iklan nuffnang

pages

Wednesday, June 29, 2011

‘Saya Tidak Tahu Karnival Itu Anjuran PKR’ - Wardina


AMPANG: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, atau Wardina menjelaskan tidak mengetahui Program Karnival Mesra Rakyat yang diadakan di Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini 26 Jun lalu adalah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Wardina berkata, kehadirannya pada majlis tersebut atas jemputan seorang individu yang memintanya memberi ceramah berkaitan keibubapaan.

“Saya sepatutnya hadir pada sebelah siang tetapi disebabkan sibuk dengan aktiviti lain, saya dijemput menghadiri pada sebelah malamnya kerana diberitahu ramai orang sedang menunggu.

“Dalam jemputan itu saya diminta memberi ceramah mengenai institusi kekeluargaan tanpa dimaklumkan majlis berkenaan adalah anjuran pertubuhan politik termasuklah kehadiran wakil rakyat pembangkang,” katanya di Kelab Darul Ehsan di sini, Rabu.

Wardina berkata demikian bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Turut hadir peguamnya Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim.



Wardina (tengah) berbincang dengan peguamnya, Muhammad Hanif Harun (kiri) dan Iylia Iqbal Ibrahim.


Jelas Wardina, sewaktu dia tiba di majlis itu kelihatan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan dia telah diminta duduk sebelah wakil rakyat tersebut.

“Pada majlis itu saya hanya sempat memberi ceramah selama kira-kira sepuluh minit dan sebelum acara tamat, saya terus meninggalkan majlis selepas mendapat sedikit bayaran daripada pihak penganjur,” ujarnya.
Menurut Wardina, dia terkejut apabila kehadirannya telah dimanipulasikan sehinggalah ada pihak menuduh kononnya dia cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih.

Tambahnya, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas insiden berkenaan.

“Saya ingin menjelaskan yang saya tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan politik apatah lagi menyokong demonstrasi jalanan.

“Malah saya lebih sedih apabila gambar-gambar lama saya tidak bertudung disiarkan menerusi bloq yang mana ia boleh memalukan saya dan keluarga sedangkan saya sudah berubah,” ujarnya.


Gambar yang menimbulkan kontroversi apabila Wardina (kanan) bersama ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (dari kiri) dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.


Ditanya adakah dia mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin politik pembangkang, kata Wardina sebagai seorang selebriti dia berhak berbaik dengan sesiapa sahaja.

Wardina turut menjelaskan, tekanan yang berlaku disebabkan insiden berkenaan membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan berehat daripada menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 selama dua bulan.
Kata Wardina, tindakan itu bukanlah hukuman yang dikenakan stesen televisyen berkenaan sebaliknya ia adalah keputusan dia sendiri untuk membolehkan isu itu kembali reda selain mahu menceriakan semula kehidupannya.

“Saya tidak akan menjadi ceria jika saya dibebani dengan masalah. Jadi, adalah lebih baik saya berehat seketika dan perkara itu telah dipersetujui oleh pihak TV3,” katanya.

Sementara itu peguamnya Iylia Iqbal Ibrahim meminta pemilik bloq yang menyiarkan gambar-gambar Wardina tidak bertudung agar mengeluarkannya segera dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan ke atas mereka diambil.

Katanya, tindakan itu perlu untuk menjaga reputasi Wardina yang terjejas dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan gara-gara salah faham tersebut.

Hudud sudah tidak relevan pada PAS - Mustapa Mohamed


DATUK Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa mengakui terpaksa bekerja keras untuk merampas kembali Kelantan ke tangan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.

PAS berjaya menerajui pemerintahan negeri Kelantan lebih 20 tahun berbanding hanya sepenggal di negeri Terengganu, hal itu diakui Tok Pa kerana ramainya pemimpin dan penyokong PAS di Kelantan.

Bagaimanapun selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Ahli Parlimen Jeli yang berada dalam hairiki kanan dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tok Pa kini sedang menyusun strategi sulit ke arah usaha terbaik bagi menawan Kelantan pada PRU akan datang.

Baginya tiada yang mustahil untuk UMNO/BN Kelantan mengembalikan kekuatannya jika bersandarkan usaha gigih dan penyatuan dalaman parti.

“Kita kena tersusun menjelaskan pada rakyat tentang kemungkaran kerajaan PAS terhadap rakyat, isu air, isu ladang rakyat, kronisma, isu bazar tok guru...Hudud sudah tidak relevan pada perjuangan PAS...banyak lagi yang perlu diberitahu pada rakyat..” kata Tok Pa tentang program penerangan UMNO Kelantan.

Dalam pertemuan eksklusif bersama Agendadaily di rumah beliau di Jeli baru-baru ini, Tok Pa menjelaskan sudah menggerakkan beberapa program yang melibatkan penerangan dan gerak gempur 'Gelombang Merah' bagi memberi penjelasan kepada rakyat tentang kemungkaran kerajaan pimpinan PAS.

Berikut adalah transkrip tembual Agendadaily dan Tok Pa:

AGENDADAILY : Bagaimana Datuk melihat perjuangan PAS di Kelantan ketika ini dan kenapa isu Hudud masih dijaja oleh PAS di kampung-kampung kononnya Kerajaan Pusat jadi penghalang perlaksanaannya.

DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED (TOK PA) : Kenapa isu Hudud ini hendak dijadikan isu utama, mereka sudah berkompromi dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kita tidak faham kenapakah PAS bangkitkan perkara ini.

Masyarakat di kampung sepatutnya sudah memahami bahawa realitinya Hudud sudah tidak lagi relevan pada perjuangan PAS.

Mereka sudah capai kata sepakat dalam PR, bahawa demi pilihan raya dan untuk mempastikan kemenangan pilihan raya maka PAS telah mengenepikan segala usaha memperjuangkan Hudud seperti sebelum ini, sebagai contoh, dulu ada Hari Hudud, tapi sekarang sudah tidak ada lagi.

Rakyat di Kelantan terutama ahli PAS perlu sedar bahawa Hudud bukan lagi perjuangan PAS hari ini. Perjuangan PAS tidak lagi menekankan soal Hudud lagi kerana mereka sudah berkompromi dengan DAP dan PKR

AGENDADAILY : Apakah masyarakat atau rakyat Kelantan tidak sedar, apa seruan Datuk.

TOK PA : Rakyat perlu sedar, dulu kalau kita ingat sejarah fatwa Haji Hadi tentang kongsi kuasa dengan orang kafir, itu antara perjuangan mereka tidak boleh bersatu dengan orang kafir tapi sekarang mereka sudah berubah pandangan dan kemudian mereka menggunakan Hudud dengan membentangkannya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menjadi pegangan utama ketika ceramah PAS, sekarang sudah tidak ada malah jarang sekali disebut-sebut.

Jadi bagi orang PAS yang mahu menegakkan negara Islam, maka mereka harus berfikir...dengan PR hari ini yang tidak memilih Hudud sebagai perjuangannya maka kena lihat semula di mana letaknya ketulenan perjuangan PAS itu.

AGENDADAILY : Datuk rasa PAS sudah terpesong jauh dari perjuangan asalnya terutama dalam usaha menegakkan negara Islam.

TOK PA : Memang jauh terpesong, sebagaimana kita tengok PAS bersama PR di Selangor, dulu mereka berjuang untuk menutup kedai arak, kedai judi dan macam-macam lagi tapi apa yang (Datuk) Hassan Ali buat...

Dulu perjuangan mereka mengenepikan bangsa Cina dan India dan dianggap tidak relevan pada mereka tapi sekarang sudah terbalik, mereka berkomnpromi dan mereka sudah terpengaruh dengan DAP dan PKR.

Saya menyerulah pada mereka yang setia pada PAS, kita harap mereka akan fikir semula sokongan terhadap parti itu.

AGENDADAILY : Bagi menghadapi Pilihan Raya UMUM ke 13, apa perancangan Datuk.

TOK PA : Yang pertama kita sudah mula gerakan Gelombang Merah dengan jentera penerangan diutamakan, kita sudah susun dan bergerak aktif seluruh Kelantan.

Kita telah gerakan banyak program parti, kita akan tonjolkan kegagalan kerajaan PAS seperti Isu Bazar Tok Guru, Isu Ladang Rakyat, Isu Masalah Air, Isu Nepotisma dan Kronisma...bagaimana orang-orang terdekat mereka mendapat imbuhan dan ganjaran.

Dulu mereka menuduh kita bermacam-macam...kita akan dedahkan juga bagaimana mereka menyokong kemungkaran.

Macamana Menteri Besar Datuk Nik Aziz boleh sokong 'orang bujang' (mengambil pelacur) … Anwar Ibrahim...macamana Nik Aziz boleh menyokong membuta tuli kepimpinan Anwar Ibrahim yang telah diragui oleh ramai rakyat Malaysia, itulah antara isu-isu yang sepatutnya dibangkitkan.

