iklan nuffnang

pages

Thursday, March 31, 2011

HATI-HATI : Wang Lesap Dari Akaun Bank

Laporan polis yang dibuat mengenai kes kehilangan wangnya dalam akaun bank
SEBAGAI Ketua Biro Aduan Khidmat Awam MCA Selangor, beliau bertanggungjawab menguruskan masalah dan aduan yang sering dilaporkan oleh rakyat. Pelbagai luahan si pengadu yang diperdengarkan tidak kurang diperdebatkan, pendek kata semuanya bertujuan untuk menyelesaikan isu yang berbangkit.

Bagaimanapun Datuk Theng Book juga seperti insan lain yang tidak terkecuali diduga dengan kejadian seperti kebanyakan laporan pengadu di Pusat Aduan dan Khidmat Awam MCA. Semuanya bermula apabila beliau menerima penyata kewangan akaun bank pada 21 Disember tahun lalu selepas mendapati terdapat transaksi melebihi had pengeluaran.

Rentetan daripada perkara itu, beliau telah membongkarkan misteri kehilangan wang dalam akaun simpanannya yang dianggarkan lebih RM50,000. Ikuti temuramah eksklusif Mingguan mStar berhubung kejadian malang itu.

Datuk Theng Book (kanan) ditemuramah oleh Mingguan mStar berhubung dakwaannya kehilangan wang lebih RM50,000 dalam akaun bank. Foto THE STAR oleh LIM CHENG KIAT

Mingguan mStar: Bagaimana semuanya bermula?

Saya ada satu akaun simpanan untuk tujuan pengeluaran wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Bandar Sunway, Petaling Jaya. Akaun ini digunakan sebagai wang poket sahaja.

Pada September lalu, saya mendepositkan wang sejumlah RM51,000 hasil daripada menjual sebuah kereta terpakai. Saya keluarkan wang secara purata RM1,500 pada setiap minggu namun turut memasukkan sejumlah wang beberapa kali.

Saya menyedarinya kehilangan wang lebih RM50,000 pada Disember tahun lalu apabila saya melihat baki simpanan hanya tinggal kira-kira RM1,000.

Apa yang difikirkan ketika itu?

Pada mulanya, saya ingat isteri saya (Datin Wong Thye Kwan) mengeluarkan wang tersebut untuk mengisukan cek. Saya bertanya kepada isteri, “Kenapa ambil semua wang itu?” Tetapi isteri saya tidak melakukannya. Jadi, siapa yang keluarkan?

Wang memang hilang atau Datuk keluarkannya?

Saya memang ada keluarkan wang sekali dalam seminggu. Persoalannya adalah kenapa pada hari yang sama saya mengeluarkan RM1,500, terdapat dua transaksi pengeluaran masing-masing RM1,500. Saya tak pernah keluarkan wang lebih dari sekali pada satu hari. Saya tidak tahu jarak waktu bila semua transaksi itu dilakukan.

Ada buat pemeriksaan di bank?

Had pengeluaran wang dalam akaun saya adalah RM3,000 sehari dan bank juga mengesahkannya. Saya juga tidak pernah menukarkan had pengeluaran wang itu. Tetapi bagaimana terdapat transaksi pengeluaran sehingga RM4,500 dalam sehari?

Bagaimana dengan transaksi ‘misteri’ itu?

Mana mungkin tidak. Begitu banyak transaksi yang bukan dilakukan oleh saya. Ingatkan ‘wang lesap’ itu hanya dilakukan pada hari yang sama saya mengeluarkan wang, tetapi tidak kerana ada yang ‘hilang’ pada hari-hari lain.

Laporan polis yang dibuat mengenai kes kehilangan wangnya dalam akaun bank.

Datuk Theng Book (kanan) ditemuramah oleh Mingguan mStar berhubung dakwaannya kehilangan wang lebih RM50,000 dalam akaun bank

Tindakan seterusnya?

Saya membuat laporan kepada pihak polis dan selepas itu melaporkannya kepada bank. Pihak bank kemudian memberitahu saya akan menyerahkan laporan itu kepada ibu pejabat dan saya memberikan masa kepada mereka untuk berbuat demikian.

Menunggu saja?

Saya mendapat tahu terdapat pelanggan lain bernama Jenny yang turut melaporkan kehilangan wang tetapi lebih banyak iaitu kira-kira RM100,000. Mengejutkan apabila penyata kewangannya juga mempunyai ‘nasib’ yang sama kerana lesap dalam beberapa transaksi selepas Jenny mengeluarkan wang.

Modus operandi adalah sama malah kami juga kehilangan wang di bank cawangan yang sama. Saya menyarankan Jenny untuk membuat laporan kepada pihak polis.

Datuk mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian. Kenapa?

Tujuan saya cuma satu bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila melakukan sebarang transaksi di bank. Kenyataan sebuah bank mengenai keselamatan berkaitan perbankan yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini memberi kesedaran kepada saya untuk memaklumkannya kepada umum.

Pandangan mengenai kejadian yang berlaku?

Saya tidak menyalahkan bank tetapi tidak menolak kemungkinan disebabkan ‘orang dalam’. Bagaimanapun, saya menyerahkan pihak polis dan bank untuk melakukan siasatan. Banyak cara yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku. Saya hanya sebagai pelanggan, tidak tahu bagaimana sistem perbankan beroperasi.

Selain itu?

Tiada cara yang dapat dibuktikan oleh pelanggan bahawa mereka bukan melakukan transaksi ‘tambahan’ itu. Pelanggan mengeluarkan wang menerusi ATM maka bank boleh membuktikannya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Difahamkan, rekod CCTV perlu disimpan sekurang-kurangnya selama enam bulan.

Saya juga mahu mendapatkan penjelasan bagaimana jumlah wang yang dikeluarkan boleh melebihi daripada had pengeluaran. Bukan sekali atau dua, tetapi banyak kali. Siasatan masih dijalankan dan maklum balas akan diberikan secepat mungkin.

Sudah lihat rakaman CCTV?

Saya dimaklumkan siasatan mendapati rakaman CCTV agak kabur maka sukar untuk meneliti sebarang aktiviti. Kini sedang menunggu rakaman untuk kali kedua.

Harapan Datuk?

Saya berharap agar Bank Negara Malaysia dapat mengambil perhatian tentang perkara ini supaya proses siasatan itu dapat disegerakan. Saya akan beri tempoh dalam sebulan lagi. Jika masih tiada perkembangan, saya tidak ada pilihan melainkan menfailkan kes ini untuk perhatian bank berkenaan.

Bagaimanapun, saya mahu bank tersebut diberikan peluang untuk memperjelaskan tentang perkara yang sebenar. Jika saya tidak gembira dengan keputusan siasatan, saya akan ambil tindakan undang-undang.

Kerajaan DiPERBODOHKAN: NGO Cina Pula Bantah Interlok


KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu 'paria' dalam novel Interlok, kini timbul pula kontroversi terbaru melibatkan dakwaan isu pendatang dan ketuanan Melayu dalam karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu.

Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.

"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," dakwa Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean, lapor Malaysiakini.

Pada sidang media di sini, Rabu, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).

Cheng turut mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang dikatakan ejen "pembasuhan minda" dan mempromosikan perkauman serta perpecahan.

"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.

"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.

"Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah," ujarnya.

Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalam Interlok.

Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu.

Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit.

"Ini mesej ketuanan Melayu," katanya.

Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu".

"Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya.

Wednesday, March 30, 2011

Kelantan Haram Shisha Pula?



KOTA BARU: Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) membatalkan lesen dua restoran di Jalan Tok Hakim dan Jalan Long Yunus di sini kerana menyediakan shisha di premis mereka.

Yang Dipertua (MPKB) Nazran Mohamad berkata, kedua-dua premis itu adalah di antara berpuluh kedai makan dan restoran yang diserbu dalam operasi mencegah penjualan shisha di bandar itu sejak dua minggu lepas.

Katanya, keputusan membatalkan lesen perniagaan dua restoran itu dibuat pada mesyuarat MPKB, Selasa.

"Premis itu melakukan kesalahan berulang kali selepas pemiliknya membayar kompaun sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Shisha adalah sejenis alat yang digunakan untuk menghisap tembakau pelbagai perisa bagi menggantikan rokok atau cerut.

Nazran berkata, penyediaan shisha di restoran adalah dilarang di bawah Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan.

Tuesday, March 29, 2011

Timbalan Ketua PKR Pahang Keluar Parti


PETALING JAYA: Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1 Pahang, Mohd Nor Jaafar mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Kesejahteran Insan Tanah Air (KITA).

