iklan nuffnang

pages

Wednesday, August 31, 2011

Rating Najib jatuh enam peratus - Merdeka Center

http://www.merdeka.org/
BANGI, 29 Aug 2011 – The prime minister's approval rating has taken a dip as found in the opinion poll released by Merdeka Center for Opinion Research today.

59% of the Malaysians polled said that they were satisfied with Prime Minister Najib Tun Razak's performance in this survey which is 6% lower compared to 65% recorded in May 2011. Broken down into ethnic groups, the survey found 69% of Malays, 38% of Chinese and 69% of Indian respondents expressed satisfaction.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa berkata bancian populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijalankan Merdeka Centre tidak mencerminkan situasi sebenar.

Beliau berkata laporan terbaru organisasi itu "tidak semestinya benar" kerana ia bergantung kepada bagaimana responden dipilih.

"Kita tidak mengambil serius laporan itu kerana tanggapan orang ramai boleh berubah dari semasa ke semasa. Apa yang penting sekarang ialah apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi isu berbangkit bagi memastikan Perdana Menteri terus mendapat sokongan teguh," katanya kepada pemberita, di Putrajaya Selasa.

Bernama mlaporkan Muhyiddin yang ditemui di Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sempena Aidilfitri di Seri Perdana, juga berkata kerajaan bekerja keras untuk mengatasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

"Kami sedang mengatasi isu itu. Kenaikan harga barang adalah isu global. Bagaimanapun kerajaan mengambil langkah untuk menanganinya," kata beliau.

Kajian membabitkan 1,027 responden itu menunjukkan rating Najib jatuh enam peratus daripada 65 peratus pada Mei lepas kepada 59 peratus pada Ogos.

Kajian itu menyifatkan kemerosotan tersebut berpunca daripada kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kos sara hidup yang mula dirasai pengguna akibat kenaikan harga minyak dan tarif elektrik baru-baru ini

Komunis Sebelum Merdeka Hero, Komunis Selepas Merdeka Pengkhianat - Tuan Man


KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, manusia perlu jujur dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.
“Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu 
Mengulas isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad dalam satu ceramahnya yang menjadi isu kontroversi hangat baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas itu.
"Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?

“Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.

"Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Ini disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.

“Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?” soal beliau.

"Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, katanya maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.

“Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British.

"Atas penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero.
Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

“Jika dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya.
Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.
"Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang  hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero,” terang beliau lagi.

Secara menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun.

Namun demikian, kata beliau ia tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya “menghalau penjajah” – namun apa yang pasti, “menghalau penjajah” merupakan common goal yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.

“Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu.

Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British.

"Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis,” tegas beliau, sambil menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era.

“Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS menghalau penjajah,” kata beliau.

Kontroversi yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang paling kritikal iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British, katanya, di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British.

“Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.

"Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini,” nasihat beliau.

Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu

Kecoh tarikh Hari Raya Aidilfitri di Indonesia

BEBERAPA orang berjabat tangan selepas solat Hari Raya Aidilfitri di luar masjid Al-Azhar di Jakarta semalam
JAKARTA – Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri menjadi perbalahan apabila sekumpulan pengikut pertubuhan Islam kedua terbesar di negara ini, Muhammadiyah menyambut hari raya semalam walaupun pemerintah Indonesia menetapkan 1 Syawal jatuh pada hari ini.

Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia mengumumkan lewat kelmarin bahawa 1 Syawal jatuh pada hari ini dan bukannya semalam seperti mengikut kebanyakan kalendar.

Menurut Ketua Pengarah Hal Ehwal Islam di Kementerian Agama, Nasaruddin Umar, persetujuan telah dicapai dalam kalangan ramai pihak termasuk pakar-pakar astronomi, tentera laut, Agensi Penilaian dan Aplikasi Teknologi serta cendekiawan Islam bahawa kedudukan anak bulan amat rendah sekali gus menyebabkan 31 Ogos adalah tarikh yang tepat untuk permulaan bulan Syawal.

Kedudukan anak bulan itu adalah kurang dua darjah di atas kaki langit.

Bagaimanapun, pertubuhan Muhammadiyah yang mempunyai 20 juta pengikut menggunakan perkiraan hisab bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi Muhammadiyah, Haedar Nasir berkata, walaupun terdapat perbezaan dalam menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, ia tidak menjejaskan hubungan persaudaraan dalam kalangan Muslim di negara ini.

Hari Raya Aidilfitri turut disambut semalam di Arab Saudi, Palestin, Rusia, Mesir, Malaysia, Sudan, Kenya, Belanda, Kosovo, Afghanistan, Somalia, Bosnia, Syria, Jordan, selatan Thai dan Filipina. – Agensi

Ramai percaya AS rancang 11/9

PUSAT Dagangan Dunia New York yang menjadi sasaran serangan 11 September 2001
LONDON: Satu dalam tujuh orang percaya Kerajaan Amerika Syarikat terbabit dalam merancang serangan 11 September 2001.

Orang muda lebih percaya ada teori konspirasi dalam kejadian itu yang mengorbankan kira-kira 3,000 orang.

Satu kaji selidik yang mewancara 1,000 orang di Britain dan jumlah yang sama di Amerika Syarikat mendapati 14 peratus rakyat Britain dan 15 peratus rakyat Amerika percaya kerajaan Amerika yang dahulu, terlibat dalam tragedi itu.

Mereka ditanya: “Secara amnya, umum menerima yang serangan itu dilakukan oleh Al-Qaeda. Tetapi segelintir orang menyarankan ada konspirasi besar yang melibatkan kerajaan Amerika. Adakah anda sendiri, percaya yang konspirasi ini wujud, ya atau tidak?

Golongan muda, seperempat (24 peratus) dalam lingkungan 16 dan 24 tahun, lebih percaya dengan teori yang mengatakan terdapat konspirasi ini.

Lebih dua pertiga daripada yang disoal, 68 peratus, berkata mereka tidak percaya ada konspirasi.