PR ini sebenarnya menguntungkan DAP bukannya menguntungkan PAS, dengan menyokong DAP kerana kerusi DAP adalah paling ramai dalam Parlimen, kedudukan PAS adalah ketiga selepas PKR.

Perjuangan Nik Aziz telah menguntungkan DAP, tidak menguntungkan Islam dan Melayu.

AGENDADAILY : Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, sudah tentu ada tokoh-tokoh yang akan ditonjolkan untuk jadi calon PRU 13.

TOK PA : Kita sudah mula berfikir tentang perkara ini, tetapi belum dimuktamadkan lagi, kita sedang meneliti dan melihat tokoh-tokoh yang ada, yang penting harus ada tokoh-tokoh muda dan pelapis.

Bagi saya dua golongan amat penting, iaitu pelapis dan golongan agama.

Yang boleh menang atau 'winnerable candidate', bukan muda sahaja layak tapi boleh menarik hati rakyat.

AGENDADAILY : Winnerable Candidate sering dikaitkan dengan kehendak rakyat, apa perkiraan dan nilaian awal Datuk.

TOK PA : Sudah tentu ada perkiraan, saya sudah mula memerhati dan meninjau-ninjau tokoh-tokoh yang difikirkan layak, yang pastinya kita kena tonjolkan satu barisan yang mampu untuk berdepan dengan PAS.

Kita sudah mula mencari calon-calon yang 'credible' dan mempunyai kredibeliti yang cukup meyakinkan rakyat Kelantan bahawa mereka benar-benar boleh berjuang untuk rakyat dan memajukan Kelantan.

AGENDADAILY : Tokoh 'winnerable' yang bagaimana Datuk fikirkan.

TOK PA : Mereka ini akan dapat membantu rakyat dan boleh bekerja untuk rakyat, yang disukai oleh rakyat, calon yang 'Winnerable'. Kita tidak lagi letak tokoh yang tak dapat sokongan dan tidak diminati rakyat.

Kita mahu tokoh-tokoh ini rapat dengan rakyat di bawah konsep 1Malaysia di mana Rakyat Didahulukan, prinsip paling mustahak adalah mampu memenangi hati rakyat.

AGENDADAILY : Persiapan dan kesediaan untuk hadapi PRU 13.

TOK PA : Kita semakin dekat dengan persiapan untuk hadapi PRU 13, kita tidak boleh berada zon selesa, kita berada sebagai pembangkang selama 20 tahun lebih di negeri Kelantan.

Pilihan raya lepas kita hadapi banyak cabaran, kalau negeri lain perlu kerja keras tetapi UMNO/BN negeri Kelantan perlu lebih keras lagi bekerja, kita jangan alpa dan leka dengan kemenangan di Kerdau dan Merlimau, walaupun itu bagus kerana sudah ada kebangkitan tapi ini bukan bermakna bahawa 'automatik' rakyat berbalik memberi sokongan pada kita,

Pesanan Presiden UMNO ketika merasmikan ulangtahun ke 65 UMNO bahawa perkataan 'Bersatu. Bersetia dan Berkhidmat' kembali pada perjuangan asal UMNO.

AGENDADAILY : 20 tahun UMNO/BN gagal merampas Kelantan dari PAS sedangkan Terengganu hanya satu penggal sahaja UMNO/BN Terengganu dapat rampas semula, kenapa perkara ini berlaku.

TOK PA : Kita kena akui bahawa negeri Kelantan merupakan kubu PAS dan kepimpinan PAS ada kelebihan, sebagai orang kuat dan pemimpin besar PAS yang mungkin mempunyai penyokong lebih ramai daripada Presiden PAS, jadi kita akui bahawa Kelantan ini lebih sukar kerana Kelantan kubu PAS dan kita akui bahawa ramai pemimpin PAS ada di Kelantan. Itu adalah kenapa kita lebih sukar di Kelantan ini.

AGENDADAILY : Apakah ada keyakinan dan tidak mustahil UMNO/BN merampas semula Kelantan dari PAS.

TOK PA : Tidak mustahil, kerana ianya pernah berlaku dan kita sudah nampak ada tanda-tanda walaupun kita kena kerja kuat tetapi sudah wujud perubahan. Sudah ada slogan 'Selamat Tinggal PAS', dan ada yang datang mengakui menyatakan mereka sudah berpaling tadah dan sudah mahu bersama kita, itu adalah tanda jelas kearah perubahan.

AGENDADAILY : Adakah Datuk menjanjikan sesuatu corak pemerintahan yang lebih baik pada rakyat Kelantan.

TOK PA : Sudah pasti, itulah yang penting, kita mesti mampu lebih baik, sekiranya kita tidak lebih baik mana mungkin rakyat akan memilih kita. Kita janjikan kepimpinan lebih baik, lebih cekap, lebih intergriti...kita akan mengkaji semula unsur-unsur kronisma, nepotisma, masalah ladang rakyat, kebajikan rakyat...

AGENDADAILY : Adakah Datuk sedia menerajuinya...

TOK PA : Itu saya tidak boleh jawab kerana saya ikut apa saja kehendak pucuk pimpinan.-20/6/2011 OLEH LUKMAN ABDULLAH

Rumah Bagi Golongan Berpendapatan Sederhana


PETALING JAYA: Golongan berpendapatan sederhana yang belum mempunyai rumah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri apabila kerajaan memperkenalkan insentif baru untuk membina pangsapuri berharga kurang daripada RM300,000 di kawasan lembah Klang pada tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

Skim mampu milik itu merupakan tambahan kepada Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan bagi rumah yang berharga di antara RM100,000 dan RM220,000.

Ini bakal memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM6,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri.

“Kerajaan akan melakukan apa sahaja yang boleh bagi memastikan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah dan golongan berpendapatan sederhana mempunyai peluang untuk membeli aset mereka sendiri,” katanya.

Chee Heung berkata mengikut cadangan unit pangsapuri yang akan dibina mempunyai keluasan sekitar 850 hingga 1,000 kaki persegi dengan minimum tiga bilik.

Harga siling bagi rumah tersebut di bandar raya seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baru ialah RM300,000 sementara di negeri-negeri lain harga yang ditawarkan adalah lebih rendah.

Tuesday, June 28, 2011

Video Seks Anwar: It's About The Scene' kata Johari Abdul




Apa yang Datuk Johari Abdul,Ahli Parlimen PKR Sungai Petani tengah gelak sakan ni?
Oh rupanya ini sebahagian dari klip video ketika beliau berjumpa dengan trio Datuk T – Datuk Sharzly Eskay Abdullah,Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib lazim di sebuah bilik hotel sewaktu awal meletop kisah video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.
Klip video yang disebar menerusi youtube di internet itu pagi Selasa adalah sepanjang 1.59 minit.
Johari datang seorang diri untuk bertemu Datuk T di situ.
Mereka kelihatan mesra dan Johari yang melihat tayangan video itu kedengaran berkata 'It's Not About Anwar, It's About The Scene'.
Datuk T mendakwa semasa pertemuan itu Johari yakin sekali lelaki dalam video itu adalah Anwar.
Namun dakwa mereka setelah balik beliau menuntut ‘ wang pelincir ‘ untuk dirinya dan RM1juta seorang bagi lima Ahli Patlimen PKR lain yang nak dibawa menonton video berkenaan.
Datuk T dakwa mereka telah menolak permintaan Johari itu.
Jumaat lalu Johari menayangkan kepada wartawan di ibupejabat PKR video ala-majalah 3 terbitannya untuk mendakwa bukan Anwar dalam video seks berkenaan.
Beliau juga tunjuk dirinya di make up jadi macam P Ramlee oleh seseorang di Bangkok untuk mendakwa bahawa wajah Anwar dalam video itu adalah orang yang di make up.-28/6/2011

Kerana Demonstrasi, Konsert '2 Raksasa' Ditunda

KUALA LUMPUR: Konsert yang akan menggabungkan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu “2 Raksasa 2011” ditangguhkan pada 1 Oktober depan atas nasihat pihak polis gara-gara demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Penganjur konsert tersebut, Produser Eksekutif Netzah Production, Shirazdeen Karim berkata, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka itu tidak dapat dilaksanakan kerana ditakuti berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kerana demonstrasi haram tersebut.
"Kami sudah bersedia secara keseluruhannya untuk konsert itu tetapi atas nasihat pihak polis, kami terpaksa akur. Perkara ini dimaklumkan kepada kami pada Jumaat lepas.
"Polis telah menasihatkan supaya tidak menganjurkan konsert pada tarikh berkenaan demi keselamatan pengunjung yang mungkin akan bertembung dengan kumpulan demonstrasi tersebut," ujarnya pada sidang media Pengumuman Penangguhan Konsert 2 Raksasa 2011, di sini, Selasa.
Selain itu, Shirazdeen berkata disebabkan penangguhan itu pihaknya juga telah kerugian puluhan ribu ringgit bagi menampung kos-kos yang sudah dilaksanakan.
Katanya ia termasuk kos-kos yang melibatkan soal promosi, pembelian iklan dan bunting
"Kami juga tidak boleh menukar lokasi konsert itu ke tempat lain kerana sudah membayar deposit kepada pihak Stadium Merdeka. Atas sebab itulah konsert berkenaan terpaksa diadakan di lokasi yang sama dengan tarikh yang berbeza,” ujarnya.
Bagaimanapun katanya, individu yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan semula wang masing-masing daripada pihak penganjur.
Ramli Sarip dan Shirazdeen Karim
Sementara itu, vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip berkata, pihaknya berasa sedih dengan penangguhan berkenaan tetapi menganggap ia sudah ketentuan Tuhan.
"Kami sememangnya sudah bersedia untuk konsert tersebut. Kami akui agak sedih dan terkilan kerana kami terlalu teruja untuk bertemu peminat.
"Namun begitu kami percaya apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Lebih penting ialah keselamatan peminat," ujarnya.
Tiket konsert berkenan dijual dengan harga RM 73.00 dan boleh didapati di www.airasiaredtix.com. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-8775 4666 atau semua cawangan Redtix di Rock Corner dan Victoria Music.