Mohd Nor berkata, dia tidak lagi berminat dengan PKR kerana asyik secara membuta-tuli menyerang kerajaan dan bukannya fokus kepada isu-isu yang lebih penting.

“Bagaimana negara nak maju jika kita tak henti-henti menyerang dan mempolitikkan segala-galanya tanpa memfokuskan masalah sebenar rakyat?

“Saya fikir selama ini hanya membuang masa kerana hanya semata-mata mahu melawan kerajaan," ujarnya di sini, Selasa.

Beliau memberitahu, permohonan untuk menyertai KITA telah pun diterima.

“Saya akan serahkan surat peletakan jawtan kepada ibu pejabat PKR minggu ini,'' katanya yang juga merupakan Ketua PKR Jerantut.

Mohd Nor menegaskan bahawa keputusannya itu tiada kena mengena dengan video seks yang mengaitkan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.

“Saya tidak lihat video itu, jadi saya tak boleh komen isu berkenaan.

“Tapi mereka yang terlibat dengan video itu bukan maksum," ujarnya.

Mohd Nor yang juga bekas ahli PAS berkata, dia seorang yang berfikiran liberal.

“Saya bukan 'yes man','' katanya.

Pejabat AJK Eksekutif DAP Selangor Diserbu SPRM


PELABUHAN KLANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin menyerbu pejabat Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor, Ang Leng Kiat yang juga Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ang berkata, enam pegawai SPRM tiba kira-kira pukul 10 pagi di pejabatnya tanpa sebarang notis dan meminta izinnya memeriksa beberapa dokumen dan fail peribadi.

"Mereka kata sedang memeriksa secara rambang ke atas saya dan syarikat saya. Mereka tak sebut apa-apapun menegenai MBSA," katanya yang terlibat dengan industri perkapalan di sini, Isnin.

Beliau menjelaskan sedia bekerjasama dengan SPRM dan tiada apa yang mahu disembunyikannya.

"Mereka boleh ambil apa sahaja selagi mereka lakukan secara profesional," ujarnya.

Beliau mendakwa tidak mengetahui mengapa beliau menjadi sasaran siasatan.

Katanya, ahli-ahli DAP ada menelefonnya mengenai situasi berkenaan.

Sehingga pukul 4.30 petang, para pegawai terbabit masih berada di pejabat Ang.

Monday, March 28, 2011

Bekas Mufti Seru Perangi Politik Lucah


PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru semua pihak mengadakan satu perhimpunan besar-besaran bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

Dalam blognya, drmaza.com,beliau menegaskan, semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelik di kalangan politikus dan media di negara ini.

"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya di sini, Ahad.

Katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan keaiaban peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik, sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.

"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Mohd Asri berkata, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.

"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.

Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.

Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismatik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.

"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.

"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.

Sunday, March 27, 2011

Lady Gaga Protes Penyuntingan Liriknya Di Malaysia

Lady Gaga
LONDON: Penyanyi kontroversi Lady Gaga dilaporkan tidak berpuas hati setelah lirik lagunya iaitu Born This Way yang memartabatkan kehidupan homoseksual ditapis untuk penyiaran di Malaysia.

Menurut laporan Stesen Penyiaran British (BBC), stesen-stesen radio di Malaysia terpaksa menyiarkan versi lagu tersebut yang sudah disunting bagi mengelakkan kemungkinan berdepan tindakan daripada pihak berwajib.

Mengulas perkara itu di ibu pejabat Google di California, Gaga berkata: "Adalah menjadi tanggungjawab peminat-peminat muda di Malaysia untuk menyuarakan hak bersuara mereka.

"Anda (peminat) harus melakukan apa yang dirasakan wajar untuk menegakkan hak kebebasan sebagai anggota masyarakat.

"Anda perlu bersuara dan tidak boleh mengalah begitu sahaja. Anda harus melakukan protes secara aman dan baik," katanya seperti dilaporkan portal newkerala.com.

Lirik lagu itu yang mencetuskan kontroversi itu berbunyi: 'No matter gay, straight or bi, lesbian trans gendered life, you were born this way.' (Tidak kiralah sama ada gay, insan normal atau biseksual, lesbian atau kehidupan mak nyah, anda dilahirkan seperti itu).

Sementara itu, dalam perkembangan lain akhbar The Sun melaporkan Gaga mengaku dilarang oleh ayahnya, Joe Germanotta untuk membuat tatu pada bahagian kanan tubuhnya. Ini kerana Joe ingin Gaga memiliki tubuh seperti wanita normal.

"Ayah meminta agar saya tetap memiliki satu sisi yang sedikit normal. Jadi saya hanya memiliki tatu di sisi kiri saya.

"Dia minta saya tidak memiliki tatu di bahagian kanan tubuh. Saya fikir dia melihat sisi kanan saya seperti sisi Marilyn Monroe," jelasnya.

Gaga seperti sangat menyayangi ayahnya sehingga membuat tatu tertulis 'Dad' pada bahunya.

Thursday, March 24, 2011

Zaid: Saya pun tonton video itu


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengakui beliau juga telah menonton video seks yang didakwa memalitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang perempuan.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Zaid berkata berdasarkan  apa yang ditontonnya beberapa persoalan mesti dijawab dan sebaik-baiknya ia dilakukan oleh sebuah badan bebas.

“Tidak seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang belum menonton pita itu, saya dalam kedudukan yang baik bagi membentuk pendapat. Bagi saya ketulenan video berkenaan mesti ditentukan.

“Memandangkan rasa skeptism terhadap institusi sendiri, makmal forensik dan pakar di negara ini, biar kita minta panel antarabangsa bebas yang terdiri daripada pakar (membabitkan) Scotland Yard, FBI, dan juga Pasukan Polis Berkuda Kanada, bersama-sama polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu,” tulisnya. Zaid bagaimanapun tidak mengulas sama ada beliau mempercayai lelaki dalam video lucah yang ditontonnya itu adalah ketua umum PKR.

Beliau juga tidak menyatakan bagaimana dia memperolehi seks video berkenaan.

"Saya Sedia Dedahkan Segala-galanya" - Eskay


KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang bertanggungjawab mendedahkan kepada media kandungan klip rakaman video yang menunjukkan aksi seks seorang yang didakwa pemimpin sebuah parti pembangkang berkata: "Saya sudah bersedia mendedahkan segala-galanya pada polis."

Katanya, rakaman video tersebut adalah 100 peratus asli.

Ketika ditanya para pemberita apakah beliau pasti yang muncul dalam klip rakaman video itu adalah orang yang didakwanya sebagai pemimpin tertinggi sebuah parti pembangkang, Eskay sekadar menjawab; "Saya (ada) dalam video tu..."

Bagaimanapun beliau enggan mengulas panjang kerana kes itu kini disiasat polis.

Tentang mengapa beliau tidak terus pergi berjumpa individu yang didakwanya sebagai pemimpin parti pembangkang itu jika beliau benar-benar yakin itu adalah benar pemimpin berkenaan, jelasnya:

“Saya tidak pernah mengetahui bahawa wujudnya rakaman ini. Jika saya memiliki rakaman tersebut, orang lain juga akan turut memiliki rakaman tersebut, jadi fikir tentang itu.”

Eskay yang mendakwa bahawa pemimpin pembangkang itu adalah kenalannya, bagaimanapun menjelaskan, tidak berlaku sebarang perselisihan di antara mereka.

Beliau mendedahkan rakaman video berkenaan kerana mahu masyarakat mengetahui kebenaran. “Dah tiba masanya... cukup, cukuplah,” katanya.

Malah beliau juga menolak persepsi bahawa pendedahan kewujudan rakaman video berkenaan adalah merupakan satu bentuk peras ugut.

“Jika ia adalah satu bentuk peras ugut maka apa yang saya akan buat ialah saya akan pergi terus kepadanya dan bukannya kepada media massa. Ini adalah satu langkah menuntut kebenaran,” ujarnya lagi.

Beliau juga menegaskan jika perbuatannya itu bermotifkan politik, beliau sudah pastinya mengedarkan salinan rakaman video itu di Sarawak.

Ditanya apakah beliau berasa bimbang akan keselamatan dirinya ekoran pendedahan yang dilakukannya ini, Eskay menjawab: “Sudah tentu saya berasa bimbang akan keselamatan saya. Tapi saya harap pihak polis akan mengambil langkah berjaga-jaga dan membantu memberi perlindungan yang sewajarnya."

Menurutnya, pada mulanya beliau tidak mahu membuat laporan polis berhubung video seks berkenaan kerana tidak mahu perkara tersebut dilabelkan sebagai satu konspirasi politik.

