

“Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara.

“Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27 September 2011 di New York,” katanya.

Oleh itu tegas beliau, ternyata dari kenyataan Menteri Luar, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

“Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi," katanya.

Sunday, January 29, 2012

Harith tayang perut isteri

SATU daripada beberapa keping gambar Harith bersama isterinya Jezamine. Gambar ini dipetik daripada akaun Facebook milik Jezamine yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja.

SERBA-SERBI tentang anak itu anugerah. Malah, semasa anak masih dalam perut lagi ibu bapa sanggup melakukan apa demi menyambut cahaya mata yang bakal lahir.


Sekarang pula sudah menjadi satu trend di Barat, bila sarat mengandung sahaja ada sesi ambil gambar perut. Ada pula orang yang kata wanita mengandung itu ialah wanita yang paling seksi di dunia.


Maka terkebil-kebil dan terliur pula bila tengok gambar-gambar kebahagiaan pelawak tersohor Harith Iskandar dan isterinya, Jezamine Lim yang sedang sarat mengandung.


Fuhh! Cantik dan seksi sekali perut puan doktor berkenaan. Dapat juga dibayangkan betapa cantik dan bermakna sungguh bayi di dalam perut Jezamine itu.


Yelah, belum keluar lagi si ibunya sudah bergambar sakan menonjolkan anak yang sedang dikandungnya selama sembilan bulan itu. Bukan senang nak ada anak.

Kalau tak silap, Harith dan Jezamine merupakan pasangan selebriti pertama yang berani mati mendedahkan gambar perut yang sarat tapi tetap anggun dalam persalinan yang sangat minimalis.

Adakah ini trend pendedahan aurat yang sudah tidak terbendung lagi.

Jika sebelum ini, terdapat banyak isu artis bujang berpakaian seksi tetapi kini lebih parah lagi isteri berpakaian seksi mendedahkan aurat dengan restu suami. Dunia sudah semakin gila.

‘Tahfiz’ auta

HELAH... remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma.

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang.

Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan majlis fatwa negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sejak 1970.

Lebih mengejutkan, siasatan wartawan Metro Ahad mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz.

SASARAN... remaja dibawa menggunakan van ke stesen minyak untuk mengutip derma.

Cara kumpulan terbabit kali ini dilihat lebih tersusun bagi mengelakkan kegiatan mereka mudah dikesan dan dikenakan tindakan, namun produk yang dijual kepada orang ramai untuk diminum atau disapukan pada badan boleh diragui kandungannya kerana tidak menepati piawaian.

Siasatan ke sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah berdasarkan alamat pada botol produk mendapati, premis itu hanya melakukan kerja membuat ais krim dan menjahit langsir.

Selain itu, identiti beberapa remaja perempuan yang mengaku pelajar pusat tahfiz turut diragui berikutan semakan wartawan di Kedah mendapati sekolah berkenaan hanya dihuni murid tahun satu hingga enam.

Negara Sudah Penat Dengan Mainan Politik Anwar, Beliau Sudah Tidak Relevan Lagi


KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sudah tidak relevan dalam politik negara.

Ibrahim mendakwa rakyat negara ini juga sudah letih dengan segala permainan politik Anwar dan yang terbaru mengenai komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

"Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia supaya lupakan Anwar, sudah sampai masanya untuk kita lupakan Anwar dan kita perlu mengorak langkah ke hadapan demi masa depan kita. Golongan media juga tak payahlah nak excited dengan dia ni.

"Saya sebagai kawan Anwar sudah menganggap yang 'politically' Anwar sudah mati, Anwar sudah tidak relevan kerana banyak sebab," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, Ahad.

Ibrahim berkata kenyataan Anwar mengenai Israel itu jelas menunjukkan bahawa pendirian Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sama dengan dasar Amerika Syarikat.


"Kita terperanjatlah (dengan kenyataan Anwar itu), walaupun dia buat penjelasan tapi kenyataan dia samalah dengan dasar Amerika Syarikat iaitu mereka mahukan sebuah negara Palestin, pada masa yang sama mereka mahu melindungi keselamatan Israel," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata tuduhan sesetengah pihak bahawa Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang rasis telah terbukti tidak benar dengan kehadiran ratusan warga Tionghoa dari sekitar Kuala Lumpur pada majlis itu.

