iklan nuffnang

pages

Friday, April 29, 2011

Shazryl Eskay Bersumpah Jam 4.15 ptg Bahawa Pelaku Video Adalah Anwar

SUMPAH LAKNAT... Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (tengah) melafaz sumpah laknat sambil memegang senaskhah Al-Quran di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat, bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam sebuah video seks yang didedahkannya bulan lepas. Turut hadir bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim (kanan). Mereka adalah Datuk T yang mendedahkan video itu pada 21 Mac lepas
KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio 'Datuk T' bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video seks melibatkan pemimpin pembangkang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau melafazkan sumpah laknat berkenaan di hadapan media bersaksikan pembantu imam Masjid Amru Al-Asr Bandar Baru Sentul kira-kira pukul 4.15 petang Jumaat.

Shazryl Eskay memulakan upacara dengan mengucap dua kalimah syahadah.

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

"Wallahi wabillahi watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.

"Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku" katanya.

Hadir sama ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ketiga-tiga trio 'Datuk T' berkenaan adalah individu yang bertanggungjawab terhadap pendedahan video seks yang didakwa miripAnwar yang juga Ketua Pembangkang.

Soi Lek sanggup undi PKR jika sedia mansuh hak Melayu


KUALA LUMPUR, 29 April — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.

Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.

Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun katanya, janji-janji Pakatan Rakyat memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.

“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.

“Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan,” katanya.

Dr Chua berkata, harapan mesti bersandarkan pada realiti politik, dengan menekankan ia hanya boleh dipenuhi dengan menyokong MCA dalam lingkungan BN, perikatan yang memerintah.

“Jadi, anda boleh ada harapan anda tetapi harapan perlu bersandarkan realiti politik negara ini,” katanya lagi.

Malah dalam video 84 saat itu, Dr Chua juga mengingatkan bahawa agenda politik PAS ialah mempromosikan Islam.

Pandangan Dr Chua ini muncul beberapa hari selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April di mana BN hilang di kesemua kerusi majoriti Cina.

Majlis Sumpah Laknat Eskay Dibatalkan


KUALA LUMPUR: Majlis angkat sumpah laknat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, Jumaat dibatalkan ekoran kekecohan berlaku apabila jemaah jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid.

Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila mereka melaungkan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan.

Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin masuk ke ruang solat di tengah-tengah kekecohan berkenaan.

Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam.

Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar.

Penyokong PKR kemudiannya menunaikan solat sunat hajat.

Pembatalan upacara angkat sumpah berkenaan diumumkan Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin kira-kira pukul 2.30 petang.

Kira-kira 2,500 orang memenuhi ruang masjid berkenaan.

"Saya difahamkan angkat sumpah yang dijadual diadakan oleh pihak-pihak tertentu itu telahpun dibatalkan.

"Saya merayu kepada tuan-tuan supaya beredar daripada runag solat ini bagi mengelakkan suasana terus tegang.

"Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, hanya sekadar mahu memastikan kesucian masjid tidak tercemar," katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di pihak Shazryl Eskay sama ada majlis berkenaan benar-benar dibatalkan ataupun dipinda tempat.

Thursday, April 28, 2011

Video Seks Bahagian Kedua Muncul Di Internet


PETALING JAYA: Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di Internet petang Rabu termasuk di blog www.papagomo.com.

Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun Youtube 'wakparjosudorno'.

Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.

Bagaimanapun sekitar pukul 6 petang tadi, video berkenaan telah ditarik balik dari laman youtube mahupun di blog www.papagomo.com.

Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.

Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera yang dipercayai tersembunyi.

Sebelum itu, sekitar pukul 11.30 pagi Selasa, poster yang memaparkan aksi dalam klip video yang sama ditampal di sebuah perhentian bas di Jalan Genting Klang di sini.

Poster tersebut dipaparkan dengan dibuat pembandingan antara pelaku dalam video seks dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di bahagian atas poster itu terdapat keterangan gambar bertulis “Tak perlu jadi pakar jika ingin buktikan sesuatu!”.

Isu rakaman video seks itu tercetus apabila sekumpulan wartawan dijemput oleh sekumpulan individu menamakan mereka sebagai `Datuk T' untuk menonton tayangan video seks hitam putih di Hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.

Rakaman video berdurasi selama 22 minit bermula pada pukul 10.23 malam 21 Februari lalu itu didakwa berlaku di sebuah apartmen di Ampang.

Sehari selepas rakaman itu dipertontonkan kepada wartawan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menafikan pembabitannya sebagai pelaku dalam rakaman video seks tersebut.

Identiti `Datuk T' yang mendedahkan rakaman itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah muncul membuat pengakuan bahawa mereka merupakan trio `Datuk T'.

Tuesday, April 26, 2011

Keputusan Sama Ada Anwar Dipanggil Bela Diri Kes Liwat 16 Mei


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Selasa menetapkan 16 Mei ini untuk mengumumkan keputusannya sama ada untuk memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atau membebaskannya berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan demikian di akhir kes pendakwaan pada Selasa.

Semalam pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa profil DNA milik seseorang dikenali "lelaki Y" yang ditemui di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, adalah kepunyaan Anwar.

Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu beliau, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansar di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. -BERNAMA

Monday, April 25, 2011

Sathya Sai Baba (Avatar) Meninggal Dunia


PUTTAPARTI, India: Tokoh agama berpengaruh India yang mempunyai pengikut di seluruh dunia, Sathya Sai Baba, meninggal dunia.

Beliau meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Seorang doktor, Dr A. N. Safaya melaporkan Sathya meninggal dunia pada pagi Ahad selepas seminggu bernafas menggunakan bantuan mesin pernafasan di Institut Perubatan Sains, Sri Sathya Sai di sini.

Wanita mula meletakkan kalungan bunga sempena memperingati kematian tokoh agama tersebut di kawasan perkampungan beliau di Puttaparti selatan Andhra Pradesh.

Para pengikut Sathya pula berkumpul di kuil tempat beliau bakal diletakkan hingga Selasa depan sebelum disemadikan.

Sathya Sai Baba (Telugu: సత్య సాయి బాబా), lahir dengan nama Sathyanarayana Raju (lahir 23 November 1926 – meninggal 24 April 2011) dengan nama keluarga "Ratnakara", adalah seorang Guru, orang yang mengabdikan hidupnya untuk memperbaiki kemanusiaan, pencipta lagu/puisi dan filsuf India Selatan yang sering digambarkan sebagai orang suci. Sai Baba mengatakan tidak pernah membuat agama, ia mengajarkan bahawa semua agama itu sama dan ia tidak suka orang yang bertukar agama.

Sathya Sai Baba pernah menyatakan: “ Aku datang bukan untuk mengganggu atau menghancurkan keyakinan apapun, tetapi untuk menguatkan keyakinan mereka, sehingga seorang Kristian menjadi seorang Kristian yang lebih baik, seorang Muslim menjadi seorang Muslim yang lebih baik, seorang Hindu menjadi seorang Hindu yang lebih baik dan seorang Buddhis menjadi seorang Buddhis yang lebih baik. ”

Sathya Sai Baba mengatakan beliau datang untuk membimbing umat manusia menegakkan nilai-nilai universal semua agama iaitu Sathya (Kebenaran), Dharma (Tindakan yang Benar), Shanti (Kedamaian), Prema (Cinta Kasih), dan Ahimsa (Tanpa Kekerasan).

Beliau juga dikatakan mempunyai banyak kelebihan seperti mampu melihat masa depan, menyembuhkan orang sakit dan sebagainya. Sejak kecil beliau juga memiliki kemampuan menciptakan suatu benda dari lambaian tangannya seperti cincin, berlian, tasbih, salib, vibhuti (abu suci), yang biasanya akan dihadiahkan.

Sathya Sai Baba berkata: “Kemampuanku bukan hasil olahan sendiri tetapi merupakan sifat kosmis seorang Avatar"

Sathya mempunyai ramai pengikut di lebih 126 negara di seluruh dunia. -AFP

Sunday, April 24, 2011

Berapa cabangkah lidah manusia sesumpah ini?


