iklan nuffnang

pages

Monday, October 31, 2011

Bayi Ke-7 bilion Umat Dunia dilahirkan di Filipina

CAMILLE Dalura meriba bayi perempuannya, Danica Camacho yang lahir menjelang tengah malam Ahad diraikan sebagai bayi ketujuh bilion di dunia
MANILA: Filipina pada Isnin meraikan kelahiran bayi ketujuh bilion di dunia secara simboliknya selepas ibunya selamat bayi perempuan di bilik bersalin di sebuah hospital kerajaan di sini.

Bayi seberat 2.5 kilogram bernama Danica May Camacho itu lahir menjelang tengah malam tadi sehingga mendapat liputan meluas media di bilik bersalin di Jose Fabella Memorial Hospital.

"Bayi amat comel dan sihat," kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya itu.

“Saya tidak percaya bahawa dia adalah bayi ketujuh bilion di dunia," katanya.

Bayi berkenaan adalah anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho.

Pasangan suami isteri itu bersama bayi berkenaan kemudian menemui pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meraikan bayi mereka itu dengan cek kecil.

Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk geran biasiswa dan pakej ekonomi bagi membolehkan pesangan itu memulakan perniagaan runcit.

Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bagi keenam bilion di dunia pada 1999.

“Saya amat gembira melihat bayi yang comel ini. Saya harap dia sukakan saya dan membesar menjadi anak yang sihat dan disayangi semua orang," katanya.

Bayi berkenaan adalah antara beberapa negara di dunia yang secara simboliknya menyambut kemunculan manusia ketujuh bilion di dunia pada Isnin. - AFP

Giliran Ahli Parlimen Bakri & Segambut Pula Diarah Keluar Dewan


KUALA LUMPUR, 31 Okt 2011: Tidak kurang sejam persidangan Dewan Rakyat bersambung semula pada sebelah petang, giliran Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa (gambar) pula diarahkan keluar dewan.

Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Teck Hwa keluar kira-kira 3.15 petang tadi setelah beliau tidak menghiraukan arahannya supaya berhenti mengemukakan soalan sensitif mengenai hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

"Bakri...cukup, menteri pun dah duduk. Saya kata cukup dan duduk. Kalau tak nak berhenti saya arahkan keluar sekarang," katanya.

Teck Hwa berkata, beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Tuan Speaker yang menolak pertanyaan lanjutnya mengenai isu berkenaan.

"Saya hanya ingin tahu sama ada daripada menteri ada atau tidak hubungan itu dilakukan?," katanya.
Beliau mendakwa memperoleh maklumat hubungan itu menerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang membangkitkan isu tersebut melalui fakta yang terperinci dan bukannya hanya cakap kosong.

Turut diarah keluar Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng

Karpal Singh Gaduh, Gobala Diarah Keluar Dewan


Ahli Parlimen Padang Serai, G. Gobalakrishnan meninggalkan Dewan Rakyat selepas diarahkan keluar oleh Timbalan Yang Dipertua Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana mengganggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh ketika membentangkan usul

KUALA LUMPUR, 31 Okt 2011: Ahli Parlimen, Padang Serai Gobala Krishnan diarahkan keluar dewan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana mengganggu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh ketika membentangkan usul.

Dewan kelihatan tegang apabila Gobala tidak henti-henti mencelah Karpal Singh selama tujuh minit walaupun diarahkan untuk berhenti bercakap dan duduk oleh Tuan Speaker.

"Kamu perlu mendengar peraturan saya sebelum kamu membuat peraturan kamu semua. Jadi saya minta Bagan Serai duduk, Bukit Jelutong duduk atau saya mengarahkan kamu keluar kerana tidak mengikut peraturan Dewan," kata Dr Wan Junaidi.

Terdahulu Karpal Singh membangkitkan isu Kampung Buah Pala yang beberapa minggu lepas kecoh apabila Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menulis di Twitternya-'Mungkin dia nak roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung buah dada'.

Tweet Khairy itu adalah berseloroh dengan Papagomo yang menjadi isu utama mengenai kes anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mencabul kehormatan rakan sekolahnya yang dibangkitkan berulang kali di Dewan Rakyat oleh DAP.

Gobala bagaimanapun diarahkan masuk semula ke dewan pada sebelah petang oleh Dr Wan Junaidi.

Namun, Karpal merasakan denda terhadap Gobala terlalu ringan kerana tidak dibenarkan masuk dewan hanya beberapa jam sebelum sesi perbahasan di sebelah petang bersambung semula.


Sidai Coli Terpanjang







Video-Video Pelik



















Ada pandangan dari beberapa pihak yang menyatakan politik memhina peribadi adalah tidak sesuai dengan peredaran zaman.

