iklan nuffnang

pages

Friday, September 30, 2011

Hudud: Perlembagaan tak benar, Majlis Peguam minta henti retorik politik


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Majlis Peguam menegaskan undang-undang hudud, yang kembali muncul sebagai isu kontroversi awal minggu lalu, tidak boleh dilaksanakan di negara ini buat masa sekarang ekoran kekangan peruntukan perundangan.

Presidennya Lim Chee Wee (gambar) berkata, Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ini tidak menyediakan peruntukan bagi undang-undang hudud dikuatkuasakan oleh mana-mana negeri termasuk Kelantan.

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

“Majlis Peguam Malaysia menggesa agar kesemua pihak mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara dan berhenti daripada bercakap mengenai retorik pelaksanaan hukum hudud,” kata Lim dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata retorik mengenai pelaksanaan undang-undang itu, yang menjadi fokus polemik sejak kebelakangan ini, mencetuskan kekeliruan dan perpecahan dalam masyarakat.

“Majlis Peguam menggesa kesemua pihak agar memberi fokus untuk memperkukuhkan keluhuran undang-undang dan proses demokratik demi kebaikan Malaysia,” katanya lagi sambil berkata, badan profesion peguam itu bimbang dengan perdebatan politik sejak beberapa hari lalu berhubung usaha kemungkinan menghidupkan usaha pelaksanaan hudud — kelas kes dan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah undang-undang Islam.

“Undang-undang itu dengan sendirinya tidak membolehkan pelaksanaan hudud oleh negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan.

“Berkaitan dengan sifat-sifat kesalahan sedemikian, kesalahan-kesalahan ini tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan kuasa kerajaan pusat.

“Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkungan undang-undang persekutuan dengan kadar hukuman yang berbeza hanya bagi Muslim,” katanya.

Malah kata beliau, undang-undang ini jika digubal seharusnya konsisten dengan kebebasan fundamental yang dijamin kepada kesemua warganegara termasuk Muslim di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan.

“Memandangkan skop hukuman bagi kesalahan-kesalahan bertentang dengan prinsip Islam, ruang (pelaksanaan) seharusnya dibenarkan oleh undang-undang peringkat persekutuan,” katanya.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menyediakan peruntukan bahawa Mahkamah Syariah di setiap negeri tidak boleh menggunakan bidang kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara melebihi tiga tahun ataupun denda melebihi RM5,000 ataupun sebatan melebihi enam atau kesemuanya.

Kata Lim, oleh kerana hudud merupakan undang-undang keseksaan, ia terletak di bawah bidang kuasa Parlimen peringkat persekutuan.

“Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan undang-undang jenayah dan prosedur, malah berkaitan keselamatan dalam (negara) dan ketenteraman awam, di bawah senarai Persekutuan.

“Perkara-perkara itu tertakluk di bawah budi bicara Parlimen Persekutuan dan bukannya Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.

Dengan merujuk kepada kes Che Omar Che Soh melawan Pendakwa Raya pada 1988, kata Lim, Malaysia adalah sebuah negara sekular dan hukum hudud tidak boleh dikuatkuasakan.

Malah kata beliau, laporan-laporan media termasuk kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hudud hanya ke atas Muslim dan bukannya bukan Islam, menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Seorang pesalah kalangan Muslim akan berhadapan dengan hukuman yang ketat bagi kesalahan yang sama, ia berbeza berbanding bukan Islam.

“(Malah) seorang Muslim juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan yang berbeza — satu di bawah hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan, bercanggah Artikel 7(2) Perlembagaan Persektuuan,” katanya lagi.

Aziz dalam kenyatannya menyebut, “setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud.”

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

Beberapa ahli politik juga telah melahirkan pandangan yang seiring dengan Lim.

Pendirian rasmi PAS mengenai hudud Bercanggah dengan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.

"PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya.

Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.


Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011


MPP Pembangkang Putuskan Tidak akan laksana hukum hudud

KUALA LUMPUR 29 Sept. — Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam.

Aksi Sex Sumbang Kanak-Kanak (Geli Betul)

Sebelum ini terdapat laporan akhbar tentang 2 kanak-kanak perempuan berusia 4 dan 5 tahun kantoi dengan ibunya melakukan aksi mengghairahkan berpelukan dan bercium.
Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka.

Pada kira-kira jam 5 petang, ibu seorang daripada kanak-kanak terbabit yang baru pulang dari pasar raya diberitahu adik perempuannya anaknya sudah pandai melakukan aksi dan perbuatan lucah bersama sepupunya.