Friday, June 24, 2011

Dedah Video Seks : Trio Datuk T Mengaku Bersalah & Didenda

Trio Datuk T iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim dikerumuni pemberita selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat berhubung tuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.
KUALA LUMPUR: Trio Datuk T yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas pertuduhan melibatkan pendedahan video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang dikenakan hukuman denda wang tunai atau dipenjarakan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Trio 'Datuk T' terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim, dan juga ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Shazryl Eskay dikenakan denda RM3,000 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda manakala Shuib dihukum denda RM1,500 atau dua bulan penjara jika gagal, sementara Abdul Rahim diarahkan membayar denda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Berita mengenai pendakwaan mereka disiarkan media pada Rabu, menyebabkan perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, dipenuhi oleh kira-kira 100 penyokong Datuk T, selain pihak media yang menunggu seawal pukul 7.30 pagi.

Trio tersebut yang memakai sut tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.15 pagi dan keadaan mahkamah yang sesak menyebabkan anggota polis mahkamah mengarahkan agar orang awam yang berdiri di galeri awam untuk keluar.

Tepat pukul 9.30 pagi, Shazryl Eskay dan Shuib didakwa secara bersama atas tuduhan menayangkan bahan lucah iaitu video adengan seks seorang lelaki dan seorang wanita secara terbuka.

Abdul Rahim, yang juga menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka selama 12 tahun sejak tahun 1982 pula didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan Shazryl Eskay dan Shuib untuk melakukan kesalahan tersebut.
Semua mereka mengaku melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, di sini pada antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu.

Pendakwaan terhadap Shazryl Eskay dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan Akta 574 manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kamaludin Md Said dan Mohamad Hanafiah Zakaria.

Kamaludin juga mengemukakan fakta kes bersama beberapa bahan bukti termasuk satu peranti storan media (USB) yang mengandungi rakaman video yang dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang wanita warganegara China.

Selain itu, video seks tidak bewarna dan tidak mempunyai suara yang mempunyai tempoh durasi masa selama 20 minit juga ditayangkan di mahkamah dengan menggunakan dua televisyen LCD bersaiz 42 inci untuk disahkan oleh trio yang berada di dalam kandang tertuduh.

Video itu dimainkan pada tahap kelajuan biasa, tetapi apabila mula memasuki adegan seks, Majistret Aizatul Akmal Maharani berkata: "Bahagian itu boleh di fast fowardkan (dilajukan ke depan)?"

Fakta kes pula menyatakan bahawa Shazryl Eskay telah berjumpa Shuib pada sekitar Februari lalu mengenai rakaman video tersebut, dan selepas berbincang, mereka bersetuju untuk berjumpa Abdul Rahim memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

Hasil perbincangan, semua tertuduh membuat keputusan untuk memanggil wartawan dan Abdul Rahim mencadangkan agar tayangan itu dibuat di hotel berkenaan.

Shazryl Eskay kemudiannya menghubungi seorang ketua wartawan di akhbar tempatan berbahasa Inggeris untuk menyebarkan agar wartawan hadir ke hotel itu pada 21 Mac untuk satu cerita besar demi kepentingan negara dan pada hari itu, wartawan telah berkumpul seawal pukul 9 pagi.

Penayangan video dibuat dengan menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo milik Shazryl dan secara keseluruhan, 13 wartawan menyaksikan video yang mengandungi aksi seks dan seks oral dua individu dalam keadaan berbogel.

Sehari selepas tayangan, ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat loporan polis dan pada 23 Mac lalu, Shazryl Eskay dan Abdul Rahim membuat sidang media mengakui bertanggungjawab atas penayangan video berkenaan.

Siasatan polis juga mendapati rakaman itu berlaku di bilik sebuah apartmen di Ampang, di sini dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Shazryl Eskay berada di lobi apartmen itu pada 21 Februari lalu.

Sementara itu, pada rayuan bagi meringankan hukuman, peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar mahkamah mempertimbangkan faktor bahawa anak guamnya, Abdul Rahim tidak pernah disabitkan di mana-mana mahkamah sebelum ini.

"Semasa menjadi Ketua Menteri, tertuduh terlibat untuk mengubah Melaka daripada sebuah negeri yang terbelakang menjadi sebuah negeri top 5 sehingga sekarang," katanya dan menambah, tertuduh yang mempunyai empat orang anak menjalankan perniagaan sendiri selepas bersara daripada politik pada tahun 1994.

Abdul Rahim yang juga Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga dimaklumkan sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD.

Peguam Zamani Ibrahim yang mewakili Shazryl Eskay pula berkata, anak guamnya tidak mempunyai niat jahat dan tindakan itu adalah untuk kepentingan awam.

"Tertuduh juga telah membuat satu sumpah laknat pada 29 April lalu mengatakan bahawa dirinya adalah orang di dalam video bersama dengan Anwar, dan sampai sekarang Anwar tidak menjawab sumpah laknat itu," tambah Zamani.

Shuib, yang merupakan seorang guru sebelum melibatkan diri di dalam politik pula menerusi peguam Suhaimi Salleh memberitahu bahawa, pengakuan salahnya telah menjimatkan wang dan masa mahkamah daripada menjalankan perbicaraan yang panjang.

Pada penghakimannya, Aizatul Akmal memberitahu bahawa, beliau mengambil kira faktor bahawa kepentingan awam yang mengatasi kepentingan peribadi tertuduh dalam menjatuhkan hukuman.

Difahamkan, penyokong-penyokong Trio Datuk T yang hadir di mahkamah membuat kutipan wang tunai untuk membantu menjelaskan denda tersebut.

Muhammad Shafee semasa ditanya berkata, kutipan yang dikumpulkan hampir berjumlah RM23,000.

Thursday, June 23, 2011

Polisi Biasiswa JPA Dikaji Semula Secara Menyeluruh Pada 2012 - Najib

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji semula polisi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam secara menyeluruh pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian semula itu termasuk sama ada menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang di peringkat kemasukan ke universiti atau menyediakan dermasiswa kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya mereka mengikuti kursus pra-universiti seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi atau A-Level.

"Kami akan mengusahakan satu polisi baru pada tahun depan," katanya ditemubual di Radio One FM di Seri Pentas di sini pagi Khamis.

Anaknya, Nor Ashman turut hadir dalam rancangan itu.

Selain itu, Najib memberitahu, sebahagian tanah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dekat sini akan dibangunkan dengan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA).

Katanya kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat seperti SP Setia, Sime Darby dan Putrajaya Corp untuk membangunkan PRIMA yang berkonsepkan sosial bisnes.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pangkalan TUDM di Sungai Besi akan dipindahkankan ke Sendayan, Negeri Sembilan

Negara berkebajikan, negara Islam dan 'Malaysian Malaysia'


ISTILAH Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British, Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama William Temple semasa Perang Dunia Kedua.

Semasa diperkenalkan, pendekatan itu bertentangan dengan konsep Jerman Nazi yang memperkenalkan ''negara berperang'' (warfare state). Namun konsep asal negara berkebajikan itu mula diperkenalkan oleh ahli-ahli akademik Sozialpolitiker (Ahli Politik Sosial) Jerman sekitar 1870. Ia kemudian dilaksanakan di bawah dasar pembaharuan Perdana Menteri Pertama Jerman, Otto von Bismarck dikenali sebagai Negara Sosial.

Beberapa negara Barat kemudian mengikutinya. Itali memperkenalkan Negara Sosial (Stato Sociale); pada 1936 Sweden Folkhemmet (terjemahan langsung: rumah orang-orang tua). Di Sepanyol ia dikenali sebagai estado del bienestar (negara yang sejahtera).

Negara berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP, dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama, pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu yang susah.

Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP.

Negara berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP kelak.