"Saya bukan ahli politik, saya hanya seseorang yang mengenalinya (pemimpin yang didakwa itu). Saya akan hanya berikan kenyataan kepada pihak polis sekiranya saya dipanggil untuk berbuat demikian.

"Kini saya sedia beri kerjasama... walau apa pun kenyataan yang diminta saya akan beri kerjasama saya... tiada masalah.

"Apa yang penting kita tidak takut kerana kita di pihak yang benar," ujarnya lagi.

Eskay yang berasal dari Kedah mendakwa telah lama mengenali pemimpin pembangkang berkenaan iaitu sejak tahun 1996 lagi.

Wednesday, March 23, 2011

'Datuk T' Adalah Trio Tiga Datuk - Rahim Thamby Chik



DEMONTRASI ... Pemuda Umno Kedah mengadakan demonstrasi secara aman untuk meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes video seks dipercayai seorang pemimpin pembangkang di perkarangan Wisma Darul Aman, di Alor Setar, Rabu
KUALA LUMPUR: Tan Sri Rahim Thamby Chik pada Rabu mengesahkan beliau, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk 'T' yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.

Bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan agar segera menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.

Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata, isu ini perlu segera disiasat kerana ia telah menjadi polemik negara.

Turut hadir di sidang akhbar yang diadakan itu ialah seorang lagi anggota 'Datuk T' - pendekan bagi perkataan Trio - ialah ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah.

Aggota ketiga - bendahari PERKASA dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim - tidak hadir.

Kes liwat:Anwar tak perlu bagi DNA....tapi mahkamah terima tuala,berus gigi dan botol air sebagai bahan bukti


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah pagi ini putuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim TIDAK PERLU SERAH SAMPEL DNA yang dituntut pihak pendakwaan.

Namun beliau juga putuskan BENARKAN TIGA SPESIMEN yang diambil dari penjara boleh diterima sebagai bukti untuk DNA.Tiga spesimen itu ialah tuala,berus gigi dan botol air mineral.

Sebelum ini mahkamah masa perbicaraan dalam perbicaraan tolak spesimen itu sebagai bukti kerana pihak pembela Anwar dakwa ia diambil tanpa pengetahuan.

Semasa mengumumkan keputusannya Hakim berkata penahanan sementara Anwar ( selepas Saiful Bukhari Azlan) buat laporan polis tahun 2008 dulu adalah sah.Ini ekoran maklumat baru yang diberikan oleh pegawai penyiasat polis.

Makanya makhamah benarkan tiga spesimen dijadikan bahan bukti ( untuk DNA).

Mohd Zabidin berkata permohonan pihak pendakwa Anwar serah sampel DNA ditolak.

Keputusan ini bermakna isu sampel DNA untuk diuji bagi dipadankan dengan LELAKI Y beres.

Ujian DNA boleh dibuat menerusi tuala,berus gigi dan botol air mineral itu.

Anwar dalam reaksinya kata kecewa dan - seperti skrip biasanya - dakwa Hakim hadapi tekanan politik untuk reverse keputusannya

Video Seks: Serah Rakaman Kepada Polis


SATU kejutan yang tidak disangka-sangka berlaku pada Isnin lalu selepas sekumpulan wakil media diminta ke Seri Carcosa Negara tiak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.

Tujuannya bagi dipertontonkan dengan klip rakaman video yang berdurasi hampir 30 minit. Kesemua wartawan terbabit mengurut dada masing-masing selepas melihat dengan mata kepala sendiri video yang memaparkan individu yang didakwa sebagai pemimpin tertinggi parti pembangkang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China.

Rakamannya jelas, menampakkan wajah si lelaki beraksi bersama wanita yang tidak dikenali itu.

Individu yang bertanggungjawab mendedahkan kepada media klip berkenaan pula hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T' yang mendakwa menemui secara tidak sengaja perakam selepas diminta mengambil jam tangan jenama Omega dari bilik yang dikatakan sebagai lokasi perbuatan maksiat itu dilakukan.

Rentetan pendedahan berkenaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bingkas menafikan bahawa lelaki di dalam video seks itu adalah dirinya dengan mengemukakan alibi bahawa pada 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam - tarikh dan masa yang tertera pada klip berkenaan itu - beliau mendakwa berada di rumah bersama kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, anak-anak dan cucu.

Dan sambil tersenyum sinis semasa sidang media di ibu pejabat PKR pada Isnin, beliau berkata: "Individu dalam video seks itu begitu mirip dengan dirinya kecuali perut individu tersebut sedikit buncit. Lihat, saya lebih kurus."

Dan kemudiannya beliau, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi meminta siasatan sepenuhnya dilakukan atas dakwaan yang dikatakan fitnah yang mahu menjatuhkan nama dan karier politiknya.

Pemimpin pembangkang lain dengan pantas menafikan pembabitan Anwar dan mengecam kononnya ini perbuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi.

Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah kiriman e-mel kepada media yang dikatakan daripada 'Datuk T' yang seolah-olah mahu membelakangkan undang-undang kerana berkeras enggan menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa.

Sebaliknya beliau menegaskan hanya mahu menyerahkan video tersebut untuk dianalisa oleh 'suruhanjaya awam' yang dianggotai oleh pengamal media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

'Datuk T' berkata, keputusan itu diambil selepas Anwar membuat laporan polis pagi Selasa bagi menafikan sebarang pembabitannya.

Tindakan itu ternyata mengundang 1,001 persoalan, adakah Malaysia ini tidak mempunyai undang-undang? Di manakah kedaulatan undang-undang? Jika 'Datuk T' mahukan keadilan berasaskan proses perundangan, dia sepatutnya menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa untuk disiasat. Kenapa memilih 'suruhanjaya awam' dan atas kapasiti apakah suruhanjaya itu boleh ditubuhkan?

Jika itu caranya, perundangan rimbakah yang mahu diaplikasikan?

Serahkan kepada polis dengan kepakaran mereka untuk menyelesaikan kes ini. Jangan memandang rendah kepada pihak berkuasa.

Tindakan degil enggan menyerahkan pita rakaman itu seolah-olah mahu mengheret rakyat melanggari Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan bahan-bahan lucah.

Anwar yang terkenal sebagai pembangkang tegar yang pernah mempertikaikan kredibiliti polis pun, melangkahkan kaki ke IPD Dang Wangi menuntut siasatan yang adil dilakukan.

Kita perlu ingat bahawa negara memiliki undang-undang sama ada konvensional dan syariah melibatkan kesalahan ini. Gunakan segala saluran yang betul jika mahukan keadilan.

Jika Anwar bersalah, beliau akan dibuktikan dengan menyerahkan pita rakaman kepada pihak berkuasa. Rakyat akan menilai siapakan sebenarnya pemimpin pembangkang tersebut.

Dan jika sebaliknya, rakyat akan berpuas hati dan ini sekaligus mengangkat kredibiliti polis sebagai pihak berkuasa yang telus dan meletakkan keadilan itu mengatasi segala-galanya.

Biarkan polis menjalankan tugas mereka merungkai persoalan di benak kira-kira 25 juta rakyat Malaysia ketika ini.

Pegang pada janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa polis akan menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Dan jika sabit kesalahan mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya kerana mengedarkan bahan-bahan lucah.

Tuesday, March 22, 2011

Video Seks: PAS Tetap Sokong Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat dari kiri) bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan video seks yang dikaitkan dengannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, Selasa

KUALA LUMPUR: Walau apapun tuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS tetap tidak akan berpaling dari Pakatan Rakyat (PR).

Malah, PAS menganggap dakwaan bahawa Anwar merupakan lelaki dalam video seks yang dipertontonkan kepada media pada Isnin merupakan serangan politik semata-mata.

Setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata perkara tersebut tidak akan menjejaskan hubungan PAS dalam PR.

"Ia tidak menjejaskan hubungan PR kerana PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpegang teguh kepada prinsip bahawa ini adalah fitnah.

"Dalam PAS apabila kita menerima berita sebegini kita akan siasat terlebih dahulu. Apabila kita sudah sahkan berita ini maka kita hanya ketawa kerana ia jelas satu fitnah yang besar,” katanya kepada pemberita selepas menemani Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewa Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang dilaporkan berkata parti itu akan menilai semula kedudukan mereka dalam PR sekiranya Anwar benar-benar terlibat sebagai si pelaku dalam video seks berkenaan.

Harun berkata, PAS tidak mahu dikaitkan dengan ahli politik yang mempunyai moral yang rendah dan tuduhan tersebut merupakan satu perkara yang serius serta perlu segera disiasat.