"Ini adalah kali pertama Perkasa menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina sejak ditubuhkan tiga tahun lepas khusus untuk meraikan warga emas, wartawan dan jemputan kaum Tionghoa.

"Saya amat terperanjat dengan kehadiran yang di luar dugaan sama sekali, kita tak menjangka seramai ini yang hadir sehingga makanan pun tidak mencukupi dan terpaksa kita tambah, ang pau pun masih ada yang belum dapat dan ini satu sambutan yang cukup luar biasa," katanya

Polis Siasat Pelajar Jual Baucar Buku


JOHOR BARU: Polis sedang menyiasat pelajar universiti yang mengiklankan penjualan baucar buku bernilai RM200 secara online.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beberapa pelajar diarahkan untuk mengeluarkan iklan tersebut.

Namun, beliau menegaskan hanya sebilangan kecil daripada 1.3 juta penerima baucar itu cuba menjual baucar mereka.

Pemberian baucar buku yang dibentangkan pada Belanjawan 2012 tahun lalu bertujuan untuk meringankan beban pelajar di institusi pengajian tinggi dan pelajar Tingkatan 6 dalam mendapatkan buku dan bahan rujukan berkualiti.

Baucar tersebut tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan cek sebanyak RM6,000 kepada Hospital Wakaf An-Nur Pasir Gudang untuk membeli peralatan perubatan dan mesin dialisis bernilai RM42,000.

Saturday, January 28, 2012

Kuil di Sg Petani buat laporan polis bantah kehadiran Anwar


Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam di Sungai Petani hari ini membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Februari depan sempena perayaan Thaipusam.
  
Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam berkata pihak kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara tidak diingini.
  
"Bimbang kerana lebih 100,000 orang akan hadir...apa akan berlaku sekiranya pergaduhan antara parti politik. Siapa akan bertanggungjawab terhadap keselamatan orang ramai dan penganut," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
  
Dorai Singam berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan daripada PKR berhubung kehadiran ketua umum parti itu ke kuil berkenaan selain e-mel yang menyatakan Ketua Pembangkang itu akan hadir memberi ceramah di kuil itu.
  
"Mereka tidak memohon kebenaran daripada pihak pengurusan kuil. Untuk ceramah dan masuk kuil kita tidak akan benarkan...hari itu hari keagamaan untuk sembahyang, bukan untuk ceramah-ceramah politik dan kita tidak mahu apa-apa ceramah dalam kawasan kuil sebab jawatankuasa tak jemput dan bantah sekeras-kerasnya," katanya.
  
Katanya beliau berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang kehadiran Anwar ke kuil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku

Friday, January 27, 2012

NFCorp Tidak Seleweng Dana RM250 Juta

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin - kami tidak kata ada mess

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), Wan Shahinur Izmir Salleh menyifatkan dakwaan wujudnya penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM250 juta bagi pembinaan PusatFidlot Nasional (PFN) adalah tidak benar dan mustahil berlaku.

Beliau berkata, dana berskala besar itu diberi kerajaan menerusi perjanjian pinjaman yang perlu dibayar balik dalam tempoh 20 tahun dengan kadar faedah dua peratus setahun.

Jelas beliau, isu keluarganya menyalahguna dan menyeleweng dana berkenaan adalah mustahil kerana seluruh kaum keluarganya akan menanggug beban hutang yang besar sekiranya dakwaan berkenaan berlaku.

"Kami pinjam daripada kerajaan dan setiap sen perlu dibayar balik. Besar pinjaman itu...RM250 juta.

"Kalau kami berfoya-foya, main-main tak tentu arah...turun-temurun anak beranak saya akan hancur. Lingkup kalau tak boleh bayar balik pinjaman ini. Ini komitmen kita kepada kerajaan," katanya pada sesitaklimat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelab Sultan Sulaiman di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan pembangkang sebelum ini bahawa projek PFN gagal mencapai sasaran berikutan penyelwengan yang dilakukan syarikat NFCorp milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NFCorp dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Menjelaskan lanjut, Wan Shahinur Izmir berkata tuduhan penyelewengan oleh pembangkang merupakan sesuatu yang tidak munasabah dilakukan kerana NFCorp mempunyai perjanjian sah dengan kerajaan bagimelaksanakan projek berkenaan.