“Wanita itu terkejut dengan kata-kata adiknya dan pada masa sama, dia sendiri terdengar bunyi mengghairahkan dari dalam bilik sebelum bergegas membuka pintu,” katanya

Menurut sumber itu, sejurus membuka pintu, ibu kanak-kanak terbabit terperanjat apabila mendapati anaknya yang baru berusia lima tahun sedang tidur sambil berpelukan dan bercium dengan sepupunya yang berusia empat tahun dalam keadaan mengghairahkan.

“Melihat aksi menjijikkan dua kanak-kanak terbabit, ibunya memarahi dan bertanyakan anaknya siapa mengajar kelakuan tidak bermoral itu. Anaknya memberitahu semua perlakuan itu dipelajarinya daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak jiran mereka,” katanya

Anak jiran lelaki berusia 8 tahun itu juga dikatakan pernah memeluk dan memasukan jari kedalam kemaluan anaknya.
Mungkin gambar ini boleh menerangkan kepada kita perlakuan yang tidak terjangkau difikiran. Inikah anak-anak zaman moden?

















Sultan Ibrahim tersinggung


KUALA LUMPUR 29 Sept. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tersinggung dengan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.

“Memang beta tersinggung apabila beta tahu tentang kenyataan itu.

“Tetapi sebagai Sultan, beta tidak mahu diseret ke dalam arena politik,” titah baginda ketika dipetik dalam Buletin Utama malam tadi.

Baginda juga tidak mahu pihak lain bercakap bagi pihak baginda yang sentiasa mengambil berat tentang rakyat Johor dan warga asing yang menetap di negeri itu.

Bagaimanapun, sebagai Sultan, baginda tidak mahu mencampuri hal politik.

Sultan Johor bertitah demikian ketika mengulas dakwaan Guan Eng yang memburuk-burukkan Johor dalam temubualnya dengan media asing di Singapura baru-baru ini.

Gambaran Hidup Masa Depan


Smallest house in the world (prototype)!!

World’s Smallest (in Eye)Telescope..



Nokia 888 Concept Phone!!
 

Amazing Technology Cell-Phone!!


Pen Scanner Gadget!!


Future Peugeot Design Vehicle!!
 
German design Floating Homes..
 

Infrared Beam AutoClose Robo-Toilet..


Nail Watch TX54 by Timex!!


Expandable Screen Mobile Phone-Computer!!


New 3D Traffic Light (Soon In Dubai)..



New Generation Tires from Michelin..


Transparent TV from Sony!!

Prof Datuk Dr Omar Dilantik Naib Canselor USM Yang Baru


PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Khamis mengumumkan pelantikan Prof Datuk Dr Omar Osman sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) yang baru menggantikan Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak yang tamat perkhidmatan, Selasa lalu.

Pelantikan itu adalah untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu hingga 27 September 2014, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pemilihan Omar adalah berasaskan kriteria yang ditetapkan kementerian selain pengalaman akademik serta pentadbirannya sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USM sejak 2007.

Sebelum itu, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Korporat dan Pembangunan Lestari USM selama dua tahun sejak 2005.

Omar, 53, berasal dari Pulau Pinang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan dari Polytechnic of Wales (University of Mid Glamorgan), United Kingdom (UK) selain Ijazah Sarjana Pembinaan Bangunan dan Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Projek dari Herriot-Watt University, UK.

Kementerian Pengajian Tinggi mengucapkan terima kasih kepada Prof Dzulkifli yang membawa banyak perubahan dan meningkatkan imej USM sebagai universiti APEX, sejak menerajui USM pada 1 Disember 2000, kata Mohamed Khaled.

Sementara itu, di GEORGE TOWN, Omar berkata, beliau amat berbesar hati dan tidak menyangka dirinya diberi kepercayaan untuk memimpin USM.

"Saya yakin dengan cara USM ditadbir sejak sekian lama iaitu dengan mementingkan kerjasama berpasukan. Amalan itu akan diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk meneruskan kecemerlangan USM.

"Kepimpinan USM juga akan menyambung kesinambungan hala tuju universiti dengan agenda kelestarian serta transformasi pengajian tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Omar berkata, USM akan meneruskan agenda untuk mencipta nama di persada dunia dengan menggembleng bakat dan potensi dalam kalangan anggota akademik, pentadbir dan para penuntut.

Omar, yang turut mengagumi kecemerlangan Dzulkifli sebagai ikon pemimpin dalam transformasi pengajian tinggi berkata, rekod kerja bekas Naib Canselor itu sukar ditandingi.

"Bagi pihak seluruh warga USM, kami amat berterima kasih di atas perkhidmatan cemerlang beliau dan mengharapkan Tan Sri (Dzulkifli) akan terus memberikan sumbangan kepada universiti dan negara khususnya untuk memastikan program transformasi pengajian tinggi negara akan tercapai," katanya.