Kaji selidik itu telah dilakukan untuk dokumentari Badan Penyiaran Britain yang menyelidik kenapa ramai orang percaya terdapat perkara yang disembunyikan di sebalik serangan tersebut.

Kaji selidik itu dijalankan oleh Gfk NOP sebagai sebahagian daripada program BBC Two - The Conspiracy Files - Ten Years On (Fail Konspirasi - Sepuluh Tahun Berlalu).

Kaji selidik itu dilakukan bulan lalu melalui telefon di Britain dan Amerika Syarikat.

Hos Radio dan aktor Amerika, Alex Jones adalah antara orang terkenal yang menyokong teori konspirasi ini.

Radio 2 BBC merakamkan kata-kata beliau: “Syarikat swasta, korporat, rangkaian dunia yang bekerja di Amerika Syarikat, Britain, perisikan Israel, semuanya terlibat. Tetapi pemacu utamanya adalah rangkaian penyangak yang duduk dalam krajaan Amerika Syarikat.”

“Kerajaan mengaku pernah sengaja melakukan huru hara sebelum ini. Cerita rasmi mereka tidak masuk akal.”

Pandangannya diterima pakai walaupun terdapat beberapa sesi soal siasat yang tidak memberi bukti tentang dakwaan konspirasi itu. - Agensi

Warga Asing 'Kuasai' Ibu Kota Pada Aidilfitri


KUALA LUMPUR: Persis perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ibu kota pada Selasa dipenuhi warga asing yang mengambil peluang bersiar-siar dan berkumpul bersama rakan sempena cuti umum Aidilfitri.

Tinjauan Bernama di sekitar stesen bas dan kereta api seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) dan Stesen Putra mendapati kawasan itu 'dikuasai' rakyat asing seperti warga Bangladesh, Nepal dan Indonesia.

Masing-masing yang ditemui berkata mereka mengambil kesempatan cuti umum yang panjang sempena Aidilfitri dan juga ulang tahun kemerdekaan Malaysia untuk berehat bersama rakan, serta mengunjungi saudara yang berada di negara ini.

"Hari ini cuti raya, saya mahu pergi ke rumah adik untuk makan-makan dan raya di sana bersama kawan-kawan selama dua hari," kata warga Bangladesh Anuar Hussin yang mahu ke Cameron Highlands, ketika ditemui di Stesen Pudu Sentral.

Katanya ada juga rakannya yang mengunjungi tempat menarik di negara ini seperti Langkawi dan Pulau Pangkor.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang sekadar bersiar-siar ataupun membeli-belah seperti Misnati Abdullah yang ditemui di KL Sentral.

Wanita dari Indonesia itu berkata beliau bersama adiknya mengambil peluang daripada jualan murah yang masih berlangsung di situ.

"Saya dan adik datang ke sini untuk tengok kasut, baju dan beg yang murah-murah, lagipun hari inilah nak membeli-belah sebab orang tak ramai dan tak sesak," katanya.

Sementara itu, suasana Stesen Putra yang menjadi pusat bas ekspres ke pantai timur lengang dan sunyi kerana hampir kesemua kaunter tiket ditutup.

Pegawai operasi sebuah syarikat bas Mat Rahim Seman berkata hanya satu kaunter tiket dibuka hari ini untuk perjalanan bas tambahan

Monday, August 29, 2011

Singapura serah empat loji air Johor


JOHOR BAHRU: Selepas 50 tahun, empat kemudahan loji air dan rumah pam di negeri ini yang selama ini ditadbir dan diuruskan Public Utilities Board (PUB) Singapura akan diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Johor, bermula Khamis ini.

Dua loji di Johor yang diuruskan oleh syarikat milik Singapura akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri apabila Perjanjian 1961 mengenai pembekalan air mentah ke negara jiran itu tamat pada 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong berkata, penyerahan itu adalah berdasarkan perjanjian kerana urusan bekalan air terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri akan memperincikan proses penyerahan loji itu kerana apabila tiba tahun 2011, maka loji-loji itu akan diserahkan semula kepada Johor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pemantauan Air Sedunia Peringkat Kebangsaan di Air Terjun Kota Tinggi di sini hari ini.

Johor mempunyai 42 loji rawatan air dengan dua daripadanya iaitu Loji Sungai Skudai dan Loji Sungai Johor diuruskan oleh syarikat milik Singapura, Public Utilities Board (PUB).

Perjanjian

Selain PUB, tiga lagi pengendali loji adalah syarikat tempatan dengan majoritinya iaitu 26 buah loji diuruskan oleh Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH).

Berdasarkan Perjanjian 1961, Singapura boleh mendapat 80 juta gelen air sehari dari kawasan tadahan Pulai, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai di Johor hingga 31 Ogos 2011.

Kedua-dua negara mempunyai satu lagi perjanjian iaitu Perjanjian 1962 yang membenarkan Singapura mendapatkan 50 juta gelen sehari dari Sungai Johor hingga 28 September 2061.

Kok Hong berkata, proses penyerahan tersebut akan berjalan mengikut jadual seperti dipersetujui oleh kedua-dua negara.

"Bagaimanapun, dalam urusan ini kerajaan negeri menyerahkan kepada Wisma Putra dengan kerajaan Singapura kerana ia adalah hal kerajaan dengan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, Johor bertuah kerana memiliki sumber bekalan air yang banyak dan negeri ini setakat ini membekalkan air kepada Singapura dan Melaka.

Menurutnya, Johor tidak bercadang untuk membuka loji baru kerana kemudahan sedia ada mencukupi untuk keperluan semasa

PAS cadang referendum awam untuk Lynas


KUANTAN, 29 Ogos: Dengan percanggahan yang semakin ketara antara ahli-ahli pakar dalam isu keselamatan pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan, PAS hari ini menyarankan kerajaan untuk mengadakan satu referendum awam untuk menyelesaikan kemelut ini.

Dalam satu kenyataan hari ini kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS melihat jalan keluar kepada masalah ini dengan mengadakan referendum awam.

