iklan nuffnang

pages

Saturday, December 31, 2011

(*Video) 40 buah kenderaan berlanggar dalam satu kemalangan

SEJUMLAH kenderaan yang terlibat dalam nahas di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans kelmarin

29 Dis 2011, NEW ORLEANS, Amerika Syarikat - Dua lelaki mati dan 61 lagi cedera kelmarin menjelang subuh dalam nahas yang melibatkan 40 buah kenderaan, kata polis.

Nahas yang turut melibatkan kereta dan van itu berlaku ketika pemandu memandu dalam keadaan kabus tebal yang membataskan penglihatan di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans.

Menurut beberapa orang yang melalui tempat kejadian, mereka mendengar mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut meminta pertolongan.

"Anda baru mendengar semua bentuk panggilan dan orang ramai menjerit meminta pertolongan," kata seorang pemandu trak tunda, Wesley Ratcliff kepada stesen televisyen tempatan WWL-TV.

Menurutnya, dalam tempoh 13 tahun kerjayanya bertindak balas dengan nahas, kemalangan tersebut adalah yang paling buruk pernah dilihatnya.

Seorang jurucakap polis, Garry Flot tidak bercakap mengenai kemungkinan punca nahas.

Menurutnya, seorang mangsa yang mati itu merupakan pemandu sebuah trak pikap.

Dia berkata, seorang lagi mangsa yang mati ialah seorang penumpang sebuah trak pikap lain yang berusia 54 tahun.

Beberapa pemandu yang melalui lebuh raya itu ketika nahas menyatakan, mereka tiba-tiba berada dalam kegelapan dan tidak dapat melihat cahaya lampu kereta.

"Saya berpendapat ia kabus tetapi suami saya menganggap ia merupakan asap," kata seorang saksi, Stacie Williams kepada stesen televisyen WWL-TV. - Agensi



Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor


30 Dis 2011, Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi semalam.

NONEKepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

NONEKetua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama pada jam 5 petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota babi berhampiran pagar belakang masjid.

NONEBeliau berkata kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.
   
