iklan nuffnang

pages

Monday, February 28, 2011

Skandal PKFZ: bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy pula didakwa


Tandatanya siapa lagi VVIP yang akan dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) terjawab Isnin.Orangnya ialah bekas Timbalan Presiden dan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy.

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dia didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari laku selepas diminta oleh pihak berkuasa.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.

Chan merupakan bekas Menteri Pengangkutan yang kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.

Pada 29 Julai, 2010, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal PKFZ melibatkan pembelian tanah di Pulau Indah membabitkan RM1.08 bilion lapan tahun lepas.

Dr Ling, 67, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Septemper 2002 dan 6 November 2002.

Dalam laporannya yang diumumkan pada November, 2009, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai PKFZ mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat Chan dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang, membabitkan isu pecah amanah.

Menurut laporan PAC itu, kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Chan dan tiga surat aku janji yang dikeluarkan oleh Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

PAC menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas projek itu dilaporkan meningkat daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.

Berikutan itu, pada 10 Disember 2009, Phang didakwa, sebagai pengurus besar yang diamanahkan atas dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Oktober 2004 dan 5 September 2005.

Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ali Rustam mengaku Melaka kalah dengan Kelantan


Jarang-jarang ketua sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan.

Katanya, Melaka kalah dengan Kelantan dari segi gejala sosial, terutamanya yang berkaitan dengan mengandung luar nikah.

Apa bukti? Menurut beliau, buktinya, di Sekolah Harapan yang didirikan oleh kerajaan Melaka ada enam orang Kelantan berbanding hanya dua orang Melaka.

“Bab itu Melaka kalah dengan Kelantan, dan saya mengaku,”katanya sambil senyum sinis semasa menghadiri program kesenian di rumah Penghulu Md Natar di Merlimau Pasir petang Ahad.

Sebab itu kata, Ali Rustam beliau ajak PAS debat mengenai Sekolah Harapan ini.

“Saya dah ajak sebelum ini, tapi mereka diam, nanti selepas pilihanraya ini saya akan ajak lagi, kita debat terbuka pilih mana TV yang dia nak, TV3 boleh TV1 boleh, saya tak ada masalah,” katanya.

Sekolah Harapan”, adalah sekolah khas untuk pelajar yang mengandung luar nikah dan dikelolakan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Sekolah yang mendapat peruntukan RM500,000 setahun dari kerajaan negeri itu bagi membolehkan pelajar yang mengandung luar nikah meneruskan pengajian mereka dengan jagaan khas dan mengelakkan kes-kes pembuangan bayi.

18 kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan

Sebut bab Melaka gagal ini, ahli Dewan Negara asal Melaka Senator Akbar Ali ada pandangan lain, beliau dalam satu tulisan khas mendedahkan 18 perkara yang dijadikan perbandingan antara kejayaan Melaka dan kegagalan Kelantan.

Soal penagih dadah, sekali lagi kita kalah dengan Kelantan, berdasarkan statistik tahun 2009, bilangan penagih dadah di Melaka adalah 327 orang manakala Kelantan 1902 orang,”kata beliau.

Menurut beliau semua sumber yang menjadi angkubah ini sahih kerana diambil dari sumber rasmi.

Kelantan bukan sahaja tercicir dari segi ekonomi, tetapi sebagai Serambi Mekah yang digahkan, ia terus bergelumang dengan kemelut gejala sosial,” katanya.

Antara yang diukur adalah kadar kemiskinan di mana 0.5 peratus berbanding Kelantan 4.8 peratus.

Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta.

Selain itu, penceraian di kalangan umat Islam pula di Melaka 923 pasangan, di Kelantan 2,478 berdasarkan statistik tahun 2009.

Keseluruhan jenayah tahun 2010 Melaka 5,967 berbanding Kelantan 7,900. Kelahiran anak tak sah taraf, Melaka 1,077, manakala Kelantan 1,221.

Berdasarkan semua fakta itu, Akbar Ali, menyeru ahli PAS agar melakukan tranformasi kerana kata beliau, Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri. - 27/2/2011

Sunday, February 27, 2011

Anwar, Nik Abdul Aziz pengkhianat bangsa: Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di Kampong Gajah, Sabtu.

Bernama melaporkan bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. – 26/2/2011

Saturday, February 26, 2011

SPR: Janji Pilihan Raya Bukan Rasuah

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tariff Abdul Rahman mengangkat tangan calon Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim selepas mengesahkan dua calon tersebut bertanding di PRK DUN Kerdau. Bersama mereka (dari kiri) ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

JASIN: Siri ucapan pemimpin kerajaan yang mengandungi pelbagai janji membawa pembangunan pada mana-mana kawasan semasa kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ia bukan rasuah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tindakan pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di semua negeri yang dikuasai mereka itu merupakan apa yang telah ditetapkan dalam belanjawan masing-masing.

"Memang biasa pemimpin tak kira dari BN atau Pakatan Rakyat berjanji dalam ucapan-ucapan mereka, tapi itu bukan kesalahan seperti rasuah kerana ia telah ditetapkan dalam belanjawan mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Penamaan Calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai janji-janji yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin parti yang bertanding kepada pengundi jika mereka dipilih pada pilihan raya yang diadakan termasuk pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau yang diadakan serentak pada 6 Mac ini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lyle.

Abdul Aziz menjelaskan, jika benar-benar berlaku rasuah sepanjang kempen pilihan raya kecil ini, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sentiasa melakukan pemantau akan bertindak.

Katanya, pegawai-pegawai SPRM telah ditugaskan pada setiap kali PRK diadakan bagi memastikan setiap pemilihan diadakan dalam keadaan bersih dari gejala rasuah.Dalam pada itu, beliau menegaskan, semua penyokong parti dilarang menggunakan pembesar suara dan sebarang alat muzik pada hari penamaan calon Sabtu.

Katanya, perbuatan itu merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau kecewa, walaupun peringatan sering diberikan setiap kali pilihan raya diadakan, kesalahan itu masih berlaku.

"Kejadian penyokong parti politik membawa alat pembesar suara masih berlaku pada PRK Tenang di Johor. Kita rampas bateri mereka keluarkan bateri baru," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan para penyokong supaya tidak membuat sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada hari penamaan calon.

"Saya berharap para pemimpin parti akan menasihati penyokong masing-masing supaya mematuhi undang-undang dan proses penamaan calon berjalan lancar, selamat dan tenang," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz memberitahu sebanyak enam set borang calon telah dijual kepada kedua-dua pati BN dan PAS.

Katanya, pusat pencalonan dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi.

"Selepas itu tempoh bantahan selama sejam akan bermula sebelum calon-calon yang layak bertanding akan diumumkan kira-kira pukul 12 tengah hari," ujarnya.

Friday, February 25, 2011

PRK Merlimau: Perkasa Melaka Buat Laporan Polis Berkaitan Risalah Hasutan

Ahli Perkasa menunjukkan risalah yang terdapat logo Perkasa Melaka dan latar belakang pertubuhan itu yang disebarkan secara meluas dengan mensasarkan kaum Cina
JASIN: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Melaka membuat laporan polis berikutan penyebaraan risalah berbaur hasutan yang menggunakan logo pertubuhan itu.


Laporan berkenaan dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Melaka, Abd. Rahim Osman bersama Pengerusi Perkasa Jasin, Jalani Amit di Balai Polis Merlimau, di sini pada pukul 1 petang Khamis.

Menurut Abd Rahim, pihaknya dimaklumkan pada pukul 11.15 malam Rabu bahawa ribuan risalah terbabit disebarkan di beberapa taman perumahan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bagi menimbulkan kemarahan pengundi di sini khususnya kaum Cina.

Katanya, terdapat logo Perkasa Melaka dan latar belakang pertubuhan itu pada risalah yang disebarkan secara meluas dengan mensasarkan kaum Cina.

"Perkasa Melaka menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan kegiatan tidak bertanggungjawab itu. Laporan polis yang dibuat hari ini adalah bagi membersihkan nama kami.

"Kami mahu polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan di sini.

Pada risalah itu tercatat Artikel 153 Perlembagaan berkaitan Yang di-Pertuan Agong, hak keistimewaan Melayu dan bumiputera.

Paling ketara ialah ayat "Cina khianat negara" yang seolah-olah bertujuan menimbulkan rasa kurang senang pengundi Cina terhadap Perkasa.

Abdul Rahim memberitahu, risalah-risalah berkenaan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan perumahan seperti Taman Muhibbah, Taman Merlimau Baru, Taman Debunga, Taman Seri Merlimau dan Taman Deretan.

Beliau menambah, pihak-pihak tertentu yang dipercayai ada kaitan dengan pilihan raya kecil (PRK) kali ini yang melakukannya dengan bermotifkan politik dan berniat jahat.

Katanya lagi, ia juga bertujuan membangkitkan kemarahan kaum bukan Melayu untuk mebenci Perkasa dan Barisan Nasional (BN) sekali gus meraih undi mereka pada PRK DUN Merlimau.

Dalam pada itu, beliau berkata, pertubuhan itu tidak pernah berkempen untuk mana-mana parti politik.

Objektif mereka, katanya, jelas mempertahankan kedaulatan undang-udang dan Perlembagaan negara.

"Sikap kita ialah berbaik-baik dengan semua pihak demi perpaduan dan keharmonian kaum-kaum di Malaysia," jelasnya.

Thursday, February 24, 2011

Tiada Lagi PRK Selepas 28 April Tapi...


PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum berakhirnya sesi sidang Dewan Rakyat dan DUN masing-masing pada satu-satu penggal. Bagi Parlimen tempoh akhir untuk mengadakan PRK adalah sebelum 28 April 2011. Selepas tarikh itu, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan maka PRK tidak perlu diadakan.

Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa satu PRK perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen seperti mana yang termaktub dalam undang-undang.

"Tarikh akhir bagi PRK untuk kerusi Parlimen adalah pada 28 April ini kerana ia merupakan kali pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12," katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk DUN adalah berbeza kerana kali pertama DUN bersidang adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.

"Sebagai contoh, Selangor pada 22 Mei kerana tarikh pertama sidang DUN sesi berkenaan adalah pada 22 Mei 2008. Pulau Pinang pula, pada 21 Julai. Selepas tarikh ini PRK tidak perlu diadakan melainkan ada keperluan khas untuk mengadakannya," katanya.

Wan Ahmad berkata, keperluan khas itu termasuk kepada kerusi Parlimen atau DUN yang menyebabkan kerajaan pusat atau negeri yang tidak mempunyai majoriti untuk memerintah negara atau negeri.

"Sebagai contoh jika negeri A berada dalam situasi 50-50 di mana tak ada parti yang mempunyai majoriti, maka Speaker boleh menulis kepada SPR supaya mengadakan PRK“Setakat ini, saya lihat Parlimen negara kita berada dalam keadaan selamat kerana kerajaan yang memerintah punya majoriti yang cukup. Cuma dibeberapa negeri kita akui ada kemungkinan perkara ini boleh berlaku," katanya.

Ditanya sama ada PRK boleh dielakkan dan digantikan dengan langkah alternatif lain, Wan Ahmad berkata: "Tidak ada. Kebanyakan kekosongan yang berlaku di luar jangka iaitu disebabkan oleh kematian, maka kekosongan itu perlu diisi dengan PRK. Melainkan kekosongan itu berlaku dalam tempoh tiga tahun mengikut sesi Parlimen atau DUN bersidang.

"Kita tak boleh buat perubahan lain kerana perkara ini termaktub dalam Perlembagaan. Selepas SPR mendapat notis kekosongan daripada Speaker, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Itu peraturannya," katanya.

Jelasnya, ada cadangan supaya parti yang menang menggantikan calon bagi menggelakkan PRK ia tidak boleh dilaksanakan kerana perkara itu tidak dibenarkan oleh undang-undang.

"Kalau kekosongan berlaku dalam tiga tempoh tahun PRK perlu diadakan. Namun sekiranyan kekosongan itu berlaku selepas tempoh tiga tahun maka PRK tidak perlu diadakan dan terpulang kepada parti untuk meletakkan wakil untuk menjaga kebajikan pengundi dan rakyat di kawasan tersebut," katanya. Tambahnya, perkara tersebut adalah hak parti yang menang dan SPR tidak mempunyai halangan mengenainya.

Ketika ditanya sama ada undang-undang boleh dipinda bagi menggelakkan PRK dijalankan, Wan Ahmad berkata SPR hanya sebuah badan yang melaksanakan dan memantau perjalanan pilihan raya.

"Hak untuk meminda undang-undang terpulang kepada kerajaan atau parti-parti politik. Sekiranya mereka mahukan pindaan perkara itu perlu di bawa ke Parlimen.

"Apabila sesuatu undang-undang itu diluluskan dan menjadi akta maka SPR akan melaksanakannya mengikut undang-undang tersebut. Setakat ini kita bertindak mengikut undang-undang sedia ada," katanya. Beliau turut mengesahkan bahawa SPR telah membelanjakan RM10.5 juta untuk mengadakan 14 PRK bermula dengan Permatang Pauh pada tahun 2008 hingga Tenang yang berlangsung Januari lalu.

Jumlah tersebut tidak termasuk kos perbelanjaan PRK Merlimau yang dianggarkan menelan belanja RM700,000 pada 6 Mac ini.

"Kos ini melibatkan beberapa faktor utama seperti demografi, jumlah pengundi, keluasan kawasan pilihan raya, logistik dan bentuk muka bumi.

"Setiap PRK melibatkan kos yang berbeza-beza. Bagi kawasan Parlimen sudah pasti jumlahnya lebih, sebagai contoh Parlimen Sibu kosnya hampir RM1.3 juta. Ini kerana bentuk muka bumi di kawasan tersebut memerlukan kita menggunakan helikopter untuk mengangkut peti undi dan peralatan logistik yang lain. Di DUN Galas, Manek Urai, Batu Sapi, Kuala Terengganu juga kosnya tinggi kerana ada kawasan mengundi terletak di kawasan yang sukar dihubungi melalui jalan darat," katanya.

Menurut beliau, SPR juga tidak mempunyai cadangan supaya setiap calon yang ingin bertanding perlu menyertakan sijil kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik.

"Kita tidak ada cadangan untuk mewajibkan perkara itu buat masa sekarang. Sebagai sebuah badan yang melakasanakan pilihan raya, SPR mengamalkan prinsip bebas dan adil.

"Selagi calon yang hendak bertanding tidak muflis dan tidak dikenakan hukuman penjara melebihi dua tahun, mereka layak bertanding. SPR tidak mahu melanggar prinsip demokrasi dan hak asasi dengan mengenakan syarat sedemikian," katanya. Beliau berkata, keputusan untuk memilih calon yang mempunyai tahap kesihatan yang baik boleh dibuat oleh parti yang bertanding.

"Parti punya hak untuk memilih calon yang mempunyai tahap kesihatan yang bai kerana keputusan memilih calon ditangan parti. Mereka patut memilih calon yang bukan sahaja boleh menang tapi calon yang sihat.

"Jika cadangan itu baik ia wajar diambil kira oleh parti-parti yang bertanding. SPR tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk bertanding selagi ia tidak melanggar undang-undang," katanya.

Beliau turut mengakui kekerapan berlakunya PRK selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 menjadikan tahun 2008 hingga 2011 mencatatkan PRK yang banyak namun ia tidak dapat dielakkan kerana perkara itu termaktub dalam Perlembagaan.

"Namun 14 PRK tidak termasuk Merlimau dan Kerdau. Jumlah ini bukan yang terbanyak dalam sejarah PRK di Malaysia. Pada tahun 1990-1995, 17 PRK telah diadakan.

"Bagi saya PRK merupakan satu latihan yang bagus untuk petugas dan kakitangan SPR. Ia dapat melatih pegawai dan petugas kita untuk menghadapi PRU," katanya.

Katanya, sehingga kini hanya dua negeri tidak pernah mengadakan PRK iaitu di Perlis dan Wilayah Persekutuan.

Wednesday, February 23, 2011

PAS perlu ambilalih kepimpinan pakatan dari PKR



Berdasarkan kepada keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang, Manek Urai, Galas dan Tenang, banyak pihak telah membuat kesimpulan bahawa sokongan pengundi Melayu kepada PAS telah menurun. Faktor utama yang dikaitkan dengan kehilangan sokongan ini ialah ramai orang Melayu tidak senang dengan pakatan antara PAS dan DAP. PAS dilihat sebagai parti yang telah banyak berkorban demi pakatan tersebut.

Tanggapan ini telah merunsingkan PAS sehingga terpaksa menganjurkan sebuah konvensyen nasional pada Sabtu lepas di Shah Alam, untuk menangkis tanggapan tersebut. PAS seolah-olah menerima kenyataan bahawa sokongan orang Melayu telah menurun. Respon PAS kepada isu tersebut berkisar kepada manipulasi media arus perdana milik UMNO/BN. Media arus perdana dituduh sebagai pencacai untuk melemahkan persafahaman antara PAS dan DAP.

Benarkah sokongan orang Melayu kepada PAS telah menurun?

Daripada kajian terperinci keputusan-keputusan PRK kebelakangan ini dan jika dibandingkan dengan keputusan PRU-12 sebagai kayu ukuran, nyata sokongan orang Melayu kepada PAS tidak berubah. Yang ketara ialah sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat telah merudum. Pengundi-pengundi Melayu yang memilih PAS pada PRU-12 masih mengundi PAS pada PRK-PRK tersebut. Akan tetapi ramai pengundi Melayu, terutama pengundi ‘atas pagar’, yang telah mengundi PR pada PRU-12 telah memberi undi mereka kepada UMNO/BN lantas membawa kepada kekalahan calon-calon PAS di PRK-PRK tersebut.

Jadi, mengapa orang Melayu kian menolak PR?

Kesangsian terhadap persefahaman antara PAS dan DAP bukan faktor utama yang mendorong kemerosotan sokongan orang Melayu kepada PR. Ramai orang Melayu telah menerima realiti tentang perlunya kerjasama dengan DAP untuk menamatkan hegemoni UMNO/BN.

Pengundi-pengundi Melayu terutama yang di atas pagar mula beralih dari menyokong PR kerana bosan dengan permasalahan demi permasalahan yang melanda PKR. Malah ramai penyokong-penyokong tegar PR mula mempersoalkan keberkesanan PKR dalam memimpin pakatan tersebut.

Kredibiliti PKR kian terhakis. PKR dilihat seperti UMNO yang berbaju baru. Insiden seperti wakil-wakil rakyat PKR keluar parti, proses pemilihan parti yang pincang dan kes liwat Anwar Ibrahim telah menyebabkan PKR hilang fokus dalam meneruskan momentum tsunami 2008. Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR juga gagal menyerlah sebagai kerajaan yang berwibawa. Faktor-faktor ini telah membuat rakyat mempersoalkan Anwar yang telah banyak menabur janji tetapi tidak ditunaikan.