“Melalui referendum awam, ia boleh dijadikan landasan utama kepada kerajaan bagi meneruskan atau membatalkan projek ini. Ditambah pula, dengan cara ini, apa-apa keputusan yang diambil boleh kelihatan lebih adil kepada semua pihak.

"Dengan kata lain, jikalau referendum awam menunjukkan majoriti rakyat bersetuju dengan projek tersebut, maka syarikat Lynas dan kerajaan tidak akan menghadapi masalah lagi,” seru beliau.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim mengakui bahawa wujud dua pihak iaitu kumpulan yang menyokong dan yang menentang dalam isu Lynas.

Golongan yang menyokong, kata beliau terdiri daripada beberapa pakar tempatan dan luar negara termasuk pemantau antarabangsa dan juga kerajaan negeri.

“Disebabkan pihak yang menyokong pembinaan kilang ini adalah kerajaan sendiri, maka ia juga menarik sama ahli-ahli Umno dan komponen parti Barisan Nasional yang lain untuk turut menyokong projek ini.

"Kumpulan yang menyokong telah menggunakan kekuatan media perdana, dialog terus dengan penduduk dan NGO serta pelbagai promosi bagi meyakinkan penduduk ia adalah projek yang selamat dan tidak perlu dibimbangi,” tambahnya.

Dalam golongan yang menentang, ia terdiri dari beberapa orang  pakar alam sekitar, pakar kesihatan awam, pencinta alam yang disokong oleh beberapa NGO seperti Badar dan ‘Save Malaysia! Stop Lynas!’ dan pemimpin parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.

Ia diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bersama Yang DiPertua PAS Indera Mahkota  Nasrun Amir dan dibantu oleh Andansura, Ustaz Suhaimi Saad Ketua Penerangan Negeri dan Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat yang diketuai oleh Zulkifli Mohamad Omar serta berpuluh NGO lain, kata Tuan Ibrahim.

Golongan yang menentang menganggap kilang Lynas sebagai satu 'bom jangka' bagi penduduk sekitar tapak kilang Lynas yang bertapak di Gebeng.

Namun bagi pihak yang menyokong kilang Lynas pula beranggapan bahawa kebimbangan tersebut hanyalah ketakutan kepada bayang-bayang semata-mata, kata Tuan Ibrahim.

“Lebih parah lagi, di kalangan penduduk kini terbahagi kepada dua pihak iaitu kumpulan yang menyokong dan yang menentang,” beliau menambah.

Meskipun wujud dua kumpulan, menurut beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, penelitian umum mendapati sebahagian besar masyarakat masih tidak dapat informasi secukupnya daripada kedua-dua belah pihak.

“Kekangan media perdana untuk memberikan liputan yang adil dan  sikap media Melayu yang terlalu 'membela' kerajaan dalam laporan mereka telah menyebabkan sensitiviti orang Melayu rendah dalam isu sebegini dan kerana itu, menerima projek ini sebagai selamat,” kata Tuan Ibrahim (gambar) dengan kesal.

Namun begitu, oleh kerana isu ini mempunyai impak besar kepada penduduk Kuantan dan sekitarnya, Tuan Ibrahim berkata kerajaan dan Lynas dinasihatkan supaya tidak boleh memandang mudah bantahan dari rakyat.

“Kerana apa jua keputusan yang ingin dilakukan samada untuk menerus atau membatalkan projek ini mempunyai kesan langsung kepada penduduk dan syarikat berkenaan.

"Andainya Lynas dan kerajaan mengambil sikap memekakkan telinga dengan bantahan rakyat, kita yakin bantahan ini akan berterusan dan tidak mustahil golongan yang membantah akan membuat injuksi mahkamah,” beliau memberikan amaran.

Badar iaitu Badan Bertindak Anti Lynas Refinery juga bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah tidak lama lagi.

Referendum awam, kata Tuan Ibrahim adalah salah satu mekanisma yang ada dalam rangka sistem demokrasi bagi memberi ruang kepada rakyat khasnya di kawasan sekitarnya untuk membuat keputusan terhadap sesuatu yang besar kesannya kepada kehidupan  mereka.

“Tanpanya, pihak kerajaan juga tentu akan berhadapan dengan tekanan berterusan seandainya sesuatu yang buruk terjadi bilamana sesuatu projek diluluskan.

"Semoga penyelesaian in akan mengundang keputusan yang baik bagi kedua-dua belah pihak dan haruslah diingatkan rakyat mempunyai hak terbesar bagi menjamin suara mereka didengar oleh pemerintah,” tambah beliau.

Hantar SMS talak diri sendiri


KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 41 tahun nekad ‘menceraikan dirinya sendiri’ selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.

Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya.
MALU... pasangan yang dicekup.
Bagaimanapun, perbuatan curang wanita itu sejak hampir dua tahun lalu terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah di Setapak, di sini, kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Suami mangsa, ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 48 tahun yang mahu dikenali sebagai Jason, berkata dia dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak 1996 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan serta seorang lelaki berusia 10 hingga 16 tahun.


Jason yang sering pulang ke negara asal untuk menguruskan perniagaannya berkata, dia mula mengesyaki kecurangan isterinya itu selepas terserempak wanita terbabit bersama lelaki lain turun dari sebuah hotel di Ampang pada hujung 2009.

Isu komunis : "Saya perlu tengok rakaman" - Mat Sabu

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau akan meneliti rakaman ceramahnya semula berhubung dakwaan akhbar Utusan Malaysia bahawa beliau mengatakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau tidak ingat isi ceramahnya 23 Ogos lalu itu kerana sudah seminggu berlalu dan banyak ceramah-ceramah lain yang dihadirinya selepas itu.

Bagaimanapun menurutnya, beliau sedang berusaha mendapatkan semula rakaman ceramahnya itu untuk melihat adakah benar beliau berkata sedimikan seperti dilapor akhbar Umno itu.

"Saya sedang cari tape rakan itu balik, saya tak ingat adakah saya kata begitu.