"Kalau pembangkang cakap kami seleweng duit, itu tidak munasabah sebab duit itu dipinjam dengan perjanjian.

"Soal penyelewengan tidak timbul kerana kita ada perjanjian (dengan kerajaan). Kita memang perlu bayar balik," tegas beliau.

Selain itu Wan Shahinur Izmir turut menafikan dakwaan pembangkang bahawa beliau memiliki sebuah kereta mewah serta menerima pendapatan bulanan mencecah RM40,000.

"Pembangkang kata saya ada Ferrari, duduk dalam Ferrari pun tak pernah. Mereka juga kata saya dapat gaji RM40,000 sebulan...Alhamdulillah kalau betul," katanya.

Wan Shahinur Izmir yang tiba lewat dua jam daripada waktu yang dijadualkan meluangkan masa kira-kira 20 minit memberi taklimatkepada 25 NGO yang hadir.

Bagaimanapun beliau enggan menerima sebarang pertanyaan daripada pihak wartawan kerana tidak menjangkakan majlis berkenaan turut dibuka kepada media.

"Maaf saya tidak boleh buat apa-apa kenyataan media hari ini, saya hanya beri penjelasan kepada NGO," katanya sebelum bergegas meninggalkan majlis.

Tuesday, January 24, 2012

Video Seks Anwar Ubah Kedegilan Penyokong Tegar PKR


Penyokong tegar PKR Osman Ishak berhenti daripada menyokong parti tersebut selepas menonton video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membuat kesimpulan bahawa ada asas individu terbabit boleh melakukan perkara yang lebih menjijikkan.

Penyokong tegar Anwar sejak di bangku sekolah dan pernah menjadi Ketua Perhubungan PKR Pahang, manakala anaknya, Rahimi pernah bertugas dengan Anwar sebagai setiausaha sulit itu berkata, video seks yang didedahkan oleh ‘Datuk T’ dan kemudian disiarkan menerusi blog juga menukar pendiriannya terhadap Anwar.

“Akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan orang yang diperkatakan. Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu... itulah kesimpulan saya,” katanya dalam temuramah yang disiarkan sebuah akhbar Mingguan Malaysia, kelmarin.

“Tambahan pula apabila melihat dolak-dalih mereka sekeluarga dalam isu jam tangan yang tidak meyakinkan, kelihatan mereka sangat gelabah. Rasa kemungkinan besar betul, mungkin ada merit untuk kes terdahulu.

"Video itu mendorong saya tinggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap ketuanya. Saya boleh tengok sendiri berbanding sebelum ini yang hanya mendengar dari cerita orang saja,” katanya yang dipetik oleh akhbar berkenaan.

Osman berkata, taksub terhadap Anwar menyebabkan beliau pernah berbalah dengan anaknya, Rahimi, yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar selepas anaknya menceritakan perilaku ketuanya.

“Bila Rahimi beritahu dia meninggalkan Anwar (meletakkan jawatan), saya sangat terkejut, apatah lagi alasannya adalah sama seperti apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu yang saya anggap konspirasi dan perbuatan zalim, kini kena pula kepada kawan Rahimi.

“Kebetulan selepas Rahimi menceritakan sebab (mengapa dia berhenti), dia membawa ke satu perjumpaan yang mendedahkan banyak cerita mengenai individu sama. Dari detik itu, hati saya berubah 99 peratus dan meninggalkan PKR serta pembangkang.

“Keputusan mahkamah, baru-baru ini semakin melegakan saya kerana kini kesimpulan yang saya buat adalah betul. Ini kerana sejak hari pertama hingga penghujung kes, teori konspirasi ini dicanangkan bagi mengaburi mata rakyat, tetapi keputusan mahkamah sebaliknya.

“Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka memahami apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang sebenarnya berkonspirasi. Ini persepsi saya, tapi selepas keputusan mahkamah, saya menolak 100 peratus PKR dan pembangkang,” katanya.

Rahimi sebelum ini turut menggemparkan PKR apabila mendedahkan dia dipaksa untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar berhubung kes liwat.

Najib Yakin BN Berpeluang Rampas Kelantan


KOTA BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Najib yang juga Presiden Umno, melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini, sebelum mengakhiri lawatan setengah hari ke negeri ini.

Katanya Perdana Menteri menyatakan walaupun pertandingan antara BN dan PAS amat sengit, Kelantan merupakan 'winnable state' bagi BN pada pilihan raya umum itu.

"Apabila keyakinan itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri, ia menjadi suntikan semangat kepada kita untuk bekerja kuat," katanya kepada Bernama.

Bagi mencapai kemenangan tersebut, Awang Adek berkata Perdana Menteri mahu anggota dan pemimpin semua parti komponen BN bekerja kuat, termasuk menggerakkan lebih banyak program mendekati rakyat.

"Perdana Menteri mengingatkan kita supaya berjumpa dengan seberapa banyak kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan, nelayan, petani, guru, bloggers dan golongan profesional, bagi mengenal pasti masalah mereka dan cuba bantu menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri juga mahukan Umno dan parti komponen BN yang lain, mendampingi 'pengundi atas pagar' yang terdiri daripada mereka yang berpendirian bebas.

"Dalam perjumpaan itu, Perdana Menteri akui Wanita Umno adalah penggerak utama kita sebab Wanita ini dia banyak masuk ke akar umbi bertemu rakyat melalui Skuad Sayang. jadi Perdana Menteri kata dia nak bantu Wanita kerana dia tahu Wanita kerja kuat dan dengan adanya van Skuad Sayang, ia akan memberi kesan yang lebih kepada Wanita untuk mendampingi pengundi," katanya.

Sempena lawatan tersebut, Perdana Menteri turut menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita Umno dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.

Tindakan Soi Lek Suruh Pegawai Tinggi Kerajaan Isytihar Harta Tunjukkan Kejahilan Beliau


Semua penjawat awam telah sekian lama diwajibkan mengistiharkan harta masing-masing. Agak melucukan apabila Chua Soi Lek baru mencadangkan agar mereka mengistiharkan harta, seolah-olah Soi Lek jahil tentang pentadbiran Kerajaan.

Sepatutnya pegawai khas dan kakitangan di pejabat beliau memaklumkan perkara ini sebelum mengeluarkan kenyataan  yang boleh memperbodohkan diri sendiri.

BATU PAHAT: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, menyokong cadangan agar menteri kabinet mengisytihar harta namun turut mencadangkan agar ia meliputi pegawai tertinggi kerajaan termasuk Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha.

Bagaimanapun jelas beliau pengisytiharan tidak perlu didedahkan kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majris rumah terbuka Tahun Baru Cina di sini, Selasa

Gambar Kekecohan di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan

Kecoh di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan.
 

Tindakan sekumpulan jemaah yang baru selesai menunaikan solat jumaat di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan  berkumpul untuk tunjuk perasaan di luar perkarangan masjid telah dibantah oleh kumpulan yang lain menyebabkan kekecohan berlaku. Kedegilan puak yang ingin mengadakan  bantahan AUKU dikatakan menjadi punca kekecohan tersebut.







(*Video) PAS BUKAN AGAMA, Pendedahan Hasan Ali di Meru pada 20 Jan 2012 Tentang Kristian



Baucar Buku 1Malaysia di jual di laman sosial


SHAH ALAM - Kerajaan diminta memperhalusi pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bagi memastikan golongan berkelayakan sahaja yang menerimanya agar ia tidak disalahgunakan termasuk menukarnya kepada wang tunai.

Pengerusi Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma), Abu Naim Bakri berkata, sepatutnya ia lebih diberikan tumpuan kepada kumpulan tertentu, antaranya golongan yang memerlukan dan keluarga berpendapatan sederhana.

