iklan nuffnang

pages

Tuesday, May 31, 2011

Kemelut BBCC: Musa Sedia Disiasat SPRM


PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyahut cabaran untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mempunyai agenda tertentu berhubung isu pemberian kontrak pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Malah beliau turut mendesak supaya Pengerusi UDA Holdings Bhd. (UDA), Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya mengemukakan bukti sekiranya wujud agenda tersembunyi mengenai tegurannya terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

"Saya juga tak gentar, saya sedia disiasat oleh SPRM pada bila-bila masa.

"Malah saya cabar Pengerusi UDA supaya kemukakan bukti kalau saya ada kepentingan tertentu mengenai projek berkenaan," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Musa mengulas mengenai kenyataan Nur Jazlan bahawa SPRM perlu melakukan siasatan terhadapnya yang didakwa mempunyai agenda tertentu kerana sengaja menjadikan isu berkenaan sebagai polemik menjelang mesyuarat Lembaga Pengarah UDA hari ini.

Selain itu Musa turut mempertikaikan kredibili Nur Jazlan sebagai Pengerusi UDA terutamanya dalam menguruskan projek berkenaan.

Tegas Musa, Nur Jazlan juga sebenarnya perlu diambil tindakan kerana bertindak membelakangi ahli Lembaga Pengarah UDA ekoran mengeluarkan kenyataan bahawa sebuah syarikat China berpotensi besar dipilih membangunkan BBCC sebelum diputuskan dalam mesyuarat.

"Kenapa beliau lebih awal keluarkan kenyataan sebelum perkara berkenaan dimuktamadkan dalam mesyuarat yang akan diadakan hari ini.

"Jadi saya syak ada agenda tersembunyi yang rakyat tidak tahu. Saya tak pertikaikan kebijaksanaan ahli Lembaga Pengarah UDA, tapi apa yang saya pertikaikan ialah kebijaksanaan Nur Jazlan sendiri selaku Pengerusi UDA dalam menguruskan projek tersebut," katanya.

Kemelut pembangunan bekas tapak Penjara Pudu mula hangat apabila pengurusan UDA Holdings Bhd. dikhabarkan berminat untuk melantik sebuah syarikat hartanah terkemuka dari China bagi membangunkan BBCC atas alasan tiada syarikat bumiputera yang layak.

Bagaimanapun, Nur Jazlan memberi jaminan bahawa langkah tersebut tidak akan menjejaskan syarikat bumiputera kerana bakal wujud situasi menang-menang antara kedua-dua pihak.

Malah pada masa yang sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali turut meminta SPRM menyiasat pengurusan UDA Holdings kerana terdapat dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan Nur Jazlan.

Kenaikan Tarif Elektrik 7 Peratus Berkuat Kuasa Rabu


PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan tarif elektrik yang barudengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, bagaimanapun kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan ataukurang.

"Ini bermakna, 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik bulanan selagi mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Selain itu Chin berkata, kerajaan juga memberikan bekalan elektrikpercuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RRM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.

"Kerajaan dijangka akan menanggung kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai bekalan elektrik percuma kepada 900,000 pengguna di Semenanjung," katanya.

Menurut beliau lagi, selaras dengan dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah, jumlah 'lifeline band' untuk pengguna domestik akan dikekalkan pada 200kWj sebulan pada kadar unit 21.8sen/kWj.

"Oleh itu tiada kenaikan tarif untuk pengguna 'lifeline band' yang terdiri daripada 3.3 juta pengguna atau 55.4 peratus daripada pengguna domestik," katanya.

Jelas beliau, semakan tarif elektrik ini akan membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan.

"TNB dijangka melabur sebanyak RM4.5 bilion setiap tahun untuk menyediakan dan menaik taraf sistem infrastruktur bekalan elektrik.

"Sesuai dengan semakan tarif asas ini, pihak kerajaan meluluskan pakej penstrukturan tarif yang perlu dilaksanakan oleh TNB seperti menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi 'Thermal Energy Storage (TES) daripada 1.5 sen/kWj kepada 3.5 sen/kWj," katanya.

Kata Chin lagi, TNB perlu memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan seperti yang diberikan kepada rumah ibadat, institusi kebajikan dan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Pada sidang media yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop turut mengumumkan keputusan kerajaan mengenai struktur harga baru bagi gas yang yang dibekalkan oleh Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) kepada sektor elektrik dan industri.

Menurut beliau, gas kepada sektor elektrik dan industri dinaikkan sebanyak RM3.00/milion British thermal unit (MMBtu) setiap enam bulan bermula 1 Jun 2011 hingga Disember 2015.

"Harga gas akan mengikut harga pasaran bermula pada 2016.