PAS, sebaliknya, telah bergiat lebih mantap dan berkesan sejak kejayaan besar pada PRU-12. Aktiviti-aktiviti politik seperti ceramah, forum, konvensyen dan perhimpunan bertambah sejak 2008. Perhimpunan Pemuda PAS di Kedah pada Sabtu lepas berjaya melibatkan 30,000 orang ahli. Kempen-kempen anjuran PAS seperti Kempen Anti Saman Ekor boleh dijadikan sebuah gerakan rakyat. PAS lebih prihatin dengan peranan media baru dan sedang menggembelingkan semua saluran-saluran di dunia siber seperti internet, facebook, twitter dan seumpamanya untuk kegiatan politik. Semua usaha-usaha ini telah meningkatkan sokongan orang Melayu kepada PAS. Hasilnya akan dapat dilihat pada PRU-13 akan datang.

Kejayaan PAS pada PRU-13, walau bagaimanapun, bergantung kepada rakan-rakan dalam PR. Faktor PKR yang telah hilang populariti harus diambilkira. PAS dan DAP terpaksa menggalas bebanan PKR yang bermasalah. Justeru, dalam usaha PR untuk menyaingi BN, PAS dan DAP mesti mengorak langkah untuk mewujudkan lanskap politik nasional yang berpaksikan Pakatan Rakyat yang benar-benar berwibawa.

Secara praktikalnya kita berterima kasih atas sumbangan Anwar dan PKR dalam mengemudi PR, tetapi sudah sampai masanya PAS mengambil alih kepimpinan dari PKR untuk memimpin PR dengan lebih berkesan. PKR harus menerima realiti dan secara berlapang dada untuk berundur demi kesinambungan perjuangan PR.

Nik Adha Nik Kamil
22 Februari 2011 / 19 Rabi'ul Awal 1432 H

Tuesday, February 22, 2011

'Awas sungai penuh darah'

SAIF memberi amaran di televisyen kesan buruk jika protes anti Gaddafi berterusan.
Anak Gaddafi beri amaran padah penunjuk perasaan terus cabar bapa


KAHERAH: Anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tampil di televisyen bagi menegaskan bapanya akan terus berkuasa dengan sokongan tentera dan terus ‘berjuang sehingga lelaki terakhir, wanita terakhir dan peluru terakhir’ selepas protes anti pemerintah merebak ke ibu negara itu apabila pembantah memasuki pangkalan tentera dan merampas senjata api. “Libya berada di persimpangan jalan. Jika kita tidak setuju dengan pembaharuan yang ditawarkan hari ini, Libya akan melihat sungai penuh darah,” kata Saif al-Islam, semalam, mengenai protes yang sudah berterusan enam hari.

Saif juga memberi amaran bahawa tunjuk perasan boleh mencetuskan perang saudara hingga kekayaan minyak Libya musnah.

Ucapan itu diikuti tindakan keras pasukan keselamatan yang menembak ribuan penunjuk perasaan dan mereka yang menyertai perarakan pengebumian di timur bandar Benghazi. Kejadian itu menyebabkan 60 terbunuh pada Ahad saja, menurut doktor di sebuah hospital.

Sejak kebangkitan itu bermula, 233 penduduk Libya terbunuh, menurut pegawai perubatan, kumpulan hak asasi manusia dan pembangkang.

Di Kota Benghazi, penunjuk perasaan menguasai keadaan dan mengambil alih pejabat keselamatan utama selepas pertempuran membunuh 60 lag penduduk.

Tindakan Libya terhadap penunjuk perasaan itu dikatakan yang paling keras antara negara Arab, berbanding bantahan yang menggulingkan pemimpin Tunisia dan Mesir.

Tetapi, Saif berkata, bapanya akan terus menang. “Kami bukan Tunisia dan Mesir. Gaddafi adalah pemimpin kami yang mengetuai peperangan di Tripoli dan kami bersamanya.

“Pasukan keselamatan bersama beliau. Ratusan ribu akan berada di sini bersama beliau. Kami akan bertarung sehingga lelaki terakhir, wanita terakhir dan peluru terakhir. Ini adalah komplot menghancurkan Libya,” katanya dalam ucapan 40 minit.

Saif yang dipercayai pewaris kuasa selepas Gaddafi menuduh anasir luar cuba mengkucar-kacirkan negara itu, turut menawarkan dialog bagi pembaharuan politik dan perlembagaan baru.

Dalam ucapannya, Saif turut mengakui pihak tentera membuat kesilapan semasa tunjuk perasaan berlangsung kerana pasukan keselamatan itu tidak dilatih berdepan dengan pembantah, tetapi tambahnya jumlah mangsa yang terbunuh dibesar-besarkan walaupun hanya 84 terbunuh. – Agensi

Monday, February 21, 2011

Pilihan Raya MPP: Pro-Mahasiswa Rampas UM

 PETALING JAYA, 21 Feb: Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) menang besar pada pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) sesi 2010/2011 selepas menumpaskan seteru utama, Penggerak Mahasiswa UM yang diadakan pada Isnin.

UM merupakan institusi pengajian tinggi awam yang sentiasa menjadi perhatian setiap kali pilihan raya kampus diadakan.

Dengan memenangi 23 kerusi fakulti dan membolot semua sembilan kerusi umum yang dipertandingkan telah menjadikan kumpulan Penggerak Mahasiswa UM hilang penguasaan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi ini di kampus berkenaan.

Sebanyak 41 kerusi dipertandingkan dengan 32 fakulti dan sembilan umum pada pilihan raya kali ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Naib Canselor UM, Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor kira-kira pukul 5 petang tadi.

Jurucakap Pro-M, Mohd Sabri Jamaluddin ketika dihubungi berkata, kemenangan itu adalah diluar jangkaan dan berharap akan ada perubahan dari segi senario politik kampus selepas ini.

Dalam pada itu juga, beliau memberitahu, calon pilihan raya Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu lalu turut menang pada pemilihan di peringkat fakulti universiti itu.

Baru-baru ini kecoh apabila Pro-M bertindak kasar dengan menyerbu dan memecah masuk ke Kompleks Perdanasiswa untuk berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor UM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Dr Rohana Yusof selepas tiga daripadanya adalah wakil Promahasiswa tidak dibenarkan bertanding pada peringkat awal dan membantah penggunaan sistem e-undi pada pilihan raya pada tahun ini.

Kekecohan itu berlanjutan apabila calon Pro-M, Masturah seorang pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam dilaporkan hilang pada petang Sabtu ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu.

Saturday, February 19, 2011

Ekonomi M'sia tumbuh 7.2% tahun lalu -PR KECEWA LAGI

Pakatan Rakyat sungguh kecewa dengan keadaan semasa kerana pertumbuhan ekonomi Malaysia ialah 7.2 peratus pada tahun 2010. Ini menyebabkan fitnah-fitnah mereka kepada kerajaan yang memerintah terbukti tidak benar.

Ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus untuk keseluruhan tahun lalu, berbanding dengan penguncupan -1.7 peratus pada 2009.

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu.

Ia diperkukuh oleh pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain eksport dan import yang cergas, lapor Bernama.

Kerajaan yang melaksanakan pakej rangsangan membabitkan peruntukan RM67 bilion dua tahun lepas untuk merangsang ekonomi yang teruk terjejas akibat kelembapan dunia, sebelum ini mengunjurkan keluaran dalam negara kasar berkembang lebih 6.0 peratus tahun lepas. Tahun ini, pertumbuhan dijangkakan antara 5.5 dan 6.0 peratus.

Bagaimanapun, kemasukan berterusan pelaburan langsung asing, kedudukan rizab yang kukuh di bank pusat, prestasi ringgit yang mencatat rekod, selain harga-harga komoditi yang tinggi, meningkatkan pertumbuhan dan membantu pemulihan tahun lepas.

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini berkata ekonomi berkembang 4.8 peratus pada suku keempat (Q4) berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga, dipacu oleh permintaan domestik susulan perbelanjaan sektor awam dan swasta yang lebih tinggi.

Mengenai bekalan, semua sektor, kecuali sektor utama, terus berkembang sepanjang suku itu, kata bank pusat dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ekonomi berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2010, diikuti pertumbuhan 8.9 peratus dan 10.1 peratus, masing-masing pada suku kedua dan pertama.

Mengikut sektor, statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan sektor pembuatan melantun dengan ketara sebanyak 11.4 peratus pada 2010 daripada negatif 9.4 peratus pada 2009.

Sektor itu yang menyumbang 27.2 peratus daripada KDNK, berkembang 6.2 peratus pada Q4, dengan petroleum, kimia, getah dan produk plastik serta sunsektor produk plastik menjadi pemangkin utama dalam peningkatan pertumbuhan.

Bagi sektor perkhidmatan, ia meningkat 6.8 peratus berbanding 2.6 peratus pada 2009.

Sektor itu mengukuh sebanyak 6.2 peratus pada Q4 berbanding 5.4 peratus pada Q3, disokong sebahagian besar oleh perdagangan runcit dan perkhidmatan perniagaan dan subsektor hartanah.

Pada tahun itu, sektor pertanian meningkat 1.7 peratus berbanding 0.4 peratus pada tahun sebelumnya, dengan suku akhir mencatat penguncupan 4.3 peratus yang berpunca daripada penurunan dalam minyak sawit dan subsektor perhutanan.

Bagi pembinaan, sektor itu merekodkan penurunan pertumbuhan 5.2 peratus pada 2010 berbanding 5.8 peratus pada 2009 dengan pertumbuhan suku akhir meningkat 5.6 peratus.