"Lepas kita tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam untuk tindakan seterusnya atau bagaimana," katanya.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British

Mat Sabu pendokong komunis - Kanang

KUCHING 27 Ogos – Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau melabelkan Mohamad Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Beliau yang menitiskan air mata apabila membaca laporan mengenai kenyataan prokomunis Timbalan Presiden Pas itu berkata, Mohamad Sabu juga adalah watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kanang yang tidak dapat mengawal perasaan apabila membaca laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini, menegaskan pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi rakyat Malaysia kerana tergamak membuat kenyataan sedemikian menjelang sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara Rabu ini.

“Orang ini langsung tidak berguna, beginikah sikap bekas wakil rakyat? Kirim salam pada dia dan beritahu kalau mahu sokong komunis tidak perlulah lagi bertanding dalam pilihan raya.

“Dia simpati dengan komunis, maknanya dia juga komunis, selayaknya dibuang daerah,” katanya dalam nada terketar-ketar menahan marah kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Kanang, 67, ialah satu-satunya penerima dua pingat keperwiraan yang masih hidup iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).

Dua pingat berkenaan dianugerahkan berikutan pengorbanannya menentang pengganas komunis di Perak sekitar 1980 sehingga hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya, terburai usus perut dan terlantar di hospital selama 14 bulan.

Mengulas lanjut, Kanang mengingatkan rakyat yang cintakan keamanan dan tanah air supaya tidak memberikan sokongan kepada Mohamad Sabu serta parti yang diwakili atau mana-mana parti yang bersekutu dengannya.

Katanya, gerak cara politik yang ditunjukkan Mohamad Sabu memalukan dan merupakan satu tragedi kepada rakyat Malaysia apabila sanggup melakukan apa sahaja demi meraih undi walaupun maruah dipijak-pijak.

“Saya terima kewujudan pembangkang dengan hati terbuka tetapi ini bukan cara berpolitik yang betul sampai sanggup jatuhkan moral rakyat, kalau rakyat tidak sedar saya tidak tahulah.

“Pastinya orang ini tidak pernah merasa bagaimanakah perasaan apabila parang diletakkan pada tengkuk mereka,” tegasnya.

Guan Eng Dituntut Perjelas Dakwaan PBA Tanggung Bil Rawatan Mat Sabu

PETALING JAYA: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan wang rakwat apabila bil rawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjawab mengenai tuduhan yang didedahkan menerusi beberapa laman blog mengenai kos rawatan yang dituntut iaitu berjumlah lebih RM8,000.

Bagaimanapun menerusi dokumen yang didakwa merupakan bil rawatan sebuah hospital terkenal di Selangor kos rawatan sebenar adalah berjumlah RM5060.55.

"Yang dituntut melebihi RM3,000 daripada kos rawatan sebenar. Jadi ini adalah bukti wujudnya amalan penyelewengan wang rakyat di Pulau Pinang.

"Kalau sebelum ini Guan Eng kata Pulau Pinang bebas daripada amalan penyelewengan, ingin saya nyatakan bahawa ini sememangnya tindakan penyelewengan...beliau perlu jawab," katanya pada sidang media pada Sabtu.

Selain itu menurut Reezal, walaupun Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' merupakan Ahli Lembaga Pengarah PBA, namun beliau tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuntut anak syarikat kerajaan Pulau Pinang itu menanggung kos rawatannya.

Katanya menerusi perjanjian kolektif (CA) antara PBA dengan pekerja, syarikat itu tidak akan membayar kos rawatan terhadap kesakitan yang diakibatkan oleh penyertaan aktiviti haram.

"Apa istimewa sangat Mat Sabu? RM 8,000 ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan rawatan beliau yang diakibatkan oleh penyertaan beliau dalam perhimpunan haram Bersih," katanya.

Julai lalu Mohamad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam untuk bagi menjalani pembedahan ekoran ligamen kaki kanannya terkoyak.

Terdahulu, pada 14 Julai lalu, Mat Sabu membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi yang mengatakan beliau dikepung dua Proton Waja polis dan sebuah Pajero polis berwarna gelap.

Dalam laporan polis yang dimuat naik dalam blognya, Mat Sabu mendakwa Proton Waja polis itu melanggar motosikal diboncengnya sewaktu dalam perjalanan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Sunday, August 28, 2011

Nabila nekad cerai

TEMPOH percintaan hampir tujuh tahun bukan jaminan untuk Nabila dan Zaidi kebal melawan gelora dalam berumahtangga. Belum sampai tiga tahun berkahwin, mereka berdepan konflik dan Nabila sendiri memanjat tangga pejabat kadi untuk menuntut haknya.
TERASA seperti masih basah dalam ingatan Nabila Huda rancak bercerita tentang keluarga yang dibinanya atas nama cinta. Tiga tahun hidup berkelamin bersama Zaidi Zailani, 30, putik cinta mereka membenihkan puteri comel, Keisha Laila yang kini berusia setahun.

Ketika si anak sedang laju membutirkan panggilan papa dan mama, hubungan suami-isteri aktres berusia 27 tahun itu akhirnya menjengah jua ke Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal minggu lalu.

Rupa-rupanya Nabila selama ini menyembunyikan kisah hidupnya daripada diselak oleh sesiapa. Jika ada pun, ia sekadar cerita yang mampu dibawa oleh angin, seperti tidak menjejaskan langsung kerukunan antara Nabila dan Zaidi yang dikenalinya bertahun-tahun sebelum bergelar suami isteri pada Disember 2008.

Namun, Nabila yang juga puteri sulung rockers popular Amy Search itu sendiri sudah memberikan penjelasan bahawa kehadirannya ke Jawi adalah untuk membuat permohonan perceraian. Dia bagaimanapun tidak berjaya memfailkan tuntutan perceraian kerana tertinggal surat nikah.

Sepintas lalu, lucu juga apabila Nabila mengunjungi Jawi untuk tujuan memfailkan perceraian tetapi tidak membawa sijil pengesahan perkahwinan.