Jika dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini.
Kita amat bimbang, konsep negara berkebajikan yang mahu dibawa oleh DAP ini akan mengakibatkan perpecahan sosial yang lebih hebat. Jurang kecelaruan sosial akan melebar. Sekarang pun kita sudah dapat melihat gelagat DAP dalam mengambil kesempatan atas isu-isu yang mereka anggap ''boleh memberi peluang politik'' seperti isu biasiswa dan sebagainya.

Ahli-Ahli Parlimen mereka diseru supaya terus-menerus membangkitkan isu meritokrasi - dalam usaha mengapi-apikan kaum tertentu supaya membenci kerajaan dan bangsa-bangsa tertentu.

Apakah mereka menganggap murid-murid sesuatu kaum itu tidak bijak dan lemah sehinggakan semua biasiswa harus diberi kepada satu kaum lain yang bijak? Contohnya, jika diikut secara merit: Apakah mereka sanggup melihat murid-murid yang satu itu tidak boleh memperoleh walau satu biasiswa sekali pun kerana kaum yang satu lagi itu semuanya dianggap lebih layak mengikut acuan meritokrasi?

Jika itulah caranya, maka berperanglah negara ini.

Ternyata, niat mereka tidak ke arah perpaduan rakyat, tapi memperjuangkan semata-mata untuk sesuatu bangsa - dengan akhirnya kita bimbang ia akan mengetepikan satu kaum, bangsa dan etnik yang lain.
Jika itulah yang mereka perjuangkan, maka percayalah itulah yang akan diterapkan dalam konsep negara berkebajikan tersebut kelak.

Malaysia bukan seperti Britain, Jerman, Itali, Sweden atau negara-negara Arab mahupun Brunei yang melaksanakan konsep negara berkebajikan.

Di negara itu, mereka hanya mempunyai satu kaum asas yang besar berbanding dengan kita. Kita mempunyai tiga kaum yang besar, dengan satu kaum asas yang tidak begitu besar dan sering dipertikaikan kedudukannya.

Di negara-negara Barat, kaum asas mereka ialah berkulit putih, manakala yang lain-lain merupakan kaum pendatang, atau pun imigran dari negara-negara lain atau negara yang pernah dijajah oleh kaum asas itu.
Maka itu pembahagian kebajikan itu lebih mudah dilaksanakan tanpa ada rasa marah kerana kebanyakan yang menerimanya adalah kaum asas yang majoriti.

Apa yang mahu kita lihat di negara ini ialah dasar kerajaan yang pragmatik dan berkesan. Dan terbukti dasar kerajaan Malaysia yang dilaksanakan sejak kemerdekaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada kita semua.

Perkhidmatan kesihatan awam yang merupakan antara prinsip utama dalam negara berkebajikan, telah pun diamalkan di negara ini sejak dulu lagi. Rakyat kita menikmati kemudahan itu secara percuma dengan pendaftaran hanya RM1. Begitu juga pendidikan dan lain-lain.

Cubalah pergi ke negara-negara lain, malah ke negara jiran ASEAN sekali pun, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran kita adalah yang terbaik.

Apa yang diharapkan kerajaan dapat menambah baik lagi perkhidmatan dan mutunya supaya rakyat dapat menikmati faedah yang lebih besar.

Kita berharap Kementerian Kebajikan Masyarakat dapat diwujudkan semula, supaya kita semua sedar mengenai kewujudannya dan fungsinya.

Moto 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebenarnya merupakan satu tamparan kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP dalam soal berkebajikan. Malah konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga cukup memeritkan pihak pembangkang.

Kata-kata Najib: ''Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita'' membuktikan gagasan 1Malaysia lebih hebat dan murni daripada konsep berbaur cauvanis seperti Malaysian Malaysia.

Yang peliknya bagi pakatan pembangkang sendiri, walaupun mereka telah memerintah empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - namun bayang model negeri berkebajikan itu pun tidak nampak? Apa yang ada Selangor hanya memberi beberapa baldi air percuma, yang kemudian mendatangkan pula masalah kewangan kepada negeri itu. Serta menziarahi orang mati dan memberi sedikit sumbangan.
Pulau Pinang, negeri DAP yang mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan sendiri gagal melaksanakan kebajikan kepada rakyatnya.

Semakin marak kemarahan orang ramai di negeri itu terhadap pentadbiran kerajaan, terutamanya membabitkan penjaja-penjaja kecil yang diketepikan.

Sebaliknya dasar pecah dan perintah sedang diamalkan di negeri itu. Kondo-kondo mewah banyak dibina untuk faedah beberapa golongan masyarakat tertentu, menggantikan kampung-kampung miskin yang diroboh untuk didirikan dengan pembangunan mewah. Rumah-rumah awam juga gagal didirikan.

Kedah dan Kelantan, yang diperintah oleh kononnya sebuah Parti Islam pun tidak nampak apa-apa yang berlaku - konsep negara Islam pun sudah digugurkan, dan slogan negeri kebajikan pula hanyalah kata-kata manis dalam khutbah setiap Jumaat.

Negara berkebajikan yang dilaksana di Barat sendiri pun kini dikritik hebat kerana telah mengakibatkan rakyatnya malas dan enggan bekerja, kerana mengharapkan bantuan kebajikan daripada kerajaan.
Di Britain ia sudah dibahas hebat ekoran masalah kemalasan bekerja kerana mengharapkan elaun-elaun pengangguran dan pelbagai benefit yang disediakan kerajaan.

Golongan pekerja dan peniaga pula sebaliknya berang kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas mereka untuk membiayai kebajikan rakyat yang tidak bekerja itu. Malah harga minyak di sana pun tidak disubsidi oleh kerajaan, seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia kini. Harga semasa petrol di UK ialah RM6.70 seliter.

Kesimpulannya, apa yang cuba diperkenalkan oleh DAP, sehingga Pas sanggup mengorbankan perjuangan Islamnya, hanyalah semata-mata satu pendekatan gimik popular.

Namun secara halus ia sebenarnya adalah konsep perjuangan lama DAP, iaitu Malaysian Malaysia.
Malangnya, PKR terpaksa mengikut bagi menyelamatkan tengkuk Anwar Ibrahim dan Pas rela dicucuk hidung kerana mengidam ke Putrajaya.

Saturday, June 18, 2011

Bukan 'Anak Malaysia' tapi 'Anak Cindia'...

TEMAN tertarik dengan kontroversi baru yang dicetuskan oleh kaum biaDAP baru-baru ini berkaitan isu status "bangsa anak" didalam Sijil Kelahiran. Lapuran yang jelas bersikap provokasi ini disiarkan oleh media portal pro-Anwar MalaysiaKini.

Ceritanya ADUN biaDAP Hannah Yeoh baru-baru ini beranak hasil perkahwinan dengan seorang suami India bernama Ramachandran Muniandy. Beliau cuba mendaftarkan anak perempuannya yang dinamakan Shay Adora Ram sebagai kategori keturunan "bangsa Malaysia" kerana mendakwa anaknya keturunan Cina bukan India pun bukan! Tapi campuran benih kopi susu Cina-India.

Hannah bukan tak tahu tidak ada bangsa bernama bangsa Malaysia. Malaysia adalah nama sebuah negara yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Sebarang rujukan kepada rakyat sesebuah negara disebut "warganegara", bukannya bangsa. Adakah Hannah mahu anaknya dilabel sebagai bangsa keturunan "Anak Tanah Melayu?"

Teman bertanya beberapa rakan yang arif dan berpengalaman mengenai pendaftaran anak di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, termasuk Singapura. Jawapan terbaik teman terima dari rakan yang berkhidmat di Kedutaan Amerika.

Bila teman tanya bolehkah seorang anak yang lahir dari ibu bangsa Eropah dan bapa bangsa Afrika diketegorikan sebagai “keturunan Amerika”, rakan teman itu menjawab, “only idiot will asked that stupid question. Off course the child will be African, or Caucasian, although an American citizen!”. Pendek cerita, soalan itu sendiri pun dianggap bodoh! Pernah ke dengar seorang bayi dilabel keturunan bangsa Australia, bangsa United Kingdom!

Dan Malaysia terdiri daripada gabungan etnik besar bangsa Melayu-Cina-India-Iban-Dayak-Kadazan dan banyak lagi. Jadi kalau Hannah nak main wayang kata anaknya "anak Malaysia" juga tidak boleh - kerana tidak cukup syarat. Campuran benih India dan Cina sahaja tidak cukup untuk melayakkan anaknya dipanggil "anak Malaysia".

Kalau betul mahukan anaknya dilabel dengan label "anak Malaysia", maka Hannah perlu dapatkan benih semua bangsa yang ada dalam Malaysia, dan setelah disahkan campuran DNA semua bangsa itu, barulah boleh dipertimbangkan samada layak atau tidak anak Hannah dilabel "anak Malaysia". Atau lebih canggih lagi, teman boleh cadangkan kepada Parlimen anak campuran benih semua kaum dan bangsa ini dilabel sebagai keturunan "Anak 1-Malaysia"!!!

