iklan nuffnang

pages

Wednesday, September 26, 2012

[MURAH] Aini Bekam Bangi Cuma Serendah RM5 Per Cup

RAWATAN bekam yang yang dilakukan oleh Pengurus Pusat Bekam Aini, Noraini Tumijan di Bangi.
Terapi alternatif singkir kotoran bantu segarkan tubuh, wajah

KEINGINAN hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.
Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.

Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya ketika ditemui di premis miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

“Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama,” katanya.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.

“Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

“Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit,” katanya.


TEKNOLOGI bekam kini menggunakan gelas kaca yang bersih dan bebas hama.
Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

“Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk berehat selepas menjalani sesi rawatan.

“Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan,” katanya.

Katanya, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.

Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca.

Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.

“Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar,” katanya.

Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.

Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.

“Lazimnya bekal dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.

“Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya.

“Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan,” jelasnya.

Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.

“Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita,” jelasnya.


INFO

Bekam


* Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.

* Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.

Alat Bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.

Larangan Berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan Berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.


Jenis bekam

Bekam kering


Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.


Hubungi:

PN.NORAINI

019-2608092/0192957929

PUSAT BEKAM AINI
3A-2-2A JALAN MEDAN PB2A
SEKSYEN 9
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR
(Landmark atas kedai dobi cinta alam)


 http://www.bekamwanita.com.my/

46 comments:

  1. aku selalu pergi, selesa, dalam bilik, katil rawatan terkini,

    pekerja mahir, cekap, pantas

    ada ruang menunggu - ada TV

    ReplyDelete
  2. tapi kena buat appointment dulu, call dulu

    ReplyDelete
  3. kalau banding dengan yang ada kat Econsave tu, sini jauh lebih profesional

    harga kat Econsave tu RM15 satu CUP, aku dah kena RM600, mahal giler

    Bila dah jumpa Aini Bekam ni, sekali bekam cuma RM60-80 je, tu pon dah banyak cup

    ReplyDelete
  4. bekam kat Econsave tu cekik darah

    ReplyDelete
  5. aku puji Aini Bekam, pergi lah cuba, selesa & mudah

    ReplyDelete
  6. aku dah mula berminat... akan datang nak try kat Aini Bekam...

    ReplyDelete
  7. tq atas komen yang membina..sy pemilik aini bekam..harap sudi datang lg ke pusat rawatan sy yer..

    ReplyDelete
  8. hi..sy lah pemilik aini bekam..terima kasih atas komen yg membina..harap sudi datang berbekam lg yer.tq

    ReplyDelete
  9. Puan Ain, Lelaki boleh buat bekam juga ke kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki boleh Bekam

      Delete
    2. ya lelaki pn blh bekam juga tp bwk la teman yer.tq

      Delete
    3. Salam...Laki kena bawa teman? hmmm..kalau saya yg masih bujang ni kena bawa teman wanita saya ke? takut dia geli tgk darah lak...
      Kalau bekam utk pesakit kencing manis boleh ke?

      Delete
    4. kalau dia geli tgk drh dia ,ada blk menunggu disediakan..kencing manis blh bekam.jgn risau sb tusukan tidak akn mengakibatkan luka

      Delete
  10. Blh pegi ni...kt s.alam satu cup 20..mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow mahalnyer ..dtglah kekedai sy..terbaru sy buka cawangan di KL

      Delete
    2. Kl kt mane? Harga tetap same kn?

      Delete
    3. Kl kat gurney height condo..awk blh tgk kt blog sy www.bekamkl.my..ya harga sama jer

      Delete
  11. I'm really enjoying the design and layout of your website. It's a
    very easy on the eyes which makes it much more
    pleasant for me to come here and visit more often.

    Did you hire out a designer to create your theme?
    Outstanding work!
    Also visit my web-site http://eid4ever.artfew.com

    ReplyDelete
  12. kalau leleki yang buat lelaki juga ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jurubekam lelaki ada di cawangan kl setiap ahd 2ptg hingga 7mlm

      Delete
    2. Jurubekam lelaki di cawangan kl setiap ahd 2ptg hingga 7mlm

      Delete
    3. Jurubekam lelaki ada di cawangan kl setiap ahd 2ptg hingga 7mlm

      Delete
    4. Jurubekam lelaki ada di cawangan kl setiap ahd 2ptg hingga 7mlm

      Delete
    5. Jurubekam lelaki ada di cawangan kl setiap ahd 2ptg hingga 7mlm

      Delete
    6. Jurubekam lelaki ada di cawangan kl setiap ahd 2ptg hingga 7mlm

      Delete
  13. salam,
    puan sy nak buat appmt..bila boleh sy buat bekam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...sms sy bila pilihan waktu nak buat bekam yer..0192608092

      Delete
  14. salam puan.. sy ingat nak buat bekam untuk resdung.. huhu... boleh ke?

    ReplyDelete
  15. salam puan,

    saya nak bua bekam untuk sakit tumit. saya nak berbekam hari rabu, 17/4/2013, jam 8.00mlm.bleh ker?

    ReplyDelete
  16. sebarang tempahan untuk bekam sila sms sy di ta,lian 019-2608092 .ini adalah kerana saya jarang nak buka blog orang lain disebabkan kesuntukan masa.harap maklum

    ReplyDelete
  17. aini bekam murah ni orang indonesia ke?
    kenapa berniaga dalam blog kak aini perlu letak isu politik? kak aini tahu ke yg anwar ibrahim tu sokong isreal dan tun m sokong penubuhan islam? betul ke Malaysia kini negara islam yg mengamalkan 100% ajaran islam? tolong jangan buat fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya org malaysia.blog saya www.bekamwanita.com.my dik.tiada langsung saya masukkan unsur politik dalam blog saya.harap awak dapat baca betul2 apa yang saya tulis dalam blog saya yer.saya x minat langsung politik2 ni.harap maklum

      Delete
  18. puan, akupuntur buat tak?

    ReplyDelete
  19. ade jual pen bekam ke puan??
    berminat utk membeli

    ReplyDelete
  20. Pen cari di farmasi je. Cakap nak 'blood test pen', beli extra needles untuk guna lain kali

    ReplyDelete
  21. Assalam Kak,

    Perkhidmatan bekam ni masih aktif ke? Saya nak buat dan saya nak set appointment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..dtglah kedai saya dibangi.tapi buat apmt dulu ya dik

      Delete
  22. baru buat bekam kt giant. pusat rawatan syarikat s.m.amin punyer. geramnyer dia dia letak cup bnyk2 tanpa tanya kite yg nak bayar ni dulu.. nahh beratus kene.. cup saiz kecik tp harga 1 cup rm20. tepaksa carik atm jolok duit. nyesal pegi situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai cust yg mengadu dikenakan cas mahal kat situ..dtglah kedai saya rm5/per cup sahaja dan tiada cas2 tersembunyi.

      Delete
  23. Slm...kalau suami saya nak jenis bekam kaca ..boleh tak..kiraan bayaran mcmne..die taknak plastik

    ReplyDelete
  24. salam..ade bekam kat muka tak? salu kne brpe cup kat muka

    ReplyDelete
  25. salam..ade bekam kat muka tak? salu kne brpe cup kat muka

    ReplyDelete
  26. Saya berminat .sakit tak ?

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com