Kassim berkata satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut

17 Perkahwinan Selebriti Malaysia Yang Paling Glamour Sepanjang Tahun 2011


1. Nurul Syuhada dan Raja Amir – 
wanita idaman jejaka satu Malaysia akhirnya telah selamat bergelar isteri kepada Raja Amir sekitar bulan Julai 2011. Wajah kedua-dua pasangan pengantin ini memang seiras. Semoga jodoh dipanjangkan sehingga ke akhir usia.
kahwin selebriti
2. Ayu Raudhah dan Zaquan – ramai wanita yang patah hati apabila si kacak Zaquan berkahwin dengan Ayu Raudhah. Namun tak dapat dinafikan lagi pasangan ini memang secocok sungguh. Tak gitu?
kahwin selebriti
3. Tomok dan Ayu – bercinta hampir 8 tahun, akhirnya Ayu sah menjadi isteri Tomok. Kini Ayu dikhabarkan sedang hamil cahaya mata pertama mereka. Di doakan agar kebahagiaan rumah tangga Tomok dan Ayu semakin erat dengan kehadiran insan baru kelak.
kahwin selebriti
4. Noh Hujan dan Mizz Nina – salah satu perkahwinan yang membabitkan 2 insan seni di Malaysia. Semoga perkahwinan ini berkekalan forever and ever.
mizz nina noh hujan
5. Nabil Raja Lawak dan Zira – selepas pelbagai kontroversi membabitkan wanita di tahun 2010, Nabil mengambil keputusan untuk menyunting Zira sebagai isterinya. Majlis resepsi yang dijalankan di ICT memang tersangat meriah.
kahwin selebriti
6. Shuib Sepah dan Siti Sarah - percintaan yang dirahsiakan daripada pihak media akhirnya menjadi kenyatan apabila disahkan melalui pernikahan. Kini sudah pun bergelar ayah dan ibu, Di doakan kebahagiaan anda berkekalan selamanya.
shuib
7. Chef Riz dan Ana Dahlia – kalau dah jodoh tak ke mana. Walaupun Ana Dahlia sudah gagal sebanyak 2 kali dalam perkahwinan , Chef Riz tetap memilih Ana Dahlia sebagai isterinya. Ternyata suatu pilihan yang tepat dengan kecantikan wajah Ana Dahlia memukau para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan mereka.
ana dahlia
8. Ashraf Muslim dan Dayana - memilih 1 Syawal sebagai tarikh bersejarah pernikahan mereka, ramai wanita-wanita di luar sana yang kecewa kerana tidak dapat menjadi surirumah kepada Ashraf Muslim. Kini Ashraf Muslim dilihat lebih menghabiskan masa dengan menjalankan perubatan Islamik yang dimiliki oleh ayah Dayana.
ashraf muslim
9. Zahiril Adzim dan Shera Ayob - memang sama cantik dan sama padan sungguh pasangan mempelai ini. Tak gitu?
kahwin selebriti
10. Dira Abu Zahar dan Helmi – memilih Helmi untuk menamatkan zaman jandanya, Dira kelihatan sangat bahagia di samping suami tercinta. Majlis resepsi yang dijalankan pun lain daripada yang lain apabila menggunakan motosikal berkuasa besar
dira abu zahar
11. Eira Syazira dan Azad – kemelut percintaan yang membabitkan Azad dan Faezah Elai tidak langsung membantutkan kemeriah majlis perkahwinannya dengan si manis Eira Syazira. Siap buat style anak mami lagi.
eira
12. Faezah Elai dan Heykal Hanafiah – penafian Faezah Elai tentang dirinya yang menjadi punca penceraian kepada perkahwinan Heykal Hanafiah sebelum ini tidak langsung menghilangkan kemeriahan perkahwinan merpati dua sejoli ini.
faezah elai
13. Farah AF2 dan Johan – pengantin perempuan memang nampak sangat manis menawan dengn busana pengantinnya. Pengantin lelaki tidak kurang machonya. Kesimpulannya kedua-duanya memang sama cantik sama padan.
farah
14. Yasmin Hani dan Sha’arin - akhirnya pengacara program Wachaa, Yasmin Hani telah selamat menjadi isteri kepada bekas suami Ida Nerina, Sha’arin. Kedua-dua pengantin nampak sangat putih berseri di hari bahagia mereka.
kahwin selebriti
15. Marion Caunter dan SM Nasarudin – salah seorang pemilik Naza ini akhirnya sah menjadi suami kepada Marion Caunter. Marion Caunter yang memeluk Islam telah pun memilih nama Marion Rose Caunter Abdullah.
marion caunter
16. Michelle Melodi dan Deqwan - akhirnya si comel Michelle yang sering menerjah para artis di rancangan Melodi telah pun selamat bergelar isteri kepada Deqwan. Michelle telah memilih nama Islam Dalili Michelle Abdullah Wee.
kahwin selebriti
17. Memey Suhaiza dan Norman Hakim – digelar “wedding of the year” oleh sesetengah pihak, perkahwinan yang ditunggu sekian lama oleh mereka yang mengikuti perkembangan kekasih ini akhirnya menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan gaun Vera Wang dan sponsorship daripada Rafflesia, perkahwinan mereka berdua sememangnya gah tak ingat.
kahwin selebriti

Friday, December 30, 2011

Isu Dr Hasan Ali: Ada yang belum beres


Sayang sikit Datuk Dr Hasan Ali tidak mengadakan sidang akhbar kali ini.Jika ada senang wartawan bertanya langsung kepadanya tentang kisah pemergiannya ke Kota Bharu Selasa malam.

Kali ini beliau memilih untuk menulis satu kenyataan akhbar sahaja.

Menariknya kenyataan akhbar itu dikeluarkan pada lewat Rabu malam selepas petangya tersebar berita memetik Datuk Nik Aziz Nik Mat memberitahu media bahawa Dr Hasan meminta maaf kepadanya berhubung kenyataannya terhadap parti dalam satu pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu di JKR 10, Kota Bharu.

Pertemuan Selasa malam itu turut dihadiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang,Timbalan Musyridul Am PAS Datuk Haron Din dan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Komposisi personaliti yang hadir dalam pertemuan itu adalah yang tertinggi dalam hiraki kepimpinan PAS - yang jelas membayangkan isu ' pemberontakan' Dr Hasan dan Nasharudin amat terdesak untuk diselesaikan.

Semua media termasuk Harakahdaily memetik kata-kata Nik Aziz semasa beliau bercakap dengan wartawan di Bachok pagi Rabu memberitahu isu Dr Hasan sudah selesai ekoran pertemuan itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata ini kerana kedua-dua mereka terutama Dr Hasan telah meminta maaf kepada parti dalam satu "pertemuan muhibah" itu.