Atau mungkin, ada hikmahnya di sebalik perkara itu, mungkin Nabila memerlukan ruang untuk berfikir secara lebih matang, lebih masak untuk memutuskan sesuatu yang telah sebati dengan dirinya.

"Saya nekad dengan keputusan saya dan berharap segala-galanya berjalan dengan baik. Mereka (Jawi) minta saya datang semula, tetapi tidak pasti bila ada kelapangan," memetik kata-kata Nabila ketika ditemui wartawan, Isnin lalu.

Nabila bagaimanapun menolak pergolakan dalam rumah tangganya berpunca daripada orang ketiga seperti dakwaan sesetengah pihak. Sebaliknya masalah mereka berdua semakin kompleks sejak sebelum disahkan hamil anak pertamanya, Keisha.

Dalam keadaan sekarang, Nabila juga mengakui sudah tidak gembira jika pulang ke rumah serta sudah tidak mampu hidup sebumbung walaupun mengakui suaminya seorang yang baik hati.

Kemelut perkahwinan Nabila yang baru hendak memasuki tahun ketiga pada 2 Disember nanti itu turut mengheret penjelasan daripada bapanya, Amy dan ibu tirinya, Norish.

Sebagai ibu bapa, tugas mereka sudahpun dilakukan sebaik mungkin.

Amy dan Norish enggan membuka banyak cerita. Apa yang termampu, mereka mengharapkan jika perceraian juga yang dipilih oleh Nabila, biarlah perkara itu diselesaikan dengan cara terbaik.

"Walau apapun yang berlaku antara Nabila dan Zaidi, itu adalah masalah dalaman mereka. Kami sudah memberikan nasihat terbaik dan mendoakan yang terbaik buat mereka," ujar Norish tidak mahu mengulas lebih.

Untuk Nabila dan Zaidi, barangkali cahaya Aidilfitri yang sedang menanti hari bakal membawakan seribu pengharapan.

Hikmah Janda Insaf


SUNGAI SIPUT: Ada yang menghantar surat berserta biodata lengkap seperti surat memohon kerja, meluahkan perasaan secara bertulis, malah tidak kurang yang lebih ‘gentleman’ berjumpa ayahnya semata-mata mahu menyampaikan hasrat di hati.
 
Memegang status janda popular menyebabkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, menjadi perhatian ramai lelaki, sama ada orang kebanyakan mahupun berstatus VIP.

Lebih-lebih lagi kisahnya menjadi perhatian tiga tahun dulu berikutan kesanggupannya menjalani hukuman sebat atas kesalahan minum arak dan sejak itu setiap perkembangannya menjadi hiasan di dada akhbar hinggalah kisah perceraiannya dengan seorang warga Singapura.

Namun, buat masa ini, tidak terlintas di hati wanita kelahiran Kampung Jawang, di sini, itu untuk mengakhiri zaman jandanya, apatah lagi dia baru kehilangan anak sulung, Mohamad Azfar Muhammad Affandi, 9, akibat lemas pada 8 Mei lalu.

Kartika tidak menafikan tertarik dengan surat ‘lamaran’ diterima, namun individu yang melamarnya merahsiakan beberapa maklumat, terutama status terkini.

“Surat yang saya terima rata-rata menyertakan maklumat positif, namun saya terpaksa menolak kerana mereka masih berstatus suami orang.


“Saya tidak percaya 100 peratus maklumat diberi, sebaliknya melakukan siasatan bagi memastikan ia benar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.

Menurutnya, dia tidak sanggup menghancurkan hati wanita lain semata-mata mahu mengakhiri status janda kerana percaya faktor takdir yang pasti berbalik kepadanya jika melakukan sesuatu yang buruk.

Katanya, bukan bermakna dia menutup pintu hatinya kepada lelaki lain selepas bercerai dengan bekas suami, Muhammad Afandi Amir, 39, tahun lalu, tetapi Kartika enggan memikirkannya dalam masa terdekat.

“Saya baru mengambil alih perniagaan inap desa Perak River Safari daripada ayah dan tumpuan kini hanya kepada kerja untuk mempromosikannya yang diuruskan bersama dua abang saya.

“Wanita mana tidak mahu hidup bersama lelaki bergelar suami, tetapi ia (berkahwin) bukan keutamaan saya dalam tempoh lima tahun ini.

“Namun, jika ditakdirkan bertemu jodoh dalam tempoh itu, siapalah saya untuk menolaknya,” katanya.

Kartika berkata dia tidak meletakkan syarat bagi mereka yang ingin menyuntingnya sebagai suri hati tetapi paling penting, lelaki berkenaan menerima anaknya, Wann Kaitlynn Saridewi Muhammad Affandi, 7.

Katanya, anak adalah keutamaannya kini, lebih-lebih lagi sejak melalui kejadian sedih yang meragut nyawa anak sulungnya ketika insan lain yang bergelar ibu gembira menyambut Hari Ibu.

Bagaikan menjadi penawar duka, Kartika menerima seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang diberi seorang wanita seminggu selepas pemergian Azfar untuk dijadikan anak angkat.

Kanak-kanak perempuan itu yang dikenali sebagai Qaisara tidak dianggap pengganti Azfar, sebaliknya sebagai kawan kepada Wann Kaitlynn.

“Qaisara tidak akan sama dengan Azfar kerana anak sulung saya mempunyai tempat istimewa dalam hati saya dan dia (Azfar) tetap saya kenang dan sayang sehingga ke hujung nyawa.

“Bagaimanapun, saya tetap mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Qaisara kerana dia adalah amanah yang perlu saya pelihara dengan sewajarnya,” katanya.

Seperti Azfar, Qaisara tergolong dalam kategori kanak-kanak istimewa kerana mengalami masalah lembam tetapi Kartika reda menerima kekurangan anak angkatnya itu.

Laporan Plus Sempena Musim Perayaan Aidilfitri


SESAK... Kelihatan kenderaan bergerak perlahan menuju ke utara berhampiran R&R Tapah ketika tinjauan udara bersama helikopter Plus sempena musim perayaan Aidilfitri.