Mengulas lanjut, Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS pusat berkata parti itu berpegang teguh kepada prinsip setia kawan dalam PR.

"PAS tidak akan melatah dan terpengaruh dengan tipu helah sebegini. Kita akan lebih kuat dalam PR sebaliknya ia akan memakan diri orang yang membuat fitnah ini," katanya.

Bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan insiden berkenaan akan memberi kelebihan kepada PR dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kerana rakyat akan membuka mata mengenainya.

"Ini satu ujian kepada PR dan pada masa yang sama ini satu hadiah kepada masyarakat supaya mereka membuka mata mengenai kerja jahat pihak tertentu.

"Ia sengaja dibuat memandangkan pilihan raya negeri Sarawak akan tiba tidak lama lagi. Namun ingin saya tegaskan di sini perkara ini tidak akan menjejaskan PR,” katanya.

Negara pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit berkenaan menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.

Monday, March 21, 2011

Rakaman Video Aksi Seks Dipercayai Pemimpin Tertinggi Pembangkang Kini Muncul

PETALING JAYA: Dunia politik tanah air pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.

Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini.

Katanya, jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, pemimpin itu dan isterinya perlu 'mengundurkan diri dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti mana yang digambarkan'.

Kata Datuk T lagi, jika kedua-dua mereka enggan berundur, beliau akan memanggil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk satu panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan.

Beliau mendakwa secara tidak sengaja menemui pita rakaman terbabit selepas diminta oleh pemimpin politik berkenaan mencari jam tangannya yang tertinggal di bilik di mana rakaman itu dipercayai dilakukan.


"Saya tidak menemui jam tangan itu di atas meja, jadi saya cari di belakang meja solek. Saya terkejut terlihat banyak wayar di belakangnya.


"Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.


"Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu," dakwanya lagi.

Beliau bertegas tidak menyerahkan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan disebarkan.

Wakil-wakil media dipertontonkan rakaman tersebut melalui komputer peribadi di bilik itu yang dikawal ketat.

Sebelum masuk, wartawan The Star diperiksa dan telefon bimbitnya diambil.

Lain-lain media termasuk dari BERNAMA, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, portal berita Internet, agensi berita asing dan sekurang-kurangnya seorang wakil daripada organ pembangkang turut hadir.

Rakaman berkenaan menunjukkan imej yang jelas akan pemimpin pembangkang berkenaan dan wanita terbabit berkulit cerah yang dipercayai dari Asia Timur.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad dalam reaksi segeranya menerusi laman Tweeter menyifatkan ia adalah rakaman palsu.

Wednesday, March 16, 2011

Datuk Peter Pang Digugurkan Dari Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk Peter Pang En Yin digugurkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkuatkuasa serta merta, demikian diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimanapun, Musa berkata Pang, 51, yang kini menyertai parti Gerakan kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri.

Pengganti Pang sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah akan diumumkan kemudian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di sini hari ini.

Pang mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 1 Sept tahun lepas selepas Timbalan Presiden LDP Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerja dengan Musa, yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, semalam, beliau bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Sandakan, Sabah.

Sunday, March 13, 2011

Elizabeth Wong maut, pangsapuri studio terbakar - Utusan Online

PETALING JAYA 14 Mac – Seorang guru wanita maut akibat melecur teruk setelah pangsapuri studio yang disewanya di Damansara Perdana di sini, terbakar hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Elizabeth Wong, 25, dipercayai gagal melarikan diri sebelum mengalami sesak nafas dan ditemui mati dengan keadaan tubuh melecur 100 peratus di atas katil di rumahnya.

Berita ini mendapat liputan dalam blog dan FB kerana nama mangsa yang sama dengan ADUN Bukit Lanjang yang juga Elizabeth Wong.

Penguasa Bomba dan Penyelamat (Bahagian Operasi) Selangor, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zain berkata, kebakaran di satu unit rumah terletak di tingkat 7, Pangsupuri Ritz, Damansara Perdana itu dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 10.27 pagi.

Beliau berkata, dua jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara serta Sungai Buloh dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut.

“Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 10.41 pagi, api sudahpun berjaya dikawal daripada merebak oleh penghuni pangsapuri terbabit menggunakan paip pemadam api di situ.

“Namun, asap tebal masih lagi memenuhi ruang rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, setelah asap berjaya dikawal, pihaknya yang menjalankan pemeriksaan menemui mayat mangsa di atas katil.

Wan Mohd. Hamizi berkata, mayat mangsa tidak rentung tetapi melecur 100 peratus pada seluruh badannya. - Utusan

Sampel DNA: Peluang BUKTIKAN KESUCIAN Pak Sheikh...‘ada berani’?


Lupakan soal Karpal Singh yang akan ‘pusing’ segala macam demi menyelamatkan anak guamnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Lagipun sebelum ini sudah kali-kali perbicaraan kes Ketua Pembangkang itu ditangguhkan hingga orang ramai mula muak untuk mengikuti prosiding tersebut malahan penyokong-penyokong tegarnya yang hadir menyokong beliau di mahkamah kebelakangan ini sudah boleh dibilang dengan jari.

Kini selepas hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan untuk tidak menerima sehelai tuala Good Morning, sebatang berus gigi dan botol minuman palstik yang dipercayai mempunyai sampel DNA Anwar dari lokap sebagai bahan bukti, tumpuan sekarang kepada permohonan mendapatkan sampel darah Anwar secara sah.
Ini ekoran permohonan Ketua Pendakwaraya Datuk Yusuf Zainal Abidin kepada mahkamah yang bersidang petang Jumaat demi kebenaran dan keadilan.
Selepas permohonan itu dibantah Karpal, keputusan ditangan Hakim Mohd Zabidin untuk membenarkan atau tidak sampel darah Anwar diperolehi secara sah atau sebaliknya.
Tolak sebelah soal keputusan hakim...semua pihak yang sebelum ini berminat terhadap kes itu dan ada yang percaya Anwar jadi mangsa konspirasi pihak tertentu seperti digembar-gemburkan pembangkang, ingin melihat ‘kejujuran’ Anwar sama ada beliau terbabit atau tidak meliwat Mohd Saiful.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR itu tidak berani melakukan sumpah laknat seperti dibuat Mohd Saiful untuk menyokong dakwaanya bahawa memang benar beliau jadi mangsa liwat bekas timbalan perdana menteri itu.
Sudah dua tahun, Mohd Saiful berbuat demikian tetapi Anwar terus membisu sebaliknya memberi macam-macam alasan bagi mengelak kes beliau sampai ke penghujungnya.
Anwar juga mengemukakan permohonan Qazaf di Mahkamah Tinggi Syariah mendakwa Mohd Saiful memfitnahnya meliwat tanpa bukti seperti dituntut Islam.
Semua ini adalah usaha terdesak Anwar untuk mengelas tuduhan meliwat pembantunya itu.
Apapun, jika Anwar dan pengikut-pengikutnya percaya beliau tidak bersalah, ini adalah peluang terbaik untuk Ketua Pembangkang itu membuktikannya.
Lebih baik Anwar membenarkan sampel darahnya diambil supaya dapat dibuktikan DNA lelaki ‘Y’ yang jadi misteri dalam kes liwat itu dibuktikan bukan milik beliau.
Sudah sampai masanya Anwar bersikap gentleman demi kebenaran.
Buktikan diri anda tidak bersalah Pak Sheikh supaya segala kekalutan berhubung kes liwat terungkai segera.
Sekadar memetik tulisan bekas peguam Anwar, Zulkifli Noordin yang pernah jadi pemimpin PKR dan kini wakil rakyat Bebas Kulim Bandar Bharu, tidak ada sebab Anwar hendak membantah atau mengelak memberi sampel tersebut.
“Kalau benar dakwaan Anwar dia tidak pernah "mengunyitkan" Saiful, tidak ada sebab mengapa Anwar perlu takut memberikan darahnya untuk diambil DNAnya. Kebenaran tetap kebenaran yop!,” itu antara dicatat Zulkifli dalam blognya, Jumaat.
Bagaimanapun, Zulkifli berharap Anwar tidak meminta "fatwa" daripada Syeikh Dr. Yusuf Al Qarodowi samada beliau boleh memberi sampel darah untuk ujian DNA tersebut.
“Almaklumlah, semasa dinasihatkan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis supaya bersumpah muhabalah menafikan perbuatan liwat itu, Anwar menyatakan Syeikh Dr. Yusuf Al Qarodowi kata tak boleh bersumpah, walaupun Saiful telah membuat sumpah tersebut di Masjid Wilayah,” katanya.
Katanya lagi, sebenarnya inilah peluang terbaik Anwar untuk membuktikan "kesucian" beliau.
Sepatutnya Anwar tidak perlu tunggu untuk Pendakwaraya membuat permohonan kepada Mahkamah sebaliknya beliau secara sukarela menawarkan sampel darah beliau untuk ujian DNA tersebut.
Pemberian sampel darah untuk ujian DNA tersebut sudah pasti akan membutikan kebenaran dan yang haq tanpa sebarang keraguan.