Menurutnya, penukaran baucer itu berlaku dipercayai berpunca daripada pelajar yang tidak memerlukan bantuan, berkemungkinan mereka ini daripada keluarga berada.

“Mereka tidak memerlukannya, lalu bertindak menjualnya, apa yang pasti pelajar yang terbabit dalam kegiatan itu adalah dalam jumlah kecil.

“Oleh itu kerajaan perlu meneliti penerima BB1M, agar perkara seperti ini tidak berulang serta merugikan, kerana wang tersebut tidak dapat digunakan oleh pelajar yang memerlukan,” katanya.

Abu Naim berkata, selain mengkaji latar belakang penerima, kerajaan boleh mencatatkan nama penerima di baucar agar ia tidak dipindah milik.

Selain itu katanya, kerajaan boleh mengaktifkan semula koperasi universiti dengan meletakan syarat bahawa baucar itu hanya boleh diguna pakai di koperasi sahaja.

“Ini langkah yang baik kerana koperasi dapat berfungsi semula, tetapi pelbagai barangan diperlukan bagi memenuhi permintaan pelajar untuk mereka menjalani pembelajaran atau penyelidikan.

“Keadaan koperasi sekarang memilukan, hampir keseluruhan bahan untuk pembelajaran tiada, oleh itu pelajar bertindak membeli dari luar,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu mengambil tindakan terhadap pelajar yang berbuat sedemikian.

Menurutnya, perbuatan itu tidak seharusnya berlaku, mereka seharusnya menghargai pemberian kerajaan yang membantu pelajar di negara ini.

“Saya juga ingin menyeru agar pihak pentadbiran IPTA memantau kegiatan pelajar, agar perkara seperti ini tidak berulang, sekiranya perlu tindakan harus diambil terhadap mereka.

“Walaupun mereka yang terbabit dalam kegiatan ini tidak ramai, tetapi ia memalukan mahasiswa di negara ini,” katanya.

Terdahulu terdapat segelintir pelajar yang menerima bantuan BB1M daripada kerajaan bertindak menjualnya di laman sosial dengan harga di antara RM150 hingga RM200.

Kementerian Pengajian Tinggi telah memberikan amaran berhubung dengan kegiatan itu, dan akan merampas baucar berkenaan sekiranya ada pelajar yang cuba menyalahgunakan termasuk menjualnya dengan potongan harga tertentu.

AUKU: Kumpulan siswa, Adam Adli selar MB Kedah


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak terus menerima kritikan daripada kumpulan mahasiswa kerana mempertahankan penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap lima penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikendalikannya.

Dalam kenyataan terbaru, tiga kumpulan mahasiswa - termasuk Legasi Mahasiswa Progresif yang diterajui aktivis siswa kontroversi Adam Adli Abd Halim - menggesa hukuman terhadap pelajar KUIN ditarik balik dan permohonan maaf dibuat.

"Tarik balik hukuman terhadap mereka dan sedia pohon maaf terhadap kezaliman ke atas mereka (mahasiswa), atau KUIN dan Ustaz Azizan akan terus dikenang sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab & hanya berjanji kosong," kata mereka.

Mereka juga mengingatkan pemimpin PAS itu bahawa mahasiswa yang digantung KUIN itu berani menyatakan kebenaran dan bukan pengamal budaya ampu, seperti didakwa berlaku pada "orang sekelilingnya".

Mereka juga berharap lebih ramai pihak tampil menyatakan bantahan terhadap tindakan yang didakwa bukan sahaja tidak menghormat mahasiswa tetapi juga melanggar janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga.

Selain Adam Adli, kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen Khalid Mohd Ismath dan Setiausaha Akhbar Aksi Mahasiswa Peduli Ekhsan Bukharee Badarul Hisham.

DAP & PKR punca Kapal Penyebar Kristian Terbesar Dunia (Logos Hope) Berlabuh di Selangor dan P.Pinang


Kesian PAS sentiasa diperbodohkan rakan sebantal sendiri (DAP & PKR) hingga sanggup membuang anak sendiri (Hasan Ali) demi kuasa memerintah Putrajaya yang diidamkan.

