iklan nuffnang

pages

Tuesday, October 9, 2012

[GAMBAR] Pelakon, Hanez Suraya berpelukan bersama ramai lelaki


KUALA LUMPUR – Satu gambar yang memperlihatkan pelakon wanita, Hanez Suraya berpelukan bersama ramai lelaki tersebar meluas di ruang internet ketika ini.

Gambai itu jelas menunjukkan Hanez sedang berseronok di kelab hiburan sambil memeluk lelaki.
Bagaimanapun, Hanez menerangkan gambar yang tersebar itu adalah gambar lama iaitu lima tahun yang lalu.





Untuk tidak mahu membuatkan ramai pihak salah faham mengenai dirinya, Hanez menerangkan semua lelaki itu adalah teman-teman rapatnya.

Malah, dia yang sekarang ini juga sudah tidak berperangai seperti dalam gambar itu.
“Itu semua gambar lama. Kalau tidak silap saya, gambar tersebut telah dirakamkan 5 tahun yang lalu. Semua lelaki yang ada dalam gambar itu adalah kawan lelaki saya yang rapat dengan saya.

“Ada juga antara mereka adalah teman lelaki kepada kawan baik saya. Saya memang mengaku dipeluk lelaki itu. Namun, itu semua zaman dulu saya waktu buat silap. Sekarang saya sudah bersih dan tidak lagi sebegitu.

“Antara banyak-banyak lelaki itu, tiada seorang pun yang pernah menjadi boyfriend saya. Gambar itu memang dirakamkan di Malaysia. Masa gambar ini tersebar pun saya sudah tidak lagi sebegitu,” kata Hanez yang dipetik dari portal Murai.com.

Kata Hanez, gambar-gambar yang tersebar adalah bukan milik peribadinya.

Dia juga berpendapat penyebaran gambar-gambar kontroversi itu bertujuan untuk menjatuhkan kerjayanya yang kian meningkat naik.

Hanez mengakui gambar itu menyebabkan dirinya tertekan tetapi tidak lagi kini kerana dia berjaya mengatai tekanan itu kerana memikirkan kontroversi yang timbul adalah lumrah hidup sebagai pelakon.

“Kebanyakan gambar itu bukan milik saya. Mungkin ada pihak tertentu yang sengaja siarkan gambar itu kerana mereka dengki. Alhamdulillah, saya dah boleh kawal perasaan saya dengan cerita kontroversi mengenai gambar ini.

“Sebelum ini, saya ada sedikit tertekan. Sekarang ini pun, saya hanya ada rasa terkejut kerana gambar-gambar tersebut masih terus disebarkan dan dikemaskini seolah-olahnya ianya adalah gambar terbaru saya,” katanya.

3 comments:

  1. Tak pa nanti akan dtg dia masuk PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu ade button "LIKE", saya dah click dah. hehe

      Delete
  2. Nama pun artis berapa % artis yang baik,tak bermoral lebih banyak kot sebab akhbar ari-ari memaparkan perangai artis yang berbagi termasuklah kawin cerai, berlakun pun bukan bagus sangat, cuba lihat pelakun terdahulu dihormati hingga kini, dah jadi macam anuar Ibrahim gambar muka dia pun tak mengaku dia di akhirat nanti jawablah macam tu dengan Allah, sekecil zarah pun kebaikan Allah akan balas begitu juga kemungkaran yang kita lakukan. ingatlah wahai manusia seperti Hanez apa pun alasan kau, Haram tetap haram itu hukum Allah tidak boleh diubah-ubah.

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com