Sektor perlombongan dan kuari pula melantun 0.2 peratus daripada negatif 3.8 peratus pada 2009, dengan suku akhir merekodkan penurunan 1.3 peratus susulan pengurangan pengeluaran minyak mentah.

Mengenai permintaan, jabatan itu berkata pertumbuhan untuk perbelanjaan pengunaan akhir meningkat 5.3 peratus pada 2010 berbanding 1.2 peratus pada 2009, manakala Pembentukan Modal Tetap Kasar pulih kepada 9.4 peratus berbanding negatif 5.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pada 2010, eksport dan import menunjukkan pertumbuhan ketara sebanyak 9.8 peratus dan 14.7 peratus.

Eksport berkembang 1.5 peratus pada Q4 disokong oleh produk berasaskan komoditi iaitu minyak pelincir dan bahan api mineral, minyak dan lelemak haiwan dan sayuran dan kimia, manakala import meningkat 3.3 peratus, dipacu oleh barangan modal dan perantaraan.
Berikut adalah kenyataan penuh Bank Negara Malaysia:

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 4.8% pada suku keempat 2010 Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 4.8% pada suku keempat 2010. Perbelanjaan sektor swasta dan awam yang lebih tinggi telah menyumbang kepada pengembangan permintaan dalam negeri. Namun, pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan telah mengakibatkan pertumbuhan permintaan luar negeri yang lebih lemah.

Dari segi penawaran, semua sektor ekonomi, kecuali sektor komoditi utama, terus berkembang pada suku keempat. Bagi tahun 2010 secara keseluruhan, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 7.2% (2009:-1.7%). Permintaan dalam negeri meningkat lebih kukuh sebanyak 5.7% pada suku keempat (S3 10: 5%) disebabkan terutamanya oleh pengembangan yang ketara dalam penggunaan swasta dan perbelanjaan modal.

Penggunaan swasta meningkat sebanyak 6.5% (S3 10: 7.1%), disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, keyakinan pengguna yang positif dan tahap pendapatan yang lebih tinggi. Sebaliknya, penggunaan awam merosot sebanyak 0.3% (S3 10: -10.2%), disebabkan oleh perbelanjaan atas bekalan dan perkhidmatan yang lebih rendah.

Pembentukan modal tetap kasar meningkat sebanyak 9.2% (S3 10: 9.8%) didorong oleh perbelanjaan modal awam dan swasta. Perbelanjaan modal sektor swasta dipacu oleh pengembangan dalam pengeluaran industri berorientasikan dalam negeri dalam keadaan tahap penggunaan kapasiti yang tinggi. Pelaburan modal sektor awam meningkat berikutan perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi, terutamanya dalam sektor pendidikan dan pengangkutan.

Dari segi penawaran, semua sektor ekonomi, kecuali sektor komoditi utama terus mencatat pertumbuhan pada suku keempat. Pertumbuhan sektor perkhidmatan lebih tinggi pada 6.2% (S3 10: 5.4%) dengan pengembangan dalam kesemua subsektor, terutamanya hasil sokongan aktiviti ekonomi

dalam negeri. Sektor pembinaan juga berkembang dengan lebih pesat pada 5.6% (S3 10: 2.8%) mencerminkan pengembangan dalam subsektor bukan kediaman dan kejuruteraan awam.

Sektor perkilangan pula berkembang pada kadar lebih sederhana sebanyak 6.2% (S3 10: 7.5%) sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan luar negeri yang lebih lemah. Sebaliknya, sektor pertanian mencatat penguncupan sebanyak 4.3% (S3 10: 2.7%) berikutan pengeluaran minyak sawit yang lebih rendah. Sektor perlombongan merosot lagi (-1.3%; S3 10: -1%) disebabkan oleh kemerosotan dalam pengeluaran minyak mentah.

Kadar inflasi keseluruhan, seperti yang diukur melalui perubahan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), meningkat sebanyak 2% pada asas tahunan pada suku keempat (S3 10: 1.9%). Kenaikan inflasi disebabkan terutamanya oleh kenaikan harga makanan dan minuman tanpa alkohol sebanyak 2.9%, dan pengangkutan (S4 10: 2.5%; S3 10: 2.1%), mencerminkan pemansuhan seterusnya terhadap subsidi bahan api oleh Kerajaan yang menyebabkan pelarasan kenaikan sebanyak 5 sen/liter terhadap harga petrol RON95 dan diesel.

Dalam sektor luaran, lebihan perdagangan meningkat kepada RM25.5 bilion pada suku keempat (S3 10: RM22.3 bilion). Eksport dan import kasar naik pada kadar yang lebih sederhana, masing-masing pada 3.7% dan 10.1% (S3 10: masing-masing 10.4% dan 16.5%), sejajar dengan penyederhanaan dalam ekonomi global.

Pertumbuhan eksport yang lebih perlahan ini disebabkan terutamanya oleh eksport keluaran perkilangan yang lebih rendah ekoran permintaan global terhadap elektronik yang semakin lembap. Sementara itu, pertumbuhan import kasar yang lebih sederhana mencerminkan terutamanya import barangan pengantara yang lebih rendah, manakala import barangan modal dan penggunaan adalah mapan berikutan permintaan dalam negeri yang semakin kukuh.

Pada asas tunai, aliran masuk pelaburan langsung asing (foreign direct Investment, FDI)* kasar adalah lebih tinggi pada RM11.8 bilion pada suku keempat (S3 10: +RM8.5 bilion). Ini mencerminkan terutamanya aliran masuk modal ekuiti yang lebih besar. Selepas pelarasan bagi aliran keluar kasar yang disebabkan oleh pembayaran balik pinjaman antara syarikat, FDI bersih meningkat kepada RM8.3 bilion (S3 10: +RM4.4 bilion).

FDI disalurkan terutamanya ke dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan perlombongan. Pelaburan dalam sektor perkhidmatan dibuat terutamanya oleh syarikat dalam subsektor kewangan, insurans dan perkhidmatan perniagaan, serta subsektor perdagangan borong dan runcit. Dalam sektor perkilangan, FDI disalurkan ke dalam industri elektrik dan elektronik, serta industri berkaitan petroleum.

Pelaburan langsung luar negeri (DIA)* oleh syarikat Malaysia mencatat aliran keluar bersih yang lebih rendah sebanyak RM3.2 bilion pada suku keempat (S3 10: RM-5.4 bilion) disebabkan oleh penurunan dalam pemberian pinjaman bersih antara syarikat kepada syarikat subsidiari di luar negeri.

Pelaburan tersebut dibuat oleh sektor perkhidmatan, khususnya dalam subsektor kewangan, insurans dan perkhidmatan perniagaan, dan subsektor perdagangan borong dan runcit. Pelaburan yang besar juga dicatat dalam sektor minyak dan gas, serta pertanian. Pelaburan portfolio mencatat aliran masuk bersih yang lebih kecil sebanyak RM2.8 bilion pada suku keempat (S3 10: +RM9.8 bilion), disebabkan sebahagiannya oleh penjualan bersih sekuriti hutang asing pada bulan November berikutan tindak balas pelabur terhadap kebimbangan mengenai hutang kerajaan di kawasan euro.

Namun, pertumbuhan ekonomi dalam negeri yang stabil terus menarik masuk dana asing ke dalam pasaran ekuiti dan bon domestik. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM328.6 bilion (bersamaan dengan USD106.5 bilion) pada 31 Disember 2010. Paras rizab ini telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perolehan daripada penilaian semula pertukaran asing, berikutan pengukuhan kebanyakan mata wang utama berbanding dengan ringgit pada suku keempat. Pada 31 Januari 2011, kedudukan rizab berjumlah RM333.5 bilion (bersamaan dengan USD108.1 bilion), memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertahan dan ialah 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Dasar monetari menyokong aktiviti ekonomi Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) kekal tidak berubah pada 2.75% pada suku keempat 2010 dan juga pada mesyuarat MPC pada 27 Januari 2011. Pada kadar semasa, OPR kekal akomodatif dan adalah wajar dan konsisten dengan penilaian prospek pertumbuhan dan inflasi.

Mencerminkan kadar OPR yang tidak berubah, kadar antara bank semalaman purata terus stabil. Dari segi kadar pinjaman bank perdagangan, kadar pinjaman purata turun sedikit berikutan pemberian satu pinjaman mata wang asing pada kadar pinjaman yang lebih rendah oleh sebuah institusi perbankan asing. Kadar deposit tetap (fixed deposit, FD) purata juga tidak berubah.

Keadaan pembiayaan terus menyokong aktiviti ekonomi. Permintaan terhadap pembiayaan daripada sektor awam dan swasta telah disokong oleh akses kepada pembiayaan yang berterusan, kos peminjaman yang agak rendah dan mudah tunai dalam sistem kewangan yang lebih daripada mencukupi. Jumlah pembiayaan kasar yang diperoleh sektor swasta melalui sistem perbankan dan pasaran modal meningkat kepada RM220.9 bilion pada suku keempat (S3 10: RM189.4 bilion).

Pada asas bersih, pinjaman sistem perbankan dan PDS terkumpul meningkat pada kadar tahunan 11.4% pada akhir bulan Disember (S3 10: 10.9%).

Penunjuk pinjaman utama terus kukuh pada suku keempat. Dana bersih yang diperoleh sektor awam dan swasta dalam pasaran modal berjumlah RM30.5 bilion (S3 10: RM16.8 bilion).

Dalam sektor swasta, aktiviti pemerolehan dana adalah terutamanya daripada pasaran bon. Dalam sektor awam, dana diperoleh melalui terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Securities, MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (Government Investment Issues, GII). Agregat monetari terus berkembang dengan mapan pada suku keempat.

