iklan nuffnang

pages

Sunday, June 3, 2012

TAKBIR Cara PAS Bercanggah Dengan Sunnah Rasulullah





Terdapat sebahagian kelompok atau pihak-pihak tertentu seumpama PAS yang gemar dan sering melaung-laungkan takbir “Allahu Akbar” atas pelbagai alasan yang tidak bersandarkan kepada sunnah tetapi seakan-akan mendahulukan akal dan logik. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi syi’ar dan simbol agama. Padahal ianya menyalahi dalil dan nash-nash yang sahih lagi terpercaya.

Mari kita lihat secara ringkas dan mudah persoalan ini dari sudut dalil dan pandangan ulama.

“Dari Abi Musa radhiallahu ‘anhu ia berkata: Kami pernah bersama Rasulullah dalam suatu perjalanan, kemudian orang-orang mengeraskan suara takbir mereka, maka Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Wahai para manusia, kasihanilah dirimu dan rendahkanlah suaramu! sesungguhnya kamu tidak sedang menyeru Zat yang tuli (pekak) dan tidak juga yang jauh. Sesungguhnya kamu sedang menyeru Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat.” (Riwayat al-Bukhori, 3/1091, hadis no: 2830. Dan Muslim, 4/2076, hadis no: 2704)

Imam an-Nawawi menjelaskan maksud hadis ini dengan berkata:

“Kasihanilah dirimu, dan rendahkanlah suaramu, kerana mengeraskan suara, biasanya dilakukan seseorang, kerana orang yang ia ajak berbicara berada di tempat yang jauh, agar ia mendengar ucapannya. Sedangkan kamu sedang menyeru Allah Ta’ala, dan Dia tidaklah tuli (tidak pekak) dan tidak juga jauh, akan tetapi Dia Maha Mendengar dan Maha Dekat… Sehingga dalam hadis ini ada anjuran untuk merendahkan suara zikir, selama tidak ada keperluan untuk mengeraskannya, kerana dengan merendahkan suara itu lebih menunjukkan akan penghormatan dan pengagungan. Dan bila ada kepentingan untuk mengeraskan suara, maka boleh untuk dikeraskan, sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis.” (Syarah Shahih Muslim, oleh Imam an-Nawawi 17/26)

“Diriwayatkan dari Qais bin ‘Abbad ia berkata: Dahulu para sahabat Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam tidak menyukai untuk mengeraskan suara pada tiga keadaan, iaitu: di saat berperang, menghadiri janazah, dan pada saat berzikir.“ (Riwayat Ibnu Abi Syaibah, 6/143, no: 30174, Al Baihaqi 4/74, dan Al Khathib Al Baghdadi dalam kitabnya Tarikh baghdad 8/91)

Kesimpulan:

Berdasarkan hadis-hadis dan kenyataan imam an-Nawawi tersebut, jelaslah bahawa perbuatan melaung-laungkan takbir bukan pada tempatnya malah dengan kaedah yang jauh menyimpang dari suruhan sunnah adalah sesuatu yang bercanggah dengan sunnah.

Maka, cara yang benar adalah dengan bertakbir atau berzikir itu secara perlahan-lahan bukan diperkuatkan suaranya sehingga diperdengarkan kepada orang lain. Sesungguhnya zikir adalah ibadah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat. Bukan untuk diperlagukan dan diperlaungkan untuk pendengaran manusia lainnya.

Untuk memahami dengan lebih lanjut berkenaan perbahasan zikir ini, bolehlah merujuk artikel di pautan berikut:

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/05/096-sunnahkah-berdoa-berzikir-dengan.html

25 comments:

  1. ini jadinya bila orang jahil berlagak alim dan sering mengangkat diri sendiri sebagai ulamak...

    bila sering kata mereka paling baik dalam dunia ini berbanding orang lain lain, kata UMNO kafir

    ReplyDelete
  2. berlagak alim ...benda basic pn tak tahu..apa la Pas..kesian Islam di pergunakan

    ReplyDelete
  3. berjoget atas pentas bersama k-pop tu alim agaknya ya...menggalakkan maksiat alim agaknya ya... fikir-fikirkanlah yang mana lebih baik, takbir atau k-pop..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang salah tetap salah..
      ini lah perangai orang Pas, tetap pertahankan kebatilan dan cuba cari salah dan tunding jari kepada benda lain

      Delete
    2. bukan mencari alasan dan bukan menuding jari pada sesiapa...tapi bukankah bertakbir itu perbuatan yang baik....mungkin adakalanya caranya saja yang tak kena, apakah itu dikatakan islam dipergunakan....rasanya joget kpop di sebuah negara islam dihadiri marjoriti anak muda islam adakah itu menghormati islam?