Thursday, September 29, 2011

Pemuda MCA Minta Mansuhkan Seksyen 15 AUKU



KUALA LUMPUR: Pemuda MCA akan menggesa agar Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dimansuhkan pada Perhimpunan Agung tahunannya Sabtu ini, kata Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong.

Beliau berkata pemansuhan Seksyen 15 AUKU itu adalah antara 10 resolusi yang akan dibentang pada perhimpunan agung tahunan ke-47 pergerakan itu yang akan diadakan di Dewan SGH di Sentul.
Seksyen 15 AUKU menghalang penuntut universiti di Malaysia terlibat dalam kegiatan politik.

"Kami akan minta sama ada Seksyen 15 AUKU dipinda atau dimansuhkan kerana kami percaya mahasiswa perlu diberi lebih banyak ruang untuk menyuarakan pandangan mereka. Terdapat persetujuan di kalangan
Pemuda MCA untuk menyokong pemansuhan Sekyen 15 itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa pergerakan itu tidak meminta untuk pemansuhan sepenuhnya AUKU kerana mereka hanya mahu Seksyen 15 yang dipinda atau dimansuhkan.


"Kami merayu pihak berkuasa untuk melihat perkara ini memandangkan kita akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akta lain tidak lama lagi. Lagipun kami hanya meminta Seksyen 15 dipinda atau dimansuh," katanya.

Mengenai kandungan lain dalam resolusi Pemuda MCA, Wee berkata ia termasuk pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Sept untuk memansuhkan beberapa undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Buang Negeri 1956 dan tiga proklamasi Darurat.

"Kami menyokong perubahan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri itu," katanya.

Selain itu, beliau berkata perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA juga dijangka meluluskan resolusi meminta ketelusan dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mengenai urusan parti pula, Pemuda MCA dijangka meluluskan resolusi mengenai 1Malaysia seperti bagaimana ia perlu menggambarkan spirit 1Malaysia, serta resolusi lain termasuk gaji minimum, pekerja asing dan keperluan membendung masalah sosial.

Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA akan mengadakan mesyuarat pada 30 Sept bagi memuktamadkan perkara itu, katanya.

Sementara itu, Wanita MCA akan meminta lebih ramai calon wanita memandangkan keanggotaan wanita kini 45 peratus daripada jumlah keseluruhan satu juta anggota parti.

Setiausaha Agungnya Senator Chew Lee Giok berkata resolusi untuk lebih ramai calon wanita akan dibentang pada perhimpunan agung tahunan Wanita ke-36 di Wisma MCA di sini pada Sabtu.

"Kami tidak menyatakan secara khusus berapa ramai tapi apa yang kami mahu ialah mereka (kepimpinan parti) memberi kami lebih banyak peluang," katanya ketika dihubungi.

Hukum hudud: Tak guna mesyuarat, kata MCA


Pemuda MCA menyifatkan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat sebagai usaha yang tidak berguna kerana setiap parti anggota pakatan itu mempunyai pendirian dan ideologi berbeza dalam pelaksanaan hukum hudud.

NONEKetua pergerakan itu, Datuk Wee Ka Siong berkata, mesyuarat berkenaan juga hanyalah satu helah untuk menutup mulut para pemimpin Pakatan daripada membincangkan isu berkenaan.

"(Sebabnya) selagi pelaksanaan negara Islam dan undang-undang hudud tidak diterima dengan baik, isu ini akan terus dibangkitkan berulang kali," katanya lagi.

Tambahnya, mesyuarat selama lebih tiga jam oleh pemimpin tertinggi Pakatan itu juga tiada gunanya kerana setiap parti berkenaan mempunyai agenda politik dan ideologi yang berbeza.

"Rumusan daripada mesyuarat pemimpin Pakatan bercanggah dengan aspek Pakatan Rakyat. Diumumkan, tiada pelaksanaan undang-undang hudud, tetapi di satu sisi lagi ia menyatakan bahawa perlu ada "dasar bersama" dengan menghormati pendirian PAS dan DAP.

"Tidak kiralah berapa kali mereka berbincang ia tidak akan buat apa-apa perubahan," katanya yang turut membangkitkan persoalan sama ada PAS sanggup membatalkan pelaksanaan negara Islam.

NONEPergerakan pemuda GERAKAN pula, secara sinis, menyambut baik kenyataan Pakatan malah mengucapkan "tahniah" atas keputusan yang disifatkan sebagai "bernas" itu.