Wang secara luas atau M3, berkembang pada kadar tahunan 7% pada akhir bulan Disember 2010 (S3 10: 8.5%).Pada suku keempat, ringgit menambah nilai sedikit (+0.1%) berbanding dengan dolar AS. Penambahan nilai ringgit pada akhir tahun berikutan pemulihan keyakinan terhadap

prospek pertumbuhan Asia pada amnya telah mengimbangi penurunan nilai ringgit pada bulan Oktober dan November dalam keadaan kegiatan penghindaran risiko yang lebih tinggi ekoran kebimbangan mengenai masalah hutang kerajaan di Eropah dan ketegangan di Semenanjung Korea. Ringgit juga menambah nilai berbanding dengan euro (+2.9%), paun sterling (+2.2%), namun menyusut nilai berbanding dengan yen Jepun (-2.4%).

Berbanding dengan mata wang serantau, ringgit pada amnya menyusut nilai dalam julat -0.1% hingga -1.7% kerana faktor-faktor khusus bagi negara-negara tersebut telah menyebabkan pengukuhan mata wang tersebut berbanding dengan ringgit.

Ringgit bagaimanapun menambah nilai sebanyak 0.7% berbanding dengan rupiah Indonesia. Kestabilan kewangan terus terpelihara Kestabilan kewangan berterusan sepanjang suku keempat disokong oleh institusi kewangan yang kukuh dan pasaran kewangan yang berfungsi dengan baik, yang terus menyokong pengantaraan kewangan dalam ekonomi dalam negeri.

Pada 3 November 2010, Bank Negara Malaysia memperkenalkan had maksimum bagi nisbah loan-to-value (LTV) pada 70% bagi kemudahan pembiayaan perumahan ketiga oleh seseorang peminjam. Matlamat pelaksanaan nisbah LTV ini adalah untuk menggalakkan pasaran harta tanah yang stabil dan mampan, serta memastikan orang ramai akan terus mampu untuk membeli rumah.

Sektor perbankan terus mempunyai daya tahan kewangan, dengan penampan modal yang kukuh melebihi RM60 bilion. Paras keberuntungan terus mapan berikutan pengembangan dalam aktiviti pemberian pinjaman yang menjana pulangan purata atas aset dan ekuiti masing-masing pada 1.5% dan 16.5%.

Pembiayaan adalah menyeluruh, dengan pembiayaan kepada sektor isi rumah dan PKS mencakupi kira-kira 70% daripada jumlah pembiayaan terkumpul. Permodalan adalah kukuh dengan nisbah modal wajaran risiko (risk-weighted capital ratio, RWCR) pada 14.6% dan nisbah modal teras (core capital ratio, CCR) pada 12.8%.

Sementara itu, paras pinjaman tak berbayar bersih (termasuk pembiayaan terjejas) bertambah baik sedikit untuk mencakupi 2% daripada jumlah pinjaman. Perlindungan kerugian pinjaman menjadi lebih kukuh kepada 99.5% lantas menyediakan penampan tambahan kepada sektor perbankan. Nisbah kecukupan modal bagi industri insurans ialah 225.7% (S3 10: 222.7%).

Bagi tahun 2010 secara keseluruhan, keuntungan syarikat insurans dan pengendali takaful meningkat kepada RM16.3 bilion (2009: RM14.6 bilion) disebabkan terutamanya oleh prestasi pelaburan yang lebih baik, serta pembayaran tuntutan yang lebih memuaskan dalam segmen perniagaan am dan juga perniagaan yang terus berkembang.

Pemulihan dijangka terus tidak sekata merentas rantau yang berbeza Melangkah ke hadapan, pemulihan ekonomi global dijangka terus tidak sekata merentas rantau yang berbeza. Meskipun prospek jangka pendek ekonomi maju telah menjadi bertambah baik baru-baru ini, masih lagi wujud ketidaktentuan berhubung dengan kedudukan fiskal yang lemah, pengangguran yang tinggi dan keadaan pemberian pinjaman yang terhad.

Sebaliknya, prospek pertumbuhan bagi Asia kekal menggalakkan, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh. Walau bagaimanapun, ekonomi serantau sedang berhadapan dengan cabaran tekanan inflasi yang makin meningkat, terutamanya daripada harga komoditi dan bahan api yang tinggi, serta aliran modal yang besar dan tidak menentu.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan dipengaruhi oleh keadaan permintaan luar negeri yang semakin sederhana. Namun, pertumbuhan akan terus disokong oleh pengembangan pesat permintaan dalam negeri.
Perbelanjaan penggunaan swasta akan terus mendapat manfaat daripada keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, harga komoditi yang teguh dan akses kepada pembiayaan. Aktiviti pembinaan dan infrastruktur yang dimulakan, serta program transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan akan memberikan sokongan yang besar kepada momentum pertumbuhan pelaburan swasta.

Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau Serentak Dengan Merlimau


KUCHING, 19 Feb: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka, pada 6 Mac ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu ditetapkan pada 26 Februari ini.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Zaharuddin dari Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Allahyarham memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi.

Sementara itu, Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, daripada BN meninggal dunia pada 20 Januari lalu kerana diserang sakit jantung.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang. - BERNAMA

Thursday, February 17, 2011

Pilihan Raya Kampus UM Kecoh, Promahasiswa Pecah Pintu Kompleks Perdanasiswa

LUAR KAWAL... Pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) bertukar kecoh apabila kumpulan Promahasiswa bertindak kasar dengan menyerbu dan memecah masuk ke Kompleks Perdanasiswa di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Pilihan raya kampus di Universiti Malaya (UM) memperlihatkan wajah buruknya pada Khamis apabila kumpulan Promahasiswa bertindak kasar dengan menyerbu dan memecah masuk ke Kompleks Perdanasiswa.

Insiden tersebut berlaku pada tengah hari selepas kumpulan berkenaan dilarang menemui Prof Datuk Dr Rohana Yusof, iaitu Timbalan Naib Canselor UM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) oleh pengawal keselamatan universiti.

Selepas berlakunya perbalahan dan peristiwa menjerit-jerit, pergelutan pun terjadi di antara kumpulan berkenaan dengan kakitangan dan pengawal keselamatan universiti apabila mereka cuba meloloskan diri ke dalam kompleks tersebut.

Kumpulan Promahasiswa itu yang berjumlah sekitar 100 lebih orang pelajar tidak dapat menahan kesabaran dan rasa marah mereka ketika sedang menanti keputusan pihak pentadbiran ke atas nasib tujuh calon mereka yang digugurkan kelayakan bertanding.

Sejurus sebelum kejadian jelik itu, pihak pentadbiran universiti bersetuju untuk bertemu dengan wakil kumpulan berkenaan tetapi syor tersebut telah ditolak sebaliknya mereka mendesak agar Rohana turun bertemu dengan mereka.

Ketika berita ini ditulis, empat daripada tujuh calon yang tidak dibenarkan bertanding pada peringkat awal – tiga daripadanya adalah wakil Promahasiswa dan seorang wakil bebas - telah diberikan kebenaran untuk bertanding semula.

Bagaimanapun nasib tiga lagi masih belum diketahui.

Mereka yang digugurkan kelayakan bertanding adalah disebabkan antara lain gagal menghadirkan diri pada taklimat wajib pra-pilihan raya dan juga kerana kegagalan mengemukakan borang pencalonan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Sementara itu Pemimpin Penggerak Mahasiswa UM, Mohd Asri Zulkifli, 22, menyifatkan kejadian tengah hari itu sebagai memalukan malah mereka patut menerima tawaran pihak universiti untuk bertemu dengan wakil mereka.

Tak perlulah nak menunjukkan kekuatan dengan memecah pintu kompleks berkenaan kerana sebagai pelajar universiti kita yang patut menunjukkan teladan yang baik bukan memperlihatkan budaya merusuh seperti itu," katanya.

Wednesday, February 16, 2011

Anwar bakal 'diMubarak​-kan' ahli sendiri...


Krisis keyakinan ahli terhadap PKR dijangka berpanjangan dan tiada tanda akan berakhir biarpun proses pemilihan kontroversi parti itu sudah lama berlalu.

Seperti rumah yang sedang dimakan anai-anai, masalah dalam parti itu bukan hanya melibatkan satu dua cabang bahkan lebih 50 cabang di seluruh negara.

PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang, dan selepas ini lebih banyak kritikan terbuka, ahli dan pemimpin keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada PKR,” kata satu sumber.
Ini termasuk email terus-terang dari Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hassnar Hj Ebrahim yang melampirkan surat beliau kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Febuari lalu.

Surat lapan muka surat itu ‘Fuziah Saleh jahanamkan PKR Sabah’ itu antara lain menceritakan kronologi yang membawa kepada pergolokan politik parti itu di sana dari kaca mata penulis.

“PKR Sabah dah tak dapat diselamatkan lagi, kalau pengerusi majlis pimpinan negeri yang tidak sampai sebulan dilantik boleh sertai UMNO, bayangkanlah betapa teruknya masalah dalaman parti itu,” kata sumber tadi.

Sebelum ini, Pajudin Nordin menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 5 Febuari lalu.

“Kes Pajudin adalah contoh klasik cara urus tadbir buruk yang diamalkan oleh pucuk kepimpinan PKR, mereka lantik Pajudin yang bukan pun ketua cabang, dan apabila dibantah keras oleh ketua-ketua cabang maka Pajudin cuba digantikan.