Tinjauan mendapati kenderaan semakin bertambah tetapi bergerak lancar sepanjang laluan bagaimanapun terdapat beberapa kemalangan ringan menyebabkan beberapa laluan mengalami kesesakan kecil.

Antara laluan yang mengalami kesesakan kecil ialah di laluan Nilai berhampiran R&R Seremban, laluan menuju Ipoh berhampiran Gua Tempurung dan berhampiran susur keluar Hospital Sungai Buloh.

Saturday, August 27, 2011

Top 10 Pictures That Shocked The World


It has often been said throughout time that a picture is worth a thousand words. Any picture may be worth a thousand words, but only a few rare photos tell more than a thousand words. They tell a powerful story, a story poignant enough to change the world and galvanize each of us. Over and over again…

From the iconic images of Omayra Sanchez’s tragic death to the horrifying images of the Bhopal Gas disaster in 1984, the power of photography is still alive and invincible.

Here is my top 10 list of photos that shocked the world:

Warning: Be prepared for images of violence and death (in one  case, the photograph of a dead child) if you scroll down.

10. Kosovo Refugees (Carol Guzy)

kosovo-refugees-carol-guzy

Carol Guzy, the first woman to receive a Pulitzer Prize for spot news photography, received her most recent Pulitzer in 2000 for her touching photographs of Kosovo refugees.

The above picture portrays Agim Shala, a two-year-old boy, who is passed through a fence made with barbed wire to his family. Thousands of Kosovo refugees were reunited and camped in Kukes, Albania.

9. War Underfoot (Carolyn Cole)

carolyn-cole-war-underfoot

Los Angeles Times photographer Carolyn Cole took this terrifying photo during her assignment in Liberia. It shows the devastating effects of the Liberian Civil War.

Bullet casings cover entirely a street in Monrovia. The Liberian capital was the worst affected region, because it was the scene of heavy fighting between government soldiers and rebel forces.

8. Thailand Massacre (Neil Ulevich)

neil-ulevich-thailand-massacre

Neal Ulevich won the 1977 Pulitzer Prize for a “series of photographs of disorder and brutality in the streets of Bangkok, Thailand”  (Pulitzer.com).

The Thammasat University Massacre took place on October 6, 1976. It was a very violent attack on students who were demonstrating against Field Marshall Thanom Kittikachorn.

F. M. T. Kittikachorn was a dictator who was planning to come back to Thailand. The return of the military dictator from exile provoked very violent protests. Protestors and students were beaten, mutilated, shot, hung and burnt to death.

7. After the Storm (Patrick Farrell)

patrick-farrell-after-the-storm

Miami Herald photographer Patrick Farrell captured the harrowing images of the victims of Haiti in 2008.

Farrell documented the Haitian tragedy with impressive black-and-white stills. The subject of “After the Storm” is a boy who is trying to save a stroller after the tropical storm Hanna struck Haiti.
More photos of Patrick Farrell: A People in Despair: Haiti’s year without mercy

6. The Power of One (Oded Balilty)

the-power-of-one-oded-balilty

In 2006, Israeli authorities ordered the evacuation of illegal outposts, such as Amona. Oded Balilty, an Israeli photographer for the Associated Press, was present when the evacuation degenerated into violent and unprecedented clashes between settlers and police officers. The picture shows a brave woman rebelling against authorities.

Like many pictures on this list, “The Power of One” has been another subject of major controversy. Ynet Nili is the 16-year-old Jewish settler from the above picture. According to Ynet, “a picture like this one is a mark of disgrace for the state of Israel and is nothing to be proud of. The picture looks like it represents a work of art, but that isn’t what went on there. What happened in Amona was totally different.” Nili claims the police beat her up very harshly. “You see me in the photograph, one against many, but that is only an illusion – behind the many stands one man – (Prime Minister Ehud) Olmert, but behind me stand the Lord and the people of Israel.”

5. World Trade Center 9/11 (Steve Ludlum)

world-trade-center-steve-ludlum

The power of Steve Ludlum’s photos are astounding, and the written description only tends to dilute the impact. The consequences of the second aircraft crashing into New York’s WTC were devastating: fireballs erupted and smoke billowed from the skyscrapers anticipating the towers’ collapse and monstrous dust clouds.

4. After the Tsunami (Arko Datta)




One of the most representative and striking photos of the aftermath of the Indian Ocean tsunami was taken by Reuters photographer Arko Datta  in Tamil Nadu. He won the World Press Photo competition of 2004. Kathy Ryan, jury member and picture editor of  The New York Times Magazine, characterized Datta’s image as a “graphic, historical and starkly emotional picture.”

“After the Tsunami” illustrates an Indian woman lying on the sand with her arms outstretched, mourning a dead family member. Her relative was killed by one of the deadliest natural disasters that we have ever seen: the Indian Ocean tsunami.

3. Bhopal Gas Tragedy 1984 (Pablo Bartholomew)

bhopal-tragedy-pablo-bartholomew

Pablo Bartholomew is an acclaimed Indian photojournalist who captured the Bhopal Gas Tragedy into his lens. Twenty-six years have passed since India’s worst industrial catastrophe injured 558,125 people and killed as many as 15,000. Because safety standards and maintenance procedures had been ignored at the Union Carbide India Limited (UCIL) pesticide plant in Bhopal, a leak of methyl isocyanate  gas and other chemicals triggered a  massive environmental and human disaster.

Photographer Pablo Bartholomew rushed to document the catastrophe. He came across a man who was burying a child. This scene was photographed by both Pablo Bartholomew and Raghu Rai, another renowned Indian photojournalist. “This expression was so moving and so powerful to tell the whole story of the tragedy”, said Raghu Rai.

2. Operation Lion Heart (Deanne Fitzmaurice)

deanne-fitzmaurice-lionheart

Pulitzer Prize award winning photojournalist Deanne Fitzmaurice won the highly respected award in 2005 for the photographic essay “Operation Lion Heart.”