Kalau setakat campuran benih "Cina-India", bolehlah Hannah memohon untuk melabelkan anaknya sebagai "anak Cindia". Itupun kalau mahu. Mungkin boleh minta wakil rakyat biaDAP yang ada untuk usulkan dalam Parlimen untuk label baru "Cindia" tersebut.

Satu persoalan besar yang timbul daripada keengganan Hannah meletakkan label keturunan anaknya itu ialah adakah Hannah ini sendiri bersikap cauvinis, prejudis dan rasis: sebab kalau mengikut amalan pendaftaran anak negara ini anak tersebut wajar mengikut keturunan bapanya - iaitu Tamil, atau India.

Adakah Hannah tidak mahu anaknya dikenali sebagai keturunan Tamil atau India? Kalau ini benar, maka sikap Hannah Yeoh ini sudah pasti memberi persepsi yang sangat rasis dan cauvinis!!! Apatah lagi didalam amalan masyarakat Cina, nama keluarga sang isteri akan hilang sebaik sahaja berkahwin. Bukankah ini juga satu bentuk diskrimanasi?

Teman tengok ini tidak lain selain tindakan mencabar dan provokasi oleh kaum biaDAP ini. Masa kakitangan wakil rakyat biaDAP bernama Teoh Beng Hock ditemui mati terterap di SPRM, maka riuh kata dia telah membuntingkan teman wanitanya sebelum kahwin. Dalam bahasa orang Melayu - anak haram.
Bukan main kaum biaDAP menuntut anak haram itu didaftarkan atas nama Teoh Beng Hock. Ini sekaligus memberi gambaran seolah-olah kaum biaDAP ini menggalakkan hubungan seks sebelum perkahwinan. Padanlah dema tak kisah bila ada kutu "mengunyit" China-doll sampai naik muntah si amoi dikerjakannya!

Tak tahulah teman mungkin dibawah konsep "negara kebajikan", semua ni halal lah kot yop. Sejak-sejak "negara Islam" dah jadi arwah ni, macam-macam boleh yop! Silap-silap Karpal Singh boleh jadi tukang patwa Negara Kebajikan nanti yop!!!

Dan teman cabar kaum biaDAP ni, kalau sampai anak sendiri campuran Cina-India pun dia tak mahu mengaku sebagai Cina + India, macam tu tutup saja semua sekolah aliran Cina atau Tamil.

Pasal kalau ikut logik wakil rakyat biaDAP ni, semua sekolah patut dinamakan sekolah Malaysia, atau lebih tepat lagi Sekolah Kebangsaan Malaysia, sekolah bagi semua bangsa di Malaysia. Kalau macam tu, eloklah kita tukar semua sekolah aliran Cina dan Tamil kepada "Sekolah Kebangsaan 1-Malaysia"!! Okay ke ke tu kaum biaDAP?-8/6/2011 Sumber http://zul4kulim.blogspot.com/2011/06/anak-cindia.html

Singapura 'kiblat' politik Kit Siang?

Minda Kit Siang ini terlalu terarah kepada Singapura. Malaysia tak boleh lebih daripada Singapura. Kalau Malaysia lebih daripada Singapura; maknanya Malaysia berada di jalan yang tidak betul. Kegilaan Kit Siang dengan Republik Singapura ini memang tak boleh disangkal.

Bagi mereka yang kenal dan banyak membaca mengenai Kit Siang; dia memang banyak memulakan perjuangan politik awal di Singapura. Bermula dengan menjadi Setiausaha Politik kepada Devan Nair.

Kit Siang memang membina banyak kemahiran politik di Singapura. Ibarat kata, memang Singapura adalah 'KIBLAT' politik Kit Siang anak beranak.

Soalnya, kenapa dalam soal ‘merger’ Maybank dan RHB Capital – Kit Siang terlalu takut bahawa ianya akan menewaskan banyak syarikat Singapura? Kenapa?

Apa hebatnya Singapura sampaikan kita tak boleh nak melebihi negara tersebut? Apa salahnya kalau bank kita melebihi ‘capital’ yang dipunyai oleh Bank Singapura? Berdosa? Hukum mana?

===========================================
A merger with Maybank is speculated to overtake Singapore’s DBS Group in terms of combined market capitalisation of US$28.8 billion, making it one of the largest banks in Southeast Asia.

While a CIMB-RHB merger on the other hand, would see a combined market capitalisation of US$27.3 billion, just marginally below DBS but overtaking both Singapore’s OCBC and UOB.

In terms of asset size, DBS, OCBC and UOB stand at US$238bil, US$198.4 billion and US$178.8 billion respectively.

================================================

So what? Kalau Maybank RHB jadi lebih besar daripada OCBC dan UOB? Apa masalah Kit Siang?

Apakah Kit Siang sudah tidak lagi mempunyai minda ‘nasional’ sehingga semuanya mesti dirujuk kepada Singapura? Berapa banyak Cina Bukit Komunis ini terima daripada Kerajaan Singapura?

Kit Siang tak perlulah nak merujuk semua benda kepada Singapura. Merger Maybank RHB adalah ‘keputusan ekonomi’. Purely economic decision. To make our bank bigger; and comfortable enough to be a regional/global player! Itu niatnya! Yang perlu kaitkan dengan Singapura itu sebab apa?

Kepada Kit Siang yang berminda komunis – Maybank atau mana sahaja syarikat Malaysia TIDAK BOLEH menjadi lebih kuat daripada Singapura. Kit Siang ini elok pindah pergi Singapura sahaja. Nak juga kita tengok samada PAP akan ambil Kit Siang sebagai Menteri!-15/6/2011 sumber http://gelagatanwar.wordpress.com/2011/06/14/minda-komunis-kit-siang/

Tidak Peduli Amaran Hishammuddin, Pemuda Umno Teruskan Perhimpunan 9 Julai

PETALING JAYA: Tanpa mempedulikan amaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussein, Pergerakan Pemuda Umno bertekad mahu meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini - tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dekat sini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan itu. "Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam (Jumaat). Bukan keputusan unilateral saya.

“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang," kata dalam twitter di sini, Jumaat.

Beliau mengulas amaran Hishammuddin sebelum itu kepadanya supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

Dengan ini, terdapat tiga pihak yang bakal berhimpun pada hari berkenaan iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Bersih dan Pemuda Umno.

Katanya, berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapi apa sekalipun kemungkinan.

“Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.

“Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya Ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama," tegasnya

Thursday, June 16, 2011

Buku jingga bankrapkan negara - analisis berfakta

abdulrahmankotabelutSAYA amat teruja apabila mendapat tahu bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah mengumumkan dasar-dasar utama ekonomi dan kerajaan mereka jika dapat menawan Putrajaya.

Saya gembira kerana PR akhirnya sedar bahawa untuk memenangi hati rakyat dan untuk menjadi kerajaan Persekutuan, mereka tidak boleh lagi menggunakan pendekatan retorik semata-mata. Akhirnya mereka harus akur kepada tuntutan “two-party-system” iaitu mempersembahkan dasar-dasar alternatif yang berbeza dengan  parti pemerintah.

Agaknya atas kesedaran ini, maka lahirlah Buku Jingga yang diilhamkan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Dato Seri Abdul Hadi Awang. Kini sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai antara keberkesanan Buku Jingga dan Model Ekonomi Baru ilham Perdana Menteri YAB Dato Sri Najib Tun Razak.

Saya sebenarnya mengharapkan satu buku yang sarat dengan hujah-hujah ekonomi yang berdasarkan fakta yang nyata. Harapan saya ternyata meleset apabila membaca 3 mukasurat yang pertama sahaja, saya agak terkejut kerana PR masih lagi menggunakan berbagai-bagai label dan ungkapan-ungkapan retorik untuk mencemuh BN.

Antaranya: selamatkan Malaysia, noda hak rakyat, rasuah, salahguna kuasa, bolot, tidak peduli, mengekang, tidak berjiwa rakyat, krisis parah, perkauman, durjana, pudar, ketinggalan, meraba-raba, bongkak, pentingkan sendiri, mundur, merudum, penderitaan, ketirisan, songsang, hambar, menunggang, lemah, kemelut, malap, gelap, ketakutan dan kabur.

Sebagai penyokong BN, saya hampir saja membuang Buku Jingga kedalam tong sampah kerana kecewa dengan retorik politik berlebihan yang tidak kena pada tempatnya.

Saya faham tentang politik. Setiap parti akan cuba sedaya upaya untuk mendapat pulangan politik terhadap apa saja yang mereka lakukan. Itu tidak salah kerana itulah lumrah politik. Tetapi dalam hal ini PR sepatutnya belajar daripada BN. Contohnya dalam dokumen Model Ekonomi Baru yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan, tidak ada satu ayat pun yang memperlekehkan pembangkang.