“Tapi dalam kes ini, belum sempat hendak ganti, Pajudin angkat kaki dan sertai UMNO, dengan jawatan pengerusi majlis pimpinan negeri, PKR malu, sampai terpaksa tubuh Majlis Presiden untuk tangani masalah di Sabah,”kata beliau.

Menurutnya lagi, pergolakan di Sabah termasuk yang terbaru bila cabang Kalabakan dibubarkan membuktikan PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang-cabang.

Sabah hanya permulaan, selepas ini kita akan dengar masalah di Sarawak pulak, dan jangan terkejut ia lebih panas dari cerita di Sabah,” katanya.

Sarawak yang sudah bersiap sedia untuk mengadakan pilihanraya negeri dijangka akan menambahkan ‘bahang’ perebutan kuasa dalam barisan kepimpinan negeri.

“Antara yang paling panas adalah pemilihan calon-calon yang akan mewakili PKR, di mana, sudah pasti berlaku perang antara fraksi yang mewakili kaum Melayu, Cina dan Iban di dalam PKR,”.

“Saya tidak terkejut nanti, sepanjang tempoh berkempen ada saja pemimpin PKR umum keluar parti dan cabang bubar,” jelasnya.

Sementara itu, turut berlaku bantahan ‘senyap’ dikalangan ketua-ketua cabang PKR Perak selepas Dr Muhd Nur Manuty diumumkan pengerusi majlis pimpinan negeri yang baru.

PKR Pusat suruh buat undian pilih pengerusi, ketika undian, 23 dari 24 ketua cabang hadir, 13 undi Mustapa Kamil Ayub dan 10 undi Muhd Nur Manuty, tapi sudahnya Muhd Nur Manuty juga diumumkan sebagai pengerusi, tak ke pelik?” soal beliau.

“Baik dari awal tak payah buat undian, lantik terus siapa yang pemimpin pusat hendak,”tambah beliau.

Selain itu, blogger popular pro pembangkang, Mat Saman Kati juga buat kenyataan di blognya (ureka.asia) ucap selamat jalan PKR.

Mat Saman Kati yang terkenal kerana anjurkan forum temukan calon-calon ketua AMK dalam pemilihan PKR sebelum ini tulis “Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR."

“Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.”

Lagi lawak, di blognya, siap ada borang pra-pendaftaran ahli parti KITA yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.

Selain, Sabah, Sarawak, Perak turut bermasalah adalah PKR Johor yang mana pengerusinya bekas Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Jung Meng.

Perlantikan yang tak mencerminkan realiti politik negeri, di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti, dan dibantah oleh cabang-cabang yang ada,”kata sumber itu.

Sementara bagi ahli-ahli yang pro calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terus mendesak parti menunaikan janji untuk membentangkan laporan siasatan mengenai penyelewengan dalam pemilihan PKR tahun lepas.

Sebelum ini, SUA PKR, Saifudin Nasution dilaporkan berkata setiap aduan yang dibuat akan disiasat dan hasilnya diketahui dalam tempoh dua minggu dari tarikh kongres nasional diadakan hujung November lalu.

Sebaliknya, sehingga kini tidak ada apa-apa laporan dibentangkan dan Chegu Bard kemudiannya ditawarkan jawatan timbalan setiausaha agung tetapi ditolak olehnya.

Masej twitter tat_lee dan AidilSMM antara contohnya, “Bukti penipuan pemilihan di cabang Parit Sulung… bukti dah ada tak kan DSAI hendak tengok saja,”tweetnya pada Isnin berserta gambar buku senarai pendaftaran pemilih yang hadir mengundi.

Melihat semua senario ini, tidak mustahil, ‘bara dalam sekam’ akan bertukar jadi api tidak lama lagi. Jangan terkejut kalau Anwar akan di ‘Mubarak-kan” oleh ahli parti sendiri.- Oleh: HELME HANAFI, 16/2/2011

Tuesday, February 15, 2011

MB Tak Tau Apa Itu JAKUN akhirnya mohon maaf kepada masyarakat Asli Jakun


KOTA BHARU, 15 Feb: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asli suku Jakun berikutan keterlanjurannya mengeluarkan kenyataan mengaitkan perkataan Jakun dengan perbuatan buruk dilakukan seseorang, sebelum ini.

Menteri Besar itu mendakwa tidak mengetahui perkataan Jakun membawa maksud satu keturunan dalam masyarakat Orang Asli.

"Saya mengaku sekali-sekala mengeluarkan perkataan Jakun kerana tidak tahu ia merujuk nama satu keturunan Orang Asli dan meminta maaf secara terbuka serta meminta wakil Orang Asli yang balik ke kampung, memaklumkan permohonan maaf ini.

"Saya tidak tahu maksud Jakun dan selepas ini, akan menjaga mulut daripada mengeluarkan perkataan yang boleh melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita berbuat demikian," katanya kepada media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Pada Februari tahun lalu, Nik Aziz dilaporkan menyamakan tindakan wakil rakyat pembangkang mengisytiharkan keluar daripada parti dalam pakatan pembangkang seperti Jakun.

Susulan itu, masyarakat Orang Asli suku Jakun mahu Nik Aziz memohon maaf secara terbuka kepada mereka berhubung kenyataannya itu, malah wakil Orang Asli suku Jakun Rompin, Othman Gudei, mendakwa masyarakatnya amat sedih dan terguris hati dengan kenyataan Nik Aziz yang juga seorang ulama.

MELAYU akan terus DIHINA



"I am Malaysian first and Malay next, does any bigot have a problem with that", kawan saya mentafsirkan ayat ini dengan memberi maksud "Saya mengutamakan nasib rakyat Malaysia berbanding nasib Melayu, adakah puak fanatik ada masalah dengannya"


Begitulah nasib Melayu yang terus dihina oleh warga yang menumpang di Tanah Melayu, tanah tumpah darah kaum Melayu.

Bertambah malang, barua dari kaum Melayu sendiri yang dipergunakan oleh kaum-kaum penjahat untuk membuat iklan seperti di atas.

Iklan tersebut adalah merupakan iklan yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider yang terkenal dengan media pro pembangkang atau penentang kaum Melayu.

Apakah maksud rakyat Malaysia? semua sedia maklum, rakyat Malaysia terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, Kadazan, Iban, Bidayuh dan sebagainya.

Oleh itu kenapa perlu meletakkan slogan "Malay Next" sedangkan Melayu adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia??

Inilah dinamakan "Penghinaan dalam Ketertiban".

Jika Melayu dibantu, adakah itu tidak mencerminkan "Malaysian First"?? Adakah hanya jika Cina diberi segala-galanya, baru dinamakan "Malaysian First".

Seperti mana Cina boleh meletupkan bunga api pada malam Chap Goh Meh diseluruh negara di mana Akta dan peraturan dipijak-pijak oleh mereka. Seluruh Malaysia diserang oleh kaum Cina dan pihak berkuasa hanya memandang dengan "memegang batu pelir yang tinggal sebutir" bak kata orang Kelantan. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Sedangkan orang Cina sanggup menulis surat kepada PM hanya kerana laungan azan yang dikatakan mengganggu tidur mereka.

Saya memberi ingatan, antara punca rusuhan kaum adalah apabila kaum pendatang berkuasa atas segala-galanya dan kaum pemilik bumi ini dipijak-pijak dan diperbodoh-bodohkan.

Tunggulah masanya!! Kaulah sebenarnya pelampau.

Syabas saman MB Selangor, Tony Pua

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah mengemukakan saman terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Khalid dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua telah menerima notis saman Syabas berhubung isu Tabung Budi.
 
“Kami telah menerima dokumen saman daripada Syabas berkenaan kenyataan yang dibuat mengenai Tabung Budi serta kenyataan yang meminta Syabas memulangkan hak pembekalan air kepada kerajaan negeri menerusi kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat,” kata Khalid dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
 
Khalid berkata peguam-peguamnya telah diberi arahan untuk menyediakan pembelaan di mana beliau akan diwakili oleh Edmund Bon manakala Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP kebangsaan, telah melantik Gobind Singh Deo.
 
Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.
 
Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.
 
Khalid berkata Syabas bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.
 
“Tujuan Syabas bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang ‘hypocrisy’ untuk katakan dia (Syabas) sekarang bertaubat menolong rakyat . . . itu bukan tujuannya. Saya akan mengutus surat kepada Syabas sama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama Syabas pada 2004,” katanya ketika itu.



Monday, February 14, 2011

Konsert Mohsen Namjoo Tidak Dibenarkan


KUALA LUMPUR, 14 Feb: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesahkan bahawa konsert Mohsen Namjoo yang dijadualkan pada Jumaat ini, tidak dibenarkan kerana ia tidak bersesuaian dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum di negara ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata permohonan yang diterima daripada pihak penganjur pada Jumaat lepas, telah ditolak hari ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK Puspal).

Penyanyi kelahiran Iran yang digelar 'Bob Dylan' oleh New York Times satu ketika dulu itu juga mendapat banyak tentangan daripada rakyat Malaysia kerana dikatakan menghina Islam dalam lagu-lagunya.

Tabung Buluh PAS Pengikat Taat Setia Ahli

Ketua Cawangan PAS Park Avenue menerima Tabung Buluh dari Tuan Ibrahim

Projek Tabung Buluh adalah merupakan satu lagi projek meletakkan bebanan dibahu rakyat yang merupakan strategi PAS yang paling berjaya sejak dahulu lagi.

Strategi meminta derma daripada rakyat bagi membiayai perbelanjaan parti, secara psikologinya telah berjaya mengikat pengikutnya untuk terus kekal bersama PAS kerana setiap ahli merasakan PAS adalah merupakan parti yang hidup atas jerit perit mereka.

