iklan nuffnang

pages

Wednesday, November 21, 2012

Tahniah KSN: Prinsip 'time-based' diperluas kepada 1.42 juta kakitangan


KLUANG - Kerajaan mencadangkan kenaikan gred berdasarkan prinsip time-based kepada penjawat awam akan diperluaskan kepada semua sektor perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa berkata, kira-kira 1.42 juta kakitangan awam di seluruh negara berpeluang  untuk menerima kenaikan gred berkenaan berikutan cadangan kerajaan untuk memperluaskan kenaikan gred secara automatik.

“Cadangan tersebut sedang diteliti kesesuaiannya sebelum dilaksanakan di sektor perkhidmatan awam.

"Kita akan perkenalkan secara menyeluruh tidak lama lagi selepas kekangan terutama dari segi perbelanjaan dapat diatasi sepenuhnya, selain kita kena ambil kira hasil dan perbelanjaan negara.

“Bagaimanapun kita perlu menunggu laporan khas daripada Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

“Ini kerana suruhanjaya khas itu juga sedang mengkaji cadangan berkenaan dan mereka akan menyerahkan laporan kajian mengenai skim kerajaan serta perkhidmatan awam, 31 Disember nanti,” katanya semasa dalam sesi soal jawab pada Majlis Amanat dan Sesi Interaksi bersama Penjawat Awam Daerah Kluang, di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan, di sini, semalam.

Sebelum ini, hanya penjawat awam di sektor pendidikan dan kesihatan sahaja yang menikmati kenaikan gred berdasarkan prinsip ‘time-base’ atau secara automatik tanpa perlu menghadiri temuduga.

Dalam majlis sama, Ali turut menasihatkan para penjawat awam supaya bijak menguruskan kewangan mereka terutamanya penggunaan kad kredit.

“Setakat ini, seramai 2,011 penjawat awam sudah diisytiharkan muflis dan antara faktor utama yang dikesan adalah penggunaan kad kredit yang tidak berhemah.

“Oleh itu, saya harap penjawat awam berhati-hati dalam penggunaan kad kredit ini,” katanya.

3 comments:

  1. Masih di peringkat cadangan kan? Kalau kriteria time based semata tanpa penilaian lain, makin pemalas la penjawat awam ni.. Aspek kekosongan jawatan, seniority dsb perlu juga diambilkira..

    ReplyDelete
  2. banyak mamak jadi melayu / tada kah melayu betul dalam umno?

    ReplyDelete
  3. macam mana saya nak jadi bumiputra / boleh kasi tahu mamak

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com