"Langkah menyemak semula harga gas ini dibuat secara berperingkat bertujuan menangani isu herotan dalam pasaran serta mengurangkan tanggungan subsidi harga gas oleh kerajaan dan PETRONAS," katanya.
Jelas Nor Mohamed, kenaikan secara berperingkat ini memberi kepastian kepada sektor industri dalam merangka perbelanjaan operasi syarikat.

Katanya, di sebalik kenaikkan berkenaan, kerajaan dan PETRONAS pada 2011 masih lagi menanggung subsidi harga gas yang dianggarkan berjumlah RM25.64 bilion.

"Harga gas terbaru ini masih kompetitif berbanding harga pasaran bahan api alternatif seperti gas petroleum cecair (LPG) dan 'Medium Fuel Oil; yang meningkat daripada USD37.05 setong pada Mac 2009 kepada USD93.98 setong pada suku pertama 2011.

"Keputusan terbaru ini tidak akan menjejaskan daya saing industri tempatan dalam jangka panjang. Sebaliknya ia akan membolehkan sektor industri membuat penyesuaian serta meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti," katanya.

Saturday, May 28, 2011

Top 10 scary activities to do near Vancouver this summer

1. Cliffwalk
  1. Cliffwalk

They say you should do one thing a day that scares you. If that thing is a fear of heights then perhaps this summer you should try out the new Cliffwalk, a network of elevated forest walkways at Capilano Suspension Bridge Park which hang at a peak height of 91 metres. The suspended and cantilevered walkways rise through the rainforest and wind around the face of a sheer granite cliff next to the Capilano River.
 
They say you should do one thing a day that scares you. If that thing is a fear of heights then perhaps this summer you should try out the new Cliffwalk, a network of elevated forest walkways at Capilano Suspension Bridge Park which hang at a peak height of 91 metres. The suspended and cantilevered walkways rise through the rainforest and wind around the face of a sheer granite cliff next to the Capilano River.
 
2. Tandem paragliding at Grouse Mountain
  2. Tandem paragliding at Grouse Mountain
 
Billed by the mountain as the "ultimate flying experience," thrillseekers who are interested in leaping off a mountain but are nervous about doing it alone can go with an instructor strapped to your back. The adventure only requires about 10 minutes of ground preparation and 20 minutes in flight. At around $229, the ride is expensive, but many who have tried it say the feeling of soaring like a bird over a beautiful mountain is worth it.
 
Billed by the mountain as the "ultimate flying experience," thrillseekers who are interested in leaping off a mountain but are nervous about doing it alone can go with an instructor strapped to your back. The adventure only requires about 10 minutes of ground preparation and 20 minutes in flight. At around $229, the ride is expensive, but many who have tried it say the feeling of soaring like a bird over a beautiful mountain is worth it.
 
3. Tandem skydiving
  3. Tandem skydiving
 
If you're looking for the best adrenaline rush around, skydiving with an instructor is the way to go. Skydive Vancouver, which has a shop located at  Alberni and Denman Streets in downtown Vancouver, can take people out for a day in Abbotsford, which is about a 45-minute drive east out of the city. As you freefall over the Fraser Valley, not only will your stomach churn and the adrenalin pump but you will also see spectacular views such as Mount Baker.
 
If you're looking for the best adrenaline rush around, skydiving with an instructor is the way to go. Skydive Vancouver, which has a shop located at Alberni and Denman Streets in downtown Vancouver, can take people out for a day in Abbotsford, which is about a 45-minute drive east out of the city. As you freefall over the Fraser Valley, not only will your stomach churn and the adrenalin pump but you will also see spectacular views such as Mount Baker.
 
4. Ziplining
  4. Ziplining
 
If you missed out on the free Zipline across Robson Square during the Winter Olympics last year, there's still an opportunity to experience the thrill. At Grouse Mountain you can zip across the peak at top speeds of 80km/hr on a line that is 70 metres high. For $105, Grouse Mountain staff will take you on a two-hour tour which includes the Grouse Mountain Skyride and the five-line Zip circuit.
If you missed out on the free Zipline across Robson Square during the Winter Olympics last year, there's still an opportunity to experience the thrill. At Grouse Mountain you can zip across the peak at top speeds of 80km/hr on a line that is 70 metres high. For $105, Grouse Mountain staff will take you on a two-hour tour which includes the Grouse Mountain Skyride and the five-line Zip circuit.
 
5. Freefall water slide
  5. Freefall water slide
 
For those of you who want something a little tamer than jumping out of an airplane or ziplining over the peak of a mountain, but still want an activity scary enough to make you scream head out to Cultus Lake Water Park and try the Freefall ride. The slide has a 22-metre vertical drop and those who go on the adventure can reach speeds of 60 km/hr. The park has lots of other fun rides to choose from if you're feeling nervous about the Freefall.
 
For those of you who want something a little tamer than jumping out of an airplane or ziplining over the peak of a mountain, but still want an activity scary enough to make you scream head out to Cultus Lake Water Park and try the Freefall ride. The slide has a 22-metre vertical drop and those who go on the adventure can reach speeds of 60 km/hr. The park has lots of other fun rides to choose from if you're feeling nervous about the Freefall.
 