Banyak sudah yang diperkatakan mengenai Anwar Ibrahim. Pelbagai gelaran yang diberikan padanya bagi mengambarkan sifat-sifat yang ada pada manusia anugerah Tuhan Wan Azizah itu. Dalam banyak-banyak gelaran, “manusia sesumpah” adalah yang paling bertepatan dan bersesuaian dengan Anwar sepanjang masa.

Bukan sahaja penduduk Malaysia saja yang hairan dengan kebolehan Anwar menukar falsafah politiknya dalam sekelip mata, tetapi masyarakat di dunia barat pun turut sama mengakui kepakaran Anwar serta bakatnya untuk ditabalkan menjadi Raja Sesumpah paling berjaya didunia.

Wartawan-wartawan penyiaran baik dari dalam mahupun luar negara sering kempunan untuk mendapat jawapan dari Anwar secara direct. Selalunya, Anwar akan memutarbelitkan jawapannya terutama jika soalan-soalan tersebut boleh mendatangkan aib padanya. Sudah banyak bukti yang dihidangkan kepada kita tentang hal ini.

Lagi satu kepakaran Anwar ialah dia mampu menukar nada percakapan dan kenyataan dalam sekelip mata mengikut keadaan. Lihat sahaja bagaimana Anwar bercakap dihadapan orang-orang cina untuk menghapuskan DEB sekiranya dia dapat jadi PM. Tapi, bila berucap didepan bangsa melayu, Anwar akan bercerita pula untuk mempertahankannya.

Dari segi kebebasan media pula, Anwar sering melaungkan kepada masyarakat dibarat khususnya didalam temuramahnya bahawa media didalam negara sekarang ini sudah dikawal dan tak ada ketelusan. Tetapi, Anwar sendiri tak telus dalam menjawab soalan dari pihak media.

Dan kepada rakyat keseluruhannya, Anwar sering bercakap mengenai kerajaan yang mengamalkan budaya kronisme serta nepotisme. Sedangkan sebenarnya, Anwar yang memulakan budaya ini dan ia diamalkan secara terang-terangan sekarang didalam PKR.

Begitu juga dengan sewaktu berucap kepada media antarabangsa, Anwar sering mengecam kerajaan BN yang dikatakannya tak adil serta hanya tahu mengkayakan kroni. Kalau difikirkan kembali, bapa Anwar yang asalnya hanya bekas seorang paramedik, boleh sekelip mata menjadi Pengerusi IOI. Bagaimana ini berlaku kalau bukan kerana kronisme?

Anwar juga mengatakan kononnya badan kehakiman didalam Malaysia ini korup dan tak bebas sebab dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Tapi lupakah Anwar yang mahkamah itu jugalah yang membebaskannya dari penjara Sg Buloh walaupun hukumannya masih belum tamat.

Jika Anwar benar-benar percaya bahawa kehakiman negara tidak bebas dan tak tahu membuat keputusan yang adil akibat dikawal kerajaan, maka dia sepatutnya mengisytiharkan pembebasannya juga dilakukan atas arahan pemerintah bukan kerana dia tidak bersalah.

Anwar bercakap soal korupsi dan keadilan hanyalah apabila dia dipecat dan didakwa di mahkamah. Untuk apa ini jika bukan untuk menyelamatkan dirinya? Berpuluh tahun dalam kerajaan, mengetuai Jawatankuasa Anti Rasuah Kabinet, menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tapi apa yang Anwar buat?

Inilah manusia sesumpah yang sebenar. Cakapnya lain dan perbuatannya juga langsung tak selari dengan apa yang dicakapkannya. Kini Anwar Ibrahim telah bersama DAP dan PAS kerana parti-parti tersebut memberi keuntungan kepada perjalanan politiknya.

Macam biasa, depan DAP dia bercakap lain, dan depan PAS juga dia bercakap lain. Lihatlah bagaimana liciknya Anwar Ibrahim. Dia boleh bertukar wajah sekelip mata untuk membuatkan mangsanya kelu tak berkata apa.

Adakah rakyat Malaysia perlu berbangga apabila mempunyai sesumpah anugerah Tuhan didalam bentuk manusia bernama Anwar Ibrahim ini?

Saturday, April 23, 2011

1Melayu, 1Bumi: Kenapa Pemimpin Pakatan Haram kelam kabut?


Wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) menjadi kelam kabut apabila pengarang Utusan mencadangkan 1 Melayu 1 Bumi.

Adakah Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak rasis seperti yang digembar-gemburkan oleh puak-puak pembangkang. Jika dilihat kempen DAP di Sarawak baru-baru ini lebih rasis daripada segala kaum di Malaysia.

Apakah bersekolah di sekolah Cina tidak perkauman dan terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Dalam tulisan ruangan Cuit hari ini, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain “semua sudah.”

“Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia,” katanya.

Dia berkata slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

“Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini,” katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

Walaupun Melayu berpecah kepada 3 parti, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan perkauman Cina mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.

Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.

Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.

Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.

Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.

Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.

Orang Cina sudah ada 1Cina 1 Parti. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi.

Kenapa bodoh sangat orang Melayu dalam Pakatan Rakyat ini, melenting tak tentu pasal seiring dengan Lim Kit Siang.

Tulisan daripada : http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2011/04/1melayu-1bumi-kenapa-pemimpin-pakatan.html

Mustapha Ali :Anwar jangan ingat PAS selamanya denganya



Bukan sahaja orang luar tetapi ramai pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sendiri sedar bertapa mereka tertipu dengan Pelan 16 September dendangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kerana sudah terlanjur berpakat untuk tumbangkan kerajaan Barisan Nasional, PAS terus ikut telunjuk dan akur dalam pembangkang bersama PKR dan DAP.

Malah, dalam sesetengah kes yang turut menimbulkan keraguan pemimpin serta ahli, PAS kerap juga mempertahankan Ketua Pembangkang itu termasuk dalam kes dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan video seks lelaki menyerupai Anwar.

Bahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyelamatkan Anwar dalam satu sidang media apabila bekas timbalan perdana menteri itu ditanya sama ada berani bersumpah bahawa lelaki dalam video yang melanggan pelacur China itu bukan dirinya.

Hadi memberi alasan perkara itu bukan kes mahkamah Syariah malah menyifatkan pendedahan video itu bertujuan menyekat politik Anwar.

Namun, jika Ketua Umum PKR itu ingatkan sokongan PAS selama-lamanya terhadap beliau, Anwar kena ingat apa Setiausaha Agung PAS cakap dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di ibu negara, pagi Jumaat.

Menjawab soalan Agendadaily, Mustapha Ali berkata, PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan.

Beliau ditanya jika siasatan itu mendedahkan pelaku dalam video itu adalah Anwar, apakah PAS akan mengkaji kedudukan parti itu dalam pembangkang.

“Saya tak mahu jawab soalan andaian. Sehingga real macam tu, baru kita boleh buat keputusan macam itu,”

“(Jika) Penyiasatan selesai dan putuskan macam ini kedudukan, kita tengoklah macam mana. Siasatan belum ada lagi keputusannya,” katanya.

Diminta pandangannya mengenai saranan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainol supaya Anwar bersumpah muhabalah bagi membersihkan imejnya dalam isu video tersebut, Mustapha menjelaskan PAS sudah membuat keputusan sebaik sahaja kes itu dilaporkan.

“Kita ada beberapa kaedah. Biar polis siasat dulu, sebab proses kerajaan sekarang ikut undang-undang serta perlembagaan bukan ikut kaedah Islam,” katanya.

PAS katanya akan ikut undang-undang sedia ada malah menegaskan orang yang siar rakaman itu juga melakukan kesalahan.

“Orang yang laku (seks) segi moral saja, undang-undang negara tak ada salah dan tidak boleh ambil tindakan,” ujarnya.

Bagaimanapun, PAS akan menyatakan pendirian parti itu jika kerajaan memutuskan kes itu di Mahkamah Syariah dan ikut undang-undang Islam.

