iklan nuffnang

pages

Saturday, December 29, 2012

Gerakan Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) DITUBUHKAN Oleh Penyokong Tegar Bola Sepak Malaysia


GERAKAN sekumpulan penyokong tegar bola sepak Malaysia menuntut perubahan drastik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan hala tuju serta kepimpinan baru lebih dinamik dan efisien.

Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai, Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) ini turut membangkitkan lima masalah utama yang perlu diambil tindakan segera sekiranya enggan masa depan bola sepak negara terus bergelap.

Al Fadli Awaludin yang mewakili kumpulan berkenaan berkata, FAM perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada skuad kebangsaan yang dilihat tidak banyak berubah dari segi kemajuan dan pencapaian sejak lebih dua dekad lalu.

“Selama 28 tahun, daripada liga amatur, kita beralih ke liga semi-pro pada 1989 dan ke liga profesional pada 1993, namun hasilnya bola sepak negara masih dalam kategori Gred D.

“Jadi apa dan ke mana sebenarnya hala tuju bola sepak negara? Adakah masih  lagi berpaksikan Sukan Sea dan Piala AFF sahaja?,” katanya, semalam.
Mereka juga mahu FAM meletakkan satu penanda aras yang jelas dan kemudiannya menjadi titik fokus skuad negara membentuk pasukan lebih mantap.
“Mereka perlu ada misi dan visi. Apa yang yang mereka mahukan 10 tahun akan datang,” katanya.

Kumpulan ini turut mempersoalkan cara pentadbiran FAM  dan sistem liga bola sepak yang diguna pakai.
Katanya, format liga yang sering berubah tidak membantu prestasi sukan itu sendiri, tetapi hanya membiarkan ia terlalu selesa dengan apa yang dikecapi dan tiada kemajuan yang boleh dibanggakan.

“Apa yang kami mahukan adalah perubahan yang dapat menaikkan bola sepak negara. Jika perlu, barisan kepimpinan tertinggi perlu diberi nafas baru, ia adalah wajar dilakukan,” katanya.

Rasa tidak puas hati kumpulan itu turut diterjemah melalui memorandum yang telah dihantar kepada FAM. Sehingga kini, tiga memorandum sudah diserahkan, namun masih tiada perubahan berlaku.
Bahkan mereka akan terus menghantar petisyen agar perubahan dilakukan demi masa depan bola sepak negara.

1 comment:

  1. tak ada faedahnya nak suruh presiden FAM letak jawatan. kalau nak tgk bolasepak hancur lebur mcm persatuan bolasepak indon yg dikerjakan oleh ahli2 poltik negara indon, sila la letakkan org politik jadi presiden fam.

    siapa tokoh yg nak ganti?? annuar musa,jauh panggang dari api laa. soal program pembangunan, setiausaha boleh buat, timb presiden boleh buat, pegawai fam sendiri yg boleh buat.

    tapi kalau tak ada seorg tokoh yg boleh dihormati yg boleh akur dan dengar ckpnya. maka alamat FAM akan jadi medan puak2 politik bertempur.

    yg ruginya rakyat dan bolasepak negara. masa tu tiada satu pon yg akan dpt membantu.

    kepada mamat 3 org ni, ko jgn biarkan diri ko jadi perkakasan dan dimanipulate oleh tgn2 politik la. kaji betul2 stkuktur bolasepak negara.

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com