"Ini tanda kelakian dan anak jantan kerana dia ikhlas menarik balik kenyataan dan memohon maaf. Ini ajaran agama dan bukan senang untuk mana-mana yang buat salah untuk minta maaf dan menarik balik," kata Nik Aziz.

Soalnya sekarang kenapa Dr Hasan terdorong untuk mengeluarkan kenyataan media itu yang antara lain menghentam Harakahdaily yang didakwanya kerapkali memutarbelit fakta.

Ini kali kedua beliau menghentam Harakah. Sebelum ini dalam sidang akhbar di rumahnya.

Perangnya dengan Harakah jelas masih membara. Ekoran kenyataan akhbar beliau, Harakahdaily telah menyiarkan transkrip penuh perbualan Nik Aziz dengan media di Bachok sebagai berita utama Khamis untuk membuktikan ia tidak diputarbelit.

Sekilas dapat dibaca ...mesti ada yang Dr Hasan tidak puashati pada penyiaran berita tentang kenyataan Nik Aziz mengenai pertemuan itu.

Dalam kenyataan itu Dr Hasan secara jelas berkata soal beliau turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

Beliau mengingatkan bahawa dalam sidang media yang telah diadakan di kediamanya pada 24hb Disember yang lalu, beliau telah menarik balik ulasan mengenai negara berkebajikan.

"Pada masa yang sama saya juga telah memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjuran saya itu,"katanya.

Para pemerhati politik berpendapat kenyataan akhbarnya itu harus dilihat dari apa yang tersirat dan bukan tersurat barulah nampak di mana 'marahnya' itu.

BERIKUT IALAH KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI BERHUBUNG PERTEMUAN BERSAMA TUAN GURU MURSYIDUL AM

Saya ingin menjelaskan mengenai kehadiran saya menemui pucuk pimpinan parti termasuk Tuan Guru Mursyidul Am di Kota Bahru kelmarin.

Suka saya ingatkan bahawa dalam sidang media yang telah diadakan di kediaman saya pada 24hb Disember yang lalu, saya telah menarik balik ulasan yang saya buat mengenai negara berkebajikan. Pada masa yang sama saya juga telah memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjuran saya itu.

Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Hharakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan.

Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan saya dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Tuan Guru Mursyidul Am, Tuan Guru Timbalan Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.

Majlis mahabbah tersebut berlangsung dengan penuh kemesraan, keakraban dan keikhlasan. Di antara perkara yang disentuh termasuklah halatuju parti, persediaan PRU ke13, dan perjalanan Harakah sebagai lidah rasmi parti.

Kami telah memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya.

Seperti yang dizahirkan oleh Mursyidul Am terhadap pertemuan mahabbah itu, saya juga ingin menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan terhadap saya dalam meneruskan perjuangan memartabatkan Islam di negara kita.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia


Kalau dinilai satu persatu kata-katanya nampak jelas beliau amat tidak puashati pada penonjolan seolah beliau 'menyembah' pergi ke Kota Bharu malam itu untuk meminta maaf.

Katanya beliau DIJEMPUT. Ia berbeza kalau beliau datang sendiri ke pertemuan itu.

Ia memberi gambaran berbeza samasekali.

Dr Hasan juga dilihat ingin menekankan bahawa dalam pertemuan itu beliau meluahkan punca masalah kontroversi ini termasuk isu Harakah.

Tiada siapa yang tahu apa yang spesifik diluahkan oleh Dr Hasan dan Nasharudin dalam pertemuan itu.

Hal ini tidak disebut langsung oleh Nik Aziz kepada media.

Beliau juga menonjolkan bahawa perjuangannya untuk memartabatkan Islam di negera ini mendapat penghargaan dari tiga pemimpin utama parti itu.

Kenapa ia perlu? Ini tentunya berkaitan dengan isu pemeriksaan JAIS dan isu murtad yang diperjuangkannya yang dikatakan mencetuskan rasa kurang senang dikalangan pimpinan PAS lain kerana bimbang ia menjejaskan undi parti itu di kalangan orang bukan Islam.

Gara-gara isu pemeriksaan JAIS beliau kelihatan bersendirian dan dicop menyimpang dari arus parti.

Ini diburukkan lagi dengan penyertaannya dalam Perhimpunan Sejuta Umat yang menghentam usah pihak tertentu selewengkan akidah orang Islam di Shah Alam dan kemudiannya di Kuala Kangsar.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah kenyataan akhbar beliau 'ada makna'.