Apabila pengikut telah sanggup berhabis demi parti, pastinya mereka akan sukar meninggalkan parti tersebut yang telah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Secara psikologinya, kita akan lebih lebih sayang terhadap sesuatu apabila kita perlu membayar dengan harga yang mahal berbanding barang yang diperolehi secara percuma.

Strategi ini telah digunakan oleh PAS sejak sekian lama, hinggakan pengikut mereka menjadi terlalu fanatik dan sukar untuk berubah. Hinggakan kadang kala mereka melihat masuk PAS seperti seseorang itu telah masuk Islam.

Pemimpin UMNO sepatutnya memikirkan strategi bagi mengatasi perkara ini.

RAWANG, 14 Feb: PAS kembali pendekatan asas bahawa parti Islam itu hidup atas keringat dan perjuangan para ahlinya apabila melancarkan Tabung Buluh PRU-13 malam tadi di Bandar Tasik Puteri kira-kira 15 km dari sini.

Projek itu dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dalam satu majlis penuh simbolik.

"Kenapa kita pilih tabung buluh untuk mengumpul dana. Ini kerana kita ingin memberitahu pemimpin yang terpilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya bahawa mereka menang atas sokongan dan dokongan ahli-ahli bawahannya bukannya atas kehebatan mereka.

"Kita yakin inilah yang akan mengikat kita walau setinggi mana wakil rakyat kita itu naik nanti," kata Tuan Ibrahim ketika melancarkan tabung itu.

Pelancaran ini dibuat ketika seorang demi seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat meninggalkan gabungan parti dalam gabungan itu dan menjadi anggota bebas. Yang terakhir adalah V Gobalakrishnan anggota Parlimen Padang Serai, Kedah.

Di majlis itu, Tuan Ibrahim telah menyerahkan tabung buluh kepada lima ketua-ketua cawangan PAS di sekitar kawasan pelancaran itu iaitu di Bandar Tasik Puteri, satu kawasan penempatan penduduk yang baru dibuka kira-kira 10 tahun lalu.

Sebelum itu, beliau bersama Dr Hatta melancarkan video klip yang dibuat khas untuk majlis pelancaran ini.

Dengan penduduknya seramai lebih 30,000 dan 95 peratus berbangsa Melayu, Bandar Tasik Puteri dikira subur untuk menjadi tapak perkembangan PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tabung buluh itu dijual kepada ahli-ahli PAS. Mereka pula akan mengumpul wang siling yang berbaki dalam poket mereka sehingga pilihan raya umum ke 13 nanti.

Tabung itu akan diserahkan kepada calon-calon PAS yang bertanding dengan sekeping nota bahawa inilah sumbangan mereka untuk perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

"Kita yakin sumbangan ini akan menjadi ikatan roh antara calon kita dan para ahli agar mereka tidak terlibat dengan tragedi lompat parti dan seumpamanya," kata Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim juga berharap, selepas ini semua kawasan dan cawangan PAS di seluruh negara mengambil pendekatan ini untuk mengumpulkan dana pilihan raya PAS menjelang PRU ke 13.

Menurut pengarah projek ini, Mazlan Moin mereka bersedia untuk membekalkan tabung-tabung buluh kepada mana-mana cawangan atau kawasan PAS yang hendakkannya.

Di majlis itu, lebih 50 buah tabung dibeli oleh ahli-ahli dan penyokong PAS di situ.

Lupakan saja Merlimau, elok PAS tumpu Kerdau...


Terlebih dahulu Al Fatihah dan takziah buat keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, yang meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang, petang Sabtu.

Allahyarham yang sudah lama sakit jantung kerap keluar masuk hospital meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air rumahnya kira-kira 6.30 petang.

Apapun, pemergian beliau sekaligus mengundang pilihanraya ke 16 – dijangka akhir Mac depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Allahyarham memperolehi 4,135 undi manakala Hassanuddin pula 2,520 undi.

Ikut status quo pembangkang, kerusi N28 Kerdau adalah kuota PAS sekaligus parti itu kena bersiap sedia berdepan calon BN kelak.

PAS ketika ini juga sedang bersedia berdepan BN dalam PRK Merlimau – dengan penamaan calon pada 26 Februari manakala hari pengundian pada 6 Mac.

Senang cakap peluang parti itu untuk menang di Merlimau diramalkan tipis.

Sebab itu baru-baru ini timbul polimek antara pemimpin PAS.Ada yang tidak mahu calon mereka bertanding sebaliknya mahu memberi laluan kepada PKR meletakkan calon parti itu.

Bagaimanapun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi mahu menjaga hati pemimpin PAS, bersetuju parti itu bertanding walaupun PKR Melaka beria-ia mahu menentang BN di Merlimau.

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin juga khabarnya sudah bersiap masuk gelanggang.

Ketika tiba-tiba ditakdirkan timbul pula pilihanraya kecil bakal diadakan di Kerdau ,ada kalangan pemerhati politik berpendapat elok PAS melupakan Merlimau dan memfokus kepada Kerdau,

Melaka bukanlah relevan kepada PAS berbanding di Pahang.

PAS memenangi dua kerusi DUN di negeri itu pada pilihanraya umum lalu di Beserah dan Kuala Semantan.

Di Melaka PAS gagal sama ada di parlimen mahupun kerusi DUN.

Justru itu, lebih elok PAS menarik diri atau memberi laluan kepada PKR di Merlimau dan hanya beri tumpuan di Kerdau.

Tewas dengan majoriti 1,615 undi, PAS kata orang masih ada fighting chance di Kerdau.

PAS kini sedang mengalas tugas berat untuk jaga air muka pakatan pembangkang setelah tumbang di Galas dan Tenang.

Setakat kalah satu hal...lebih dari itu di kedua-dua pilihanraya kecil itu ialah gagal mengurangkan majoriti BN.

Jika ini juga berlaku di Merlimau dan Kerdau...yakni empat kali berturut-turut ia akan memberi kesan besar kepada imejnya.

Ramai yang melihat PAS tidak ada isu besar yang boleh dimainkan di Melaka kecuali bising pasal isu-isu remeh seperti yang dimainkan di Tenang baru-baru ini.

Lagipun semua orang tahu sejak zaman Tan Sri Rahim Thamby Chik hingga ke pimpinan Datuk Seri Ali Rustam sekarang Melaka sudah berkembang maju dengan pesatnya.

Belum terlambat pemimpin-pemimpin PAS menarik diri di Merlimau dan biarlah perjuangan pembangkang lebih rata dengan PKR turut masuk gelanggang pilihanraya bukan menikus sahaja.

Lebih menarik lagi Yang Di Pertua PAS kawasan Kuala Krau adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, juga Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Persoalannya PAS ada berani ka...? - Oleh: ROSLAN BIAN ,14/2/2011

Saturday, February 12, 2011

Injil Akan Diajar Di Sekolah Menengah Kerajaan Dan Mubaligh - Dompok

PENAMPANG: Pengetahuan Injil kini boleh diajar di kalangan pelajar Kristian di sekolah menengah kerajaan dan sekolah mubaligh di seluruh negara selepas waktu belajar biasa.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, yang mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal bagi Bumiputara Sabah dan Sarawak berkata keputusan bersejarah itu dicapai di mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet mengenai Bumiputera Sabah dan Sarawak dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Feb.

"Bagi pihak rakyat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana begitu sensitif terhadap kehendak dan aspirasi masyarakat, khususnya penganut Kristian.

"Kami yakin keputusan itu banyak membantu ke arah pencapaian sepenuhnya konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan klinik bergerak di sini pada Sabtu.

Beliau harap keputusan itu akan memberi lebih banyak masa dan lebih kondusif bagi pelajar berkenaan untuk menduduki peperiksaan subjek pilihan Pengetahuan Injil di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dompok, presiden Persatuan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), berkata jawatankuasa kabinet juga bersetuju dengan beberapa usul lain dikemukakan oleh Persektuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia tahun lepas.

Ini termasuk penubuhan kelab-kelab termasuk kelab agama di sekolah mubaligh yang hanya memerlukan kelulusan daripada guru besar atau pengetua, katanya.

Dompok berkata Kementerian Pelajaran akan mengeluarkan satu pekeliling atau garis panduan mengenai perkara itu tidak lama.

Friday, February 11, 2011

Sultan Johor Murka Tindakan Sembahyang Dua Imam Semasa PRK Tenang


KOTA TINGGI: Sultan Johor Sultan Ibrahim murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lepas.

Perbuatan tersebut, titah baginda amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini telah membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah perkara seperti itu harus dihentikan agar tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.

"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini, Jumaat.

Baginda sebelum itu merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007. Hadir sama Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadot dan exco-exco kerajaan negeri.

Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor agar tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.

Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.

Pada masa yang sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.

Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Titah baginda langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik.

Jakim Lancar Kempen Anti Hari Valentine


PUTRAJAYA, 10 Feb: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melancarkan Kempen Awasi Jerat Hari Valentine di sini Jumaat untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih itu Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata program itu diadakan untuk menyebarkan dakwah dengan meluas mengenai sambutan itu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Stesen televisyen juga perlu memainkan peranan melalui pengisian program yang bersesuaian supaya dapat memberi pemahaman yang jelas kepada umat Islam mengenai perkara itu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan majlis Wacana Inovasi Dakwah Melalui Penyiaran di sini.