6. River Rafting on the Chilliwack River
  6. River Rafting on the Chilliwack River
 
Hyak Wilderness Adventures offers exhilarating one-day excursions on the Chilliwack River between May and July. The Chilliwack drops 10 metres per kilometre, creating numerous long and continuous rapids. The 18 kilometre, four and a half hour trek goes through the Tamahi, Sawmill and Swamp rapids and includes a buffet lunch and all necessary rafting gear. It's a bargain of an adventure too at $125 on Fridays and $135 on Saturdays. The trip departs from Chilliwack but pickups are available at major Vancouver hotels.

 
7. Bungee jumping
7. Bungee jumping
 
8. Car racing
  8. Car racing
 
 
No thrill-seeking activity list would be complete without mentioning the ever popular roller coaster. In Vancouver Playland is open on weekends and has stomach-churning rides such as the Corkscrew roller coaster, which features a thrilling double helix inversion. Another popular ride is the Wooden Roller Coaster which was built in 1958. Playland also has a new ride that swings 360 degrees, while going 70km/hr, at 66 metres. The ride will be Playland's tallest, offering panoramic views of the entire city.
 
9. Roller coasters
No thrill-seeking activity list would be complete without mentioning the ever popular roller coaster. In Vancouver Playland is open on weekends and has stomach-churning rides such as the Corkscrew roller coaster, which features a thrilling double helix inversion. Another popular ride is the Wooden Roller Coaster which was built in 1958. Playland also has a new ride that swings 360 degrees, while going 70km/hr, at 66 metres. The ride will be Playland's tallest, offering panoramic views of the entire city.
 
10. Shooting range
  10. Shooting range
 
Firing a weapon may not be everyone's cup of tea, but those who have tried shooting a gun at a firing range say it's quite the rush. And there's something to be said for trying something out of the ordinary. DVC Ventures in Port Coquitlam is the only indoor shooting range that allows people without a licence to fire a weapon including 9mm handguns, rifles and revolvers. At $30 a day it's a little easier on the fun budget than some of the other thrill-seeking activities.
 
Firing a weapon may not be everyone's cup of tea, but those who have tried shooting a gun at a firing range say it's quite the rush. And there's something to be said for trying something out of the ordinary. DVC Ventures in Port Coquitlam is the only indoor shooting range that allows people without a licence to fire a weapon including 9mm handguns, rifles and revolvers. At $30 a day it's a little easier on the fun budget than some of the other thrill-seeking activities.

Thursday, May 26, 2011

Memartabat Bahasa Melayu...jangan biar TPM keseorangan


Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengenai langkah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pelbagai acara antarabangsa di negara ini kelak, kurang mendapat 'sambutan'.

Dikatakan 'kurang sambutan' kerana tidak banyak pihak yang menyambut idea tersebut.  Jika sambutan menggalakkan, tentulah banyak pihak dan cendekiawan serta pejuang bahasa dan bangsa memberikan pandangan dan tindak balas masing-masing.
Pengumuman Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran itu boleh dianggap berlalu begitu sahaja ditiup angin yang sepoi-sepoi.

Dalam masa yang sama, akhbar arus perdana, Utusan Malaysia terus mewar-warkan perihal iklan dan papan kenyataan yang meminggirkan Bahasa Melayu. Laporan demi laporan akhbar tersebut jelas menunjukkan Bahasa Melayu memang dikesampingkan sahaja.

Benarkah demikian dan siapa pula yang merendahkan martabat bahasa bukan sahaja pusaka Melayu tetapi juga kebanggaan negara itu?  Menurut paparan Utusan Malaysia. mereka yang mendewakan dan mengutamakan bahasa inggeris dan cina itu adalah para pengiklan kerana sasaran laporannya adalah papan-papan iklan dan pemidang yang bertaburan di seluruh negara yang telah begitu lama menobatkan Bahasa Melayu atau banyak pihak  lebih gemar menyebut Bahasa Malaysia sebagai bahasa  rasmi negara.

Jika kita berani mengakui kebenaran, bukan pihak pengiklan sahaja yang 'buta hati' dan sanggup mengenepikan Bahasa Melayu. Ada juga penggiat utama jabatan, agensi dan syarikat kerajaan atau yang berkaitan dengan kerajaan yang terlepas pandang perkara ini.

Ada orang utama jabatan kerajaan, umpamanya yang namanya Melayu tetapi jiwa dan bahasanya tidak.

Dalam laporan tv dapat kita saksikan betapa beliau tidak pernah bertutur betul dalam bahasa Melayu. Tokoh bergelar Tan Sri itu amat kekok dan sukar setiap kali cuba mengungkapkan kata-kata dalam Bahasa Melayu.