Kenyataan Mustapha ini tidak boleh Anwar pandang sebelah mata kerana tanpa sokongan PAS, ramai pemerhati politik perjuangan beliau dan PKR untuk menawan Putrajaya dan jadi Perdana Menteri tidak kesampaian.

PKR dan DAP sahaja tidak cukup kuat untuk ,menjatuhkan Barisan Nasional jika PAS buat keputusan keluar pakatan pembangkang.

Lagipun, ada pemimpin PAS tidak senang hati kerana jentera parti itu diperalat dalam pilihan raya kecil jika PKR dan DAP bertanding.

Bahkan ramai merungut kerana layanan tidak adil diterima parti itu terutama hanya diberikan lima kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Ada pemimpin PAS kecewa hingga sekarang kerana Anwar awal-awal lagi sebagai panglima perang tetapi cabut meninggalkan gelanggang sehari sebelum tarikh pengundian pada 16 April lalu.

Senang cakap, PAS sudah macam cacing kepanasan dalam pembangkang tetapi kerana memegang janji-janji untuk bersatu menentang kerajaan, PAS kini dilihat hampir hilang arah perjuang dan tindakan keluar dari pakatan adalah jalan terbaik buat parti itu.-22/4/2011 - OLEH ROSLAN BIAN





Majlis Fatwa Kebangsaan Tak Halang Poco-Poco, Perak Tetap Haram


SEPANG: Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jumaat memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.

Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan Muftinya, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Sementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau sebaliknya.

"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Shukor ketika diminta mengulas mengenai antara perkara utama yang dibincangkan pada muzakarah kali ini, beliau berkata ia termasuklah penggunaan vaksin 'mencevax' iaitu sejenis vaksin yang digunakan jemaah haji dan umrah sejak sekian lama.

"Jadi kita telah mengkaji dan mendapatkan pandangan pakar di mana selepas tahun 1997 penghasilannya lebih baik selain kos yang lebih munasabah. Kita setuju teruskan (penggunaannya) jika tiada gantian yang lebih baik daripada itu," katanya.

Menurutnya terdapat juga permohonan daripada syarikat lain untuk membekalkan vaksin untuk jemaah haji dan umrah, yang sudah berada di pasaran selama dua tahun.

"Pada prinsipnya kedua-dua vaksin itu harus dan boleh digunakan. Tetapi kita mengutamakan vaksin pertama kerana ia sudah lama digunakan," kata beliau.

Muzakarah tiga hari yang bermula 20 April turut membincangkan mengenai wang pampasan insurans konvensional yang tidak dituntut serta masalah wang khairat kematian. - BERNAMA

Thursday, April 21, 2011

Selangor Agih Projek Syarikat Bumiputera Kepada Kontraktor Cina, India


PETALING JAYA: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Selangor (PKMM) mendakwa projek-projek kecil Kerajaan Negeri Selangor dibahagi-bahagikan antara kontraktor Cina dan India menggunakan nama syarikat kontraktor bumiputera.

Yang Dipertua PKMM Selangor, Datuk Marsum Paing berkata, syarat kerajaan menetapkan kesemua tender projek bernilai di bawah RM200,000 mestilah dianugerahkan kepada kontraktor kelas kelas F yang kesemuanya Melayu atau bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang menjadi ahli lembaga pemilihan dalam kerajaan negeri terdiri daripada pelbagai kaum bertindak mengagihkan projek yang dianugerahkan kepada syarikat bumiputera kepada kontraktor kaum lain.

"Kerana itulah, bagi projek kecil yang sepatutnya diserahkan kepada kontraktor Melayu dan kerja-kerja yang sepatutnya mereka selesaikan telah diberikan bulat-bulat kepada sama ada kontraktor Cina mahu pun India yang akhirnya mereka yang untung.

"Keadaan ini menyebabkan kontraktor Melayu tidak dapat apa-apa pun kerana kaedah 'ali baba' mereka ialah serahkan terus kepada kontraktor Cina atau India selepas mana-mana kontraktor Melayu peroleh projek.

"Kita tak nafikan wujudnya kontraktor 'ali baba' sebelum ini, tapi yang dulu, kontraktor Melayu masih dapat untung kerana mereka akan jadi rakan niaga, berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat" katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Beliau mengulas pendedahan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock pada Rabu bahawa seorang kontraktor, Lee Wye Wing didakwa memperoleh kebanyakan projek kecil bagi kawasan Dewan Undangan (DUN) Negeri Seri Kembangan dan Kampung Tunku yang sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera dengan bantuan anak saudaranya, Lee Khee Heong.

Peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah turut mendakwa saksi itu mempergunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh syarikatnya.

Sementara Teoh Beng Hock pula turut memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Mengulas lanjut Marsum berkata, kerajaan negeri menetapkan syarat pelik bagi kontraktor kelas F di Selangor.

Katanya, mereka terpaksa berdaftar dengan kerajaan negeri dengan sokongan wakil rakyat Pakatan Rakyat bagi melayakkan mereka memperoleh sebarang projek.

Sedangkan amalan biasa, jelasnya, mereka tidak perlu berdaftar dengan kerajaan negeri kerana telah memperoleh lesen dan layak memohon sebarang tender yang kurang daripada RM200,000.

"Cara ini bercanggah, kerana sepatutnya tender dibuka tanpa mengira latar belakang politik," ujar beliau.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin mahu mereka yang mendakwa kerajaan negeri menjalankan kaedah 'ali baba' dalam menganugerahkan projek tampil mengemukakan bukti.

"Mereka yang membuat dakwaan itu, sila tampil beri bukti," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Monday, April 18, 2011

Rais Yatim Saman Bloger Atas Dakwaan Fitnah Memperkosa Pembantu Rumah


KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan menyaman seorang bloger kerana memfitnahnya dengan mendakwa yang beliau telah memperkosa pembantu rumahnya.

Dr Rais telah menamakan Abdul Mutalib Mohamed Daud sebagai defenden tunggal dalam samannya itu.

Beliau menyebut Abdul Mutalib telah bertanggungjawab menerbitkan atau menyebabkan sesuatu tulisan itu diterbitkan berkaitan empat tulisan yang berunsur fitnah di dalam Sabahkini weblog, pada 1 Januari, 3 Januari, 5 Januari dan 7 Januari dengan mengambarkannya sebagai seorang yang tidak bermoral.

Dalam samannya itu juga, Dr Rais berkata, kata-kata yang berunsur fitnah itu juga mengambarkan seolah-olah mempotretkannya sebagai seorang yang berkemampuan memperdayakan bekas perdana menteri untuk turut bersubahat melindungi kononnya dakwaan memperkosa itu.

Katanya lagi, kata-kata fitnah itu telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang manusia serta profesionnya sama ada di dalam atau luar negara.

Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah telah menetapkan 6 Mei ini sebagai tarikh untuk menguruskan kes tersebut selepas berbincang dengan peguam Dr Rais iaitu Norhani Nordin di kamarnya.

Sunday, April 17, 2011

PKR Menang Sorak, DAP menang hati Cina, Kerajaan PATUT 'AJAR' Pengundi Cina Tikam Belakang


16 April – DAP menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak, sebaliknya prestasi parti-parti sahabat Pakatan Rakyat tidak sehebat laungan suara Anwar semasa kempen. Lebih menyedihkan ialah PKR yang hanya dilihat menang sorak walaupun semuanya telah digadai termasuk maruah Islam dan Melayu yang telah diletakkan di bawah punggung mereka ketika ini.

DAP berpegang kepada strategi menarik undi simpati dengan slogan mahu menafikan dua pertiga majoriti BN Sarawak kerana ia terbukti membawa kejayaan pilihan raya umum 2008 serta pilihan raya kecil Sibu tahun lalu.

Namun strategi sedemikian tidak menarik perhatian pucuk pimpinan PKR yang lebih selesa dengan cakap-cakap naik semangat mahu mengambil alih pentadbiran negeri. Cita-cita besar sangat, kayu panjang sejengkal lautan dalam cuba diduga.

Hakikatnya tiada siapa yang yakin dengan perubahan sebesar itu.