Semuanya ditulis dengan rasa keinsafan dan kesedaran bahawa Model Ekonomi Baru adalah milik semua rakyat Malaysia, tidak kira apa pegangan politik mereka. BN menyedari bahawa untuk Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan berjaya, semua rakyat Malaysia termasuk yang menyokong BN dan PR perlu menerimanya. Sebab itu, adalah penting untuk PR menyedari bahawa untuk berjaya, Buku Jingga juga perlu memenangi majoriti hati rakyat termasuk penyokong BN dan mereka yang di atas pagar.

Satu perkara lagi yang saya dapat bezakan antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan ialah cara ianya dirancang. Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan dirancang oleh BN setelah mendapat pandangan dan cadangan daripada rakyat melalui beberapa siri interaksi dan perhubungan dengan mereka.

Antara lainnya ialah:
·      190,152 respon daripada orang awam melalui SMS
·      20,000 pengunjung bengkel-bengkel awam (public workshop)
·      24,719 respon daripada kajian on-line (on-line polls)
·      900 ahli makmal yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pakar-pakar industri dan NGO
·      6,213 respon dari orang awam secara bertulis
·      dan 26,000 pengunjung Hari Terbuka (open days) PEMANDU mengenai Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan.

Setelah mendengar dan mengambil kira respon dan pandangan orang awam, barulah kerajaan BN membuat “endorsement” terhadap Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan . Buku Jingga pula, sepanjang pengetahuan saya, tidak pernah membuat sebarang percubaan untuk mendapatkan pandangan umum sebelum ianya digubal. Mungkin sebab itulah rakyat kurang merasai potensi Buku Jingga ini.

Selain itu, satu lagi perbezaan ketara antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan BN ialah pendekatan masing-masing dalam usaha memacu ekonomi negara. BN meletakkan sektor swasta sebagai “driver” kepada ekonomi negara (Private sector driven -  contohnya 92% daripada pelaburan dan perbelanjaan Model Ekonom Baru akan datang daripada sektor swasta) manakala Buku Jingga pula meletakkan kerajaan sebagai driver ekonomi dengan menuntut kerajaan PR untuk berbelanja besar (big government spending!).

Apapun, saya teruskan tulisan ini dengan analisa saya terhadap Buku Jingga. Saya ucapkan terimakasih kepada MOF, EPU dan PEMANDU yang  telah banyak memberi pandangan dan input kepada saya.
Buku Jingga boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah 10 janji yang akan diimplementasikan dalam masa 100 hari PKR menjadi kerajaan persekutuan dan kategori kedua ialah 39 janji dibawah tajuk “Dasar Bersama” atau “Common Policy”.  Saya akan memberi keutamaan dan menjawab janji-janji berkenaan ekonomi dahulu kerana ianya mempunyai kesan dan implikasi yang besar kepada ekonomi negara. Janji-janji tiada kaitan dengan ekonomi secara langsung akan saya jawab pada posting yang akan datang dalam blog ini.

Buku Jingga menjanjikan beberapa perkara utama yang melibatkan kewangan negara.
Antara lain:
·      Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
·      pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
·      menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
·      meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
·      penghapusan subsidi RM19 billion kepada IPP (Independent Power Producer – Penjana Tenaga Bebas)
·      menaikan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Trengganu dan Kelantan kepada 20%

(1) Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara – Kos kepada kerajaan RM50 billion

Dasar PR ini mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham 19 syarikat konsesi lebuhraya yang dipegang oleh pelabur swasta. Kos pengambilan 19 lebuhraya melibatkan kos tidak kurang dari RM50 billion. Angka RM50 billion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta oleh sebuah syarikat bernama Asas Serbi Sdn Bhd. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah dari RM50 billion.

(2) Meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan– Kos kepada kerajaan minima RM93.9 billion setahun

Untuk memastikan setiap isirumah mendapat RM4,000 dalam masa lima tahun, pendapatan isirumah mesti berkembang pada kadar 21.7%. Ini adalah satu perkara yang susah direalisasikan buat masa ini. Kalau kita ambil contoh ekonomi yang paling pesat membangun di dunia untuk dibuat perbandingan iaitu ekonomi negara China, pendapatan isirumah mereka hanya berkembang pada tahap lebih kurang 10% sahaja setahun (sumber: National Bureau of Statistics China). Di Thailand dengan ekonomi yang memberangsangkan, kadar ini hanya 6.3% (sumber: National Statistical Office Thailand).

Jika PR gagal mengembangkan pendapatan isirumah pada kadar 21.7% (dan ini mungkin berlaku), PR terpaksa menokok sejumlah wang untuk memastikan janji mereka ditunaikan. Berapakah yang perlu PR belanjakan?

Peratusan isirumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah ialah 67.1% (atau 3.8 juta isirumah). Untuk memastikan pendapatan isirumah mencapai RM4,000, secara puratanya PR terpaksa menokok wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan setiap isirumah. Ini bermakna untuk setahun jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan PR ialah RM93 billion (untuk 3 tahun jumlah itu menjangkau RM279 billion. Untuk 5 tahun jumlahnya ialah RM465 billion).

(3) Pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru– Kos kepada kerajaan RM2.4 billion

Jumlah guru di Malaysia lebih kurang 400,000 orang. Penambahan gaji RM500 seorang akan memakan kos sebanyak RM2.4 billion setahun (RM500 X 400,000 orang X 12 bulan).
Saya berpendapat besar kemungkinan PR tidak akan dapat menolak desakan kakitangan kerajaan yang lain untuk mendapat kenaikan gaji yang sama. Kalau ini berlaku maka kos akan meinngkat kepada RM7.2 billion setahun (RM500 x 1,200,000 orang kakitangan kerajaan X 12 bulan)

(4)  Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar– Kos kepada kerajaan RM1.2 billion

Mengikut anggaran syarikat Wireless@KL, untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan Wi-Fi percuma di Kuala Lumpur (luas 244km persegi) sahaja akan memakan belanja RM64 juta (Capex RM50juta, Opex RM14juta). Kalau dikembangkan ke kawasan bandar dan separa bandar di Kangar, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Petaling Jaya, Melaka, Seremban, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, kos yang dianggarkan ialah RM1.2 billion.

(5) Menaikkan bayaran royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% - Kos kepada kerajaan RM12.5 billion (jika andaian Petronas mengekalkan tahap “retained profits”nya.

Dengan 5 perkara ekonomi diatas sahaja, bajet kerajaan PR akan mengalami defisit yang teruk dan hutang kerajaan PR akan melonjak naik.

Oleh kerana Buku Jingga tidak mempunyai maklumat tentang defisit bajet (peratusan dari KDNK), saya terpaksa menggunakan unjuran peratusan defisit yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam bajet 2011. Jumlah defisit ini bolehlah dikira sebagai “starting point” untuk bajet kerajaan PR jika mereka memerintah Putrajaya.

Defisit bajet untuk setahun pertama ialah:
·      Defisit 2011 ialah RM39 billion (5.4% dari KDNK), tambah
·      Kos penghapusan tol RM50 billion (6.92% dari KDNK), tambah
·      Kos menokok tambah pendapatan isirumah RM93.9 billion (12.99%) dari KDNK), tambah
·      Kos naik gaji guru RM2.4 billion (0.33% dari KDNK) tambah
·      Kos Wi-FI percuma RM1.2 billion (0.17% dari KDNK) tambah
·      Kos tambahan 20% royalti minyak RM12.5 billion (1.73% dari KDNK)

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.
Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut. Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.

Untuk tahun kedua, oleh kerana beberapa perbelanjaan seperti pengambilalihan lebuhraya dan pembinaan prasarana Wi-Fi adalah merupakan perbelanjaan sekali sahaja (one-off), defisit bajet kerajaan PR untuk tahun kedua dijangka turun kepada RM139.3 billion (18% dari KDNK).

Oleh kerana tahun kedua bajet masih lagi defisit, sekali lagi kerajaan PR  terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua.
Maka untuk tahun kedua pemerintahan PR, defisit bajet negara akan melebihi 10% dari KDNK dan hutang kerajaan PR akan melampui 100% dari KDNK. Dengan itu Malaysia akan secara rasminya diistiharkan BANKRAP kerana hutangnya melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)!

Nota:
(1) Anggaran ini hanya mengambil senario dimana kos pengambilan 19 lebuhraya negara ini ialah RM50 billion. Ada pakar ekonomi yang menjangkakan kos pengambilan ini boleh mencecah RM100 billion.

(2) Anggaran ini juga hanya mengambil senario di mana hanya gaji guru yang diberi tambahan RM500 sebulan. Jika semua kakitangan perkhidmatan awam yang berjumkah 1.2 juta mendesak kerajaan PR untuk memberi mereka jumlah yang sama, tambahan kos ialah RM7.2 billion dan bukannya RM2.4 billion setahun.

Dari Mana PR bercadang menambah pendapatannya?

Saya difahamkan bahawa PR merancang untuk menggunakan “penjimatan” RM19 billion yang dipotong dari subsidi kepada Penaja Kuasa Bebas (IPP) untuk menampung dasar-dasar yang saya sebut diatas (sebenarnya fakta Buku Jingga ini adalah salah. RM19 billion bukanlah semuanya subsidi untuk IPP sahaja).