Pernah suatu ketika dahulu, ketika angin perubahan menggunakan Bahasa Melayu bertiup kencang, kerajaan memutuskan agar RTM tidak menyiarkan pertuturan selain daripada Bahasa Melayu kecuali sekiranya acara berlangsung adalah di peringkat antarabangsa.

Kini, menteri dan timbalan menteri kelihatan cukup 'cair' menggunakan bahasa Inggeris walaupun ditemubicara dalam Bahasa Melayu.  Dan, yang lebih mengecewakan adalah menteri atau timbalan menteri itu sendiri adalah Melayu.

Apabila Timbalan Perdana Menteri sendiri bersuara mengenai hasrat murni itu, pihak-pihak lain harus terus menyokong dengan tindakan tanpa paksaan.  Sudah berapa lama kita mendengar mengenai pejabat-pejabat kerajaan yang 'berkokok' mahu menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam pentadbirannya. Pernah terjadi jabatan kerajaan yang memulangkan surat yang berbahasa Inggeris, tetapi kini apa sudah jadi...?

Lihatlah di Putrajaya umpamanya. Perkataan asing seperti presint dan parcel yang dijanjikan untuk ditukar oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, masih digunakan dengan gahnya. Perdana Menteri bertukar, pengggunaan istilah 'mat saleh' itu kekal!

Di Kementerian Kesihatan pula, orang ramai sudah lupa menyebut barah kerana pihak kerajaan sendiri mahukan kanser. Diabetik menggantikan kencing manis dan kegemukan diganti dengan obesiti.

Dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), walaupun sudah lebih daripada setengah abad menggunakan pangkat Ketua Inspektor, Penolong Penguasa Polis, Penolong Pesuruhjaya Polis dan Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis, pihak berkuasa lebih gemar menggunakan Cif Inspektor, Asisten Superintendan Polis, Asisten Komisiner Polis dan Senior Komisiner Polis.  Bagi PDRM tidak salah menggunakan pangkat-pangkat sebutan bahasa inggeris itu kerana tentera juga selesa dengan Leftenan, Kapten, Mejar, Leftenan Kolonel, Brigediar Jeneral dan sebagainya.

Wajar sekali kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada TV3 yang sanggup mendengar keluhan penonton yang tidak gemar dengan bahasa rojak. Maka itu syarikat penyiaran tersohor itu sanggup menukarkan Sure Heboh menjadi Jom Heboh. Syarikat tv itu juga sanggup mengorbankan sebutan TV Three menjadi TV Tiga, menukar nama rancangan 360 daripada Three Sixty kepada Tiga Ratus Enam Puluh.

Begitu juga dengan RTM yang menukarkan cogan kata Radio Klasik Nasional daripada Segalanya di sini menggamit memori menjadi Segalanya di sini menggamit kenangan.  RTM juga sudah sering membetulkan kesilapannya menggunakan 'rakan sejawat' menjadi 'rakan sejawatan; walaupun kadangkala ada juga penyampai yang tersasul.

Pun begitu, masih banyak penyiar yang tersilap menggunakan 'ramai' sebagai penjodoh bilangan.  Ramai tidak pernah diiktiraf sebagai penjodoh bilangan untuk menggambarkan jamak. Untuk menggambarkan orang yang jamak, kita gunakan penjodoh banyak menjadi banyak orang.Daripada banyak orang inilah terbit kebanyakan orang dan tidak pula disebut keramaian orang.

Masih banyak ruang bagi stesyen radio dan tv untuk membentuk jiwa masyarakat supaya sayang dan mengutamakan Bahasa Melayu.

Bagaimanakah pula peranan pihak lain? Saya masih teringat perihal Ahli Parlimen Kepong yang sering buat gawat di Parlimen sejak 20 tahun lalu setiap kali isu mengenai kedaulatan Bahasa Melayu dibahaskan di  Parlimen selaku institusi pembuat dasar itu.

Dr. Tan Seng Giaw berulang-ulang kali meminta penjelasan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, pihak berkuasa (benarkah ada kuasa?) yang bertanggungjawab mengenai urusan bahasa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaku pihak berkuasa tempatan yang mengawalselia pemasangan papan tanda dan pemidang.  Ahli Parlimen itu ingin tahu ejaan manakah yang betul sama ada  persiaran atau pesiaran?
Menurutnya, kedua-dua ejaan itu terdapat di beberapa tempat dan mahu diganti dengan yang betul.

Apakah yang tersirat di hati Tan Sri Muhyiddin apabila mengutarakan cadangan  mengantarabangsakan penggunaan Bahasa Melayu? Bukan menjadi keutamaan untuk mencari apa yang tersirat.  Lebih baiklah semua pihak berpegang kepada hasrat yang tersurat sahaja iaitu untuk memartabatkan Bahasa Melayu yang penuturnya bukan sedikit, malah terdapat di seluruh dunia.