Kebanyakan pengundi dan pemerhati politik yang rata-rata bersikap konservatif lebih yakin dengan kemungkinan menafikan dua pertiga majoriti.

Apa pun strategi PKR, ianya gagal dan kesannya PKR hanya menang tiga kerusi.

Hebat juga kerana sebelum ini PKR hanya mempunyai satu kerusi DUN. Maka ramailah di FB dan Blog yang membuat analisa kemajuan mereka dalam PRN Sarawak.

Memang PKR dan Pakatan akan selalu menyalahkan BN yang memperguna serta menyalahgunakan jentera kerajaan dan macam-macam.

Namun, dengan tekanan yang dikatakan mengjadi penghalang itu, DAP masih mampu meraih 12 dari 15 kerusi yang ditandinginya. Itu pun 15 kerusi yang diperolehi selepas rundingan dengan PKR walau pun pada mulanya DAP mahu bertanding di 20 kawasan DUN.

Nampak gaya orang Cina memang dah tak boleh dilayan cara lembut. Kita bagi makan guna tangan kanan, dia gigit tangan kiri kita. Sejak beberapa pilihanraya kecil lagi mereka bersikap tikam belakang dengan tidak mengundi BN.

Orang Melayu dan kaum-kaum lain yang jujur menyokong BN, hanya dapat ciput je. Orang Cina yang selalu menikam belakang, pelbagai tuntutan mereka dipenuhi. Adakah kerajaan BN tunggu orang Melayu buat perkara yang sama baru pemimpin BN akan sedar?

Kerajaan patut 'ajar' orang Cina kali ini atau mana-mana kaum yang berpaling tadah bukan sebaliknya melayan tuntutan mereka.

PRN Sarawak: BN Peroleh Majoriti 2/3


KUCHING: Barisan Nasional akan membentuk kerajaan baru Sarawak selepasmemenangi majoriti dua pertiga kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya ke-10, Sabtu.

BN memenangi 55 kerusi, DAP 12, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga dan Bebas satu kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Snap, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) gagal memperoleh sebarang kerusi.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, DUN Kakus menjadi pusat pengundian terakhir menghantar keputusan undian iaitu pada pukul 11.00 malam.

"Ia disebabkan beberapa masalah tertentu dan saya yakin kelemahan ini dapat diperbaiki pada masa akan datang," katanya pada sidang media di pejabat SPR di sini malam Sabtu.

Jelas beliau, jumlah peratusan keluar mengundi turut menepati sasaran SPR iaitu 70 peratus.

"Jumlah pengundi meningkat daripada 63 peratus pada 2006 kepada 70 peratus kali ini," katanya.

Menurutnya, pilihan raya negeri Sarawak Ke-10 antara yang terbaik setakat ini berdasarkan jumlah kehadiran pengundi, jumlah parti dan calon yang bertanding.

"Dari proses penamaan calon, berkempen dan ketika pengundi tiada sebarang insiden dilaporkan berlaku.Segalanya berjalan seperti dirancang," jelasnya.

Beliau turut berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian di seluruh negeri Sarawak.

Pada 2006, BN memenangi 63 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Saturday, April 16, 2011

Raja Petra: Pembangkang adalah JUDAS, dia saja bagus orang lain tak betul


Raja Petra Kamarudin (RPK), Editor portal Malaysia Today ini menjelaskan keputusan memberikan temu bual itu kepada The Malaysia Insider (TMI) hari ini.

Respons penuh adalah seperti berikut:

TMI: Baru-baru ini anda berada di Australia, bermakna anda mempunyai pasport untuk mengembara. Di mana anda berada sekarang dan di mana anda tinggal (sekarang)? Adakah anda akan balik ke Malaysia dalam waktu terdekat?

RPK: Sekarang saya di Bali. Dan, tidak. Saya tidak akan balik ke Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga kerajaan (yang ada sekarang) tukar. Jika Barisan Nasional (masih memerintah, maka saya sepatutnya akan dikebumikan di Brookwood sebelah ibu saya apabila saya meninggal dunia.

Mengapa anda bertanya sama ada saya balik ke Malaysia? Disebabkan temu bual saya dengan TV3? Jika saya mengadakan temu bual dengan TV3 dan kemudian kembali ke Malaysia (yang bermakna saya tidak boleh jika saya tidak memberikan temu bual), bukannya terlalu jelas bahawa temu bual itu menyebabkan (saya) membelot?

Langkah bodoh, bukan anda fikir begitu?

TMI: Mengapa anda memberikan TV3 temu bual? Anda pernah menyerang akhbar, khususnya media arus perdana di Malaysia sebelum ini. Mengapa percaya mereka? Apakah tiada ruang lain?

RPK: Adakah saya perlu percaya mereka untuk memberikan satu temu bual? Saya tidak percaya sama ada anda sendiri atau Malaysia Insider. Saya fikri anda alat bagi Khairy Jamaluddin dan Kalimullah Hassan. Lagi anda hantar (soalan) dan saya pun jawab.

Anda datang kepada saya. Saya tidak pergi kepada anda. TV3 juga datang jumpa saya. Saya tidak pergi jumpa mereka.

TMI: Sekarang, PKR menyifatkan anda sebagai orang yang tidak berpendirian, seolah-olah mahu mencemar nama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah ia benar ataupun mereka memberi reaksi berlebihan?

RPK: Sesiapa yang mengecam Najib, (Datin Seri) Rosmah (Mansor), (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), Khairy, (Datuk) Mukhriz (Mahathir) dan sebagainya adalah (mereka) yang mencintai tanah air, anugerah Tuhan, rakyat Malaysia yang setia, dan penjelmaan Ghandi dan Mother Teresa, sebagaimana dianggap oleh pembangkang.

Sesiapa, walaupun membuat kritikan kecil terhadap pembangkang atau pemimpin mereka, dianggap sebagai pengkhianat, orang yang tidak berpendirian, telah membelot, melakukannya kerana wang dan macam-macam lagi.

Inilah mentaliti pembangkang yang tipikal.

Mereka menuduh kerajaan tidak membenarkan kebebasan bersuara. Mereka maksudkan, sudah tentu, kebebasan untuk mengkritik kerajaan. Tetapi apabila anda mengkritik pembangkang, itu bukan kebebasan untuk bersuara. Anda Judas.

Tunjukkan saya satu perkara dalam temu bual dengan TV3 yang saya tidak pernah sebutkan sebelum ini. Adakah ada apa-apa yang baru dalam temu bual TV3 atau saya hanya mengulangi?

Orang kata: Saya hanya tulis di Malaysia Today. Berapa ramai yang sebenarnya membaca Malaysia Today? Berapa ramai yang akses internet? Sangat sedikit! Televisyen, bagaimanapun, televisyen menjangkaui 97 peratus penduduk, mereka kata.

Tetapi, akhirnya apabila saya muncul dalam televisyen mereka kecewa. Mengapa? Adakah anda fikir TV3 akan menyiarkan temu bual, kalau saya membantai Najib dan mengecam kerajaan? Mereka memberikan saya masa siaran kerana saya mengkritik Anwar.

Bermakna saya tidak pernah mengkritik Anwar sebelum ini? Malah, Anwar mengkritik ketika saya berucap di Sydney, Australia. Anda boleh melihat video di YouTube. Jadi, sudah lama kami telah mengkritik satu sama lain.

Pada 2004, saya berhenti daripada Suara Keadilan dalam keadaan meradang ketika konvensyen PKR di Ipoh ekoran konflik dan bertumpu sepenuh masa di Malaysia Today. Jadi itulah persengketaan, jika anda mahu memanggilnya, sudah berusia tujuh tahun, bukan sesuatu yang baru.

Apa yang berbeza antara dulu dan sekarang ialah, dulu kritikan saya tertumpu kepada internet. Sekarang ia muncul dalam televisyen nasional. Itu sahaja perbezaannya. Dan, itu adalah isu sebenar di sini.

Jika saya mengatakan apa yang saya kata menerusi radio dan televisyen Australia (yang saya ada lakukan), maka orang tidak akan kecewa. Tetapi, apabila saya mengatakan yang sama menerusi TV3, mereka kecewa. Ini kerana TV3 dimiliki oleh Umno.

