innity

pages

Friday, April 13, 2012

Edisi Panas! Datuk Siti Nurhaliza Kecam Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz!


Tindakan Zed Zaidi mengkritik kemenangan yang dinobatkan Pelakon Utama Filem Ombak Rindu Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular 2011 Anugerah Bintang Popular (ABP)- menerusi laman sosial Twitter mendapat beberapa maklumbalas negatif beberapa rakan artis.

Penyanyi No. 1 Tanah Air, Datuk Siti Nurhaliza mengecam tindakan Zed Zaidi yang dakwanya tidak sewajarnya berlaku dalam industri seni Negara dengan mempengaruhi pandangan beliau terhadap kemenangan Aaron Aziz menerusi undian pembaca Berita Harian.

Siti yang tekad membuat kenyataan tersebut atas tanggungjawab selaku salah seorang anak seni menjelaskan, mana-mana artis yang berkhidmat dan menyumbang tenaga di dalam Industri Seni Negara ini dibenarkan untuk menyertai Anugerah Bintang Popular (ABP) tanpa mengira faktor kerakyatan.

Malah Siti yang juga menperolehi kemenangan menerusi Anugerah Jubli Perak ABP 2011 menegaskan, ianya mempamerkan dunia seni Negara yang Universal dengan penyertaan Pelakon seperti Aaron Aziz ke dalam dunia seni Malaysia.

“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau, yang turut menerima Anugera Sri Perak pada majlis itu, kepada pemberita selepas majlis Minggu Setiausaha 2012 bertemakan ‘Afternoon of Elegance’ di Pusat konvensyen Persada Johor di sini, hari ini.

Aaron Aziz pada malam ABP 2011 buat pertama kalinya telah dipilih memperolehi jumlah undian tertinggi menerusi Anugerah Pelakon Lelaki Popular (Filem) dan seterusnya dinobatkan sebagai Anugerah Bintang Paling Popular 2011 setelah menyertai pertandingan tersebut lebih dari 3 tahun berturut-turut.

Kemenangan beliau telah dipertikai Pelakon yang juga Timbalan Presiden Seniman yang menyifatkan Aaron tidak layak menyertai Anugerah tersebut kerana merupakan seorang yang bewarganegara Singapura.

Aaron Aziz telah mula dikenali peminat seni setelah mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam bidang Lakonan di Malaysia menerusi tawaran buat kali pertama filem hasil arahan Datuk Yusof Haslam.

7 comments:

  1. Kalau macam tu, orang luar pun boleh dinobatkan sebagai calon dalam apa2 anugerah kat Malaysia ni tanpa mengira faktor kerakyatan. Aktor Bollywood yang telah dapat pangkat Dato pun patut dari awal lagi disenaraikan sebagai calon kerana dia juga ada menyumbang. Apa macam Lato... Ada Setuju ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaron aziz terlibat secara langsung dlm industri hiburan tanahair kita..nak sindir dato siti pun guna la fakta..dato srk tu x tercalon pasal die x terlibat secara langsung..

      Delete
  2. Bangang punya timbalan persiden. Kalau dah tau aaron aziz tu warga singapore kenapa dibenarkan bertanding sejak awal. Habis kau tu tidor ke, makan gaji buta. Jangan salahkan aaron aziz dan pengundi disebabkan kelekaan awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia Jealous sebab dia kalah... Berlakon pun macam HAPRAK aje...

      Delete
  3. Batul kata datuk sitti tu... macam mana kita nak sampai tahap international kalau minda kita hanya stakat berlegar dalam negara kita je... rasanya lah... kalau zed zaidi tu menang grammy award, nak tak dia terima trophy tu... fikirkanlah... zed zaidi mampu mengubahnya...

    ReplyDelete
  4. jaga laki sudah lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... jealous nampak... Laki dia, mulut dia... suka hati dia la nak kata apa... Kau ada apa hal... entah-entah muka pun macam tapai basi aje..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com