Dalam kontek itu juga bolej ditafsirkan 'perang dingin' antara Dr Hasan dengan puak-puak Erdogan dalam PAS masih membara sekalipun Nik Aziz isytihar isunya sudah selesai.

Jika tidak mana mungkin Dr Hasan secara tergesa-gesa Rabu malam juga mahu keluarkan kenyataan akhbar itu.

Senang cakap ini mesti ada yang belum beres.-29/12/2011 - OLEH ROSLI ISMAIL, Agendadaily

Prof. Aziz Bari Lelong Diri Jadi Calon PRU13, Ada Pembeli Tak?


PETALING JAYA: Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Abdul Aziz dipetik menerusi kiriman emailnya kepada The Malaysian Insider sebagai berkata, beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

"Saya tidak ghairah untuk menjadi anggota parti namun sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

"Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai menjadi calon mereka," katanya.

Beliau yang mengesahkan menerima tawaran tidak rasmi daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagaimanapun berkata, masih terlalu untuk membuat keputusan mengenai mana-mana parti yang akan disertainya.

Katanya, beliau tidak memilih untuk bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan semua parti itu komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Ia penting bagi mewujudkan sistem dua parti," katanya.

Pada 19 Oktober lalu, beliau menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut ekoran kenyataannya yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Sehingga kini, Abdul Aziz masih belum menerima maklum balas daripada pihak pengurusan UIAM berhubung permohonannya untuk meninggalkan universiti tersebut.

Ketika dihubungi mStar Online pada Khamis, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

(*Video) Paderi-paderi Armenia dan Greece Ortodoks bergaduh di Gereja Nativiti

Paderi-paderi Armenia dan Greece Ortodoks bergaduh di Gereja Nativiti di Baitulaham, Palestin kelmarin

BAITULAHAM - Sejumlah paderi bergaduh semasa membersihkan dengan penyapu lantai gereja Nativiti yang dipercayai tempat kelahiran Nabi Isa di sini, Tebing Barat kelmarin, kata beberapa saksi dan polis Palestin.

Pergaduhan itu melibatkan kumpulan paderi dari Armenia dan Greece Ortodoks.

Tiada laporan mengenai kecederaan berlaku dalam pergaduhan itu.

Pergaduhan itu berlaku selepas beberapa paderi menyapu di kawasan yang dikhaskan untuk kumpulan paderi lain.

Polis Palestin campur tangan bagi menamatkan pergaduhan itu. - Agensi


TERKINI: Rozita Che Wan Bercuti di Genting Highlands Bersama Zain Saidin


PETALING JAYA: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, yang terkenal sebagai penggemar pucuk muda  mengakui keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands, Pahang Selasa lalu.

Rozita berkata, percutian sehari itu turut disertai oleh dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy,15, dan Aniq Ezzra,12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.

"Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.


Rozita diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Zain selepas pihak mStar Online mendapat panggilan telefon daripada beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu yang melihat mereka.

Tambah pelakon Kiah Pekasam ini, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Zain tetapi disebabkan anak-anaknya begitu rapat dengan pelakon tersebut maka adalah lebih baik dia mengajaknya bersama.

Sebagai bukti mereka rapat kata Rozita, pada malam ini (Khamis) anak-anaknya turut keluar bersama Zain untuk bermain futsal.


Sementara itu Zain yang dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung cerita itu sebaliknya dia mengambil pendekatan untuk menghubungi Rozita terlebih dahulu.

“Saya tengah nak main futsal ni. Saya komen yang sama la (seperti Rozita).

Dalam perkembangan lain, Rozita memberitahu jadual kerjayanya agak padat sehingga Ogos tahun hadapan dengan pelbagai tawaran berlakon telefilem dan drama bersiri.

Rozita berkata, dia juga bakal sibuk dengan perniagaan tudungnya, Padusi yang ingin diusahakan secara lebih serius.

"Alhamdulillahlah rezeki mencurah-curah sehingga jadual kerjaya saya telah pun penuh sehingga Ogos depan selain perniagaan tudung yang bakal saya usahakan secara lebih serius," ujarnya.

Tambahnya, ketika ini dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Mr. Labuci arahan Murali Abdullah selain sedang giat dengan drama bersiri Mencari Athirah sebanyak 13 episod.

Thursday, December 29, 2011

Pemujaan Badrul Amin kepada Anwar melebihi batas yang patut-Dr Asri


INI kes serius dan sudah melampau ... sebab itu bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dalam akuan twitternya guna istilah 'pemujaan' bila rujuk video ceramah pemimpin PKR Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim 'pemimpin yang ditunggu' untuk membebaskan Masjid Aqsa.