Apabila kita menganjurkan pertandingan pidato Bahasa Melayu seperti yang berlangsung bulan lalu, penyertaan bukan bersifat 'jaguh kampung' kerana peserta datang dari seluruh pelosok dunia - termasuk dari negara-negara yang tidak menuturkan langsung Bahasa Melayu.  Bahasa Melayu di negara-negara berkenaan sekadar diajar di peringkat universiti sahaja, tetapi tetap mendapat tempat.

Cadangan Timbalan Perdana Menteri untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam majlis-majlis antarabangsa di Malaysia sebenarnya tidak sukar untuk dilaksanakan. Jika di majlis-majlis di negara yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar, pun semua pihak masih boleh melontarkan pandangan (melalui terjemahan), apa sangatlah pula untuk menterjemahkan Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau apa bahasa sekalipun.  Bukankah kita mempunyai banyak pakar berbahasa Inggeris?

Apabila seorang Timbalan Perdana Menteri melontarkan pandangan, bermakna beliau bukan sekadar 'omong-omong kosong'. Pandangan dan cadangannya harus dilihat sebagai arahan dan pandangan itu wajib diterjemahkan kepada pelaksanaan agar apa yang dicita-citakan itu bukan sahaja menjadi kejayaan beliau, tetapi kemenangan bagi semua pihak yang mahu menobat dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa dan pusaka bangsa yang berkekalan.

Jangan biarkan Tan Sri Muhyiddin keseorangan...!

Harga RON95 Kekal

PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini.

Ismail Sabri berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail Sabri berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.
Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

Wednesday, May 25, 2011

'Saya Bukan Berbikini Sembarangan' - Nera (AF9)

Nera

KUALA LUMPUR: Bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9), Queennera Francis Kitingon, atau Nera, 19, menjelaskan gambarnya berbikini seperti yang disebarkan di Internet adalah ketika dia menyertai pertandingan ratu cantik Miss Sabah Earth Malaysia 2010.

Kata Nera, dia tidak sangka selepas tersingkir daripada AF9 Sabtu lalu, dia terpaksa berdepan dengan kontroversi pertama dan terkejut dengan penyebaran gambar tersebut.

"Saya bukan berbikini sembarangan. Pakaian itu dikenakan pada pertandingan ratu cantik yang saya sertai pada tahun lalu dan mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut.


Salah satu gambar Nera yang tersebar di Internet.

"Terkejut juga apabila gambar-gambar itu tersebar. Apa-apa pun, maafkan saya jika ada yang berkecil hati kerana gambar itu," katanya.

Sebelum tersingkir dalam AF9, beberapa gambar Nera berpakaian bikini tersebar di Internet dan ia menjadi perbualan hangat di beberapa laman blog.

Sementara itu, Nera turut mencetuskan gosip apabila dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelajar AF9 yang lain iaitu Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah,24.

Bagaimanapun dia mengakui bahawa terdapat bibit-bibit cinta yang berlaku di antaranya dengan pelajar tersebut dan Azri telah pun meluahkan perasaan terhadap kepadanya.

Azri

"Kami agak rapat dan sering berkongsi masalah sejak menyertai AF9 dan dia juga telah berterus terang bahawa dia cintakan saya.

"Begitu juga dengan saya turut menyukai Azri kerana dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman seperti memahami diri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nera yang juga merupakan anak saudara bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, belum bersedia untuk menjalinkan hubungan secara serius dengan pelajar tersebut.

"Memang kami suka sama suka cuma mungkin terlalu awal untuk kami bercinta buat masa ini, tambah pula masing-masing sedang mengejar impian," tuturnya.

Saturday, May 21, 2011

Update: Tanah Runtuh: 9 Diselamatkan; 8 Terkorban

KAJANG: Lapan mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.

Sebanyak tujuh mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Seorang penghuni yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, Sabtu. - Foto BERNAMA

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba bagi meninjau tempat tragedi tanah runtuh kira-kira pukul 11.05 malam.

Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.



 

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.
Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.
Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.


 

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.
- Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS


 

Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.

Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.


21 Mei 2011: GAMBAR TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM DI HULU LANGAT

Antara 20 hingga 20 penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh, jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.

Petikan dari mstar.com.my

Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.

Kini enam mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ahli-ahli bomba dan penduduk kampung mengeluarkan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.


Ahli bomba dan penduduk kampung bekerjasama mengeluarkan mangsa kanak-kanak yang cedera parah ekoran tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang ini, sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang.


Update-5:40 PM


Seramai 12 orang lagi penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang ini.

Sehingga petang ini, seramai tujuh mangsa telah dikeluarkan manakala dua kanak-kanak disahkan terkorban.

Rumah itu menempatkan 49 orang termasuk lima penjaga di mana seramai 28 orang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi.


Update -7:00PM
Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.
Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui
Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.

Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan 15 mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi

Demo Utusan: AMK bacul berdepan kebangkitan orang Melayu...