“Jadi teman mencabar Anwar, atas nama yang haq dan kebenaran, berikanlah sampel darah untuk ujian DNA perbandingan tersebut. Janganlah menjadi bacul dan dayus yang berselindung disebalik teknikaliti undang-undang, jangalah menyorok disebalik Karpal. Jadilah manusia yang berani. Dan yakinlah, dihadapan ALLAH nanti Karpal tidak akan boleh membantu lagi!!

"Jika Anwar enggan memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA perbandingan itu, sudah pasti umat Islam dan rakyat umumnya akan tertanya-tanya, apa yang nak disorokkan sangat oleh Anwar.

"Sudahlah bersumpah menafikan perbuatan liwat pun tak mahu buat, ni nak bagi darah yang boleh membuktikan kebenaran pun tak mahu jugak! Atau apakah benar sapeti yang disebut orang, bahawa Anwar ada "rahsia besar" yang mahu disembunyikan dengan keengganan memberikan DNA,”kata Zulkifli lagi-12/3/2011

MP Subang, Sivarasa dilarang masuk Sarawak

Ahli parlimen Subang R Sivarasa telah dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.

Sivarasa memberitahu, beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Xavier Jayakumar.

NONEKedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.

“Saya ditahan di kaunter imigresen dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah,” katanya.

Buat masa ini, Sivarasa ditahan di bilik pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Kucing dan dijangka akan dikenakan perintah halangan masuk.

“Mereka akan hantar saya balik ke Kuala Lumpur pada penerbangan seterusnya yang mempunyai tempat,” katanya.

Xavier, diiringi oleh isterinya, Sheila Devaraj dan seorang pembantu, Abdul Razak Ismail. Kedua-dua mereka dan Jayakumar bagaimanapun dibenarkan masuk.

"Saya dilarang masuk ke Sarawak, dan sekarang sedang dieskot balik ke pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurut beliau, tiada alasan kukuh yang diberikan berhubung larangan itu.

Arahan pejabat ketua menteri

"Tiada alasan apa-apa, hanya mereka katakan arahan telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri untuk melarang saya dari masuk," katanya.

Sivarasa tidak menolak larangan itu berkemungkinan kerana kegusaran kerajaan dengan kehadiran beliau di Sarawak, serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar dan melanggar hak asasi.

"Saya pun tak tahu apa yang mereka takutkan terhadap saya dan saya anggap ini sebagai satu salah guna kuasa dan melanggar hak asasi saya sebagai seorang wakil rakyat dan ahli parlimen dan tindakan ini adalah tidak patut," katanya.

Ini adalah kali kedua Sivarasa dilarang memasuki Sarawak.

Pada 2009, pihak imigresen Sarawak menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur manakala dua bulan sebelum ini, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan juga dihantar pulang.

Anwar Ibrahim arriving to open Sarawak PKR convention in Batu 
Kawah, near Kuching. Left is Sarawak PKR chief Baru BianSivarasa kemudiannya dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada penerbangan jam 11.55 pagi.

Sementara itu, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 11.25 pagi, dibenarkan masuk.

Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, memberitahu pemberita bahawa parti itu akan membawa perkara berkenaan ke mahkamah.

"Ketika dihalang memasuki Sarawak kali pertama pada 2009, pihak Imigresen berkata Sivarasa tidak mempunyai surat jemputan. Tapi kali ini, kami memastikan dia menerima surat jemputan untuk konvensyen parti namun dia tetap dilarang sekali lagi," katanya.

Saturday, March 12, 2011

Dakwaan Mahathir TIDAK benar - Ku Li


KUALA LUMPUR, 11 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekerang-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.

Ketika itu Tengku Razaleigh mencabah Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.

“Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah.  Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987,” kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno.

“Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu.

“Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang,” kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, “saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu.”

Dalam buku berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit.

Tengku Razaleigh bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak “Team B” yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai “Ku Li”, membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.

“Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri,” tulis Dr Mahathir.

“Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya,” katanya lagi.

Thursday, March 10, 2011

PKR Desak SPRM, LHDN Siasat Gobalakrishnan


KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat mengenai kemampuan kewangan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menjelaskan bayaran pajakan tanah di Kelantan bernilai RM1.4 juta.


Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa, pihaknya mempunyai bukti berupa dua salinan cek Hong Leong Bank masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Januari 2011 dan RM701,250 bertarikh 15 Mac 2011.

Menurut Saifuddin, kedua-dua cek berkenaan bagi menjelaskan bayaran pajakan tanah seluas 40.47 hektar di Lojing, Kelantan di antara syarikat milik Gobalakrishnan iaitu Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

"Adalah aneh secara tiba-tiba Ahli Parlimen Padang Serai dapat menjelaskan bayaran berkenaan sejurus selepas keluar parti dan berterusan menyerang PKR.

"Dari mana sumbernya, siapa yang bermurah hati menolong, urusniaga apa yang dilakukan beliau hingga memungkinkan wang sebanyak itu diperolehnya?

"Januari dan Mac adalah kemuncak tempoh serangan, kecaman dan fitnah Gobalakrishnan terhadap PKR dan ketika ini jugalah beliau secara tidak semena-mena mampu membayar RM1.4 juta untuk bayaran tanah ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Gobalakrishnan mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 29 Januari lalu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang dianggap gagal menyelesaikan masalah kaum India.

Selain itu Saifuddin mendakwa, PKR mengesyaki pengkhianatan beberapa Ahli Parlimennya yang bertindak keluar parti adalah atas dorongan habuan lumayan.

Sementara itu, pada sidang media berasingan, Gobalakrishnan menafikan menerima wang berjumlah RM1.4 juta seperti yang didakwa Saifuddin.

Malah beliau turut bersedia disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya sedia untuk disiasat pada bila-bila masa. Saya tidak pernah menerima apa-apa bayaran berjumlah RM1.4 juta daripada mana-mana pihak seperti yang dikatakan mereka.

"Anda boleh periksa tandatangan saya, malah saya tak ada tunaikan apa-apa cek lagi pada tahun ini," katanya.

Menurutnya lagi, syarikat Embun Megah Sdn Bhd yang dimaksudkan Saifuddin bukan miliknya.

"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya," katanya.

Gobalakrishnan : saya rasa 'bebas' tak perlu bawa fitnah


Sejak dari perasmian sidang Dewan Rakyat kali ini oleh yang Dipertuan Agong pada hari Isnin ramai juga pemerhati yang berminat mengintai gerak geri N Gobalakrishnan.

Ini kerana Ahli Parlimen Padang Serai,Kedah itu yang berstatus Bebas sejak 29 Januari lalu dahulunya adalah adalah salah seorang panglima Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Dewan Rakyat.

Karektornya, apabila bergasak dalam perbahasan segarang Ahli Parlimen BN Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Raden.

Suatu ketika dahulu Gobalakrishnan pernah ‘buat perangai’ meluru ke pentas Speaker Dewan Rakyat kerana naik sheikh semasa berbahas.

Dari segi peraturan dewan itu sudah kira foul habis .

Dahulu lain sekarang lain. Sebelum sesi sidang petang Rabu sejurus selepas waktu rehat wajah bekas Ahli Parlimen yang kelima keluar dari PKR ini – selepas Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru) , Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsen Fadzil Shamsuri (Bagan Serai) – kelihatan berseri-seri.

Beliau steady saja bergerak masuk ke dalam dewan untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong,yakni ucapan sulungnya sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Sayang sedikit bekas bosnya Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak tidak ada di situ kerana kini digantung enam bulan daripada menghadiri sidang kerana isu Apco pada sesi hujung tahun lalu.

Apapun tidak ramai ahli parlimen pembangkang berada dalam dewan sewaktu beliau berucap kerana tahu mereka pasti pedih telinga dengan Gobalakrishnan.

Menariknya berbeza dengan stail nya dahulu yang gemar membentak dan menjerit sewaktu berbahas Ahli Parlimen Padang Serai ini nampak agak cool sekali sepanjang ucapannya lebih setengah jam.