“Operation Lion Heart” is the story of a 9-year-old Iraqi boy who was severely injured by an explosion during one of the most violent conflicts of modern history – the Iraq War. The boy was brought to a hospital in Oakland, CA where he had to undergo dozens of life-and-death surgeries. His courage and unwillingness to die gave him the nickname: Saleh Khalaf, “Lion Heart”.

Deanne Fitzmaurice’s shocking photographs ran in the San Francisco Chronicle in a five-part series written by Meredith May.

1. Tragedy of Omayra Sanchez (Frank Fourier)




Frank Fournier captured the tragic image of Omayra Sanchez trapped in mud and collapsed buildings. The eruption of the Nevado del Ruiz volcano in Colombia 1985 triggered a massive mudslide. It devastated towns and killed 25,000 people.

After 3 days of struggling, Omayra died due to hypothermia and gangrene. Her tragic death accentuated the failure of officials to respond quickly and save the victims of Colombia’s worst ever natural disaster. Frank Fournier took this photo shortly before Omayra died. Her agonizing death was followed live on TV by hundreds of millions of people around the world and started a major controversy. May her soul rest in peace…

Kerajaan Selangor Tubuh Unit Selamat Akidah


SHAH ALAM: Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Jumaat mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah bagi membantu mereka yang mengalami tekanan hidup untuk menguatkan pegangan akidah Islam mereka.

Unit itu akan menjadi pusat khidmat menerima aduan dan permohonan bagi mereka yang kesempitan hidup mendapatkan bantuan yang diperlukan, katanya dalam satu kenyataan.

Unit itu akan bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor dan badan-badan sukarela lain untuk mencapai objektif penubuhannya. -BERNAMA

Friday, August 26, 2011

Muslim model Sila Sahin strips for Playboy


BERLIN - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.



Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.


Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.


Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.

"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.

"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.

Thursday, August 25, 2011

Naik berahi dalam bas

Gambar Hiasan
SANDAKAN: Seorang lelaki dipercayai ‘gila seks’ bukan saja cuba mencabul kehormatan seorang gadis, malah bertindak samseng apabila cuba memperkosa mangsa di dalam bas yang sedang bergerak dan dipenuhi penumpang, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa yang juga pelajar kolej berusia 20 tahun itu menaiki bas berkenaan dari Terminal Bas Milimewa untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini, kira-kira jam 4 petang.
Bas terbabit berhenti dan dinaiki seorang penumpang lelaki berusia 35 tahun yang duduk di sebelah mangsa sebelum mereka berbual dan pada masa sama lelaki terbabit cuba meletakkan tangan di bahu gadis itu, tetapi dihalang mangsa.

Lelaki itu mengulangi perbuatannya menyebabkan mangsa dan penumpang lain menegur tindakannya dan mangsa yang berang dengan perbuatan itu menolak suspek menyebabkan dia berang.


Seperti dirasuk hantu, suspek cuba memeluk dan menanggalkan skirt dipakai mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan beberapa penumpang lain kemudian campur tangan sebelum menahan suspek dan diserahkan kepada polis

Wednesday, August 24, 2011

Khalid Kesal, Nama Majlis Syura Ditukar Kepada Jawatankuasa Pendengaran


PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan menukar nama Majlis Syura yang ditubuhkan untuk menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methdosit Damansara Utama (DUMC) kepada Jawatankuasa Pendengaran selepas mendapat teguran daripada pihak istana pada Selasa.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada malam Selasa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama Majlis Syura bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan JAIS terhadap DUMC pada 3 Ogos lalu.

“Justeru kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Bagaimanapun Abdul Khalid berkata, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa tersebut tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara beliau dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kerajaan negeri berharap perubahan nama yang diputuskan akan merungkai sebarang kekeliruan dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu gereja dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini,” katanya.

Pada petang Selasa, Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, baginda melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda.

Mohamad Munir dipetik sebagai berkata dalam pertemuan minggu lalu Abdul Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan JAIS awal bulan ini.

Menurutnya, baginda langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura, dan tuanku terkejut serta murka dengan apa yang berlaku.

Mohamad Munir berkata, pertemuan minggu lepas Menteri Besar turut mencadangkan kepada Sultan Selangor untuk memanggil pihak gereja untuk mendapatkan maklumat dengan membawa mufti negeri.

Tambah beliau, Majlis Syura tidak diperlukan kerana JAIS negeri itu juga mempunyai Mais dan Jabatan Mufti.

Pada Isnin, media massa melaporkan, bahawa Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap DUMC oleh JAIS.

Semua media memetik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berkata bahawa baginda menitahkan demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar menghadap baginda baru-baru ini.

Abdul Khalid berkata penubuhan Majlis Penasihat Syura tersebut dicadangkan oleh baginda minggu lalu dan beliau menjunjung titah serta nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

Majlis itu yang dianggotai Abdul Khalid, Tamyes dan Abdul Majid akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk mewujudkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagai kaum dan agama terus terpelihara.

Abdul Khalid turut berkata, majlis itu akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam di gereja itu dan sekiranya perlu akan memanggil 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan.

Katanya, majlis itu juga akan turut mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.



Tuesday, August 23, 2011

Tuanku Murka dan Terkejut: Tuanku tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura


Ini sudah jadi kes berat, bila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa bertitah bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa baginda menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.

Perkara itu itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Abdul Khalid dalam kenyataan akhbar Isnin berkata idea penubuhan Majlis Penasihat Syura dicadangkan oleh Sultan Selangor semasa perbincangan beliau dengan baginda pada minggu lepas.

Katanya Majlis Penasihat Syura itu akan ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lepas kerana disyaki terdapat orang Islam menyertai upacara makan malam yang dianjurkan oleh gereja itu.

Ini menurut Abdul Khalid bagi mendapat penjelasan daripada pihak gereja mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja itu dan beliau bercadang untuk membawa bersama Mufti Negeri Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, katanya.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam tersebar kenyataan Khalid yang boleh dianggap 'pandai-pandai' itu, beliau kantoi.