Tetapi jika TV3 dimiliki oleh Anwar Ibrahim, mereka tidak kisah. Oleh kerana ia dimiliki oleh Umno, maka mereka kecewa.

Masalahnya ialah mereka mengaitkan (kepimpinan) pembangkang dengan Anwar. Saya Rom, Rom adalah saya! Kita kena mengubah yang itu. Anwar adalah Anwar dan pembangkang adalah pembangkang. Anwar tidak boleh diketepikan. Kita tidak boleh meletakkan keseluruhan masa depan pembangkang hanya pada Anwar.

Apa akan berlaku jika Anwar dihantar ke penjara? Dan, ada sebab-sebab untuk percaya yang beliau akan (dipenjarakan). Adakah pembangkang akan berakhir? Kita harus melihat persekitaran menjangkaui Anwar. Ini bukan berkaitan dengan Anwar. Ia berkaitan dengan matlamat, perjuangan untuk membawa perubahan. Kadangkala kita mungkin kena mengkritik Anwar untuk menyelamatkan pembangkang.

Dan, bukankah saya sudah mengatakan perkara ini banyak kali sebelum ini? Jadi, apa yang katakan sekarang, saya tidak mengatakan sebelum ini? Saya hanya mengulangi apa yang saya katakan di sini. Hanya buat kali ini, ia tersiar menerusi televisyen.

Secara kebetulan, apa yang saya katakan ini adalah apa yang ramai sama-sama mengatakan. Perbezaannya ialah: mereka membisik di belakang Anwar dan memuji beliau di depan. Saya bercakap terus-terang. Itu sahaja perbezaannya.

Ketika Anwar berada di penjara dari 1998 hingga 2004, berapa ramai ‘orang ketegar’ ini datang ke rumah Anwar setiap malam Khamis. Saya biazanya ke rumah beliau pada malam Khamis dan mereka yang datang dalam lingkungan 100 orang.

Hari ini, ramai menjadi orang ketegar Anwar. Biar kita lihat balik (keadaan ini) apabila kerajaan menghantar Anwar ke penjara, adakah orang yang sama akan berada di rumah Anwar setiap malam Khamis atau sama ada kumpulan itu akan merosot lagi sekali, sehingga hanya sekitar 100 orang.

Nurul Izzah (Anwar) dan saya telah pergi untuk menemui Jawatankuasa Hal Ehwal Australia bulan lalu untuk memberi taklimat kepada ahli-ahli Parlimen mengenai apa yang kerajaan lakukan ke atas Anwar dan untuk bertanya bantuan daripada kerajaan Australia. Sebulan sebelum itu, saya memberikan temu bual dengan TV3, (walaupun ia hanya siar sekarang).

Jadi, pada satu sebelah, saya minta bantuan kerajaan asing untuk membantu Anwar. Pada satu sebelah, saya juga mengkritik Anwar. Anwar dan matlamat perjuangan adalah dua isu yang berbeza. Saya mungkin sokong satu tetapi saya mungkin mengkritik yang lain sebab kedua-duanya isu yang berbeza.

TMI: Sesetengah orang mentafsir anda mengatakan yang DS Najib dan isterinya tidak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Adakah itu yang anda berkata? Atau anda masih percaya mereka terlibat?

RPK: Adakah anda ada membaca akuan bersumpah (SD), yang merupakan fokus temu bual pertama saya (kelmarin)? Adakah saya mendakwa mereka terlibat dalam pembunuhan atau adakah saya mengatakan yang Lt Kol Azmi Zainal Abidin membuat dakwaan itu dan oleh itu, yang ini perlu disiasat? Apa yang tandatangan dalam SD pada Jun 2008 adalah masih apa yang saya katakan pada hari ini.

TMI: Orang ramai masih membuat spekulasi, seperti yang lazimnya dilakukan oleh rakyat Malaysia, anda memberi temu bual ini kerana sebab-sebab seperti wang atau urus janji yang membolehkan anda kembali ke Malaysia tanpa dicaj atau ditahan. Respons anda?

RPK: Lazimnya rakyat Malaysia adalah begitu dan hanya fikir pasal duit. Jadi, mereka cuba untuk membaca setiap yang anda katakan atau lakukan kerana duit. Jika saya puji Anwar dan pembangkang, ia bukan pasal duit. Ia berkaitan perjuangan, matlamat, ideal dan sebagainya.


Mengapa tidak mereka juga mengatakan bahawa anda dibayar oleh Anwar untuk menyokong pembangkang? Hanya apabila anda mengkritik pembangkang dan/atau Anwar, ia berkenaan dengan duit.

Jika seseorang itu adalah pencuri, dia akan membayangkan bahawa setiap orang adalah pencuri. Jadi, apabila orang hanya fikir mengenai duit, mereka selalu fikir bahawa apa yang anda lakukan adalah kerana duit. Tidak akan ada sebab-sebab lain.

Waran Tangkap Terhadap Norman, Memey


KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.

Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.

Peguam syarie Munirah A Bakar yang menyebut bagi pihak Fakhrul Azman Abu Hassan yang sedang berada di luar negara terlebih dahulu memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Norman.

“Norman memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana sakit manakala Suhaiza Suhaimi (Memey) berada di luar kawasan,” katanya.

Bagaimanapun, tiada sebarang sijil cuti sakit dikemukakan di mahkamah.

Perbicaraan kes khalwat Norman dan Memey telah berjalan selama dua tahun akhirnya menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Salehan menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes tersebut.

Beliau juga menetapkan 20 Mei ini untuk peguam syarie membalas hujahan pihak pendakwaan yang difailkan pada Jumaat, manakala pihak pendakwaan dijadualkan menggulung hujah mereka pada 20 Jun depan.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.

Mereka yang didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 20 Januari 2009 kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Untuk membuktikan pertuduhan tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan tujuh saksi pendakwaan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Hasrul Hafizsi Ahmad Kamal.

Friday, April 15, 2011

Anwar Elak Jawab Dakwaan Raja Petra


KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak apabila diajukan persoalan berhubung dakwaan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin terutamanya mengenai kredibilitinya sebagai pemimpin pakatan pembangkang.

Malah Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memberi alasan tidak mahu rakyat khususnya pengundi di Sarawak hilang fokus mengenai tanggubjawab mereka untuk memilih kepimpinan dan kerajaan negeri yang baru esok.

"Saya ingin mengingatkan rakan-rakan di Sarawak supaya fokus kepada pilihan raya dan kepimpinan di Sarawak.

"Bagi mereka peluang kerana lagi sehari rakyat Sarawak nak tentukan pimpinan Sarawak," katanya di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan mengejutkan oleh Raja Petra pada Rabu yang disiarkan TV3 berhubung pengakuannya yang tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Malah menerusi temu bual bahagian kedua, Raja Petra turut mempersoalkan kemampuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana sering menabur janji kosong serta gagal menangani krisis dalaman pakatan pembangkang.

Dalam pada itu Anwar berkata, beliau hanya bersedia untuk 'membincangkan' mengenai tuduhan dan dakwaan Raja Petra terhadapnya pada Ahad ini.

"Lusa boleh bincang tentang kepimpinan Anwar. Jangan benarkan sesiapa alih pandangan.

"Bukan saya nak elak, kalau nak bincang boleh, tapi 17 haribulan. Lepas itu boleh teruskan serangan terhadap Anwar," katanya sinis.

Raja Petra Akui Terpedaya Dengan Janji Anwar Untuk Tubuh Kerajaan


KUALA LUMPUR: Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.

Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak.

"Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual bahagian kedua itu itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.

Raja Petra berkata kegagalan pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijamin oleh Anwar telah melunturkan harapan pengundi yang menyokong pembangkang.

Malah kata Raja Petra kabinet bayangan pun pakatan pembangkang tidak mampu tubuhkan.

"Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet. Anwar kata tidak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet. Tidak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah.

"Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tidak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu," katanya.