Namun dalam nada yang relaks itu beliau libas sakan Anwar, Azmin dan Ahli Parlimen PKR lain.

Turut menjadi sasarannya ialah Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang merupakan Ahli Parlimen Machang, Kelantan.

"Sekarang saya 'bebas' (selepas meninggalkan PKR) , bila saya 'bebas' setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidak perlu bawa fitnah, saya ada masa untuk buat teks (perbahasan).

"Selepas 12 tahun (dalam politik) baru saya 'bebas', hirup udara pun saya rasa 'bebas', duduk dalam Dewan yang mulia ini saya rasa 'bebas' betul-betul depan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia)," katanya.

Antara yang menarik perhatian ramai ialah Gobalakrishnan mendedahkan sehingga kini beliau masih membayar ansuran bulanan dua buah kereta yang diguna oleh pengawal peribadi Anwar.

"Saya boleh ada seorang pembantu yang perlu saya bayar RM2,000, tetapi saya korbankan untuk bayar kereta 'bodyguard' supaya 'bakal perdana menteri' kita selamat," katanya.

Beliau juga mendakwa pejabat Ketua Pembangkang itu tidak mengambil sebarang tindakan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Gobalakrishnan secara sinis berkata, kesanggupannya untuk membayar ansuran bulanan dua kereta terbabit kira-kira RM2,000 sebulan adalah mahu memastikan keselamatan individu yang terlalu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri itu terjamin.

Beliau berkata, itulah realiti yang terpaksa dilalui sepanjang berada di dalam PKR sekalipun hakikatnya Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR tertentu hidup dalam keadaan mewah dan mereka mempunyai pembantu-pembantu peribadi setaraf dengan kedudukan masing-masing.

“Parti PKR sering menyamakan kerajaan pusat dengan kegiatan korupsi yang dilakukan selama 50 tahun pentabiran. Apa yang memeranjatkan saya adalah kebolehan PKR memaparkan elemen-elemen korupsi pada kadar lebih tinggi dalam tempoh singkat iaitu dalam tempoh tiga tahun menguasai puncak pentabiran negeri,” katanya.

Beliau menegaskan pemimpin PKR khusyuk membincangkan dan membuat tohmahan terhadap wakil rakyat yang telah meninggalkan parti sehingga terlepas pandang atau sengaja terlepas pandang akan kelemahan dan kerakusan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR.

“Saudara sibuk membicarakan perihal saya keluar parti sedangkan kejahatan dan kezaliman terhadap parti dan rakyat berleluasa. Anwar Ibrahim rakus dengan ideloji menjadi Perdana Menteri hingga lupa akan perjuangan sebenar parti yang sepatutnya membela rakyat, bukan membela kesejahteraan dan impian Anwar Ibrahim.

“Konsep ala Gadafi yang diagungkan Anwar Ibrahim akan membawa negara kita menjadi Libya rantau Asia Tenggara.

“Saya tidak mampu membuat janji kosong kepada rakyat untuk memuaskan kerakusan Anwar Ibrahim .Siapa yang tidak tunduk dengan kehendak Anwar Ibrahim dipinggirkan. Siapa yang benar-benar membela nasib rakyat dijauhkan.

“Saya syorkan saudara menyiasat perkara-perkara tersebut dan dengan sendiri persoalan mengenai sebab saya meninggalkan parti akan terjawab.”

Mengenai Saifuddin beliau mendakwa Ahli Parlimen Machang itu meninggalkan PKR pada suatu masa dahulu kerana tidak dapat menerima kedudukan Azmin di sisi Anwar.

“Lupakah saudara bahwa saudara pernah membelakangi PKR untuk turut serta dalam PAS.Dalam tempoh itu rakan-rakan seperti sayalah yang menjadi tempat saudara beradu mencapai ketenangan minda.

“Agaknya di mana saudara belajar main belakang? Agaknya jawapanya semua Ahli Parlimen tahu.”- 9/3/2011

Wednesday, March 9, 2011

Budaya Baru PAS? Bertelagah melalui penulisan

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Seorang Exco Pemuda PAS pusat muncul dengan buku bagi menjawab “Menuju PAS Baru” tulisan  Dr Mujahid Yusuf Rawa sambil mendakwa karya Ahli Parlimen Parit Buntar itu “jauh tersasar” dalam mengetengahkan hujahnya mengenai parti Islam tersebut.

Riduan Mohamad Nor yang menghasilkan buku menjawab tulisan Mujahid dengan tajuk “Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan” berkata, “saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberikan pandangan kedua.”

“Saya menyemak lembaran demi lembaran yang dituang oleh Dr Mujahid berulang-ulang kali dan merasa agak tersinggung dengan pemerincian sejarah dan cara beliau mempersepsikan setiap aluran sejarah itu dengan tanggapan sendiri, yang cuba dibenarkan dengan tema konflik.”

Menurut Riduan, PAS sebagai gerakan massa yang menampung kepelbagaian ahli sudah tentu tidak sunyi dengan konflik.

“Begitulah juga dengan gerakan Islam lain di seluruh belahan di dunia, tetapi wajah konflik ini ditulis dengan begitu kurang berhati-hati oleh sahabat saya itu (Mujahid),” kata Riduan dalam buku setebal 200 halaman, yang kini berada dalam pasaran.

Akhir tahun lalu, Mujahid yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, beliau bersikap terbuka terhadap kritikan daripada mana-mana pihak berhubung buku terbarunya “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.

“Jika ia baik untuk parti saya berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab saya  tetapi sekiranya tidak diterima sekalipun saya bersyukur kerana telah berusaha ke arah melihat masa depan PAS yang pastinya akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini,” katanya.

Mujahid berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan segalan kekeliruan yang timbul hasil daripada penulisan bukunya itu termasuk keputusan Dewan Ulama PAS Kedah yang menolak pandangannya dalam buku itu.

Dewan Ulama PAS Kedah, antara beberapa pihak yang mengkritik buku Mujahid berkata dewan itu menolak tulisan wakil rakyat tersebut, yang antara lain mahu mengubah konsep kepimpinan ualama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus “dinasionalkan”.

Mujahid berkata buku tulisannya itu merupakan usaha untuk melihat masa depan PAS dengan  mengambil kira aset perjuangan parti sejak lebih 50 tahun lepas.

“PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinannya dan buku “Menuju PAS Baru” hanyalah  garapan saya terhadap
masa depan organisasi parti yang perlu difikir oleh generasi muda.

“Kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut boleh dijelaskan dengan mengadakan wacana dan diskusi yang sihat bagi membudayakan sikap  keterbukaan kepada pandangan-pandangan yang berbeza,” katanya.

Riduan juga berkata terdapat frasa-frasa yang ditulis oleh Mujahid telah mengganggu “tasik ketenangannya” sebagai aktivis PAS, pengkaji sejarah gerakan Islam dan kader dakwah PAS.

Kemungkinan bagi membawa pengertian membalas buku Mujahid, kulit buku Riduan juga seakan-akan sama dengan warna pilihan buku “Menuju PAS Baru”.

“Saya merasa terganggu apabila menatap lembaran demi lembaran buku Menuju PAS Baru terutama galuran sejarah dan pentafisran sejarah yang telah dibuat, jauh tersasar daripada apa yang telah saya kaji tentang PAS,” katanya yang memetik sekitar 25 petikan daripada buku tulisan Mujahid dan diulas di bab terakhir di bawah tajuk Menerjai Badai Segmen Kedua.

Dalam salah satu ulasannya, Riduan berkata, kekentalan semangat pendokong PAS diakui lawan dan kawan selain mampu bertahan dalam situasi yang paling buruk.

“PAS mampu diuji dengan cabaran, tidak berpaling walaupun ditawarkan dengan ganjaran yang menggiurkan.

“PAS tidak menjalankan kaedah menyapu masalah di bawah karpet,” katanya.

Buku panas Dr Mahathir...keputusan pecat Anwar tak silap sama sekali



Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali.

Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri

Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa.

Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada 62 bab.

Bab pertama mengenai kemasukan Anwar ke dalam UMNO, dan yang kedua – yang paling ditunggu-tunggu, mengenai pemecatan Anwar dan pembabitan bekas timbalan perdana menteri itu dalam aktiviti seks luar tabii.

Tulis Dr Mahathir, dalam bab ke 53 bertajuk ‘Anwar’s Challenge’ beliau pertama kali dimaklumkan oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berhubung dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual.

Kemudian, pada 1997, beliau menerima surat daripada perempuan bernama Ummi Hafilda Ali, yang kata Dr Mahathir “Isinya menganggu saya kerana lebih spesifik dan lengkap mengenai dakwaan liwat membabitkan Anwar’.