Kisahnya bila video bertajuk lebih empat minit bertajuk ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHDI? tersebar di laman youtube.

Yang tukang sebar blog pro pembangkang juga, mungkinbaru sedar karut-marut yang pemimpin PKR sumbat pada ahli-ahlinya.

Dalam ucapannya Badrul Amin tidak pulak sebut Anwar itu Imam Mahdi... Tidak ada sama sekali.

Tapi dia membayangkan bahawa Anwar merupakan pemimpin dari Timur yang ditunggu-tunggu untuk menyatukan umat Islam dan negara-negara Arab.


Bagi yang biasa dengan pengajian Islam, memang ada hadis yang sebut pemimpin yang adil dan menyatukan umat Islam di akihir zaman adalah pemimpin dari Timur.

Pemimpin tersebut juga akan membebaskan Masjid Aqsa yang kini dikuasai oleh Israel.

Ekoran penyebaran video ceramahnya ,Badrul Amin memberitahu demikian dalam laman facebooknya:

"Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang tersebar dalam beberapa laman web kononnya saya menamakan Anwar Ibrahim sbg Imam Mahdi. Saya tidak pernah sekalipun menyebut nama Imam Mahdi dalam ceramah-ceramah saya. Saya hanya menyebut potensi Anwar sebagai pemimpin dari Timur yang mampu menyatukan Dunia Arab sekaligus membebaskan Al-Aqsa."

Menurut Dr Asri, dulu pemimpin Al Arqam, Ashaari Muhamad pun pernah dakwa dia pemimpin yang dijanjikan tuhan menyebabkan fanatik dan merosakkan pengikut.

"Elakkan dakwaan seperti itu, banyak kesannya," kata beliau dalam akuan twitternya @realdrmaza.

Asri sebelum itu mengulas dakwaan Badrul Amin, katanya "Saya rasa pemujaan Dr Badrul Amin terhadap DSAI melebihi batas yang patut. Ia sudah ke peringkat yang bahaya.Harap dibetulkan," tulisnya sambil tweet url video tersebut.

Kita tunggu apa pulak reaksi JAKIM selepas ini. Apapun bagi yang waras, kalau nak bodek pun dan nak puja sakan Anwar menjelang keputusan kes liwat 9 Januari ini...padan patutlah...



Di bawah disiarkan transkrip ceramah Dr Badrul Amin mengenai Anwar itu:

"kalau ini berlaku sedara, kalau ini berlaku sedara bermakna pembebasan al aqsa sudah hampir"

"kita hanya perlukan satu lagi syarat untuk bebaskan al aqsa"

"apadia? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab"

"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan?"

"dimana agak agak?"

"apakah muamar gaddafi? tidak salah,...itu koboi tua sudah tak boleh pakai."

"apakah apakah ahmadinejab di iran? dia syiah tak boleh jugak"

"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu? tidak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi"

"saudara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana?"

"dari belah mana? timur.."

"timur itu dimana, bukan di timor leste!"

"timur itu our region, ini ini timur"

"tapi banyak negara di timur ini"

"apakah di indonesia? bukan"

"singapore? oo jauh"

"brunei? lambat sangat"

"aaa thailand, filipina atau kalau tanya saya?"

"saya kata dia ada di?di malaysia."

"sudah adakah pemimpin itu saudara?"

"tanya saya, saya kata dia sudah ada."

"pemimpin itu sedang disiapkan"

"dia sedang melalui series of trials ujian"

"dia sedang di uji"

"satu peringkat ke satu peringkat"

"ya kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lama binasa"

"tetapi, dia seorang yang kuat..makin di uji dia makin kuat!"

"dan sekarang ujianya peringkat akhir.."

"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, saudara"

"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat"

"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"leading arab countries bukan negara arab yang miskin miskin"

"negara arab kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya"

"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"dia juga dihormati dibarat dan ditimur"

"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa"

"orang hormat pendirianya" "orang hormat ketegasannya''

"dan orang hormat prinsip agamanya"

"tidak lain tidak bukan"

Tarian tiang unsur seks di Ampang

KOMBINASI gambar rakaman menunjukkan beberapa aksi menjolok mata yang dilakukan gadis-gadis tempatan dan Siam di sebuah kelab malam di Pandan Perdana, Ampang Jaya awal pagi semalam. Seorang lelaki dilihat membawa bunga untuk dikalungkan pada leher penari tiang.

AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.


Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya.

Solidariti mahasiswa M'sia serah memo pada MB Kedah Kerana Gantung 5 Pelajar Kolej Insaniah


Solidariti Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyerahkan Memorandum Gerakan

Menuntut Kebebasan Akademik kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Wisma Darulaman di Alor Star hari ini.

Pengerusi Bebas, Mohd Safwan Anang@Talib, 22, dari Universiti Malaya berkata memorandum yang mempunyai tujuh tuntutan diserahkan kepada Azizan kerana mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah yang terbabit dengan perhimpunan tanpa kebenaran.

"Kami bukan sahaja serahkan kepada MB Kedah, sebaliknya kami turut akan serahkan memorandum yang sama kepada pemimpin-pemimpin negeri lain," katanya kepada pemberita selepas penyerahan memorandum.

Beliau berkata antara tujuh tuntutan gerakan itu ialah memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), bebaskan ilmuan untuk berakademik, bebaskan mahasiswa untuk bersuara dan bebaskan mahasiswa berpersatuan.

Mohd Safwan berkata Gerakan solidariti itu akan menjelajah ke seluruh Malaysia dan menghantar memorandum kepada semua pemimpin kerajaan negeri, pemimpin universiti dan pemimpin Kerajaan Pusat bagi mendapatkan pendirian yang jelas terhadap tuntutan yang dibuat oleh mahasiswa.

Kedah adalah negeri pertama yang menerima memorandum itu, yang diserahkan kepada Setiausaha Akhbar MB, Helmi Khalid.

