iklan nuffnang

pages

Wednesday, December 26, 2012

Akhirnya Setiausaha Akhbar Nik Aziz MENGAKU BERI TANAH Kepada DAP


SHAH ALAM - Isu pemberian tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang, yang didakwa diberikan kepada pemimpin DAP Perak bukan satu rahsia, sebaliknya pengurniaan telah diputuskan tujuh tahun lalu dan sedia diketahui oleh dua kementerian termasuk Datuk Dr Awang Adek Hussin, kata Setiausaha Akhbar kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

"Kenyataan-kenyataan ini (laporan media) seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net.

"Dalam hal ini, suka untuk saya nyatakan bahawa projek ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia dan satu surat kelulusan telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui," kata Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, surat kedua pula ialah daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bertarikh 16 Januari 2006.

"Menyentuh kenyataan (Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi ) Pengerusi Ombak agar Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, saya kira Ombak boleh bersabar. Mana tau, jika nasib baik, Ombak pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya lagi.

Kenyataan Ahmad Fadhli merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 4,259 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada Pas selepas pilihan raya umum 2008.

Laporan akhbar memetik Presiden Ombak, Wan Khairul Wan Muhammad berkata, Nik Aziz tidak wajar berdiam diri, sebaliknya perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.

Wan Khairul berkata, jika dakwaan tersebut tidak benar, Mursyidul Am Pas itu harus mengambil tindakan undang-undang ke atas blog pisau.net yang mendedahkan perkara itu sebelum pengakuan dibuat oleh kedua-dua pemimpin DAP terbabit.

"Kedua-dua pemimpin ini telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu, tetapi sehingga hari ini Nik Abdul Aziz masih berdiam diri.

"Beliau perlu membuat penjelasan terutamanya kepada seluruh rakyat Kelantan kerana ia bukan isu kepartian malah satu kebenaran yang perlu rakyat lihat di sebalik pemerintahan Islam," katanya.

Laporan Akhbar Sebelum ini:

ARKIB : 21/12/2012

Nik Abdul Aziz nafi dakwaan beri tanah kepada DAP

KOTA BHARU 20 Dis. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP sebagai habuan memastikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dilantik Menteri Besar Perak pada 2008.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas mendakwa, berita tersebut adalah fitnah daripada Utusan Malaysia dan dia akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya untuk menyaman akhbar ini.

Mengenai rasuah tanah, sebenarnya benda ini fitnah. Sebab itu saya sebut, kalau berita keluar Utusan Malaysia, kena hati-hati.

Contohnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi apabila sampai mahkamah kosong. Kerja fitnah ini kerja orang jahat yang memuja nafsu, tidak memuja Allah. Maka saya harap pegawai saya boleh pertimbang untuk bawa ke mahkamah," katanya dalam sidang akhbar selepas berjumpa dengan rakyat Kelantan yang bekerja di Sabah di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari.

Nik Abdul Aziz mengulas laporan polis yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Nambikkai mendesak siasatan dibuat terhadap pemimpin itu kerana salah guna kuasa pada 2008.

14 comments:

  1. siapa pembohong?? Nik Aziz atau Setiausaha Akhbar beliau???

    Kenapa Nik Aziz menafikan sebelum ini???

    ReplyDelete
  2. ini namanya politik, ulamak boleh berbohong demi Parti PAS

    ReplyDelete
  3. kenapa pejuang Islam tidak boleh bercakap benar???

    ReplyDelete
  4. Takut depan manusia..tak takut di depan tuhan..demi kelansungan politik.

    ReplyDelete
  5. Ini bukan pejuang Islam. Setan mana nak berjung untuk Islam.

    ReplyDelete
  6. Dua2 kaki pembohong, pajakan itu bukannya 50 tahun, tapi 70 tahun.

    Ahmad Fadhli adalah budak mentah yg hanya tahu bahawa ilmu agama setakat utk menfitnah dan caci maki sesama manusia. Tak pelik sebab tok guru dia pun macam tu.

    MAsih terdapat lebih 9000 ekar balak yg belum diusik, dan Upayapadu telah iklankan tanah tersebut dgn nilai 36.8 juta utk dijual, so Ngeh dan Nga akan untung besar.

    Pembohongan macam ni cukup banyak berlaku di Kelantan, tetapi lebai2 munafiq PAS pandai sorok di sebalik imej kopiah dan serban.

    ReplyDelete
  7. ini cina perak banyak cilaka.semua mau ke serupa itu cina singapura banyak kurang ajar punya ka.kongkek mau,tanah mahu ,kuasa mau lagi apa lu mau cina dap balik tonsan le banyak cilaka.pikin kacau saja.jadi mp jadi mp le cukup banyak chibai punya cina

    ReplyDelete
  8. nik najis ni ulamak ker...? sape yg iktiraf mangkuk ni sbg ulamak..?

    ReplyDelete
  9. come on la. sepatutnya nik aziz dah letak jawatan. terlampau banyk isu yg melibatkan salah guna kuasa dlm kerajaan pimpinannya. tp tak mahu juga. dasar muka tembok, sbijik mcm anwar. mmg layak kena penampar sedas dua.

    ReplyDelete
  10. Mana ada pejuang Islam. Mereka adalah ahli-ahli politi yang memakai topeng masing-masing!

    ReplyDelete
  11. mereka bukan pejuangan islam mereka berjuang hendak ke putrajaya.

    ReplyDelete
  12. Rakyat Kelantan dibodohkan kerana dia tak tahu bagaimana MB membahagi kekayaan negeri Kelantan kepada juak-juak dia. Sampai juak-juak dia menjadi kaya. Ianya mungkin bertujuan untuk berbaik-baik dengan DAP.

    ReplyDelete
  13. nyayuk dh tua ni..kta kes nuar kosong mende nya..dna x nk bg..pstu de kemasukan..x reti lg ke..kta fitnah..bodo sngguh mu ni..

    ReplyDelete
  14. allh huakbar....Allah angkat yang hak(benar)....yang batil akan lenyap....sekarang dah tak kira lilit kepala besar ke kecil...kalau salah tetap salah..tak payah dalih lagi...Dulu kita sokong dia sebab nampak alimnya ..bila kuasa dah jadi mutlamat dia bedal semacam jer...dah tak nampak keilmuan dalam diri....apanak jadi???? ambo pun tak nak sokong doh...sampai dalam hati sakit nya..doh lah pulok kawan dengan ANUar...nau zubillah himin zalik...ya ..tuhan jauh lah aku dari mereka-mereka ini.

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com