Kapal penyebar agama kristian yang terbesar di dunia telah mendarat di pelabuhan negeri Selangor dan Pulau Pinang atas muslihat DAP dan PKR.

Kapal ini mampu membawa ribuan mubaligh kristian yang terlatih dalam pelbagai bahasa bagi menyebarkan Agama Kristian di seluruh Dunia.

Selain itu kapal ini juga telah membawa ratusan ribu buah buku yang boleh mambantu mereka menyebarkan agama Kristian.

Kapal ini juga sarat membawa bantuan makanan untuk membantu mubaligh dalam menggula-gulakan umat Islam di seluruh dunia.

Persoalannya sekarang kenapa kapal ini memilih negeri Selangor dan Pulau Pinang? 

Semuanya ini akan didedahkan dalam Road Show Datuk Dr Hassan Ali bagaimana beliau bertegang urat dengan pemimpin DAP dan beberapa parasit Pas mempertahankan keputusan agar tidak membenarkan kapal ini berlabuh di Selangor dan akhirnya gagal.

Road Show Datuk Dr Hassan Ali akan bermula pada 7 Feb 2012 tempat belum dipastikan lagi.

Tunggu kehadiran Datuk Dr Hassan Ali di tempat anda. - sungai rapat online



MV Logos Hope

From Wikipedia, the free encyclopedia
Logos Hope in Kiel
Logos Hope in Kiel
Career
Name: 1973-1983: Gustav Vasa
1983-2003: Norröna
2003-2004: Norröna I
2004 onwards: Logos Hope
Operator: 1973-1976: Öresundsbolaget
1976-1980: Saga Line
1980-1983: TT Saga Line
1983-2004: Smyril Line
2004 onwards: GBA Ships
Port of registry: 1973-1983: Halmstad  Sweden
1983-2004: Tórshavn,  Faroe Islands
2004 onwards: Valetta,  Malta[1]
Builder: Nobiskrug, Rendsburg, Germany
Yard number: 678
Identification: IMO number: 7302914
Status: In service
General characteristics [1]
Tonnage: 12,519 GT (gross tonnage)
Length: 132.5 m (434 ft 9 in)
Beam: 21.06 m (69 ft 1 in)
Draught: 5.22 m (17 ft 2 in)
Installed power: 4 X SWD 6TM 410 RR 6 cylinder diesel engines
Propulsion: 2 x controllable pitch propellors
1 x bow thruster
Capacity: 492 passengers

The same ship as MV Norröna in the harbour of Torshavn in 1997
MV Logos Hope [2] is operated by the German charitable Christian organisation GBA Ships e.V. As the fourth ship operated by the organisation, she follows in the line of MV Logos, the wrecked hulk of which now sits on a rock shelf on the Chilean coast, MV Logos II which was retired in the fall of 2008 and which Logos Hope was designed to replace, and MV Doulos which was sold to a Singaporean interest in 2009.
Twice as big as any previous ship operated by the organisation, the ship was completely refitted over a period of 5 years. Logos Hope provides a better quality of life for crew as well as a wider range of activities for visitors and guests. The newly created Logos Hope Experience (which is situated on a deck that was installed into the original ferry’s car area) holds up to 800 visitors at any time, with capacity to host an additional 700 in the Hope Theatre and Logos Lounge. This publicly accessible deck offers visitors an introduction to the vessel and the organisation, a book fair featuring around 7,000 different titles, a visual presentation called the Journey of Life and the International Cafe. The introduction to the vessel omits the Christian proselytizing mission of the ship, though this mission is not concealed throughout the bookshop which features many Christian books, religious posters and music.
The all volunteer crew and staff of 400 people, represent around 50 different countries. Unlike the crew during her original use as a car ferry, crew and staff normally join the organisation to live on board for two years

Kemalangan di Muar, mangsa terperosok bawah tayar treler

Muar: Anggota Bomba dan Penyelamat Muar berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Rusmi Mahpoz,42 yang terperosok di bawah tayar treler di dalam parit di Batu 17 Jalan Ayer Hitam-Muar berdekatan Bukit Naning. Treler berkenaan gagal berhenti dan berlanggar dengan tiga buah kenderaan lain sebelum terbabas dan merempuh mangsa serta warung di bahu jalan sebelum jatuh ke dalam parit berhampiran

