iklan nuffnang

pages

Monday, December 12, 2011

Anak Chef Wan, Chef Riz kahwin Janda? (*Gambar)

PERAK: Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia, 28 sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.

Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.
Majlis persandingan pasangan ini akan berlangsung pada sebelah malam di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan Ana Dahlia yang berasal dari Taiping, Perak sebenarnya berstatus janda dan pernah dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum menyertai AirAsia sebagai pramugari.





2 comments:

  1. SELAMAT PENGANTIN BARU

    janda ker apa ker tiada masalah....yg nak kawin tu dia. yg penting dapat melayari kehidupan di alam perkahwinan dgn baik dan harmoni berlandaskan islam.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....biarkan syaitan menangis....

    ReplyDelete

POST TERKINI

Page Navigation

Blog Archive

nuffnang

Blog List

ohbelog

busuk

Total Pageviews

Counter

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com