Apatah lagi jika ia tidak memberi apa-apa mesej yang berguna untuk rakyat membuat penilaian dalam pemilihan pemimpin yang terbaik.

Malah ada yang menyatakan, video-video sebegini akan menjauhkan penyokong pakatan daripada mendengar penjelasan/perdebatan yang matang yang berpaksikan kepada prinsip kebenaran yang sebenar.

Apa pandangan kalian.

Sunday, October 30, 2011

18SX: Suami Gagal Masukkan 'Buah Zakar'


"Setahu saya, benda paling besar pernah dimasukkan ke dalam faraj di negara ini ialah bola ragbi. Jadi faraj berkemampuan untuk melega,meluas dan memanjang jika wanita itu mahu begitu..."kata Dr. dalam sesi soal jawab di sebuah akhbar tempatan.

Rupanya masih ada manusia di zaman moden yang penuh dengan kemudahan akses kepada maklumat, tidak boleh membezakan antara zakar dan buah zakar.

Semoga ini merupakan pertanyaan terakhir yang akan kita dengar tentang kejahilan dalam hubungan sex.

Nampak gaya anak-anak lebih mahir bila subjek pengetahuan sex diajar disekolah berbanding si tua berumur 37 tahun ini.

Peminat MERUSUH, Metallica Batal konsert di India (*Video)


NEW DELHI: Ribuan peminat memecahkan kerusi dan mengoyak poster akibat berang selepas penganjur membatalkan konsert Metallica di pinggir bandar India.

Agensi berita Indian, Trust Press berkata, polis menahan empat individu daripada syarikat penganjur konsert itu atas tuduhan menipu orang ramai yang menunggu berjam-jam untuk menyaksikan persembahan daripada kumpulan rock Amerika yang dijadual berlangsung semalam.

Sementara itu, penganjur berkata konsert dibatalkan kerana masalah teknikal.
Metallica berjanji akan membayar ganti rugi sepenuhnya kepada mereka yang sudah membeli tiket. - AP


The band’s full statement on the incident follows:
We arrived in Delhi on Friday very excited and ready to play our first show ever in India at the F1 Rocks concert. However, immediately at the end of our afternoon press conference at a hotel near the venue, we were notified that there was a serious question as to whether the show could proceed with regard to the safety of the concert audience.
And our first and foremost concern is always for the safety of you, the fans.
Once we, along with DNA, the promoters of the show, determined that there was a failure of a security barricade in front of the stage that could not be adequately repaired, the promoter reluctantly announced the postponement of the show until Saturday.
Unfortunately, on such short notice the promoters were unable to secure a permit for a show on Saturday. Therefore, DNA announced that we would not be able to play in Delhi. Within the next 24 hours a notification will be issued by DNA regarding the process for full refunds.
We are deeply disappointed with this news as we were looking forward to our first experience in India as much as you guys were. Keep watching for updates [at Metallica.com] as additional details are determined and confirmed.

Elton John: PAS jangan tiru Taliban - Asri


Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.

Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

"Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, masih banyak seminar dan diskusi tentang pemikiran kerajaan Islam modern yang perlu diadakan PAS.

Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui gay dan berkahwin sesama jantina pada 2005 selepas undang-undang Britain membenarkan perkara itu.

Penganjur konsert Tune Live ketika dihubungi AFP enggan mengulasnya.

Pas jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur - Tok Him



KUALA LUMPUR, 30 Okt — Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS tidak terlalu “angkuh dan takbur” kononnya ia boleh menang di bahagian Parlimen Pasir Mas yang menjadi rebutan antara tiga parti termasuk calon bebas sejak beberapa pilihan raya umum lalu.

“PAS makin bongkak . . . takbur . . . mana mereka tahu siapa menang siapa kalah? PAS ini sudah ganti Tuhan ke?” kata wakil rakyat ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kepimpinan PAS kawasan Pasir Mas bahawa parti Islam itu pasti Ibrahim, yang pada pilihan raya umum 2008 menang atas tiketnya tetapi mengiytiharkan dirinya sebagai wakil bebas dan seterusnya menyerang mereka, akan kalah jika bertanding semula di kerusi tersebut.

Justeru kata Ibrahim, pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya.

“Tapi nyawa ikan dengan majoriti dua kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN . . . nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008, PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu, pasti PAS tidak beri laluan kepada saya,” kata beliau lagi.

Ibrahim memberitahu, “puak PAS ini kepala besar, cuma otak kurang dan lebih jijik, takbur.”
Ibrahim yang juga Presiden Perkasa menambah, beliau tidak kisah menang atau kalah, tetapi kalau satu lawan satu pasti PAS akan kalah teruk kali ini.