Hanaa gadis Islam pertama model Lancome


Wanita Tunisia bangga keturunan, mahu ubah persepsi masyarakat

TUNIS: Seorang gadis dari Tunisia menjadi model wanita Islam pertama menghiasi kosmetik wajah Lancome, lapor akhbar United Kingdom, Daily Mail.
Hanaa Ben Abdesslem akan muncul dalam kempen baru syarikat kosmetik itu untuk bedak asas Teint Idole Ultra 24h.
Model berusia 22 tahun itu membuat kemunculan di atas pentas peragaan tahun lalu dan sejak itu menjadi model untuk Ralph Lauren, Oscar de la Renta dan Givenchy, memberitahu majalah New York.

“Menjadi model boleh jadi satu pilihan kerjaya juga. Saya bercadang untuk menukar salah faham ini dalam budaya saya. Saya bertemu seorang wanita Arab, Sophie Galal, yang berkongsi pandangan dan idea saya bagi menukar dan mendedahkan cabaran sebenar kerjaya model untuk dunia Arab.

“Beliau tidak lama kemudian menjadi pengurus saya dan memperkenalkan saya kepada IMG,” katanya.

Ketika Hanaa berharap untuk mengubah keadaan, dia masih berbangga dengan asal usulnya.
Dalam satu temuramah, dia berkata: “Negara saya kaya dalam sejarah dan tradisi. Ia adalah budaya yang dipengaruhi dan dibentuk hasil kejayaan ketamadunan yang termasuk masyarakat Berber, Phoenician, Roman, Fatimid, Arab dan Uthmaniyah.” saya membesar dikelilingi semua pengaruh. Saya berbangga menjadi sebahagian budaya itu.”

Daily Mail melaporkan bahawa langkah Lancome memperkenalkan seorang model Afrika Utara adalah sebahagian aliran lebih besar industri fesyen untuk memupuk kepelbagaian dalam bidang itu.

“Warisan ideal saya di Ford akan membuka idea mengenai kecantikan, bukan hanya klasik namun global,” kata ketua jabatan wanita Ford Paul Rowland, kepada akhbar New York Times.

“Saya mahu mencari gadis di Mesir atau Sri Lanka atau India, semua tempat di mana masyarakat tidak pandang.” – Agensi


BN Perlu Beri Platform Untuk Hasan Ali Berceramah


KUALA LANGAT 23 Jan. - Parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menyediakan ruang dan platform kepada bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Ali untuk berceramah di Selangor bagi membolehkannya mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN tidak perlu gentar untuk menjemput bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu, kerana beliau bukan lagi ahli mana-mana parti pembangkang.

"Hasan dipecat daripada Pas, maka beliau kini bebas untuk berceramah di mana-mana sahaja dan UMNO mengalu-alukan jika beliau ingin turun ke Kuala Langat.

"Apa yang pasti, beliau akan berceramah atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya ahli parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di hadapan 2,000 ahli BN sempena Majlis Penerangan Perdana Parlimen Kuala Langat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jugra, Banting di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi BN Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.

Melalui Hasan, katanya, rakyat boleh mengetahui hubungan dingin antara Pas dan DAP dalam kerajaan PKR Selangor.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam kerajaan negeri selama ini sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas dan seterusnya sebagai ahli Pas dan Pengerusi yang menjaga hal ehwal agama Islam," katanya.

Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah


Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Monday, January 23, 2012

Nik Aziz Sedia Isytihar Harta Kepada SPRM


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan memintanya berbuat demikian. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.

"Saya dan semua Exco Kerajaan Negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan Penghulu dan Majlis Penghulu Mukim di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, Ahad.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA), Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah. Menteri Besar itu berkata sebelum ini, beliau pernah membuka pintu siasatan seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat beliau.

"Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan sesesorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran," kata Nik Aziz.

Mengenai pelantikan penghulu di Kelantan, beliau berkata kerajaan negeri tidak memberi jaminan untuk menaikkan elaun 787 penghulu yang kini menerima elaun RM700 sebulan.