Mengenai hasrat PAS untuk mengadakan kawalan pada malam Hari Valentine untuk membendung gelaja tidak bermoral, Jamil Khir berkata pihak terbabit perlu menjelaskan tindakan itu secara terperinci.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata satu taklimat khas akan diadakan untuk pelajar Malaysia di Mesir yang baru pulang ke tanah air bagi mengikis tanggapan bahawa Ops Piramid, misi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir, yang dijalankan kerajaan adalah mempunyai unsur politik.

Katanya taklimat itu akan diadakan dengan kerjasama agensi-agensi serta jabatan kerajaan supaya tidak ada mana-mana pihak yang terus terpedaya dengan dakwaan itu.

Sementara itu beliau berkata kerajaan kini dalam peringkat perbincangan untuk menjalinkan kerjasama dengan Astro bagi membolehkan orang ramai menonton siaran TV Al-Hijrah melalui stesen televisyen berbayar itu.

"Dijangka pada bulan April ini sebab sudah ada perbincangan awal dan Astro sudah memberikan harapan bahawa mereka cuba membantu mendapatkan siaran," katanya. - BERNAMA

Thursday, February 10, 2011

DAP & PAS BERPERANG Pasal Hari Kekasih


KUALA LUMPUR 10 Feb. Sayap Pemuda DAP membantah cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi yang mahu melancarkan kempen membendung aktiviti tidak sihat pada sambutan Hari Kekasih Isnin ini.

Ketuanya Anthony Loke menegaskan parti itu tidak bersetuju sama sekali pendekatan yang diambil Nasrudin untuk melakukan "pemeriksaan tidak bermoral" terhadap pasangan pada sambutan Hari Kekasih.

Ia melampaui kuasa ahli Pemuda PAS untuk melakukan penguatkuasaan sedemikian dan kempen itu tidak pernah dibincangkan dengan Angkatan Muda Keadilan AMK dan Pemuda DAP.

"Ketika mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Nasrudin tidak pernah membangkitkan isu ini dan ia boleh memberi kesan kepada Pakatan Rakyat terutamanya negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Loke, tindakan Pemuda PAS mengarahkan pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan jabatan agama di empat negeri Pakatan Rakyat menunjukkan sikap tidak menghormati kerajaan negeri.

"Pemuda PAS tidak mempunyai kuasa untuk memberikan sebarang arahan kepada kerajaan negeri, Pemuda PAS kena sedar Pakatan Rakyat terdiri daripada tiga parti politik yang mana sebarang keputusan harus dibuat dalam mesyuarat kerajaan negeri" katanya.

Ahli Parlimen Rasah itu berkata tindakan Nasrudin berbuat demikian akan membahayakan Pakatan Rakyat.

Nasrudin dilaporkan berkata telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Kedah, Kelantan dan Selangor untuk bekerjasama dengan polis dan Rela bagi membendung aktiviti tidak bermoral itu.

Katanya Pemuda PAS akan bekerjasama dengan jabatan agama setiap negeri untuk memantau sambutan Hari Kekasih.

Beliau berkata langkah itu diambil sebagai satu percubaan untuk membendung gaya hidup tidak sihat dan menyumbang kepada dosa.

Bagaimanapun cadangan Nasrudin itu ditolak pemimpin PAS Selangor dengan menyifatkan ia hanya pandangan peribadi beliau sahaja.

Bekas Setiausaha Politik Menteri Dituduh Miliki RM2.13 Juta Wang Haram

HASBIE Satar, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini terhadap tuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram dan memiliki RM2.13 juta hasil aktiviti haram tahun lalu.
BUTTERWORTH: Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram dan memiliki RM2.13 juta hasil daripada aktiviti haram tahun lepas.

Hakim Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Hasbie, 38, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, pada 11 Februari tahun lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi.

Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga.

Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri.

"Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya. - BERNAMA

Tuesday, February 8, 2011

Khalid Nak Tubuh POLIS Selangor Sendiri


SHAH ALAM, 8 Feb: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menimbangkan cadangan kerajaan negeri menubuhkan Pasukan Polis Bantuan.

Abdul Khalid berkata surat itu dihantar pada Isnin.

Katanya dalam satu kenyataan Selasa, isu kandungan surat itu antara lain menyentuh tentang perlunya ditubuhkan pasukan itu memandangkan kebimbangan kerajaan negeri terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat di negeri itu.

"Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri, dan tiada alasan munasabah mengapa kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang sumber tenaga dalam usahasama menjaga keselamatan rakyat," kata beliau di sini.

Katanya, surat itu adalah yang kedua dihantar selepas surat pertama kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan salinannya dihantar kepada Hishammuddin pada Julai tahun lepas, tidak mendapat sebarang maklum balas.

Kerajaan Negeri Selangor pernah memohon kepada kementerian sama untuk menubuhkan Pasukan Polis Bantuan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjadi perintis, tetapi ditolak dengan alasan anggota polis mencukupi untuk mengawal keselamatan.

Pemimpin PAS suka sembang LUCAH

Sebuah blog pro PAS, Bicara Abu Nawas (klik) telah membuat satu pendedahan yang gempar tentang ahli PAS, Mat Zan AJK PASTI P.Pinang yang menyamar jadi perempuan di facebook.Berita ini sungguh memalukan PAS kerana ianya didedahkan oleh blog pro-PAS sendiri.

Pemilik blog tersebut dilihat sedikit kecewa kerana pihak Pas P.Pinang bukan saja tidak mengambil tindakan malah lansung tidak menjalankan siasat terhadap tuduhan tersebut. 

Beliau juga berani bertanggungjawab dengan menyatakan  "jika Abu Nawas membuat fitnah maka Abu Nawas tidak pernah lari dari hukuman kerana Abu nawas sentiasa bertanggung jawab terhadap semua dakwaan ini."

Nampaknya perangai buruk pemimpin PAS yang telah dipertikaikan sekian lama semakin  menyakinkan masyarakat apatah lagi perkara ini dilihat cuba disembunyikan oleh mereka.

Di bawah ini disertakan petikan daripada blog Bicara Abu Nawas:

PENJELASAN ABU NAWAS TERHADAP ISU MAT ZAN @ TUTY SADINAR

Nampaknya isu Mat Zan AJK pasti P.Pinang yang menyamar jadi perempuan di facebook telah menjadi topic panas di dalam blog dan Facebook Umno. Oleh yang demikian di sini Abu Nawas ingin membuat penjelasan terhadap isu ini.

Sebelum isu ini di terbitkan Abu Nawas telah terlebih dahulu memaklumkannya kepada seorang pimpinan Pas negeri P.pinang tetapi sehingga posting ini di terbitkan pihak Pas P.Pinang bukan saja tidak mengambil tindakan malah lansung tidak mejalankan siasat terhadap tuduhan ini.

Tidak timbul sama ada isu ini benar atau palsu, sepatutnya tuduhan ini mestilah di siasat bukan hanya bertanya kepada si tertuduh. Mana ada orang yang mahu mengaku atas kesalahan yang di buatnya.

Perangai tidak senonoh Mat Zan ini bukan cerita baru. Telah sekian lama Abu Nawas mengenalinya. Perangainya tidak pernah berubah walaupun serban sudah di atas kepala. Abu Nawas punya bukti setiap kelakuannya ini. . Pakaiannnya hanyalah untuk mengaburi orang yang di adalah seorang yang warak dan mana mungkin orang yang berpakaian begini boleh melakukan perkara tak senonoh

Abu Nawas juga akan terus membongkarkan isu ini selagi tiada siasatan terhadap dakwaan ini. Betul atau salah adalah persolan kedua tetapi siasatan mesti di lakukan. Jika ternyata Abu Nawas membuat fitnah maka Abu Nawas tidak pernah lari dari hukuman kerana Abu nawas sentiasa bertanggung jawab terhadap semua dakwaan ini.

Persoalannya jika perkara ini adalah fitnah mengapa sehingga kini Abu nawas belum menerima apa2 tindakan atau saman dari mereka

Abu Nawas mahu bertanya kepada pembaca sekalian jika anda di tuduh perkara yang anda tidak buat apakah anda akan berdiam diri lebih2 lagi tuduhan yang amat berat seperti ini? Mengapa masih berdiam diri? Apkah kerana bersalah? Dan jika berada di pihak yang benar mengapa perlu takut? Bola sudah di hadapan tiang gol , mengapa biarkan saja?

Abu Nawas tegaskan di sini yang Abu Nawas tidak membuat tembakan peluru angin, tetapi abu nawas punya bukti malah Abu Nawas juga punya saksi atas kelakuan tidak senonoh Mat Zan ini.

Abu nawas akan menunggu apakah tindakan mereka selepas ini dan jika mereka mengatakan ini adalah fitnah Abu nawas menunggu saman mereka terhadap Abu Nawas dan jika abu nawas masih belum menerima apa2 tindakan dari mereka Abu nawas akan terbitkan bahagian ke 3 isu ini dan sehinggalah seterusnya. Maka akan adalah nama2 akan terbit nanti yang masih abu Nawas simpan.

Peluru masih banyak untuk Abu nawas tebarkan jika mereka mahu. Tetapi Abu nawas juga bersedia menyerahkan peluru ini jika mereka mahu menjalankan siasatan. Jika ini peluru palsu maka Abu nawas telah bersiap sedia masuk ke lubang kubur..

Di bawah Ini adalah salah satu peluru hidup yang Abu nawas siarkan untuk menyatakan yang Abu Nawas tidak bercakap kosong tatapi abu Nawas masih belum mahu menyiarkan nama2 orang yang bermesej dengannya. Biarkan abu nawas padam dahulu tetapi jika mereka mahu Abu Nawas siarkan, abu Nawas tidak punya masalah....

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com