Jawapan saya ialah penjimatan itu tidak akan dirasai oleh rakyat kerana besar kemungkinan IPP akan memindahkan kos mereka kepada pengguna elektrik dalam bentuk bil elektrik yang tinggi. Kita perlu ingat bahawa sebahagian daripada subsidi RM19 billion itu adalah untuk mengurangkan kos IPP agar kos sebenar elektrik tidak tinggi.

Begitu juga dengan kenyataan Buku Jingga bahawa mereka akan memastikan ketirisan tidak berlaku. Mereka mendakwa mereka boleh menjimatkan ketirisan sebanyak RM28 billion.

Untuk makluman, jumlah RM28 billion tidak ada dalam lapuran Ketua Audit negara. Saya sendiri telah bertanya kepada Tan Sri Amrin Buang, Ketua Audit Negara dan beliau mengesahkan tidak pernah mengatakan ada ketirisan RM28 billion.

Mungkin pakar-pakar ekonomi PR akan mengatakan bahawa ketirisan banyak berlaku seperti dalam PKFZ, Perwaja dan lain-lain lagi. Saya tidak menyangkal fakta itu. Tetapi sebagai pakar ekonomi, sudah tentu mereka tahu bahawa adalah kurang sesuai untuk membuat  unjuran pendapatan negara bersandarkan kepada penjimatan yang disebabkan oleh usaha membenteras salahguna kuasa, rasuah atau pembaziran. Jumlah dari pembenterasan salahguna kuasa, rasuah dan pembaziran sepatutnya diklasifikasikan sebagai “bonus” dan bukannya pendapatan. Ini kerana penjimatan dari salahguna kuasa, pembaziran atau rasuah bukanlah satu jumlah yang boleh dianggarkan dengan tepat dan tidak dapat pula dipastikan bila boleh direalisasikan.

Saya  menghargai usaha PR yang akan cuba untuk membanteras gejala-gejala jenayah ini tetapi  saya tidak dapat bersetuju untuk memasukkan “penjimatan” ini sebagai satu pendapatan negara yang boleh dianggarkan dengan tepat dan seterusnya dibelanjakan. Ini sudah tentu akan membawa kepada masalah besar jika unjuran pendapatan negara, yang disandarkan kepada sesuatu yang susah dikesan dan agak lama untuk diselesaikan (sebagai contoh PKFZ dan Perwaja,) tidak dapat direalisasikan dalam tahun bajet itu dibuat.

Dari analisis di atas, jelas menunjukkan bahawa Buku Jingga adalah satu percubaan yang baik namun jika kerajaan PR melaksanakan janji-janji mereka, ekonomi Malaysia tentunya akan bankrap dalam masa dua tahun pemerintahannya. Kesimpulannya, bagi saya Buku Jingga adalah satu buku yang “over simplistic”, tidak realistik dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Tambahan pulak banyak janji-janji sebelum ini tidak dimasukkan kedalam janji 100 hari itu…. Apa sudah jadi dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk kuota orang Sabah dan Sarawak?-15/6/2011

Penulis merupakan Ahli Parlimen Kota Belut. Pandangan beliau boleh dibaca di http://mpkotabelud.blogspot.com/

Abdul Rani Tidak Minat Jawatan Exco Selangor


PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, Dr Abdul Rani Osman menegaskan beliau tidak berminat untuk memegang jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor jika ditawarkan menggantikan Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.

Sebaliknya, Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru menegaskan, sebagai pesuruhjaya negeri yang baru beliau akan menumpukan kepada usaha menyatukan PAS Selangor.

“Taubatlah... kalau ada tawaran (sebagai Exco Kerajaan Negeri) sekalipun, saya akan tolak. Ramai lagi orang yang lebih layak daripada saya.

“Saya mahu memikul amanah sebagai pesuruhjaya negeri dengan sebaiknya. Saya mahu tumpukan perhatian kepada usaha menyatukan PAS Selangor ,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Abdul Rani berkata demikian diminta mengulas desas-desus beliau akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor menggantikan Hassan yang digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS negeri minggu lalu.

Selasa lalu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggugurkan Hassan sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam tempoh terdekat selepas beliau digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Menurut Satim, sikap melambatkan rombakan Exco membuktikan bahawa Abdul Khalid tidak menghormati keputusan dan polisi PAS selaku rakan parti dalam Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai usaha yang akan dilakukan sebagai Pesuruhjaya negeri yang baru, Abdul Rani berazam untuk mempertahankan semua kerusi yang dimenangi oleh parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Selangor.

“Saya lihat cabaran kali ini lebih besar, namun kita yakin PAS Selangor mampu pertahankan semua kerusi yang kita menangi.

“Bukan itu sahaja, malah kita boleh tambah kerusi di negeri ini sekiranya kita berusaha keras serta menggerakkan jentera parti daripada sekarang,” katanya.

Jelasnya, beliau akan memanggil mesyuarat pertama pada minggu hadapan sebagai langkah pertama untuk menyusun strategi PAS dalam menghadapi PRU-13.

“Insya-Allah, Isnin depan saya akan panggil semua Yang Dipertua PAS kawasan dan ketua-ketua dewan untuk membincangkan mengenai strategi serta usaha penambahbaikan yang boleh dilakukan,” katanya.

Ahad lalu, Jawatankuasa PAS pusat mengumumkan pelantikan Abdul Rani dan Abdul Wahid Endut masing-masing sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dan Terengganu yang baru.

Keputusan yang diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyaksikan Hasan Ali dan Ketua Dewan Ulama PAS pusat, Datuk Harun Taib digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS di kedua-dua buah negeri.

Monday, June 13, 2011

Hassan Ali Disingkir PAS Kerana Terlalu Eksklusif?

SEMUA maklum Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali digugurkan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dalam barisan kepimpinan baru parti yang diumumkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad.

Kedudukan jawatan nombor satu dalam PAS negeri itu digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Yang Dipertua PAS Kapar.

Banyak telahan yang berlaku ekoran 'hilangnya' Hassan dari senarai Abdul Hadi.

Banyak isu yang berbangkit sepanjang penggal Hassan memegang jawatan berkenaan yang dilihat memberi sedikit impak yang kurang disenangi di kalangan akar umbi PAS sendiri.

Dari isu rampasan arak dari kedai serbanika di Shah Alam sehingga polemik perpaduan PAS-Umno dan yang paling ketara tidak berpihak kepada kerajaan negeri dalam isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Tindakan itu dilihat menguntungkan musuh politik PAS iaitu Umno dan Barisan Naisonal (BN).

Hassan yang memegang portfolio Pengerusi Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam juga sering kali dikritik secara terbuka oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Yang paling panas sehingga mereka berdua dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana bertelagah dan membuat kenyataan secara terbuka melalui media.

Khalid menghadapi dua pertuduhan iaitu membuat ucapan terbuka mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang mengkritik isu tata tertib oleh jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat).

Sementara Hassan pula menghadapi dua tuduhan iaitu membuat kritikan terbuka berkaitan dengan prosedur tatacara pendengaran Selcat dan keduanya membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pengurus besar Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), Liow Siew Moi.

Sekali lagi tindakannya ditafsirkan menguntungkan Umno dan BN.

Mungkin atas faktor-faktor itu menyumbang kepada keputusan Abdul Hadi menggugurkan Hassan dan menggantikannya dengan Abdul Rani.

Sehingga artikel ini ditulis, Hassan gagal dihubungi bagi mendapatkan komen beliau.

Eksklusif

Sumber pimpinan PAS negeri memberitahu, Hassan dikatakan kurang bergaul dengan pemimpin-pemimpin akar umbi sehingga mengakibatkan jurang antara mereka kian ketara.

'Kesibukan' Hassan dilihat antara faktor utama sehingga beliau semakin terasing dengan akar umbi di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat itu.

"Dari sudut penyampaian maklumat juga banyak yang dipersoalkan pemimpin-pemimpin kawasan.

"Kita mahukan pemimpin yang datangnya akar umbi, tapi jika sifatnya terlalu eksklusif jadi bagaimana?" tegas pemimpin muda

Berbeza dengan Abdul Rani yang dilihat datangnya dari akar umbi dan gemar berterus-terang dengan ahli-ahli.

Lebih dari itu, kedudukan Hassan sebagai ADUN Gombak Setia, juga dikatakan tidak terjamin menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Hassan mungkin tidak akan dipilih semula, akan ada pengganti beliau yang lebih muda," menurut seorang pemimpin PAS Gombak yang enggan dikenali.

Beliau mendakwa, ahli-ahli parti di kawasan berkenaan kecewa dengan Hassan yang jarang turun padang menjenguk pengundi-pengundi.

Situasi seperti itu amat mengecewakan semua anggota parti yang selama ini bekerja keras memastikan kemenangan Hassan di DUN tersebut.