APAPUN alasan yang diberi, satu pengajaran kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) jangan cuba-cuba 'main kasar' dan tunjuk hero kalau tidak bersedia berdepan dengan kebangkitan orang Melayu.

Ini kerana sejak kebelakangan ini institusi akhbar milik orang Melayu itu menjadi mangsa serangan bertubi-tubi Pakatan Rakyat.

Itu yang terjadi lepas Solat Jumaat semalam, bila AMK yang riuh hendak berdemosntrasi di depan ibu pejabat akhbar Utusan Malaysia sejak seminggu lalu, bayang pun tak ada, selepas Pemuda UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berkumpul bagi mempertahankan Utusan.

Sehingga di kalangan penyokong mereka yang hadir menyifatkan gembar-gembur AMK hendak mengadakan protes itu hanya 'gempak' orang bacul dan penakut.

AMK pimpinan Shamsul Iskandar Mohd Akin mewar-warkan kepada seluruh ahlinya untuk melakukan protes dan demontrasi di hadapan ibu pejabat Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin sebelum solat Jumaat bagi membantah lapuran akhbar Utusan Malaysia yang disifatkan melakukan propaganda dan memutarbelit isu pembangkang.

Bagaimanapun setelah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan PERKASA pula mengerahkan ahli-ahlinya untuk hadir bagi mempertahankan Utusan Malaysia, AMK membatalkan hasrat untuk mengadakan bantahan dan dikatakan akan dianjurkan pada hari lain.

Lebih 400 orang penyokong Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan pimpinan Rizalman Mokhtar, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan penyokong PERKASA berhimpun selepas solat Jumaat di Masjid Alam Shah, Jalan Pasar kemudian ke pejabat Utusan Malaysia bagi menyertai perhimpunan Wirawati PERKASA pimpinan Zaira Jaafar yang berada di situ sejak awal tenghari.

Sambil melaungkan 'Hidup Melayu' dan 'Hidup Utusan” mereka juga merentang 'banner' yang memaparkan sokongan terhadap Utusan Malaysia dan pihak polis telah membuat kawalan ketat di hadapan Ibupejabat Utusan Melayu.

Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali telah menyerahkan memorandum sokongan terhadap akhbar tersebut kepada Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid.

Megat Firdouz yang ditemui wartawan selepas menyerah memorandum itu menegaskan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjadi benteng mempertahankan Utusan Malaysia daripada terus dihina oleh mereka yang tidak pernah menghargai sejarah akhbar tersebut.

Menurutnya, AMK tidak pernah mahu menghargai peranan akhbar Melayu ini dan mereka tidak berani pun berdepan.

Katanya, “Utusan adalah akhbar berbahasa Melayu tertua di negara ini telah memainkan peranan besar terhadap penyatuan orang Melayu disamping peranannya melaporkan berita, Utusan juga dijadikan input pendidikan”.

Megat Firdouz berkata, “Pemuda UMNO tidak akan membiarkan kumpulan pembangkang itu berterusan bertindak melakukan kekecohan.

"Budaya biadab tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, mereka sudah buat kecoh di masjid, di mahkamah...sekarang di pejabat Utusan pula, kami tidak akan biarkan," katanya.

Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata, “PERKASA tidak akan bertolak ansur lagi dengan pihak-pihak yang cuba untuk menganggu-gugat kepentingan dan hak orang Melayu lebih lagi akhbar Utusan Malaysia yang menjadi lidah serta suara orang Melayu.

“Kita berikrar akan terus mempertahankan hak orang Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan, akhbar Utusan Malaysia merupakan sajian orang Melayu yang tidak akan basi sampai bila-bila”, katanya.

Kumpulan tersebut mula bersurai pada jam 3.30 petang setelah pihak polis meminta mereka berbuat demikian.-21/5/2011 OLEH LUKMAN ABDULLAH

Friday, May 20, 2011

'Bakal' Perdana Menteri Main China Doll





Syed Ali : Anwar Tidak Layak Jadi Ketua Pembangkang


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi layak untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan beliau membela diri dalam kes meliwat Mohd Saiful Bukhari.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata walaupun tiada peruntukan yang mengarahkan beliau meletak jawatan, tetapi dengan masalah moral yang dihadapinya, ia boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi keseluruhan anggota Parlimen di negara ini.

"Jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat merupakan jawatan penting, tetapi dengan peribadi dan moral Anwar yang sedemikian rupa, bagaimana rakyat hendak menghormatinya," katanya di dalam blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com

Syed Ali berkata Anwar dilihat sudah tidak lagi berfungsi sebagai wakil rakyat Permatang Pauh kerana masanya banyak dihabiskan untuk melepaskan diri daripada pertuduhan liwat.

"Keadaan bertambah teruk apabila beliau dikatakan kerap keluar negara dan memburuk-burukkan imej kerajaan dan pemimpin Umno," katanya.

Pada 16 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas dan memerintahkan ketua pembangkang itu membela diri.