Mohamad Munir berkata apa yang berlaku dalam pertemuan itu ialah Abdul Khalid telah menyembah maklum kepada Sultan Selangor hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama.

“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.

“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,” kata Munir.

Menurutnya, Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Datuk Menteri Besar Selangor memanggil pihak gereja bersama-sama dengan Mufti Selangor tetapi Baginda menasihatkan Menteri Besar menjemput sekali Timbalan Mufti Selangor (Datuk Abdul Majid Omar) untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam syariah dan tidak menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.

Oleh yang demikian, Mohamad Munir berkata isu Baginda menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah tidak benar.

"Pendirian D.Y.M.M. Sultan Selangor berkaitan dengan Majlis Penasihat Syura ataupun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana Negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor".

JAIS pada 3 Ogos lalu dilaporkan melakukan pemeriksaan di majlis makan malam di DUMC. Tindakan kontroversi itu mengundang kritikan banyak pihak pihak apabila JAIS didakwa tidak mempunyai waran. - Sumber: Agendadaily

Kim Kardashian Wedding Impresses Celebrity Guests


Reality TV star Kim Kardashian married NBA player Kris Humphries this weekend at a posh mansion outside of Santa Barbara, Calif.  ABC News breaks down all of the lavish details including: the star-studded guest list, Kim’s three (yes, three!) Vera Wang wedding gowns, and the profit the couple pulled in from the event.


Kim booed up with her soon-to-be husband Kris Humphries at her bridal shower


Kim looks ecstatic as she opens gifts


Kim sitting in her hubby’s lap as she excitedly opens more gifts.







Era Gaddafi berakhir

PENYOKONG pemberontak di Benghazi meraikan kejayaan kumpulan itu memasuki Tripoli, malam tadi
TRIPOLI: TRIPOLI: Ketua pemberontak Libya, Mustafa Abdel Jalil semalam mengisytiharkan berakhirnya ‘era Gaddafi’ yang memerintah negara itu selama 40 tahun selepas tentera pemberontak menguasai hampir keseluruhan bandar raya ini.
 
‘Era Gaddafi sudah berakhir,” katanya pada sidang akhbar di Benghazi, timur Libya, merujuk kepada pemimpin veteran Libya, Muammad Gaddafi.

Mustafa berkata, beliau berharap, Gaddafi yang menghadapi waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan ditangkap supaya beliau boleh dibicarakan secara adil.


Gaddafi ...larikan diri
Mustafa megucapkan tahniah kepada rakyat Libya kerana ‘kemenangan bersejarah’ itu dan juga mengucapkan terima kasih kepada Nato kerana memberikan sokongan ketenteraan.
Beliau bagaimanapun berkata, kemenangan sebenarnya ialah apabila Gaddafi, 69, ditangkap.

Menurutnya, hampir keseluruhan Tripoli kini berada di bawah penguasaan pemberontak.

Saif ...ditahan
Laporan sebelum ini menyatakan Gaddafi bersembunyi selepas tentera pemberontak menyerang bandar raya itu dan berlaku pertempuran sengit di luar perkarangan istana Presiden.

Dalam pada itu, tiga anak Gaddafi dikatakan berada dalam tahanan pemberontak.

Muhammad ... serah diri
 
Dalam kenyataan awalnya, Mustafa Abdel Jalil memberitahu stesen televisyen al-Jazeera, mereka menahan Saif al-Islam dan Al-Saadi, dua anak Gaddafi.

Abang mereka, Muhammad, dilapor menyerah diri.

Menurut Mustafa “Saif kini ditahan dengan kawalan ketat sehingga dia didakwa kelak.” Sementara itu, bunyi tembak menembak terus kedengaran di seluruh ibu negara itu selepas penyokong setia Gaddafi yang terkepung melancarkan serangan balas.

Kereta kebal tentera kerajaan muncul dari kompleks istana yang dikenali sebagai Bab al-Aziziya dan mula melepaskan bedilan sejurus selepas subuh berikutan serangan pemberontak.

Penduduk berkata, tentera pemberontak cuba memanjat tembok perkarangan istana presiden tetapi ditembak oleh pengawal.

Pemimpin Libya itu masih menguasai kawasan Rixos di barat daya Tripoli dan tentera upahan masih berjuang untuknya.

Anak bongsunya, Khamis al-Gaddafi dipercayai mengetuai serangan balas.

Kira-kira 1,300 orang dikatakan terbunuh dalam pertempuran terbaru di Tripoli itu.

Jurucakap pemberontak, Nouri Echtiwi berkata: “Keadaan tenteram selama empat jam menyusuli sambutan besar-besaran penyokong pemberontak di jalan raya.

“Kemudian kereta kebal dan pikap yang dilengkapi mesingan keluar dari Bab al-Aziziya, kubu kuat terakhir Gaddafi dan mula membedil Jalan Assarin dan kawasan al-Khalifa.

“Mereka membedil secara rambang pada semua arah setiap kali mendengar bunyi tembakan.” Ketika rejimnya kelihatan di ambang keruntuhan, televisyen swasta Libya melaporkan pemimpin Libya itu sudah ‘melarikan diri seperti seorang pengecut.’ - Agensi

Mana Mak? Insaflah Anak!


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa . Kata  Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya .   Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? Berapa kerapkah kita hubungi ibu di kampung, di bandar, di pendalaman yang masih hidup? Amatlah malang seorang anak  jika di tanya mana mak, jawapan yang diterima adalah di rumah kebajikan.

Setinggi mana jawatan kita kita harus ingat dari mana asal kita.  

"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.

Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, "Along mana?'

Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."

Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"

Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."

Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"

Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"

Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"

Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak

Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, "Mana Mak?"

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, "Tak tahu."

Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"

Angah  menonton tv.  Angah jawab, "Mana Angah tahu."

Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.  

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, "Entah."  

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"

Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.  

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"  

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik.

Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum.

Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.  

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.  

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.
 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."  

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka."

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.  

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.  

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".

Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada."

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.  

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.  

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
 
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
  

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? "  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
 

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com