Ketua pergerakan itu, Tan Keng Liang dalam kenyataannya mendakwa, kenyataan Pakatan menunjukkan bahawa undang-undang berkenaan ditolak oleh majoriti pemimpin dalam gabungan parti PAS, DAP dan PKR.

Tan turut menyalahkan pemimpin PAS yang didakwa mempunyai "impian peribadi" untuk melaksana undang-undang tersebut.

"PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Adalah tidak wajar PAS memaksa pandangan mereka ke atas semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama," katanya lagi.

NONEPandangan tersebut bagaimanapun disanggah oleh ketua pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mempertahankan hak PAS untuk melaksana undang-undang berkenaan – Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 serta Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Nasrudin berkata, pengisytiharan enakmen berkenaan tidak pernah dihapuskan dan Kelantan terus menjalankan penjelasan berhubung hukum hudud. Menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tetap bertegas untuk melaksana enakmen berkenaan, katanya.

"Saya melihat penegasan itu bukan retorik atau gimik menghadapi pilihan raya, justeru itulah yang diulang saban tahun, sama ada tahun pilihan raya atau tidak," katanya lagi dalam satu kenyataan.

Hasrat Nik Abdul Aziz itu dinyatakan "secara murni dan penuh tertib" dalam mesyuarat yang berlangsung lebih tiga jam di ibupejabat PAS pada malam tadi.

azlanPemimpin parti PKR dan DAP pula mengemukakan pandangan balas dengan "mengimbangi kepentingan semua" dan seterusnya masing-masing mencapai kata sepakat, dakwa Nasrudin.

"Kata sepakat dicapai dengan semua parti komponen Pakatan mempertegaskan untuk saling kukuh mengukuh dalam perkara yang dipersetujui bersama seperti objektif, agenda, dasar dan prinsip yang terkandung di dalam Buku Jingga.

"Sementara itu, dalam perkara yang berbeza seperti teras ideologi dan prinsip agama yang dianut meletakkan semua parti komponen Pakatan untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain," katanya lagi.

Pelaksanaan Hukum Hudud Bukan Gambaran Keseluruhan Negara Islam – Asri


PETALING JAYA: Hukum hudud hanyalah satu mekanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu dan bukannya gambaran keseluruhan tentang sebuah negara Islam, kata bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, bukan hudud sahaja undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu pelaksanaan hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan.

“Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir.

“Mekanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk pelaksanaannya,” kata beliau dalam entri terbaru di blognya pada Khamis.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Sains Malaysia berkata, dalam melaksanakan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar dapat mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah.

“Sebaliknya, hendaklah digalakkan memaafkan sesama manusia dan diselesaikan di luar mahkamah.

“Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam,” katanya.

Tegas Dr Asri, sebagai orang Islam, kewujudan hukum hudud tidak boleh dinafikan kerana ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah Nabi.

“Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuqaha sejak dahulu berbeza dalam hal ini.

“Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira,” katanya.

Justeru, Mohd Asri berkata ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini.

“Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir,” katanya.

Malah, dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada malam Rabu turut memutuskan pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud yang dicadangkan PAS kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Bagaimanapun, PR menegaskan bahawa mereka menghormati pendirian kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakannya.

Makan bangkai harimau Sembuhkan Penyakit Gout


KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa, semalam.
 
Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal.

“Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera,” katanya.


“Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya dia dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang. Penduduk lain beranggapan mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan,” katanya. Penduduk kampung yang ditangkap itu bakal didenda 10,000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah. - AFP

Kejadian Aneh


Kejadian aneh ini berlaku pada 31 Mei 2010 di Bandar Guatemala. Kemunculan lubang gergasi yang terjadi di akibatkan oleh hujan lebat dan ribut tropika Agatha telah menelan tiga buah rumah. Lubang yang terbentuk seolah-olah menembusi perut bumi.











Sungai di Dasar Laut

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Surah Al Furqan ayat 53)

Anatoly Beloshchin, telah menemui dan mengambil gambar sungai di dalam laut pada kedalaman 60 meter di perairan Cenote Angelita, Mexico.

Fenomena ganjil yang memeningkan ini menyebabkan Mr. Costeau mencari punca terpisahnya air tawar dengan air masin di tengah-tengah lautan. Pada mulanya dia hanya fikirkan itu hanyalah khayalan sahaja.. Setalah lama mencari jawapan tentang fenomena ganjil itu tetapi tidak juga ditemukan jawapan sehinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor yang beragama islam.

Setelah diceritakan tentang perkara itu, lalu profesor itu pun membacakan ayat Al Quran yang menceritakan tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Erti dari ayat tersebut “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan lagi surah Al Furqan ayat 53 seperti diatas




POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com