SOROTAN 2011: Kontroversi, Kemeriahan Industri Perfileman


PETALING JAYA: Penayangan pelbagai judul dan genre filem tempatan di pawagam terus merancakkan arena hiburan tanah air sepanjang 2011.
Tahun menyaksikan peningkatan pada jumlah filem yang ditayangkan iaitu 42 buah berbanding 39 pada tahun lalu.
Apa yang lebih menarik, industri perfileman turut diwarnai dengan rekod kutipan pecah panggung yang baru, selain rantaian kontroversi yang silih berganti.
Jika diselak pada sisi kecemerlangan, kita boleh tumpang gembira dengan kejayaan memberangsangkan oleh tiga filem yang mencatat kutipan tertinggi bagi 2011 iaitu KL Gangster dengan RM11.74juta, Ombak Rindu (RM11.05j) dan Hantu Bonceng (RM8.53j).
Namun, kalender perfileman kita turut tidak terkecuali daripada isu-isu panas dan sensasi termasuklah lambakan filem yang tertangguh menanti slot tayangan, trend filem seram yang mendapat teguran, pertikaian keputusan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) dan kontroversi berkaitan dengan beberapa buah filem.
Menerusi Sorotan 2011 ini, mari kita imbas 10 filem tempatan paling sensasi yang telah mencetuskan impak tersendiri sama ada positif atau sebaliknya.
Ombak Rindu
Arahan: Osman Ali
Tayangan: 1 Disember 2011
Kutipan: RM11.05 juta dan masih ditayangkan
Filem cinta dan air mata ini mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat jumlah kutipan luar biasa dan sekaligus mengungguli carta kutipan tertinggi filem Melayu setakat ini.
Menariknya, filem yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fauziah Ashari ini turut mengundang kontroversi apabila penulis tersebut mendakwa tidak mendapat royalti yang setimpal.
Kejayaan filem ini di pawagam membuktikan bahawa selera penonton kita tidak hanya terbatas pada filem seram seperti yang sering didakwa oleh segelintir penerbit sebelum ini.
... Dalam Botol
Arahan: Khir Rahman
Tayangan: 24 Mac 2011
Kutipan: RM570,000
Asal namanya Raja Azmi, memang tidak sah jika tiada kontroversi dikaitkan dengan penerbit dan penulis popular ini.
Walaupun ... Dalam Botol tidak menyerlah di pawagam, setidak-tidaknya filem ini berjaya memberikan impak ketika ia ditayangkan pada Mac lalu.
Filem ini dilihat membuka dimensi baru pada penghasilan filem tempatan apabila Raja Azmi dengan beraninya mengetengahkan tema lelaki transeksual yang julung kali buat filem Melayu sehingga mengundang pelbagai reaksi.
Antara isu panas yang timbul termasuklah jumlah kutipan sebenar filem ini yang ditimbulkan oleh Raja Azmi apabila pelakon utamanya Arja Lee yang berbogel berdepan tindakan tatatertib kerana masih menuntut di Universiti Sains Malaysia.
Filem itu turut mendapat respons meluas daripada media di seluruh dunia termasuk New York Times Online, penyertaan di pelbagai anugerah termasuk festival filem gay iaitu Festival Filem Q di Jakarta, Indonesia dan peminggiran filem itu di FFM24 kerana temanya walaupun ia memaparkan lakonan dan mesej yang baik.
Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)
Arahan: Yusry Abdul Halim
Tayangan: 10 Mac 2011
Kutipan: RM6.5 juta
Filem ini meninggalkan impak tersendiri pada kalender perfileman 2011. Ia boleh dianggap sebagai karya epik yang membanggakan kerana bukan sahaja pembikinannya digarap seakan sebuah filem epik antarabangsa, malah turut dinobatkan sebagai filem terbaik di FFM24.
Dengan terhasilnya HMM, penerbitnya KRU Studios telah membuktikan bahawa dengan kesungguhan dan kreativiti yang tinggi, keterbatasan modal dan teknologi mampu diatasi untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti.
Ia juga membawa anjakan pada perfileman Melayu apabila mendapat pengedaran terbanyak di luar negara dan beberapa festival penting.
Walaupun kutipannya mencecah RM6.5 juta tetapi ia masih tidak cukup untuk mengatasi kos penerbitan yang mencecah RM8 juta itu.
Kongsi
Arahan: Farid Kamil
Tayangan: 12 Mei 2011
Kutipan: RM8.09 juta
Filem terbitan Metrowealth (MIG) ini memberikan kesan tersendiri pada dunia filem kita. Pertama,sebelum tayangan umumnya, ia sudah dicanang-canang sebagai sebuah filem aksi komedi yang luar biasa namun ramai yang kecewa selepas menonton kerana ia disifatkan tidak segah mana.
Bahkan, penerbitnya David Teo juga meletakkan sasaran kutipan yang tinggi iaitu RM12 juta tetapi ia gagal dicapai ekoran persaingan sengit filem-filem tempatan dan antarabangsa yang silih berganti.
Malah, filem ini juga dikecam oleh Pekida kerana seakan mempersendakan perkara sulit berkenaan pertubuhan berkenaan.
Pun begitu, Kongsi boleh berbangga kerana aktor utamanya Shaheizy Sam diangkat sebagai pelakon lelaki terbaik di FFM24 menerusi watak Tumulak itu.
Hantu Bonceng
Arahan: Ahmad Idham
Tayangan: 31 Ogos 2011
Kutipan: RM8.53 juta
Filem yang ditayangkan pada musim perayaan Aidilfitri lalu ini turut tidak terkecuali daripada tempias kontroversi.
Ia menjadi semakin panas apabila dialog dalam salah sebuah babak yang melibatkan pelakon utamanya Zizan Razak telah dikecam oleh banyak pihak kerana dilihat seakan mempersendakan Nabi Muhammad.