Bagaimanapun keputusan akhir siapa calon yang akan meneruskan kelangsungan PAS menerajui DUN berkenaan terletak di tangan Abdul Hadi. Ia adalah prerogatif pemimpin nombor satu parti itu.

Dalam barisan pelantikan terbaru PAS, menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf dilantik sebagai Penolongnya.

Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik sebagai Bendahari menggantikan Dr Mohd. Hatta Ramli yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat.

Calon Timbalan Presiden Pas yang kalah pada pemilihan Sabtu lalu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Idris Ahmad.

Ahli Jawatankuasa PAS yang yang dilantik pula adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Mohd. Anuar Tahir, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Bagi Pesuruhjaya Negeri pula, lima negeri mengalami perubahan iaitu Abdul Wahid Endut (Terengganu), Aminuddin Halim (Sabah) Mohd. Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Adly Zahari (Melaka) dan Abdul Rani.

Mereka yang kekal sebagai adalah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kelantan), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang), Datuk Dr Mahfodz Mohamed (Johor), Abu Bakar Husin (Perak), Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah), Salleh Man (Pulau Pinang), Hashim Jasin (Perlis), Mohd. Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan) dan Adam Ahid (Sarawak).

Sunday, June 12, 2011

Isteri bekas pemimpin Arqam dakwa Rasulullah, Imam Mahdi dan Abuya pimpin jemaah itu sekarang ini…

arq513



















INI kes berat dan sesat, yang perlu pihak berkuasa bertindak segera. Kisahnya… isteri pengasas Al Arqam Ashaari Muhammad, Khadijah Aam mendakwa suaminya tidak mati sebaliknya ghaib dan bergabung dengan Rasulullah SAW dan Imam Mahdi bagi mengerakkan aktiviti dan program kumpulan tersebut.

Menurut Khadijah atau dipanggil Bonda Ummu Jah, Ashaari atau lebih dikenali dengan nama Abuya yang meninggal dunia pada 13 Mei tahun lalu akibat jangkitan paru-paru tidak mati sebaliknya hanya ghaib sahaja dan akan menjelma semula “sedikit masa lagi”.

Lebih menggerunkan lagi, bila isteri ketiga Ashaari itu mendakwa Rasulullah muncul dan berdialog, serta memberi arahan kepada beliau dalam bentuk CAHAYA.
Dakwaan itu terkandong dalam kenyataannya di klip video yang disiarkan di laman sosial youtube.com

Naib Presiden kelab itu ialah Dr Rohaya Mohamad, isteri kepada Fakhrul Razi, anak sulung Abuya.

Kelab itu bikin heboh ‘satu Malaya’ kerana dakwa isteri patut jadi macam pelacur melayan lelaki melayan suami agar suami tidak mencari pelacur lain.

Balik kepada kisah Ummu Jah, menurut beliau, sebelum Abuya pergi ke alam ghaib (mati), Abuya telah mengajar beliau cara-cara untuk berkomunikasi dengan Nabi Muhamad SAW.

“Caranya diberi salam kepada baginda Rasul macam dalam sembahyang, dalam tahiyyat ” Assalamualaika ya ayyuhannabiyyu “.

"Maka dengan izin Allah, Rasulullah hadir dalam bentuk cahaya. Jadi saya pun berdialog dengan hati ke hati dengannya, dan itu BUKAN SYAITAN!” katanya dalam temubual dalam video sepanjang 51 minit dan 33 saat itu yang dirakam di Mekah pada bulan Mac lalu.

ABUYA BERGABUNG DENGAN IMAM MAHDI DAN RASULULLAH

Menurut Ummu Jah, dari dialog dengan Rasulullah itulah “Saya difahamkan bermakna (Abuya) bergabung dengan Rasulullah dan Saiyidi (merujuk kepada Imam Mahdi),”.

Al Arqam adalah pertubuhan yang diasaskan oleh Ashaari pada 1968 sebelum diharamkan pada 1994 kerana fatwa para mufti yang beranggapan pegangan pertubuhan tersebut “Aurad Muhamadiyyah” menyongsang dari Islam.

Ashaari dan ramai pemimpin kanan Arqam ketika itu ditahan ISA sebelum dibebaskan dan menubuhkan pula Rufaqa Corporation yang turut diharamkan tidak lama kemudian. Kini pengikut Ashaari bernaung dibawah satu syarikat bernama Global Ikhwan Sdn Bhd.

Berbalik kepada wawancara Ummu Jah, beliau mendakwa Abuya pernah memberitahu ‘jemaah’ bahawa di belakang beliau Saiyidi dan di belakang Saiyidi, Rasulullah.

“Pemergian Abuya untuk bergabung adalah untuk menyerahkan jemaah ini kepada Nabi akhir zaman… belum ada pemimpin lain yang mampu melakukannya.

“Kata ada Nabi tapi tiada hubungan, kini Nabi akhir zaman sudah ditemui.

“Maka apa yang saya dapat itu semuanya dari Rasulullah,” kata beliau dalam rakaman yang dipengerusikan oleh anak sulung Ashaari, Fakhrur Razi dan ahli keluarga dan pemimpin ‘jemaah’.

UPACARA TARIK DUIT

Lebih menarik lagi, ada soalan dari hadirin mengenai amalan baru yang dibuat oleh ‘jemaah’ selepas Abuya ghaib iaitu ‘pencak’ dan TARIK DUIT.

Yang kata Ummu Jah, bukan perkara baru kerana Abuya pernah berpencak (perang yang paling hebat melawan hawa nafsu.) dan TARIK DUIT, cuma pada ketika Abuya hidup ia tidak mengizinkan amalan tersebut diamalkan.

Tidak dapat dipastikan, pencak dan tarik duit itu merujuk kepada program yang mana, cuma Ummu Jah mendakwa pernah ketika Abuya hidup, polis Cawangan Khas (SB) bertanya bagaimana Abuya dapat banyak duit,

“Jawab Abuya dari bank tuhan,” katanya.

Beliau turut menceritakan detik-detik ‘ghaib’ Abuya, yang katanya sudah koma dua tiga jam sebelum mati lagi.

“Saya pun sesaat lagi Abuya nak ghaib, saya berdialog dengan Abuya melalui hati, saya kata Abuya jangan pergi…

“Jadi besoknya (sehari lepas mati) saya diberitahu, kejadian ini namanya Abuya ghaib, dan saya disuruh beri kuliah 10 sebab kenapa Abuya ghaib belum mati lagi,”.

"Begitu, jadi perjuangan Abuya sekarang tentu semua orang-orang Abuya mengatakan Abuya sedang terus memimpin di alam ghaib."katanya.

Ummu Jah sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi apabila menghalang kenduri tahlil kepada Ashaari sebaliknya menggantikan dengan konsert termasuk persembahan pentas bertajuk “Kalahkan nafsu, Abuya pulang”.

PEMBEBASAN MALAYSIA

Cuma kali ini lebih syok lagi, apabila Ummu Jah dakwa, Abuya akan membebaskan Malaysia dan akan menjelma balik dalam bentuk fizikal di Mekah dan Madinah (Harammain)

“Nanti bila terjadi Futuh Malaysia (pembebasan Malaysia) hasil kepimpinan ini Abuya dan gabungannya, barulah Abuya dapatkan Khurasan ((panggilan kepada Iran, Afghanistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan :Pengarang) dan kembali dalam bentuk fizikal ke Harammain (Mekah dan Madinah)

Kini kata beliau, Abuya di alam ghaib, di Istana RSA (singkatan untuk Rasulullah, Saiyidi dan Abuya).

“Istana RSA ini rupa-rupanya pusat kegiatan Imam Mahdi dan Abuya, secara roh, dan akan muncul dalam bentuk fizikal sedikit masa lagi.

Menurutnya, Abuya pernah berkata, "Imam Mahdi tu, pusat pemerintahannya selain Malaysia ialah di Haramain, jadi inilah dia, ke arah itulah."

Kini Ummu Jah dipercayai berada di Jordan tetapi aktiviti dan program ‘jemaah’ mereka masih berlangsung di beberapa pusat kegiatan pertubuhan yang menggunakan nama Ikhwan Global Sdn Bhd seperti di Rawang.

Persoalanya kini, apakah Kelab Taat Suami yang beliau adalah presiden juga merupakan 'arahan' dari Rasulullah, Imam Mahdi dan Abuya, kerana beliau mendakwa, dirinya selalu berdialog dengan Rasullah (baca  Transkip wawancara eksklusif dengan Khadijah Aam @Bonda Ummu Jah) -11/6/2011

VIDEO PENUH http://www.youtube.com/watch?v=Fq7xiUGn4vc

CAPTION GAMBAR DI ATAS :  Imej yang disebarkan blog-blog pro al arqam yang mendakwa  tiga cahaya yang diyakini gabungan Rasulullah, Saiyidi dan Abuya ( RSA) semasa satu program jemaah Global Ikhwan Sdn Bhd di Subang, Indonesia dua jam perjalanan dari Bandung
-12/6/2011-OLEH HELME HANAFI - Agendadaily

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com