iklan nuffnang

pages

Monday, November 26, 2012

Piala AFF: Rajagobal SALAHKAN Apex Punca Malaysia KALAH


KETUA jurulatih Datuk K. Rajagobal kecewa dengan persembahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Beliau berkata, kesilapan yang dilakukan oleh Khairul Fahmi yang dikenali dengan nama 'Apek' pada separuh masa pertama menyebabkan moral pemain pasukan kebangsaan terus merosot namun beliau memuji kebangkitan yang ditunjukkan pada separuh masa kedua.

"Dia (Khairul Fahmi) membuat kesilapan dan memberi kesan kepada moral pemain... sejujurnya saya tidak menyangka kita akan tewas dengan keputusan malam ini (tadi).

"Saya cuma menjangkakan kita kalah dengan keputusan 0-1 atau seri dengan pasukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Tiga gol skuad Singapura dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta pemain naturalisasi dari Bosnia, Aleksandar Duric pada minit ke-75.


Mengulas lanjut, Rajagobal berkata, keputusan tersebut memberikan kesukaran kepada mereka untuk mencari mata bagi melepasi peringkat kumpulan.

"Kita harus menempuhi jalan sukar selepas ini dan suka atau tidak, kita perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan," katanya.


Dalam pada itu, jurulatih Singapura Radojko Avramovic berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap skuadnya dapat terus mengekalkan momentum dalam menentang Indonesia Rabu ini dan Laos pada 1 Disember ini.

"Ini adalah permulaan baik dan saya tabik anak buah saya atas usaha cemerlang mereka. Kadang-kadang kami bernasib baik untuk menghasilkan jaringan dan adakala sebaliknya," katanya.
Mengulas pertemuan antara Laos dan Indonesia sebelum ini, Avramovic berkata beliau terkejut dengan prestasi Laos yang berjaya mengikat lawannya 2-2.

"Secara umum, Laos mengejutkan saya. Saya percaya mereka datang untuk memenangi semua perlawanan dan tenaga yang ditunjukkan oleh Laos pada perlawanan pembukaan adalah hebat," katanya.

Malaysia, selaku juara bertahan akan menentang Laos Rabu ini sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Indonesia pada 1 Disember ini.

16 comments:

  1. Dia tak sambut deepavali nak salahkan org lain plak. ;)

    ReplyDelete
  2. sindrom menyalahkan orang lain

    ReplyDelete
  3. KO LA RAJAGOPAL YANG PATUT DIPECAT

    ReplyDelete
  4. seluruh FAM dari yang paling atas sampe tukang kebun patut dipecat, termasuk BN sekali. kalu tak sukan ape pn, Malaysia tk akan maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodohnya lu!Nak harapkan Pakatan, dijubonya lu nanti.

      Delete
    2. ko ni asyik ingat jubo aje...tk de benda lain ke? mesti spesis UMPorno ni..Jijik

      Delete
    3. ingat pakatan,ingat jubo. itu hakikat.

      Delete
  5. Haprak punya Jurulatih ada ka main hanya untuk seri atau kalah 0-1 macam ini pu ada ka jurulatih. Dua tahun dulu dia dah tau Malaysia akan kalah piala AFF tahun ni

    ReplyDelete
  6. ini bukan masalah jurutalih tapi masalah EF-EA-EM yg diterjui oleh org yg tak berkaliber... hanya berkaki lebar saje... senang je ... bila kalah jurulatih jadik mangsa. walhal penyakit dlm EF-EA-EM dah lama membarah sebab pengurusan yg tak boleh ditegur... kalau cam ni panggillah siapa pun jadik jurulatih pasti letih... ini memang stail m'sia... tengok Pasukan Hoki kebangsaan apa jadi??? jurulatih dunia pun kita bayor, tapi akhirnya melingkup jugak akhirnya.. mutu hoki jadi kutu... takkan salah jurulatih jugak... ini terang2 masalah pengurusan yg lemah cangguk... letih bro letih kalu camni... duit rakyat dah banyak abis... yg penuh poket kroni2... las-las jurulatih yg kena kutok... kalau menang bagi gelaran... apa nak buat dgn gelaran tu ... kena kutok jugak... apa gelaran tu boleh jamin masa depan jurulatih tu ker... itu hanya gula2 jer...

    ReplyDelete
  7. dont force him to resign. he will resign after this. i hope malaysia lost to laos. so that he van leave as early as possible.

    ReplyDelete
  8. ni mesti doa ko ko pas ni,tu yg kalah

    ReplyDelete
  9. klu kalah semua perlawanan ni mesti doa ko ko tu mnjadi

    ReplyDelete
  10. Betul tu otaklunyai, aku sokong kamu, jurulatih bukan penyebab kekalahan memalukan ini, mengurus sebuah pasukan bolasepak bukan macam mengurus sebuah syarikat. Macam Choong Wei jugak kalau dulu dia berlatih bawah BAM rasanye tak kemane dia pun, setiap pemain bola sepak perlu kental dari segi mental dan fizikal, bukannye terus lembik harubiru bila baru kena sebijik gol. Tgk corak permainan pemain harimau, tiada kualiti sebagai juara bertahan, passing hancus...teknik serangan mudah dipatahkan, nak makan sorang2, Kalau skuad kebangsaan ini di jadikan skuad tetap dan akan berlawan dengan skuad negeri2 rasanya persefahaman antara pemain akan lebih jitu.

    ReplyDelete
  11. Suruh aje Hj Najib Al Wassatiyah jadi striker dan Kah Mah jg gol Keeper. Raja G kita lantik jd PM..amacam?

    ReplyDelete
  12. Bagi aku..cuba kita tukar 'pemain bola kebangsaan' kepada 'PEJUANG BOLA KEBANGSAAN'..Era masa kini bukan lagi untuk pemain main bola..cuba kita tengok Laos, Vietnam dan Filipinna yg dulunya menjadi sarapan Malaysia, tetapi selepas mereka berubah kepada 'PEJUANG BOLA' maka cara permainan mereka berubah sehinggakan ibarat kalau kalah dihukum tembak aje lagaknya..
    Jurulatih tempatan yg letih ni patutnya dihantar mengajar pemain bawah 18 tahun aje..FAM patutnya ambil Jose Maurinho sebagai jurulatih kebangsaan. Aku serius ni..hang jangan dok gelak! biaq aku gelak sorang cukuplah..KAH KAH KAH KAH KAH....

    ReplyDelete
  13. Malaysia Bolih! Sebab didalam Dunia hanya Malaysia saja yg ada Presiden FAM seumur hidup. Kalau di hidup sampai 100 tahun, itulah tahap bolasepak Malaysia...nak ubah macamana kecuali pecat semua didalam FAM dan gantikan orang orang yg benar benar ada pengetahuan tentang bolasepak dan mahir didalam latihan saintifik kerana sistem latihan yg kita ada jauh ketinggalan zaman..asyik sayik main passing long ball sedangkan built up to attacking football lebih berkesan dengan short passing. Kalau dilihat semalam, Singapura kotak katikan Malaysia yg bermain macam budak budak sekolah.

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com