Kronologi kes tersebut bermula apabila dialog yang dilontarkan oleh Zizan seolah-olah menyamakan Rasulullah dengan syaitan sehingga mengundang campur tangan pihak berkuasa, jabatan agama dan paling panas apabila ia melibatkan parti politik PAS.
Kontroversi filem itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan cara yang baik akhirnya.
KL Gangster
Arahan: Syamsul Yusof
Tayangan: 9 Jun 2011
Kutipan: RM11.74 juta
Filem kelima arahan pengarah muda Syamsul Yusof ini mencipta dua impak pada industri. Pertama, apabila rekod kutipannya sebanyak RM11.74 juta telah melonjakkan KL Gangstermenjadi filem Melayu yang mendapat kutipan tertinggi setakat ini.
Pencapaian itu bukan sahaja mencipta fenomena dan penanda aras baru pada kutipan filem Melayu, malah kejayaan filem Syamsul itu turut mengatasi fenomena sama yang pernah dilakukan oleh bapanya juga penerbit filem Datuk Yusof Haslam menerusiSembilu 2 dengan kutipan RM6.1j (1995).
Kejayaan membanggakan itu bukan sahaja baik untuk pemangkin kerancakan filem termpatan, malah ia membuktikan keutuhan legasi anak beranak ini dalam menghasilkan filem-filem yang digemari oleh masyarakat.
Namun, filem yang dibintangi oleh Syamsul, Aaron Aziz dan Adi Putra ini turut terkena tempias ‘panas’ apabila berdepan kecaman daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang mendakwa filem itu mempersenda dan mendedahkan beberapa perkara sulit berkenaan pertubuhan berkenaan.
Kontroversi itu akhirnya memaksa Yusof Haslam mengadakan pertemuan dengan pertubuhan itu bagi menyelesaikan perselisihan faham yang timbul.
Nur Kasih The Movie (NKTM)
Arahan: Kabir Bhatia
Tayangan: 19 Mei 2011
Kutipan: RM4.93 juta
Kemunculan NKTM sememangnya memberikan impak kepada para peminat filem Melayu.
Selepas kejayaan rating luar biasa yang dicatatkan oleh drama bersirinya di TV3 sebelum ini, tayangan filem yang dibintangi Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah ini cukup dinantikan oleh peminat siri itu.
Sayangnya, penantian itu tidak diterjemahkan dengan jayanya seperti ramalan banyak pihak apabila NKTM sekadar mengutip RM4.93 juta walaupun ia hangat diperkatakan sebelum itu.
Mungkin kerana plot filemnya yang terhad dan rumit atau persaingan dengan filem-filem tempatan lain ketika ia ditayangkan telah membantutkan peluang filem ini meraih kutipan yang lebih besar.
Ratu The Movie
Arahan: Prof Madya A Razak Mohaideen
Tayangan: 17 Mac 2011
Kutipan: RM200,000
Sambutan dingin daripada penonton terhadap filem yang berkisar tentang misteri pertandingan ratu cantik ini seakan membuktikan bahawa filem-filem arahan A Razak Mohaideen boleh ditolak oleh penonton jika tidak kena dengan formulanya.
Filem ini tidak terkecuali daripada tempias kontroversi salah seorang pelakonnya Nur Eina Azman didakwa telah mengeluarkan kenyataan dan membuat fitnah terhadap penerbit filem Abdul Latiff Mohaideen kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pelakon iaitu Bkay Nair.
Susulan itu, pihak produksi Line Clear Motion Pictures telah menghantar notis peguam yang menuntut agar Eina membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya itu dan dia digugurkan daripada senarai pelakon.
Haq
Arahan: C.L. Hor & Jumaatun Azmi
Tayangan: 27 Januari 2011
Kutipan: RM800,000
Filem aksi ini menyaksikan percubaan sulung aktres Nanu Baharudin sebagai penerbit bersama.
Walaupun diterbitkan dengan kos produksi yang tinggi iaitu RM2.5j kerana aplikasi imej janaan berkomputer (CGI), ia gagal membawa pulangan apabila sekadar mengutip tidak sampai RM1 juta.
Barisan pelakon yang mantap iaitu Adi Putra dan Zulhuzaimy selain trailer filem yang memikat tidak mampu yang akhirnya kecundang di pawagam.
Malah, kontroversi yang melanda iaitu apabila Nanu didakwa melakonkan babak cium dan tampil seksi yang keterlaluan dalam filem itu juga gagal melonjakkan keterujaan penonton untuk memberikan peluang kepada filem ini.
Nasi Lemak 2.0
Arahan: Namewee
Tayangan: 8 September 2011
Kutipan: RM7 juta
Dengan kos penerbitan kurang daripada RM1 juta, produksi filem ini boleh berbangga apabila Nasi Lemak 2.0 berjaya memikat penonton segenap kaum untuk bertandang ke pawagam.
Walaupun ia terlebih dahulu disensasikan oleh isu hangat yang melibatkan pengarah dan pelakonnya Namewee yang mempersendakan lagu kebangsaan, Negaraku, isu tersebut dilihat membantu dalam menarik perhatian masyarakat untuk menonton filem ini.
Tanpa publisiti yang meluas, filem yang membariskan Adibah Noor dan Datuk David Arumugam ini turut berdepan kecaman umum yang meminta ia diharamkan.
Namun, kontroversi itu sedikit pun tidak menjejaskan filem ini apabila meraih kutipan RM7 juta.
Malah, perkhabaran terbaru tentang Namewee dan produksi ini adalah mereka sedang menjalani penggambaran filem kedua Hantu Gangster yang menampilkan Diana Danielle dan Noh (Hujan).
Apa yang diharapkan adalah kalender filem tempatan 2012 akan menjadi lebih rancak dan hebat dengan barisan filem yang bervariasi dan bertaraf tinggi, seiring dengan visi kerajaan untuk melonjakkan filem kita ke pasaran serantau.
* Jumlah kutipan filem adalah berdasarkan statistik daripada laman web Finas.

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com