Pun begitu, kata Dr Mahathir, tuduhan itu seperti tidak masuk akal, jika dakwaan membabitkan Anwar mempunyai ‘hubungan’ dengan perempuan, “Saya tidak begitu terkejut, tetapi bagaimana orang yang kelihatan alim ini berkemungkinan terlibat dengan aktiviti homoseksual?”

Pada mulanya, Dr Mahathir tidak mengambil serius surat Ummi, tetapi sebulan kemudian, Ummi hantar lagi satu surat, yang memaklumkan beliau menarik semua tuduhannya sebelum ini.

“Saya hairan kenapa dia nafi apa yang dia kata sebelum ini,” tulis Dr Mahathir.

Beliau hanya memandang kes tersebut secara serius apabila bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor dan pegawai penyiasat ( ketika itu) Tan Sri Musa Hassan menunjukkan bukti “termasuk gambar dan pengakuan mereka yang terlibat. Saya sedar saya tidak boleh mengabaikan maklumat ini”

Kata Dr Mahathir, beliau mahu bertemu dengan saksi dan bercakap sendiri dengan mereka secara peribadi.

“Saya bertemu mereka secara persendirian, di rumah rasmi saya di Sri Perdana, saya beritahu mereka bahawa perbualan ini adalah sulit dan saya hanya mahu mendengar cerita mereka untuk diri saya sendiri,” katanya.

Antara yang beliau temui Azizan Abu Bakar, iaitu bekas pemandu isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Polis beritahu Azizan banyak kali diliwat Anwar. Saya tanya Azizan mengenai dakwaan tersebut, dan sudah tentulah beliau takut kerana Anwar merupakan timbalan perdana menteri.

“Ketika perjumpaan itu, Azizan gementar dan tidak selesa. Azizan menceritakan pada saya secara teliti bila kali pertama kejadian itu berlaku. Dia kata dia takut sebab Anwar begitu berpengaruh, dan boleh menyebabkan banyak masalah kepadanya, sebab itulah kata dia tidak melawan,”.

“Saya tahu betapa susah untuk ingat tarikh dan waktu sebenar bila ia berlaku, jadi saya tidak beri perhatian kepada perkara-perkara tersebut. Tapi pertemuan itu cukup untuk menyakinkan saya bahawa dia (Azizan) bercakap benar.

“Dalam mahkamah, tarikh dan masa sebenar kejadian adalah perkara penting, dan mencukupi untuk mensabit atau membebaskan seseorang, tapi saya ragu sekalipun hakim atau peguam dapat mengingati secara tepat apa yang mereka lakukan setahun lalu.

“Ada orang simpan diari, tetapi tidak ada siapapun yang rekod semua yang dilakukannya setiap hari,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata beliau juga menyoal empat wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan ‘seseorang yang berpengaruh”.

Dr Mahathir menulis bahawa mereka dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla.

Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills (Bukit Tunku). Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri.

“Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks,” tulis Dr Mahathir.

“Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan,” tulis Dr Mahathir.

Mengenai dakwaan beliau melakukan konspirasi politik, kata Dr Mahathir,

“Bagaimana orang boleh mempercayai ini (teori konspirasi), kalau hendak berkonspirasi melawan Anwar, saya perlu menggunakan polis, Peguam negara dan pendakwaraya, saksi-saksi, hakim, pakar makmal forensik, dan ramai lagi sebagai rakan subahat saya”

“Sudah pasti, seseorang daripada yang ramai itu membocorkan perkara yang kami rancangkan kepada umum. Tetapi tidak ada siapa yang muncul dan mendakwa bahawa saya memaksa beliau untuk menipu bagi menyokong dakwaan saya (terhadap Anwar).

Dr Mahathir turut memuatkan sebahagian daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat.

Dalam penghakiman tersebut hakim-hakim membuat kesimpulan bahawa aktiviti homoseksual berlaku tetapi kerana masalah teknikal maka kes tersebut digugurkan.

Kata Dr Mahathir, biasanya beliau seorang yang pemaaf dan biasa memberi peluang kedua kepada mereka yang pernah ‘lawan’ beliau secara politik.

“Bahkan seorang daripada mereka saya namakan sebagaikan pengganti selepas Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri, tapi saya susah untuk memaafkan Anwar kerana merosakkan nama baik saya di mata dunia,” katanya.

Beliau menutup bab tersebut dengan menulis bahawa Anwar sepatutnya menjadi Perdana Menteri Malaysia hari ini, tetapi perkara itu tidak berlaku kerana tindakannya sendiri.

“Pilihan yang saya ada hanyalah memecat beliau dan saya lakukan apa yang saya fikir terbaik untuk negara ini. Saya mungkin buat banyak silap, tetapi memecat Anwar bukan satu kesilapan sama sekali,” katanya.

Memoir tersebut dijual dengan harga RM100 setiap naskah dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama seluruh negara.- 8/3/2011

Tiada Peruntukan Khas Untuk Urus Aktiviti Isteri PM


KUALA LUMPUR: Tiada kakitangan khusus atau peruntukan kos tambahan bagi menguruskan unit Wanita Pertama Malaysia (FLOM) yang diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kakitangan yang menjalankan tugas menguruskan unit berkenaan adalah terdiri di kalangan pegawai dari pejabat Perdana Menteri.

"Tidak ada kakitangan tetap atau kontrak yang di peruntukan khusus untuk isteri Perdana Menteri.

"Sebaliknya pegawai-pegawai dari pejabat Perdana Menteri dari semasa ke semasa telah membantu isteri Perdana Menteri menjalankan tugas beliau selaku isteri kepada Perdana Menteri," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, Rabu.

Beliau menjawab soalan asal Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) yang meminta Perdana Menteri menyatakan fungsi unit FLOM serta jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi unit berkenaan bagi tahun 2011.

Selian itu Mohamed Nazri berkata, tidak timbul dakwaan yang mengatakan wujudnya pelantikan kakitangan baru khusus bagi menguruskan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Bagaimanapun bagi memudahkan kerja-kerja urusan pentadbiran seperti surat-menyurat atau jemputan rasmi bagi membolehkan pihak awam berhubung dengan pejabat Perdana Menteri mengenai jemputan dari dalam dan luar negara, pegawai-pegawai berkenaan telah ditugaskan membantu menguruskan hal-hal demikian," katanya.

Sementara itu menjawab mengenai ketiadaan maklumat berkaitan FLOM yang sebelum ini dimuatkan dalam laman web rasmi Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri berkata: "Keseluruhan direktori pejabat Perdana Menteri sedang dikemaskini termasuk berkaitan FLOM."

Tuesday, March 8, 2011

M.Nasir MENINGGAL DUNIA tidak benar


KUALA LUMPUR: Pelakon Marlia Musa menafikan khabar angin yang tersebar mengenai kematian suaminya iaitu komposer dan penyanyi terkenal tanah air, M Nasir di sini, semalam.

Marlia berkata, dia mendapat tahu mengenai berita itu daripada seorang pengarang hiburan akhbar yang menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.

“Sekitar tengah hari semalam, saya dihubungi pengarang hiburan itu bertanyakan kesahihan berita diperolehnya. Tidak dinafikan, sebagai isteri saya terperanjat juga sebaik mendengar khabar itu yang nyatanya tidak benar.

“Sebelum panggilan itu diterima, saya baru saja habis bercakap dengan pengurus abang (M Nasir). Setahu saya, pagi tadi (semalam) abang tidak masuk ke pejabatnya kerana ada mesyuarat di Istana Budaya (IB).

“Daripada maklumat yang kami peroleh kemudiannya, individu yang dilaporkan sudah meninggal dunia itu seorang imam masjid di Jakarta, Indonesia yang singkatan namanya adalah M Nasir,” katanya.

Monday, March 7, 2011

ESOK mula Persidangan Penggal Ke-4 Parlimen


KUALA LUMPUR, 6 Mac — Selepas berlaku kekecohan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat Disember lepas yang menyaksikan empat anggota Parlimen pembangkang digantung kehadirannya, sesi Dewan Rakyat ini mungkin hangat.

Pertelingkahan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengenai beberapa isu dijangka berterusan selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan mesyuarat penggal keempat Parlimen ke-12 esok.