“Nasihat saya, jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur. Sama-sama kita tengok, kalau panjang umur, siapa yang terbujur,” katanya lagi.

Ibrahim menambah, PAS sememangnya berharap Barisan Nasional (BN) tidak memberi laluan kepadanya pada pilihan raya umum kali ini.

“PAS tahu, jika satu lawan satu, dengan saya, insya-Allah, kita tengok siapa berputih mata. Sebab itu, PAS harap bukan (saya) Tok Him calon.

“Maka PAS lancar perang saraf. Tapi perang saraf yang mengelabah,” katanya lagi sambil menambah, “PAS Kelantan (seolah-olah) sakit tenat dengan pelbagai penyakit.”

Dalam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.

Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ parti itu.
Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.

Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 “itu kira (sudah) selesai.”

“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’ (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” katanya lagi.

GEMPAR: Lelaki dibelasah kerana bakar bendera Terengganu di Stadium


30 Okt 2011, SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

Future Building: Hutan di Langit

Direka bentuk oleh Stefano Boeri, bangunan Verticale Bosco 27 tingkat - yang diterjemahkan sebagai 'hutan menegak' - akan menempatkan 730 pokok termasuk oak dan amelanchier.

Menara 365 kaki dan 260 kaki di Milan juga akan menjadi rumah kepada 5,000 pokok renek dan 11,000 tumbuh-tumbuhan tanah.

Satu pasukan horticulturalis akan menjaga pokok-pokok, yang tertinggi akan membesar sehingga 30 kaki.

Mereka di sebalik projek itu berkata ia akan mewakili bersamaan satu hektar hutan, menyerap CO2 dan menyediakan tempat teduh penjimatan tenaga untuk pangsapuri.

Menara pokok - Hutan di langit yang pertama di duniaMenara-menara itu juga akan berbangga dengan sistem angin, solar dan kitar semula.

Bosco Verticale akan menelan kos EUR65 juta (US $87.5 juta dolar) dan adalah peringkat pertama dari cadangan BioMilano, yang diharapkan untuk mewujudkan kawasan hijau di sekitar bandar.

Saturday, October 29, 2011

Demi Agama Allah, Parti (PAS) pun Perlu diletak Ketepi - Hassan Ali


KUALA LUMPUR, 29 Okt — Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali tidak pernah risau mengenai masalah kehilangan sokongan dalam PAS ekoran beberapa tindakannya yang dikatakan berlawanan dengan parti hingga menyebabkan beliau dikritik pimpinan dan rakan seperjuangan yang lain.

Tindakan yang dimaksudkan termasuk kehadiran dan penglibatannya dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu lalu bagi membincangkan isu gejala pemurtadan.

Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata apa yang paling penting baginya adalah segala tindak tanduknya itu dilakukan dengan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab menunaikan amanah Allah.

“Itu yang lebih penting bagi saya, bukannya pangkat, populariti dan kekayaan.

“Bukan saya tak sayang parti tetapi di tahap tertentu dalam perjuangan, parti pun perlu letak ke tepi demi melaksanakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t,” kata Hasan yang memegang portfolio agama dipetik Sinar Harian hari ini.

Mengenai Himpun, tegas Hasan, beliau hadir kerana menganggap perhimpunan seperti itu sangat mustahak dan selari dengan perjuangannya menegakkan akidah.

“Ini semata-mata mengenai akidah, tiada kena mengena dengan sebarang parti politik,” katanya.

Hasan berkata, seruan untuk beliau menyelamatkan akidah umat Islam adalah daripada perintah Allah manakala arahan yang melarangnya menghadiri perhimpunan itu daripada sesama manusia.

“Oleh itu, saya memilih untuk patuhi titah Allah. Ingin saya tegaskan di sini perjuangan dalam politik ada hadnya. Kecaman yang saya terima daripada manusia langsung tiada kesan. Apa yang lebih saya takutkan adalah kecaman Allah, bayangkan jika tuhan mengecam kita,” katanya.

Selain itu, beliau turut menegaskan prinsip perjuangannya yang melihat politik hanya platform untuk menyampaikan pesanan agama kepada seberapa ramai umat Islam walaupun menyedari perjuangan itu akan sentiasa mendepani halangan.

“Saya tinggalkan kehidupan dahulu kerana mahu menyebarkan mesej Islam. Saya tidak menyesal menceburi bidang politik, malah lebih menyesal jika mesej tidak sampai kepada umum,” katanya.