Beliau berkata sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan mereka, bagaimana pengundi hendak yakin bahawasanya pembangkang boleh menjadi kerajaan.

"Sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kita perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang," katanya.

Raja Petra berkata: "It is not so easy...kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan."

Justeru Anwar sudah hilang kredibiliti dan gagal sebagai seorang pemimpin, katanya.

Beliau berkata janji-janji kosong yang ditaburkan oleh Anwar, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Anwar.

Malah katanya dalam pakatan pembangkang pun, Anwar tidak dihormati dan ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.

"Jadi di sini nampaknya Anwar gagal menjaga parti-parti komponen...dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tidak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi," katanya.

Raja Petra berkata selain itu, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

"Dalam kerajaan negeri Selangor saja, perselisihan faham antara PAS, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) amat ketara.

"Misalan di Selangor, (Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr) Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar PAS. PAS kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang PAS tidak terima.

"Jadi di dalam PAS pun, mereka tak bersatu. DAP pulak mengatakan tidak boleh...jadi kecoh," katanya.

"Contohnya, dalam isu penjualan arak di Selangor. Kita ambil satu isu saja, beer misalnya, orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tidak boleh rampas. What is the policy (apakah dasarnya yang sebenar)?," katanya.

Raja Petra berkata Anwar yang sepatutnya jadi penasihat ekonomi kerajaan Selangor, "ada pernah ke Anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi Anwar diam."

"Sementara di bawah bergaduh, itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik... a leader knows how to control his soldiers (seorang pemimpin tahu bagaimana untuk mengawal pegawainya)," katanya.

Beliau berkata selepas tiga tahun berkuatkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.

Kini "ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned...mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang," katanya.

Menyentuh mengenai kes liwat yang dihadapi Anwar, Raja Petra mendakwa ianya banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Sekarang ini kebanyakan orang keliru sebab timbul isu postpone, pergi mahkamah , postpone. Orang tidak mampu follow.

"Kita kena faham. Bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tidak boleh ikut kes ini. Too confusing, tidak tahu what is going on, baik selesai saja kes ini once and for all," katanya. - BERNAMA

Thursday, April 14, 2011

KPT Beri 'Lampu Hijau' Kepada UPM Pilih Pelajar Bidang Pertanian

BINTULU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberikan kuasa autonomikepada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi pengambilan pelajar untuk program Diploma dalam bidang pertanian tanpa perlu melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sektor pertanian menghadapi cabaran besar ekoran kesan pemanasan global dan permintaan makanan yang semakin meningkat.

"Justeru itu, kita perlu membangunkan modal insan dalam bidang pertanian bagi mengatasi masalah ini dengan meningkatkan aksesmengenainya seperti laluan kepada kerjaya yang lebih jelas.

"Universiti sebenarnya boleh memainkan peranan 'turun ke bawah' untuk menarik lebih ramai pelajar yang berminat dalam bidang pertanian.

"Kita mahu melahirkan lebih ramai pelajar yang berbakat dan mempunyai pemikiran berinovatif," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Persediaan Diploma dan merasmikan Dewan Sri Kenyalang di UPM Kampus Bintulu (UPMKN)) di sini, Khamis.

Khaled berkata, pendekatan itu dapat menambah bilangan pelajar tempatan melanjutkan pengajian di universiti dan melahirkan pelajar yang terbaik terutama dalam bidang pertanian.

"Ini bukan bertujuan untuk melahirkan petani atau penternak moden yangmempunyai diploma atau ijazah semata-mata tetapi memperlihatkan program profesional dalam bidang pertanian meliputi pelbagai aspek seperti sains, teknologi, alam sekitar dan perniagaan.

"Bagaimanapun pertimbangan ini bergantung pada UPM untuk membuat perubahan terhadap struktur organisasi termasuk membuat peluasan dengan membuka penyertaan kepada pelajar antarabangsa dalam bidangitu," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata, perubahan struktur organisasi dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Proses pengambilan pelajar secara langsung itu (tanpa melalui UPU) dijangka dilakukan secara menyeluruh di UPM menjelang awal tahun depan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh KPT," katanya.

Mengenai Program Persediaan Diploma, Dr Radin berkata, ia ditawarkan di UPMKB sebagai platform terbaik untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menyambung pengajian ke peringkat Diploma dan seterusnya.

"Program ini dilihat sebagai salah satu pengisian kerangka yang lebih besar iaitu konsep 'UPM Care' yang menterjemahkan keupayaan dan kewibawaan universiti lebih strategik dalam menggarap pelbagaikepakaran dan ilmu untuk membangunkan masyarakat dan tamadun lebih sejahtera," katanya.

Beliau menambah, UPM mensasarkan seramai 80 pelajar akan mengikuti satu sesi pengajian Program Persediaan Diploma.

"Pengambilan pelajar pertama program tersebut akan dibuat pada Jun ini," katanya.

Lepasan Program Persediaan Diploma di UPMKB berpeluang ditawarkan pengajian peringkat Diploma seperti Diploma Pertanian, DiplomaPerhutanan, Diploma Pengurusan Perladangan Makanan dan Diploma Perniagaan Tani.

Majlis dihadiri oleh Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Negeri Sarawak, Datuk Talib Zulpilip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi yang juga Ahli Lembaga Pengarah UPM, Datuk Rohani Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Akademik danAntarabangsa) UPM, Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris

Raja Petra Nafi Tuduh Najib, Rosmah Terlibat Kes Pembunuhan Altantuya


KUALA LUMPUR: Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.

Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah Ahmad Badawi yang akan meletakkan jawatan.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu tempat hutan. Dan saya dok fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Rakaman temu bual itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam Rabu.

Raja Petra berkata dalam Akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita, dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini.

"Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata: "Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi, dan untuk orang-orang ini ke depan.


"Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis," katanya.

Raja Petra berkata individu yang memberinya maklumat tersebut terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Selain itu, seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

Beliau berkata dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kepada Nik Azmi kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu dan bertanya "Apa yang kau harapkan untuk dicapai? Dia kata Pak Lah akan letak jawatan, kalau kita tak sekat Najib, Najib akan menjadi perdana menteri, ganti Pak Lah."

Raja Petra berkata beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar.

"Din Merican pun hubungi saya balik, dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi lampu hijau. Dia kata okey, orang ini tak ada masalah, apa dia cakap kita boleh percaya.

"Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar..Leftenan Kolonel ini, dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini...dia kata teruskan. Saya pun teruskan," katanya.

Raja Petra berkata kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Sementara itu, TV3 akan menyiarkan sambungan temu bual eksklusifnya dengan Raja Petra pada Khamis dalam Buletin Utama pukul 8 malam.




Din Nafi Bersubahat Dengan Raja Petra


PETALING JAYA: Blogger Din Merican, yang dikaitkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) sebagai salah seorang individu yang menuduh isteri Perdana Menteri, Datun Seri Rosmah Mansor terlibat dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menafikan pembabitannya dalam komplot itu.

Din yang terkejut dengan dakwaan Raja Petra semasa di temu bual oleh TV3 berkata, dia tidak mengetahui bahawa pemilik portal Malaysia Today itu mahu membuat akuan bersumpah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pada ketika itu Timbalan Perdan Menteri dan Rosmah terlibat dengan kes berkenaan.

Dia turut mendakwa tidak pernah terlibat dengan komplot yang dikatakan didalangi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya pernah bersama kumpulan Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bukan Anwar. Pada waktu itu orang dah bosan dengan Pak Lah (bekas Perdana Manteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi). Tiada kena menegna dengan cubaan menghalang Najib dari menggantikan Pak Lah. Saya juga tidak pernah mengaitkan Najib.

"Dalam blog, saya fokus kepada isu bukan membuat tuduhan liar," tegasnya.

Sementara itu, Anwar mengirimkan Twitter sebagai reaksi kepada pendedahan Raja Petra itu.

“Pilihan raya Sarawak,” kata Anwar pada Rabu selepas individu yang menggunakan nama sivamsubang dalam Twitter berkata pendedahan itu adalah cubaan memburukkan nama Ketua Pembangkang tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi individu yang disebut Raja Petra iaitu John Pang, tidak dapat dihubungi.