Pada Rabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Anwar akan tetap kekal sebagai ketua pembangkang walaupun bakal berhadapan hukuman penjara berikutan kes liwatnya itu.

Syed Ali berkata DAP memang mahukan Anwar kerana mereka banyak menyimpan rahsia peribadi pemimpin PKR itu selain mudah menjadikan Anwar sebagai kuda tunggangan berbanding dengan pemimpin PAS.

"Untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara ini, DAP akan memperalatkan Anwar dan beliau (Anwar) sememangnya sanggup berbuat demikian asalkan matlamat politiknya tercapai," katanya.

Beliau berpendapat bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat sebagai calon berwibawa dan layak menggantikan Anwar kerana Anggota Parlimen Marang itu seorang tokoh agama yang setakat ini tidak tercemar dengan skandal moral yang mengaibkan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya mahukan sokongan dan simpati orang Melayu daripada PKR dan PAS untuk parti itu terus berkuasa.

Beliau berkata kenyataan Lim itu satu permainan politik untuk mengeksploitasi simpati rakyat semata-mata untuk meraih keuntungan DAP.

"DAP tidak ada kuasa kalau tidak ada sokongan daripada orang Melayu, orang yang sokong Anwar, saya lihat mereka penjijik kerana walaupun sudah tahu sikap dan moral beliau, mereka tetap menyokong," katanya kepada Bernama.

Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Omar Salleh berkata Lim tidak tahu undang-undang kerana mana mungkin seorang penjenayah boleh menjadi ketua mereka.

"Lim terpaksa cakap begitu kerana beliau tahu selama ini mereka mendapat sokongan daripada orang Melayu melalui Anwar, Lim tidak pernah jujur kepada orang Melayu.

"Kenapa Lim takut untuk memberikan (jawatan) ketua pembangkang kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)? Adakah kerana mereka takut negara Islam akan diwujudkan jika Abdul Hadi menjadi ketua pembangkang?" katanya. - BERNAMA

Thursday, May 19, 2011

PKR Mungkin Diharamkan?


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor berhadapan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Laporan TV Selangor yang memetik sumber memberitahu, parti itu difahamkan telah menerima sepucuk surat berhubung pembatalan tersebut daripada ROS awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan ROS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran. Surat itu diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.

Dikatakan isi kandungan surat itu menerangkan bahawa PKR dilaporkan melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti sejak ia ditubuhkan pada April 1999.

“Namun PKR mempunyai alasan kukuh bahawa parti itu tidak pernah melanggar sebarang peruntukan perlembagaannya,” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dijadual mengadakan sidang media mengenai isu tersebut tengah hari ini.

PKR pada awal penubuhannya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).

Kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003 dan menukar namanya kepada PKR.

Pendaftar: PKR Diminta Jawab Notis


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Khamis mempertahankan tindakan mengeluarkan notis tunjuk sebab pembatalan pertubuhan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Pendaftar Pertubuhan, Datuk Abdul rahman Othman berkata, tindakan susulan berhubung notis berkenaan hanya akan diambil selepas pihaknya menerima jawapan bertulis daripada parti itu.

"Tindakan kita ikut prosedur, kalau ada apa-apa pertikaian, parti itu hanya perlu jawab notis berkenaan.

"Mereka diberi peluang untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar," katanya

Beliau menegaskan PKR hanya perlu menjawab notis berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang diarahkan pihaknya.

"Kita minta mereka jawab, jadi mereka hanya perlu jawab surat berkenaan dengan penjelasan dan bukti di pihak mereka... itu sahaja," katanya.

Ditanya dakwaan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail bahawa ROS berniat jahat kerana menggunakan fasal undang-undang yang salah serta tidak wujud dalam Perlembagaan parti itu, Abdul Rahman berkata perkara itu terpulang kepada tafsiran parti itu.

"Terpulang kepada mereka, kita akan dapat tahu kedudukan sebenar selepas melihat sendiri surat jawapan mereka nanti," katanya.

Pada 9 Mei lalu, berdasarkan Seksyen 13(2) Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan, Akta Pertubuhan 1966, ROS mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada PKR kerana dikatakan dengan sengaja melanggar peruntukan undang-undang berdaftar pertubuhan.

Menerusi maklumat ROS, PKR dengan sengaja melanggar Fasal 32.2.1 Undang-undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal Andaikkalam pada 1 dan 27 April 2009 tanpa terlebih dahulu disoal siasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin.

Tuesday, May 17, 2011

Abdul Hadi Kekal Presiden, 6 Layak Rebut Jawatan Timbalan


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara rasmi mengekalkan jawatannya bagi penggal ke lima pada pemilihan parti itu yang akan diadakan awal bulan depan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang disahkan menang tanpa bertanding selepas seorang lagi calon yang dicalonkan merebut jawatan berkenaan tidak layak bertanding kerana gagal mendapat pencalonan yang cukup.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, setiap calon memerlukan dua pencalonan daripada PAS kawasan bagi melayakkan mereka bertanding.

