iklan nuffnang

pages

Monday, September 24, 2012

Vanida Berkeras TIDAK JATUH TALAK Kerana Dialog Filem 'Untuk Tiga Hari' -

Vanidah dan Rashidi bergandingan dalam filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki.
PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.

Vanidah yang dihubungi mStar Online di sini Isnin berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

"Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya.

Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku," tegasnya.

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

"Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya.

Antara dialog dalam Untuk 3 Hari ialah:
Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai.

Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.

"Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok," katanya.

Sudah kah anda menonton filem 3 hari lakonan Vanida Imran, Rashidi Ishak, Afdlin Shauki dan Ayu Raudhah?

Dalam filem tu Vanidah Imran berlakon jadi watak Ujie yang kahwin dengan Afdlin Shauki yg pegang watak Armi. Manakala Rashidi Ishak watak Zhafrin yang kahwin dengan Juwita.

Kenapa pulak timbul isu Rashidi Ishak lafaz cerai terhadapVanida Imran kerana Zhafrin (Rashidi) yang kahwin dengan Juwita dan hendak ceraikan Juwita (Ayu Raudhah) supaya dia boleh nikah dengan Ujie (Vanida Imran).

8 comments:

  1. Kepada Vanida : Tak salah pi tanya elok2 Ahli Agama, minta lah pandangan mereka, bagi tahu yang sebenar. Tak perlu heboh2 kepada media. Itu akan lebih menenangkan anda suami isteri

    ReplyDelete
  2. aku juga yakin Vanida tidak jatuh talak kerana tiada satu ayat pon yang boleh dikaitkan secara jelas lafaz talak dalam cerita itu.

    Walau pon demikian, jumpa lah mereka yang mahir selok belok agama. Jangan buat tafsiran sendiri

    ReplyDelete
  3. yang bodoh tu pengarah filem..
    dah tau hukum islam tidak boleh dibuat main2 dalam soal nikah kawin dan lafaz dalam apa jua keadaan.
    dah takder modal lain sampai soal hukum islam pun difilemkan.

    ReplyDelete
  4. Macam kurang percaya Dato Harussani boleh kata yang sedemikian... Bukankah ianya bergantung kepada niat seseorang itu? Dalam hal ini, niatnya adalah kerana lakonan dan tidak sebab untuk jatuh talak kerana nama juga berbeza... Islam itu indah dan mudah tetapi kadang kala disusahkan oleh orang-orang yang sepatutnya menjadi rujukan. Mufti dan ustaz sekalian, baik yang hijau atau yang biru atau yang putih, janganlah kelirukan kami semua...

    Z

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai tuan yang tidak bijak laksana

      Bab talak ni tidak bergantung pada niat lah, kalau ko lafaz talak kpd isteri ko sambil bergurau pon jatuh talak tau

      Cuma dalam isu ini, adakah wujud lafaz talak tu (sama ada lafaz secara nyata atau tidak nyata)

      Bagi komen tentang Islam kena ada ilmu tau

      Delete
    2. aku lagi mcm tak percaya ada orang yg tak berilmu tapi nak komen pandangan mufti..
      ustaz mana yg ajar cerai bergantung pada niat...
      kalau kau cakap "aku ceraikan isteri aku" depan kucing sekali pun...isteri kau yang tengah makan nasi kat rumah tu dah secara automatiknya dah jadi bekas isteri kau, sebab talak dah jatuh....kesiann

      Delete
    3. agreed. talak boleh jatuh dalam macam-macam cara.

      dalam Islam ni antara benda yang kalu main-main pun sah, kalau betul-betul lagi lah sah adalah cerai.

      banyak lagi konsep lain. taklik dan sebagainya. langgar jer jatuh terus.

      Delete
  5. pengarah pon satu hal...cari la org lain....or jgn gandingkan depa sbg suami isteri dlm filem...bahaya

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com