iklan nuffnang

pages

Friday, December 14, 2012

Ustaz Don mungkir janji


Tidak dinafikan, nama pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, semakin meniti di bibir masyarakat.

Sejak muncul dengan program 30 Minit Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja.

Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.

Bagaimanapun, Zass mendapat aduan daripada sumber yang mengatakan ikon baru dakwah ini telah memungkiri janji.

Menurut sumber itu, Ustaz Don sepatutnya menjayakan program anjuran sebuah jabatan di Kuala Lumpur, semalam, tetapi dibatalkan di saat akhir.

Sedangkan, kata persetujuan telah dicapai dan 300 tetamu sudah menanti tetapi bayang Ustaz Don tidak kelihatan.

Zass mendapatkan kenyataan daripada pihak Ustaz Don dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mirza, tidak menafikan kejadian itu sememangnya berlaku.

Bagaimanapun, Mirza menjelaskan, Ustaz Don tidak terlibat dalam hal itu dan kesalahan berpunca daripadanya.

"Memang pada mulanya tarikh telah dipilih tetapi saya kemudiannya mendapati tarikh itu bertembung dengan komitmen lain.

"Saya cuba berhubung dengan penganjur dan memberitahu hal tersebut.

"Namun, saya tidak sedar telah tersilap menyalin nombor penganjur membuatkan mereka tidak mendapat makluman," katanya ketika dihubungi.

Menurut Mirza, dia sudah pun meminta maaf kepada penganjur dan menjelaskan hal yang sebenar.

Ketika dihubungi Zass, Mirza berkata, Ustaz Don belum mengetahui kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Mirza menolak anggapan sesetengah pihak bahawa Ustaz Don sudah mula 'demand' dan mengenakan bayaran tertentu untuk menjemputnya.

"Ustaz Don masih sama seperti dulu. Dia sangat komited dengan dakwah dan tidak memikirkan mengenai bayaran.

"Saya harap dengan penjelasan ini akan membersihkan nama Ustaz Don kerana dia tidak bersalah," katanya.

4 comments:

  1. pembantu peribadi (Mirza) patut bertanggungjawab, ko telah mencemarkan nama Ustaz Don

    ReplyDelete
  2. Mirza, You're Fired!
    Itu sebaiknya kerana gagal mengambil tanggungjawab walaupun untuk tugas yang amat remeh seperti ini. Jangan di ikutkan cara Najib yang memang gagal.

    ReplyDelete
  3. Nama nya manusia..tak lari dari kesilapan. Maaf aje lah dia..sedangkan Nabi pun ampunkan ummatnya..inikan kita (memang la nak cakap maaf tu mudah tapi lebih elok dari mendoakan yg jahanam sesama Islam )

    ReplyDelete
  4. tajuk post ni mcm melampau je, mungkir janji igtkan buat dosa ape benda. die busy la mat, pegi sane pegi sini, mengajar kt KUIS lagi. manusia bro mesti buat silap. seperti CONTOH mcm mak kau suh kau singgah beli bawang, tp kau nak anta msg nk bgtau xboleh tp kau xsempat sebab kau busy. kau balik terus rumah terlupa. orang kt rumah kau sume tgh tggu mak kau masak nak makan. pastu orang cap kau MUNGKIR JANJI, kau suke x?

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com