Sebelum ini PAS Kawasan Bukit Bintang menerusi mesyuarat agungnya membuat kejutan apabila mencalonkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bagi merebut jawatan nombor satu parti itu.

Sementara itu bagi jawatan Timbalan Presiden, seramai enam calon layak bertanding bagi jawatan berkenaan termasuk penyandang jawatan berkenaan, Nasharudin Mat Isa.


Lima yang lain ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Husam; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu; serta dua Naib Presiden iaitu Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum ini Nasharudin mengesahkan akan mempertahankan jawatannya itu sementara Mohamad turut menawarkan diri bertanding bagi jawatan berkenaan.

Ditanya mengenai jumlah pencalonan bagi setiap calon yang layak bertanding, Abdul Halim berkata pihaknya tidak akan mendedahkan perkara berkenaan selain kepada calon itu sendiri.

"Kita tidak umum...kita tidak mahu terlibat seperti seolah-olah berkempen (untuk calon).

"Bagaimanapun pihak jawatankuasa akan memaklumkan kepada calon-calon yang layak bertanding mengenai jumlah pencalonan yang mereka terima," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Selain itu bagi jawatan Naib Presiden, seramai 14 calon yang layak bertanding termasuk Azizan, Husam, Mohamad Sabu, Nasharudin, Salahudin dan Tuan Ibrahim.

Lapan lagi layak bertanding bagi jawatan tersebut ialah seorang lagi penyandang, Datuk Mahfuz Omar; Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad; Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman; Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa; Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Zawawi Salleh dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tambah Abdul Halim, seramai 82 calon yang layak bertanding bagi merebut 18 kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Katanya lagi, Jawatankuasa Pemilihan akan menghantar surat makluman mengenai kelayakkan bertanding kepada calon-calon mulai hari ini.

"Semua calon yang berminat untuk bertanding perlu menjawab surat berkenaan selewat-lewatnya pada 26 Mei ini.

"Mereka mempunyai tiga saluran untuk menjawab surat kita iaitu sama ada dengan menulis surat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) atau secara faks," katanya.

Terdahulu pada sidang media yang sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pihaknya menerima sebanyak 152 jumlah borang pencalonan daripada keseluruhan 180 kawasan.

"Bagaimanapun daripada jumlah itu hanya 146 jumlah pencalonan yang diterima selepas kita menolak enam pencalonan kerana tidak lengkap.

"Antara sebab pencalonan ditolak ialah borang pencalonan tidak ditandatangan," katanya.

Tambah beliau, sebanyak 1,100 perwakilan layak mengundi pada pemilihan kali ini yang dijadual diadakan pada 3 Mei depan.

Sunday, May 8, 2011

Isu Kristian : Jangan Salahkan Utusan, Kristian Yang Mula Melampau

Petikan Hansard Dewan Rakyat - 

PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU

Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama. 

Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.

Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.

Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? 

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting 
  
Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang. 
  
Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah. 
  
Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan. 
  
Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan. 
  
Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara? 

Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut. 

Posted on 05/04/2008 by cikwiduri

Lina Joy @ Azlina Jailani menang di mahkamah melawan kes pertukaran agama iaitu murtad. Tapi mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia… Sapa yg lebih berkuasa? Sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dalam Agama Allah dan dilindungi Allah dari terpesong aqidah… amin.
Lina Joy dua dari kanan
Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !! Injil telah dicetak & di edar.IFC buat roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama. Bersedialah wahai saudara saudari ku yang amat disayangi. Berdoalah semoga umat ISLAM selamat.
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM? Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia . Antaranya:
01.) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.
  • Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, “Hang nak ikut agama apa?”. Kalau dia kata nak jadi Hindu, maka jadi Hindu lah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

  • 02.) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama.
  • maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu, depa minta di ‘tiada’ kan.

  • 03.) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
    04.) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
    05.) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
    06.) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
    07.) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain.
  • mahkamah syariah kalau takde, habis la kita. Walaupun ia bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?. Kalau takde mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

  • 08.) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
    09.) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
    10.) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
    11.) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
    12.) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?
    Lagi 3 saya tak ingat, anda boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.
    Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?. Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
    dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?. Depa kata kat Mufti Perak, “ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!”. Datuk Harussani balas dalam majalah Millenium Muslim katanya, “di atas sikap open minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!”. Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
    ———————————————————————————————-
    Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:
    “Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
    sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya, dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar”. (rujukan tafsir al-Quran al-’Azim oleh Al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
    Wallahua`ala`alam.
    27 SEPTEMBER 2007

    POST TERKINI

    Page Navigation

    Blog Archive

    nuffnang

    Blog List

    ohbelog

    busuk

    Total Pageviews

    Counter

    Alexa

    review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com