Honda Spot Hibrid CR-Z Masuk M'sia Minggu Depan


HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) akan memperkenalkan Honda CR-Z, kereta sport hibrid yang memenangi anugerah Kereta Terbaik Jepun 2010 ke pasaran negara ini, minggu depan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Malaysia menjadi negara Asean pertama melancarkan model berkenaan.

“Kami berpuas hati dengan langkah kerajaan melanjutkan pelepasan cukai penuh bagi duti import dan duti eksais seperti dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini.

“Pelancaran CR-Z sememangnya seiring dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan teknologi hijau dan memastikan pembangunan lestari di negara ini,” katanya dalam kenyataan di Petaling Jaya semalam.

Beliau berkata, berikutan sambutan hangat bagi model Honda Insight yang dilancarkan tahun lalu, pihaknya memutuskan untuk membawa satu lagi kenderaan hibrid ke negara ini.

“CR-Z bukan saja mesra alam, malah sangat mesra pengguna dan seronok untuk dipandu,” katanya.

Sejak memasuki pasaran di Jepun pada Februari 2010, model ini sudah dijual hampir 34,000 unit di seluruh dunia sehingga Disember tahun lalu.










Peninju Israel Masuk M'sia Guna Kuasa Menteri Belia


Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.

Mahfuz berkata, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.

"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.

"Jadi kementerian luar negeri, kementerian dalam negeri harus beri kenyataan kenapa perkara ini boleh berlaku. Apakah benar dakwaan dia masuk dengan keizinan daripada menteri belia dan sukan?," katanya.


"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz lagi yang turut menuntut penjelasan  Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung dakwaan tersebut.

Bekas juara muay Thai Israel itu mendakwa telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Difahamkan, rakaman program pada Jun itu baru saja dikeudarakan oleh stesen TV berkenaan baru-baru ini.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.

Friday, October 28, 2011

Indon Tangkap IKAN PAUS Guna Tangan (Gambar)






Selamat Datang ke 'Syurga' (Gambar)






























Just likeBora Bora, the Maldives is another tropical paradise that feels like a fantasy world. Hundreds of lush islands, lined with the whitest sandy beaches, and surrounded by the bluest of water; the Malvides is a slice of heaven. Check out the beautiful photographs below along with information on the world’s lowest country with the ‘lowest high point’ in the world.
- The Maldives, officially Republic of Maldives, is an island nation in the Indian Ocean formed by a double chain of twenty-six atolls stretching in a north-south direction. It stands in the Laccadive Sea, 402 km (250 mi) south-west of India

- The chain of islands is an archipelago, which are in reality the tops of a vast undersea mountain range in the Indian Ocean and the Arabian Sea. The atolls of the Maldives encompass a territory spread over roughly 90,000 square km (34,750 sq miles), making it one of the most dispersed countries in the world in geographic terms

- It features 1,192 islands, of which two hundred are inhabited. The Republic of Maldives’s capital and largest city is Malé, with a population of 103,693 (as of 2006)

- The Maldives are the smallest Asian country in both population and land area. With an average ground level of 1.5 metres (4 ft 11 in) above sea level, it is the lowest country on the planet. It is also the country with the lowest highest point in the world, at 2.3 metres (7 ft 7 in)
- The Maldives is a presidential republic, with the President as head of government and head of state. The President heads the executive branch and appoints the cabinet which is approved by the People’s Majlis (Parliament)

- Following the introduction of a new constitution in 2008, direct elections for the President take place every five years, with a limit of two terms in office for any individual. The current President is Mohamed Nasheed

- Members of the unicameral Majlis serve five-year terms, with the total number of members determined by atoll populations. At the 2009 election, 77 members were elected. Prior to 2008, Maldives did not have a constitution which guaranteed fundamental human rights. For 30 years, from 1978 until 2008, Maumoon Abdul Gayoom was president of the country

- As of April 2008, more than 70,000 foreign employees live in the country and another 33,000 illegal immigrants comprise more than one third of Maldivian population. They consist mainly of people from the neighboring South Asian countries of India, Sri Lanka, Bangladesh and Nepal

- Islam is the only official religion of The Maldives. The open practice of all other religions is forbidden and such actions are liable to prosecution under the law of the country

- Nature has fragmented the archipelago into 1,190 tiny islands that occupy a mere one per cent of its 90,000 km2 territory. Only 185 islands are home to its 300,000 population, while the other islands are used entirely for economic purposes of which tourism and agriculture are the most dominant

- Tourism accounts for 28% of GDP and more than 60% of the Maldives’ foreign exchange receipts. Over 90% of government tax revenue comes from import duties and tourism-related taxes

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com