iklan nuffnang

pages

Sunday, September 9, 2012

[VIDEO] Tarian Kuda (Gangnam Style) Korea BERJAYA pengaruhi Amerika dan Dunia

HART menari tarian kuda bersama Psy pada Anugerah Muzik Video MTV di Pusat Staples, Los Angeles kelmarin
LOS ANGELES - Penyanyi rap Korea Selatan yang menjadi terkenal dengan mendadak di Amerika Syarikat (AS), Psy menari tarian kuda bersama hos Anugerah Muzik Video MTV, Kevin Hart di Pusat Staples sini kelmarin.

Tarian kuda itu kini menjadi popular ekoran ia dipersembahkan menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube sejak 15 Julai lalu.

Klip video kini telah ditonton lebih 117 juta kali di laman tersebut.

Psy mendapat tepukan gemuruh daripada penonton selepas dia membuat persembahan tarian itu.

"Anda dilihat lebih 100 juta kali di YouTube ketika ini kerana Gangnam Style. Bagaimana perasaan anda?" soal Hart kepada penyanyi itu


Psy yang berbadan gempal dan tidak menyangka akan menjadi popular di AS kerana tarian tersebut kemudian menjawab dalam bahasa Korea: "Saya berasa hebat dan saya berasa amat gembira dan pada satu ketika saya mahu bercakap dalam bahasa Korea di atas pentas ini. Tidakkah ia menggagumkan?"

Jawapan itu menyebabkan Hart kebingungan namun dia berpura-pura memahami jawapan Psy.

Psy kemudian bertanya kepada Hart: "Adakah anda tahu apa yang saya perkatakan?"

Muzik lagu tersebut kemudian bergema di pusat tersebut.

Turut menyaksikan persembahan itu ialah penyanyi Katy Perry yang sebelum ini menyatakan minatnya terhadap tarian itu.

Sebelum anugerah itu, Psy dan kumpulan nyanyian dari Britain, The Wanted turut membuat persembahan di Teater Avalon di Hollywood.

Psy membuat persembahan lagu Gangnam Style dan tarian kuda bersama anggota-anggota kumpulan tersebut.

Populariti Psy menerusi tarian itu telah menyebabkan pengurus Justin Bieber, Scooter Braun mengundang penyanyi rap tersebut ke AS baru-baru ini. - Agensi



Pengaruh Gangnam Style di Malaysia

 Pengaruh tarian kuda (gangnam style) Korea Selatan ini juga telah meresap Malaysia. Video Suasana Gangnam Raya yang mempamerkan keakraban keluarga Anak Cucu Tok Haroon (ACTH) menarikan tarian Gangnam Style kini sudah ditonton sehingga 990,000 kali di laman sesawang, YouTube.

Salah seorang ahli keluarga itu, Rohiman Haroon, 51, berkata, dia sama sekali tidak menyangka video tersebut mampu mencecah angka tontonan yang tinggi memandangkan ia dibuat hanya untuk berseronok sahaja.

Menurutnya, idea tersebut datang setelah salah seorang anak saudaranya menyatakan hasrat untuk merakamkan aksi mereka sekeluarga sebagai kenang-kenangan.

"Pemilihan lagu dipilih secara spontan. Malah, saya sendiri ketika rakaman itu dilakukan baru pertama kali menyaksikan video lagu korea tersebut.

"Keluarga kami memang erat dan itu menambah kemanisan pada video tersebut yang menarik hati ramai orang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Video berdurasi selama empat minit itu menjadi fenomena setelah mendapat tontonan yang tinggi dalam masa yang singkat.

Tambah Rohiman, rakaman itu dibuat di sebuah banglo yang disewa di Bukit Beruntung, Shah Alam sebagai lokasi merewang mereka sekeluarga pada malam raya dan hari raya pertama lalu.

Oppa Gangnam Orang Sabah Style



2 comments:

  1. pelik aku tarian mcm ni boleh popular seluruh dunia

    ReplyDelete
  2. takde pekdah. org melayu dh boring kot ngn tarian india.

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com