Wednesday, April 13, 2011

Bapa Francesca Peter mati dalam Islam


DUNGUN: Mohamad Gaberial Peter Abdullah, 78, (atas) bapa kepada penyanyi popular tanah air, Francesca Peter, ditemui mati dalam sebuah bilik di rumahnya, di Taman Sri Dungun, di sini, kelmarin.

Allahyarham memeluk Islam pada 2007 tinggal bersendirian ditemui rakan anak lelakinya, Rajasigaram Ramalingan, sebaik membuat pemeriksaan di rumah itu, jam 10.30 malam. Sebelum kejadian, anak lelakinya, John Josept Peter, yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa dan berada di Kuala Lumpur dipercayai atas urusan perniagaan, curiga dan minta rakan menjenguk bapanya selepas beberapa panggilan telefon tidak berjawab. Rajasigaram pergi ke rumah Mohamad Gaberial yang pernah menjadi pemberita sambilan kumpulan akhbar ini pada 1980-an, dan mendapati Allahyarham tertiarap berhampiran katilnya.

Beliau yang terkejut dengan kejadian itu, kemudian pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan, jam 11.10 malam.

Sebaik menerima laporan itu, lima anggota diketuai Sarjan Mejar, Abdul Halim Zakaria bergegas ke rumah mangsa membuat pemeriksaan.

Allahyarham ditemui tertiarap di tepi katil di dalam bilik di rumah itu dengan sebelah tangannya cuba mencapai alat penyedut pesakit asma yang berada di atas meja. Turut ditemui di sisi mangsa yang berpakaian kemeja dan berseluar pendek, kad pengenalan, buku akaun bank serta wang tunai RM450.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Ismail Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, mayat Mohamad Gaberial kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan.

“Polis sudah memaklumkan kepada anak lelakinya berhubung kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Ahli keluarga Allahyarham termasuk Francesca dan adiknya Bibiana, dilihat berada di Jabatan Forensik Hospital Dungun. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, jam 3 petang semalam.

Papan Iklan BN Di Bukit Assek Dirosakkan


Dua anggota polis dari Balai Polis Sentral bersama pengadu membuat pemeriksaan pada poster calon Barisan Nasional (BN) N45 Bukit Assek, Chieng Buong Toon yang disimbah cat merah di Jalan Pedada di Sibu, Rabu
 SIBU: Chieng Buong Toon, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, berang selepas papan iklan kempen dan pusat khidmat beliau di sini disimbah dengan cat merah pagi, Rabu.

Chieng, yang dicalonkan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) turut geram kerana risalah saiz A4 yang ditulis dalam bahasa Cina yang bermaksud: "Wong Ho Leng akan menang. Chieng Buong Toon akan pergi ke neraka" sedang diedarkan.

SUPP meletakkan harapan pada Chieng, anggota kanan parti, untuk merampas semula kerusi Bukit Assek daripada Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, dalam pertandingan tiga penjuru.

Seorang lagi calon di kerusi majoriti Cina itu ialah Hii Tiong Huat yang bertanding atas tiket Bebas.

Chieng menganggap risalah itu sebagai satu ancaman bunuh dan ejen pilihan raya beliau telah membuat laporan di Balai Polis Central Sibu pada 10 pagi, Rabu.

Bercakap kepada pemberita di pusat khidmatnya di Jalan Hua Khiew di sini hari ini, Chieng berkata beliau menerima panggilan daripada penyokongnya mengenai papan iklan yang dirosakkan itu pada kira-kira 6 pagi ini.

"Ini merupakan kali pertama saya berdepan kejadian seumpama ini sejak membuka pusat khidmat ini dua tahun lepas. Saya tidak akan tunduk dan sebaliknya kejadian itu menaikkan lagi semangat saya untuk berkempen lebih giat lagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail semasa dihubungi berkata laporan itu adalah yang pertama berkaitan pilihan raya negeri diterima polis daerah ini. -BERNAMA

OK! Kastam Puas Hati Penjelasan SPRM


PUTRAJAYA: Persatuan Pegawai Kanan Kastam Seluruh Malaysia dan Persatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)berhubung siasatan kes rasuah membabitkan jabatan itu.


Kenyataan itu dikeluarkan wakil kedua-dua persatuan pada satu sidang akhbar sejurus selepas pertemuan selama hampir tiga jam dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan turut dihadiri Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Abu Kassim berkata, dalam pertemuan itu wakil persatuan turut diberi penjelasan mengenai operasi 3B yang dijalankan SPRM serta penjelasan mengenai salah faham ekoran laporan media mengenai kes rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan RM108 bilion.

Laporan itu didakwa menyebabkan moral dan kredibiliti pegawai kastam terjejas.

"Pertemuan pada hari ini dijalankan secara hormoni dan kesemua pegawai kesatuan juga menyatakan sokongan terhadap usaha SPRM dalam mengambil tindakan untuk menyelamatkan wang rakyat yang hilang," katanya.

Beliau berkata, operasi 3b sebenarnya bermaksud 'tiga bilion' dan nama operasi itu berasaskan kepada tujuan operasi untuk memastikan kutipan kerajaan melalui aktiviti pengimportan dapat memberikan hasil sejumlah tiga bilion.
Dalam pertemuan itu, Abu Kassim berkata SPRM dan pihak persatuan juga bersetuju untuk mengadakan beberapa aktiviti seperti perbincangan meja bulat mengenai bagaimana cara meningkatkan hasil kutipan cukai dan integriti.

Dalam operasi 3B baru-baru ini, seramai 62 pegawai kastam ditahan SPRM dan pada 6 April, Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ditanya sama ada pertemuan itu turut membincangkan mengenai kematian Ahmad Sarbani, Abu Kassim berkata SPRM dan pihak persatuan bersetuju untuk menyerahkan perkara itu kepada polis dan bahagian profesional SPRM untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Ibrahim Ahmad berkata penjelasan yang diberikan oleh SPRM itu sekaligus dapat membersihkan nama kastam.

"Saya berterima kasih kepada SPRM kerana telah berlaku jujur dan adil, kami harap satu hari nanti SPRM bukan sahaja ditakuti tetapi menjadi rakan baik kastam.

"Kami juga berpuashati mengenai janji SPRM yang siasatan akan dilakukan sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) dan itu yang kami harapkan...bukan ikut suka pegawai SPRM sahaja," katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Seluruh Malaysia Iskandar Jaafar pula berkata, persatuan menyokong penuh dan bersetuju dengan tindakan SPRM.

"Kami harap dapat bersama menangani isu itu dan kami berpuashati dengan jaminan SPRM bahawa yang bersalah sahaja akan dikenakan hukuman dan mereka yang tidak bersalah akan terus dilindungi," katanya.-BERNAMA

Monday, April 11, 2011

Anwar Bengang pasal jam Omega


KUCHING: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau mahupun isterinya, tidak akan menunjukkan jam Omega yang didakwa masih berada dalam simpanan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membuktikan bahawa ia masih berada dalam simpanan mereka seperti yang digesa banyak pihak.

Menurut beliau, tiada keperluan untuk isterinya menunjukkan jam berkenaan kepada umum kerana tidak diminta pihak polis berbuat demikian.

Sebaliknya, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berang apabila diajukan soalan berhubung bila Wan Azizah akan menyerahkan jam berkenaan kepada polis untuk disiasat.

Tegas Anwar, beliau tidak akan terperangkap dengan mainan media yang didakwanya menjadi perkakas Umno untuk menjatuhkan karier politiknya.

"Bila polis minta? Bila polis minta? Bila polis minta? Saya tanya anda bila polis minta?" soalnya berulang kali kepada wartawan sebuah stesyen televisyen nasional pada sidang media di sini, Ahad.

Ditanya sama ada beliau ataupun isterinya bersedia untuk menyerahkan jam berkenaan kepada polis, Anwar berkata: "Mengapa perlu serah, polis tak minta."

Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak supaya Wan Azizah menunjukkan jam Omega milik Anwar yang didakwa berada dalam simpanannya bagi menjawab dan melenyapkan spekulasi yang mengaitkan lelaki dalam video perlakuan seks dengan seorang wanita yang disiarkan dalam banyak laman web adalah suaminya.

Menurut mereka, Wan Azizah wajar membuktikan jam itu berada dalam simpanannya dan bukan yang ditemui pada wanita itu bagi menghilangkan rasa curiga rakyat yang ketika ini keliru dengan pelbagai maklumat mengenai rakaman video berkenaan.

Thursday, April 7, 2011

Pegawai Kastam Ditemui Maut Dipercayai Terjatuh di Bangunan SPRM

Saudara-mara penolong pengarah kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, berada di rumah mayat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selepas mengetahui kematiannya pada 6 April lalu

KUALA LUMPUR: Seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditahan semalaman pada 1 April lepas bagi membantu siasatan kes rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, telah ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini pagi Rabu.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali dalam satu sidang media di pejabat itu memberitahu, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, telah ditemui mati kira-kira jam 10.15 pagi.

"SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1 tengah hari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

"Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 pada jam 12.30 tengah hari," katanya.

Beliau berkata mangsa, yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang, telah meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

Mustafar menambah, bagaimanapun pada jam 8.26 pagi Rabu, mangsa telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan bersendirian dengan menunggang sebuah motosikal.

Difahamkan mangsa datang sendiri tanpa diarahkan ke pejabat SPRM itu, yang baru siap dibina dan diguna pakai Disember lepas.

Beliau berkata, mangsa datang untuk bertemu pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya dan oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka mangsa menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

Menurutnya lagi, mangsa kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya sebelum pergi mendapatkan pegawai penyiasat yang ingin ditemui oleh mangsa tersebut.

Pegawai yang mengiringi mangsa tersebut berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan buat seketika. Mustafar berkata, namun demikian pada kira-kira pukul 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi mangsa telah meninggalkan mangsa tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar untuk mendapatkan pegawai penyiasat yang dicari itu. "Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut kembali ke pejabatnya dan mendapati mangsa telah tiada dalam bilik berkenaan. Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini," katanya.

Menurut beliau lagi, SPRM telah memaklumkan kejadian itu kepada keluarga Ahmad Sarbani dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada polis untuk mengambil sebarang tindakan.

Pada 2 April lepas, Mustafar mengumumkan pada sidang media bahawa SPRM telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Ia membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan wanita berusia antara 24 dan 56 tahun, termasuk seorang berjawatan pengarah.

Mustafar berkata, operasi yang membabitkan serbuan di lima pelabuhan utama negara termasuk Pelabuhan Klang telah menyaksikan 48 orang ditahan.

Sementara itu, tinjauan Bernama ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di mana mayat Ahmad Sarbani dihantar untuk dibedah siasat, mendapati anggota keluarganya berada di persekitaran bilik mayat sejak kejadian itu dimaklumkan kepada mereka.

Namun sehingga berita ini ditulis, media elektronik dan cetak dihalang menemuramah anggota keluarga Ahmad Sarbani oleh pegawai Kastam.

Pihak hospital juga tidak memaklumkan waktu bedah siasat itu selesai yang kelak dapat merungkai keputusan pakar patalogi mengenai punca kematian mangsa.

Sumber hospital bagaimanapun memberitahu Bernama, bagi kes berprofil tinggi seperti kejadian ini, ia memerlukan masa untuk bedah siasat disiapkan di mana ada wujudnya kemungkinan bedah siasat kali kedua.

Ini bagi membolehkan pihaknya mendapatkan keputusan bedah siasat yang betul dan sahih serta tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak kelak.

Dalam pada itu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, yang turut berada di HUKM, memberitahu media bahawa pihak Kastam perlu diberikan masa secukupnya bagi menenangkan keadaan ketika ini.

"Pihak kami akan memberikan bantuan kepada keluarga Ahmad Sarbani dan semua pihak diminta tidak mengeruhkan keadaan," katanya.

Usaha menghubungi Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf yang berada di Tasik Kenyir, Terengganu untuk mendapatkan komennya gagal, tetapi seorang pegawainya berkata beliau (Mohamed Khalid) akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini (Rabu).

Mohamed Khalid berada di Tasik Kenyir untuk mempengerusikan Mesyuarat Pengarah Kastam SeMalaysia ke-65 yang bermula semalam.

Sementara itu, Setiausaha Kesatuan Pekerja-Pekerja Kastam Malaysia, Mohd Mazlan Mohd Shaari yang dihubungi pula berkata pihak kesatuan belum memutuskan sebarang pandangan atau keputusan mengenai kes kematian itu dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.

"Kejadian itu baru berlaku dan kita tidak tahu sangat mengenainya dan kita tunggu siasatan polis," katanya ketika dihubungi.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai sama ada kes kematian itu mempunyai kaitan dengan kes rasuah yang membabitkan pegawai kanan kastam sebelum ini.

"Kita akan mengadakan sidang media mengenai kes itu Jumaat ini dan kita akan menyatakan pandangan kesatuan mengenai perkara itu," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Sarbani.

Wednesday, April 6, 2011

Siti Nurhaliza 'Tergeliat Lidah' Nyanyi Slanga B.Inggeris

Siti Nurhaliza ketika memperagakan gaun labuh gabungan warna hitam dan merah di majlis 5Stars Designers sempena Anugerah Bintang Popular 2010 di Genting Highlands, Ahad lalu
GENTING HIGHLANDS: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza akui tercabar apabila perlu menyanyi dalam slanga Bahasa Inggeris semasa merakam lagu dalam bahasa itu.

Menurut penyanyi yang mesra disapa Siti itu, sebanyak 10 buah lagu untuk album pertama dalam Bahasa Inggeris tersebut telah siap dirakam dan sedang menunggu masa untuk dilancarkan.

Ia dijadual pada pertengahan tahun ini.

“Semua rakaman lagu dilakukan di Malaysia walaupun saya menggunakan khidmat komposer dari Australia iaitu Brian Bruno dan Cristian Alexander.

“Semasa proses rakaman tidaklah terlalu rumit tetapi setiap nyanyian saya perlu ditambah dengan slanga sehingga kadangkala “tergeliat lidah” untuk menyebutnya.

“Tetapi nasib baik saya mempunyai komposer yang banyak membantu,” ujar Siti sewaktu majlis 5Stars Designers meraikan selebriti yang menggayakan pakaian mereka pada Anugerah Bintang Popular 2010, di sini, Ahad lalu.

Pada majlis itu Siti memperagakan pakaian berwarna gabungan hitam dan merah rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Kata Siti dia memang menyasarkan album tersebut untuk dipasarkan ke luar negara.

Selain itu, Siti tidak menolak untuk merakamkan album Inggeris keduanya jika album tersebut mendapat sambutan yang baik daripada peminat.

“Saya sangat berpuas hati selepas berjaya merakamkan album ini, sangat teruja dan bersedia untuk menerima komen daripada pendengar,” katanya lagi.

Album itu bakal diterbitkan oleh syarikat produksi What's Up Entertainment, milik anak tirinya, Adib.

Tuesday, April 5, 2011

Itu Bukan Anwar - Wan Azizah


KUALA LUMPUR: Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail pada Selasa tetap mempertahankan bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pelaku dalam klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata setelah menonton klip video itu menerusi Internet, beliau dan anggota keluarga yakin lelaki dalam video itu, yang mirip suaminya, bukan Anwar.

"Saya dan keluarga sudah menonton video itu yang dipaparkan di sebuah laman web. Kami mengambil keputusan menontonnya selepas difahamkan tiada adegan lucah.

"Hanya kami sekeluarga mengenali Anwar secara intim dan amat jelas sekali bahawa pelaku di dalam video itu bukan Anwar berdasarkan susuk tubuh yang berlainan," katanya pada sidang berita di kediamannya di Segambut di sini.

Klip video hitam putih itu dengan durasi 1 minit 47 saat dimuat naik dalam Youtube semalam, yang menampilkan seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan bertuala. - BERNAMA


POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com