      Delete
    3. dah ada hadith, ngaku lah takbir cara Pas yang menjerit-jerit tu salah

      kenapa nak tukar topik ke cerita lain

      cuba jadi orang Islam yang berani mengaku kesalahan bila buat salah

      jangan sombong

      Delete
    4. bukan sombong..takbir itu baik, caranya saja ada kala tak kena cara ,kalau nk dibandingkan dgn kpop mana yang banyak salahnya....ngaku sajelah jangan sombong

      Delete
    5. kalau bkn sombong maknanya bodo sombong la tu!!! bising kuat plak pasal k-pop tuh..padahal menteri tu dh mntak maaf dh pun...kelate pop xnk ungkit plak..bab nk menyesatkan umat mmg tugas bngsa pas la... ingat! ramai lg umat islam ada bumi malaysia ni bkn ahli2 pas sj yg islam (padahal ahli2 kelab penyokng pas pun tak pnah terpikir nk masuk islam)

      Delete
    6. Takbir apabila Cina kapir baca surah yang tak betul sebutannya atas pentas. Yang sedapnya selepas bersyarah cina laknat menyebut takbir, yang kelakarnya pak lebai Pas terus takbir. K-pop bernyanyi dan dia tak paksa orang menontonnya. Kalau belia Islam tak nak tengok tak apa ada juga belia bukan Islam yang nak tengok. K-pop tak suruh orang takbir. Lagi pun ada program keagamaan di Himpunan sejuta belia.

      Delete
    7. Pasal k-pop bkn main jaja...yg seksi org bkn islam ponn..

      Yg gi tgk bola kelantan serambi mekah pkai mcm nk masuk neraka xde plak ko bising...
      Blm ckp psl perangai lg...

      Tahap iman ko ni nipis penuh nafsu dan dendam dgn sesama islam...

      Cermin2 diri dulu

      Delete
  4. aku percaya, lepas ni akan ada fatwa dari pemimpin Pas untuk membenarkan perbuatan salah mereka

    percaya lah..

    Kerana mereka bukan perjuang Islam tapi perjuangkan politik dan kuasa dunia yang sementara

    ReplyDelete
  5. mana lebih baik takbir ALLAHU AKBAR ke laungkan HIDUP MELAYU

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini lah kaedah orang Pas keluarkan fatwa

      ikut sedap dia je buat hukum

      takbir cara Pas tidak akan jadi betul dengan buat perbandingan mcm tu

      salah tetap salah

      Delete
    2. pas bertakbir di atas nafsu politik atau yg sesuai di sebut duniawi, bknnya ke atas roh islam tu sendiri..jd jgn sedap2 mulut je nk kuarkan fatwa sbb pas LANGSUNG TAK BERHAK!!!!!

      Delete
    3. Abes mana slogan membangun bersama islam tu pergi???

      Dah jd negara berkebajikan pulak...

      Terus menyorok islam korok mu bila berdepan sekutu yg dulu kamu panggil kafir haram sedang kamu berdakapan sekarang pula...

      Delete
  6. KPop tu untuk hiburan bukan Islam, bagi yg Islam dihidangkan nasyid, marhaban.. macam dibenarkan jual daging babi, arak, pusat urut dan kelab malam di selangor dan disemua negeri lah bro..Itu sema untuk bukan Islam..tak tau lah kalu enkorang PAS pun ada ikut sama masuk. Tapi kalu dah boleh terima budaya PKR dan DAP,apa masalahnye??

    ReplyDelete
  7. Sejak Pas memerintah kedah Pusat Puast hiburan dan kedai arak kenapa meninggkat.Kenapa pap lebai biol tak tidur atas jalan demo.diam membisu?

    ReplyDelete
  8. Takbir 'Allah Huakbar' bagi pas adalah satu adat dan tidak di sandarkan pada agama... seperti 'Hidup Melayu' pada umno. Kenapa tak ulas zikir 'Hidup Melayu' pula... sebab, tiada yang dikaitkan dengan agama

    ReplyDelete
  9. Kami mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah, hutang selesai. Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.