Dewan Rakyat akan bersidang tanpa keempat-empat anggota Parlimen yang digantung selama enam bulan itu — Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang), Azmin Ali (PKR-Gombak), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Satu isu yang dijangkakan akan dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat kali ini ialah keputusan kerajaan membeli enam buah Kapal Tempur Pesisir dengan harga RM6 bilion, di mana pembangkang mendakwa harganya terlalu tinggi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji untuk menjawab sepenuhnya dakwaan itu, di mana penganalisis pertahanan berkata ia menunjukkan kejahilan mengenai jenis kapal laut yang berlainan dan peningkatan kos untuk membinanya.

Isu lain yang akan dibangkitkan oleh pembangkang ialah pengagihan ekuiti Bumiputera, dengan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendesak agar mengumumkan penerima-penerima saham yang diperuntukkan berjumlah RM1.5 bilion pada tahun lepas.

Saifuddin, anggota Parlimen PKR Machang berkata beliau akan membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban pengagihan skim itu.

Novel Interlok untuk pelajar tingkatan lima adalah satu lagi isu yang dijangka hangat pada sesi ini sungguhpun kerajaan telah mengatakan bahawa bahagian-bahagian yang dianggap oleh masyarakat India sensitif akan dipinda.

Dua rang undang-undang utama akan dibentangkan, satu untuk menyelaras dan menentukan gaji minimum untuk pekerja sektor swasta dan satu lagi untuk memperluaskan “penerbitan” untuk memasukkan kandungan multimedia.

Pembangkang kini berjumlah 76 di Dewan Rakyat selepas anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

Gobalakrishnan memberikan tamparan hebat kepada penasihat PKR, Anwar, sebelum beliau meninggalkan parti itu.

Dengan empat anggota digantung, pembangkang akan hanya mempunyai 72 pada sesi Dewan Rakyat ini.

Sunday, March 6, 2011

Menang Berganda: BN Kembali Peroleh Sokongan Pengundi Melayu - Muhyiddin

Calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad meraikan kemenangannya bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di Jasin, malam Ahad. Roslan yang menang dengan majoriti undi 3,643 memperolehi 5,962 undi meninggalkan pencabarnya Yuhaizad Abdullah dari parti PAS yang hanya memperoleh 2,319 undi.
JASIN: Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau kerana orang Melayu kembali menyokong parti itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN berjaya memperoleh semula kepercayaan pengundi Melayu di kedua-dua kawasan berkenaan diikuti pengundi kaum India dan Cina.

"Kejayaan ini amat signifikan kerana kita berjaya meraih majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 manakala di Kerdau kita mengatasi majoriti 2004.

"Sokongan pengundi Melayu amat nyata, majoriti mereka kembali menyokong BN, begitu juga kaum India dan pertambahan sokongan Cina di peti-peti undi mereka tapi Orang Asli kita tiada masalah di Kerdau.

"Saya percaya selepas kaum Cina kian memahami penerangan dasar kita, saya percaya mereka akan terima," katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan kemenangan calon BN, Roslan Ahmad di Politeknik Merlimau, di sini pada Ahad malam.

Roslan, 44, memperoleh sebanyak 5,962 undi sementara calon PAS, Yuhaizad Abdullah sekadar menerima 2,319 undi.

Pada PRU 2008 BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 2,154 undi.

Di Kerdau BN berjaya mengekalkan kerusi dengan majoriti 2,724 undi.

BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, berjaya memperoleh 5,060 undi sekaligus menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.
Majoriti yang diperoleh Syed Ibrahim, 44, meningkat berbanding majoriti yang diperoleh Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada PRU 2008.

Kekalahan ini merupakan kali kedua bagi Hassanuddin yang sebelum ini turut bertanding di kawasan yang sama pada PRU ke-12.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, dasar dan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini semakin diterima rakyat.

Beliau berkata, momentum kemenangan ini menandakan pakatan pembangkang ditolak rakyat.

"Selepas Galas (Kelantan), Batu Sapi (Sabah) dan Tenang di Johor, jelas rakyat kini menolak pembangkang khususnya PAS yang perjuangan mereka mahu mengelirukan rakyat dengan menggunakan Islam," tegas beliau.

Tegas beliau, gabungan pembangkang adalah pakatan yang rapuh kerana dasar mereka yang berbeza-beza tetapi cuba mengaburkan mata rakyat dengan menaburkan pelbagai janji yang gagal ditunaikan.

Kata beliau, kemenangan berganda ini juga membawa petanda baik bagi BN menghadapai PRU ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, BN yakin momentum ini dapat diteruskan tetapi keputusan pilihan raya kecil tidak menggambarkan senario politik nasional.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, BN perlu meneruskan inisiatif supaya mesej kepada rakyat diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Berkaitan Pilihan Raya Sarawak, beliau berharap keputusan ini akan memberikan impak yang baik bagi penduduk di Sabah dan Sarawak.

"Perjuangan BN lama dah diterima di Sarawak dengan perubahan dasar Perdana Menteri sehingga kita mendapat respon yang baik di sana," ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kedua-dua wakil rakyat baru itu menunailkan tanggungjawab mereka dengan terus mendekati rakyat, turun padang, memahami permasalahan mereka selain mendahulukan rakyat dalam melaksanakan tugas kelak.

"Datuk Seri Nijb dan saya juga ucapkan terima kasih kepada semua pengundi, jentera parti, pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang bersama-sama menyokong BN.

"Kejayaan ini adalah hak semua dan wakil rakyat BN berjanji akan menunaikan tanggungjawab mereka,"
kata beliau.

Kronologi PRK Merlimau & Kerdau

Sebuah bas yang membawa pelajar-pelajar dari Kolej Yayasan Melaka menjadi tumpuan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS yang mendakwa membawa pengundi hantu dari dari luar Melaka. Setelah kedua-dua wakil dari BN dan PAS memeriksa bas tersebut, mereka dibenarkan melalui jalan tersebut kerana bas tersebut mahu menuju ke sebuah kem bina semangat yang terletak di berhampiran pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan ChinChin. Kelihatan para penyokong kedua-dua parti politik mengerumuni bas tersebut berdekatan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan ChinChin di Jasin, Ahad
KRONOLOGI PRK MERLIMAU

BERIKUT adalah kronologi proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bermula pada pukul 8 pagi Ahad dan djangka berakhir pada pukul 5 petang:

2.00 petang: 7,110 pengundi atau 67 peratus pemilih telah keluar mengundi.

12.00 tengah hari: 54 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

11.00 pagi: Sebanyak 43 peratus atau 4,576 pemilih telah keluar mengundi.

10.35 pagi: Sehingga pukul 10 pagi, peratusan keluar mengundi ialah 30 peratus.

9.00 pagi: Sebanyak 14 peratus daripada 10,679 pemilih telah mengundi.

8.40 pagi: Calon BN, Roslan Ahmad dan isteri, Zalifah Omar membuang undi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Merlimau Pasir.

8.00 pagi: Tujuh pusat pengundian pilihan raya kecil DUN Merlimau mula dibuka.

BERSEMANGAT... GELAGAT penyokong Barisan Nasional bersemangat meraih undi di peti undi Pengkalan Samak di SJKC Merlimau, Jasin, MELAKA. 6 MAC 2011

KRONOLOGI PRK KERDAU

SEMANGAT ... Peraih undi PAS bersemangat ketika meraih undi di hadapan Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di Temerloh, Ahad

BERIKUT merupakan kronologi proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang mula berlangsung pada jam 8 pagi Ahad dan akan berakhir pada jam 5 petang:

2.30 petang: Sehingga pukul 2 petang, SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi ialah 75.62 peratus atau 6,805 orang pengundi.

1.26 petang: SPR mengumumkan jumlah keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari ialah 6,467 orang atau 71.86 peratus.

12.30 tengah hari: Sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 5,874 pengundi atau 65.27 peratus telah keluar mengundi.

11.25 pagi: SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi sehingga 11 pagi ialah sebanyak 54.34 peratus atau 4,890 orang pengundi.

10.35 pagi: Suasana mengundi di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 22, Felda Jengka 22 berjalan dengan lancar. Pengundi mula datang menunaikan tanggungjawab masing-masing.

10.30 pagi: Sehingga pukul 10 pagi, jumlah keluar mengundi ialah seramai 3,262 orang atau 36.25 peratus.

9.35 pagi: Sehingga pukul 9.30 pagi, jumlah keluar mengundi ialah 1,399 orang atau 15.55 peratus.

8.55 pagi: Suasana di luar pusat pengundian SMK Kerdau tegang apabila berlaku 'perang mulut' antara penyokong PAS dan BN.

Ketegangan dipercayai berlaku akibat provokasi penyokong PAS yang menghampiri kawasan penyokong BN.

8.20 pagi: Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal, Kuala Krau.

8.00 pagi: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN mula dibuka.

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com