"Kita hanya mampu membayar elaun mengikut kemampuan yang ada, cuma kalau ada rezeki berlebihan melalui wang bayaran royalti minyak kelak, kita mungkin boleh pertimbangkan," katanya.

Saturday, January 21, 2012

Tahun Naga baik untuk pilihan raya...kata Najib


Ketika spekulasi kemungkinan Mac atau April ini pilhan raya umum ke 13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sesekali membuat kenyataan bagi memanaskan ‘suhu’ PRU nanti yang dianggap ibu segala pilihan raya.

Apatah lagi beliau timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin kerap turun padang bertemu bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Terbaru ketika ucapan dalam program Turun Padang di Parlimen Wangsa Maju pagi Jummat, Pengerusi BN itu sama ada seloroh atau serius berkata, Tahun Baru Cina kali ini iaitu Tahun Naga, baik untuk pilihan raya.

"Mudah-mudahan tahun naga ini tahun yang beruntung. Tahun naga tahun baik untuk buat pilihan raya,” katanya di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, di Setapak.

Menyedari ramai pemimpin parti yang turut hadir di majlis itu seakan terpaku kenyataan itu, Najib menambah”... Ataupun tahun depan,".

Antara Hadir Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Naib Presiden MIC, M.Sarawanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Turut mengiringi Najib adalah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Perdana Menteri selain meninjau Parlimen Wangsa Maju turut ke Parlimen Bantar Tun Razak dan Lembah Pandai.

Perkara lain yang menarik mengenai lawatan Najib ke sekolah tersebut apabila beliau mebahasakan dirinya sebagai ‘Ah Jib Gor’ atau abang Najib dengan memberikan ang pow ‘besar; berupa peruntukkan RM2.5 juta bagi membina semula bangunan sekolah tersebut yang memakan belanja
RM12 juta.

pm-wm2xx


"Saya sudah ada Facebook baru dalam bahasa Mandarin, Ah Jib Gor. Dalam tiga hari sudah ada 12,000 (pengikut).

"Mungkin dalam masa beberapa minggu lagi akan bertambah lagi penyokong Ah Jib Gor. Jadi sebagai Ah Jib Gor, saya kena bagi ang pow besarlah pada sekolah ini.

"Jadi ang pow saya bernilai 2.5 juta," katanya disambut tepukan gemurah pelajar sekolah dan penduduk setempat.

Dalam ucapannya itu juga Najib meminta rakyat jangan memperjudikan nasib dengan memberikan pemerintahan negara kepada pembangkang yang belum tentu dapat melaksanakan apa kerajaan sekarang sudah buat.

Katanya, hanya kerajaan BN sebagai kerajaan terbaik boleh perjuang masa depan rakyat.

“Sebab itu ahli parlimen Wangsa Maju (Wee Choo Keong) jadi sahabat baik BN, sebab dia yakin BN pilihan terbaik,” katanya merujuk Wee ahli parlimen PKR Wangsa Maju yang kini jadi wakil rakyat Bebas .

pm-wm3xx


Wee turut mengikuti lawatan Najib ke Kampung Puah Lembah dan pasar pangsapuri Teratat Mewah dan SMJK Chong Hwa.

Hadir sama Ketua UMNO Wangsa Maju Datuk Dr Shafie Abdullah -20/1/2012- OLEH ROSLAN Agendadaily

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.

Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.

Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.

Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.

"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful lagi.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi Sabtu.

Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.

Anak kedua daripada empat adik-beradik ini bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu.

Mohd Saiful Sambut Baik Peguam Negara Rayu Kes Pembebasan Anwar


PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari menyambut baik tindakan Peguam Negara memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan pada petang Jumaat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan liwat 9 Januari lalu.

Menerusi lama blognya, Mohd Saiful menyatakan kesyukuran dan berharap laporan pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah tertinggi menurut undang-undang akan terlaksana.

"Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana," katanya melalui laman blog yang disiarkan pada pukul 5.54 petang Jumaat.

Mohd Saiful dan keluarga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepadanya.

"Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana," katanya.

Tambahnya, dia akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar.

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com