    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..



    Jika adik2 semua tak yakin, buktikan video dibawah adalah tidak benar

    http://www.youtube.com/watch?v=TtEnNzCwXCk&feature=player_embedded

    Mohon Adik2 Semua Lari Dari Puteri Dan Pemuda UMNO. 4 juta anak2 muda perlu lari segera tanpa perlu berdolak dalik. Pergerakkan Puteri Dan Pemuda UMNO Bakal Dibubarkan Sebelum PRU Ke-13. Perjuangan mereka sudah tidak betul. Mereka hanya pandai menerapkan budaya samseng kepada adik2 semua. Lihat sendiri BUKTI di bawah jika tak percaya..

    BUKTI * (MESTI TONTON)



    ~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



    ~Pergerakan Pemuda Dan Puteri UMNO Terengganu Pergerakan TerBODOH Sepanjang ZAMAN~
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1




    p/s: copy, paste & edit dari 'Adik Sayang'

    ReplyDelete
  10. Kami mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah, hutang selesai. Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.


    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..



    Jika adik2 semua tak yakin, buktikan video dibawah adalah tidak benar

    http://www.youtube.com/watch?v=TtEnNzCwXCk&feature=player_embedded

    Mohon Adik2 Semua Lari Dari Puteri Dan Pemuda UMNO. 4 juta anak2 muda perlu lari segera tanpa perlu berdolak dalik. Pergerakkan Puteri Dan Pemuda UMNO Bakal Dibubarkan Sebelum PRU Ke-13. Perjuangan mereka sudah tidak betul. Mereka hanya pandai menerapkan budaya samseng kepada adik2 semua. Lihat sendiri BUKTI di bawah jika tak percaya..

    BUKTI * (MESTI TONTON)



    ~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



    ~Pergerakan Pemuda Dan Puteri UMNO Terengganu Pergerakan TerBODOH Sepanjang ZAMAN~
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1




    p/s: copy, paste & edit dari 'Adik Sayang'

    ReplyDelete
  11. Kami umno bolih terima K pop sebagai budaya apa salah nya.

    ReplyDelete
  12. Masyaallah dah habis xde isu smpai pasal takbir nak kaitkan pas dgn bukan islam. Cuba tgk blk hadis diatas tu adakah dikatakan berdosa klau mengeraskan suara pada takbir. Tiada malah digalakan untuk sesuatu keadaan.
    Bg pihak yg ckp umno lebih islam dr pas cuba tgk isteri2 pemimpin anda kenapa masih tidak bertudung sdgkan secara terangan dlm al quran mengatakan ia adalah dosa. Terangkan hati dan pikirkan. Tak perlu saya ungkitkan pasal kpop lagi yang mana lebih jauh berdosa besar.

    ReplyDelete
  13. satu malaysia tak de pahala dapat, sekurang-kurangnya dapat juga pahala bila bertakbir, suruh je si najib tu gunakan alhamdulilah ke subhanallah ke ganti satu malaysia baru best islam kat malaysia mcm sultan kelantan tukar daulat tuanku kepada takbir.perkara khilaf yang furuq mcm ni nak dibawa berbincang.hukum harus ikut suka engkau.lain la kalau niat nak menghina mcm sesetengah NGO tu elok2 takbir tukar jadi TAKE BEER. tapi niat atas masing2 dan Allah akan hukum berdasarkan perlakuan.

    ReplyDelete
  14. bertam nite k-pop x ulas plak drang nie eh..mungkin ade ustaz2 umno bg nasihat pada pemimpin2 ttg isteri mereka yg tidak menutup aurat...mungkin ade yg terima ade yg x..n bkn sume yg x bertudung..bini ts muhyiddin bertudung..kawan2 pas dl pr pun ade yg tak tutup aurat..siap ade video lg..x bising pun..x kan umno salah je br menyalak..Islam kn adil..kene la tegur bila sape2 salah..

    ReplyDelete
  15. Allah dah kasi rezeki, tamak kuasa pulak haiz....bersyukurlah kerana syaitan itu adalah musuh yang nyata. Kita semua bersaudara, sesama Islam walaupun orang kafir membenci (walau karihal kafirun)

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com